You are on page 1of 8

PENDIDIKAN SIVIK DAN

KEWARGANEGARAAN TINGKATAN 4

TEMA 5
MALAYSIA NEGARA BERDAULAT
PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN
• Perlembagaan Malaysia dikenali sebagai Perlembagaan
Persekutuan.
• Satu himpunan peraturan dan dasar negara kita.
• Digunakan sebagai alat atau sumber perundangan dan
pemerintahan negara.
• Terkandung hal-hal tentang status, hak dan
tanggungjawab individu hingga kepada institusi.
• Persetujuan dicapai melalui rundingan dan tolak ansur.
• Keutamaan diberi kepada perpaduan kaum untuk
keamanan, kestabilan dan kemakmuran.
KRONOLOGI PENGGUBALAN
PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN
TARIKH PERISTIWA CATATAN
1 APRIL Mengisytiharkan -Malayan Union telah ditentang oleh orang
1946 pentadbiran Malayan Melayu manakala orang Bukan Melayu pula ada
Union di Malaya yang menyokongnya
11 MEI Parti Kebangsaan -Penentangan orang Melayu telah melahirkan
1946 Melayu Bersatu Parti UMNO yang dikertuai oleh Dato’ Onn
(UMNO) ditubuhkan Jaafar
1 FEBRUARI Kerajaan British -Pentadbiran pelbagai kaum diperkenalkan
1948 menubuhkan untuk menyatupadukan rakyat dan menentang
Persekutuan ancaman pengganas komunis.
Persekutuan Tanah -Parti-parti politik berasaskan kaum muncul
Melayu untuk menuntut kemerdekaan.
-Parti-parti politik berasaskan kaum membentuk
Parti Perikatan atas dasar tolak ansur dan
rundingan.
TARIKH PERISTIWA CATATAN
27 JULAI Pilihanraya Majlis -Parti Perikatan menang 51 kerusi dan Parti Islam
1955 Perundangan Semalaya (PAS) menang 1 kerusi
Persekutuan yang -Parti Perikatan diberi mandat untuk merundingkan
pertama diadakan kemerdekaan daripada British.
-Kerajaan British berjanji untuk memberi
kemerdekaan dengan syarat satu perlembagaan
mesti digubal.

1956 Suruhanjaya Reid -Suruhanjaya Reid bermesyuarat beberapa kali dan


ditubuhkan menerima cadangan daripada pertubuhan dan
orang perseorangan – sebanyak 131 memorandum
bertulis telah diterima.
-Beberapa draf telah dikaji dan dipertimbangkan
dengan asas tolak ansur tentang hal-hal yang
berkaitan dengan kepentingan kaum.

15 OGOS Perlembagaan -Perlembagaan Persekutuan menetapkan


1957 Persekutuan pemerintahan yang berasaskan demokrasi
diterima oleh Majlis berparlimen dan konsep raja berperlembagaan.
Mesyuarat
Persekutuan
TARIKH PERISTIWA CATATAN
31 OGOS Persekutuan Tanah -Persekutuan Tanah Melayu terdiri daripada
1957 Melayu mencapai negeri-negeri Perlis, Kedah, Perak, Selangor,
Kemerdekaan Negeri Sembilan, Johor, Pahang, Terengganu,
Kelantan, Pulau Pinang dan Melaka
27 MEI Tunku Abdul Rahman, -persekutuan Tanah Melayu yang sudah
1961 Perdana Menteri merdeka akan bergabung dengan Tanah Jajahan
Pertama, British, iaitu Singapura, Brunei, Sabah dan
mengumumkan Sarawak.
gagasan untuk -Gagasan ini diterima dengan pelbagai reaksi
menubuhkan Malaysia dari
Dalam negara dan antarabangsa.
APRIL 1962 Suruhanjaya Cobbold -Suruhanjaya Cobbold meninjau pendapat
ditubuhkan penduduk Sabah dan Sarawak serta merangka
perlembagaan yang sesuai.
-Parlimen Persekutuan Tanah Melayu telah
meluluskan Akta Malaysia untuk meminda
Perkara 1 (1) dan (2) Perlembagaan Persekutuan
Tanah Melayu
TARIKH PERISTIWA CATATAN
16 SEPT Negara Malaysia terbentuk -Brunei tidak menyertai Malaysia.
1963 (Pertsekutuan Tanah -Singapura keluar daripada Malaysia pada
Melayu, Singapura, Sabah 9 OGOS 1965 dan sejak itu Malaysia
dan Sarawak) terdiri daripada negeri-negeri di
Semenanjung, Sabah dan Sarawak
-Sejak 16 SEPTEMBER 1963, Malaysia
menggunakan Perlembagaan
Persekutuan Malaysia.
PERUNTUKAN UTAMA
PERLEMBAGAAN MALAYSIA
Perlembagaan Persekutuan Malaysia terbahagi kepada 15
Bahagian dengan 183 Perkara. Peruntukan utama dan mesti
difahami oleh setiap rakyat ialah:

1. Bahasa
2. Agama
3. Kewarganegaraan
4. Kebebasan Asasi
5. Kedududukan Istimewa Orang Melayu dan Bumiputera Sabah
dan Sarawak.
PERKARA PENERANGAN
-penting menentukan identiti sesuatu bangsa .
Bahasa -Bahasa kebangsaan telah dipilih sebagai bahasa perhubungan
umum, bahasa rasmi dan alat untuk menyatukan rakyat
berbilang kumpulan etnik.
-agama sebagai tunjang kehidupan dan memungkinkan
Agama pembentukan warganegara yang bertanggungjawab serta
bermoral tinggi.
-agama Islam diperuntukan sebagai sebagai agama bagi
persekutuan, tetapi agama lain boleh diamalkan dengan aman
dan damai.
-”tiap-tiap orang adalah berhak menganuti dan mengamalkan
agamanya dan mengembangkan agamanya dengan syarat
pengembangan agama selain Islam tidak dilakukan terhadap
orang yang menganuti agama lain.
-isu agama adalah perkara yang amat sensitif.

You might also like