You are on page 1of 6

Pendahuluan

Negara membangun merupakan satu istilah yang digunakan untuk menggambarkan


sebuah negara yang mempunyai satu aras yang menggambarkan keselesaan dari aspek
kebendaan atau meterial. Selain itu, negara membangun juga boleh diketegorikan melalui
tahap pembangunan sesebuah negara yang rendah. Walau bagaimanapun, terdapat juga
perbezaan aras pembangunan yang telah dicapai oleh sesebuah negara yang sedang
membangun. Hal ini kerana, terdapat juga negara membangun mempunyai prasarana yang
baik. Sebagai contoh negara Malaysia. Malaysia merupakan sebuah negara membangun yang
mempunyai prasarana dan tahap pembangunan yang baik berbanding negara membangun
yang lain. Malaysia juga mempunyai tahap ekonomi dan politik yang stabil berbanding
negara-negara membangun yang lain.

Manakala, negara yang mundur dan tidak maju digelar sebagai Negara Dunia Ketiga.
Negara Dunia Ketiga merupakan sebuah istilah yang dicipta oleh Alfred Sauvy ( 1952 ).
Tujuan beliau mengemukakan istilah ini adalah bertujuan untuk membezakan antara negara
yang bersekutu dengan barat dengan negara yang tidak bersekutu dengan barat semasa perang
dingin yang berlaku di negara-negara Eropah. Perkataan Negara Dunia Ketiga ini berasal
daripada perkataan Perancis “ le ties monde ”. Negara Dunia Ketiga telah diletakkan dalam
golongan negara yang mundur. Negara-negara berkenaan mempunyai pendapatan
perkapitanya yang rendah. Negara Dunia Ketiga bukan sahaja lemah daripada aspek
pembangunan dan infrastruktur, malah negara berkenaan juga lemah daripada aspek
ekonomi , politik dan masalah sosial.

Taraf hidup yang rendah dan tahap kemiskinan hidup yang tinggi menyebabkan
negara-negara Dunia Ketiga sering mendapat banyak masalah terutama sekali wabak penyakit
berjangkit. Namun, selepas tahun 1987, negara-negara Dunia Ketiga terutama sekali negara
yang berada di rantau Asia Pasifik mula mendapat perhatian daripada negara maju. Hal ini
kerana, negara-negara Dunia Ketiga mempunyai potensi yang besar untuk dimajukan
terutama sekali dalam aspek ekonomi. Aspek ekonomi yang lemah akan menyebabkan negara
berkenaan sentiasa berada dalam tahap yang kurang maju atau mundur.
Populasi Penduduk Dunia

Menurut Brown, Harrison, dan Hutchings 42, populasi penduduk dunia pada ketika ini
telah meningkat sebanyak dua peratus pada setiap tahun. Hal ini telah menyebabkan jumlah
populasi penduduk dunia meningkat dengan banyak. Negara yang mengalami pertumbuhan
populasi penduduk yang paling ramai adalah negara India, China, dan negara Afrika. Walau
bagaimanapun, pertumbuhan ini telah dicatatkan akan menurun pada masa yang akan datang.
hal ini kerana, terdapat pelbagai faktor yang akan menggangu dan akan mengakibatkan
penurunan dalam populasi penduduk dunia.

Gambar 1: Pertumbuhan penduduk dinia pada hri ini meningkat pada kadar 2% setiap tahun.
Sumber: Menghadapi Masa Depan, 1998 .

Penduduk di Dunia pada bulan Julai 2008 telah mencatatkan jumlah keseluruhan
penduduk sebanyak 6707035007 orang. Populasi penduduk terbesar adalah di negara China
iaitu sebanyak 1320 juta penduduk. selain itu, negara India juga mencatatkan jumlah
penduduk yang tinggi iaitu sebanyak 1130 juta penduduk.
Berikut adalah data jumlah penduduk teramai mengikut negara pada Julai 2008:

Populasi Penduduk
Negara Peratusan
(juta)
China 1.320 19.84%
India 1.130 16.96%
Amerika Serikat 304 4.56%
Indonesia 232 3.47%
Brazil 187 2.80%
Pakistan 163 2.44%
Bangladesh 159 2.38%
Nigeria 148 2.22%
Rusia 142 2.13%
Jepang 128 1.92%
Meksiko 107 1.60%
Filipina 89 1.33%
Vietnam 84 1.31%
Jerman 82 1.23%
Mesir 81 1.13%

Penyebab Pertumbuhan

Pelbagai faktor yang menyebabkan pertumbuhan penduduk dunia. Hal ini adalah
disebabkan oleh perkembangan dalam bidang perindustrian dan dalam bidang petanian.
Perkembangan ini telah menyebabkan tahap kemampuan penduduk yang tinggi dan mampu
membentuk keluarga yang ramai. Selain itu, peningkatan tahap kesihatan yang tinggi dan
bantuan perubatan yang mencukupi menyebabkan kesuburan wanita menjadi lebih tinggi.
Penciptaan vaksin dan ubat-ubatan yang canggih mampu untuk membantu manusia hidup
dengan sihat.

Faktor kesuburan wanita yang tinggi merupakan faktor utama yang menyebabkan
peningkatan kadar pertumbuhan penduduk dunia. Kesuburan wanita yang paling optimum
adalah semasa berusia lingkungan bawah 30 tahun. Hal ini menyebabkan waktu kesuburan
wanita adalah sebahagian besarnya waktu remaja dan awal dewasa. Kitaran haid bagi
seseorang wanita adalah kira-kira 30 hari. Hal ini telah menyebabkan kadar kehamilan yang
tinggi kepada wanita di dunia ini. Semakin subur seseorang wanita, semakin tinggi kadar
kehamilan seseorang wanita berkenaan. Pada pertengahan abad ke-20, masalah populasi
penduduk bukanlah suatu masalah yang besar. Hal ini kerana penduduk boleh migran atau
berpindah ke benua lain. Selain itu, mereka juga boleh keluar dari bandar ke kawasan luar
bandar sekiranya kawasan bandar yang terhad. 

Masalah kependudukan

Masalah kebanjiran penduduk di dunia menyebabkan kebimbangan yang tinggi


terutama sekali kepada penyelidik dan ahli sejarah. Kebimbangan mula dirasani terhadap
masalah pertumbuhan penduduk yang berkembang dengan pesat di Asia dan Afrika. Hal ini
kerana, gaya hidup di negara-negara yang besar dan tinggi menjadi akar umbi kepada masalah
penduduk terutama sekali di negara maju. Di Amerika Syarikat dan negara-negara industri
lain, negara berkenaan mempunyai teknologi untuk menyokong lebih banyak anak, namun
tingkat kesuburan di sini berada di bawah kawalan kerana norma-norma budaya dan
pembangunan ekonomi. Oleh, itu bukan masalah teknologi yang telah menyebabkan angka
kematian yang menjad lebih rendah, ataupun peningkatan kesuburan manusia pada hari ini. 

Gambar 3: Peta penduduk dalam saiz pertumbuhan .

Sumber: Cartledge, 1995

Ada banyak alasan mengapa penduduk yang hidup dalam kemiskinan mempunyai
anak yang ramai. Hal ini kerana, jumlah anak yang ramai digunakan untuk mencari nafkah
bagi keluarga. Hal ini juga sering kali berlaku di negara mundur dan sebilangan besar berlaku
di negara maju. Terdapat masalah lain yang timbul kerana populasi anak yang ramai dan tidak
terkawal. Pendidikan yang formal tidak diberikan dengan sewajarnya menyebabkan ramai
wanita di negara mundur tidak dapat mengawal kelamilan mereka.

Selain itu, tanggungjawab untuk melahirkan anak yang ramai terpaksa dipikul oleh
kaum wanita kerana anak yang ramai akan menbantu keluarga kelak. Wanita di negara dunia
ketiga rata-rata terpaksa bekerja untuk mencari pendapatan bagi membantu suami mereka
untuk mencari pendapatan yang lebih untuk menampung perbelanjaan harian. Walau
bagaimanapun, tugas mencari rezeki tetap diletakkan dibahu lelaki kerana tugas asas lelaki
adalah untuk bekerja. Wanita yang mempunyai anak yang ramai mempunyai status sosial
yang tinggi dan akan dipandang mulia oleh masyarakat. Anak yang ramai akan memberikan
keselamatan kepada wanita dan juga dapat meningkatkan ekonomi wanita.

Oleh kerana gaya hidup yang rendah dan miskin, mereka menggunakan anak yang
ramai sebagai lambang untuk mencapai status sosial yang tinggi. Hal ini digambarkan melalui
andaian bahawa memiliki anak yang ramai akan menyebabkan masa tua para ibu bapa akan
lebih terjamin berbanding dengan memiliki anak yang sedikit. Walau bagaimanapun, tahap
ekonomi yang mundur di negara Dunia Ketiga menyebabkan anak-anak terpaksa untuk
bekerja dalam bidang pertanian sahaja. Faktor kemiskinan juga menyebabkan ramai wanita
tidak mendapat pendidikan sewajarnya dan nasib mereka tidak terbela. Walaupun mempunyai
anak yang ramai, faktor ekonomi dan politik di negara mundurlah yang menyebabkan rakyat
negara mundur berkenaan masih lagi berada dibawah tahap kemiskinan yang tinggi.

You might also like