You are on page 1of 9

Kesan-kesan Pendudukan Jepun

Pengenalan

Jepun mula menyerang Tanah Melayu pada 8 Disember 1941 dan


dalam tempoh kira-kira 70 hari ia berjaya menguasai seluruh
Tanah Melayu apabila Ketua Turus Tentera Berikat iaitu Leftenan
Jeneral Percival menyerah kalah kepada Panglima Tentera Jepun
iaitu Leftenan Jeneral Yama***a Tomoyuki di Singapura pada 15
Februari 1942. Sejak itu, Tanah Melayu ditadbir oleh pihak
tentera Jepun sehingga 15 Ogos 1945. Walaupun pendudukan
Jepun hanya selama 3 tahun 6 bulan tetapi ia telah meninggalkan
beberapa kesan sama ada politik, ekonomi mahupun sosial.

Kesan-kesan
1. Politik

Selepas menguasai Tanah Melayu, Jepun menyusun semula


pentadbiran dengan meletakkan Tanah Melayu di bawah
pentadbiran tentera yang dikenali sebagai Malaya Military
Administration (MMA) sesuai dengan keadaan peperangan ketika
itu. Matlamat utama MMA ialah untuk memulihkan ketertiban
awam, mengeksploitasikan sumber-sumber penting untuk
menampung ekonomi perang dan menjamin bekalan yang cukup
bagi keperluan tenteranya di Tanah Melayu. Dalam menjalankan
pentadbiran, MMA dibantu oleh Polis Rahsia Jepun dan Badan
Perisikan Jepun yang dikenali sebagai Kempeitai Tekkikan dan
Toko. Negeri-negeri Selat (NNS) ditadbir secara langsung oleh
Jepun manakala sistem kerajaan di negeri-negeri lain diteruskan
dan diletakkan di bawah kawalan langsung seorang Gabenor
Jepun. Majlis Mesyuarat Negeri ditukarkan menjadi Majlis
Penasihat. Majoriti ahlinya adalah orang Jepun dan orang Melayu.
Walau bagaimanapun, kuasa sebenar berada di tangan Jepun.
Untuk mendapat sokongan orang Melayu, Jepun mengekalkan
institusi Sultan sebagai pentadbir bersama-sama dengan pihak
Jepun.

Pada peringkat awal pendudukan Jepun, Sumatera digabungkan


dengan Tanah Melayu di bawah satu pentadbiran yang berpusat
di Singapura yang dikenali sebagai Shonan. Walau
bagaimanapun, penyatuan ini gagal dan Sumatera dipisahkan
dari NNM daripada segi pentadbiran pada tahun 1944.

Pendudukan Jepun telah mengakibatkan kesedaran politik yang


mendalam di kalangan penduduk Tanah Melayu terutamanya
orang Melayu. Hal ini dijelaskan oleh Yoji Akashi dalam bukunya
“The Japanese Military Administration in Malaya”. Anthony Hill
dalam bukunya “Division in Malaya” menegaskan “The Japanese
regime and its aftermath awakened for the first time the political
consciousness among the Malay People. They certainly developed
it, leading its solidarity and direction”. Manakala John Fustons
dalam bukunya “Malay Politic in Malaysia” menegaskan yang
pendudukan Jepun telah “politicize the Malay Peasantry to the
extent that they were available for mass mobilization immediately
after the war”. Penderitaan yang dialami dan propaganda Jepun
“Asia untuk Asia” telah membangkitkan kesedaran penduduk
tempatan untuk berjuang menuntut kebebasan politik dan
kemerdekaan.

Dalam menjalankan pentadbiran Jepun lebih mengutamakan


orang Melayu kerana ia menganggap Tanah Melayu sebagai hak
orang Melayu. Dalam buku yang sama Yoji Akashi menjelaskan
“In the early stage of accupation, the MMA was obliged to regard
the Malays as the rightful owner of Malaya while the Chinese and
Indian as subordinate races”. Orang Melayu diberi peluang
memegang jawatan-jawatan pentadbiran seperti Pegawai Daerah
dan sebagainya. Dalam Majlis Penasihat bilangan ahli Melayu
melebihi bilangan bangsa-bangsa lain. Sebagai contoh, di Perak
14/20, di Negeri Sembilan 7/12 dan di Pahang 5/9. Pengalaman
dalam pentadbiran yang diterima oleh orang Melayu telah
memberi keyakinan diri dan menyedarkan mereka bahawa orang
Melayu mampu mentadbir negeri mereka sendiri.

Dasar Jepun terhadap orang India agak memuaskan kerana ia


mengharapkan sokongan mereka dalam usaha untuk menjayakan
rancangan Jepun untuk menguasai India. Orang India digalakkan
bekerjasama dengan Jepun bagi membebaskan India daripada
British. Mereka diminta menganggotai Tentera Kebangsaan India
(MIA) yang ditubuhkan oleh Jepun di Tanah Melayu. Dengan
tujuan mendapatkan sokongan orang India juga, Jepun
menubuhkan Kerajaan India Buangan yang dikenali sebagai Azad
Hind di Singapura di bawah pimpinan Subhas Chandra Bose.
Dasar Jepun terhadap orang India telah menimbulkan masalah
dalam usaha untuk mewujudkan semangat kenegaraan di
kalangan orang India di Tanah Melayu.

Dasar orang Jepun terhadap orang Cina amat berbeza daripada


dasar mereka terhadap orang Melayu dan India. Selepas
menguasai Tanah Melayu mereka melakukan pembunuhan
beramai-ramai dan lain-lain kezaliman ke atas orang Cina.
Keadaan ini berlaku kerana permusuhan di antara Negeri Jepun
dan Negeri China. Selain itu, Jepun marah kepada orang Cina di
Tanah Melayu yang telah membantu Negeri China semasa Jepun
menyerang China 1937. Akibat daripada tindakan Jepun, ramai
orang Cina melarikan diri ke dalam hutan bagi mengelakkan
penindasan Jepun dan seterusnya menganggotai Parti Komunis
Malaya (PKM). Dasar Jepun terhadap orang Cina dan India telah
menebalkan lagi semangat kecinaan dan keindiaan di kalangan
orang Cina dan India di Tanah Melayu.

Kekalahan British dengan begitu mudah telah menjatuhkan


maruah British dan telah melenyapkan “mitos superioriti” yang
menganggap kuasa Barat tidak boleh dikalahkan oleh kuasa
Timur. Cara mereka diusir oleh Jepun serta cara tawanan dilayan
telah menjatuhkan lagi maruah British. Kekalahan British
menyedarkan penduduk tempatan bahawa mereka tidak boleh
bergantung kepada British untuk mempertahankan Tanah
Melayu. Keadaan ini menyedarkan penduduk tempatan supaya
berusaha sendiri bagi mempertahankan hak-hak dan kepentingan
serta tanah air mereka.

Tindakan Jepun menyerahkan Negeri-negeri Melayu Utara kepada


Siam pada Ogos 1943 menyedarkan penduduk tempatan bahawa
Jepun tidak berminat untuk memberi kemerdekaan kepada Tanah
Melayu. Jepun yang dianggap sebagai pembebas yang akan
membebaskan Tanah Melayu juga merupakan kuasa penjajah.
Apa yang berlaku sebenarnya ialah penjajahan British digantikan
dengan penjajahan Jepun malah penjajahan Jepun lebih kejam
daripada penjajahan British.

Permusuhan yang timbul dengan orang Cina akibat pendudukan


Jepun telah menyedarkan orang Melayu untuk bangun
memperjuangkan hak-hak kepentingan mereka sebagai
bumiputera Tanah Melayu. Jepun dengan nasionalis-nasionalis
Melayu telah menimbulkan lagi semangat nasionalisme. Jepun
memberi sokongan kepada Kesatuan Melayu Muda (KMM)
pimpinan Ibrahim Yaacob. Ia juga telah menubuhkan Pasukan
Tentera Sukarela (PETA) atau Pembela Tanah Air yang lebih
dikenali sebagai Giyu Gun di bawah pimpinan Ibrahim Yaacob.
Selepas menduduki Tanah Melayu, Jepun membebaskan
nasionalis-nasionalis yang dipenjarakan oleh British seperti
Ibrahim Yaacob, Ishak Haji Muhammad dan Ahmad Boestamam.
Pembebasan telah membolehkan perjuangan nasionalisme
diteruskan.

Pendudukan Jepun telah memberi peluang kepada PKM untuk


berkembang. Ia mula mendapat sokongan ramai terutamanya
daripada orang Cina dan dianggap sebagai pelindung mereka
daripada penindasan Jepun. Apabila Tanah Melayu dikuasai
Jepun, anggota-anggota PKM lari ke dalam hutan untuk
meneruskan perjuangan. Mereka telah menyertai Malayan Anti-
Japanese Union (MAJU) yang ditubuhkan oleh British. PKM
seterusnya menubuhkan Tentera Anti Jepun Rakyat Malaya atau
Malayan People anti-Japanese Army (MPAJA). MPAJA mendapat
bantuan seperti senjata, makanan, ubat-ubatan dan latihan
daripada pihak Berikat terutamanya Pasukan 136. Pengalaman
dalam peperangan di hutan dan senjata yang diperolehi semasa
pendudukan Jepun amat menguntungkan PKM terutamanya
dalam usaha untuk menjayakan matlamat mereka. Semasa
pendudukan Jepun, mereka menyerang hendap tentera Jepun
dan menjalankan pengintipan bagi pihak British. Selepas
pendudukan Jepun, PKM muncul sebagai parti yang kuat dan
teratur. Mengenangkan jasa PKM membantu British menentang
Jepun, ia diterima sebagai parti yang sah sejak tahun 1945.
Kegagalan untuk mencapai matlamat melalui perlembagaan telah
mendorong PKM melakukan pemberontakan bersenjata sejak 16
Jun 1948 bagi menjayakan matlamat mereka menguasai Tanah
Melayu dan seterusnya menubuhkan Republik Komunis Malaya.

Pendudukan Jepun telah mengakibatkan munculnya kesedaran


politik secara berparti dan berpersatuan di kalangan penduduk
Tanah Melayu selepas pendudukan Jepun. Di antara parti-parti
yang wujud ialah UMNO, MCA, MIC, API, AWAS, PKMM, Hizbul
Muslimin dan sebagainya.

Idea kemerdekaan juga didapati akibat daripada pendudukan


Jepun. Ia telah berjanji untuk memberi kemerdekaan kepada
Tanah Melayu di bawah lingkungan “Indonesia Raya”. Untuk
tujuan tersebut, Kesatuan Rakyat Indonesia Semenanjung (KRIS)
telah ditubuhkan pada Julai 1945. Rundingan telah diadakan di
antara pemimpin Tanah Melayu iaitu Ibrahim Yaacob dan Dr.
Burhanuddin dengan pemimpin Indonesia iaitu Sukarno dan Hatta
untuk menjayakan matlamat kemerdekaan bersama. Rundingan
diadakan di Singapura pada 8 Ogos 1945 dan Taiping pada 12
Ogos 1945. Walau bagaimanapun, KRIS gagal memperjuangkan
kemerdekaan Tanah Melayu akibat daripada kekalahan Jepun
pada 15 Ogos 1945.

2. Ekonomi

Ekonomi dan taraf hidup rakyat Tanah Melayu mengalami


kemerosotan semasa pendudukan Jepun. Ekonomi Tanah Melayu
yang bergantung kepada eksport bijih timah dan getah
mengalami kemerosotan kerana pengeluaran berkurangan akibat
peperangan dan juga kerana dasar “Bumi Hangus” yang
diamalkan oleh British dimana mereka telah merosakkan pokok-
pokok getah, kilang-kilang, lombong-lombong dan jentera
perlombongan sebelum beundur dari Tanah Melayu bagi
mengekalkannya daripada jatuh ke tangan Jepun. Tanah Melayu
juga telah putus daripada pasaran antarabangsa bijih timah dan
getah kerana Jepun mengharamkan eksport keduanya kecuali
Jepun.

Selain itu, Jepun juga mengeksploitasikan sumber-sumber yang


diperlukan di negeri Jepun terutamanya besi dan bauksit. Semasa
pendudukan Jepun, Tanah Melayu mengalami kekurangan barang
pengguna khususnya tekstil dan makanan. Pada tahun 1943,
Tanah Melayu hanya menghasilkan 37.5% daripada beras
penduduknya. Walaupun Burma yang banyak menghasilkan beras
juga dikuasai oleh Jepun tetapi import beras dari Burma
tergendala kerana masalah peperangan. Beberapa langkah telah
dijalankan atas arahan Jepun bagi menambahkan pengeluaran
beras Tanah Melayu. Di antara langkah-langkah tersebut ialah
menggalakkan penanaman padi 2 kali setahun, memperkenalkan
benih padi daripada Taiwan, membuka tanah pertanian baru dan
sebagainya. Walau bagaimanapun, pengeluaran beras Tanah
Melayu tetap tidak mencukupi untuk keperluan penduduknya.
Akibatnya penduduk Tanah Melayu terpaksa bergantung kepada
tanaman lain seperti jagung, pisang, ubi kayu dan sebagainya.
Semasa Jepun, Tanah Melayu mengalami inflasi kerana
pengedaran wang kertas yang tidak terkawal dan kekurangan
barang pengguna terutamanya makanan. Pada tahun 1945,
pengedaran wang kertas di Tanah Melayu berjumlah $4000 juta
sedangkan sebelum pendudukan Jepun pengedaran wang kertas
hanya $200 juta. Kemusnahan sistem perhubungan dan lain-lain
infrastruktur yang tidak dibaiki oleh Jepun telah mengakibatkan
kemerosotan ekonomi Tanah Melayu. Walapun Jepun
melaksanakan beberapa industri seperti kilang kasut, tayar dan
sebagainya, tetapi ia tidak mencapai kejayaan.
3. Sosial

Pendudukan Jepun telah menimbulkan pelbagai penderitaan pada


rakyat Tanah Melayu. Kekejaman polis rahsia Jepun khususnya
Kempeitai telah menambahkan lagi penderitaan rakyat Tanah
Melayu terutamanya mereka yang anti-Jepun seperti orang Cina.
Ramai orang Cina telah dibunuh dan dizalimi oleh Jepun
menyebabkan mereka lari ke dalam hutan. Mereka tinggal di
dalam hutan dan menanam tanaman makanan untuk keperluan
sendiri. Tidakan orang Cina telah membawa kepada permulaan
wujudnya masalah setinggan selepas Perang Dunia Kedua.
Semasa Jepun, terutamanya orang India telah dijadikan buruh
paksa dan dihantar ke sempadan Thai-Burma untuk membina
jalan keretapi. Kekurangan makanan dan penyakit menyebabkan
ramai meninggal dunia sehingga jalan keretapi itu dikenali
sebagai “Jalan Keretapi Maut”. Kekurangan makanan
terutamanya beras telah menimbulkan pelbagai penyakit. Di
antara penyakit yang banyak membawa maut ialah malaria dan
beri-beri. Masalah penyakit semakin serius kerana kekurangan
ubat lebih-lebih lagi bila ubat-ubat telah dirampas oleh tentera
Jepun bagi keperluan mereka di Tanah Melayu.

Pendudukan Jepun telah mengakibatkan wujudnya permusuhan


kaum di antara orang Melayu dengan orang Cina akibat daripada
dasar Jepun yang berbeza kepada kaum-kaum tersebut. Layanan
baik Jepun kepada orang Melayu telah menimbulkan kemarahan
orang Cina. Malah Jepun telah mengambil orang Melayu untuk
dijadikan polis dan tentera dimana mereka digunakan oleh Jepun
untuk menentang MPAJA yang terdiri daripada orang Cina.
Tindakan orang Melayu menjadi pengintip Jepun telah menambah
lagi kemarahan orang Cina. Akibatnya selepas pendudukan
Jepun, berlaku pergaduhan kaum di antara orang Melayu dengan
orang Cina terutamanya di Perak dan Johor. Pendudukan Jepun
telah menimbulkan semangat rajin dan berdikari di kalangan
orang Melayu seperti menghasilkan barang daripada daun nanas
dan gula dari nira kelapa. Pendudukan Jepun turut menimbulkan
kesedaran orang Melayu terhadap pentingnya pengajaran,
dimana selepas perang sekolah-sekolah Melayu tumbuh dengan
pesatnya di seluruh negara.

      留言 [第 1 页/共 1 页]

28 7979b4

公民二校 2006 年 6M 班 » 分享 » 学业资料 » F3-SJ-Bab 1 Kesan-kesan Pemerintahan


Jepun

您在这个论坛的权限:
您不能在这个论坛回复主题

You might also like