You are on page 1of 21

1.

0 PENGENALAN

Kini media massa sama ada media cetak mahupun media elektronik banyak
membincangkan mengenai sekolah satu aliran. Saranan tokoh akademik, Prof. Emeritus Tan
Sri Dr. Khoo Kay Kim supaya kerajaan melaksanakan sekolah satu aliran bagi memastikan
perpaduan antara kaum tercapai telah membangkitkan banyak isu oleh semua pihak seperti
ahli politik, tokoh akademik serta pelbagai kaum di Malaysia seperti India dan Cina. Isu-isu
yang dibincangkan adalah adakah cadangan ini dapat membentuk perpaduan Malaysia.

Bagi kaum India dan Cina, mereka khuatir dengan pembentukan sekolah satu aliran,
bahasa dan adat mereka akan dilupakan oleh generasi pada masa akan datang. Banyak
persoalan timbul mengenai isu ini. Namun begitu Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri
Najib Razak telah menjelaskan kerajaan hanya akan mengubah dasar itu berdasarkan kepada
kehendak masyarakat demi kepentingan mereka. Beliau turut menjelaskan, kerajaan perlu
mengambil kira pandangan rakyat terlebih dulu sebelum membuat sebarang keputusan bagi
menjaga sensitiviti kaum di negara ini.

Oleh itu, isu terbabit masih lagi dibincangkan sehingga kini untuk melihat pro dan kontra
terlebih dahulu sebelum dilaksanakan kerana terdapat segelintir masyarakat yang tidak
bersetuju dengan cadangan yang telah dikemukakan. Isu ini menjadi semakin hangat apabila
terdapat segelintir rakyat yang hanya mementingkan diri sendiri tanpa berfikir secara
mendalam mengenai cadangan yang telah dikemukakan dan menyebarkan pelbagai fitnah
yang kurang enak kepada masyarakat.

2.0 KONSEP DAN PENGERTIAN

Menurut tokoh pendidikan, Prof Datuk Dr Kamaruddin, sistem pendidikan satu aliran
ialah sistem pendidikan yang menggunakan satu bahasa pengantar di sekolah. Ia bertujuan
mewujudkan perpaduan dan integrasi nasional. Menurut beliau, wujudnya sisitem pendidikan
yang menggunakan satu bahasa pengantar , secara tidak langsung akan mewujudkan satu
sistem nilai dan budaya sosial. Melalui sekolah satu aliran, murid kaum lain masih berhak
mempelajari bahasa ibunda masing-masing di samping membolehkan mereka memupuk dan
mencapai matlamat perpaduan dan integrasi nasional menerusi pendidikan.
1
Jika pengasingan pendidikan mengikut kaum ini berterusan, ia akan menghasilkan
masyarakat yang terpisah di antara satu sama lain, mengakibatkan satu suasana segrasi
dengan memiliki bibit perpecahan yang berbahaya. Semangat kekitaan dalam satu
masyarakat Malaysia yang harmoni dan bersatu padu akan tercapai sekiranya sistem
persekolahan yang menggabung terus ketiga-tiga aliran ini menjadi satu dapat direalisasikan.
Menurut beliau lagi sekolah satu aliran dilihat sebagai reformasi pendidikan yang harus
diperjuangkan bagi mewujudkan perpaduan dan integrasi nasional selaras matlamat utama
Dasar Pendidikan Kebangsaan. 

Melalui cara ini, di samping boleh bergaul secara meluas di antara mereka, secara tidak
langsung, mereka juga boleh memahami budaya kaum lain. Jika perkara ini dapat
dipraktikkan, maka masalah semangat perkauman akan terhakis dengan sendirinya melalui
pergaulan antara pelajar dan saling faham-memahami. Ia akan mewujudkan satu sistem nilai
dan budaya sosial. Pengwujudan sistem pendidikan yang menggunakan satu bahasa
pengantar juga diberi jaminan tidak akan menggugat bahasa ibunda kaum lain seperti yang
dibimbangi selama ini.

Menurut tokoh pendidik, Tan Sri Ainuddin Wahid, sekolah satu aliran adalah sebuah
sistem yang dapat mengeratkan perpaduan antara kaum di Malaysia khususnya Melayu, India
dan Cina. Menurut beliau jika sekolah satu aliran tidak dilaksanakan, ia akan member kesan
pada masa hadapan seperti timbulnya masalah perkauman berikutan setiap kaum mendapat
pendidikan di sekolah yang berlainan.

Perpaduan kaum tidak dapat dicapai jika semua pelajar diletakkan di sekolah yang
berasingan. Sekolah adalah tempat terbaik untuk memulakan hubungan integrasi. Apabila
kanak-kanak sudah terdedah dan biasa dengan pergaulan antara berbilang kaum di sekolah,
mereka tidak lagi mengalami kejutan apabila memasuki alam pekerjaan dan bermasyarakat.
Menurut beliau lagi, dalam kehidupan realiti kita sekarang, pergaulan antara kaun hanya
terjadi dalam keadaan luaran dan tidak mendalam. Tembok perkauman mesti diruntuhkan
untuk memberi laluan kepada kehidupan satu bangsa Malaysia yang lebih harmoni. Tempat
terbaik untuk memulakan usaha mencambah rasa harmoni ini ialah melalui sekolah satu
aliran baik di peringkat sekolah rendah mahupun sekolah menengah.

2
Menurut tokoh akademik Prof Emeritus Tan Sri Khoo Kay Kim pula menerangkan
konsep sekolah aliran ialah semua pelajar akan ditempatkan di sekolah yang sama dan
penggunakan bahasa pengantar yang sama. Namun begitu bahasa ibunda setiap kaum akan
diselitkan sebagai sebahagian daripada kokurikulum di bilik darjah. Menurut beliau lagi,
sekolah satu aliran penting untuk menyatupadukan rakyat Malaysia dan ia bersesuaian
dengan konsep Satu Malaysia yang dilancarkan oleh Perdana Menteri kita iaitu Dato’ Seri
Najib Tun Abdul Razak.

Beliau berkata sistem pendidikan yang mengamalkan sekolah pelbagai aliran ketika ini
tidak membantu rakyat menyelami makna sebenar gagasan 1Malaysia. Katanya, sejak dari
kecil lagi rakyat sudah diasingkan mengikut aliran dan bahasa ibunda masing-masing dan
apabila dewasa, semangat kerjasama dan persefahaman sukar untuk dijalankan. Walaupun
terdapat beberapa pihak yang membantah cadangan pembentukan sekolah satu aliran, mereka
yang berbuat demikian perlu menilai semula sejauh mana sistem pendidikan ketika ini boleh
membantu mengukuhkan pembentukan sebuah negara bangsa.

Dalam perspektif lain, Tun Mahathir Mohamad menyatakan bahawa sistem pendidikan
satu aliran sebernarnya telah pun diamalkan tetapi kebanyakan daripada kita tidak faham
peranan sistem sekolah kebangsaan. Beliau menjelaskan, semasa kerajaan membentuk sistem
sekolah kebangsaan dahulu, sekolah-sekolah aliran Cina dan Tamil sudah pun ada. Kerajaan
memberi bantuan kepada sekolah aliran tersebut dengan harapan pada akhirnya murid-murid
dari sekolah itu kelak menyertai sekolah kebangsaan.

Tetapi sehingga kini orang Cina dan India tidak berminat menghantar anak mereka ke
sekolah kebangsaan kerana suasananya kurang menarik serta bimbang anak-anak mereka
terpengaruh dengan adat resam orang Melayu dan Islam. Sikap dan fahaman agama yang
terlalu kuat juga menakutkan bukan Melayu terhadap sekolah kebangsaan. Lalu apa yang
berlaku dalam sistem persekolahan sekarang adalah faktor sikap perkauman yang masih
menebal di kalangan masyarakat.

Oleh itu kesedaran masyarakat terhadap sekolah satu aliran harus dipertimbangkan untuk
memupuk perpaduan antara kaum supaya perpecahan tidak akan berlaku dan tragedy 13 Mei
tidak akan berulang lagi.

3
3.0 ISU DAN CABARAN

3.1 Etnik Dan Kebudayaan

Isu Dan Cabaran

Di dalam mengupas dan membincangkan mengenai tajuk sekolah satu aliran ini, sedar
ataupun tidak, terdapat beberapa isu telah timbul. Isu- isu ini telah dibangkitkan selepas Prof
Emiratus Tan Sri Dr Khoo Kay Kim yang merupakan seorang tokoh sejarah telah
menyokong cadangan Mukhriz Mahathir agar sistem pelbagai sekolah dihapuskan dan
disatukan menjadi sistem tunggal dengan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar, bahasa
Inggeris sebagai bahasa kedua dan bahasa ibunda orang Cina serta India diperkukuh dan
diperluaskan pengajarannya.

Dipetik daripada Utusan Malaysia pada 2 Disember, Prof Emiratus Tan Sri Dr Khoo Kay
Kim telah menyifatkan bahawa, cadangan Mukhriz yang juga Ahli Parlimen Jerlun
merangkap ahli majlis kerja Pemuda Umno ini adalah sangat baik dan menyamai cadangan
dalam Penyata Razak 1956 dan Jawatankuasa Barnes (1950). Namun, cadangan ini telah
mendapat tentangan daripada pelbagai pihak terutamanya orang Cina dan India. Hal yang
demikian telah mencetuskan bermacam- macam isu yang jika dibiarkan boleh membawa
masalah kepada perpaduan antara kaum.

Antara isu yang paling banyak dibangkitlan rata-ratanya menyentuh kepada elemen etnik
dan kebudayaan. Kebudayaan merupakan sesuatu yang amat penting bagi setiap kaum atau
etnik. Dengan kebudayaan ini jugalah sesebuah etnik itu dapat dibezakan dengan etnik yang
lain. Memandangkan ia adalah antara sesuatu yang berharga, maka setiap individu daripada
kumpulan etnik itu akan cuba dengan sedaya upaya untuk mempertahankan kebudayaan
masing-masing.

Hal yang sedemikian telah menyebabkan cadangan untuk menubuhkan sekolah satu
aliran kurang diterima oleh sesetengah masyarakat di Malaysia ini terutamanya oleh etnik
Cina dan India dengan alasan masing-masing ingin tradisi dan kebudayaan mereka
dikekalkan. Ini bermaksud, mereka ingin bahasa ibunda mereka dijadikan seebagai bahasa

4
penghantar dan bahasa Melayu menjadi bahasa kedua semasa perlaksanaan sistem sekolah
satu aliran itu.

Jika kita kaji dan renungkan semula, isu Malaysia sebagai sebuah negara berbilang kaum
penting untuk difikirkan. Kita melihat perbezaan bukan sahaja dari segi etnik malahan dari
aspek ekonomi, kebudayaan dan agama. Sesuatu etnik adalah mustahil untuk menjadi etnik
yang lain. Maka struktur ekonomi, budaya dan pendidikan telah dijadikan pemangkin untuk
mencapai perpaduan. Kerajaan telah merancang berbagai strategi jangka panjang untuk
menyelesaikan masalah berkaitan hubungan antara etnik. Antaranya adalah melalui dasar-
dasar pendidikan pada tahun 1970an seperti perubahan aliran Inggeris kepada bahasa
Melayu. Pada tahun 1979, Laporan Jawatankuasa Kabinet dihasilkan sebagai matlamat untuk
mencapai perpaduan dalam masyarakat pelbagai etnik.

Sistem pendidikan melalui bahasa kebangsaan, pengalaman persekolahan yang sama dan
peperiksaan yang selaras telah menyediakan pengalaman-pengalaman yang bertujuan
mensosialisasikan pelajar-pelajar ke arah cara berfikir yang sama. Pada masa kini, murid-
murid di sekolah dididik untuk memeperkembangkan nilai-nilai positif yang akan
menggalakkan perpaduan. Kurikulum sekolah dibentuk sebegitu rupa agar ianya mempunyai
hubungan yang erat dengan perpaduan nasional. Kurikulum juga dapat membentuk
personaliti dan watak baik sebagaimana yang dikehendaki oleh aspirasi negara.

Cabaran ataupun masalah berbangkit sememangnya banyak yang perlu ditempuhi oleh
pihak kerajaan dan pihak-pihak lain yang berkenaan. Etnik Cina dan India sekeras-kerasnya
menyatakan yang mereka ingin menjadikan bahasa ibunda mereka sebagai bahasa penghantar
dan agama serta kebudayaan masing-masing sebagai yang utama dalam perlaksanaan sekolah
satu aliran itu kelak. Mereka juga ingin sistem perlaksanaan sekolah tersebut dijalankan
seperti sekolah jenis kebangsaan Cina dan Tamil (SJKC dan SJKT ) kerana pada mereka,
sistem persekolahan tersebut adalah yang terbaik. Hal ini menambahkan lagi masalah kerana
mana mungkin sesebuah sistem persekolahan menggunakan dua bahasa penghantar yang
sama pada satu masa.

Mereka berasa sangat khuatir terhadap kebudayaan masing-masing akan terhakis dan
lenyap apabila anak mereka dihantar untuk belajar di sekolah satu aliran kelak. Sikap mereka

5
yang terlalu mementingkan kebudayaan masing-masing ini sedikit sebanyak akan
menambahkan kerumitan dan menyebabkan keadaan menjadi tegang. Ketegangan ini juga,
jika tidak dikawal akan dikhuatiri menyababkan hubuan antara etnik di Malaysia ini menjadi
semakin rapuh.

Pendekatan

Oleh itu, pihak yang berkenaan telah mengambil beberapa pendekatan untuk
menyelesaikan masalah yang berbangkit ini dan secara tidak langsung akan meredakan isu
yang telah timbul. Melalui sekolah satu aliran, murid kaum atau etnik lain masih berhak
mempelajari bahasa ibunda masing-masing di samping membolehkan mereka memupuk dan
mencapai matlamat perpaduan dan integrasi nasional menerusi pendidikan. Sukatan pelajaran
juga dibaiki dan diperhalusi agar semua kaum dapat mempelajari agama dan bahasa ibunda
mereka walaupun Bahasa Melayu dijadikan bahasa yang rasmi dan merupakan bahasa
penghantar untuk sekolah satu aliran tersebut. Nilai kebudayaan setiap kaum juga tidak akan
dilupakan. Malah, pelbagai aktiviti akan dirancang untuk dilaksanakan dan dilakukan
bersama-sama dengan semua kaum dan etnik bagi mengeratkan lagi perpaduan antara kaum
dalam kalangan rakyat Malaysia.

3.2 Perpaduan Dan Perkauman

Isu Dan Cabaran

Selain itu, isu yang melibatkan dan menyentuh sensitiviti perpaduan dan perkauman
dalam membincangkan cadangan pelaksanaan sekolah satu aliran ini juga hangat
diperkatakan disana sini. Etnik Cina dan India adalah kelompok majoriti yang
mempersoalkan cadangan penubuhan sekolah satu aliran ini. Ramai yang mempersoalkan,
jika ingin meningkatkan perpaduan antara kaum, mengapa baru ditubuhkan sekarang dan
bukan daripada dahulu lagi. Nampaknya penerimaan mereka terhadap sekolah satu aliran ini
amatlah tipis. Jika kita merujuk kembali kepada sejarah terdahulu mengenai sistem
persekolahan ini, sekolah satu aliran ini sebenarnya telah lama dicadangkan untuk
dilaksanakan bagi tujuan mengeratkan perpaduan antara kaum.

6
Menurut tokoh pendidik, Tan Sri Ainuddin Wahid, sekolah satu aliran sepatutnya
dilaksanakan sebelum merdeka lagi seperti yang dicadangkan 48 tahun lalu oleh
Allahyarham Aminuddin Baki yang menjadi Penasihat Pelajaran Negara. Ainuddin
menjelaskan, cadangan Aminuddin itu kerana beliau telah menjangkakan masalah perkauman
pasti akan timbul di kemudian hari berikutan setiap kaum mendapat pendidikan di sekolah
yang berlainan. ``Jangkaan beliau itu betul dan kita lihat apa yang berlaku sekarang. Jika kita
bertegas dari dulu dan semua kaum sanggup berkorban untuk belajar di satu sekolah
mungkin soal permusuhan antara kaum tidak terjadi,'' katanya.

Kata -kata beliau terang lagi jelas dapat menjawab semula isu yang telah dibangkitkan
yang mempersoalkan sistem sekolah satu aliran yang baru ingin diwujudkan sekarang. Jika
sekolah satu aliran ini ditubuhkan, maka sekolah jenis kebangsaan akan di mansuhkan. Hal
ini kerana, semua pelajar akan menjalankan persekolahan mereka dengan menggunakan
sistem persekolahan yang sama iaitu sekolah satu aliran. Etnik lain tidak bersetuju terhadap
penubuhan sekolah ini juga kerana mereka terpaksa menggunakan Bahasa Melayu
sepenuhnya semasa sesi pengajaran dan pembelaran.

Jika dibandingkan di SJK mereka dahulu, mereka bebas untuk belajar dan bertutur dalam
bahasa ibunda mereka. Ini merupakan halangan yang besar kepada pihak kerajaan kerana
terpaksa berhadapan dengan pelbagai isu dan cabaran. Hal ini sebenarnya adalah berpunca
daripada semangat perkauman yang telah lama menebal dalam diri mereka. Sejak daripada
kecil, mereka telah dilahirkan dan dibesarkan berlatar belakangkan etnik dan kebudayaan
masing-masing. Semasa menerima pendidikan awal di sekolah tadika dan sekolah rendah
juga mereka telah dibiasakan untuk bertutur menggunakan bahasa ibunda mereka. Tetapi,
apabila memasuki alam sekolah menengah, mereka terpaksa bersekolah di sekolah yang
menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa penghantar.

Perkara ini sedikit sebanyak telah memberikan masalah kepada mereka untuk
menyesuaikan diri dengan persekitaran dan dalam masa yang sama mereka perlu
memahirkan diri mereka untuk bertutur dengan fasih dalam bahasa Melayu. Hal ini adalah
merupakan salah satu daripada penghalang dan sebab mengapa mereka mnenentang sekeras
kerasnya cedangan penubuhan sekolah satu aliran ini. Akibat daripada keyakinan yang
kurang, mereka telah memberikan pelbagai alasan bagi mengelakkan sekolah satu aliran ini
7
tidak dilaksanakan. Ada juga ibu bapa yang menentang cadangan ini kerana mereka khuatir
apabila anak mereka dihantar di sekolah ini, fikiran mereka tidak berkembang kerana
kurangnya komunikasi antara pelajar dan guru.

Jika berlaku masalah komunikasi, maka proses pengajaran dan pembelajaran tidak dapat
dilakukan secara optimum disebabkan tiada komunikasi dua hala. Hanya para guru yang
bercakap, tetapi pelajar hanya mendengar dan tidak mahu memberikan pandangan dan idea
kerana mungkin disebabkan perasaan malu ataupun takut ditertawakan oleh rakan-rakan
kerana tidak fasih Berbahasa Melayu. Situasi ini amatlah merugikan pelajar kerana masalah
komunikasi telah menjadi penghalang bagi mereka untuk berkomunikasi seterusnya bertukar-
tukar idea dan pandangan. Jika perkara yang terjadi ini terus dibiarkan begitu sahaja tanpa
memirkan cara yang sesuai untuk mengatasi, maka Malaysia akan kekurangan pelapis untuk
menjadi pemimpin pada masa hadapan yang terdiri daripada seorang yang betul-betul
berkeyakinan dan berani bersuara.

Pendekatan

Justeru itu, pihak kerajaan dan pihak yang berkaitan telah berbincang bagi mencari
pendekatan yang sesuai bagi menyelesaikan masalah yang timbul. Bagi memuaskan hati
semua pihak, cadangan penubuhan sekolah satu aliran ini telah dikaji semula. Pelbagai
elemen-elemen penting telah diperkasakan agar, jika sekolah ini telah mendapat persetujuan
untuk melaksanakan sekolah satu aliran pada suatu hari nanti, tidak banyak masalah yang
akan timbul. Sekolah satu aliran tidak akan membawa apa-apa masalah dan tidak mungkin
mendatangkan akibat yang negatif, sebaliknya dari satu sudut lain, ia akan membantu
mewujudkan hubungan harmoni antara kaum. Mereka yang menentang cadangan sekolah
satu aliran ini adalah mereka yang tidak mengutamakan cita-cita dan rakyat Malaysia untuk
membentuk sebuah negara yang bersatu padu.

3.3 Ekonomi

Isu Dan Cabaran.

Malaysia sebagai sebuah negara yang kian pesat membangun, sudah pastinya akan
mengalami perubahan dalam semua aspek keperluan negara, khususnya dalam bidang politik,

8
sosial dan ekonomi. Jika disoroti kembali sejak negara mencapai kemerdekaan, berbagai
usaha telah dilakukan untuk membetulkan semula kepincangan dan perpecahan yang
dilakukan oleh pihak penjajah terutamanya untuk menyatupadukan semula kaum melalui
pelbagai program yang bersepadu seperti Dasar Ekonomi Baru (DEB). Ekonomi Malaysia
merupakan ekonomi terbuka dan justeru itu, ia terdedah kepada ketidaktentuan perdagangan
luar dan aliran modal antarabangsa.

Penyusunan semula masyarakat kita supaya menjadi lebih seimbang terutamanya dari
segi pemikiran ekuiti ekonomi sudah hampir tercapai. Namun, penyusunan masyarakat kita
dari segi pendidikan masih belum menampakkan hasil yang membanggakan. Keadaan
ekonomi negara yang kurang baik pada hari ini menyebabkan banyak institusi yang
bergantung kepada derma dan sumbangan kewangan korporat menghadapi masalah
kewangan yang serius.

Antara yang teruk berhadapan dengan situasi ini ialah sekolah-sekolah bukan kebangsaan
iaitu Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (SRJK) Cina, SRJK Tamil, Sekolah Agama Rakyat
(SAR). Prasarana kebanyakan SRJKT dan SAR amat daif dan sesetengahnya tidak sesuai
untuk pelajar mengikuti pembelajaran awal kepada anak-anak kita. Sungguhpun sekolah-
sekolah ini mendapat bantuan dan geran kerajaan namun banyak infrastruktur dan prasarana
sekolah-sekolah ini disediakan sendiri oleh Lembaga Pengelola Sekolah. Lembaga Pengelola
Sekolah terpaksa mencari dana dan sumbangan korporat dan orang ramai bagi memberi
keselesaan yang lebih baik kepada para pelajar. Antara keempat-empat jenis sekolah ini,
SRJK Cina merupakan sekolah yang paling hadapan dan jauh lebih baik berbanding SRJK
Tamil, SRA dan SMA.

Jadi, sejauh manakah pelaksanaan sekolah satu aliran dapat memberi keselesaan dan
kemudahan secukupnya kepada pelajar-pelajar sekolah bukan kebangsaan jika keadaan sedia
ada mereka tidak meyakinkan mereka untuk menerima cadangan untuk mewujudkan sekolah
seumpama itu.

Lihat sahaja status ekonomi dan penguasaan perniagaan oleh kaum Cina yang
membolehkan mereka menyumbang lebih banyak dana dan sumbangan kepada komuniti
mereka sendiri terutamanya di SJKC. Ini menyebabkan ramai di antara mereka menentang

9
sekeras-kerasnya cadangan sekolah satu aliran kerana kerajaan sendiri tidak dapat
menyediakan infrastruktur yang mencukupi untuk sekolah-sekolah bukan kebangsaan
terutamanya SJKC.

Namun dalam keadaan ekonomi hari ini SJKC juga berhadapan dengan masalah
kewangan. Sumbangan dan dana swasta makin menyusut. Jika SJKC bermasalah maka
sekolah-sekolah lain tentulah menghadapi masalah yang lebih serius. Keadaan sekolah-
sekolah ini yang dianggap kurang sempurna sebelum ini mungkin akan menjadi status daif
dalam masa beberapa tahun akan datang.

Dong Jiao Zhong atau dikenali sebagai gabungan Persekutuan Persatuan-persatuan


Lembaga Pengurus Sekolah Cina dan Persekutuan Guru-guru Sekolah Cina yang telah
ditubuhkan sejak awal 1950an ketika negara belum mencapai kemerdekaan yang mewakili
1,284 Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina (SRJKC), mampu menyalurkan bantuan RM1
bilion setahun untuk membiayai 1,284 SRJKC dan 60 Sekolah Menengah Persendirian Cina.
Inilah yang menyebabkan mereka menentang perlaksanaan sekolah satu aliran kerana mereka
menjangkakan hak tidak sama rata atau diskriminasi akan berlaku jika ianya dilaksanakan.
Mereka boleh berdiri di atas kaki sendiri tanpa bantuan daripada pihak kerajaan.

Sungguhpun kewujudan sekolah-sekolah ini dilihat tidak selari dengan kehendak untuk
mewujudkan sekolah satu aliran, namun kita harus menerima hakikat bahawa sekolah-
sekolah ini juga membantu kerajaan mengurangkan tekanan menyediakan ruang belajar di
sekolah kebangsaan yang kian sempit dan sendat dalam setiap kelas. Saya percaya jika semua
sekolah ini ditutup, sekolah kebangsaan sendiri akan menghadapi masalah untuk
menyediakan ruang kepada pelajar dari aliran ini terutamanya di bandar besar. Justeru walau
apa pun persepsi penggubal dasar pendidikan negara, harus diakui tanpa kewujudan sekolah-
sekolah ini, kerajaan sendiri akan menghadapi masalah menyediakan ruang dan tenaga kerja
untuk memenuhi keperluan. Oleh itu, perlaksanaan ekonomi yang lebih sistematik perlu
dirancang bagi membolehkan semua pihak bersetuju dengan agenda ini.

Pendekatan

10
Baru-baru ini kerajaan mengumumkan peruntukkan sejumlah RM100 juta untuk SAR
dan RM50 juta pertama bagi SJKC dan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) dalam
pakej rangsangan yang lalu. Dana Pembangunan Prasarana Sekolah Vernakular dalam
pembentangan Bajet 2010 juga diwujudkan. Dana ini adalah bertujuan untuk meningkatkan
prasarana sekolah-sekolah di Sabah dan Sarawak sangat daif di kawasan-kawasan
pedalamannya. Masih ada sekolah-sekolah kayu yang seumpama bangsal sahaja. Jika kos
terlalu tinggi untuk pembinaan bangunan batu mungkin bangunan kayu yang lebih elok atau
kontena yang diubah suai menjadi kelas lebih baik untuk keselesaan anak-anak ini.

Dana seperti ini tidak memberi pulangan ekonomi yang tinggi kepada negara, namun ia
merupakan keperluan orang ramai yang perlu didahulukan oleh kerajaan kepada rakyatnya.
Oleh itu, prasarana yang betul-betul fleksibel perlu disediakan untuk mewujudkan sekolah
satu aliran di kawasan-kawasan pedalaman supaya kecenderungan pelajar untuk belajar akan
lebih meningkat dan berjaya dilaksanakan.

Selaras dengan matlamat unuk membangunkan modal insan yang berkualiti tinggi,
kerajaan melalui Bajet 2010 telah memperuntukkan lebih 30 billion ringgit kepada sektor
pendidikan menengah dan rendah yang juga memberi manfaat kepada 5.5 juta pelajar di
seluruh negara. Peruntukan ini termasuklah bayaran emolumen operasi pendidikan sebanyak
19 billion ringgit termasuklah 2.8 billion ringgit untuk program bantuan pelajar dan biasiswa.

Selain itu, sebanyak 1.6 billion diperuntukkan untuk mendirikan 80 buah sekolah baru,
1100 buah blok tambahan dan 347 projek gantian sekolah, peruntukan untuk pembinaan
sekolah kebangsaan rendah dan menengah, sekolah agama bantuan kerajaan, sekolah jenis
kebangsaan Cina dan Tamil serta sekolah mubaligh (mission school). Pada pandangan
peribadi, jika sekolah satu aliran mahu diwujudkan, peruntukan-peruntukan yang
dibentangkan dalam Bajet 2010 ini boleh digunakan untuk mewujudkan sekolah satu aliran
yang mana sekolah yang sedia ada dinaiktaraf menjadi sekolah satu aliran. Ini dapat
mengurangkan perbelanjaan kerajaan untuk mewujudkan satu sistem pendidikan yang
seragam. Di samping itu, sebanyak 1.1 billion ringgit untuk pengubahsuaian dan menaiktaraf
prasarana sekolah termasuklah sekolah di seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak.

11
Satu demi satu pelaksanaan yang diketengahkan oleh Kementerian Pelajaran untuk
memperkukuhkan sistem pendidikan negara. Namun ianya seperti hangat-hangat tahi ayam.
Sekolah bestari dan sekolah wawasan yang dahulunya gah diuar-uarkan sehingga kini tiada
satupun bukti atau objektif yang hendak dicapai dibuktikan. Ini membawa kepada
pembaziran yang banyak kerana banyak peruntukan dihabiskan semata-mata untuk sekolah-
sekolah ini sedangkan keperluan sekolah yang sedia ada tidak diberi perhatian. Kita ada
sekolah Cina, Tamil, dan Kristian, kenapa kita tiada sekolah Malaysia seperti sekolah
Perancis, Jerman, Rusia, Arab dan lain-lain. Dari segi fahaman dan amalan kemajuan
ekonomi, pendidikan universiti di Jerman dan Perancis adalah percuma dan adalah baik
sekiranya kerajaan mempertimbangkan pendidikan secara percuma kepada pelajar-pelajar
sekolah satu aliran untuk peringkat permulaan ini. Pada pendapat saya, ini sedikit sebanyak
mungkin boleh menarik minat mereka untuk belajar di sekolah satu aliran serta pengurusan
ekonomi akan lebih bermanfaat demi kemajuan anak bangsa pasa masa hadapan.

Selain itu, isu Pengajaran dan Pembelajaran matapelajaran Sains dan Matematik dalam
Bahasa Inggeris. PPSMI yang telah dimansuhkan baru-baru ini menunjukkan kerugian yang
begitu ketara kepada ekonomi negara. Semasa perlaksanaan PPSMI dahulu, berapa banyak
wang digunakan untuk merombak semula silibus dan kos penerbitan buku-buku teks dan juga
latihan digunakan.

Tidak sampai 10 tahun perlaksanaannya, ianya telah dimansuhkan dan peruntukan yang
banyak pula terpaksa dikeluarkan untuk mengubah silibus dan buku teks kepada keadaan
sebelumnya. Sebaiknya, pengaliran keluar wang yang begitu banyak boleh digunakan untuk
melaksanakan cadangan sekolah satu aliran supaya semua pembelajaran pelajar-pelajar di
negara ini seragam dan berjalan dalam jangka masa yang panjang.

Pendekatan yang boleh diambil ialah sekolah-sekolah jenis kebangsaan dan kebangsaan
boleh disatukan ke dalam satu kawasan yang sama yang berlainan pentadbiran, berkongsi
kemudahan padang, perpustakaan, kantin dan sebagainya. Ini juga dapat menjimatkan kos
pentadbiran sekolah. Dengan itu juga, peluang untuk mewujudkan masyarakat yang lebih
harmonis melalui hubungan mesra ibu bapa yang kerap bertemu di kawasan sekolah semasa
menghantar atau mengambil pulang anak masing-masing, atau pun semasamenjalankan
aktiviti-aktiviti bersama seperti gotong royong dan sebagainya.
12
Penyediaan infrastruktur dan prasarana terbaik perlu terus diutamakan bagi memastikan
peningkatan akses, ekuiti dan kualiti pendidikan secara menyeluruh khususnya di luar bandar
jika sekolah satu aliran ini mahu dilaksanakan. Selain itu, sebelum mewujudkan sekolah satu
aliran, kerajaan perlu merevolusikan sistem pendidikan kerajaan terlebih dahulu sebelum
kewujudannya ditempelak dan dipertikaikan oleh pelbagai kaum di Malaysia kerana tiada
perancangan yang rapi dan hanya bersifat sementara dan hanya merugikan negara.
Contohnya, meningkatkan kemudahan terutama asrama, makmal komputer, dewan
serbaguna, padang permainan dan sebagainya.

Biarlah anak-anak kita di sekolah mana pun dapat belajar dalam keadaan yang selesa.
Sesungguhnya anak-anak yang berilmu akan membangunkan negara ini di masa akan datang.
Pendidikan sekolah merupakan pelaburan modal insan yang penting bagi sesebuah negara.
Kerana di sinilah kelompok rakyat asas akan didik dan diasuh. Jika kita gagal di sini maka
ramailah generasi akan datang akan tercicir kurang ilmu dan menyebabkan sebahagian besar
generasi akan datang akan menjadi masalah sosial kepada negara. Biarlah kita berbelanja
lebih untuk keselesaan mereka untuk belajar supaya mereka lebih bersemangat untuk berjaya
seterusnya memajukan negara di masa hadapan. Bak kata pepatah, “bertanam-tanam dahulu
barulah menuai di hari muka”.

3.4 Agama

Isu Dan Cabaran

Dalam isu ini perkara yang disuarakan ialah kerisauan sestengah pihak sekiranya ada
pelajar yang terbiasa dengat amalan sesuatu agama seterusnya meninggalkan agama asalnya.
Isu ini merupakan satu isu yang sensitif. Dalam soal agama, sekolah satu aliran hanya
memberi kelebihan kepada pelajar yang beragama Islam. Sedangkan agama lain tidak
diajarkan. Pelajar bukan Islam secara tidak langsung terdedah kepada ajaran Islam. Lama-
kelamaan mereka menjadi keliru. Ini tidak digemari ibu bapa kerana bimbang anak mereka
akan menukar agama. Ini merupakan satu-satunya perkara yang amat ditakuti ole ibu bapa
apabila menghantar anak mereka ke sekolah satu aliran.

Bukan itu sahaja, kerisauan juga melanda apabila perkara yang sama berlaku kepada
pelajar bukan Islam. Kerisauan melanda ibu bapa apabila jika terdapatnya pelajar Islam yang
13
mula bermain-main cinta dengan pelajar bukan Islam. Sedangkan dengan pelajar seagama
pun boleh berlakuknya perkara-perkara sumbang, apatah lagi jika bercampur dengan pelajar-
pelajar bukan Islam. Hal ini boleh mendatangkan lebih banyak masalah sosial dalam
kalangan pelajar. Keadaan boleh menjadi lebih parah apabila terdapatnya pelajar Islam yang
secara diam-diam telah murtad dan memasuki agama lain. Hal ini banyak berlaku dalam
kalangan pelajar-pelajar universiti. Maka tidak mustahil perkara ini boleh terjadi kepada
pelajar sekolah.

Selain itu, kesulitan berlaku apabila semua agama meninginkan keadilan, di mana
sekolah perlu menyediakan semua jenis rumah ibadat dalam bagi berskap adil kepada semua
agama. Hal ini mengundang kepada kos yang begitu tinggi sedangkan keadaan ekonomi
Malaysia kini masih lagi berada pada tahap yang kurang memuaskan. Seterusnya ialah
apabila tiba untuk sesuatu perayaan yang lebih menjurus kea rah keagamaan. Adakah semua
pelajar perlu terlibat walaupun darii agama yang lain? Ini sememangnya menimbulkan lagi
kesulitan dalam pengurusan sesebuah sekolah.

Pendekatan

Perkara yang boleh dijalankan bagi mengatasi isu yang sensitif ini adalah pertamanya
mengenai masalah terpengaruh dengan agama lain, menyediakan kelas kerohanian bagi
setiap agama. Pada waktu yang sama semua pelajar akan menghadiri kelas keagamaan
masing-masing. Paling tidak pelajar bukan Islam akan memasuki kelas pendidikan moral
yang sudah lama diperkenalkan di sekolah-sekolah menengah. Cadangan ini diharap dapat
mendidik kerohanian pelajar mengikut agama masing-masing tanpa dipengaruhi oleh ajaran
agama lain.

Bagi mengatasi masalah tempat beribadat pula, pelajar bukan Islam bolehlah beribadat di
tempat-tempat beribadat yang berhampiran dengan sekolah. Bagi pelajar Kristian di bahagian
utara negara, hari ahad merupakan hari persekolahan dan pelajar berkenaan harus dibenarkan
keluar sekolah bagi melakukan ibadat mereka di gereja yang berdekatan. Bagi meraikan

14
perayaan yang lebih menjurus kea rah keagamaan, pelajar tidak perlu untuk menertai semua
aktiviti keagamaan agama lain. Tetapi apabila menjalankan perayaan hari raya dan
sebagainya, pada saya jamuan yang dijalankan tidak salah untuk diraikan bersama. Walau
bagaimanapun, pihak sekolah harus memastikan bahawa makanan yang disediakan adalah
halal bagi tidak mengelirukan pelajar.

Dengan cara ini, kemungkinan masalah keraguan dalam isu agama ini dapat diharungi
dalam mewujudkan skolah satu aliran.

3.5 Kedudukan Dalam Organisasi Sekolah

Isu Dan Cabaran

Setiap orang di Malaysia mempunyai hak-hak dan kewajipan yang serupa walau
bagaimanapun, rakyat yang berketurunan Melayu mempunyai hak yang istimewa berbanding
bangsa lain di Malaysia. Hak-hak istimewa orang Melayu ini bukanlah peraturan baru,
malahan hak-hak ini telah tercatat dalam Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948, dan
perjanjian-perjanjian ini telah pun diamalkan di negeri-negeri Melayu yang tidak bersekutu
sebelum perang lagi.

Sungguhpun begitu, terdapat sesetengah pihak juga merisaukan mengenai kedudukan


kaum mereka apabila sekolah satu aliran ini dilaksanakan. Ini juga menjadi alasan apabila
mereka menolak sekeras-kerasnya mengenai cadangan ini. Sedangkan telah termaktub
dalam Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu bahawa sememangnya kaum Melayu
mempunyai hak keistimewaannya.

Kedudukan dalam organisasi ini termasuklah dari pihak pengurusan sekolah sehinggalah
organisasi atau persatuan pelajar. Sebelum ini jika di sekolah jenis kebangsaan, merekalah
yang menguasai atau mendominasi jawatan-jawatan yang ditawarkan. Oleh sebab itu, mereka
membantah sekolah satu aliran kerana sememangnya kaum Melayu akan mendominasi
kembali jawatan di sekolah dan mereka akan merasa tergugat jika keadaan ini berlaku.

Selain itu, pihak tertentu juga menyatakan pendapat mereka bahawa sekolah satu aliran
ini bukanlah satu cara yang efektif bagi merealisasikan Gagasan 1Malaysia. Mereka
menyatakan bahawa banyak lagi cara yang lebih baik bagi meningkatkan perpaduan kaum.
15
Tambahan lagi, mereka juga berpendapat bahawa sekolah satu aliran ini akan lebih
membuatkan perpaduan kaum di Malaysia semakin berkurangan akibat pelbagai perkara
yang tidak diningini apabila kedudkan mereka di sesebuah sekolah menjadi tergugat.

Pendekatan

Daripada cabaran di atas, apa yang boleh pihak kerajaan jalankan adalah dengan
menyediakan satu pelan induk untuk menjalankan sekolah satu aliran ini. Di dalam pelan
induk ini termasuklah kuota atau pengadilan dalam kedudukan kaum minoriti di dalam
sesebuah sekolah. Selain itu, apa yang boleh kita jalankan ialah mengadakan kempen untuk
meyakinkan mereka bahawa sekolah satu aliran ini akan dilaksanakan menepati dan
merangkumi kesamarataan terhadap semua kaum. hal seperti ini seharusnya tidak
membinbangkan pihak-pihak terlibat.

Ini kerana terdapat juga sekolah-sekolah menengah yang terdiri dari pelbagai kaum, tidak
pula mereka merasa tergugat. Sebenarnya, tiada apa yang perlu dirisaukan mengenai isu ini,
kerana segalanya boleh diselesaikan dengan adil dalam membina satu pelan induk yang
sempurna dalam melaksanakan sekolah satu aliran ini. Mereka tidak seharusnya
mementingkan kaum mereka dan mengenepikan kesan positif yang boleh terjadi dengan
adanya sekolah satu aliran ini sebagai satu medan perpaduan rakyat Malaysia terutamanya
pelajar.

3.6 Politik

Isu Dan Cabaran

Sebelum ini ia pernah dibangkitkan oleh ahli politik Umno termasuk Ahli Parlimen
Jerlun, Datuk Mukhriz Mahathir. Tetapi, isu itu dikecam dan dipertikai hebat oleh banyak
pihak terutama pemimpin bukan Melayu serta menuduh beliau sebagai rasis. Dari segi isu
politik ada di antara para pemimpin yang apat menerima dan juga masih belum dapat
menerima cadangan ini atas sebab-sebab kepentingan politik mereka sendiri.

Mereka yang bersetuju berpendapat bahawa perpaduan antara kaum harus menjadi
matlamat utama kerajaan dan usaha mewujudkan sekolah satu aliran mungkin boleh menjadi

16
titik tolak ke arah itu. Hamim Samuri, Ahli Parlimen Ledang berkata, sistem pendidikan yang
mengamalkan sekolah pelbagai aliran sekarang tidak akan membantu kerajaan
menyatupadukan rakyat apatah lagi untuk menyelami makna sebenar gagasan 1Malaysia.
Justeru, beliau mencadangkan supaya semua sekolah menengah di negara ini dibuat dalam
satu aliran bagi memastikan pelajar daripada semua kaum berada di bawah satu bumbung
perpaduan.

Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Aziz Nik Mat berkata, beliau tidak bersetuju dengan
langkah mewujudkan sekolah satu aliran kerana ia akan menyekat kaum Cina dan India
daripada menguasai bahasa ibunda mereka. Kerajaan juga perlu membenarkan kewujudan
sekolah aliran Cina sebagai menghormati bahasa dan sastera kaum itu yang telah lama
wujud. Langkah untuk mewujudkan sekolah satu aliran perlu dikaji secara mendalam bagi
memastikan ia tidak memberi kesan negatif kepada negara pada jangka masa panjang.
Setiausaha Agung DAP, Kerk Kim Hock pula menggesa kerajaan mewujudkan satu dasar
yang boleh menjadi alat untuk merapatkan hubungan antara kaum di negara ini jika ada.
Beliau berkata, cadangan mewujudkan sekolah satu aliran tidak akan membantu
menyelesaikan isu hubungan kaum kerana telah terbukti negara-negara lain yang
mengamalkan dasar seumpama itu tetap berhadapan dengan masalah tersebut.

Beliau juga berpendapat walaupun Malaysia melaksanakan sistem pendidikan yang


liberal tetapi sehingga kini rakyat hidup dalam keadaan aman walaupun sesekali terjejas
akibat isu yang berbau perkauman.

Pendekatan

Terdapat pelbagai pendekatan yang boleh dilaksanakan dan berkesan untuk


mengukuhkan perpaduan nasional, termasuk menerusi pelaksanaan politik yang adil dan
saksama. Bagi kebanyakan pemimpin negara, pendidikan negara umpama pokok yang
ditukar akarnya. Perlu diingatkan bahawa falsafah pendidikan barat ada menyebut bahawa
pendidikan adalah benteng pertahanan negara. Ini bermakna kekuatan tentera bukanlah
benteng utama pertahanan negara, sebaliknya adalah pendidikan. Ada juga benarnya falsafah
tersebut. Maka oleh sebab itu, sistem pendidikan negara tidak seharusnya dijadikan alat

17
permainan dan alat untuk ujikaji sesuatu dasar ataupun cetusan idea yang ragu-ragu. Lebih
elok jika dimantapkan terlebih dahulu sistem pendidikan yang sedia ada berbanding dengan
mencetuskan idea dan gagal mengawalnya.

Naib Presiden MCA,Datuk Dr. Fong Chan Onn pula berkata, MCA mencadangkan
supaya sistem pendidikan yang ada sekarang dikekalkan dan tidak diganti dengan sekolah
satu aliran. Bagaimanapun beliau berpendapat adalah lebih baik jika sekolah-sekolah
kebangsaan serta sekolah-sekolah jenis kebangsaan dibina berhampiran bagi menggalakkan
interaksi di antara pelajar. Seterusnya merancang program-program seperti hari keluarga dan
sukan secara bersama supaya mereka boleh berinteraksi antara satu sama lain.

Jika para pemimpin terus bersikap mementingkan kaum demi masa depan dan populariti
politik masing-masing, selagi itulah usaha perpaduan kaum hanya bersifat kosmetik.
Sesungguhnya, mana-mana negara pun mahu menyatupadukan rakyatnya, kerana perpaduan
adalah asas bagi menjamin kestabilan sosial, ekonomi dan politik. Sistem pendidikan negara
perlu dimanfaatkan untuk mencorak masa depan bagi melahirkan masyarakat berbilang kaum
yang bersatu padu. Sekolah satu aliran tidak akan membawa apa-apa masalah dan tidak
mungkin mendatangkan akibat yang negatif, sebaliknya dari satu sudut ia akan membantu
mewujudkan hubungan harmoni antara kaum. Mereka yang menentang cadangan sekolah
satu aliran ini adalah mereka yang tidak mengutamakan cita-cita dan rakyat Malaysia untuk
membentuk sebuah negara yang bersatu padu.

4.0 PENUTUP

Pendidikan telah lama dianggap sebagai satu elemen penting bagi menyatupadukan
rakyat. Aspek perpaduan kaum perlu diberi perhatian serius dan penekanan yang menyeluruh
oleh semua pihak. Generasi awal terutamanya para pelajar sekolah rendah perlu didedahkan
betapa pentingnya perpaduan dalam arus masyarakat Malaysia yang bersifat majmuk ini.
Mahu tidak mahu, perkara ini turut melibatkan sistem pendidikan negara kerana melalui
pendidikanlah, generasi pelajar dapat membentuk dan mencorakkan masyarakat Malaysia
pada masa hadapan. Ianya selaras dengan pepatah Melayu iaitu “ melentur buluh birlah dari
rebungnya”. Mereka ini perlu dan semestinya didedahkan bahawa perpaduan kaum begitu

18
bermakna dan akibat buruk yang akan timbul daripada sikap curiga mencurigai di antara
mereka. Matlamat ini boleh dicapai dengan berkesan dan lebih cepat jika pendidikan di
negara ini menggunakan satu sistem berbanding pellbagai aliran ketika ini. Ia akan
mewujudkan satu sistem nilai dan budaya sosial. Pengwujudan sistem pendidikan yang
menggunakan satu bahasa pengantar juga diberi jaminan tidak akan menggugat bahasa
ibunda kaum lain seperti yang dibimbangi selama ini.

Ibu bapa serta guru perlulah memainkan peranan serta memikirkan masa depan generasi
akan datang. Jika perpaduan tidak dipupuk dari awal ini dikhuatiri akan tercetus kembali
tragedy 13 Mei yang mana telah meragut banyak nyawa. Tragedy itu masih lagi segar di
ingatan setiap rakyat Malaysia. Pembentukan sekolah satu aliran juga bersesuaian dengan
gagasan 1Malaysia pada masa kini. Maka semua pihak perlulah bersetuju dengan
pembentukan sekolah satu aliran tersebut. Walaupun terdapat kebaikan dan keburukan
mengenai sistem tersebut, perkara ini masih boleh diperbaiki dari semasa ke semasa. Tiada
perkara yang sempurna di dunia ini melainkan Maha Pencipta kita.

5.0 BIBLIOGRAFI

1MALAYSIA 1SCHOOL is a must for MALAYSIA!

forum.lowyat.net/topic/1207315. Diperoleh pada 1 Julai 2010

Satu Sekolah « On Da Street

ondastreet.wordpress.com/category/satu-sekolah. Diperoleh pada 1 Julai 2010

Sekolah Satu Aliran (SSA)

www.scribd.com/doc/27263681/Sekolah-Satu-Aliran-SSA.

Diperoleh pada 1 Julai 2010

pesanan-pesanan.blogspot.com/2009/12/satu-sekolah-semua-lee..

dari kaca mata melayu:sekolah 1 aliran. Diperoleh pada 1 Julai 2010

deminegara.blogspot.com/2009/05/satu-sekolah-untuk-semua.html

19
demi Negara:satu sekolah untuk semua. Diperoleh pada 1 Julai 2010

Amir Hasan Dawi, 2002.  Penteorian Sosiologi dan Pendidikan. Tanjung Malim: 
        Thinker's Library Sdn. Bhd.

Mohd Salleh Lebar, 1998. Sosiologi Sekolah dan Pendidikan. Selangor


        Nurin     Enterprise.

Mohd. Salleh Lebar, 1992. Perubahan Pendidikan Di Malaysia. Kuala Lumpur : 


        Quantum Books.

Berita Harian, 21hb Dis. 2001. Sekolah Satu Aliran Pupuk Perpaduan.

Dewan Masyarakat, Jun 2001. Sekolah Satu Aliran Wajar Dilaksanakan.

6.0 LAMPIRAN

20
21

You might also like