You are on page 1of 9

Makanan di Malaysia kaya dengan khazanah seni termasuk keindahan dan kreativiti dalam

masak-memasak atau penyajian makanan. Makanan tersebut melambangkan rakyatnya yang

berbilang kaum. Penduduk Melayu, Cina, India dan pelbagai kaum etnik yang lain telah hidup

bersama sejak beberapa generasi yang lalu. Jumlah kaum terbesar di Malaysia adalah kaum

Melayu, Cina dan India. Negeri Sabah dan Sarawak juga mempunyai pelbagai kumpulan etnik

peribumi, masing-masing dengan budaya serta warisan yang unik dan tersendiri. Makanan-

makanan tersebut pada asalnya berasal dari pelbagai negeri dan suku kaum, tetapi kini telah

disediakan sebagai hidangan biasa umum di Malaysia.

Belacan
 Ia merupakan sejenis bahan masakan yang diperbuat daripada udang kara yang

dimampatkan dan tahan lama. Ia mempunyai bau yang kuat tetapi sedap dan berkhasiat

dimakan. Terdapat sesetengah orang yang gemar membakarnya sedikit sebelum

digunakan kerana ini membangkitkan baunya. Mahupun begitu, sekiranya dibakar,

belacan mengeluarkan bau yang sungguh kuat.  Belacan juga merupakan salah satu bahan

bagi menghasilkan sambal belacan, iaitu cili dan belacan yang ditumbuk lumat dengan

menggunakan lesung tangan.

Botok-botok

 Botok- botok sejenis makanan tradisi orang Johor. Seperti juga telur pindang yang hanya

boleh disediakan dengan baik oleh orang lama di Johor sahaja. Ianya berbungkus didalam

daun pisang dan apabila dibuka kita akan dapati beberapa potong ikan yang diselaputi

dengan banyak rempah ratus. Ikan yang selalu digunakan untuk masakan ini ialah ikan

tenggiri atau ikan merah. Rempahnya yang istimewa khabarnya terdiri dari berbagai

herba termasuk beberapa jenis daun pokok bunga puding.

Cencaluk

 Masyarakat Melayu di Melaka memang terkenal dengan pelbagai makanan

tradisionalnya, yang memang cukup popular, bukan sahaja di tempat asalnya, malahan

sudah melangkaui sempadan Malaysia. Selera Melaka sudah menjadi santapan lazim
masyarakat Malaysia. Salah satu makanan yang menjadi kegemaran masyarakat Melayu

Melaka ialah cencalok. Cencalok ialah sejenis lauk dalam hidangan makanan nasi.

Cencaluk dibuat daripada udang halus yang lebih dikenali sebagai udang geragau.

Dodol

 Ia sejenis makanan yang boleh dikategorikan dalam kumpulan makanan yang manis (atau

manisan/penganan). Dodol sangat terkenal di Melaka. Membuat dodol boleh dikatakan

amat rumit. Ramai orang selalu mencuba untuk membuatnya. Tetapi tidak semua yang

akan menghasilkan dodol yang bermutu tinggi. Biasanya mereka yang mahir membuat

dodol ini terdiri daripada mereka yang telah berusia. Jarang sekali generasi muda mahir

membuat dodol. Bahan-bahan yang diperlukan untuk membuat dodol terdiri daripada

santan kelapa, tepung beras, gula pasir, gula melaka dan garam.

Dodol
Otak-otak

 Otak-otak adalah sejenis makanan tradisional di perkampungan nelayan. Kebiasaannya

dimakan sebagai makanan ringan di jamuan petang. Terdapat dua jenis otak-otak di

Malaysia iaitu “Otak-otak Terengganu” dan “Otak-otak Johor.” Pada lazimnya ia

dibungkus dengan daun kelapa atau daun nipah tetapi kini ianya boleh dibungkus dengan

kulit popia dan dikenali sebagai ‘spring roll’. Kebiasaan otak-otak diperbuat daripada isi

ikan laut. Bagi ikan air tawar yang sesuai untuk dibuat otak-otak ialah ikan tilapia merah,

patin dan keli. Otak-otak yang dibungkus dengan daun kelapa atau daun nipah perlu

dibakar di atas dapur arang atau dapur biasa. Ia lebih enak dimakan ketika masih panas.

Kuih Sopang

 Kuih sopang merupakan sejenis kuih tradisional yang dibuat daripada tepung pulut,

pisang dan gula melaka dengan inti yang dibuat menggunakan kelapa parut muda.

Adunan itu kemudiannya dibentuk bujur. Kuih sopang dihidangkan dengan kuah santan

pekat. Dari segi rupa dan bentuknya, ada yang menganggap Sopang sama seperti kuih

koci atau badak berendam tapi sebenarnya ia berbeza sama sekali dari segi proses dan

juga rasa. Kuih sopang popular di Negeri Sembilan dan merupakan hidangan istimewa

terutama pada hari perayaan.


Wajik

 Kuih wajik merupakan sejenis kuih tradisional Melayu Malaysia yang diperbuat daripada

pulut yang dimasak dengan manisan. Wajik merupakan sejenis pulut manis yang pada

asasnya dimasak dengan nisan kelapa. Terdapat pelbagai cara penyediaan wajik, dan

pelbagai perasa yang dicampurkan kepadanya. wajik juga boleh dicampurkan dengan

durian sekiranya ia dihasilkan pada musim durian. Ia amat digemari ramai terutamanya

mereka yang dari pantai timur. Wajik biasanya disediakan sepanjang masa, tetapi lebih

meluas semasa musim perayaan. Bagaimanapun disebabkan rasanya yang agak manis,

sesetengah orang tidak menggemarinya.

Nasi Lemak

 Nasi lemak merupakan makanan kegemaran bagi orang Malaysia terutama sebagai

sarapan pada waktu pagi. Nasi lemak merujuk kepada nasi yang dimasak dengan

menggunakan santan kelapa, bagi menambah rasa lemaknya. Kadangkala daun pandan

dimasukkan semasa nasi lemak dimasak bagi menambahkan aromanya. Pada masa kini,

nasi lemak bukan sahaja dinikmati pada waktu pagi. Malahan, ia dinikmati pada waktu

makan tengah hari dan malam. Oleh sebab itu, nasi lemak merupakan satu sajian

makanan yang ringkas lalu dijadikan makanan pilihan warga kota yang sentiasa

kesibukkan
Lemang

 Lemang merupakan sejenis masakan tradisi yang disukai ramai. Lemang dijual sepanjang

tahun, tetapi lebih meluas pada hari perayaan seperti hari-hari raya. DI Malaysia, lemang

telahpun direkodkan sebagai hidangan istimewa sejak 1864 lagi. Lemang di pantai timur

biasanya dimakan bersama dengan ikan bakar, tetapi di pantai barat, ia sering

dihidangkan bersama rendang atau serunding. Lemang diperbuat daripada beras pulut dan

santan yang dimasukkan ke dalam ruas buluh yang dilapik dengan daun pisang, sebelum

dibakar sehingga masak. Kaedah memasak menggunakan buluh merupakan kaedah kaum

asli memasak di Malaysia.

Lemang
Ketupat

 Ketupat ialah sejenis hidangan daripada nasi atau pulut yang dibungkus dengan daun

kelapa dan direbus dalam periuk yang terkenal di Malaysia. Jenis ketupat bergantung

kepada bahan yang digunakan dan daun yang digunakan untuk membuat bungkusannya.

Ketupat pulut ialah ketupat yang mengunakan beras pulut sebagai bahan asasnya,

manakala ketupat nasi dibuat daripada beras. Biasanya dibungkus dengan daun kelapa.

Ketupat palas ialah ketupat yang menggunakan daun palas sebagai pembungkusnya.

Biasanya sarung ketupat palas dianyam terlebih dahulu sebelum disumbat dengan pulut

yang telah dimasak. Ketupat palas juga biasanya dihidangkan begitu sahaja atau digoreng

terlebih dahulu. Biasanya daun palas digunakan untuk membalut ketupat pulut, manakala

daun kelapa untuk ketupat nasi.

Ketupat
Nasi Dagang

 Nasi dagang merupakan hidangan istimewa yang terkenal di Terengganu dan Kelantan.

Nasi dagang Terengganu biasanya diperbuat daripada campuran beras dan beras pulut

dan dimasak bersama-sama santan kelapa.

Pulut

 Pulut merupakan sejenis bijirin yang ditanam sebagai makanan. Pulut menyerupai beras

tetapi warnanya tidak berkilat dan ia mengandungi kandungan kanji yang lebih banyak,

menjadikannya melekit apabila dimasak. Pulut boleh dibuat tapai pulut, pulut kuning,

pulut lepa, pulut manis

Pulut
Kuih Keria

 Kuih keria atau kuih gelang merupakan sejenis kuih tradisional Melayu. Berasaskan

keledek dengan campuran tepung, gula dan garam. Ia dicanai dan dibentuk seperti cincin

ataupun gelang tangan. Biasanya, kuih ini disaluti dengan gula mahupun cairan gula.

Kuih ini sering dijamah dan dihidang ketika sarapan dan waktu minum petang.

Lempeng Kelapa

 Lempeng kelapa atau juga dikenali sebagai lempeng nyiur merupakan sejenis makanan

yang dibuat menggunakan kelapa diparut. Ia biasanya dimakan begitu sahaja atau dicicah

gula, atau sambal ikan bilis atau kuah gulai.

Lempeng Kelapa

You might also like