You are on page 1of 31

IPGM KAMPUS PERLIS

JALAN BEHOR PULAI, 01000 KANGAR,

PERLIS

FOLIO

(SUKAN / UNIT BERUNIFORM / PERSATUAN / PENGURUSAN UNIT KOKURIKULUM)

PERSATUAN SENI BUDAYA : SENI WARISAN ISLAM

PPISMP SEMESTER 1

JULAI 2009

DISEDIAKAN OLEH:

AHMAD FITRI BIN CHE HASIM

910415-11-5997

KUMPULAN:

PPISMP PAI & PAQ/BI/BA(A)

TARIKH SERAHAN:

17 SEPTEMBER 2009

PENSYARAH:

Puan Sodah Binti Haji Ahamad

Jabatan Pendidikan Islam dan Moral

Institut Perguruan Guru Malaysia Kampus Perlis


PENGHARGAAN

Bismillahirrahmanirrahim…

Segala puji dan sanjungan hanya ditujukan kepada Allah S.W.T, yang sangat pengasih
dan penyayang kepada para hambanya “yang beriman”. Selawat dan salam kepada
nabi Muhammad S.A.W yang merupakan ikutan kepada seluruh umatnya yang
bertakwa dan pembawa rahmat kepada seluruh alam.

Pertama-tamanya saya mengucap syukur ke hadrat Allah S.W.T. Alhamdulillah, dengan


taufik dan inayah darinya dapat juga saya berjaya menyiapkan tugasan kerja kursus
pendek yang telah diamanahkan kepada saya ini.

Jutaan ucapan terima kasih ditujukan oleh saya kepada Ustaz Yusuf bin Illias yang sudi
mengamanahkan tugasan ini kepada saya. Semoga tugas yang diamanahkan oleh
ustaz ini sedikit sebanyak dapat membantu saya dalam menyelami apakah makna serta
nilai sebenar yang tersembunyi dalam ibadat yang suci ini. Tidak lupa juga kepada
tunjuk ajar serta bimbingan ustaz yang amat membantu saya dalam menjayakan
tugasan ini.

Di atas kesempatan ini juga saya ingin mengucapkan ucapan penghargaan kepada
sahabat-sahabat saya. Merekalah yang banyak menolong serta memberi tunjuk ajar
yang amat berguna kepada saya untuk dijadikan pedoman dalam menyiapakan
tugasan ini. Sekalung penghargaan untuk anda semua, terima kasih saya ucapkan.

Akhirnya saya mengharapkan agar Allah memberkati serta merahamati mereka yang
telah terlibat sama ada secara langsung atau tidak langsung dengan tugasan saya.
Semoga usaha ini termasuk sebagai amalan yang ikhlas demi mengharapkan
keredhaannya.
ISI KANDUNGAN
TAJUK MUKA SURAT

PENGHARGAAN i

ISI KANDUNGAN ii

1.0 PENDAHULUAN 1
2.0 PENGERTIAN SOLAT JEMAAH 2
3.0 DALIL-DALIL YANG MEMERINTAH KITA
MENEGAKKAN JEMAAH DI MASJID 3
4.0 HUKUM SOLAT SECARA BERJEMAAH 4
5.0 PENGECUALIAN DARI MENGIKUTI SOLAT BERJEMAAH 6
6.0 SIAPA YANG LAYAK MENJADI IMAM SOLAT BERJEMAAH 7
7.0 SYARAT-SYARAT SAH SOLAT BERJEMAAH 9
8.0 ATURAN-ATURAN SAF 10
9.0 MUAFIQ DAN MASBUQ 14
10.0 ISTIKHLAF DALAM SOLAT 16
11.0 ANTARA INTERAKSI IMAM DAN MAKMUM 20
11.1 Mendahului atau Ketinggalan Daripada Imam 20
11.2 Memperingatkan Kelupaan Imam 20
11.3 Imam Batal Sembahyang 21
11.4 Solat Imam & Makmum 21
11.5 Jemaah Baru 21
12.0 KELEBIHAN SOLAT BERJEMAAH MENGIKUT TEORI FIZIK 22
13.0 REFLEKSI 25

BIBLIOGRAFI 26

LAMPIRAN 28

PENDAHULUAN
Pada zaman dahulu, apabila terdengar sahaja azan berkumandang maka akan
bergegaslah segala umat Islam untuk menunaikan solat fardhu secara berjemaah.
Malahan orang yang buta sekalipun akan pergi kerana mereka sedar bahawa betapa
besarnya tuntutan, hebatnya ganjaran, serta berbagai-bagai kelebihan bagi orang yang
selalu mengerjakan solat fardhu secara berjemaah.

Walaupun masjid-masjid dahulu selalunya kecil dan tidak cantik seperti zaman
sekarang, namun masjid tersebut jugalah menjadi tempat tumpuan masyarakat serta
selalu diimarahkan. Ruang masjid selalunya padat dan penuh apabila sahaja solat
bakal dimulakan.

Berlainan dengan zaman sekarang, masjid-masjid pada waktu ini amat indah,
lapang, luas, serta dipenuhi dengan pelbagai perhiasan yang dapat memikat hati-hati
masyarakat untuk berkunjung ke sana. Namun, segala perhiasan itu hanyalah sekadar
perhiasan dunia semata-mata. Apabila bermulanya solat jemaah di masjid, jumlah
jemaah yang menyertai solat fadhu hanyalah satu saf, selalunya tidak lebih dari itu.

Tuntutan sunat muakkad telah dipandang enteng dan dianggap sudah tidak
membawa apa-apa manfaat kepada individu, masyarakat, dan negara. Apakah perkara
ini perlu dibiarkan merebak kepada seluruh umat Islam di Negara kita? Tokoh yahudi
terkenal pernah berkata,”Jangan haraplah umat Islam dapat mengalahkan kami selagi
bilangan jemaah solat fardhu subuh mereka tidak menyamai bilangan jemaah solat
fardhu Jumaat.”

Oleh itu saya berharap agar kita dapat sekali lagi membawa zaman
kegemilangan umat Islam di mana perpaduan mereka amat kukuh sepertimana
kukuhnya saf-saf solat jemaah mereka.

PENGERTIAN SOLAT JEMAAH


Pengertian solat jemaah

Solat jemaah ialah solat beramai-ramai yang sekurang-kurang bilangannya selain


daripada solat fardhu Jumaat ialah 2 orang.

Seorang menjadi imam dan seorang menjadi makmum. Semakin ramai bilangan
jemaah maka semakin besar pula fadhilat pahalanya.

Solat jemaah adalah berlainan hukumnya menurut jenis solat yang dikerjakan, iaitu:

1. Fardhu ain pada solat Jumaat;


2. Fardhu kirayah pada solat fardhu lima waktu; dan
3. Sunat pada solat jenazah dan solat-solat sunat yang disunatkan berjemaah
padanya, seperti solat dua hari raya, solat gerhana bulan dan matahari, solat
minta hujan, solat terawih dan solat witir pada bulan Ramadhan.
DALIL-DALIL YANG
MEMERINTAH KITA
MENEGAKKAN JEMAAH DI
MASJID

Apabila diperhatikan ayat-ayat awamir (ayat-ayat perintah) di dalam Al-Quran,


terdapatlah di antaranya ayat-ayat yang menyuruh kita untuk melaksanakan solat
secara berjemaah di masjid.

Berfirman Allah Azza wa Jalla :

“Dan dirikanlah olehmu akan solat, dan keluarkanlah olehmu zakat,dan rukuklah
kamu berserta orang-orang yang rukuk.” (43:2 Al-Baqarah).

“Dan berpegang teguhlah kamu dengan tali Allah (agama Islam) dan janganlah
kamu bercerai-berai.” (103:3 Ali Imran).

“Wahai segala manusia! Bahawasanya kami telah menjadikan kamu daripada


seorang lelaki dan daripada seorang perempuan, dan kami telah menjadikan
kamu berbangsa-bangsa dan berpuak-puak supaya saling kenal mengenali.”
(13:49 Al Hujurat)
Ayat pertama memberi kesan kepada kita bahawa kita diperintahkan bersolat
bersama-sama secara berjemaah manakala ayat yang kedua dan ketiga pula
menggerakkan kita untuk bersatu-padu dan berkenalan di antara satu sama lain.

HUKUM SOLAT SECARA


BERJEMAAH

Pendapat pertama: Sunat Muakkad

Dalilnya berdasarkan hadis yang menyebut kelebihan ganjaran di antara solat


berjemaah dan solat dengan secara bersendirian.

Abdullah ibnu Umar r.a meriwayatkan:

Ertinya: “Solat berjemaah itu lebih utama dari solat bersendirian sebanyak dua puluh
darjat.” (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim.)

Pendapat kedua: Wajib kecuali adanya keuzuran yang diharuskan syarak.

a) Dari al-Quran:

Ertinya: “Dan apabila kamu berada di tengah-tengah mereka (sahabatmu) lalu kamu
hendak mendirikan solat bersama-sama mereka, maka hendaklah segolongan daripada
mereka berdiri (bersolat) bersertamu dan menyandang senjata, kemudian apabila
mereka (yang bersolat bersamamu) sujud (telah menyempurnakan serakaat), maka
hendaklah mereka berpindah dari belakangmu (untuk menghadapi musuh) dan
hendaklah datang segolongan yang kedua yang belum bersolat lalu bersolatlah mereka
bersamamu, dan hendaklah sentiasa bersiap-sedia dengan menyandang senjata.”

(an-Nisaa’: 102)

b) Dari hadis-hadis:

Hadis Abi Sa’id al-Khudriy bahawa Rasulullah S.A.W telah bersabda:

Ertinya: “Sekiranya mereka itu bertiga maka hendaklah dilantik lalah seorang daripada
mereka menjadi imam. Hendaklah dipilih daripada kalangan mereka yang paling baik
bacaannya.”

(Hadis riwayat Muslim)

Hadis seterusnya dari Abu Hurairah r.a:

Ertinya: “Demi Allah yang jiwaku berada di dalam kekuasaanNya! Sesungguhnya aku
pernah bermaksud hendak menyuruh orang-orang mengumpulkan kayu api, kemudian
menyuruh seorang menyerukan azan solat, lalu menyuruh pula seorang menjadi imam
bagi orang ramai. Selepas itu aku akan pergi ke rumah orang-orang yang tidak
bersolatberjemaah dan aku akan membakarnya.”

(Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim)


PENGECUALIAN DARI
MENGIKUTI SOLAT BERJEMAAH

a) Ketika makan malam sedang dihidangkan, maka hendaklah didahulukan


menjamah makanan tersebut.
Ibnu Umar r.a pernah berkata:

Ertinya: “Sesungguhnya Rasulullah S.A.W telah bersabda; Sekiranya seseorang


kamu telah menghadap hidangan, janganlah tergopoh-gapah memakannya
walaupun solat telah diqamatkan.”
(hadis riwayat al-Bukhari)

b) Kerana desakan untuk membuang air kecil ataupun air besar yang boleh
membawa kepada hukum makruh.

c) Kerana hujan lebat ataupun cuaca yang teramat sejuk.


Ibnu Umar r.a telah meriwayatkan:

Ertinya: “Bahawa baginda menyuruh kepada muazzin untuk menyerukan pada


suatu malam yang sangat dingin dan adanya hujan sewaktu dalam musafir
supaya berkata: “Solatlah kamu di dalam khemah masing-masing!”
(Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim)
SIAPA YANG LAYAK MENJADI
IMAM SOLAT BERJEMAAH

Dalam Fiqh Sunnah bab orang-orang yang sah menjadi imam, Sayyid Sabiq telah
berkata:

“Anak yang sudah mumayyiz dan orang buta sah menjadi imam, begitu juga bagi orang
yang berdiri bagi orang yang duduk, dan sebaliknya orang yang duduk sah menjadi
imam bagi orang yang berdiri. Juga sah bagi orang yang bagi orang yang bersolat
fardhu bagi orang yang bersolat sunat dan orang yang bersolat sunat bagi orang yang
bersolat fardhu. Demikian juga sah imam orang yang berwudhuk bagi orang yang
bertayammum dan bagi yang bertayammum bagi yang berwudhuk. Orang yang
bermusafir bagi yang bermukim dan orang yang bermukim bagi orang yang bermusafir,
serta sah juga imam mereka yang lebih rendah kedudukannya bagi mereka yang lebih
tinggi kedudukannya.”

Namun begitu orang yang lebih berhak untuk menjadi imam ialah mereka yang paling
arif dalam membaca kitab al-Quran. Kalau mereka sama maka didahulukan bagi
mereka yang lebih arif terhadap sunnah rasulullah S.A.W. Andaikata mereka sama juga
maka diutamakan mereka yang terlebih dahulu berhijrah dan sekiranya masih sama
maka barulah dipilih bagi mereka yang lebih tua usianya sebagaimana yang telah
dinyatakan dalam hadis Rasulullah S.A.W.
Disyaratkan imam itu:

1. Sanggup dan ikhlas menunaikan solat tanpa sebarang paksaan.


2. Mengetahui secara mendalam tentang hukum-hukum solat.
3. Mempunyai akal yang kuat.
4. Tidak cacat pembacaan al-Quran serta tajwidnya.

Sebahagian ulama mensyaratkan imam itu:

1. Tidak fasiq.
2. Terkenal keadaannya.
3. Tidak tertuduh melakukan kejahatan.
4. Tidak mempunyai penyakit yang menular.
5. Tidak menghendaki upah.

Seseorang wanita boleh bertindak menjadi imam sesama mereka. Dalam sejarah
kegemilangan islam banyak mencatatkan peristiwa seperti Aisyah bertindak menjadi
imam solat bagi kaum wanita.
SYARAT-SYARAT SAH SOLAT
BERJEMAAH

Berniat mengikut/menjadi imam.

1. Mengetahui segala apa yang dikerjakan oleh imam.


2. Tiada dinding yang menghalangi antara imam dan makmum, kecuali bagi
makmum perempuan di masjid hendaklah dibataskan dengan kain.
3. Tidak mendahului imam dalam takbir dan tidak pula melambatkannya.
4. Tidak mendahului imam dalam rukun-rukun sembahyang.
5. Kedudukan imam ialah di hadapan makmum, sekurang-kurangnya di takat tumit.
Makmum tidak boleh berada di hadapan atau sebaris dengan imam.
6. Solat makmum harus sama dengan solat imam, misalnya sama-sama solat
Zuhur, Jumaat, qasar, jamak dan sebagainya.
7. Makmum lelaki tidak mengikut imam perempuan.
Semasa berniat, seseorang itu perlu menambah perkataan makmuman (makmum
lelaki), makmumatan (makmum perempuan), imaman (imam lelaki) atau imamatan
(imam perempuan) selepas menyebut solat yang ingin dilakukan.

ATURAN-ATURAN SAF

Saf hendaklah mengikut aturannya. Imam mestilah di hadapan makmum dan tidak
boleh makmum terkehadapan daripada imam. Makmum lelaki di hadapan dan makmum
perempuan di belakang lelaki. Tidak boleh saf perempuan berdiri terlalu jauh daripada
saf lelaki yang akhir. Kalau ada 2 orang sahaja untuk berjemaah, makmum hendaklah
berdiri di sebelah kanan imam, dekat betul dengan imam sekira-kira jari kelingking kaki
kiri makmum bertemu tumit kaki kanan imam. Kalau ada 3 orang, maka 2 orang
hendaklah berdiri betul-betul di tengah belakang imam dan jaraknya hendaklah dekat
dengan imam kira-kira pada kadar 3 hasta. Begitu juga antara satu saf dengan saf lain
di belakangnya. Jika terlalu jauh, maka hilanglah kesempurnaan berjemaah. Namun, ia
dikira tetap sah solat.
Imam, sebelum mula mendirikan solat, hendaklah memastikan dahulu barisan saf untuk
rapat dan lurus. Lurus itu mengikut tumit makmum. Manakala rapat itu bermaksud jari
kelingking kaki makmum bertemu satu sama lain. Makmum pula janganlah hanya
menjaga saf pada sebelum solat sahaja atau rakaat pertama sahaja. Sedangkan
menjaga saf agar rapat dan lurus hendaklah berlaku pada setiap rakaat. Oleh yang
demikian, sebaik bangun daripada sujud kedua untuk rakaat seterusnya, betulkanlah
semula saf kita itu walaupun kita dalam keadaan solat.

Makmum yang seorang di kanan imam, bilamana datang seorang lain untuk menyertai
jemaah, maka hendaklah dia berundur ke belakang selepas orang tersebut bertakbiratul
ihram. Jika di belakangnya sempit, maka wajarlah imam tersebut yang mara ke
hadapan.

Bagi seorang yang datang lewat kepada jemaah, hendaklah dia mengisi ruang kosong
pada saf yang ada. Makruh baginya memulakan saf baru di belakang saf yang masih
ada ruang kosong untuk diisi makmum. Jika ruang sudah penuh, dan dia seorang
sahaja di belakang, bolehlah dia memulakan saf baru dengan bertakbiratul ihram,
kemudian menarik seorang di saf hadapan menyertainya. Jika dia solat berseorangan
di belakang, solatnya sah tetapi makruh baginya berbuat begitu serta kuranglah
kesempurnaan jemaah baginya.

Dalam sebuah hadis riwayat Imam Ahmad dan Abu Daud bahawa Rasulullah S.A.W
telah bersabda:

Ertinya: “Rasulullah S.A.W menempatkan kaum lelaki di hadapan kanak-kanak,


sedangkan kaum wanita pula ditempatkan di belakang kanak-kanak tersebut.”

Dalam sebuah hadis baginda S.A.W ada menyebut:


Ertinya: “Sebaik-baik saf kaum lelaki ialah yang paling di hadapan , dan seburuk-
buruknya adalah saf yang di paling belakang. Sementara itu seburuk-buruk saf bagi
kaum wanita ialah yang paling hadapan dan yang sebaik-baiknya ialah yang paling
terakhir.”

(Riwayat Muslim dan lain-lain)

Hendaklah para imam memperbetulkan saf-saf para makmum supaya ia lurus kerana
kelurusan saf-saf termasuklah di dalam kesempurnaan solat berjemaah. Sabda
Rasulullah S.A.W:

Ertinya: “Luruskanlah saf-saf kalian kerana kelurusan saf-saf itu termasuklah di dalam
kesempurnaan solat.”

(Riwayat Bukhari dan Muslim)

Nu’man ibnu Basyir pernah berkata:

“Sesungguhnya Rasulullah S.A.W telah mekuruskan saf-saf kami seperti lurusnya


batang-batang anak panah, sehingga baginda merasakan ianya benar-benar
sempurna. Pernah baginda menghadapkan mukanya ke arah kami dan ketika itu salah
seorang lelaki menonjolkan dadanya ke hadapan. Dengan serta merta baginda
bersabda:

“Hendaklah kalian luruskan barisan (saf) atau kalau tidak Allah akan memalingkan
wajah-wajah kalian semua”.

(Riwayat Bukhari, Muslim dan lain-lain)

Imam Muslim dan lain-lain periwayat hadis ada meriwayatkan bahawa Jabir bin Sumrah
pernah berkata:
“Rasulullah S.A.W pernah bersolat bersama kami lalu bersabda: ‘Mengapa kalian tidak
berbaris sebagaimana halnya para Malaikat berbaris di hadapan Tuhannya?’ Kami
bertanya: ‘Wahai Rasulullah, bagaimanakah para Malaikat berbaris di hadapan
Tuhannya?’ Jawab Rasulullah S.A.W: ‘Mereka menyempurnakan dahulu saf pertama
serta merapat-rapatkannya dengan betul-betul’.”

Cara merapatkan saf ialah seperti yang disebutkan oleh hadis di bawah sebagaimana
yang diriwayatkan oleh Imam dan At-Tabrani, sabda Rasulullah S.A.W:

Ertinya: “Luruskanlah barisan kalian, rapatkanlah bahu-bahu dan lembutkanlah tangan-


tangan apabila berdampingan dengan saudara-saudara kalian. Tutupkanlah
kekosongan saf-saf itu kerana sesugguhnya syaitan-syaitan itu akan memasuki di
celah-celah kekosongan itu dengan tidak ubah seperti anak kambing kecil.”
Seorang imam bersama seorang makmum:

1. Makmum hendaklah berdiri di sebelah kanan imam.


2. Makmum juga perlu berada belakang sedikit daripada imam.

Jika makmum bagi semua peringkat umur serta jantina:

1. Lelaki dewasa berdiri di saf pertama


2. Kanak-kanak lelaki berdiri di saf kedua
3. Golongan khunsa berdiri di saf ketiga
4. Kanak-kanak perempuan berdiri di saf keempat
5. Perempuan dewasa berdiri di saf kelima

MUAFIQ DAN MASBUQ

Makmum muafiq

 Bermaksud makmum yang solat dibelakang imam dan sempat membaca Al-
Fatihah dan mengangkat takbiratul ihram bersama imam.
 Dikira mendapat jemaah secara sempurna dan tidak perlu menambah rakaat
setelah imam memberi salam.

Makmum muafiq yang dikira uzur hendaklah menyempurnakan bacaan fatihahnya


tetapi tidak boleh ketinggalan dengan imam melebihi 3 rukun panjang (rukun perbuatan)
sebagai syarat mendapat rakaat. Uzur di sini adalah seperti makmum itu bacaan
fatihahnya lambat sedangkan imam membaca cepat. Atau makmum syak bacaan
fatihahnya. Atau makmum sibuk membaca doa iftitah dan taawuz. Jika tiada uzur, tidak
boleh ketinggalan dengan imam melebihi 2 rukun perbuatan atau sembahyangnya
batal. Termasuk tiada uzur, ialah seperti makmum membaca surah atau makmum diam.

Makmum muwafik yang was-was dalam membaca fatihah tidak dikira sebagai uzur. Dia
perlu menyelesaikan fatihahnya dan hanya dimaafkan sekadar 2 rukun (rukuk dan
i’tidal). Batal solat jika imam menuju sujud sedangkan dia masih lagi qiyam dan
membaca fatihah

Makmum masbuk

 Bermaksud dia mula mengikut imam pada waktu kadar dia tidak sempat
membaca fatihah.
 Dikehendaki terus membaca fatihah tanpa dilengahkan dengan doa iftitah dan
taaawuz.
 Bila imam rukuk, dia hendaklah terus sahaja memberhentikan bacaan
fatihahnya. Dia dikira mendapat rakaat, sekiranya dia mendapat rukuk itu
bersama imam sekurang-kurangnya tukmaninah (sekadar waktu melafaz
subhanAllah).

Sekiranya dia melengahkan bacaan fatihahnya atas sebab sibuk membaca doa iftitah
atau taawuz atau diam disebabkan lupa atau mendengar bacaan imam: Maka bilamana
imam rukuk, jika dia turut rukuk dengan sengaja, batal solatnya. Hendaklah
disempurnakan bacaan fatihahnya dahulu sekadar banyak huruf yang telah dibacanya
(doa iftitah atau taawuz) atau lama diamnya. Jika selesai membaca yang tersebut,
didapati imam masih rukuk, dia dikira mendapat rakaat. Dia dikira tidak mendapat
rakaat, jika imam sudah bangun daripada rukuk dan i’tidal. Justeru, hendaklah dia
menyesuaikan diri (muwafakat) dengan terus i’tidal dan tidak wajib baginya rukuk. Jika
imam menuju sujud, hendaklah dia terus menuju sujud juga, tidak wajib baginya rukuk
dan i’tidal. Syarat baginya tidak boleh ketinggalan dengan imam 2 rukun perbuatan atau
batal solat. Kecuali dia niat mufaqarah, maka dia boleh terus solat sendirian.

Makmum masbuk yang bilamana dia takbiratul ihram, didapatinya imam rukuk tanpa dia
sempat membaca apa-apa dari Al-Fatihah, maka dikira mendapat rakaat sekiranya dia
dapat rukuk bersama-sama imam sekadar tukmaninah atau kadar membaca
subhanaAllah. Jika tidak, rakaat tersebut tidak dikira untuknya dan batal solatnya jika
dia ketinggalan dengan imam 2 rukun perbuatan.

ISTIKHLAF DALAM SOLAT

Istikhlaf bererti imam digantikan oleh salah seorang daripada makmumnya (lalu
menjadi imam) bagi menyempurnakan solat mereka, disebabkan keuzuran imam
pertama itu.

Jika imam keluar daripada solatnya disebabkan berhadas, atau biarpun dengan tiada
sebab, adalah diharuskan bagi salah seorang makmum menggantikannya.

Hadis: "Ketika Nabi SAW sedang sakit tenat, datang Bilal untuk memberitahu
Baginda tentang solat. Maka Nabi SAW menyuruhnya supaya mengatakan
kepada Abu Bakar agar mengimami orang ramai. Saya berkata: "Abu Bakar
adalah seorang lelaki yang penyedih dan jika dia berdiri mengambil tempatmu
(solat), dia akan menangis dan tidak mampu membaca Al-Qur’an." Nabi SAW
bersabda: "Suruhlah Abu Bakar untuk mengimami solat." Saya pun mengatakan
hal yang sama seperti di atas. Beliau (mengulangi perintah yang sama) pada
ketiga atau keempat kalinya Baginda bersabda: "Kamu adalah (macam) sahabat-
sahabat Yusuf. Suruhlah Abu Bakar untuk mengimami solat." Maka Abu Bakar
mengimami solat. Kemudian Nabi SAW datang dengan bantuan dua orang lelaki;
seakan-akan baru saja aku melihat Baginda memijakkan kakinya ke tanah. Pada
waktu Abu Bakar melihatnya, dia mencuba untuk berundur tetapi Nabi SAW
memberi isyarat kepadanya untuk tetap solat. Abu Bakar berundur sedikit dan
Nabi SAW duduk di sebelah kirinya. Abu Bakar memperdengarkan takbir kepada
orang ramai."

(Riwayat Bukhari)

Disyaratkan bagi makmum yang menggantikan imam itu adalah pengganti


(khalifah/mustakhlif) yang sah menjadi imam kepada jemaah yang lain. Jika imam itu
diganti oleh makmum yang kurang fasih dalam bacaan fatihah (ummiyan), atau orang
bisu, atau orang yang tidak jelas bacaannya seperti mendengungkan pada tempat yang
tidak dengung serta mengubah bacaan, maka tidak sah solat makmum yang lain jika
mengikutinya, kerana ia tidak sah menjadi imam.

Disyaratkan juga imam itu diganti oleh makmum yang berada di saf pertama betul-betul
di belakang imam. (nota sampingan: makmum saf pertama di belakang imam adalah
bertanggungjawab untuk menegur imam di kala kesilapan bacaan dan perbuatan solat
dengan isyarat bacaan "Subhanallah")

Imam yang keluar itu hendaklah keluar dengan tertib, sekurang-kurangnya beralih ke
kirinya jika tiada luang kosong untuk ia mundur. Kemudian makmum yang mengganti
imam itu hendaklah pula maju ke hadapan dengan tidak lebih dari dua pergerakan
langkah. Tempatnya yang kosong di saf hendaklah pula diisi oleh makmum lain, sama
ada di sebelah atau di belakang, dengan tidak lebih dari dua pergerakan langkah.

Istikhlaf hendaklah dilakukan dengan serta-merta. Jika imam keluar daripada jemaah
sedangkan makmum telahpun lanjut melakukan satu rukun, maka ditegah
penggantiannya selepas itu. Juga ditegah penggantiannya jika makmum tersebut diam
terlalu lama dengan kadar berlalunya satu rukun, sama ada rukun fi‘li (perbuatan) atau
rukun qauli (percakapan). Sekiranya didapati tiada sesiapa yang maju menggantikan
imam, maka makmum diperbolehkan mufaraqah (berpisah) dari berjemaah dan
meneruskan solat bersendirian.

Tidak disyaratkan ke atas makmum dalam istikhlaf untuk berniat lagi untuk menjadi
makmum, kerana mustakhlif (pengganti) itu sudah dalam kedudukan imam yang awal.

Cara Istikhlaf Dalam solat

Apabila seorang mustakhlif menggantikan imam dalam solat yang sama atau bilangan
rakaat yang sama, maka sah penggantian tersebut di mana-mana rakaat pun kerana
mustakhlif itu mengikuti tertib imam sebelumnya dan tidak membawa kepada
percanggahan.

Adapun jika diganti oleh seorang yang di luar solat (mustakhlif bukan daripada kalangan
makmum, dan terus masuk menjadi imam), maka menurut pendapat Imam Nawawi dan
jumhur ulama adalah diharuskan istikhlaf dengan syarat mustakhlif tersebut
menggantikan imam pada rakaat pertama, atau rakaat ketiga (pada solat yang empat
rakaat) kerana tidak akan bercanggah dengan tertib makmum yang mengikutinya.

Jika berlaku percanggahan dalam tertib, maka tidaklah diharuskan istikhlaf. Contohnya
ialah apabila seorang yang di luar solat mengganti imam pada rakaat kedua atau rakaat
terakhir, dan dia (pengganti) itu akan bangun berdiri bagi rakaatnya yang pertama
sedangkan makmum yang lainnya duduk tahiyat awal (atau tahiyat akhir) di rakaat
mereka.
Jika makmum yang masbuq menggantikan imam yang keluar daripada jemaah
hendaklah dia menjaga tertib imam tersebut, sebagaimana perbuatannya jika imam
belum keluar daripada jemaah. Sebagai contoh, jika makmum yang masbuq pada
rakaat kedua dalam solat subuh, kemudian imam itu berhadas lalu diganti oleh
makmum yang masbuq itu, maka makmum yang menggantikan itu hendaklah menjaga
tertib imam pertama dengan menyambung perbuatan sebagaimana yang perlu
dilakukan di dalam rakaat kedua dalam solat subuh iaitu berqunut, duduk dan
bertasyahud biarpun pada asalnya dia baru melakukan satu rakaat.

Selepas itu baharulah mustakhlif yang masbuq itu bangkit semula (tanpa salam) untuk
menggenapkan solat dua rakaatnya, lalu berqunut lagi pada rakaat keduanya itu bagi
dirinya sendiri sahaja (doa qunut bersendirian dan bukan qunut berjemaah). Para
jemaah yang mengikuti mustakhlif yang masbuq tersebut ada dua pilihan pada tahiyyat
akhir tadi iaitu sama ada berniat mufaraqah (berpisah daripada imam) dan terus
memberi salam, ataupun duduk menunggu mustakhlif itu dan memberi salam bersama-
samanya.

Makmum-makmum masbuq yang bangkit semula untuk menyempurnakan solat mereka


setelah sempurna solat berjemaah adalah diperbolehlah kepada salah seorang
daripada mereka yang masbuq itu untuk maju ke hadapan menjadi imam dan makmum
masbuq yang lain itu boleh mengikutinya. Istikhlaf sebegini adalah diharuskan kecuali
dalam solat Jumaat kerana tidak harus mendirikan lagi solat Jumaat selepas selesai
dikerjakannya.

Istikhlaf Dalam solat Jumaat

Apabila imam keluar selepas membaca dua khutbah dan sebelum mengangkat
takbiratul ihram bagi solat Jumaat, adalah diharuskan menggantikannya jika mustakhlif
itu juga turut menghadiri khutbah. Jika ia tidak menghadiri khutbah maka dia tidak
diharuskan mengganti imam itu.

Jika imam keluar daripada solat selepas mengangkat takbiratul ihram pada rakaat
pertama solat Jumaat dan sebelum rukuk di rakaat kedua, adalah harus dia diganti oleh
mustakhlif yang bersama imam sebelum imam keluar daripada jemaah itu, kerana
mustakhlif itu dikira tergolong dalam ahli Jumaat. Jika ia tidak bersama imam sebelum
dia keluar daripada solat, maka tidak diharuskan ia mengimamkan solat itu kerana dia
tidak tergolong dalam ahli Jumaat.

Manakala jika imam itu keluar selepas rukuk dalam rakaat kedua solat Jumaat, imam
tidak harus diganti oleh mustakhlif yang tidak bersama imam sebelum dia keluar
daripada jemaah. Akan tetapi jika mustakhlif itu bersama imam sebelum imam keluar
daripada jemaah tetapi dia tidak bersama imam sebelum rukuk pada rakaat kedua
(mustakhlif masbuq), maka difardhukan ke atas mustakhlif itu solat Zohor.

Makmum yang bersolat Jumaat diharuskan pula mengikuti mustakhlif yang difardhukan
ke atasnya solat Zohor itu. Akan tetapi hendaklah mustakhlif itu menjaga tertib imam
yang awal. Manakala makmum yang mengikutinya ada dua pilihan, antara memberi
salam dengan niat mufaraqah atau makmum menunggu mustakhlif dan memberi salam
bersamanya. Cara ini adalah yang lebih afdhal dilakukan.

ANTARA INTERAKSI IMAM DAN


MAKMUM

Mendahului atau ketinggalan daripada Imam

Haram mendahului imam dengan sengaja satu rukun perbuatan dan batal jikan
mendahului imam dengan 2 rukun perbuatan. Terkecuali bagi mereka yang jahil atau
lupa.

Jika makmum mendahului imam satu rukun dengan terlupa atau tidak sengaja, dia
boleh memilih untuk kembali kepada rukun sebelumnya atau tunggu sehingga imam
berada pada rukun tersebut. Contoh jika makmum rukuk mendahului imam, maka
bolehlah dia menunggu sehingga imam rukuk untuk kembali bersama-sama imam.

Bagi makmum yang ketinggalan tanpa uzur, tidak boleh melebihi 2 rukun perbuatan.
Contoh, makmum masih berdiri, tetapi imam sudah sempurnakan 2 rukun perbuatan
dan menuju sujud.

Memperingatkan kelupaan imam

Disunatkan bagi makmum memperingatkan kelupaan makmum dengan lelaki


mengucapkan tasbih iaitu SubhanaAllah. Wanita pula hendaklah menepuk permukaan
tapak tangan kanan ke atas belakang tapak tangan kiri. Apabila imam masih
meninggalkan sesuatu yang fardhu, atas keyakinannya yang dia tidak
meninggalkannya, walau setelah makmum mengingatkannya, maka makmum boleh
mufaraqah.

Jika imam meninggalkan sunat abaa’d, walau setelah makmum menegurnya, maka
makmum tidak perlu mufaraqah. Boleh sahaja dia ikut imam. Contoh, imam
meninggalkan tasyahud awal atas sebab lupa. Walaupun nanti imam tidak sujud sahwi,
makmum boleh sujud sahwi selepas imam memberi salam kedua. Jika imam sujud
sahwi, wajib makmum ikut sekali. Jika tidak batal sembahyang makmum. Bagi imam
kena niat sujud sahwi. Bagi makmum tidak perlu berniat apa-apa kerana dia mengikut
imam. Sama juga jika imam sujud tilawah.

Imam batal sembahyang

Imam yang batal sembahyang atas sebab seperti hadas, boleh diganti oleh makmum
dengan syarat makmum belum melakukan satu rukun perbuatan. Pengganti imam
kenalah menggantikan imam di tempat imam berhenti.

Haram bagi makmum bersembahyang di belakang orang yang berhadas jika dia
mengetahui akan hadas orang tersebut. Samalah sekiranya orang tersebut mempunyai
najis pada pakaiannya. Jika sedang sembahyang, makmum baru mengetahuinya, maka
wajib bagi makmum mufaraqah. Jika setelah selesai solat, makmum baru
mengetahuinya, sah solat makmum, tetapi tidak bagi imam tersebut.

Solat Imam & Makmum

Harus bagi makmum yang solat penuh (tamam) mengikut imam yang solat qasar.
Namun, imam hendaklah memberitahu sebelum solatnya yang dia solat qasar. Tidak
menyalahi juga bagi makmum yang solat fardhu untuk mengikut imam yang solat sunat.

Jemaah baru

Bagi satu kumpulan yang masuk ke dalam masjid lalu mendapati imam dalam tasyahud
akhir, afdhal bagi mereka untuk membuat jemaah baru selepas imam selesai salam.
Dengan syarat waktu masih lapang dan tidak sempit.

KELEBIHAN SOLAT BERJEMAAH


MENGIKUT TEORI FIZIK

Seorang professor fizik di Amerika Syarikat telah membuat satu kajian tentang
kelebihan solat berjemaah yang disyariatkan dalam Islam. Katanya tubuh badan kita
mengandungi dua cas elektrik iatu cas positif dan cas negatif. Dalam aktiviti harian kita
sama ada bekerja, beriadah atau berehat, sudah tentu banyak tenaga digunakan.
Dalam proses pembakaran tenaga, banyak berlaku pertukaran cas positif dan cas
negatif, yang menyebabkan ketidakseimbangan dalam tubuh kita. Ketidakseimbangan
cas dalam badan menyebabkan kita rasa letih dan lesu setelah menjalankan aktiviti
seharian. Oleh itu cas-cas ini perlu diseimbangkan semula untuk mengembalikan
kesegaran
Berkaitan dengan solat berjemaah, timbul persoalan di minda professor ini mengapa
Islam mensyariatkan solat berjemah dan mengapa solat lima waktu yang didirikan
orang Islam mempunyai bilangan rakaat yang tidak sama. Hasil kajiannya mendapati
bilangan rakaat yang berbeza dalam solat kita bertindak menyeimbangkan cas-cas
dalam badan kita.

Semasa kita solat berjemaah, kita disuruh meluruskan saf, bahu bertemu bahu dan
bersentuhan tapak kaki. Tindakan-tindakan yang dianjurkan semasa solat berjemaah itu
mempunyai berbagai kelebihan. Kajian sains mendapati sentuhan yang berlaku antara
tubuh kita dengan tubuh ahli jemaah lain yang berada di kiri dan kanan kita akan
menstabilkan kembali cas-cas yang diperlukan oleh tubuh. Ia berlaku apabila cas yang
berlebihan-sama ada negatif atau positif akan dikeluarkan, manakala yang berkurangan
akan ditarik ke dalam kita. Semakin lama pergeseran ini berlaku, semakin seimbang
cas dalam tubuh kita.Menurut beliau lagi, setiap kali kita bangun dari tidur, badan kita
akanmerasa segar dan sihat setelah berehat berapa jam. Ketika ini tubuh
kitamengandungi cas-cas positif dan negatif yang hampir seimbang. Oleh itu, kita hanya
memerlukan sedikit lagi proses pertukaran cas agar keseimbangan penuh dapat
dicapai. Sebab itu, solat Subuh didirikan 2 rakaat.

Seterusnya, setelah sehari kita bekerja kuat dan memerah otak semua cas ini kembali
tidak stabil akibat kehilangan cas lebih banyak daripada tubuh. Oleh itu, kita
memerlukan lebih banyak pertukaran cas. Solat jemaah yang disyariatkan Islam
berperanan untuk memulihkan keseimbangan cas-cas berkenaan. Sebab itu, solat
Zohor didirikan 4 rakaat untuk memberi ruang yang lebih kepada proses pertukaran cas
dakam tubuh. Situasi yang sama urut berlaku di sebelah petang. Banyak tenaga
dikeluarkan ketika menyambung kembali tugas. Ini menyebabkan sekali lagi kita
kehilangan cas yang banyak. Seperti mana solat Zohor, 4 rakaat solat Asar yang
dikerjakan akan memberikan ruang kepada proses pertukaran cas dengan lebih lama.

Lazimnya, selepas waktu Asar dan pulang dari kerja kita tidak lagi melakukan aktiviti-
aktiviti yang banyak menggunakan tenaga. Masa yang diperuntukkan pula tidak begitu
lama. Maka, solat Maghrib hanya dikerjakan sebanyak 3rakaat adalah lebih sesuai
dengan penggunaan tenaga yng kurang berbanding 2 waktu sebelumnya. Timbul
persoalan di fikiran professor itu tentang solat Isyak yang mengandungi 4 rakaat.
Logiknya, pada waktu malam kita tidak banyak melakukan aktiviti dan sudah tentu tidak
memerlukan proses pertukaran cas yang banyak. Setelah kajian lanjut, didapati
terdapat keistimewaan mengapa Allah mensyariatkan 4 rakat dalam solat Isyak. Kita
sedia maklum, umat Islam amat digalakkan untuk tidur awal agar mampu bangun
menunaikan tahajjud di sepertiga malam. Ringkasnya, solat Isyak sebanyak 4 rakaat itu
akan menstabilkan cas dalam badan serta memberikan tenaga untuk kita bangun
malam (qiamullail).

Dalam kajiannya, professor ini mendapati bahawa Islam adalah satu agama yang
lengkap dan istimewa. Segala amalan dan suruhan Allah Taala itu mempunyai hikmah
ynag tersirat untuk kebaikan umat Islam itu sendiri. Beliau merasakan betapa kerdilnya
diri dan betapa hebatnya Pencipta alam ini. Akhirnya, dengan hidayah Allah beliau
memeluk agama Islam.
REFLEKSI

Pertama sekali, saya memulakan tugas saya dengan pencarian sumber-sumber


maklumat. Perpustakaanlah tempat yang pertama sekali pencarian saya bermula. Buku
yang saya cari semestinya ialah buku fardhu ain kerana di dalam buku-buku
sebegitulah selalunya terdapat maklumat-maklumat yang lengkap tentang panduan
solat. Selain itu saya juga cuba mencari buku-buku yang khusus hanya untuk panduan
solat.

Selepas mencari melalui buku, saya cuba mencari pelbagai lagi maklumat
tambahan dengan melayari internet. Penggunaan internet amat memudahkan saya
terutama sekali apabila saya mahu mencari isu-isu terkini yang berkaitan dengan solat
jemaah. Ia juga dapat memberi berbagai gambar solat jemaah yang menarik untuk
saya.

Apabila saya sudah berjaya mendapat segala maklumat yang diperlukan, saya
terus merujuk Buku Panduan Pelaksanaan dan Penilaian Kerja Kursus Berasaskan
Ilmu untuk dijadikan panduan dalam membuat serta merangka kerja kursus saya
melalui format yang betul. Saya juga cuba bertanya para pensyarah serta senior
berpengalaman di samping membanding kerja kursus saya dengan rakan-rakan saya
untuk menghasilkan kerja kursus yang sempurna.

Setelah selesai menghabiskan tugasan ini saya menjadi lebih menyedari tentang
keperluan serta kepentingan melaksanakan solat jemaah. Saya juga menjadi lebih arif
tentang hukum-hakam solat jemaah serta permasalahannya. Solat secara berjemaah
bukannya sahaja dikatakan sunat muakkad malah ianya begitu dituntut oleh nabi
Muhammad s.a.w sehingga ada satu hadis mengatakan baginda sanggup membakar
rumah-rumah barangsesiapa yang meninggalkan solat jemaah.

Jadi, harapan saya agar pelaksanaan kerja Kursus Berasaskan Ilmu ini dapat
menjadikan diri saya seorang yang berpengetahuan dalam ilmu yang telah dicari.
Seterusnya, mengamalkannya untuk mengharap keredaan-Nya. Sehubungan itu, solat
yang merupakan asas agama insyaAllah akan dilaksanakan saya secara berjemaah
setelah mengetahui akan kelebihannya. Saya juga berharap agar diri saya ini yang
dahulunya malas serta agak berat untuk mengerjakan solat berjemaah, akan menjadi
lebih rajin dan sentiasa istiqomah dalam melaksanakan amalan-amalan ibadah yang
mulia.
BIBLIOGRAFI

1. Pusat Bahasa, ITM, Shah Alam, Selangor. , (2000).Pengurusan Dari

Perspektif Solat:Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd

2. Abu Abdul Rahman An-Nairusiy, (1995).Pedoman Fardhu Ain:Syarikat

Nurulhas

3. Muhammad Firdaus Nurul Huda,Muhammad Ramzi Omar.

(2005).Ensiklopedia Asas Fardhu `ain.Crescent News.Selangor.


LAMPIRAN

You might also like