You are on page 1of 3

Sekolah Menengah

Sung Siew,

Sandakan, Sabah.

Tajuk Lisan

Punca-punca Berlakunya Kes Buli

Nama ahli kumpulan:

1. Ahmad Syahiddin
2. Muhammad Nizam Azwan
3. Arthur Wilson
4. Muhd. Nur Waliyuddin
5. Gan Ming Jiang

Nama guru pemeriksa:

Cik Usniati

__________________

(Tandatangan Guru)

Punca-punca Berlakunya Kes Buli


Apakah itu kes buli? Kes buli membawa maksud masalah yang meliputi kegiatan
seperti memeras ugut, menghina, mengejek, menumbuk, memaki dan sebagainya
yang dilakukan oleh seseorang terhadap pemangsanya. Memang tidak boleh dinafikan
bahawa dewasa ini, kes buli yang berlaku di sekolah semakin berleluasa dan menjadi-
jadi. Hal ini telah mencapai satu tahap yang amat merimaskan dan membimbangkan
pelbagai pihak seperti pihak sekolah, ibu bapa, kerajaan, masyarakat dan lain-lain
lagi.

............Menurut kajian, kes buli ini menjadi semakin meningkat pada setiap tahun
dalam kalangan pelajar dan semakin serius masalahnya. “Jika tidak kerana angin
masakan pokok bergoyang”. Oleh itu, setiap masalah yang berlaku tentu mempunyai
puncanya. Terdapat beberapa punca yang telah dikenal pasti sebagai penyumbang
kepada masalah kes buli ini.

............Antaranya ialah kekurangan penghayatan nilai-nilai agama yang ada pada


pelajar yang sanggup melibatkan dirinya dalam kes buli. Mereka sanggup berbuat
demikian hanya untuk mendapatkan perhatian orang lain dan menunjukkan
kekuatannya kepada orang lain. Ringkasnya, mereka semakin ketandusan nilai
kemanusiaan dalam diri mereka sendiri.

............Selain itu, ibu bapa yang kurang memberikan belaian kasih sayang dan
prihatin kapada anak juga menjadi antara puncanya kes buli ini berlaku. Ibu bapa
yang selalu sibuk mencari duit dan bersikap materialistik telah mengabaikan
tanggungjawab mereka terhadap anak mereka.

............Di samping itu, para pelajar yang masih berumur setahun jagungdan berdarah


setampuk pinang ini mudah terpengaruh dengan tindakan rakan sebayanya. Jika
kawan-kawannya merupakan pembuli, pelajar tersebut juga akan terikut-ikut
perbuatan kawannya supaya dapat diterima oleh ahli-ahli kumpulannya. Pengawasan
yang longgar di sekolah juga menjadi puncanya kerana telah memberi peluang kepada
pelajar yang ingin menjalankan pembulian mereka terhadap pelajar lain.

. Natijahnya, selagi masalah ini masih berleluasa, impian negara kita yang ingin
melahirkan satu bangsa yang bermartabat mulia dan berdaya maju akan tinggal
sebagai khayalan sahaja. Hasrat negara kita yang ingin mencapai Wawasan 2020 juga
akan tinggal sebagai angan-angan Mat Jenin semata-matanya. Hal ini kerana para
pelajar merupakan aset negara yang penting dan akan menerajui negara ini pada masa
depan. Bak kata peribahasa Melayu ‘pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara’.
Oleh itu, semua pihak haruslah sehilir semudik dan sehati sejiwa dalam usaha
menangani masalah kes buli ini walaupun kita terpaksa mengharungi liku-liku yang
penuh dengan onak duri ini. Semoga berkat daya usaha yang gigih, kita dapat
melahirkan generasi muda yang dapat menjulang nama negara dan mengangkat
martabat bangsa dipersada dunia.

(376 patah perkataan)


Disediakan oleh,
Gan Ming Jiang

You might also like