You are on page 1of 16

PENGAJIAN ISLAM

Mohd Izzat Hilmi Bin Mohamad


SOLAT BERJEMAAH
• Solat berjemaah bermaksud solat yang dilakukan
lebih daripada seorang, atau secara beramai-
ramai, dengan diketuai seorang imam.

• Ini berdasarkan Sabda Nabi SAW:


"Solat berjemaah itu lebih afdhal (baik) daripada
solat bersendirian dengan 27 kali darjat" (HR
Bukhari dan Muslim)
MAKMUM
Didalam solat berjemaah samaada wajib atau sunat bagi seorang
makmum semasa berjamaah dengan imamnya, dia mesti berada dalam salah
satu dari dua keadaaan, sama ada dia menjadi seorang muwafik(bersama)
dengan imamnya atau masbuk(didahului) oleh imamnya.

Oleh itu, seorang makmum kadang-kadang dia menjadi seorang


masbuk dah kadang-kadang dia menjadi seorang muwafik. Jika semasa dia
menjadi seorang muwafik maka wajib keatasnya menjaga hukum-hukum dan
syarat-syarat seorang muwafik. Jika tidak, solat makmum itu tidak sah dan batal.

Begitu juga semasa dia menjadi seorang masbuk, berkewajipan


keatasnya memelihara syarat-syarat seorang masbuk pula.
MAKMUM MASBUK DAN MAKMUM
MUWAFIK
JENIS MAKMUM

MASBUK MUWAFIK

Yang tidak sempat


mengikuti imamnya Mempunyai cukup
kerana tidak waktu mengikuti
mempunyai waktu imamnya untuk
yang cukup untuk menyelesaikan
dapat digunakan bacaan fatihah.
membaca fatihah
MAKMUM MUWAFIQ

• makmum Muwafiq ialah makmum


yang dapat membaca surah fatihah
dalam masa berdiri imam dengan
kiraan pertengahan / sederhana
maka wajib ke atas makmum
membaca fatihah dengan
sempurna.
SEBAB – SEBAB MUWAFIQ
Makmum yang lambat membaca kerana kelemahan semulajadi.

Makmum yang syak sebelum rukuk dan kemudian dari rukuk imam lalu ia
teringat yang ia belum lagi membaca fatihah.

Makmum yang lupa membaca fatihah hingga rukuk imam dan sebelum ia
rukuk maka teringat bahawa ia masih belum membaca fatihah.

Makmum yang membaca doa iftitah dan ta'awuz lalu imam pun rukuk
sedang makmum masih belum sempat menghabiskan bacaan fatihahnya.

Makmum yang dengan sengaja tidak membaca fatihah sebab menanti


diam imam lepas membaca fatihah terus rukuk ataupun imam membaca
surah yang pendek hingga tidak sempat makmum menghabiskan bacaan
fatihahnya.
Dalam keadaan ini wajid atas makmum
menghabiskan bacaan fatihahnya dan dia
dibolehkan ketinggalan dari imam hingga 3 rukuk
yang panjang. Yang dimaksudkan dengan 3 rukuk
itu ialah:

Rukuk
1

Sujud
2 yang pertama

Duduk3 antara dua sujud.


Jika imam masuk pada rukun yang ke 4
sedangkan makmum masih belum sempurna lagi
bacaan fatihahnya maka wajib atas makmum
memilih antara dua iaitu:

1 Mengikut imam dengan ditambah satu


rakaat lagi setelah imam selesai memberi salam
yang pertama.

2Niat mufarakah dari imam (bercerai dari


mengikut imam).
SIAPAKAH MAKMUM MUWAFIK?
• Seorang makmum yang sempat berjamaah dengan
imam semasa berdiri imamnya.

• Di mana sempat berjemaah dengan imam sekadar


masa yang membolehkan dia membaca surah Al-
Fatihah hingga tamat mengikut pembacaan yang
pertengahan dikalangan uruf orang ramai.

• Bukan berdasarkan kepada bacaan makmum itu


dan juga bukan berdasarkan kepada bacaan
imamnya.
MAKMUM MASBUQ

• Makmum Masbuq ialah makmum


yang tidak dapat membaca fatihah
dalam masa imam berdiri maka tidak
wajib atasnya menyempurnakan
bacaan fatihahnya. Bacaanya hanya
sekadar yang dapat dan dikehendaki
rukuk bersama-sama dengan imam.
SEBAB – SEBAB MASBUQ
Makmum masbuq dikehendaki mengikut imam pada setiap perbuatan dan
dikehendaki tambah mana-mana rukun yang tertinggal umpamanya satu rakaat
dapat bersama imam pada solat maghrib maka dikehendaki tambah dua rakaat
lagi setelah imam memberi salam.

Solat Subuh makmum masbuq mestilah berqunut sekali lagi untuk dirinya
meskipun ia telah berqunut bersama imam di awal sembahyang tadi.

Jika makmum masbuq sedang membaca surah tiba-tiba imam rukuk maka
hendaklah diputuskan bacaan surah itu dan rukuk bersama imam,

Jika makmum sedang takbir tiba-tiba imam beri salam maka ia ditegah duduk
kerana duduk itu untuk mengikut imam. Jika makmum itu duduk dengan
sengaja dan tahu akan tegahannya makan batallah sembahyangnya itu. Tetapi
jika ia terlupa maka tidaklah batal sembahyangnya itu dan wajib ia bangun
dengan segera dan sunat melakukan sujud sahwal pada akhir sembahyangnya
itu.
SIAPAKAH MAKMUM MASBUQ?
• Makmum masbuk ialah seorang makmum yang tidak
sempat berjamaah semasa berdiri imamnya sekadar masa
membaca Al-Fatihah dan bacaan yang pertengahan.

• Tidak terlalu cepat dan tidak terlalu lambat, malahan


perhitungan bacaan Al-Fatihah itu tidak berpandukan
kepada bacaan imam dan tidak berpandukan bacaan
makmum itu tetapi mengikut uruf orang ramai.

• Mana-mana makmum yang tidak sempat berjamaah


dengan imam semasa berdiri imamnya sekadar masa yang
membolehkan dia membaca Al-Fatihah hingga selesai
maka dinamakan makmum masbuk.
KEADAAN MAKMUM MASBUK

Apabila sempat mengikuti imamnya ketika imam sedang meruku’, maka wajib
terus ruku’ berserta imam dan Al-Fatihah gugur untuknya dan sudah dapat
dihitung satu , jikalau ruku’nya itu dapat berthuma’ninah berserta imam.

Apabila sempat mengikuti imam ketika imam itu masih sedang berdiri, tetapi
imam tadi terus ruku’ sebelum makmum itu selesai Fatihahnya, maka makmum itu
wajib terus ruku’, jikalau ia di saat itu tidak sedang membaca doa iftitah atau
ta’awwudz. Jadi kekurangan Fatihahnya yang belum sempat diselesaikannya itu
menjadi gugur untuknya.
Apabila sempat mengikuti imam sewaktu imam itu masih sedang berdiri dan
makmum itu sedang membaca doa iftitah atau ta’awwudz, tiba-tiba imam ruku’
sebelum makmum tadi menyelesaikan Fatihahnya. Dalam keadaan sedemikian ini
makmum wajiblah membelakang sementara waktu yang dapat digunakan untuk
menyelesaikan bacaan doa iftitah atau ta’awwudznya.
Sekiranya makmum itu mempunyai kesempatan mengikuti imamnya dalam ruku’,
maka dianggaplah satu rakaat untuknya, tetapi kalau imam itu sudah i’tidal sebelum
makmum itu ruku’, maka dianggaplah bahawa makmum tadi sudah terlambat satu
rakaat. Adapun kalau imam itu sudah bersujud sebelum selesainya makmum itu
membaca, maka batallah shalatnya.
HUKUM MAKMUM MUWAFIQ
• Makmum wajib menyempurnakan Fatihahnya. Jikalau imam itu ruku’ sebelum makmum menyelesaikan
Fatihahnya, wajiblah makmum membelakang sebentar untuk menyempurnakan Fatihahnya itu.
• Apabila makmum itu membelakang dari imamnya kerana perlu membaca Fatihah, maka ia boleh
membelakang sampai hitungan tiga rukun, jikalau ada uzur sebagaimana di bawah ini:

Apabila makmum muwafiq itu memang lambat membacanya yakni tidak dapat
bersegera menyelesaikannya dan bukan kerana was-was dalam bacaannya, padahal
imamnya sedang dalam membacanya yakni tidak terlampau cepat atau perlahan.

Apabila makmum itu terlupa dalam membaca Fatihah dan ingat sebelum ruku’ berserta
imamnya. Maka jikalau ingatnya itu sesudah ruku’nya imam, makmum tersebut tidak
perlu membaca Fatihah, tetapi wajib terus mengikuti imamnya sehingga salam.

Apabila makmum sedang membaca doa iftitah atau ta’awwudz dan mempunyai
sangkaan bahawa ia akan mempunyai kesempatan waktu untuk mengikuti imamnya
untuk membaca Fatihah, tiba-tiba kesempatan itu tidak ada. Jadi persangkaannya
salah. Dalam hal ini, jika makmum itu nyata sudah terlambat dan tidak sempat
mengikuti imamnya untuk melakukan ruku’, maka dianggaplah ia terlambat satu rakaat
dan ini wajib disempurnakan (yakni yang satu rakaat tadi) setelah selesai salamnya
imam.
SEMBAHYANG LAH KAMU DENGAN
KUSYUK…INSYAALLAH

SEKIAN TERIMA KASIH

You might also like