You are on page 1of 14

RAS DAN ETNIK

RAS
• Dari segi biologi , ras adalah satu kelompok
manusia yang mempunyai persamaan dari segi
fizikal seperti warna kulit, bentuk kepala,
hidung, mata, bibir, telinga dan sebagainya
• Dan ciri-ciri fizikal tersebut ditentukan oleh
baka, yang diwarisi dari generasi ke generasi
• Ahli-ahli sains membahagikan penduduk dunia
kepada 3 aras utama, iaitu Kaukosoid atau
orang Eropah (orang putih) ; Negroid atau
orang Afrika (orang kulit hitam); dan
Mongoloid atau orang Asia Timur .
Etnik
• Satu kelompok etnik terdiri daripada satu
kumpulan orang yang mempunyai kebudayaan
kecil yang sama, yang telah diturunkan dari satu
generasi kepada generasi yang lain
• Ahli-ahli dalam kelompok etnik mempercayai
mereka berasal dari satu keturunan
• Contohnya, orang-orang keturunan Portugis
yang tinggal di Malaysia, bukanlah satu “ras”
tetapi saru kelompok etnik
Perpektif Mengenai Ras dan
Kelompok Etnik
•Perhubungan atau konflik ras dan kelompok
etnik berlaku di mana-mana sahaja di dunia
ini.
•Bahkan, kebanyakan daripada sejarah dunia
adalah sejarah mengenai perhubungan dan
konflik ras dan etnik.
Perhubungan Majoriti-Minoriti
• Kebanyakan konflik manusia adalah berpunca daripada
persaingan untuk mendapat kuasa dan sumber-sumber alam
yang terhad.
• Dalam kebanyakan negara,kelompok minoriti ditindas oleh
kelompok majoriti.
• Satu kekecualian ialah Afrika Selatan,di mana kelompok
minoriti(kulit putih)menindas kelompok majoriti(kulit hitam).
• Istilah minoriti dan majoriti ini tidak merujuk kepada kedudukan
relatif mereka dalam sistem susun lapis.
• Kelompok minoriti mudah dikenalpasti daripada
rupa atau tingkah laku mereka dibandingkan
dengan kelompok lain,mereka tidak dapat
menguasai dalam bidang ekonomi atau politik.
• Perhubungan antara golongan majoriti dan minoriti
adalah berbeza dari satu tempat ke satu tempat.
• Terdapat 5 “dasar” majoriti terhadap golongan
minoriti.
• Dasar tersebut adalah daripada penerimaan
sepenuhnya kepada penghapusan golongan
minoriti.
Asimilisasi

Penghapusan
(Genocide) Pluralisme

Dasar-
dasar

Penindasan Pemindahan
Berterusan Penduduk
1. Asimilisasi
• Satu cara yang dibuat oleh majoriti kepada minoriti,sama
ada melalui perkahwinan campur atau apabila kumpulan
minoriti membuang adat resam dan amalan hidup cara
beransur-ansur dan diresap masuk ke dalam kelompok
majoriti.
• Biasanya proses ini mengambil beberapa generasi.
• Akhirnya,kelompok minoriti itu hilang.
• Misalnya,pada abad ke-17, orang-orang Mancu menakluki
negeri China.
• Setelah beberapa generasi,mereka telah menjadi orang Cina
sepenuhnya.
2. Pluralisme
• Pluralisme membawa implikasi kepelbagaian ras dan
kebudayaan.
• Kelompok etnik mengekalkan adat resam resam dan ciri-ciri
yang nyata.
• Dalam keadaan pluralisme yang sebenar , perbezaan politik
dan ekonomi adalah minimun atau tidak wujud sama sekali.
• Dalam keadaan ini ahli-ahli daripada satu ras atau kelompok
etnik mendapat layanan yang sama dengan ahli-ahli
daripada ras atau kelompok etnik yang lain.
• Keadaan seumpama ini jarang benar berlaku.
• Negara yang sering diambil sebagai contoh bagi
negara plural ialah Switzerland,di mana setiap
kelompok adalah sama dari segi undang-undang.
• Hanya pada tahun 1960-an terdapat ramai orang
asing dari Turki,Sepanyol,Yunani dan Itali datang
sebagai buruh.
• Jadi,bagi warganegara Switzerland,negara
mereka adalah negara pluralistik,tetapi tidak
kepada pekerja-pekerja asing.
3. Pemindahan Penduduk
• Satu cara yang digunakan oleh golongan majoriti
terhadap golongan minoriti.
• Golongan minoriti dihantar ke tempat lain supaya
golongan majoriti dapat terus kekal di tempat tersebut.
• Pada tahun 1838,kerajaan Amerika Syarikat
memindahkan satu kumpulan Red Indian,iaitu terdiri
daripada beratus ribu kaum suku Cherokee dari
Oklahoma,2500km jauhnya.
• Dalam perjalanan yang dipaksa ini,beribu-ribu orang
Cherokee telah mati.
4. Penindasan Berterusan
• Orang kulit putih di Afrika Selatan mempunyai kuasa dan
memegang hampir kesemua jawatan penting.
• Dari segi kuasa dan undang-undang,mereka adalah golongan
majoriti.
• Orang-orang kulit hitam,walaupun lebih ramai daripada
orang-orang kulit putih,dianggap golongan minoriti kerana
mereka terus ditindas.
• Orang kulit putih tidak menghalau orang kulit hitam,tetapi
hanya tidak mahu menerima mereka sebagai golongan yang
sama;ataupun diasimilisasikan ke dalam golongan kulit putih.
• Jadi,apakah yang sebenarnya dikehendaki oleh orang kulit
putih?
• Jawapannya ialah terus mengatasi dan menindas orang kulit
hitam dengan dasar yang dinamakan aparteid.
5. Penghapusan
• Penghapusan atau genocide adalah cara yang paling keras
dan ekstrim dalam dasar yang dikuatkuasakan oleh golongan
majoriti terhadap kaum Red Indian sebelum mereka
memindakan golongan minoriti ini ke kawasan simpanan.
• Pada masa Perang Dunia Kedua,kerajaan Nazi telah
membunuh 6 juta orang-orang Yahudi dan juga beribu-ribu
orang Gipsi dan Slav kerana hendak menghapuskan bangsa
yang “rendah” ini.
• Di Afrika pula Presiden Idi Amin telah menghalau 27 000
orang-orang India yang telah menjadi rakyat selama 2 hingga
3 generasi.

You might also like