You are on page 1of 4

kecenderungan pelajar negara ini memilih untuk melanjutkan pelajaran ke luar

negara di peringkat ijazah sarjana muda mahupun ke peringkat yang lebih tinggi
semakin menjadi trend masa kini. Seringkali diperkatakan golongan pelajar-pelajar di
Malaysia mendapat peluang untuk belajar di luar negara di sogok dengan hamburan
pujian dan harapan tinggi menggunung yang mengatakan mereka bakal menjadi
pemimpin generasi masa hadapan dan terlibat secara aktif dan langsung dalam
memacu ekonomi negara pada tahun-tahun mendatang. 

Ini adalah kerana, mereka mempunyai alasan dan maksud tersendiri sehingga
mendorong untuk menyambung pelajaran ke luar negara. Pensyarah di Fakulti
Pengajian Bahasa Utama, Muhammad Marwan Ismail, 29, berkata, Peluang untuk
menyambung pelajaran di luar negara bukan hak mutlak seseorang pelajar itu,
sebaliknya ianya adalah peluang yang disediakan oleh kerajaan dan diperakui oleh
golongan-golongan pembayar cukai.

 Beliau berkata, pengalamannya menyambung pelajaran ke luar negara banyak


memberi kesan yang positif dan mendalami ilmu secara terperinci sehingga beliau
memilih profession sebagai pendidik untuk mencurahkan apa yang dimilikinya
semasa di luar negara. 

Secara amnya, beliau berpendapat bahawa kaedah dan sistem pembelajaran di luar
negara dan dalam negara sama sahaja dan suasana belajar di luar negara pula
berbeza berbanding belajar dalam negara. Ini kerana, cuaca dan bahasa yang
dipertuturkan berlainan dengan bahasa asal yang biasa digunakan ketika   berada di
negara sendiri. Pelajar-pelajar menggunakan bahasa pertuturan antarabangsa untuk
berinteraksi antara satu sama lain yang terdiri daripada pelbagai bangsa dan
budaya. Secara tidak langsung, komunikasi seharian pelajar dapat melatih dan
meningkatkan kemahiran berbahasa.

Katanya lagi, pelajar memiliki pengalaman yang luas dari pelbagai aspek akademik
mahupun kehidupan seharian ekoran berada di negara orang. Beliau berpandangan
bahawa kualiti graduan dalam negara dilihat dari  berbagai aspek tidaklah
membanggakan (jika benchmark kita untuk menyediakan generasi pelapis). Negara
hanya berjaya melahirkan graduan pengguna (consumer) yang berjaya
melaksanakan tugas kepenggunaan baik ideologi, teknologi dan budaya yang
diwarisi dan di susun atur oleh golongan kolonial. Tidak jelas kelihatan kumpulan
atau generasi graduan yang menonjol sifat kritikalnya, inteleknya dan
keterampilannya dalam menghadapi kenyataan hidup yang bercelaru. 

Jika dilihat dari sudut pembangunan negara pula, beliau berkata  bahawa graduan
yang belajar di luar negara dapat memberi kesan positif kepada tenaga modal insan
pendidikan berkualiti negar kita, pengalaman yang banyak dapat menyumbang
pendedahan yang luas dalam menguasai bahasa asing. Dari sudut sosial dan
ekonomi pelajar pula, pelajar terpaksa berhadapan dengan kejutan budaya dari
negara-negara luar. Namun, ada juga budaya-budaya asing yang memiliki contoh
yang baik dijadikan serbagai tauladan. Melanjutkan pelajaran ke luar negara
memerlukan kos perbelanjaan yang tinggi tetapi dapat menjawat jawatan tinggi 
apabila pulang ke Malaysia.
 “Menyentuh cabaran semasa berada di luar negara, pelajar dilatih menjadi seorang
yang ‘independent’ dan berdiri amat susah pada awalnya. Tetapi dengan adanya
pengalaman dan tunjuk ajar serta pertolongan dari kawan-kawan sebangsa atau
berbangsa asing dapat menyesuaikan diri dengan keadaan di luar negara,” tegas
Mazni Buyong, Pensyarah di Fakulti Kepimpinan Pengurusan. Ini adalah kerana,
pelajar berada berjauhan dengan keluarga, tidak ada kongkongan dari mana-mana
pihak serta berupaya membuat keputusan sendiri tanpa bergantung kepada orang
lain, seterusnya dapat mematangkan pemikiran pelajar dalam menongkah arus
kehidupan dalam era globalisasi kini.  

“Menyentuh mengenai langkah melanjutkan pelajaran ke luar negara ialah sejauh


mana keinginan sesorang itu untuk mencapai tahap pendidikan yang lebih tinggi dan
mencabar di dalam bidang akademik. Bak kata pepatah ‘di mana ada kemahuan di
situ ada jalan, hendak seribu daya tak hendak seribu dalih’,” tambahnya lagi. 

Katanya, dari sudut pembangunan negara pula, pelajar membuktikan bahawa bukan
sahaja cerdik pandai tetapi juga untuk membawa pengalaman dari luar negara lalu
diserapkan bagi membina satu perubahan yang positif memboleh kan negara kita
duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi setaraf dengan negara-negara maju
yang lain. Natijahnya ialah supaya negara ini bukan setakat maju membangun tetapi
pesat membangun supaya tidak ketinggalan di dalam pergolakan zaman yang
melihat dunia ini melahirkan intelektual- intelektual yang berupaya merubah imej
sesuatu bangsa. 

Beliau berpendapat, kualiti graduan bergantung kepada pendidik contoh, bahan


rujukan yang digunakan dan persekitaran yang kondusif (infrastruktur, sosialisasi,
lokasi dan lain-lain) yang membantu ke arah pembinaan sahsiah terpuji dan
pencapaian akademik yang cemerlang. Jadi, apa yang menjadi kayu ukur bagi
melayakkan pendidikan dalam dan luar negara itu diiktiraf sebagai unggul jika diukur
dari sudut pencapaian kemahiran dan akademik. kemajuan dalam bidang sahsiah
pula, mestilah yang bersifat menyeluruh iaitu elemen-elemen atau variable dalam
pengukurannya dengan mengambil kira aspek pembangunan kerohanian, intelek,
jasmani dan emosi. 

“Bagi saya, cabaran semasa berada di luar negara ialah pelajar menjadi dagang di
negeri orang, jauh daripada keluarga sendiri. Bergaul dengan pelbagai kaum dan
budaya yang mempunyai pemikiran yang berlainan. Tanpa kekuatan semangat serta
pemikiran yang optimistik seseorang pelajar itu tidak mungkin akan dapat
mengharungi semua ini dengan kuat. Bagi pelajar yang tidak berpengaruh dengan
budaya luar mempunyai keupayaan untuk memilih dan memanfaatkan semua yang
positif dan berjaya menangkis apa saja yang negatif dengan semangat jati diri dan
kepercayaan yang ampuh. Pokoknya di negeri orang, seseorang pelajar itu dapat
berdikari dan mengharungi semua cabaran-cabaran dengan cara bijak dan pandai
terutama dalam menjaga diri sendiri ,” katanya yang pernah melanjutkan pelajaran
dalam bidang teknologi komputer di UK.

 “ Dalam konteks ini, mahasiswa  yang belajar di luar negara tidak menjadikan
masalah komunikasi sebagai halangan untuk memajukan diri melalui penglibatan
dalam aktiviti-aktiviti sosial. Ini amat penting kerana apabila graduan melangkah ke
alam pekerjaan, akan berdepan dengan pelbagai cabaran di sekeliling serta
membuktikan kepada masyarakat bahawa mereka mampu berdikari dalam
menghadapi dan mengatasinya dengan kebolehan masing-masing ,” kata Arnida
Abu Bakar, 30,  Pensyarah di Fakulti Pengajian Bahasa Utama. 

Tegasnya lagi, ciri-ciri sebenar pelajar atau graduan luar negara yang berkualiti ialah
yang cemerlang  memiliki atribut berikut; pertama, cemerlang dalam sahsiah, akhlak,
personaliti dan faham tujuan hidup sebenar. Kedua, cemerlang dalam akademik.
Ketiga, cemerlang dalam kemahiran dan emosi. Keempat, berguna pada diri,
keluarga, masyarakat dan negara. 

Pendapatnya terhadap kemajuan graduan dalam negara pula,  Perkembangan dan


kemajuan pendidikan di tanah air amat memberangsangkan dari satu sudut.
Perkembangan fizikal amat membanggakan dan pendidikan negara kita  juga
mengikut arus kemajuan dalam aspek aplikasi ICT dalam pengajaran dan
pembelajaran (p&p). Jika dulu negara kita menghantar pelajar ke luar negara untuk
belajar, sekarang kita sudah menerima pelajar dari negara luar yang belajar pelbagai
bidang di IPT tempatan. Ini bermakna mampu bersaing dengan negara maju dalam
“industri pendidikan”. Negara-negara luar telah mengiktiraf negara kita sebagai
tempat untuk mencari ilmu yang setaraf dengan negara-negara lain di Barat atau
Timur Tengah. Selanjutnya, untuk memahami kemajuan pendidikan kita secara lebih
terperinci. 

Tambahnya lagi, Untuk membolehkan pelajar melanjutkan pelajaran di di luar dan


dalam negara, tidak boleh lagi mengharapkan kepada pinjaman daripada kerajaan
semata-mata. Mahu tidak mahu, ibu bapa perlu ada simpanan sendiri untuk tujuan
itu. Kini telah ada takaful pendidikan. Kepada ibu bapa yang mampu, ini adalah satu
cara untuk menyediakan keperluan kewangan anak-anak untuk melanjutkan
pelajaran. Kepada yang tidak mampu, kita telah ada Skim Simpanan Pendidikan
Nasional (SSPN) untuk tujuan yang sama.

 Katanya lagi, graduan yang akan terhasil kelak mampu bersaing dengan graduan
lain untuk mencari peluang kerja yang terhad, baik di dalam mahupun di luar negara.
Atau, mereka perlu diberi kemahiran untuk menjana perniagaan bersandarkan ilmu
yang telah diperoleh. 

Menurut Norazimah Ibrahim, 24, pelajar yang berpengalaman dalam kursus Intensif
Bahasa Arab Universiti Al-Bayt Jordan, mempelajari bahasa di negara asal bahasa
tersebut sebenarnya dapat meningkatkan kemahiran berbahasa serta mempelajari
kaedah dan cara menyebut perkataan bahasa asing dengan betul serta dapat
merasai persekitaran budaya dan loghatnya. 

Selain itu juga, dapat menyumbang kepada kuantiti pakar dalam bidang terjemahan
bahasa asing serta dapat menjalinkan hubungan akademik yang baik antara negara.
Dari sudut sosial pula, pelajar dapat mempelajari budaya baru dan memahami cara
pergaulan bangsa lain walaupun hanya beberapa bulan sahaja beliau di sana.

 Bagaimanapun, apabila berjauhan dari ibu bapa, keluarga mahupun tanah air,
bukan mudah kerana banyak cabaran terpaksa diharungi tanpa mereka disisi.
Memang berjauhan daripada keluarga menyeksakan namun berbaloi kerana banyak
pengalaman baru diperoleh selain mengajar hidup berdikari. Menurutnya, tuntutan
mencari ilmu di luar negara terbaik menyebabkan dia sanggup meninggalkan
keluarga tercinta meskipun di tempat asalnya mempunyai institusi pengajian yang
menawarkan kursus-kursus seperti itu juga. 

“ Ini kali pertama saya berjauhan dengan keluarga. Usia muda ditambah rasa kekok
sanggup berhijrah untuk belajar walau terpaksa lalui cabaran bahasa, budaya,
makanan yang berbeza sudah tentu banyak menguji kecekalan saya, Bukan saja
terpaksa jauh dari keluarga, banyak aspek seperti makanan, cuaca dan persekitaran
mengganggu emosi,” tegas Muhammad Abu Bakar, salah seorang pelajar yang
pernah  menyertai kursus Intensif Bahasa Arab Universiti Al-Bayt Jordan.

Katanya lagi, pengalaman berada di negara orang dapat merubah dan mengajar diri
supaya dapat menyesuaikan diri. Pertamanya dari segi pergaulan yang bukan saja
berguna untuk menambah rakan baru tapi membantu dalam pembelajaran. Pada
waktu itu jugalah mengetahui pentingnya menjalin persahabatan dan berdikari selain
mematangkan diri dengan pelbagai pengalaman.  

Oleh yang demikian, pendidikan luar negara sejak lama telah ditanggap oleh
golongan tersebut sebagai ”jalan keluar” atau ”penyelamat” daripada semacam
ketidakadilan yang terdapat dalam sistem pendidikan tinggi dalam negeri.

Selain itu, tanggapan tersebut ditunjangi pula oleh beberapa faktor seperti bahasa
pengantar yang digunakan oleh IPT dalam negeri yang dianggap sebagai salah satu
unsur yang terus menjejas dan menurunkan mutu pendidikan IPT dalam negara.  

Oleh yang demikian, sejak tahun 70-an lagi, pendidikan tinggi luar negara telah
menjadi sebahagian daripada cara hidup golongan tertentu di negara ini – baik
dalam keadaan ekonomi negara memuncak mahupun merosot.  

Faktor lain yang turut mendorongkan amalan pengiriman para siswa ke luar negara
ini ialah dasar tajaan pemerintah sendiri yang dilaksanakan dalam kerangka DEB –
yakni dalam rangka usaha memperbanyak bilangan golongan profesional
bumiputera dalam bidang-bidang tertentu.

Oleh yang demikian, ibu bapa yang lebih suka menghantar anak-anak mereka
mengikuti kursus universiti ijazah pertama di luar negara kini bukanlah semata-mata
pilihan ibu bapa ke arah itu, tetapi prasangka menyeluruh di kalangan semua pihak
terhadap pendidikan tinggi dalam negara berbanding dengan pendidikan luar
negara. Pilihan ibu bapa itu, sebenarnya sekadar memantulkan sikap para pelajar
sendiri, sikap para majikan, sikap penaja biasiswa, sikap kerajaan dan malah sikap
setengah-setengah parti politi

You might also like