You are on page 1of 12

ISI KANDUNGAN

BIL TAJUK M/S

01 Pengenalan 2

02 jenis – jenis pengalir 4

03 gambarajah pengalir 7

04 pengalir kilat 8

05 kaedah perlindungan kilat 9

06 kesimpulan 12

1
PENGENALAN

1.0 DEFINISI KILAT

Kilat ialah nyahcas elektrik di ruang atmosfera yang sering berlaku ketika ribut


petir dan kadang kala semasa letusan gunung berapi atau ribut debu. Kilat sering
diiringi oleh guruh. Dalam nyahcas keelektrikan atmosfera, perintis kilat mampu
bergerak selaju 60,000 m/s dan mencapai suhu sekitar 30,000 °C (54,000 °F), cukup
panas bagi melakur pasir silika kepada "kilat membatu", dikenali secara saintifiknya
sebagai fulgurit yang lazimnya berongga dan boleh memanjang seberapa jauh ke
dalam tanah. Terdapat kira-kira 16 juta ribut petir setiap tahun.

Kilat juga berlaku dalam awan abu dari letusan gunung berapi atau mungkin
disebabkan oleh kebakaran hutan yang menghasilkan cukup debu untuk
menghasilkan cas statik.

Ciri-ciri kilat

Peta dunia menunjukkan kekerapan panahan kilat, dalam imbas per km² per tahun
(Unjuran sama luas). Panahan kilat paling kerap berlaku di Republik Demokratik Congo.
Gabungan data 1995-2003 daripada Pengesan Alihan Optikal dan data 1998–2003
daripada Penderia Imej Kilat.

Secara purata, kilat membawa arus elektrik sebanyak 40 kiloampere (kA) (meskipun


sesetengah halilintar kilat boleh mencapai lebih 120 kA) dan memindahkan cas
sebanyak 5 coulomb dan 500 MJ. Voltan bergantung kepada panjang kilat,
denganpemecahan dielektrik di udara mewujudkan 3 juta volt per meter; menghasilkan
lebih kurang 1 gigavolt (1 bilion volt) bagi 300 m (1000 kaki) halilintar kilat. Dengan arus
elektrik sebanyak 100 kA, ia menghasilkan kuasa kira-kira 100 terawatt.
Bagaimanapun, penghasilan kilat bukanlah pemecahan dielektrik yang ringkas dan

2
medan elektrik di sekitarnya diperlukan bagi perambatan kilat pendahulu, boleh
menghasilkan beberapa turutan magnitud kurang daripada kekuatan pemecahan
dielektrik. Selanjutnya, kecerunan keupayaan dalam saluran panahan balik terbina baik
dalam urutan seratus volt per meter atau kurang kerana saluran pengionan yang sangat
besar, menghasilkan output kuasa sebenar dalam turutan megawatt per meter bagi
arus panahan balik kuat sebanyak 100 kA.

Kilat memanaskan udara sekitar kepada kira-kira 10,000 °C (18,000 °F) hampir serta-
merta, hampir dua kali ganda suhu permukaan matahari. Haba tersebut menghasilkan
gelombang kejutan yang dapat didengari yang juga dikenali sebagai guru

Panahan balik halilintar kilat mengikut saluran cas sahaja adalah kira-kira 1 sm (0.4 in)
lebar. Kebanyakan panahan kilat adalah kira-kira 1.6 km (1 batu) panjang. Rekod
panahan kilat terpanjang yang pernah dicatatkan ialah 190 km (118 batu), dilihat
berdekatan Dallas, Texas, Amerika Syarikat.[12] Setiap lokasi mempunyai keupayaan
(voltan) dan arus bagi purata panahan kilat yang berlainan.

CONTOH KILAT

3
1.1 Pengalir

Pengalir ialah satu bahan yang membenarkan pengaliran elektron bebas atau arus
secara bebas. Fungsi utama pengalir ialah untuk membawa arus elektrik dari satu
tempat ke satu tempat yang lain.

1.2 Jenis –jenis Pengalir

Terdapat beberapa jenis logam yang boleh dijadikan pengalir. Jadual 10.1
menunjukkan jenis-jenis bahan pengalir yang biasa digunakan dalam pemasangan
elektrik

1.3 Ciri-ciri pengalir

Ciri-ciri penting yang terdapat pada sesuatu pengalir ialah:

 kerintangan yang rendah


 kekuatan tegasan yang tinggi
 mudah dibentuk atau lentur
 Liat
 Kekonduksian yang baik

4
Bahan Sifat-sifat Kegunaannya
Aluminium Ringan , murah Kabel kuasa

Loyang Senang dibuat dalam sebarang Punca pin pada palam


( brass ) bentuk dan menahan hakisan
Karbon keras dan kurang geseran Berus-berus pada
mesen dan motor
Kuprum Pengalir yang baik , lembut dan Semua kabel dan
boleh dikeraskan bus-bar
Emas Mahal dan tahan hakisan Menyadur salut pada
sesentuh

Besi Logam yang biasa dan keras Saluran,kondiut,


pengalir bumi
Plumbum Senang dilentur dan menahan Sarung kabel dan
hakisan pengalir bumi
Raksa Cecair pada suhu biasa dan Sesentuh tertentu ,
senang menyejat lampu nyahcas
Elemen pemanas bila
Nikel Keras dan menahan hakisan dicampur dengan
kromium , elektrod-
elektrod dalam injap
Perak Mahal tetapi merupakan pengalir Dawai alat-alat
yang paling baik sekali menyadur salut pada
sesentuh
Natrium Senang menyejat Lampu nyahcas
Timah Menahan ancaman dari belerang salutan pada kabel
Tungsten Senang dibuat dan liat Filamen , lampu ,
tiub vakum

Jadual 1.1 : Bahan Pengalir


Kuprum Aluminium

1. kerintangannya lebih rendah 1. Kerintangannya lebih tinggi iaitu


iaitu 17.24 μ Ω mm 28.2 μΩ mm pada 20 darjah

5
( disepuhlindapkan) dan celcius.

17.8 μΩ mm
( dikeraskan ) pada suhu 20

darjah celcius

2. Luas keratan rentas lebih besar


2. luas keratan rentas lebih
pada
kecil pada keupayaan yang
keupayaan yang sama dengan
sama dengan aluminium
kuprum .
3. kealiran lebih tinggi
4. kekuatan ketegasan tinggi
3. kealirannya lebih rendah.
5. luas keratan rentas lebih
4. Kekuatan tegasan rendah.
kecil
5. Luas keratan rentas lebih besar.
6. liat
6. Ringan dan murah
7. lebih berat

Jadual 1.2 : Perbandingan antara kuprum dan aluminium

6
Jenis – jenis pengalir yang biasa digunakan ( Kuprum)

1.4 PENGALIR KILAT

7
Dalam pembembinaan sesebuah bangunan seperti menara, pengalir kilat
menjadi satu kewajipan dalam pemasangannya pada bangunan kerana ianya bertujuan
untuk melindungi kerosakan bangunan.
Jenis pengalir yang digunakan sebagai pengalir kilat ialah kuprum atau besi
kerana mempunyai sifat yang keras dan pengalir yang baik.

1.5 APA ITU PENGALIR KILAT

 Satu peralatan yang berfungsi untuk melindungi perkakas elektrik daripada


panahan petir. Wlaupun risiko penahan petir tidak begitu besar, namun arus
yang bernilai 20,000amps – 200,000amps yang dibawa oleh kilat dapat
menyebabkan kebakaran. Bukan semua bangunan perlu dipasang dengan litar
kilat.
 Litar kilat dipasang pada bahagian paling tinggi pada sesebuah struktur atau
bangunan. Apabila berlaku kilat, dawai bumi akan membawa arus kilat ke bumi.
 Faktor yang memerlukan litar kilat dipasang ialah:
1. Dikawasan yang selalu berlaku ribut
2. Bangunan beratap yang mempunyai risiko tinggi
3. Topografi dimana bangunan terletak dikawasan tinggi
4. Struktur dan bangunan yang bersejarah.

1.7 KAEDAH PERLINDUNGAN KILAT

8
System perlindungan panahan kilat lazimnya berdasarkan konsep iaitu apabila setia kali
lejang kilat memasuki kawasan yang dilindunggi, ia akan di tangkap oleh system itu dan
melencungkannya ke bumi melalui laluan yang selamat. Untuk mencapai objektif ini
system perlindungan mestilah berkeupayan bertindak dengan baik.

Terdapat empat konsep system yang digolongkan sebagai system perlindungan.


Konsep – konsep itu adalah rod kilat lazim, rod kilat radioaktif, sangkar faraday dan rod
kilat laser.

Kesemuanya berdasarkan prinsip pelencung yang mengandungi tiga kompenen asas


iaitu pangkalan,pengalir-turun dan pembumian.

KONSEP ROD KILAT

Pangkalan udara untuk sesuatu sisitem rod kilat terdiri daripada rod hujung tajam atau
tumpul yang diletakkan di satu tempat tinggi untuk member perlindungan bagi apa jua
kemudahan yang terkandung dalam zon perlindungan.

1.8 PERLINDUNGAN KILAT BAGI STRUKTUR BANGUNAN.

9
Pada zaman dahulu manusia membina tempat perlindungan daraipada kayu adalah
untuk melindungi rumah dari terbakar disebabkan oleh panahan kilat. Kini manusia
telah mendirikan rumah dan bangunan dengan sokongan bahan besi , mengakibatkan
ia mudah dipanah kilat dan menyebabkan lebih banyak kerosakan. Selain itu peralatan
canggih juga perlu dilindunggi daripada rosak yang terhasil daripada laluan arus kilat
kebumi apabila kilat mengenai sesuatu bangunan.

Terdapat beberapa langkah perlindungan yang perlu dilakukan bagi melinduggi


kerosakan iaitu:

1. Perlindungan luaran
2. Pangkalan udara
3. Pengalir bawah
4. Pangkalan bumi

1.8.1 PERLINDUNGAN LUARAN

Perlindungan luaran boleh dikenakan pada sesuatu struktur yang memerlukan


perlindungan kilat de gan memasanag terus atau pemasanagan system perisian
terpencil di atas atau bersebelahan kepada sesuatu struktur.perisian berasingan hanya
digunakan secara am untuk struktur mudah seperti timbunan rumput kering dan
bangunan kecil yang memerlukan keselamatan yang tinggi.

1.8.2 PANGKALAN UDARA

Pangkalan udara mempunyai satu titik yang terdapat pada penghujung


pangkalan itu. Pangkalan udara ini akan menghasilkan penjurus yang dapat naik ke
atas. Bahagian – bahgian atas suatu bumbung rumah yang dapat berfungsi dengan
baik sebagai pangkalan udara adalah seperti menara, penjuru – penjuru dan kompenen
besi menegak kerana pada tempat inilah berlaku pemusatan medan elektrik.

10
Pengalir – pengalir mesti dipasanag pada bahagian tepi menara, cerobong dan
semua tempat – tempat atas dari aras bumbung rumah. Kadang – kadang pengalir
bumbung ini di gantikan dengan pengalir yang dipasang di bawah bumbung dengan
finial yang menonjol keatas dan diletak di atas bumbung itu.

1.8.3 PENGALIR BAWAH

Pangkalan udara mestilah disambung kepada bumi melalui pengalir bawah yang
mengambil laluan yang terpendek ke bumi agar rosotan potensi teraruh dapat
dikurangkan.

1.8.4 PANGKALAN BUMI.

Untuk mengatasi kejadian beza potensi yang berlebihan disebabkan oleh


nyahcas arus kilat, satu kaedah yang digunakan ialah dengan penanaman pengalir ke
bumi yang akan menghasilkan hubungan antara struktur dengan bumi. Kaedah ini
mempunyai kebaikan tambahan, iaitu nilai rintangan bumi tidak akan dalam jarak tidak
lebih 20 m.

11
KESIMPULAN

Secara amnya pengalir kilat amat penting dalam sesebuah bangunan bagi
memberi perlindungan kepada bagunan serta peralatan – peralatan yang berada dalam
sesebuah bangunan tersebut. Ini adalah kerana ia bertujuan menggekalkan struktur
bangunan tersebut kerana kilat mampu member kesan hakisan kepada bangunan serta
kerosakan kepada alatan elektrik yang lain.

Arus kilat yang terhasil haruslah di bumikan dengan cara yang betul dan selamat
agar tidak mendatangkan bahaya.oleh itu pemilihan pengalir kilat yang betul dan
bersesuain adalah amat penting sekali.

12

You might also like