You are on page 1of 21

PANTANG LARANG ETNIK SABAH

, SARAWAK & ORANG ASLI


PANTANG
LARANG
KAUM ETNIK
sabah
TAPAI

Apabila tapai sedang dibungkus, seseorang itu tidak


boleh memakan sirih atau mendekatkan dengan
benda-benda yang berwarna merah. Jika pantang
larang ini dilanggar, tapai tersebut akan berwarna
merah dan rasanya tidak sedap.
Tidak boleh memakan benda yang masam ketika
membungkus tapai kerana ia akan menyebabkan
tapai menjadi masam.
SEWAKTU MENGANDUNG

Wanita hamil tidak boleh berjalan malam kerana


dikhuatiri akan diganggu oleh makhluk halus.
Wanita hamil tidak boleh memakan semua jenis
sotong kerana akan menyukarkan proses
kelahiran kelak.
Wanita hamil tidak boleh meminum atau mandi
dengan air hujan yang jatuh dari bumbung
kerana dibimbangi tembuni akan terus mati
terutama bagi mereka yang mengandung sulung.
Wanita hamil tidak boleh memarut kelapa dan
menyentuh santan kerana dikhuatiri akan
menghadapi kesulitan semasa bersalin.

Wanita hamil juga tidak boleh mengunjungi tempat


berlakunya kematian kerana dikhuatiri anak dalam
kandungan menjadi lemah dan terkena penyakit
yang dikenali sebagai ketimbaluan.
Kanak-kanak tidok boleh makan kaki ayam nanti
tulisan macam cakar ayam.
Apabila sudah bertunang jangan duduk di tangga
nanti putus tunang.
Orang tua-tua cakap tidak bole tiup kelip-kelip,
nanti gigi hilang.
Rumah

Kalau hendak membina rumah pintu depan umah


jangan menghadap ke matahari atau dapur jangan
menghadap ke matahari.
kalau depan pintu menghadap matahari dipercayai
orang dlm umah sering bergaduh,sering sakit,tidak
bersefahaman.
kalau dapur menghadap matahari
dipercayai duit susah masuk umah.
Kalau ada kupu-kupu masuk rumah jangan halau
kerana arwah ahli keluarga datang menjenguk kita.
kalau ada ribut kuat,tabur garam di luar tingkap.
MEMANCING
Burung embuas juga merupakan sejenis burung yang membawa
alamat yang tidak baik dalam masyarakat Iban. Apabila kita
hendak pergi memancing, kalau terdengar bunyi burung ini, lebih
baik batalkan niat.
Kalau burung ini berbunyi di sebelah kanan, alamatnya tidak
dapat ikan.
Kalau burung ini berbunyi di sebelah kiri bermakna memberi
alamat berjaga-jaga sebab mungkin akan berlaku malapetaka
(kecederaan @ kemalangan).
Sebab tu pada masa dahulu, masyarakat Iban bila melangkah
keluar (ke kebun, bekerja, dsb) dari rumah panjang, biasanya
awal pagi sebelum matahari terbit untuk mengelak daripada
terdengar bunyi burung-burung ini.
Sebab tu pada masa dahulu, masyarakat Iban bila
melangkah keluar (ke kebun, bekerja, dsb) dari
rumah panjang, biasanya awal pagi sebelum
matahari terbit untuk mengelak daripada terdengar
bunyi burung-burung ini.

kalo hendak pergi mancen jangan makan...


kalo perut kenyang, ikan tak mo makan pancing.
Tidak boleh berbual semasa turun mengail.
Tidak boleh menegur @ menyapa seseorang yang
turun mengail.
Tidak boleh membasuh tangan dengan air ketika @
sesudah mencangkuk umpan.
Kalau strike pertama dapat ikan bersisik, alamat
baik.
bersiul sering dikaitkan dengan kedatangan angin
kuat(squall/gust) hendak dielakkan terutamanya
oleh bot2 kecil..
kalau hendak melangkah keluar @ berjalan mesti
mesti sekurang-kurangnya sentuh nasi @ makanan
untuk menghindari sesuatu perkara yang buruk.
Tidak boleh patah balik (tertinggal sesuatu) jika
turun mengail, alamat tak baik.
Jangan memotong/menyiang ikan semasa mengail
terutamanya dalam perahu.
Jangan menegur/bertanya (bercakap/berbual
tentang perkara itu) jika melihat sesuatu yang
pelik/ganjil di tempat mengail terutamanya tempat
yang keras/berpenunggu (tempat latung kata orang
Iban).
PERKAHWINAN

Terdapat beberapa pantang larang yang perlu dijauhi ketika


rombongan pengantin berangkat ke rumah pengantin lelaki.

Jika cuaca mendung, keberangkatan ke rumah pengantin lelaki perlu


ditangguhkan sehingga cuaca cerah. Mereka percaya, pengantin yang
terkena air hujan pada hari perkahwinannya akan mudah dihinggapi
penyakit.

Jika berlaku kematian secara tiba-tiba dalam kampung itu pada hari
perkahwinan, keberangkatan tersebut terpaksa ditangguhkan sehingga
esok. Jika diteruskan juga, mereka percaya salah seorang daripada
pasangan itu akan mati.
Sewaktu kedua-dua mempelai menuruni tangga dan
meninggalkan rumah, mereka dilarang menoleh ke
belakang. Kalau adat ini dilanggar, dipercayai salah
seorang keluarga pihak perempuan akan dikahwini
oleh keluarga pengantin lelaki. Amalan ini tidak
digalakkan oleh kaum Murut.
Jika melalui jalan sungai, pengantin mestilah
diangkat. Jikalau terkena air, dipercayai anak sulung
pasangan itu akan mati.
KEMATIAN

Biasanya dari hari pertama sehingga hari ketujuh selepas kematian, keluarga
dan masyarakat setempat akan mengikuti beberapa pantang larang.
Antaranya adalah seperti berikut;

Mereka tidak boleh memecahkan barang-barang seperti gelas, mangkuk dan lain-
lain barangan kerana ini menunjukkan petanda yang tidak baik.

Mereka tidak boleh membakar benda yang menjadi makanan.

Mereka tidak boleh melakukan kerja-kerja seperti menjahit baju, bertukang atau
menganyam.

Mereka tidak boleh bersin di rumah si mati kerana ada kemungkinan kematian
akan berlaku di rumah orang yang bersin tadi.

Dari hari pertama sehingga hari ketujuh, rumah si mati tidak boleh dicuci.
Mereka tidak boleh melakukan kerja-kerja seperti
menjahit baju, bertukang atau menganyam.
Mereka tidak boleh bersin di rumah si mati kerana
ada kemungkinan kematian akan berlaku di rumah
orang yang bersin tadi.
Dari hari pertama sehingga hari ketujuh, rumah si
mati tidak boleh dicuci.
Selepas pengebumian, ahli keluarga si mati tidak
dibenarkan meninggalkan rumah si mati selama
empat hari.
Sementara penduduk kampungnya pula tidak
dibenarkan turun ke sawah selama dua hari.
 Ini adalah sebagai upacara berkabung untuk si mati.
kalau baru pulang dari menziarahi upacara kematian
tidak boleh terus masuk rumah
mintak garam dari depan pintu dari ahli kelurga.
siram kesemua badan kita dgn garam, di percayai
menghalang sial dan penyakit2 dari mengikut masuk
ke rumah
perbuatan tu mesti dilakukan di luar rumah
sebelum masuk .
LAIN-LAIN

Anak dara tidak boleh ketawa kuat kuat


nanti puntianak datang hisap darah.
Jangan kencing di busut/rumah anai-anai
nanti anu bekudis.
Kalau kita susah hendak mengingati nama seseorang
tandanya orang itu kedekut.
Kalau tidak mahu tersesat dalam hutan pakai baju
terbalik.
TAMAT

You might also like