You are on page 1of 33

PERANAN GURU SEKOLAH

RENDAH
EDU 3108
ASAS KEPEMIMPINAN DAN PERKEMBANGAN
PROFESIONAL GURU
Hasil Pembelajaran
Pelajar dapat :

• menghuraikan amalan guru yang sejajar sesuai


dengan pendidikan semasa
• membina kesediaan untuk menerima
peranan-peranan guru yang dikaitkan dengan
guru yang berkesan
PERANAN GURU SEKOLAH
RENDAH
•Agen sosial
•Agen perubahan
•Pengganti ibu bapa
•Pembentuk tingkah laku
•Pengurus pembelajaran
Agen sosial
DEFINISI

Peranan untuk menyemarakan kesedaran bergelagat secara tertentu/terancang


menerusi pelbagai bentuk mekanisme perhubungan dengan individu , komuniti

PERANAN AGEN SOSIAL


• AGEN KESEDARAN BUDAYA
– Dasar Budaya Kebangsaan
– Dasar Budaya Lestari

• AGEN KESEDARAN AGAMA, AKHLAK DAN NILAI


– Dasar Amalan Agama
– Pelan Intergriti Nasional

• AGEN PEMBENTUKAN JATI DIRI DAN KEWARGANEGARAAN


– Prinsip Rukun Negara
– Masyarakat maju dan saintifik (wawasan 2020)
– Semangat Cintakan Negara Malaysia (Patriotisme)

• AGEN PEMBENTUKAN KOMUNITI MASA DEPAN


– Masyarakat Majmuk
– Intergrasi Nasional
– Konsep satu Malaysia
Dasar Budaya Kebangsaan
Berpegang kepada 3 prinsip
– Berteraskan kepada Kebudayaan Rakyat Asal
Rantau Nusantara
– Unsur-unsur Kebudayaan Lain Yang Sesuai dan Wajar
boleh diterima Kebudayaan sebagai sesuatu yang
dinamik, sentiasa berubah-ubah melalui proses
penyerapan dan penyesuaian secara berterusan.
– Islam Menjadi Unsur Yang Penting Dalam
Pembentukan Kebudayaan Kebangsaan
Kongres Kebudayaan Kebangsaan 1971.
Dasar Alam Sekitar
1. Pengawasan Alam Sekitar
Menghormati dan berperihatin terhadap alam sekitar mengikut standard moral dan etika yang tertinggi.
2. Pemuliharaan Ketahanan dan kepelbagaian Alam
Memulihara ekosistem semula jadi untuk memastikan keutuhan kepelbagaian biologi dan sistem-sistem sokongan hidup.
3. Peningkatan Berterusan Kualiti Alam Sekitar
Memastikan peningkatan berterusan dalam produktiviti dan kualiti alam sekitar ketika mengejar objektif pertumbuhan ekonomi
dan pembangunan manusi.
4. Penggunaan Mapan Sumber-Sumber Asli
Menguruskan penggunaan sumber asli untuk mengekalkan asas sumber dan keutuhan alam sekitar.
5. Membuat Keputusan Bersepadu
Mengintegrasikan dimensi alam sekitar ke dalam perancangan dan pelaksanaan dasar, objektif dan mandat semua sektor.
6. Peranan Sektor Swasta
Memperkukuhkan peranan sektor swasta dalam perlindungan dan pengurusan alam sekitar.
7. Komitment dan Kebertanggungjawaban
Memastikan semua pembuat keputusan di sektor awam dan swasta, pengguna-pengguna sumber, pertubuhan bukan kerajaan
dan orang awam mempunyai komitmen tertinggi terhadap perlindungan dan kebertanggungjawaban ke atas alam sekitar
ketika membentuk, merancang dan melaksanakan aktiviti masing-masing.
8. Penyertaan Aktif dalam Masyarakat Antarabangsa
Menyertai secara aktif dan berkesan dalam usaha serantau dan sejagat ke arah pemuliharaan dan pembaikan alam sekitar.
Dasar Amalan Agama
• Perlembagaan Malaysia membenarkan kebebasan beragama.

• Perkara 11 menyatakan, “Tiap-tiap orang berhak menganuti dan mengamalkan


agamanya,” tetapi perkara ini juga memberi kuasa kepada kerajaan-kerajaan negeri dan
persekutuan untuk “mengawal atau menyekat pengembangan apa-apa doktrin atau
kepercayaan agama di kalangan orang yang menganuti agama Islam.” Perkara 3 dalam
Perlembagaan menyatakan bahawa, “Islam ialah agama bagi Persekutuan” dan “Parlimen
boleh melalui undang-undang membuat peruntukan-peruntukan bagi mengawal selia hal
ehwal agama Islam.”

• Perkara 160 dalam Perlembagaan mentakrifkan orang Melayu sebagai seseorang yang
menganuti agama Islam. Mahkamah sivil biasanya menyerahkan kuasa kepada mahkamah
Syariah bagi kes-kes berkaitan keluar daripada agama Islam, dan mahkamah Syariah pula
enggan membenarkan sesiapa keluar daripada agama Islam. Undang-undang dan dasar-
dasar lain mengenakan beberapa sekatan terhadap kebebasan beragama.
Pelan Intergriti Nasional
• Pembangunan keluarga dan insan berintegriti melalui pembinaan keluarga
bahagia;
• Peningkatan integriti dalam pengurusan kesihatan jasmani dan rohani; dan
• Pemantapan nilai-nilai murni sebagai asas pembentukan identiti

• Pengukuhan nilai-nilai murni kejiranan dan komuniti

• Pemantapan pertubuhan dan institusi asas dalam komuniti; dan

• Pengukuhan semangat patriotisme dan perpaduan antara kaum


Prinsip Rukun Negara
Malaysia merupakan sebuah negara yang masyarakatnya terdiri daripada
rakyat berbilang kaum yang mempunyai nilai hidup sosial, kebudayaan dan
kepercayaan yang berbeza. Ini menyebabkan perpaduan agak sukar dicapai
kerana setiap orang mempunyai kepercayaan dan pandangan hidup yang
berbeza. Oleh itu, kita memerlukan sesuatu yang dapat mengeratkan
perhubungan sesama rakyat dan membolehkan kita hidup bersama dengan
aman dan harmoni di bawahbumbung yang sama tidak kira sama ada dari
kaum atau status yang berbeza.

Sehubungan itu, Rukun Negara telah diisytiharkan oleh DYMM Seri Paduka
Baginda Yang Dipertuan Agong, Tuanku Ismail Nasuruddin Shah pada 31
Ogos 1970. Antara tujuan Rukun Negara adalah untuk dijadikan prinsip
hidup semua rakyat negara ini dan menjamin perpaduan kaum dan
keamanan negara. Rukun Negara seharusnya dijadikan panduan oleh
setiap rakyat yang mengaku dirinya sebagai warganegara Malaysia.
• Kepercayaan kepada Tuhan,
Kesetiaan kepada raja dan negara,
Keluhuran Perlembagaan,
Kedaulatan Undang-undang,
Kesopanan dan kesusilaan.
Masyarakat yang maju dan saintifik

Masyarakat yang maju dan saintifik sentiasa bersedia menerima perubahan untuk
menjadi lebih baik. Kemajuan pula bererti berubah daripada keadaan sedia ada
kepada keadaan yang lebih baik.

Fikiran terbuka untuk menerima idea baru dan berubah mengikut objektif yang
dikehendaki amat penting.

Pendidikan dan latihan merupakan wahana terpenting di dalam pembangunan


sumber manusia ke arah pencapaian matlamat pembangunan negara. Pendidikan
bertaraf dunia atau `world class’ akan menentukan kejayaan perubahan insan.
( mohd najib , 1997 )

Perubahan dalam pendidikan tidak dapat dielakkan. Masa dan pelbagai faktor lain
menuntut perubahan dalam pendidikan. Perubahan ialah salah satu fakta yang
wujud dalam pendidikan. Ada faktor luaran dan dalaman yang mendesak dan
menekan untuk melakukan perubahan.
Patriotisme

didefinisikan sebagai sikap-sikap positif dan menolong terhadap 'tanah air' (


bahasa Latin patria < bahasa Greek patris, oleh individu-individu dan kumpulan-
kumpulan. 'Tanah air' (atau 'ibu pertiwi') itu mungkin suatu bandar atau rantau,
namun patriotisme ini memaksudkan bangsa dan/atau negara. Patriotisme
meliputi sikap-sikap seperti: bangga akan pencapaian dan budaya bangsa,
kehendak memelihara ciri-ciri bangsa dan dasar budayanya, dan identifikasi
dengan ahli-ahli lain dalam bangsa. Patriotisme dikait rapat dengan nasionalisme,
dan istilah-istilah ini digunakan seolah-olah bersinonim dengan satu sama lain.
Patriot mematuhi nilai-nilai patriotik tertentu, seperti menghormati bendera
menyanyi lagu kebangsaan, meraikan bulan kemerdekaan, menghormati tokoh-
tokoh negarawan, wira-wira perjuangan
.
Masyarakat majmuk
merujuk kepada beberapa kelompok bangsa atau
kaum yang tinggal dalam satu kawasan politik
sebagai satu masyarakat, tetapi hidup terpisah
kerana mengamalkan cara hidup, adat,
kepercayaan yang berbeza dengan bangsa lain .

INTEGRASI NASIONAL
Suatu proses yang menyatupadukan pelbagai
kelompok dalam masyarakat melalui satu
identiti bersama dengan tanpa menghilangkan
ciri-ciri kelompok masing-masing.
Konsep satu Malaysia

1. Menstruktur semula perpaduan rakyat dan masyarakat


Malaysia (Perpaduan Nasional) serta meningkatkan nilai
dalam kesejahteraan kehidupan rakyat.

2. Meniupkan semangat sebuah generasi baru untuk


berkhidmat kepada Malaysia yang mempunyai satu
penyatuan pemikiran, satu semangat perjuangan
berlandaskan semangat Perlembagaan Persekutuan.

3. Untuk membentuk negara maju dengan mengambil kira


keperluan rakyat tanpa mengira kaum.

4. Untuk bersedia menghadapi sebarang cabaran terhadap


rakyat dan negara daripada anasir yang boleh memecah
belah dan menghancurkan negara samada dari luar dan
dalam negara.
Agen Perubahan
Carnall ( 1991 ) perkara yang pasti akan berlaku untuk setiap
organisasi adalah perubahan. Perubahan adalah satu
keperluan dan setiap organisasi pasti akan menghadapinya,
mahu atau tidak mahu. Perubahan adalah agenda khas dalam
pengurusan di alaf baru.

Perubahan terpaksa dilakukan kerana wujudnya globalisasi,


negara tanpa sempadan, peningkatan teknologi komputer dan
internet di hujung jari dan persaingan antara kelompok atau
negara semakin meningkat.
Perubahan Persepsi
Perubahan Tingkahlaku
Perubahan Teknologi
Anjakan Paradigma
Perubahan Persepsi
• Perubahan yang berlaku dalam domain kognitif
dan metakognitif dan Affektif

• Perlu ada rangsangan / pemikiran luar kekotak


untuk mencetus perubahan

• Berupaya mengubah nilai, idealogi, prinsip


dari plaform lama kepada platform baru

• Boleh dikesan awal melalui butiran perbualan

• Menjadi titik tolak untuk membentuk perubahan


tingkahlaku
Perubahan Tingkahlaku
• Perubahan yang berlaku dalam domain
• psikomotor menggunakan pancaindera

• Rangsangan diterima mencontohi identiti pelaku


idola/model

• Peniruan perlakuan idola / model di jadi kan titik


awal perubahan. (Hidonisme)

• Secara beransur menghayati identiti baru dan


mewatak

• Boleh dikesan awal melalui gaya terubah (ala-


ala)
Perubahan Teknologi

• Perubahan yang berlaku pada alatan yang


menyokong kesinambungan kehidupan manusia.

• Bertujuan memudahkan manusia menguruskan


aktiviti rutin kehidupan.

• Membentuk penanda arasan yang baru dalam


ketamadunan manusia.

• Membantu manusia menguasai perlumbaan


meneruskan kesinambungan kehidupan.
Anjakan Paradigma
– Perkataan anjakan paradigma dipopularkan oleh Thomas Kuhn dalam
tahun 1963.

– Mengikut Kuhn, kemajuan saintifik bukanlah satu proses evolusi, tapi


satu siri selingan damai yang disentak oleh revolusi intelektual yang
menggegarkan. Dalam revolusi ini berlaku satu penggantian dalam
tassawur atau konsep 'world view'.

– Revolusi intelektual
• Perubahan dalam cara kita berfikir, merancang bertindak dan
menilai
• Perubahan akan terus kekal menjadi rutin kehidupan mendatang
• Memberi kesan positif kepada individu / organisasi untuk jangka
panjang
Pengganti ibu bapa

• IN LOCO PARENTIS – bahasa latin yang


membawa makna ibu bapa gantian
Pengurus pembelajaran
• Apa itu pengurusan
• Pengurusan bilik darjah melibatkan segala aktiviti yang dilaksana guru
untuk membentuk dan mewujudkan sebuah iklim bilik darjah yang
membantu keberkesanan dan kecekapan pengajaran (Weber,1999)

• . Apa itu pembelajaran


• Marton & Booth menyatakan bahawa pembelajaran ialah “learning is
about how we perceive and understand the world, about making
meaning” . (Fry et al., 2003). .

Ini menunjukkan bahawa bentuk pembelajaran boleh merupakan


sesuatu prinsip yang abstrak, maklumat serta fakta, pemerolehan
kaedah, teknik dan pendekatan untuk melakukan sesuatu serta
penaakulan

• Kemahiran sebagai pengurus pembelajaran


• kemahiran mengelola / menyelia pembangunan insaniah pelajar
(student outcome)
• Kemahiran pengurusan persekitaran pengajaran-pembelajaran
• Kemahiran menggunakan pendekatan pembelajaran dan strategi
• Kemahiran sebagai pengurus pembelajaran
• kemahiran mengelola / menyelia pembangunan insaniah pelajar
(student outcome)
• Kemahiran pengurusan persekitaran pengajaran-pembelajaran
• Kemahiran menggunakan pendekatan pembelajaran dan
strategi pembelajaran
• kemahiran mengelola / menyelia pembangunan
insaniah pelajar (student outcome)
• Tujuan
• merangsangkan murid supaya menggerakkan mereka
sentiasa bermotivasi untuk belajar
• mewujudkan situasi berlumba untuk belajar yang positif
• mencerap kemajuan pencapaian pelajar dari masa ke
semasa.

• Apa yang perlu dikelolakan


• Refleksi pengajaran dan pembelajaran setiap kali sesi
pembelajaran
• Rekod kehadiran Pelajar
• Rekod Pencapaian Pelajar
• ADAB
• Kemahiran pengurusan persekitaran
pengajaran-pembelajaran
• Tujuan
• membina dan menggalakan persekitaran pembelajaran
yang kondusif
• asas amalan konsep 3 K
(keselamatan, kebersihan, keceriaan)
• asas amalan konsep lestari

• Apa yang perlu dikelolakan


• susun atur meja yang berkesan
• pengudaraan / penyamanan
• sudut bacaan / papan kenyataan
• jadual kebersihan (duty roster)
• Kemahiran menggunakan pendekatan
pembelajaran dan strategi pembelajaran

• Tujuan
• merancang / membina proses pembelajaran secara
profesional
• mengikut kaedah –kaedah yang diperakui oleh pakar
pendidikan

• Apa yang perlu dikuasai


• Konsep pembelajaran
• SLC – TLC- ILC
• Pendekatan Pembelajaran
• Constructivisme – Contactualisme – Mastery Learning
• Strategi pembelajaran
• demonstrasi, sumbangsaran, penyelesaian masalah,
belajar sambil melawat ……
Pembentuk tingkah laku

• Tujuan
• Mengurus Tingkah Laku Pelajar agar sejajar
dengan norma

• Apa yang perlu dikuasai

• Pengesanan Jenis-Jenis Tingkah Laku


• Keperluan Mempraktikkan Aspek Kemanusiaan
Jenis-Jenis Tingkah Laku
Bermasalah
MASALAH TINGKAH LAKU MURID BERKEPERLUAN KHAS
(PKBP)
penumpuan yang singkat, memencil dan menarik diri daripada aktiviti
kelas, terlalu bergantung kepada seseorang, tidak mesra dengan guru
dan orang lain, gopoh dan tidak sabar, motivasi kendiri rendah, agresif,
melanggar perintah, sentiasa mempunyai perasaan negative, memberi
jawapan sesuka hati, kurang kemahiran mengawal emosi, perlakuan
hiperaktif dan sering resah serta kurang kepercayaan terhadap
kebolehan diri.

Tindakan

Guru hendaklah peka di dalam penyediaan bahan yang bersesuaian


dengan murid-murid keperluan khas ini.
TINGKAH LAKU BERMASALAH

dua kategori utama iaitu tingkah laku bermasalah positif dan negatif

Tingkah laku bermasalah positif


• dalam aspek proses pengajaran dan pembelajaran merujuk
kepada perlakuan pelajar yang ingin tahu secara keterlaluan, cepat
belajar, pintar cerdas dan proaktif turut berlaku atau di sekolah
dipanggil hiperaktif positif.

• secara umumnya perlakuan tersebut dilihat adalah sangat baik


dan positif dari segi pembelajaran seorang murid, namun
sebaliknya ia mengganggu kelancaran proses pengajaran dan
pembelajaran yang sedang berlaku.
Tingkah laku bermasalah negatif

• perlakuan distruktif iaitu tingkah laku anti sosial,


• disruptif berkaitan tingkah laku mengganggu,
• tingkah laku bergantung yang berlebihan.
perlakuan distruktif iaitu tingkah laku anti sosial,

Sikap agresif mereka sering ditunjukkan dalam bentuk tingkah laku


merosakkan sama ada melalui sindiran atau melalui perbuatan fizikal
seperti tumbuk-menumbuk, bergaduh, melukai atau menyakiti
seseorang yang lain.

Tingkah laku merosakkan ini mungkin melibatkan permusuhan nyata,


vandalisme dan klik. Tindakan agresif kepada pihak lawan akan
ditunjukkan akibat rasa tidak puas hati, benci, marah atau dendam.

Tingkahlaku destruktif sebenarnya dipelajari sama ada melalui


masyarakat, ibu bapa mahupun televisyen

Tindakan :
dicatit di dalam buku disiplin sekolah . Tindakan akan diambil adalah
berbentuk amaran untuk pertama kali dan kedua kali dilakukan. Apabila
ianya kerab dilakukan maka murid itu akan diambil tindakan berjumpa
dengan waris sebelum sekolah mengambil tindakan susulan. Terdapat buku
peraturan sekolah dan tindakan yang akan diambil termasuk merotan
mengikut undang-undang yang ditetapkan sekolah dengan perserujuan
ibubapa dan Jabatan Pendidikan.
disruptif berkaitan tingkah laku mengganggu,
tingkah laku desruptif pula sentiasa menganggu dan menjejaskan kelicinan
perjalanan pengajaran dan pembelajaran.
bercakap sesama mereka, menjerit, mengganggu rakan sekelas dan
sebagainya.
disebabkan kurangnya guru mengendalikan murid-murid tersebut seperti
tidak mempelbagaikan kaedah penyampaian mengajar

kesannya pelajar hilang minat untuk mengikuti pembelajaran

Tindakan :
guru mesti memainkan peranan dengan menggunakan kaedah modelling
iaitu modifikasi tingkah laku melalui ubah suai luaran.

Modifikasi ini merujuk kepada peniruan melalui pemerhatian tingkah laku


seorang model yang disanjung dan secara tidak langsung mengubah
tingkah lakunya. – Teori Bandura
tingkah laku bergantung yang berlebihan.
orang yang diharapkan tiada, individu ini akan berasa cemas, takut, bimbang,
tertekan dan tidak tahu apa yang dilakukannya.

Individu sebegini juga merupakan individu yang pendiam, tidak aktif, rendah
diri, selalu mengalami kebimbangan dan tekanan

punca berlaku tingkah laku pergantungan berlebihan ialah akibat ibu bapa
yang mengamalkan perlindungan terlampau, suasana rumah tangga yang
tegang, autokratik dan tidak mempercayai kanak-kanak

Tindakan
mengambil tindakan dengan memberi tumpuan kepada murid tersebut
secara individu agar murid dapat memberi perhatian

Tuntun murid untuk berdikari secara beransur-ansur

You might also like