Professional Documents
Culture Documents
Menaip surat-surat yang berkaitan dengan urusan sekolah atau yang diarahkan
oleh Pengetua/Guru Besar dan Penolong-penolong Kanan.
Mengurus buku kehadiran Guru / Staf Sokongan
Mencetak soalan-soalan peperiksaan dan siaran-siaran pejabat.
Membantu Pembantu Tadbir dalam urusan bank seperti membayar bil dan lain-
lain.
Mengambil dan meminitkan surat.
Memasukkan surat-surat ke dalam fail dan mengedarkannya kepada guru/staf
sokongan yang berkenaan.
Mengepos dan mengambil surat.
Merekod dan mengawal semua stok masuk dan keluar peralatan pejabat.
Mengemaskini sistem fail.
Mengemas bilik Pengetua/Guru Besar dan bilik cetak.
Menentu dan memastikan susunatur, kekemasan dan kebersihan pejabat sentiasa
diberikan perhatian serta mengawal kerahsiaan pejabat.
Merekod menguruskan pengambilan Dokumen-dokumen seperti : Sijil-sijil
peperiksaan UPSR / PMR / SMA / SPM / STPM / STAM. Surat Akuan / Sijil
Berhenti Sekolah.
Menyedia dan memastikan segala borang yang diperlukan untuk kegunaan guru /
kakitangan / murid sentiasa mencukupi.
Menyediakan diri dan berperanan sebagai penyambut tetamu, memberi layanan
yang sewajarnya kepada orang-orang awam yang ada urusan dengan pejabat serta
membantu urusan guru-guru dan murid-murid yang berkaitan dengan pejabat.
Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Pengetua / Guru Besar dari
masa ke semasa.
KUCHING: Kira-kira 600,000 kakitangan awam dalam Kumpulan Sokongan Satu dan
Dua dijangka akan menerima durian runtuh apabila kerajaan difahamkan sedia
menyemak tangga gaji mereka bagi membolehkan pendapatan melebihi RM40,000
setahun.
RKIB : 04/08/2010
SANDAKAN 3 Ogos - Seramai 1,200 kerani dan pembantu am pejabat di jabatan dan
Kementerian Pelajaran akan diserapkan ke sekolah-sekolah bagi menyelesaikan isu
bebanan tugas yang ditanggung guru.
Timbalan Menteri Pelajaran, Dr. Mohd. Puad Zarkashi berkata, langkah penstrukturan
semula kakitangan sokongan itu penting bagi membolehkan guru menumpukan sepenuh
perhatian kepada pengajaran dan pembelajaran di sekolah.
Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas merasmikan Seminar Pendidikan
anjuran Kesatuan Guru Sabah (STU) di sini hari ini.
Seramai 150 guru dari seluruh negeri menghadiri seminar yang turut dihadiri oleh
Presiden STU Sabah, Suhaimi Othman.
Mohd. Puad berkata, kementerian juga akan mengambil guru untuk mengajar subjek
sukan dan kurikulum secara kontrak dalam usaha mengurangkan beban tugas guru.
Selain itu, katanya, kementerian akan menambah bilangan guru sandaran tidak terlatih
(GSTT) untuk menggantikan guru-guru yang bercuti panjang seperti cuti bersalin.
Sementara itu, dalam ucapannya, Mohd. Puad menyarankan agar guru sentiasa bersedia
dan bijak mencipta kaedah berkesan selaras dengan tuntutan memartabatkan profesion
perguruan negara.
Menjawab soalan salah seorang guru mengenai jawatan Pembantu Makmal Komputer
(FT17) yang sebahagian besar diisi bukan anak tempatan Sabah, Mohd. Puad berkata,
kementerian akan mengkaji perkara tersebut.
"Boleh dipertimbangkan dan saya akan memanjangkan kepada bahagian sumber manusia
mengenai jawatan ini," katanya.
Sementara itu, Suhaimi berkata, seminar dua hari itu bertujuan menyokong dan
mendedahkan warga pendidik di seluruh negeri ini mengenai dasar-dasar pendidikan dan
kaedah-kaedah pelaksanaannya.
Katanya, warga pendidik yang terlibat dalam seminar itu perlu memanfaatkan
sepenuhnya pelbagai informasi yang diperoleh dan mempraktikkannya dalam
meningkatkan mutu pendidikan di negeri ini.
PAR N1 TK2
166
SUKATAN PENILAIAN
TAHAP KECEKAPAN (TK2) BAGI
PEMBANTU AM RENDAH GRED N1
1. MATLAMAT PENILAIAN TAHAP KECEKAPAN
1.1 Tahap Kecekapan 2 (TK 2)
i. Berpengetahuan dalam prinsip-prinsip pentadbiran dan pejabat,
perkhidmatan, tatacara diri dan etika sosial,
ii. Berupaya memahami bidang tugas jawatannya selaras dengan
peraturan-peraturan dan prinsip-prinsip yang telah ditetapkan.
2. TUJUAN PENILAIAN
Untuk menguji kebolehan dan kecekapan pegawai sebagai salah satu syarat
anjakan gaji dan/atau bagi dipertimbangkan ke gred yang lebih tinggi.
3. PEGAWAI YANG LAYAK MENDUDUKI PEPERIKSAAN INI
Pembantu Am Rendah Gred N1 yang sedang berada diperingkat Gaji P2
4. KANDUNGAN PENILAIAN
Bidang penilaian adalah merangkumi aspek pengetahuan, nilai-nilai peribadi
dan kemahiran.
5. KOMPETENSI YANG AKAN DINILAI
5.1 PENGETAHUAN
5.1.1 Pengurusan Personel (Perintah Am)
Syarat-syarat am lantikan dan perkhidmatan
Elaun-elaun dalam perkhidmatan
Cuti yang diberi kerana perkhidmatan
Kelakuan dan Tatatertib
Rawatan perubatan untuk pegawai
PDF created with pdfFactory trial version www.pdffactory.com
PAR N1 TK2
167
Waktu bekerja dan lebih masa
5.1.2 Maklumat Organisasi
Visi/Misi
Struktur Organisasi,
Objektif/fungsi Jabatan
Pengurusan Atasan Jabatan
5.2 NILAI-NILAI PERIBADI
5.2.1 Keterampilan Diri
Berpakaian kemas dan bersih
Sopan dan berbudi bahasa
5.2.2 Disiplin dan Pengurusan Masa
Menepati waktu bertugas
Menyelesaikan tugas mengikut masa yang ditetapkan
Menyelesaikan kerja mengikut arahan dan garis
panduan/peraturan yang ditetapkan
5.2.3 Team Work dan Intergriti
Mampu bekerja secara berkumpulan
Mempunyai nilai intergriti yang baik dalam mengendalikan
maklumat-maklumat dan dokumen-dokumen kerajaan
5.2.4 Komunikasi/Interpersonal
Keupayaan bercakap dengan jelas
Boleh membimbing dan memberi tunjuk ajar kepada
Pembantu Am Rendah yang lain
5.2.5 Menghormati Rakan Sejawat dan Ketua
PDF created with pdfFactory trial version www.pdffactory.com
PAR N1 TK2
168
Melayan rakan sejawat dengan baik
Menghormati arahan ketua
5.3 KEMAHIRAN
5.3.1 Urusan Sisem Fail
Urusan merekod keluar masuk fail
5.3.2 Urusan Mendaftar Dokumen
Urusan merekod penerimaan surat, memo dan lain-lain
dokumen kerajaan mengikut garis panduan dan peraturan
yang telah ditetapkan
5.3.3 Urusan Menghantar Dokumen
Urusan penghantaran surat, memo dan lain-lain dokumen
kerajaan di dalam atau keluar pejabat
5.3.4 Teknik Membuat Salinan Fotostat
Menguasai teknik asas membuat salinan fotostat
5.3.5 Kemahiran Asas Komputer
Mahir teknik asas penggunaan Microsoft Words dan excel
untuk tujuan merekod pergerakan keluar masuk fail, surat,
memo dan lain-lain dokumen
6. Kaedah Penilaian : Melalui Temuduga
7. Markah Penilaian : Pengetahuan - 25%
Nilai-Nilai Peribadi - 25%
Kemahiran - 50%
PDF created with pdfFactory trial version www.pdffactory.com
PAR N1 TK2
169
8. Masa : Pengetahuan - 10 minit
Nilai-Nilai Peribadi - 10 minit
Kemahiran - 20 minit
9. Tahap Kesukaran Soalan : Kefahaman dan Aplikasi
10. Keputusan : Aras IV – lulus/ melepasi Tahap
Kompentensi pada aras
Kecemerlangan
Aras III – lulus/melepasi Tahap
kompetensi
Aras II - lulus bersyarat
Aras I - tidak melepasi Tahap
Kompetensi
11. Pengecualian : Tiada Pengecualian
12. Penel Temuduga Dilantik
oleh
: Panel Peperiksaan PTK Jabatan
Perhutanan Semenanjung Malaysia,
13. Bahasa (Soalan dan
Jawapan)
: Bahasa Melayu
14. Penentuan Calon Untuk
Dinilai
: Ditentukan Oleh Ketua Jabatan
15. Pusat Penilaian Akan
Ditetapkan Oleh
: Urusetia PTK, Jabatan Perhutanan
Semenanjung Malaysia
16. Kekerapan Penilaian : Sekali Setahun
PDF created with pdfFactory trial version www.pdffactory.com
PAR N1 TK2
170
RUJUKAN
1. Arahan Perkhidmatan
2. Perintah-Perintah Am
3. Manual Perhutanan Semenanjung Malaysia.
4. Laman Web JPSM
5. Laporan Tahunan JPSM