You are on page 1of 18

KONSEP CERAMAH

pengucapan tentang sesuatu bidang oleh orang


yang pakar dalam bidang tersebut

Komunikasi dua hala

pelahiran idea-idea secara lisan dihadapan


khlayak ramai
CERAM AH

biasanya perbincangan umum atau topik baharu


KONSEP

berbeza-beza mengikut kepada majlis

perlukan kemahiran dalam pertauturan dan


ekspresi

kepercakapan yang mengandungi isi untuk


melahirkan harapan dan perasaan kepada
khalayak ramai.

disampaikan melalui banyak cara.

melibatkan hadirin yang pelbagai kaum dan


kedudukan.
CIRI-CIRI CERAMAH YANG BAIK

mudah difahami.
haruslah padat, tegas, dan meyakinkan.
sesuai dengan taraf hadirin dan mesej
Bahasa ceramah.
pemilihan kata, laras bahasa dan struktur
ayat mestilah sesuai.

sesuai dengan tajuk ceramah dan tahap


keupayaan pendengar.
Isi yang pendengar kanak-kanak ; memerlukan isi
yang ringkas dan tidak terlalu panjang.
mempunyai pendengar dewasa; lebih padat dan
kesinambungan berstatus sosial.
faktor taraf pendidikan pendengar juga
serta bermakna perlu diambil kira.

terdapat kata-kata laluan


kemudian disambung terus dengan teks
Struktur ceramah.
ceramah isi penting lebih diutamakan dan
didahulukan berbanding isi yang tidak
penting.
Suara yang haruslah jelas dan terang.
gunakan nada suara yang berbeza-beza
jelas dalam setiap keadaan.

mestilah memperlihatkan kesungguhan


Cara dan keyakinan.
penyampaian isi yang berkualiti tidak akan berkesan jika
cara persembahan tidak berkualiti.

sampaikan ceramah tanpa ragu-ragu atau


gugup.
perlu bertenang walaupun dalam apa-apa
Keyakinan sahaja keadaan.
diri perlu bersedia dengan pengetahuan
berkenaan tajuk ceramah.
elakkan daripada menunjukkan perasaan
ragu-ragu.

gerakan anggota badan termasuklah mimik


muka dan senyuman.
Gaya gaya penyampaian haruslah bertepatan
penyampaian dengan keadaan.
gerakan ini akan membantu penceramah
menegaskan lagi perkara-perkara dalam
ceramahnya.
STRATEGI BERCERAMAH

amat penting kerana ini melibatkan


tanggapan daripada pendengar.
berdasarkan teks ceramah ataupun daya
persediaan awal ingatan penceramah.

gunakan pelbagai cara untuk menarik minat


pendengar.
contohnya : gambar, slaid, projekter, filem
cara penyampaian dan nota.

perlu mengandungi isi yang penting serta


berkait rapat dengan tajuk.

isi ceramah

tindak balas terhadap soalan yang ditanya


penceramah.
perlu menarik minat pendengar untuk
komunikasi dua hala mewujudkan komunikasi dua hala ini.

gunakan mimik muka, nada suara dan


gerakan badan yang seimbang dengan isi
dengan baik.
bahasa badan
FORMAT PENYEDIAAN CERAMAH

PENGENALAN

pembuka kata , kata aluan pengikut peringkat dan penghargaan.

TAJUK ATAU TEMA

mengelakkan daripada terkeluar daripada skop perbincangan.

PENGENALAN ISI CERAMAH

Tajuk utama perlu diberi penekanan.


Perlu analisis tajuk bagi memudahkan kefahaman pendengar.
Perlu memberi panduan tentang isi yang disampaikan.

PENGEMBANGAN HURAIAN SERTA CONTOH

contoh yang diambil haruslah jelas dan bersesuaian.


huraian yang disampaikan pula perlu mencakupi isi-isi yang sedang
diucapkan.

PENUTUP ATAU KESIMPULAN

Ungkapan untuk memberitahu ceramah akan berakhir tidak lama lagi.


Rumuskan kembali isi atau idea utama.
Tiada ucapan selepas mengucapkan ‘terima kasih’.

SOAL JAWAB

biasanya pengerusi akan menguruskan majlis ini.


Perlu menjawab semua soalan daripada hadirin tetapi dalam ruang lingkup yang
berpatutan kerana tujuannya untuk menjelaskan perkara yang berkaitan dengan
tajuk dan hujah yang kurang difahami.
ALAT BANTU MENGAJAR

ALAT BANTU
MENGAJAR

Transperensi

Power-point

LCD
TRANSPERENSI

KEBAIKANNYA :

Membantu penceramah mengingati sis-isi yang hendak


disampaikan kerana semuanaya telah disediakan olehnya di atas
transperansi

Membantu penceramah dengan gambaran yang jelas terhadap


isu yang hendak disampaikan.

membantu penceramah menyampaikan ceramahnya dengan


teratur.

dapat mengingatkan penceramah tentang masa untuk


menyampaikan ceramahnya kerana semua isi berpandukan
transparensi sahaja.

menarik minat pendengar dengan transparensi yang menarik,


dan ringkas.
LANGKAH-LANGKAH :

Ayat yang digunakan tidak


terlalu panjang

gunakan
transperansi Ayat dalam satu-satu
berwarna tetapi transperansi
mestilah berlainan hendaklah tidak
dengan latar melebihi enam baris.
belakang dan tulisan.

LANGKAH-LANGKAH

Pastikan tulisannya
sesuai dengan
jelas dan boleh
tajuk yang ingin
dibaca dengan
disampaikan.
jelas.
KEBAIKKANNYA :

Menarik perhatian
pendengar bagi
menumpukan perhatian
pada penyampaian
ceramah kerana semuanya
terpapar pada skrin.

Boleh menganimasikan
Mempamerkan tahap persembahan berdasarkan
profesionalisme seseorang tema dan kesesuaian
penceramah pada satu pendengar. Lagu dan muzik
tahap yang lebih tinggi. latar boleh dimasukkan jika
perlu.

Membantu mengingatkan
penceramah terhadap isi
yang hendak disampaikan.
LANGKAH-LANGKAH :

d akterlu
ytti
aA
p jg
n

a ep
d
en
sp
ku
fo k h
isti
grlb
n
ad p arisn
b
m
saten lu
dk am
-tti h
.kleb
id
aklu at
m

e iteap
sp
im
an gu n
n p n
lisan
tu yajelsti
k
jan airh
gh telb o leh
b
an
d a ca
ib
d

MIKROFON
supaya pendengar
dapat mendengar
apa yang
diberitahu

boleh
menggunakan
kepelbagian nada
suara

menunjukkan
professionalisme
seseorang
penceramah

PEMBESAR SUARA
sesuai dalam
suara bernada
rendah

letak di tempat yang


boleh semua orang
dengar

VIDEO
menarik minat pendengar

pendengar akan lebih faham

menunjukkan professionalisme
seseorang penceramah

TEKS CERAMAH TRANSFORMASI PENDIDIKAN TUMPUAN KEPADA


PENDIDIKAN PRASEKOLAH.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Yang
Berbahagia Dr. Maznah Bt Abdul Samad, Pengarah Institut Pendidikan Guru
Kampus Sultan Mizan. Yang Berusaha Tuan Haji Zainuddin Bin Muhammad,
Timbalan Pengarah Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Mizan. Ketua-ketua
jabatan, ketua-ketua unit, guru-guru pelatih yang saya hormati sekalian.

Alhamdullillah, marilah kita memanjatkan kesyukuran ke hadrat Allah S.W. T.


kerana dengan izin dan kurniaNya, kita dapat berhimpun dalam satu majlis yang
indah ini. Sesungguhnya, ceramah pada pagi ini merupakan satu lagi inisiatif
kerajaan dalam merealisasikan Bidang Keberhasilan Utama Nasional (NKRA)
Pendidikan iaitu Sub NKRA Prasekolah.Saya berasa gembira dalam tempoh empat
bulan pertama sahaja, dua daripada empat sub NKRA Pendidikan telah berjaya
dilancarkan. Ini menunjukkan komitmen Kerajaan dalam mengkotakan apa yang
telah dirancang dalam Program Transformasi Kerajaan, dengan penekanan kepada
Gagasan 1 Malaysia, Rakyat didahulukan dan Pencapaian diutamakan.

Pendidikan awal kanak-kanak memainkan peranan yang penting dalam


perkembangan dan pembangunan seseorang kanak-kanak. Sekiranya seorang
kanak-kanak mendapat pendidikan asas yang berkualiti, maka diyakini kanak-kanak
tersebut akan terus berjaya dalam pendidikan yang akan dilalui pada peringkat yang
lebih tinggi.

Menyedari kepentingan di peringkat awal kanak-kanak, maka Prasekolah


telah dijadikan salah satu sub NKRA dalam bidang pendidikan. Harus diingat, walau
pun Malaysia telah berjaya mencapai kadar enrolmen prasekolah yang boleh
dibanggakan berdasarkan laporan UNESCO 2008 : International Pre-school
Enrolment Rate, iaitu berada dikedudukkan ketujuh diperingkat antarabangsa namun
didapati taburan lokasi kanak-kanak yang mengikuti kelas prasekolah ini masih tidak
seimbang, contohnya di kawasan miskin bandar mahupun di kawasan pedalaman,
masih terdapat kanak-kanak yang belum mendapat pendidikan prasekolah. Dalam
sub NKRA ini, sasaran utamanya adalah untuk meningkatkan kadar enrolmen
kanak-kanak prasekolah yang berumur 4+ dan 5+ tahun kepada 87 peratus
menjelang tahun 2012 dengan memberi tumpuan kepada kawasan-kawasan miskin
bandar, luar bandar dan pedalaman.
Tuan-tuan dan puan-puan,

Seperti yang tuan-tuan dan puan-puan sedia maklum, terdapat empat agensi
utama yang menjalankan pendidikan prasekolah iaitu Kementerian Pelajaran sendiri,
pihak KEMAS di bawah Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah serta
Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional di bawah Jabatan Perdana
Menteri, serta pihak swasta. Dari segi statistik didapati sehingga kini, KPM telah
menyediakan sebanyak 7511 kelas prasekolah, KEMAS sebanyak 8,525, JPNIN
1643 dan prasekolah swasta yang berdaftar sebanyak 6378 Ini menunjukkan
bahawa terdapat peningkatan sebanyak lebih kurang 2.9 peratus (69.9%) daripada
kadar enrolmen pada tahun 2009 iaitu 67 peratus.

Saya berbangga dengan peningkatan kadar ini, namun pada masa yang
sama kita tidak boleh hanya berbangga dengan kuantiti, oleh itu dalam inisiatif
NKRA Pendidikan, KPM telah menegaskan semua agensi yang melaksanakan
pendidikan prasekolah perlulah memberikan pendidikan prasekolah yang berkualiti,
kerana kita tidak mahu masa depan kanak-kanak ini terjejas sekiranya pendidikan
prasekolah hanyalah dikatakan prasekolah makan sahaja...pergi sekolah untuk
makan, dan apabila melangkah ke Tahun 1, ...A, B, C pun masih belum kenal.

Dalam Sub NKRA Prasekolah, sebanyak tujuh strategi telahpun dirancang


bagi memastikan kualiti pendidikan prasekolah dapat ditingkatkan, bukan saja untuk
prasekolah KPM, tetapi juga prasekolah yang dilaksanakan oleh agensi-agensi lain.
Antaranya strategi utama yang telah diperkenalkan adalah penggunaan Kurikulum
Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK).Dalam kurikulum ini, penekanan
diberikan kepada Bahasa Malaysia dan juga Bahasa Inggeris.

Para hadirin sekalian,


Saya yakin dengan kualiti guru-guru prasekolah KPM disini yang terdiri
daripada guru-guru siswazah terlatih, namun di luar sana masih terdapat ramai guru
prasekolah yang tidak mendapat latihan yang sewajarnya. Maka di bawah NKRA ini,
pihak KPM memberi latihan kepada guru-guru prasekolah sama ada agensi
Kerajaan yang lain maupun swasta serta mencadangkan kelayakan minima guru
prasekolah pada masa akan datang supaya setara dengan kelayakan guru
prasekolah KPM.

Tuan-tuan dan Puan-puan,

Pihak kementerian telah pun berjaya menyediakan Sistem Maklumat


Prasekolah Kebangsaan, dengan satu klik saja, boleh akses kepada maklumat
prasekolah semua agensi kerajaan dan swasta di seluruh negara. Syabas kepada
semua pihak yang sama-sma telah membangunkan sistem ini, walaupun, masih
dalam peringkat ujian rintis tapi ini merupakan satu inovasi dalam pendidikan
prasekolah.Data yang tepat ini membolehkan kita merancang strategi yang lebih
berkesan terutamanya perancangan peluasan prasekolah kerana didapati
prasekolah masih diperlukan di kawasan luar bandar, pedalaman dan tidak
ketinggalan kawasan miskin bandar.

Selain itu, saya juga difahamkan bahawa satu Jawatankuasa Penyelarasan


Prasekolah Kebangsaan juga akan ditubuhkan bagi memantau dan menyelaras
semua dasar dan pelaksanaan prasekolah Kerajaan dan Swasta yang
dipengerusikan sendiri oleh Ketua Pengarah Pelajaran dan dianggotai oleh Ketua
Pengarah KEMAS dan JPNIN serta pihak swasta. Kalau selama ini, prasekolah
KPM, KEMAS dan JPNIN bergerak secara bersendirian, tetapi dengan adanya
jawatankuasa ini, maka semua dasar-dasar berkaitan prasekolah dapat
diselaraskan.

Para hadirin sekalian,


Peluasan akses kepada pendidikan berkualiti tidak seharusnya diletakkan di
atas pihak kerajaan sahaja. Strategi seterusnya, meningkatkan perkongsian pintar
kerajaan dan pihak swasta dalam pembangunan pendidikan pada semua peringkat
daripada prasekolah sehinggalah ke peringkat menengah.Strategi ini selaras dengan
Model Ekonomi Baru yang inginkan penglibatan pihak swasta untuk menerajui
pertumbuhan ekonomi negara. Dengan cara ini, akses kepada pendidikan
khususnya pendidikan prasekolah dapat diperluaskan.

Dalam usaha meningkatkan perkongsian pintar kerajaan dan swasta supaya


lebih banyak pendidikan prasekolah ditubuhkan, beberapa pendekatan baru telah
diwujudkan, antaranya mempercepatkan tempoh kelulusan daripada agensi-agensi
seperti Pihak Berkuasa Tempatan, Jabatan Kesihatan, Jabatan Bomba dan
Penyelamat untuk penubuhan prasekolah swasta daripada 40 hari kepada 7 hari
sahaja. Dengan mempermudahkan proses ini, harapan kerajaan lebih banyak lagi
pihak swasta akan menubuhkan prasekolah khususnya di kawasan berkeperluan
tinggiTuan-tuan dan puan-puan,

Satu inisiatif baru yang Kerajaan perkenalkan sebagai galakan kepada


penubuhan prasekolah oleh pihak swasta adalah pemberian geran permulaan dalam
bentuk kewangan kepada pengusaha prasekolah yang mula beroperasi pada tahun
ini serta memenuhi kriteria yang telah ditetapkan. Geran permulaan ini diharap akan
membantu pengusaha baru prasekolah membuka lebih banyak prasekolah
terutamanya di kawasan-kawasan miskin bandar dan luar bandar yang mana
kawasan – kawasan ini tidak dicapai oleh pihak kerajaan.

Tidak ada jalan mudah untuk mencapai kejayaan. Kita mahu melihat agar
anak didik warga Malaysia akan terbela tak kira dari apa golongan sosio ekonomi.
Kerajaan akan sentiasa membantu namun pihak yang bertanggungjawab hendaklah
sentiasa berusaha untuk memajukan dirinya. Kepada penerima geran, anggaplah
pemberian geran permulaan merupakan satu tanggungjawab memberikan yang
terbaik kepada anak didik anda warga Malaysia.Berikanlah peluang kepada mereka
yang kurang berkemampuan untuk belajar dengan kualiti terbaik dengan yuran yang
berkemampuan.

Akhir sekali, saya mengambil kesempatan ini untuk merakamkan ucapan


setinggi-tinggi terima kasih kepada seluruh warga IPG Kampus Sultan Mizan yang
telah berusaha dengan bersungguh-sungguh dalam melaksanakan dasar-dasar baru
kerajaan seiring dengan perkembangan terkini dalam dunia pendidikan hari ini. Saya
amat menghargai sokongan dan kerjasama seluruh warga IPG Kampus Sultan
Mizan dalam menjayakan wawasan dan gagasan kerajaan untuk meningkatakan
kecemerlangan dan mutu pendidikan negara. Marilah kita bersama-sama
memanjatkan doa ke hadrat Allah s.w.t. agar sentiasa diberikan kekuatan untuk
menjunjung amanah perjuangan memartabatkan pendidikan negara. Wabillahi
Taufik Walhidayah Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

You might also like