You are on page 1of 5

SENARAI TUGAS PEMBANTU AM PEJABAT (PENDIDIKAN)

 Menaip surat-surat yang berkaitan dengan urusan sekolah atau yang diarahkan
oleh Pengetua/Guru Besar dan Penolong-penolong Kanan.
 Mengurus buku kehadiran Guru / Staf Sokongan
 Mencetak soalan-soalan peperiksaan dan siaran-siaran pejabat.
 Membantu Pembantu Tadbir dalam urusan bank seperti membayar bil dan lain-
lain.
 Mengambil dan meminitkan surat.
 Memasukkan surat-surat ke dalam fail dan mengedarkannya kepada guru/staf
sokongan yang berkenaan.
 Mengepos dan mengambil surat.
 Merekod dan mengawal semua stok masuk dan keluar peralatan pejabat.
 Mengemaskini sistem fail.
 Mengemas bilik Pengetua/Guru Besar dan bilik cetak.
 Menentu dan memastikan susunatur, kekemasan dan kebersihan pejabat sentiasa
diberikan perhatian serta mengawal kerahsiaan pejabat.
 Merekod menguruskan pengambilan Dokumen-dokumen seperti : Sijil-sijil
peperiksaan UPSR / PMR / SMA / SPM / STPM / STAM. Surat Akuan / Sijil
Berhenti Sekolah.
 Menyedia dan memastikan segala borang yang diperlukan untuk kegunaan guru /
kakitangan / murid sentiasa mencukupi.
 Menyediakan diri dan berperanan sebagai penyambut tetamu, memberi layanan
yang sewajarnya kepada orang-orang awam yang ada urusan dengan pejabat serta
membantu urusan guru-guru dan murid-murid yang berkaitan dengan pejabat.
 Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Pengetua / Guru Besar dari
masa ke semasa.

Gaji 600,000 Kakitangan Awam Disemak

KUCHING: Kira-kira 600,000 kakitangan awam dalam Kumpulan Sokongan Satu dan
Dua dijangka akan menerima durian runtuh apabila kerajaan difahamkan sedia
menyemak tangga gaji mereka bagi membolehkan pendapatan melebihi RM40,000
setahun.

Presiden Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs), Omar


Osman, berkata berdasarkan Model Baru Ekonomi (MEB), kerajaan menetapkan
pendapatan rakyat di negara perlu melepasi AS$15,000 (RM48,000) dan sebagai
permulaan semakan gaji kakitangan dilakukan.

Katanya, semakan ini membabitkan cadangan penghapusan kelayakan akademik


Penilaian Menengah Rendah (PMR) atau Sijil Rendah Pelajaran (SRP) berikutan ia
dinaikkan kepada sekurang-kurangnya Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).“Ini bermakna
kakitangan Kumpulan Sokongan Satu dan Dua seperti pemandu, pembantu tadbir rendah,
tukang masak, atendan haiwan, penolong jururawat akan menikmati kenaikan gaji sekali
ganda atau sekurang-kurangnya RM1,500.
“Mereka yang mahu menyertai perkhidmatan awam selepas ini perlu memastikan
memiliki kelayakan sekurang-kurangnya SPM seperti diperkenalkan polis baru-baru ini
melalui skim pengstrukturan mereka,” katanya ketika ditemui di sini, semalam

Berita Harian , 20 Mei 2010

RKIB : 04/08/2010

1,200 kerani, pembantu am diserap ke sekolah

SANDAKAN 3 Ogos - Seramai 1,200 kerani dan pembantu am pejabat di jabatan dan
Kementerian Pelajaran akan diserapkan ke sekolah-sekolah bagi menyelesaikan isu
bebanan tugas yang ditanggung guru.

Timbalan Menteri Pelajaran, Dr. Mohd. Puad Zarkashi berkata, langkah penstrukturan
semula kakitangan sokongan itu penting bagi membolehkan guru menumpukan sepenuh
perhatian kepada pengajaran dan pembelajaran di sekolah.

"Kementerian juga akan menambah kakitangan sokongan, mengurangkan ujian-ujian di


sekolah dan menetapkan setiap sekolah hanya mengadakan aktiviti luar tidak lebih dua
kali sebulan sebagai pendekatan holistik menangani masalah bebanan tugas guru ini,"
katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas merasmikan Seminar Pendidikan
anjuran Kesatuan Guru Sabah (STU) di sini hari ini.

Seramai 150 guru dari seluruh negeri menghadiri seminar yang turut dihadiri oleh
Presiden STU Sabah, Suhaimi Othman.

Mohd. Puad berkata, kementerian juga akan mengambil guru untuk mengajar subjek
sukan dan kurikulum secara kontrak dalam usaha mengurangkan beban tugas guru.

Selain itu, katanya, kementerian akan menambah bilangan guru sandaran tidak terlatih
(GSTT) untuk menggantikan guru-guru yang bercuti panjang seperti cuti bersalin.

Sementara itu, dalam ucapannya, Mohd. Puad menyarankan agar guru sentiasa bersedia
dan bijak mencipta kaedah berkesan selaras dengan tuntutan memartabatkan profesion
perguruan negara.

Menjawab soalan salah seorang guru mengenai jawatan Pembantu Makmal Komputer
(FT17) yang sebahagian besar diisi bukan anak tempatan Sabah, Mohd. Puad berkata,
kementerian akan mengkaji perkara tersebut.
"Boleh dipertimbangkan dan saya akan memanjangkan kepada bahagian sumber manusia
mengenai jawatan ini," katanya.

Sementara itu, Suhaimi berkata, seminar dua hari itu bertujuan menyokong dan
mendedahkan warga pendidik di seluruh negeri ini mengenai dasar-dasar pendidikan dan
kaedah-kaedah pelaksanaannya.

Katanya, warga pendidik yang terlibat dalam seminar itu perlu memanfaatkan
sepenuhnya pelbagai informasi yang diperoleh dan mempraktikkannya dalam
meningkatkan mutu pendidikan di negeri ini.

PAR N1 TK2
166
SUKATAN PENILAIAN
TAHAP KECEKAPAN (TK2) BAGI
PEMBANTU AM RENDAH GRED N1
1. MATLAMAT PENILAIAN TAHAP KECEKAPAN
1.1 Tahap Kecekapan 2 (TK 2)
i. Berpengetahuan dalam prinsip-prinsip pentadbiran dan pejabat,
perkhidmatan, tatacara diri dan etika sosial,
ii. Berupaya memahami bidang tugas jawatannya selaras dengan
peraturan-peraturan dan prinsip-prinsip yang telah ditetapkan.
2. TUJUAN PENILAIAN
Untuk menguji kebolehan dan kecekapan pegawai sebagai salah satu syarat
anjakan gaji dan/atau bagi dipertimbangkan ke gred yang lebih tinggi.
3. PEGAWAI YANG LAYAK MENDUDUKI PEPERIKSAAN INI
Pembantu Am Rendah Gred N1 yang sedang berada diperingkat Gaji P2
4. KANDUNGAN PENILAIAN
Bidang penilaian adalah merangkumi aspek pengetahuan, nilai-nilai peribadi
dan kemahiran.
5. KOMPETENSI YANG AKAN DINILAI
5.1 PENGETAHUAN
5.1.1 Pengurusan Personel (Perintah Am)
Syarat-syarat am lantikan dan perkhidmatan
Elaun-elaun dalam perkhidmatan
Cuti yang diberi kerana perkhidmatan
Kelakuan dan Tatatertib
Rawatan perubatan untuk pegawai
PDF created with pdfFactory trial version www.pdffactory.com
PAR N1 TK2
167
Waktu bekerja dan lebih masa
5.1.2 Maklumat Organisasi
Visi/Misi
Struktur Organisasi,
Objektif/fungsi Jabatan
Pengurusan Atasan Jabatan
5.2 NILAI-NILAI PERIBADI
5.2.1 Keterampilan Diri
Berpakaian kemas dan bersih
Sopan dan berbudi bahasa
5.2.2 Disiplin dan Pengurusan Masa
Menepati waktu bertugas
Menyelesaikan tugas mengikut masa yang ditetapkan
Menyelesaikan kerja mengikut arahan dan garis
panduan/peraturan yang ditetapkan
5.2.3 Team Work dan Intergriti
Mampu bekerja secara berkumpulan
Mempunyai nilai intergriti yang baik dalam mengendalikan
maklumat-maklumat dan dokumen-dokumen kerajaan
5.2.4 Komunikasi/Interpersonal
Keupayaan bercakap dengan jelas
Boleh membimbing dan memberi tunjuk ajar kepada
Pembantu Am Rendah yang lain
5.2.5 Menghormati Rakan Sejawat dan Ketua
PDF created with pdfFactory trial version www.pdffactory.com
PAR N1 TK2
168
Melayan rakan sejawat dengan baik
Menghormati arahan ketua
5.3 KEMAHIRAN
5.3.1 Urusan Sisem Fail
Urusan merekod keluar masuk fail
5.3.2 Urusan Mendaftar Dokumen
Urusan merekod penerimaan surat, memo dan lain-lain
dokumen kerajaan mengikut garis panduan dan peraturan
yang telah ditetapkan
5.3.3 Urusan Menghantar Dokumen
Urusan penghantaran surat, memo dan lain-lain dokumen
kerajaan di dalam atau keluar pejabat
5.3.4 Teknik Membuat Salinan Fotostat
Menguasai teknik asas membuat salinan fotostat
5.3.5 Kemahiran Asas Komputer
Mahir teknik asas penggunaan Microsoft Words dan excel
untuk tujuan merekod pergerakan keluar masuk fail, surat,
memo dan lain-lain dokumen
6. Kaedah Penilaian : Melalui Temuduga
7. Markah Penilaian : Pengetahuan - 25%
Nilai-Nilai Peribadi - 25%
Kemahiran - 50%
PDF created with pdfFactory trial version www.pdffactory.com
PAR N1 TK2
169
8. Masa : Pengetahuan - 10 minit
Nilai-Nilai Peribadi - 10 minit
Kemahiran - 20 minit
9. Tahap Kesukaran Soalan : Kefahaman dan Aplikasi
10. Keputusan : Aras IV – lulus/ melepasi Tahap
Kompentensi pada aras
Kecemerlangan
Aras III – lulus/melepasi Tahap
kompetensi
Aras II - lulus bersyarat
Aras I - tidak melepasi Tahap
Kompetensi
11. Pengecualian : Tiada Pengecualian
12. Penel Temuduga Dilantik
oleh
: Panel Peperiksaan PTK Jabatan
Perhutanan Semenanjung Malaysia,
13. Bahasa (Soalan dan
Jawapan)
: Bahasa Melayu
14. Penentuan Calon Untuk
Dinilai
: Ditentukan Oleh Ketua Jabatan
15. Pusat Penilaian Akan
Ditetapkan Oleh
: Urusetia PTK, Jabatan Perhutanan
Semenanjung Malaysia
16. Kekerapan Penilaian : Sekali Setahun
PDF created with pdfFactory trial version www.pdffactory.com
PAR N1 TK2
170
RUJUKAN
1. Arahan Perkhidmatan
2. Perintah-Perintah Am
3. Manual Perhutanan Semenanjung Malaysia.
4. Laman Web JPSM
5. Laporan Tahunan JPSM

You might also like