You are on page 1of 20

| IPG KAMPUS RAJA MELEWAR

1. Huraikan maksud pengajaran dan pembelajaran daripada perspektif pelbagai

mazhab teori pembelajaran.

Terdapat banyak maksud bagi menerangkan pengajaran dan pembelajaran.

Pengajaran ialah sesuatu proses tugasan dan aktiviti yang diusahakan antara guru

dan muridnya. Pengajaran ini haruslah menjadi satu proses yang dirancangkan guru

secara sistematik dan teliti untuk melaksanakannya dengan kaedah dan teknik

mengajar yang sesuai, membimbing, menggalak dan memotivasikan murid supaya

mengambil inisiatif untuk belajar, demi memperolehi ilmu pengetahuan dan

menguasai kemahiran yang diperlukan.

Pembelajaran pula didefinisikan seperti berikut: “Pembelajaran merupakan

proses memperoleh ilmu pengetahuan atau kemahiran”. Mengikut Robert M. Gagne

(1970) dalam The Condition of Learning, pembelajaran merupakan “perubahan

tingkahlaku atau kebolehan seseorang yang dapat dikekalkan, tidak termasuk

perubahan yang disebabkan proses pertumbuhan”.

Mengikut Woolfolk (1980) dalam Educational Psychology for Teachers,

pembelajaran dilihat sebagai perubahan dalaman yang berlaku kepada seseorang

dengan membentuk perkaitan yang baru, atau sebagai potensi yang sanggup

menghasilkan tindak balas yang baru. -(dipetik daripada Wikipedia)

Manusia dapat diertikan berbeza-beza menurut biologi, rohani, dan istilah

kebudayaan, atau secara campuran. Secara biologi, manusia dikelaskan sebagai

Homo sapiens (Bahasa Latin untuk manusia bijak), sebuah spesies primat dari

golongan mamalia yang dilengkapi otak berkemampuan tinggi. Dikatakan manusia

dari segi psikologinya merupakan haiwan yang bersosial. Golongan intelek ini

mempunyai pelbagai cara untuk belajar tentang sesuatu.

RV.ILAMMAAREN EDU (3103) - Murid dan Alam Belajar | 1


| IPG KAMPUS RAJA MELEWAR

1.1 Mahzab Pembelajaran Behaviorisme

Apabila merujuk maksud pembelajaran dan pengajaran dari segi teori

behaviorisme, didapati bahawa proses pembelajaran ini tidak hanya berlaku sewaktu

seseorang itu hendak belajar. Sebaliknya ianya berlaku dalam setiap gerak-geri

manusia itu dalam kehidupanya.

Dikatakan bahawa behaviorisme lahir sebagai reaksi terhadap sifat asas

manusia iaitu inkuiri yang melahirkan rasa ingin tahu tentang sesuatu serta

intropeksionisme (yang menganalisa jiwa manusia berdasarkan laporan-laporan

subjektif) dan juga psikoanalisis (yang berbicara alam bawah sedar yang tidak

nampak). Behaviorisme ingin menganalisa hanya perilaku yang nampak saja,

behaviorisme lebih dikenal dengan nama teori belajar, kerana menurut pakar-pakar

psikologi mereka mengatakan seluruh perilaku manusia kecuali instink iaitu naluri

adalah hasil proses pembelajaran.

Dalam konteks behaviorisme manusia adalah murid dan gurunya adalah rasa

ingin tahu (curiousity) dan juga pengalaman. Belajar ertinya perubahan perilaku

organisme sebagai pengaruh lingkungan. Behaviorisme tidak mempersoalkan

apakah manusia baik atau rasional atau emosional; behaviorisme hanya ingin

mengetahui sebagaimana perilakunya dikendalikan oleh faktor-faktor lingkungan.

Menurut Noriati A.Rashid, Boon Pong Ying dan Sharifah Fakhriah Syed

Ahmad dalam buku Siri pendidikan guru; Murid dan Alam Belajar ahli fisiologi Rusia

Ivan Pavlov mengatakan manusia mempelajari sesuatu apabila dia mempunyai

keinginan untuk mempelajari sesuatu. Apabila perkaitan atau hubungan ini terjadi

organisma ini akan memberi tindakbalas atau respon yang serupa. Erti kata lain

manusia akan melalui proses pembelajaran apabila dia merasakan bahawa dia

RV.ILAMMAAREN EDU (3103) - Murid dan Alam Belajar | 2


| IPG KAMPUS RAJA MELEWAR

memerlukan ilmu tentang sesuatu bidang dan tindakan itu akan menjadikan proses

pembelajarannya menjadi lebih mudah apabila adanya keinginan. Konsep

pembelajaran dalam teori behavioris dipecahkan kepada 2 pecahan iaitu pelazimn

klasik (classic conditioning) serta pelaziman operan (operant conditioning).

Pelaziman klasik berupa satu jenis pembelajaran apabila organisma dapat membuat

perkaitan atau hubungan antara rangsangan neutral dn rangsangan semula jadi.

Apabila proses ini mengambil tempat organisma akan memberikan gerak balas atau

respons yang serupa.

Dalam uji kaji Ivan Pavlov beliau menyatakan bahawa terdapat 3 jenis

rangsangan. Iaitu rangsangan neutral dimana organisma tidak akan memberikan

respon akibat tiada keperluan; rangsangan semula jadi yang melahirkan respon

daripada organisma akibat mempunyai kerperluan dan rangsangan terlazim pula

membuatkan organisma bereaksi terhadap rangsangan neutral kerana

mempunayio kaitan dengan rangsangan semula jadi iaitu keperluan.

Melalui pembelajaran amalan (behavior) ini juga dapat kita bezakan kepada

empat bahagian pengamalan iaitu organisma memberi gerak balas terhadap

rangsangan lain yang menyerupai rangsangan utama (generalisasi) yang

mengkonklusikan bahawa organisma tersebut telah dapat membuat pemindahan

pembelajaran. Kemudian pembelajaran diskriminasi diman organisma tidak memberi

respon kepada rangsangan lain melainkan rangsangan utama. Ketiga penghapusan

amalan di mana gerak balas terlazim dilemahkan seterusnya meniadakan

rangsangan semula jadi. Justeru, perkaitan antara rangsanagn terlazim dengan

rangsangan semula jadi telah terhapus. Secara semula jadi sesudahnya berlaku

penghapusan, organisma akan melalui proses pembelajaran semula.

RV.ILAMMAAREN EDU (3103) - Murid dan Alam Belajar | 3


| IPG KAMPUS RAJA MELEWAR

Namun menurut kajian didedahkan bahawa proses pembelajaran semula

adalah sesuatu yang sukar kerana semasa proses penghapusan sudah ditetapkan

dalam minda (mind set) bahawa konsep yang mengalami proses penghapusan itu

adalah konsep yang salah, yang tidak betul dan sebagainya dan apabila konsep

yang sama diterapkan semula maka akan wujud rasa kurang yakin, selamat dan

tidak selesa. Masa yang diambil semasa pembelajaran semula juga akan mengambil

masa yang lama. Oleh itu dinasihatkan oleh ahli psikologi bahawa dalam pendidikan

adalah lebih baik guru melaksanakan setiap sesi pengajaran dan pembelajaran

dengan betul dan tanpa ada kesalahan informasi untuk mengelakkan kesukaran

pembelajaran semula.

J.B.Watson dalam pelaziman operanya menyatakan operant conditioning

berupa satu bentuk pembelajaran yang melibatkan hasil atau kesan daripada

tingkah lahu terdahulu menghasilkan tingkah laku yang baharu. Hubungan antara

ranngsangan dengan gerak balas menjadi lebih kukuh apabila wujud kesan yang

positif. Beliau mmenekankan bahawa sesuatu rangsangan jika berjaya dianugerahi

bagi memantapkan lagi gerak balas tersebut.

Beliau juga menyediakan 3 prinsip hukum untuk melaksanakan proses

pembelajaran. Hukum pertama ialah hukum kesediaan. Ia menyarankan supaya

organisma perlu ada kesediaan untuk belajar dari aspek kognitif iaitu pengetahuan

atau pengalaman lepas, kesediaan afektif iaitu kecenderungan dan minat. Serta

kesediaan psikomotor yang melibatkan kemahiran dan juga kemampuan anggota

badan. Menurut beliau kegagalan pencapaian hukum kesediaan ini akan

mengagalkan percubaan pelaksanaan proses pembelajaran serta pengajaran untuk

mengambil tempat.

RV.ILAMMAAREN EDU (3103) - Murid dan Alam Belajar | 4


| IPG KAMPUS RAJA MELEWAR

Hukum kedua ialah hukum latihan. Jika kita fokuskan perkataan latihan sudah

pastinya disitu ada berlaku operasi pengulangan. Seperti dalam kajian Ivan Pavlov

rangsangan dan gerak balas akan menjadi kukuh dengan adanya pengulangan.

Hukum terakhir pula ialah hukum kesan. Sesuatu gerak balas yang diikuti kesan

yang menyeronokkan dan memuaskan akan memungkinkan gerak balas tersebut

diulang. Gerak balas yang diikuti kesan yang tidak memuaskan akan melemahkan

hubungan dengan situasi dan mengakibatkan gerak balas tersebut tidak diulang.

1.2 Mahzab Pembelajaran Sosial

Pembelajaran dari segi Teori Pembelajaran sosial pula menekankan fakta

bahawa manusia secara semula jadinya belajar melalui proses peniruaan daripada

pemerhatian. Fakta ini dikemukakan oleh Albert Bandura yang merupakan ahli

psikologi Kanada. Beliau membahagikan pembelajaran peniruan kepada 3 peniruan

asas; Peniruan secara langsung, Peniruaan sekat lakuan dan tak sekat lakuan, dan

Peniruaan elisitasi. Dalam peniruaan secara langsung organisma mengikut tindakan

yang sama dengan orang lain. Contohnya guru mengajar menulis huruf dan pelajar

mengikut langkah tersebut sama denganya.

Peniruan sekat lakuan dan tak sekat lakuan pula merujuk kepada tindakan

peniruan yang boleh dilakukan dalam semua situasi (tak sekat lakuan) dan peniruan

yang hanya boleh dilakukan dalam situasi tertentu sahaja (sekat lakuan). Ia dapat

diterangkan dengan pakaian serta bahasa pertuturan yang digunakan dalam dua

tempat yang berbeza; di rumah dan di sekolah. Di rumah kita boleh memakai papa

jua pakaian dan boleh bercakap seperti mana jua. Tetapi di sekolah pula kita

haruslah berpakain seragam dan percakapan tersebut mestilah berbudi bahasa.

RV.ILAMMAAREN EDU (3103) - Murid dan Alam Belajar | 5


| IPG KAMPUS RAJA MELEWAR

Peniruan elisitasi pula mengaitkan emosi dan keinginan dimana jika terdapat

seorang pelajar membuat sesuatu perkara yang mendapatkan pujian daripada guru

maka seorang pelajar lagi ingingkan perkara tersebut dan cuba menirunya untuk

mendapatkan perhatian serta pujian. Dalam proses peniruaan ini terdapat langkah

langkah yang memainkan peranan penting. Sebelum meniru individu haruslah

memerhatikan perlakuan model dan ia boleh berlaku berulang kali. Pemerhatian ini

kemudianya disimpankan dalam ingatan dimana berlakunya proses mental yang

melibatkan aliran mengenkod, menyimpan dan mendekod. Proses pengeluaran

(output) kemudianya mengambil tempat. Perlakuan yang ditiru jika mendapat respon

yang positif dalam bentuk pujian. Motivasi, dan peneguhan maka tingkah laku

tersebut akan diulangi dan dikukuhkan.

1.3 Mahzab Pembelajaran Kognitif

Teori Pembelajaran Kognitif pula mendefinisikan proses pembelajaran

sebagai satu aktiviti perubahan mental yang berlaku secara aktif. Menurut teori

kognitif, pelajar akan memahami serta mempelajari sesuatu jika dia dapat berfikir

dan membuat perkaitan antara rangsangan yang terdapat di sekelilingnya.

Kumpulan pengkaji Gestalt juga mengemukkan teori pengamatan. Ia merupakan

satu teori tentang bagaimana manusia melihat dunia.

Dikatakan kita melihat dunia sebagai satu keseluruhan. Walaupun maklumat

yang kita hendaki tidak mencukupi kita masih boleh mengkonklusikan dan dapat

dibentuk maknanya. Perkara ini dinamakan pengamatan dan penangggapan.

Pengamatan kita menyempurnakan perkara yang kita lihat. Justeru teori

pengamatan Gestalt mengusulkan pembelajaran berlaku secara keseluruhan –

bahagian – keseluruhan.

RV.ILAMMAAREN EDU (3103) - Murid dan Alam Belajar | 6


| IPG KAMPUS RAJA MELEWAR

Berdasarkan kajian Gestalt ini, dalam sistem pendidikan kita dapat

aplikasikannya dengan mendedahkan seluruh topik dan kemudianya kita memasuki

bahagian – bahagiannya. Sebagai contohnya kita akan memahami isu – isu

berkaitan masalah dalam sistem komputer jika kita kenal komputer. Jika kita tidak

tahu apa itu komputer maka pemahaman kita hanyalah setakat pembacaan.

Mengikut teori pembelajaran penerimaan Ausubel seorang ahli psikologi

Amerika beliau mengatakan pembelajaran akan berlaku apabila maklumat baru

mempunyai kaitan dengan maklumat atau pengalaman sedia ada dalam struktur

kognitif. Teori beliau memberi penekanan kepada penyampaian pelajaran secara

terancang oleh guru. Beliau juga berpendapat bahawa pelajaran dapat dilaksanakan

melalui penggunaan bahan yang bermakna. Bahan itu boleh berada dalam bentuk

teks, alat bantu mengajar atau penyampaian guru. Kajian beliau telah melahirkan

satu persepsi baru dalam teori pembelajaran. Reception Learning iaitu pembelajaran

penerimaan mengutamakan mekanisma Advance Organizer.

Konsep Advance Organizer bukan rumusan atau maklumat umum

pembelajaran. Seperti yang dikatakan dalam teori Gestalt pembelajaran berlaku

apabila manusia menerima informasi yang lebih atau baru yang sedia ada. Begitu

juga dengan Advance Organizer, dimana murid – murid di introduksikan dengan

topik yang hendak dilalui sebelum memulakan pelajaran supaya mereka mempunyai

sedikit sebanyak tentang perkara yang hendak dipelajari. Advance Organizer ini juga

dapat melahirkan rasa curious (ingin tahu) murid – murid yang memudahkan proses

pembelajaran untuk berlaku. Advance organizer ini dapat dibahagikan kepada dua

bahagian mengikut keadaan murid; pengurusan awal perbandingan serta

pengurusan awal ekspositori. Bagi membolehkan pembelajaran bermakna berlaku,

Ausubel menekankan penyampaian pengajaran guru dibuat secara terancang,

RV.ILAMMAAREN EDU (3103) - Murid dan Alam Belajar | 7


| IPG KAMPUS RAJA MELEWAR

bermula dengan mengaitkan pengetahuan sedia ada dan disusun secara

berperingkat – peringkat. Penyampaian secara deduktif amat diutamakan dalam

teori ini.

Menurut Noriati A.Rashid, Boon Pong Ying dan Sharifah Fakhriah Syed

Ahmad dalam buku Siri pendidikan guru; Murid dan Alam Belajar penerapan

langkah ini akan membantu pelajar menggarap maklumat dengan lebih cepat lagi

efektif. Sebagai contoh jika seorang guru hendak mengendalikan kelas dengan

mengajar tentang komputer; guru tersebut pada awal pengajaranya boleh

mempersembahkan gambar komputer, diteruskan dengan pengenalan jenis – jenis

komputer seperti laptop, desktop, pda, netbook dan sebagainya. Jika mempunyai

kemudahan – kemudahan guru boleh mmemberi peluang kepada murid – murid

untuk menggunakan komputer – komputer untuk melahirkan pengalaman –

pengalaman yang baru dalam minda mereka untuk mengukuhkan lagi struktur

pembelajaran kognitif mereka. Guru juga boleh menunjukkan alat lain yang

menyerupai sistem komputer bagi mengelakan mind set yang salah.

Terdapat 6 langkah untuk AO, bermula dengan persembahan Advannce

Organizer, diikuti dengan penunjukkan contoh positif, penunjukkan contoh negatif,

perbincangan ciri persamaan dan perbezaan, pembinaan konsep dan diakhiri

dengan contoh tambahan.

Bagi pelajar – pelajar sekolah menengah pelaksanaan langkah ini dapat kita

perhatikan apabila mereka tidak memahami sesuatu konsep mereka akan membuat

nota ringkas dan melukiskan gambar – gambar yang relevan disebelahnya. Dengan

berbuat begitu mereka mendapat gambaran yang jauh lebih baik berbanding dengan

sebelumnya tentang sesuatu topik tersebut.

RV.ILAMMAAREN EDU (3103) - Murid dan Alam Belajar | 8


| IPG KAMPUS RAJA MELEWAR

Berdasarkan Noriati A.Rashid, Boon Pong Ying dan Sharifah Fakhriah Syed

Ahmad dalam buku Siri pendidikan guru; Murid dan Alam Belajar kajian Jerome

Bruner ahli psikologi Amerika, mengatakan pembelajaran berlaku apabila

pembelajaran konsep, pengamatan dan penanggapan melalui proses

pengkategorian, malah menurut beliau proses membuat keputusan juga melibatkan

proses pengkategorian. Teori beliau adalah dinamakan teori Pembelajaran

Penemuan Bruner yang memerlukan penelitian data yang banyak dan pelbagai.

Seperti yang dinyatakan dalam teori penerimaan Ausubel, teori penemuan Jerome

Bruner juga memerlukan penelitian data dan perbincangan ciri – ciri persamaan dan

perbezaan dianalisis sebelum membuat kategori dan dan membentuk konsep. Cuma

pembelajaran Jerome Bruner lebih menfokuskan penyusunan maklumat secara

induktif iaitu daripada umum kepada khusus.

Pembelajaran R.M. Gagne dihasilkan melalui bentuk Hierarki. Hierarki

pembelajaran yang dimaksudkan ialah pembelajaran bentuk isyarat, pembelajaran

gerak balas, pembelajaran rangkaian motor, pembelajaran bahasa, pembelajaran

diskriminasi, pembelajaran konsep, pembelajaran prinsip dan penyelesaian

masalah. Menurut Noriati A.Rashid, Boon Pong Ying dan Sharifah Fakhriah Syed

Ahmad dalam buku Siri pendidikan guru; Murid dan Alam Belajar Gagne

mengatakan pemeringkatan pembelajaran penting bagi membantu pembelajaran

pada setiap peringkat penyusunan penyampaian pengajaran dan pembelajaran

daripada peringkat asas kepada yang lebih kompleks.

Seperti di teori lain pembelajaran isyarat ini berlaku dalam rutin seharian

melalui rangsangan yang kerap dihadapi. Apabila penggunaan isyarat ini berlaku

reaksi daripada pelajar ialah seluruh perhatian mereka akan dapat ditarik kepada

kita. Pembelajaran gerak balas pula ialah respon yang diberi kepada sesuatu reaksi.

RV.ILAMMAAREN EDU (3103) - Murid dan Alam Belajar | 9


| IPG KAMPUS RAJA MELEWAR

Melalui cara ini respon baik pelajar akan dapat dikekalkan. Pembelajaran rangkaian

motor pula lebih mempunyai sumbangan daripada pergerakan anggota badan.

Pembelajaran rangkaian motor lebih bermanfaat dalam pembelajaran melibatkan

kemahiran. Pembelajaran bahasa melibatkan pembelajaran secara konkrit yang

seterusnya berkembang. Melalui bahasa, individu dapat menjelaskan pelbagai fakta

dan fikiranya. Diskriminasi yang melibatkan perhatian dan keupayaan melihat ciri –

ciri persamaan dan perbezaan. Justeru melalui pembelajaran diskriminasi murid –

murid dapat membuat perbandingan antara dua perkara yang ada kelebihan dan

kekurunnganya. Apabila maklumat hendak disimpan dalam struktur kognitif,

diskriminasi juga perlu dipraktikan memandangkan struktur kognitif mengandungi

bahagian – bahagian khusus untuk malumat yang berbeza. Pembelajarn seterusnya

iaitu pembelajaran konsep haruslah mempunyai keupayaan untuk berbahasa dan

membuat diskriminasi Pelajar perlu dapat melihat ciri – ciri persamaan dan

perbezaan untuk membuat kategori maklumat yang diperhatikan. Prinsip atau

hukum memerlukan individu untuk mengaplikasi pemahaman dan pertalian konsep

yang telah dikuasai dalam pembelajaran konsep yang merupakan aras lebih rendah

berbanding pembelajaran prinsip. Akhir sekali learning on problem solving ;

pembelajaran penyelesaian masalah. Dalam pembelajaran penyelesaian ini individu

akan diperkenalkan kepada pengenalan masalah, pencarian maklumat untuk

pengesahan masalah, pembinaan hipotesis bagipenyelesaian masalah, pengujian

hipotesis, membuat pilihan dan rumusan.

1.4 Mazhab Pembelajaran Konstruktivisme

Jean piaget dan Lev Vygotsky merupakan dua orang tokoh yang melopori

teori pembelajaran konstruktivisme. Mereka berpendapat bahawa pembelajaran

hendaklah berfokuskan pelajar dan berlaku menerusi proses aplikasi pengetahuan

RV.ILAMMAAREN EDU (3103) - Murid dan Alam Belajar | 10


| IPG KAMPUS RAJA MELEWAR

dengan adanya interaksi dengan masyarakat. Teknik yang boleh digunakan dalam

scaffolding ialah seperti penjelasan verbal, soal jawab, prompting, cueing dan tanda

isyarat yang lain. Scaffolding adalah mengubahsuai tahap sokongan yang diberikan

semasa proses pengajaran berlaku menerusi individu yang berkemahiran mengikut

keupayaan murid (Haliz Hamzah, Joy N.Samuel, dan Rafidah Kastawi;(2008) buku

Perkembangan Kanak – kanak )

1.5 Mazhab Pembelajaran Humanisme

Pendekatan humanisme melihat pelajar sebagai insan berpotensi,

bermotivasi dan berkeupayaan untuk belajar dan berkembang. Hmanisme melihat

manusia sebagai makhluk yag istimewa dan mempunyai keupayaan yang tidak

serupa dengan haiwan (berfikir secara rasional). Menurut Noriati A.Rashid, Boon

Pong Ying dan Sharifah Fakhriah Syed Ahmad dalam buku Siri pendidikan guru;

Murid dan Alam Belajar Gagne dan Berliner menyenaraikan lima objektif asas

pembelajaran daripada pandangan humanisme.

o Pemupukan pembelajaran arah kendiri (self motivator)

o Perkembangan keupayaan bertanggugjawab keatas


pembelajaran (Development of ability towards study)

o Perkembangkan kreativiti dan pemikiran bercapah


(Disperse on creativity)

o Pencungkilan dan perkembangan daya ingin tahu serta


penerokaan.

RV.ILAMMAAREN EDU (3103) - Murid dan Alam Belajar | 11


| IPG KAMPUS RAJA MELEWAR

o Perkembangan kecenderungan aspek seni dan emosi.

Carl Rogers mempunyai pandangannya yang tersendiri bahawa “human is a

creature that is capable to do anything only if he understand his capability through

self motivation”. Begitu juga yang dinyatakan bahawa manusia pada dasarnya

adalah baik dan mempunyai motivasi yang tinggi untuk mencapai potensi diri.

Rogers juga mengkategorikan pembelajaran kepada 2 bahagian (1) Kognitif dan (2)

Pengalaman.

Menurutnya pembelajaran kognitif suatu proses yang berlaku berpandukan

mata pelajaran akademik sepenuhnya dan pembelajaran pengalaman ialah proses

diman penglibatan pengaplikasian pengetahuan mengambil tempat. Dengan itu

pelajar dapat terlibat aktif dalam proses pembelajaran , menurutnya.

Abraham Maslow pula dalam teori humanisnya mengatakan bahawa

keperluan manusia harus dipenuhi sebelum manusia berusaha untuk mencapai

potensi diri dan kemudianya menjurus kepada proses pembelajaran. Pendapat

mereka berdua mengatakan manusia mempunyai motivasi yang tinggi untuk

mencapai potensi diri jika dia dapat memenuhi keperluan. Pemenuhan keperluan

merupakan faktor penggerak terhadap pembelajaran individu.

RV.ILAMMAAREN EDU (3103) - Murid dan Alam Belajar | 12


| IPG KAMPUS RAJA MELEWAR

2.0 Menggunakan DUA (2) teoari pembelajaran, analisis sejauh manakah prinsip

teori tersebut dapat digunakan di dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Gunakan mata pelajaran major anda untuk menganalisis prinsip teori tersebut.

2.1 Pengaplikasian menerusi Teori Pembelajaran Behaviorisme

Contoh pembelajaran behaviorisme ialah apabila guru memasuki kelas

semua pelajar akan berdiri untuk mengucapkan salam. Pada peringkat awal mereka

memerlukan seorang ketua untuk membantu mereka. Lama – kelamaan mereka

semua sudah biasa dengan amalan tersebut. Ia sudah menjadi suatu kebiasaan

bagi diri mereka. Sesetengah pelajar takut akan lipas, kucing, atau lain – lain

mengapakah hal ini berlaku? Ada juga pelajar yag takut kepada ketinggian.

Perasaan takut ini dikenali sebagai fobia. Fobia ini juga adalah kesan daripada

proses pembelajaran behaviorisme. Murid – murid yang takut akan sesuatu pada

peringkat mulanya tiada sebarang idea tentang perkara yang mereka takutkan

sekarang. Mereka mesti melalui sesuatu kejadian yang tidak diduga yang memberi

kejutan kepada diri mereka yang menimbulkan rasa tidak selesa dan selamat

semasa insiden itu.

Subjek pemulihan merupakan tindakan yang dijalankan untuk membantu

murid-murid yang mengalami kesukaran dalam menguasai kemahiran asas

membaca, menulis, dan mengira. Faktor – faktor penyebab masalah ini adalah

berbagai – bagai namun, kesemua pelajar pemulihan adalah individu yang

mempunyai potensi yang tinggi dan berkemampuan.

Seorang pelajar yang tidak dapat mambaca, berkemungkinan tiada minat

dalam pembelajaran. Seperti yang dinyatakan dalam teori behaviorisme, organisma

RV.ILAMMAAREN EDU (3103) - Murid dan Alam Belajar | 13


| IPG KAMPUS RAJA MELEWAR

akan memberi gerak balas neutral kepada rangsangan neutral kerana tidak

mempunyai keperluan. Di situasi tersebut guru harus melahirkan minat serta

keinginan untuk belajar sebelum memulakan pengajaran tersebut. Guru harus

memahamkan kepentingan pendidikan kepada pelajar tersebut dalam konsep yang

boleh difahaminya.

Seperti dalam teori Classic Conditioning Ivan Pavlov disini rangsangan

neutral ialah pembelajaran, dan rangsangan semula jadi ialah keperluan pendidikan

dalam kehidupan pemahaman perkaitan dua rangsangan akan melahirkan gerak

balas neutral. Seperti yang dikatakan Ivan Pavlov apabila organisma dapat membuat

perkaitan atau hubungan antara rangsangan neutral dn rangsangan semula jadi.

Apabila proses ini mengambil tempat organisma akan memberikan gerak balas atau

respons yang serupa. Guru juga boleh bertanyakan individu – individu yang tidak

disukainya bagi mengenali masalah murid tersebut yang masih belum berupaya

untuk mengklasifikasikan baik buruk sesuatu insiden. Menurut Haliz Hamzah, Joy

N.Samuel, dan Rafidah Kastawi dalam buku Perkembangan Kanak – kanak yang

pada usia 6 hingga 11 tahun kanak – kanak mempunyai emosi yang tidak stabil

dimana jika mereka gagal dalam sesuatu hal mereka ini akan cepat merasa rendah

diri dan tidak berkeupayaan bukan sahaja terhadap pencapaian akademik tetapi

juga dalam hubungan sosial dengan individu di persekitaran mereka. Dengan itu kita

harus memberi sebanyak mungkin galakan dan pujian serta penilaian juga quiz

dengan tahap yang mudah untuk mereka skor bagi melahirkan rasa kegembiraan

terhadap pelajaran. Ini yang dinyatakan oleh E.L.Thorndike dalam teori pelaziman

Operanya hubungan atau connection antara rangsangan dengan gerak balas akan

menjadi kukuh jika kesan tingkah laku menyeronokkan atau memuaskan.

RV.ILAMMAAREN EDU (3103) - Murid dan Alam Belajar | 14


| IPG KAMPUS RAJA MELEWAR

Apabila pelajar itu sudah mempunyai minat untuk belajar guru perlu

memastikan pelajar tesebut ada kesediaan yang diperlukan seperti pelajar tersebut

cukup makan tidak mempunyai gangguan emosi sebagainya lalu memulakan

dengan menyanyikan lagu ABC, menayangkan video ABC yang selaras dengan

keupayaan pelajar tersebut.

Menurut Thorndike dalam hukum pembelajaran kesediaan murid – murid

akan dapat mengikuti pembelajaran dengan baik dan akan mencapai kejayaan

sekiranya apa – apa yang dipelajari selaras dengan keupayaan mereka. Guru dapat

memberi tugasan kepada pelajar tersebut untuk menghafal lagu ABC sebagai

latihan dan memberikan ganjaran yang berpusatkan pelajaran seperti buku, pensel

dan alat tulis yang lain. Hal ini akan dipraktikkan di rumahnya dan disitu berlakunya

pengulangan dan latihan yang mengukuhkan lagi rangsangan dan gerak balas

seperti dalam hukum latihan Thorndike. Penerapan – penerapan sebegini akan

melahirkan suasana pembelajaran yang dpat membawa kepada perasaan rasa

berjaya (successing environment). Situasi seperti ini akan menukarkan kelakuan

pelajar (behavior) dari tidak suka kepada pelajaran kepada suka kepada pelajaran.

Pengaplikasian peneguhan dan hukuman terhadap pelajar pemulihan ini

adalah sesuatu yang harus dipertimbangkan dahulu. Keadaan murid ini adalah tidak

stabil mereka ini mempunyai kurang kecerdasa iaitu lambat berfikir dan bertindak,

cepat lupa sukar memahami dan lemah pengamatan (rujukan Siri Pendidikan Fajar

Bakti ; Panduan Pengajaran Pemulihan Bahasa Melayu KBSR & KBSM oleh

Jamilah Ahmad ;1999) . Bagi kanak – kanak sebegini kita tidak boleh menggunakan

peneguhan negatif kerana ia akan melahirkan rasa bosan dan benci terhadap

matapelajaran lebih lebih lagi murid pemulihan yang cepat rasa bosan. Hukuman

beri (persembah) juga tidak dapat diaplikasikan kerana hukuman beri ini adalah satu

RV.ILAMMAAREN EDU (3103) - Murid dan Alam Belajar | 15


| IPG KAMPUS RAJA MELEWAR

pendekatan yang merupakan sesuatu yang menyakitkan dimana pelajar tersebut

akan berasa sedih, muram, dan kehilangan semangat untuk belajar. Dalam

perkataan lain tindakan sebegitu akan menggangu emosi pelajar tersebut.

Jika seoarang pelajar tidak dapat menyiapkan tugasan yang diberikan untuk

matapelajaran pemulihan tindakan yang boleh diambil ialah pengaplikasiaan

hukuman tarik (singkir). Melalui penerapan hukuman tarik ini kita dapat menarik balik

peluang menggunakan alat mainan, peluang menonton televisiyen dan kemudahan

lain yang ada dalam bilik pemulihan. Pada mulanya murid – murid akan tidak patuh

pada tindakan tersebut, tetapi lama – kelamaan mereka akan memahami. Ia adalah

sama seperti respon yang terhasil dalam rangsangan terlazim; rangsangan neutral

wujud berserta rangsangan semula jadi dan menghasilkan gerak balas yang serupa

dikenali rangsangan terlazim.

RV.ILAMMAAREN EDU (3103) - Murid dan Alam Belajar | 16


| IPG KAMPUS RAJA MELEWAR

2.2 Pengaplikasian menerusi Teori Pembelajaran Kognitif

Merujuk kepada buku Perkembangan Kanak – kanak yang ditulis Haliz

Hamzah, Joy N.Samuel, dan Rafidah Kastawi dinyatakan bahawa perkembangan

kognitif pada usia 7 hingga 11 tahun (usia murid pemulihan) dikenal sebagai operasi

konkrit. Kanak – kanak dalam peringkat ini berkebolehan berfikir secara logik

walaupun pemikiran mereka masih terikat dengan situasi yang konkrit. Namun bagi

murid pemulihan mereka mempunyai kebolehan untuk berfikir tetapi kebolehan

tersebut berkemungkinan kurang atau perlahan bagi murid pemulihan.

Teori yang diperkenalkan oleh Jean Piaget, berasal daripada Switzerland,

berpandukan kajian dan pemerhatiannya, Piaget mendapati bahawa perkembangan

kognitif kanak-kanak berbeza dan berubah melalui empat peringkat iaitu peringkat

deria motor (0 – 2 tahun), pra-operasi (2 – 7 tahun), operasi konkrit (7 – 11 tahun)

dan operasi formal (11 tahun ke dewasa). Walau bagaimanapun, usia ini tidak tetap

kerana ia mengikut kemampuan pelajar itu sendiri. Menurut Jere Confrey (1999), “

Piagetian theory kindled my intense enjoyment of children and deep respect for their

capabilities.”

- (dirujuk dalam laman web http://pemulihankhas.blogspot.com/2008/07/bagaimana-

kanak-kanak-belajar-matematik.html )

"Guru sekolah rendah harus memberi tumpuan terhadap perkembangan murid-murid

pada peringkat operasi konkrit, iaitu ketika berumur 7 hingga 11 tahun...Piaget"

Sebagai seorang guru pemulihan sekolah rendah, kita harus memberi tumpuan

terhadap perkembangan kanak-kanak pada peringkat operasi konkrit. Ketika usia

sebegini kanak-kanak hanya boleh memahami konsep melalui pengalaman konkrit.

RV.ILAMMAAREN EDU (3103) - Murid dan Alam Belajar | 17


| IPG KAMPUS RAJA MELEWAR

Oleh itu, alat bantuan mengajar dapat membantu murid-murid memahami konsep

bahasa. Paiget berpendapat bahawa asas pada semua pembelajaran ialah aktiviti

kanak-kanak itu sendiri. Beliau juga menegaskan kepentingan interaksi idea-idea

antara kanak-kanak tersebut dengan kawan-kawan sejawatannya penting untuk

perkembangan mental. Maka adalah lebih baik jika guru pemulihan dapat

membahagikan masa untuk murid – murid untuk berbincang dan berinteraksi

sesama lain.

Antara contoh masalah yang dihadapi oleh murid pemulihan ialah ketidak

cekapan dalam mengenal bunyi huruf. Masalah sebegini dapat kita membantu

menggunakan teori celik akal Kohler. Caranya adalah dengan memaparkan video

suku kata dan bunyi huruf. Video ini hendaklah dimainkan secara perlahan satu

demi satu dan berulang kali. Video tersebut boleh menggunakan pelbagai konsep

penyampaian yang menarik minat kanak – kanak seperti penggunaan ton warna

yang menarik, bunyi dan lagu yang merdu. Menggunakan cara tersebut kanak –

kanak akan menonton video tersebut dan mereka akan mula berfikir. Lama –

kelamaan mereka akan memahami konsep bunyi untuk suku kata serta huruf.

Menurut kepercayaan Piaget manusia sentiasa mencuba memberi pengertian

tentang dunia dengan membandingkan kefahaman dalaman mereka tentang

bagaimana dunia berfungsi dengan persekitaran luaran. Maka murid – murid

pemulihan ini juga harus diberi sedikit tunjuk ajar yang boleh memulakan mereka

untuk berfikir tentang bunyi huruf dan suku kata.

Hal ini juga dapat kita kaitkan dengan pendedahan awal (AO) dimana guru

boleh membacakan sedikit sebanyak contoh bunyi huruf dan suku kata bagi

memahamkan konsep yang hendak dipelajarai. Kemungkinan pelajar tersebut tidak

RV.ILAMMAAREN EDU (3103) - Murid dan Alam Belajar | 18


| IPG KAMPUS RAJA MELEWAR

memahami apa yang ada kaitan dengan huruf dan bunyi tersebut, seolah – olah

mereka tidak dapat membuat satu pemahaman. Masalah pengenalan bunyi huruf

juga boleh diatasi dengan menerangkan perbezaan nama setiap murid dalam

kelasnya (rakan mereka) yang mempunyai anggota badan yang sama. Melaluinya

murid ini dapat membuat satu kesimpulan bahawa seperti manusia yang pelbagai

nama huruf juga mempunyai bunyi yang berbeza – beza.

Pemaparan video tadi juga boleh membantu kanak – kanak ini untuk

berkembang dalam kemahiran pengamatan. Penggunaan teknik pengajaran

berbeza juga dapat menarik perhatian, contohnya pengenalan bunyi huruf biasanya

dimulakan dengan pengenalan huruf dan diikuti bunyi huruf tersebut. Bagi

menyenangkan pelajar tersebut kita boleh mengarahkan mereka untuk berbuat

bunyi dan menulis ejaan bunyi tersebut seterusnya menunjukkan huruf yang betul

bagi bunyi tersebut. Teknik ini mengenalkan bunyi terlebih dahulu sebelum

mengenal huruf. Ini adalah teknik pengajaran menerusi persepsi, dan pemahan yang

lain yang boleh memudahkan kecekapan penggunaan bunyi huruf.

Selain masalah ketidak cekapan pengenalan huruf dalam bahasa masalah

pengenalan nombor dalam subjek matematik juga sering menjadi masalah kepada

pelajar pemulihan ini. Menurut Mohd Daud Hamzah (1996), kanak-kanak

mempelajari matematik melalui kegiatan seharian tertentu. Ada beberapa aktiviti

yang membantu kanak-kanak memperolehi konsep-konsep awal matematik iaitu

aktiviti padanan (matching), penjenisan (sorting), reguan (pairing), dan susunan

aturan (ordering). Beberapa cadangan menyatakan kanak – kanak pemulihan ini

mempunyai masalah ingatan yang menyebabkan mereka lupa akan pengenalan dan

penilaian nombor. Pada mulanya mereka dapat mengenal dan membuat beberapa

soalan matematik dengan bagus tetapi keesokan harinya mereka tidak dapat

RV.ILAMMAAREN EDU (3103) - Murid dan Alam Belajar | 19


| IPG KAMPUS RAJA MELEWAR

mengenal nombor serta nilainya. Menurut Hartley & Davies (1976), (laman web

http://ishakothman.tripod.com/tugasan2apk.htm) masalah ini berkait rapat dengan

ingatan jangka panjang dan ingatan jangka pendek yang disebabkan oleh ketidak

selarasan dalam pola pengajaran. Ini boleh dilihat melalui teori Pemprosesan

Maklumat. Teori ini menumpukan kepada bagaimana pelajar memproses maklumat

oleh pelajar. Masalah ini boleh diatasi jika guru mengajar dengan pola yang betul.

Pola yang betul di sini bermaksudkan cara pengendalian dalam introduksi

pengajaran subjek yang hendak diajar. Guru perlu lebih bersedia dan membuat

kajian terhadap rancangan yang hendak digunakan dalam sesi pengajaran nanti.

Dengan ini guru dapat menyelaraskan pola pengajaran dan membantu murid

pemulihan mengatasi masalah ingatan.

RV.ILAMMAAREN EDU (3103) - Murid dan Alam Belajar | 20

You might also like