You are on page 1of 3

CERAMAH TENTANG LANGKAH-LANGKAH MENGEKALKAN PERPADUAN

Oleh:Muhammad Haikal bin Rahmat Nafi

Assalammualaikum dan salam sejahtera saya ucapkan kepada Yang Berusaha Tuan
Pengerusi Majlis, pegawai-pegawai persatuan belia, tuan-tuan dan puan-puan yang
dihormati sekalian.Perpaduan merupakan perkara yang amat mustahak untuk
mengekalkan keharmonian dan kedamaian di sesebuah negara. Negara yang aman
dan damai dapat menjamin kebahagiaan dan keselamatan rakyatnya. Negara yang
mengamalkan perpaduan dapat mencapai kemajuan dengan mudah serta tidak mudah
ditakluki kuasa asing.

Tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati,

Antara cara mengekalkan perpaduan dalam sesebuah negara ialah dengan memupuk
semangat partiotisme di kalangan rakyatnya. Kita haruslah berbangga menjadi
seorang rakyat Malaysia dan menyayangi negara kita. Kita perlu mengenali serta
menghormati raja dan pemimpin negara kita kerana mereka yang berusaha
mengekalka keamanan dan kesejahteraan negara. Usaha-usaha mereka untuk
memajukan negara haruslah senantiasa disokong, bukannya dikritik. Perjuangan tokoh-
tokoh negara seperti Tunku Abdul Rahman yang memainkan peranan yang penting
dalam memperjuangkan kemerdekaan negara haruslah diambil tahu dan dihargai.
Tanpa pejuang seperti mereka, negara kita mungkin masih di tangan penjajah asing.

Hadirin yang budiman,

Lambang-lambang kebesaran negara seperti bendera, lagu kebangsaan dan jata


negara juga harus dikanali dan dihormarti oleh setiap warganegara Malaysia. Bendera
negara kita, Jalur Gemilang haruslah dikibarkan dengan penuh semangat dan dihormati
sebagai sesuatu yang suci. Kita tidak harus membenarkan bendera negara dipijak,
dibuang atau dibakar sebaliknya harus berbangga bahawa Jalur Gemilang sedang
berkibar di tiang bendera tertinggi di dunia. Kita juga harus berdiri tegak semasa
menyanyikan lagu negaraku, menghayati liriknya dan menyanyikannya dengan penuh
bersemangat. Kita juga harus menjaga dan mempertahankan maruah dan
kemerdekaan negara. Sejarah negara kita juga turut amat membanggakan kerana kita
memperolehi kemerdekaan tanpa pertempuran atau pertumpahan darah.

Hadirin yang dimuliakan,


Seseorang rakyat haruslah sentiasa bersifat setia dan sayang akan negaranya. Kita
juga harus taat kepada raja dan pemimpin serta tidak mengkhianati negara.
Pengkhianatan terhadap negara merupakan perbuatan yang tidak dapat dimaafkan.
Kita harus menjaga dan mempertahankan maruah dan bangsa negara dengan bersedia
berkorban apa sahaja untuk mempertahankan maruah dan kemerdekaan negara. Kita
juga harus sentiasa peka terhadap isu dan masalah tentang bangsa dan negara serta
cara mengatasinya. Malysi merupakan sebuah negara yang aman dan harmoni, oleh itu
kita haruslah bersyukur sebagai warganegara Malaysia.

Tuan-tuan dan puan-puan,

Semangat kekitaan juga amat penting dalam mengekalkan perpaduan di sesebuah


negara. Semangat kekitaan dapat diamalkan dengan memupuk amalan bertolak ansur
dan bertoleransi antara masyarakat. Kita haruslah snaggup bertolak ansur, sabar, dan
mengawal diri demi mengelakkan pertelingkahan dan perselisihan fahan dami
kesejahteraan hidup. Sifat bersatu-padu antara masyarakat yang berbilang kaum amat
penting untuk mewujudkan keharmonian dan semangat berjuang untuk negara,
bukannya untuk bangsa atau kaum sendiri. Kita harus sentiasa hormat-menghormati
anta satu sama lain tanpa mengira kedudukan, bangsa atau agama. Kita tidak berhak
mengkritik atau mengutuk adat resam dan kepercayaan kaum lain. Aktiviti yang
melibatkan penglibatan pelbagai kaum seperti gotong-royong daapt memupuk
semangat bermasyarakat antara kaum.

Hadirin sekalian,

Sifat berdisiplin juga amat penting dalam memupuk perpaduan. Peraturan dan
undang-undang yang ditetapkan oleh kerajaan haruslah dipatuhi untuk kesenangan
semua pihak. Seseorang rakyat haruslah berakhlak dan berbudi pekerti mulia untuk
membolehkan berinteraksi dengan mudah. Rakyat yang peramah dan berakhlak sudah
tentu dapat meningkatkan reputasi negara. Kita haruslah berkelakuan sopan supaya
tidak dilabelkan sebagai rakyat yang biadap atau kurang ajar. Seseorang rakyat juga
haruslah mempertahankan serta memjunjung Perlembagaan Negara untuk
mewujudkan keamanan dalam negara. Rakyat yang bersifat amanah dan jujur kan
dipercayai oleh orang lain dan ini kan membawa perpaduan antara rakyat.
Tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati sekalian,

Rakyat juga harus berusaha denagn gigih dan bersifat produktif untuk memajukan
negara. Rakyat yang rajin dan gigih dapat meningkatkan prestasi ekonomi negara dan
taraf hidup mereka. Mereka harus bersifat berdikari dalam mengusahakan sesuatu
tanpa bergantung kepada bantuan kerajaan pada setiap masa. Rakyat juga harus tabah
menerima sesuatu cabaran atau pembaharuan dalam negara tanpa menjejaskan
perpaduan negara. Misalnya apabila berlakunya Kegawatan Ekonomi 1998, rakyat
Malaysia telah bersatu-padu demi menghadapi cabaran yang dihadapi dan bergabung
tenaga untuk memajukan ekonomi negara semula. Kita haruslah bekerjasama untuk
memghadapi apa jua cabaran dalam negara dan senantiasa memastikan wujudnya
perpaduan di kalangan rakyat.

Tuan-tuan dan puan-puan sekalian,

Jelaslah bahawa perpaduan adalah amat penting dalam sesebuah negara untuk
menjamin kedamaian di kalangan rakyat. Oleh itu, kita haruslah bekerjasama
mengekalkan perpaduan di negara kita untuk kebaikkan semua.

You might also like