P. 1
Konsep Falsafah Pendidikan Kebangsaan

Konsep Falsafah Pendidikan Kebangsaan

|Views: 1,318|Likes:
Published by ezad_imperial

More info:

Published by: ezad_imperial on Aug 31, 2010
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOC, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

08/18/2013

pdf

text

original

1.

0

KONSEP FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN (FPK)

Berdasarkan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK), pendidikan adalah suatu usaha yang berterusan dan berlangsung sepanjang hayat (life long learning). Ini kerana adalah secara rasionalnya, manusia mengalami pertumbuhan dan perkembangan dan ini akan menyebabkan perubahan berlaku pada individu. Selain daripada itu, persekitaran yang terus berubah dari semasa ke semasa juga menuntut kepada ketrampilan yang perlu sentiasa dipertingkatkan. Melalui konsep pendidikan sepanjang hayat, kesinambungan dalam kehidupan dapat berlangsung dengan lancar dan baik. Matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) Berdasarkan dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK), matlamat pendidikan negara dapat dihuraikan sebagai menyedia dan member peluang pendidikan kepada semua rakyat di negara ini tanpa mengira kaum dan asal keturunan. Seterusnya memberi peluang kepada rakyat negara ini menuntut ilmu sepanjang hayat selaras dengan konsep pendidikan seumur hidup dan membolehkan mereka melakukan kerja dengan menggunakan kemahiran yang dipelajari. Pendidikan juga dapat mengembangkan keupayaan individu dari segi fizikal dan mental lantas membolehkan seseorang itu menghayati prinsip Rukun Negara bagi menghasilkan rakyat yang lebih baik, iaitu rakyat yang taat setia, progresif, patriotik, bertoleransi dan bermoral baik. Selain daripada itu, proses pendidikan dapat melengkapi seseorang itu dengan kemahiran berkomunikasi untuk meningkatkan kefahaman yang positif dan mengeratkan perhubungan antara satu sama lain. Pendidikan juga dapat menghasilkan tenaga perkerja yang berpengetahuan dan berkemahiran bagi mempertingkatkan produktiviti untuk kestabilan politik, sosioekonomi dan budaya.

2.0

FAKTOR-FAKTOR PEMBENTUKKAN FPK
1

3. Agama Kristian. Faktor agama: Agama Islam ialah agama rasmi bagi negara Malaysia. bekerjasama dan hormatmenghormati antara satu sama lain. bertanggungjawab dan berupayaan untuk memberi sumbangan terhadap kemakmuran negara. Faktor individu: 2 . Di samping itu. 5. khasnya Agama Islam merupakan faktor-faktor yang penting sebagai pertimbangan asas dalam pembentukkan Falsafah Pendidikan Negara. berketrampilan. 2. Keharmonian dan kemakmuran negara bergantung kepada amalan sikap toleransi. Di dalam usaha membentuk ideologi negara. Falsafah Pendidikan Negara digubah berlandaskan kepada ideologi negara yang dicerminkan dalam dokumen-dokumen rasmi seperti Laporan Pendidikan. Faktor ekonomi: Rakyat Malaysia yang terlatih dalam pelbagai kemahiran dapat membantu negara memperkembangkan ekonomi dengan meningkatkan daya pengeluarannya. 4. Agama Budhha. Agama Hindu dan sebagainya juga bebas dianuti mengikiut undangundang negara. Faktor politik : Sebagaimana yang diketahui umum.1. Faktor sosial: Masyarakat Malaysia terdiri daripada berbilang kaum. Sikap yang positif ini adalah penting dalam usaha mencapai perpaduan kaum yang merupakan kriteria yang paling penting untuk mewujudkan keadaan sosial yang stabil. Rancangan Malaysia dan Rukun Negara. Agama-agama ini. Tujuan ini dapat dicapai dengan melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan. pengaruh politik memainkan peranan penting dalam penentuan dasar pendidikan negara.

Kita sedia ketahui bahawa setiap individu telah dikurniakan Tuhan dengan bakat. insan yang seimbnag dan harmonis sentiasa mengamalkan sikap bersyukur. 6. 3. idea-idea yang dihasilkan daripada seminar pendidikan antarabangsa pula membawa pengaruhnya ke atas Falsafah Pendidikan Kebangsaan.0 ELEMEN-ELEMEN DAN UNSUR UNSUR PENTING DALAM FPK Terdapat tujuh belas elemen dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) yang dapat saya senaraikan di sini. Kedua ialah perkembangan potensi individu di mana pendidikan akan dapat memberi peluang kepada individu untuk berkembang bakat. emosi dan jasmani. kemajuan serta pembangunan negara Malaysia bergantung kepada kerjasama negara-negara antarabangsa. Ini dapat membantu individu terbabit menyesuaikan diri dengan pelbagai perubahan. Potensi individu ini meliputi aspek-aspek intelek rohani. Maka seelok-eloknya ia hendaklah dicungkil. Sehubungan ini. Ketiga pula ialah perkembangan individu secara menyeluruh dan bersepadu dimana bakat. Faktor sejagat: Pembentukan Falsafah Pendidikan Kebangsaan pula tidak terpengaruh daripada pengaruh perkembangan system pendidikan antarabangsa. sentiasa menikmati ketenteraman jiwa serta bersedia meghadapi cabaran hidup dengan tenang.Potensi individu dapat dikembangkan melalui proses pendidikan. Perkembangan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu akan menjadi insan yang seimbang dan harmonis. potensi dan kebolehan tidak boleh dikembnagkan secara berasingan. Pertama ialah pendidikan suatu usaha berterusan iaitu di mana pendidikan adalah suatu proses pemerolehan dan pemindahan ilmu. dikembangkan dan dipertingkatkan. potensi dan kebolehan yang tertentu. Perkembangan. kemahiran dan nilai murni. potensi dan kebolehan mereka. dipupuk. Proses pemerolehan dan pemindahan ilmu ini berlangsung secara berterusan bermula dari kecil sehingga ke akhir hayat. sebaliknya dihubungkaitkan atau diselaraskan bagi mengelakkan pertentangan antara 3 .

individu juga haruslah sanggup untuk berkongsi ilmu dengan orang lain dan persekitaran. rohani. Individu tersebut juga mestilah sering berusaha untuk memperoleh dan mengembang ilmu yang benar serta berkemahiran untuk berfikir secara kreatif. Keempat ialah insan yang seimbang dan harmonis iaitu amat penting bagi individu memiliki ilmu(intelek). iaitu intelek. manipulatif dan sosial serta menggunakan kemahiran kecergasan fizikal untuk memanfaatkan masyarakat. Unsur emosi pula adalah penting kerana setiap individu mestilah mempunyai emosi yang matang dan stabil semasa menuntut ilmu pengetahuan dan patut memiliki dan memupuk perasaan kasih sayang serta mempunyai sifat kekitaan dan perpaduan.satu sama lain. Tidak lupa juga. Ini dilihat kerana perkembangan dan peningkatan seelok-eloknya merangkumi empat aspek. Elemen yang keenam adalah kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan di mana setiap individu mestilah mengakui tentang kewujudan Tuhan dan mengakui Tuhan sebagai Pencipta manusia dan alam. Tidak ketinggalan. menulis dan mengira). Kelima merupakan unsur intelek iaitu di mana setiap individu mesti mempunyai kemahiran asas 3M ( membaca. unsur yang terakhir ialah unsure jasmani iaitu dimana individu hendaklah menyedari tentang kepentingan kesihatan fizikal dan boleh mengembangkan bakat dan kemahiran teknikal. Unsur rohani adalah unsur yang kedua iaitu setiap individu perlu menyedari dan percaya kepada Tuhan serta bersyukur dengan pemberian Tuhan. individu tersebut haruslah berakhlak mulia dan berpegang kepada nilai-nilai murni. Individu juga mesti menyedari bahawa hukum dan fenomena alam merupakan peraturan yang ditetapkan oleh Tuhan dan haruslah menyedari juga bahawa individu bertanggungjawab sepenuhnya ke atas 4 . emosi dan jasmani. maka terhasillah individu yang mampu hidup secara harmonis dengan diri sendiri dan orang lain. percaya kepada Tuhan serta mempunyai akhlak yang baik(rohani) dan kesihatan diri yang baik(jasmani). sahsiah yang baik(emosi). kritikal dan reflektif. Apabila keempat-empat ini seimbang.

segala perbuatan dan tindakannya serta mengamalkan segala ajaran agama yang dianuti. bangsa dan negara. bersih dan cekap selain dari mematuhi peraturan undang-undang negara serta berusaha untuk meningkatkan diri. Seterusnya ialah rakyat Malaysia yang dapat memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara adalah elemen yang kedua belas dimana setiap individu hendaklah berusaha untuk memupuk perpaduan rakyat melalui sifat toleransi. keluarga. Rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan merupakan elemen yang ketujuh di mana setiap individu sepatutnya mencintai ilmu pengetahuan dan berusaha memupuk budaya ilmu dan budaya membaca serta mempunyai fikiran yang luas dan terbuka. agama. Individu tersebut mestilah juga berusaha untuk memajukan ekonomi negara berdasarkan dasar-dasar yang ditetapkan disamping sering mengekalkan kestabilan 5 . Rakyat Malaysia yang bertanggungjawab merupakan eleman yang kesepuluh di mana individu ialah seorang yang boleh dipercayai dan menyedari bahawa setiap tugas dan tanggungjawab merupakan amanah dan harus dilaksanakan dengan baik. Elemen kesembilan ialah rakyat Malaysia yang berakhlak mulia iaitu individu perlu mempunyai perwatakan diri yang baik serta berpegang kepada nilai-nilai murni dan moral sebagai prinsip hidup. masyarakat. Setiap individu hendaklah menjalankan tugas dengan amanah. Elemen yang kesebelas ialah rakyat Malaysia yang berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri iaitu individu mesti berfikiran waras dan berjiwa tenang dan mempunyai daya ketahanan daya ketahanan yang kuat untuk menghadapi cabaran hidup. bertimbang rasa. Individu juga haruslah memupuk pembawaan diri yang baik. hormat-menghormati dan sebagainya. Seterusnya elemen kelapan mengatakan bahawa rakyat Malaysia yang berketerampilan mestilah mempunyai kecekapan dan kompetensi diri dan berkebolehan untuk menjalankan tugas dengan sempurna serta mempunyai pandangan yang jauh dan berinisiatif. kekitaan.

pelbagai program telah dianjurkan. • Selain itu.0 PERANAN GURU/SEKOLAH DALAM MEREALISASIKAN FPK Sepanjang pemerhatian saya semasa menjalankan Pengalaman Berasaskan Sekolah(PBS) di sekolah SK Sungai Kerawai.1 Guru Besar • Saya perhatikan guru besar yang sebagai orang nomnor satu dalam sekolah mengamalkan prinsip demokrasi dalam pentadbiran beliau. Manakala yang terakhir adalah sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga. bangsa dan negara.dan mematuhi perlembagaan dan peraturan negara serta mampu mempertahankan maruah diri. profesion. vocabulary building. 6 . Ini dapat memudahkan guru-guru beriteraksi dengan guru besar jika ada masalah yang timbul dan murid-murid juga dapat bersemuka dengan guru besar tanpa sebarang halangan. saya dapati banyak usaha-usaha yang dilakukan oleh guru-guru dan pihak sekolah dalam merealisasikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Selaras dengan tugas beliau untuk meningkatkan prestasi akademik sekolah dan pelajar. masyarakat dan negara. program bijak sifir. Individu juga hendaklah mematuhi norma masyarakat dan cintakan negara. Beliau bertnaggungjawab terhadap perkembangan kurikulum dan kokurikulum sekolah. bidang tugas guru besar sangat luas. agama. Di mana individu haruslah menjadikan Rukun Negara sebagai amalan hidup dan perlu memupuk persefahaman keluarga. Elemen yang ketiga belas ialah berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri iaitu individu mesti mempunyai daya tahan fizikal dan mental yang tinggi serta berkebolehan untuk mengharungi liku-liku hidup. 4. Saya akan menerangkan berdasarkan aspek-aspek berikut : 1) Kepimpinan 1. reading program. dan understanding and using English grammar. Antaranya ialah.

• Antara peranan Guru Penolong Kanan Pentadbiran adalah membantu Guru Besar dalam pentadbiran kurikulum sekolah.• Dalam bidang kokurikulum.2 Guru Penolong Kanan Pentadbiran ( GPK 1 ) • Guru PK Pentadbiran adalah orang nombor dua dalam sekolah dan merupakan penolong kepada guru besar. penilaian dan sebagainya. Antara tugas beliau ialah Beliau bertanggungjawab kepada keseluruhan perjalanan sekolah termasuk yang berkaitan dengan kurikulum. Ini bagi memastikan murid-murid tidak ketinggalan dalam sukatan pelajaran mereka. Ini secara tidak langsung dapat mengembangkan lagi bakat murid-murid dalam bidang kokurikulum. GPK1 akan memastikan ada guru ganti bagi ketiadaan guru atas sebab urusan rasmi mahupun cuti sakit. kelab dan persatuan dan permainan telah dianjurkan. Contohnya. GPK1 berperanan dalam urusan penilaian dan peperiksaan. • Dalam usaha memperkembangkan intelek murid-murid. peperiksaan. Selain itu juga. sebagai naib pengerusi jawatankuasa kurikulum sekolah. urusan pusat sumber sekolah (PSS). menyusun jadual waktu sekolah. urusan pengajaran dan pembelajaran guru-guru. Tujuannya adalah supaya penilaian dan peperiksaan yang dibuat adalah mengikut format serta menepati kurikulum yang terkini. menyelenggara maklumat tentang kurikulum dari semasa ke semasa. 1. 1. program yang sepatutnya wujud di sekolah seperti unit beruniform.3 Guru Penolong Kanan Kokurikulum • Tugas seorang guru penolong kanan kokurikulum adalah mengada dan menyusun program aktiviti tahunan gerak kerja kokurikulum bagi memastikan 7 . Guru Penolong Kanan Pentadbiran (GPK1) bertanggungjawab memastikan proses pengajaran dan pembelajaran dapat dijalankan dengan lancar. menyemak skema pemarkahan yang disediakan oleh Guru Panitia. urusan berkaitan tenaga pengajar.

murid-murid dapat mempelajari ilmu di luar bilik darjah seperti menguruskan diri ketika perkhemahan unit beruniform. Guru-guru akan memberikan latihan di peringkat sekolah. Bahan-bahan bacaan ini juga diletakkan di pondok-pondok rehat di mana murid-murid akan membacanya semasa mereka beristrirehat di sana. • Selain itu. Ini bersesuaian dengan FPK untuk melahirkan pelajar yang mempunyai potensi secara menyeluruh dan bersepadu. kelab dan persatuan serta permainan. • Apa yang bagus ialah di atas setiap meja di kantin sekolah tersebut. negeri dan seterusnya kebangsaan. • Dalam usaha pihak sekolah ke arah memperkembangkan aspek jasmani muridmurid. membaca doa sebelum sesi pembelajaran bermula. Melalui aktiviti ini. Peranan aktiviti kokurikulum di sekolah adalah memperkembangkan aspek jasmani murid-murid. 3) Kokurikulum dan Kurikulum 8 . diletakkan bahan-bahan bacaan seperti cara mengeja dalam bahasa Melayu dan bahasa Inggeris. beratur semasa hendak membeli makanan di kantin sekolah. saya dapat lihat pelbagai budaya yang diamalkan seperti budaya memberi salam kepada guru-guru. dan membaca serta menepati masa. 2) Budaya sekolah • Budaya memainkan peranan penting dalam membentuk tingkah laku seseorang. sekolah ini telah mengadakan aktiviti kokurikulum. Di sekolah ini. daerah. aktiviti sukan juga dapat mencungkil bakat murid-murid. Ini adalah bertepatan dengan FPK yang berusaha untuk melahirkan Rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan. Aktiviti ini dibahagikan kepada tiga iaitu unit beruniform.rancangan tersebut berjalan dengan lancar.

• Dari segi emosi. sekolah telah melaksanakan pelbagai program untuk kurikulum pelajar. malah mereka juga dapat memperkembangkan aspek-aspek emosi dan sosial. Selain itu. muhibbah. murid-murid dapat bergaul dan berintegrasi dengan murid yang berlainan kaum. Dari segi sosial. banyak program yang telah dirancang oleh pihak sekolah seperti Kelas Intensif untuk murid-murid Tahun 6. • Dari segi agama. • Dari segi kurikulum pula. Program KIA2M dan sebagainya. setia kawan. 4) Guru dan Guru Kelas 9 . sekolah ini telah mengadakan Kejohanan Sukan Tahunan kali ke-24. murid-murid dapat memiliki semangat berpasukan. Secara tidak langsung. kelas tambahan bagi murid-murid Tahap 2. murid-murid faham akan budaya kaum masing-masing dan belajar untuk hormat-menghormati hak setiap individu yang lain. Tindakan ini juga dapat melatih murid-murid tersebut menghargai pemberian orang lain. Justeru akan lahirlah semangat perpaduan dikalangan mereka. Dalam meningkatkan prestasi murid-murid. sekolah telah memberi tanggungjawab kepada panitia agama Islam bagi menjalankan Program Solat Jemaah iaitu pada waktu Zohor sebelum murid-murid pulang ke rumah. sekolah juga telah mengadakan program motivasi bagi murid-murid yang akan menduduki UPSR bagi menaikkan semangat belajar di kalangan murid-murid. Ini bagi menanamkan sifat kepatuhan kepada perintah tuhan yang selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.• Antara aktiviti yang dilaksanakan oleh sekolah ini dalam memperkembangkan bakat dan potensi dalam diri setiap murid dalam bidang kokurikulum ialah Kejohanan Sukan Tahunan. Pada 24 Januari 2009 yang lalu. kerjasama serta perpaduan yang dapat ditunjukkan semasa kejohanan sukan berlangsung. Penganugerahan dan pengiktirafan yang diberikan dalam bentuk hadiah juga dapat menaikkan semangat serta usaha murid-murid untuk mencapai kejayaan yang lebih membanggakan lagi. Melalui aktiviti ini muridmurid bukan sahaja dapat memperkembangkan potensi serta jasmani.

kantin. semua guru-guru di sana bersifat peramah dan murah dengan senyuman. intelek dan sosial. Keterampilan guru-guru di sana sangat kemas dan bagus di mana ia dapat memberi contoh yang baik kepada murid-murid. Selain menguruskan hal-hal yang berkaitan murid-murid. Antara kemudahan-kemudahan yang terdapat di sekolah ini adalah pusat sumber. tugas Guru Kelas juga adalah menjalankan pengurusan kelas seperti melantik Ketua Kelas. ketua pengawas akan mengendalikannya.• Di sekolah ini. Namun. surau. jadual waktu bertugas. pelbagai kemudahan yang telah disediakan oleh pihak sekolah agar persekitaran sekolah berada pada tahap yang kondusif untuk murid-murid menimba ilmu. Buku Rekod Mengajar. • Guru kelas bertanggungjawab untuk menguruskan murid-murid dalam hal merekod dan mengemaskini butiran peribadi ke dalam Buku Jadual Kedatangan. alat tulis. Manakala guru memberi sedikit tunjuk ajar supaya murid-murid pandai berdikari dan menguruskan sesuatu dengan baik dan ini selaras dengan FPK iaitu melahirkan rakyat Malaysia yang bertanggungjawab. Saya langsung tiada masalah dalam beriteraksi dengan mereka semua. padang dan sebagainya. Jasmani penting kerana jasmani yang cergas menghasilkan otak 10 . makmal Sains. bilangan guru lelaki lebih sedikit daripada bilangan guru wanita. • Pada perhimpunan pagi pula. perhiasan kelas. makmal komputer. serta kelengkapan kelas untuk kemudahan murid-murid. • Jasmani ialah antara aspek yang ditekankan dalam FPK untuk diperkembangkan oleh guru-guru. serta Buku Kemasukan Sekolah. rohani. Kedatangan murid juga perlu ditanda pada waktu pertama setiap hari persekolahan. 5) Prasarana • Bagi memastikan murid-murid mencapai tahap kecemerlangan dan keseimbangan dari segi jasmani. kebersihan. Guru-guru di sini juga boleh dikatakan menepati masa kerana mereka akan menunggu murid-murid masuk ke kelas kerana murid-murid lewat masuk terutama selepas waktu rehat. emosi. apa yang saya dapat katakan.

emosi yang stabil akan membantu murid-murid dalam 11 .yang cerdas. Antara prasarana sekolah yang memperkembangkan jasmani murid-murid ialah: PADANG GELANGGANG BADMINTON • Emosi adalah antara aspek yang penting dalam setiap individu khususnya muridmurid. Ini kerana.

Kawasan-kawasan sekolah yang boleh memperkembangkan emosi murid-murid ialah : KANTIN SEKOLAH KELAS @ BILIK DARJAH • Kekuatan rohani banyak membantu murid-murid dalam proses pembelajaran di sekolah.mengikuti proses pembelajaran dan pengajaran. Ini kerana. kekuatan rohani yang kuat akan membantu murid-murid 12 .

jadi tempat ibadat di sekolah ini ialah surau. Prasarana sekolah yang memperkembangkan rohani murid-murid ialah tempat ibadat.dalam kestabilan emosi dan ketenangan jiwa. Disebabkan Sekolah Sungai Kerawai mempunyai semua murid yang beragama Islam. MUSOLLA AL MUQARRABIN MURID-MURID SOLAT JEMAAH • Perkembangan intelek merupakan antara sebab utama murid-murid pergi ke sekolah. Perkembangan intelek yang bagus akan menghasilkan warganegara yang berilmu pengetahuan dan ini selaras dengan Falsafah Pendidikan 13 .

Aspek ini tidak kurang pentingnya kerana dengan sosial. Tempat-tempat yang murid-murid boleh memperkembangkan lagi intelek mereka ialah : KELAS SEWAKTU GURU MENGAJAR PERPUSTAKAAN • Aspek sosial di dalam sekolah meliputi pelbagai perkara termasuklah keselamatan dan pertandingan-pertandingan yang sekolah anjurkan. murid-murid dapat berinteraksi dengan warga sekolah. 14 aktiviti sosial juga mempengaruhi .Kebangsaan. Selain itu.

Prasarana sekolah yang mempengaruhi sosial murid-murid ialah : PONDOK KESELAMATAN PERTANDINGAN NASYID ANTARA KELAS Antara langkah-langkah lain yang boleh dilakukan oleh guru-guru untuk membantu mencapai FPK ialah: i. Mengembangkan potensi secara menyeluru dan seimbang.keseronokan dan keinginan murid-murid untuk datang ke sekolah. 15 .

5. v. kemudian berani dan sanggup melaksanakan inovasi dalam proses pengajaran dan pembelajaran bilik darjah bagi mata pelajaran yang diajar. amat penting agar FPK dijadikan satu garis panduan dan rujukan kaum pendidik semasa mereka melaksanakan tugas-tugas pendidikan serta fungsi-fungsi pendidikan masingmasing. Malahan pembentukkan modal insane itu juga perlu diberi perhatian yang serius. Dalam pada itu. Menyediakan individu dengan pendidikan sepanjang hayat agar mereka dapat menyesuaikan diri dengan perubahan sainstifik dan teknologi. para pendidik hendaklah memainkan peranan aktif dalam merealisasikan FPK. Memperkembangkan murid secara sihat (fizikal dan cergas) dan juga secara mental serta mempunyai sikap menghargai orang lain. Sehubungan dengan itu mereka seharusnya bersedia untuk menimba ilmu dan kemahiran-kemahiran baru berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran. kandungan FPK hendaklah dihayati dan diusahakan oleh kaum pendidik bagi memastikan hasrat Kerajaan dan matlamat pendidikan tercapai. Adalah diharapkan agar generasi muda menjadi individu yang berkembang secara menyeluruh dan seterusnya berupaya menyumbangkan ilmu. FPK adalah satu dokumen rasmi yang menggariskan hasrat Kerajaan terhadap sistem pendidikan negara ini serta matlamat pendidikan dengan jelas. Ketiga. Dalam hal tersebut. mereka haruslah bersifat terbuka terhadap perubahan yang pesat dalam bidang sains dan teknologi terutamanya dalam bidang Teknologi Maklumat dan Komunikasi. Melengkapi individu dengan pengetahuan dan kemahiran bagi membolehkannya membezakan di antara kebenaran dengan kepalsuan. Menyediakan peluang-peluang pendidikan kepada semua murid tanpa mengira bangsa atau agama. iv. masa 16 . Kedua. Oleh itu. kemahiran. iii. para pendidik perlu menyedari hakikat bahawa tugas dan tanggungjawab mereka bukan hanya terbatas dan tertumpu kepada penyampaian ilmu dan kemahiran sahaja.ii.0 IMPLIKASI FPK TERHADAP SISTEM PENDIDIKAN NEGARA Pertama.

6. dan bukan hanya satu impian sahaja. Mesti mempunyai imej kendiri yang baik dan berasa yakin pada diri sendiri. • • • Mesti bertanggunjawab dan sentiasa menyempurnakan tugas.dan tenaga mereka demi keluarga. masyarakat dan negara. • Mesti mempunyai daya kepimpinan supaya ia boleh berpengaruh ke atas orang lain. Selain daripada itu.0 RUMUSAN DAN CADANGAN Rumusan : 17 . Sebagai rumusan. • Mesti mempunyai integriti yang tinggi di mana dia boleh dipercayai serta mempunyai tabiat baik yang kukuh. guruguru juga mesti memiliki ciri-ciri yang berikut : • Mesti mempunyai unsur kecindan dan kemesraan serta mempunyai penampilan diri yang menarik. Mesti mempunyai tenaga mental yang tinggi serta berkeupayaan unutk terus belajar seiring dengan pertambahan tugas. jelas terbukti bahawa sekiranya setiap pendidik berpegang kepada FPK dalam menjalankan tugas dan tanggungajawab professional meraka. sudah pasti matlamat dasar pendidikan negara akan menadi satu kenyataan.

berilmu. • Institut perguruan perlu menigkatkan pengetahuan dan kecekapan guru pelatih secara berterusan. jenis sistem pendidikan. Cadangan : • Institut perguruan hendaklah membina insan guru yang berakhlak mulia. jenis kokurikulum. kaedah-kaedah pengajaran serta peranan guru di sekolah. • Pendidikan moral kepada semua murid supaya murid mempunyai akhlak yang mulia dan terpuji.• • FPK mempunyai implikasi yang sangat penting kepada pendidikan negara. FPK amnya ditentukan oleh Perlembagaan Malaysia dan berlandaskan ideologi kebangsaan yang menerapkan Rukun Negara. asas falsafah pendidikan memberikan panduan kepada sesebuah sistem pendidikan unutk menetapkan matlamat. • Menggubal. Dasar Ekonomi Baru dan Dasar Pendidikan Negara. kreatif dan berdaya tahan yang boleh mendidik murid-murid dengan cekap dan berkesan. • Justeru itu. melaksana dan menilai kurikulum perguruan supaya bersesuaian dengan peredaran zaman. 18 .

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->