You are on page 1of 16

KUALITI DALAM PENDIDIKAN

1.0 PENDAHULUAN

Secara konvensional, kualiti difahami sebagai sesuatu yang paling baik dan sesuai
digunakan, tahan lama, serta bentuk terbaik. Ada juga yang merujuk kualiti sebagai imej yang
cemerlang, reka bentuk kelas pertama dan paling baik. Namun secara strategik, teori pengurusan
memberi takrifan kualiti sebagai “memenuhi kehendak dan permintaan pelanggan”.

Pengurusan Kualiti Menyeluruh (PKM) atau Total Quality Management (TQM)


didefinisikan sebagai pendekatan yang sistematik dan bersepadu untuk mencapai kepuasan hati
pengguna hati pengguna melalui peningkatan mutu dari peringkat operasi, megeluarkan produk
dan memberi perkhidmatan di sesebuah organisasi. Ia juga menekankan “Bagaimana “ sesebuah
organisasi boleh ditingkatkan. Ianya juga memberi lebih perhatian terhadap “Bagaimana”
strategi penambahbaikan yang berterusan yang berterusan boleh dilaksanakan dalam penawaran
produk dan penyediaan perkhidmatan dapat memenuhi permintaan dan citaras pengguna. Oleh
yang demikian, starategi untuk mencapai kualiti mengikut piawai yang ditetapkan ialah melalui
utilisasi bakat dan kemampuan kakitangan yang akhirnya meningkatkan lagi prestasi organisasi
atau institusi berkaitan.

Konsep TQM kadangkala dinyatakan sebagai Pengurusan Kualiti Menyeluruh yang


mempunyai skop yang amat luas apatah lagi pembicaraannya menyangkut pengalaman
pelaksanaanya di sekolah berasaskan 1SO 9000.

2.0 ASAS-ASAS PENENTUAN KUALITI

Kualiti mempunyai takrifan yang berbeza menurut perspektif pelbagai teori pengurusan.
Walaupun terdapat perbezaan pandangan dalam menjelaskan konsep kualiti, namun kebanyakan
teori yang membicarakan konsep kualiti memberi fokus terhadap penentuan piawai yang dapat
memberi kepuasan kepada pengguna perkhidmatan atau produk yang ditawarkan.

Dalam memberi huraian konsep kualiti, terdapat pelbagai pendekatan yang digunakan.
Empat pendekatan telah dipilih yang digunakan oleh W. E. Deming, Joseph M. Juran, Philip B.
Crosby dan David A. Garvin untuk menjelaskan konsep kualiti
i. W. E. Deming

Kualiti menurut pandangan Deming (1981) adalah hasil daripada tindakan dan
keputusan daripada pihak pengurusan dan bukan hasil daripada tugasan yang
dijalankan oleh para pekerja. Oleh itu kualiti mengikut piawai atau standard yang
ditetapkan boleh dicapai melalui:

a. Penwujudan sistem tugasan kerja dan bagaimana tugasan tersebut seharusnya


dijalankan.

b. Sistem tugasan kerja yang efisyen dan mekanisma penilaian yang efektif yang
akan menghasilkan produk atau perkhidmatan mengikut paiwai atau standard
yang ditetapkan untuk memberikan kepuasan dan memnuhi citarasa pelanggan.

ii. Joseph M. Juran

Kualiti mengikut Juran (1989) melibatkan sesuatu produk atau perkhidmatan yang
ditawarkan bersesuaian dan layak untuk penggunaan. Untuk itu sesuatu kualiti itu
boleh dicapai apabila langkah-langkah berikut diberi perhatian dan dilaksanakan.

a. Perancangan Kualiti (Quality Planning) iaitu proses untuk mengenalpasti


pengguna, kehendak dan keinginan mereka.

b. Kawalan Kualiti (Quality Control) iaitu proses penelitian dan pemastian


produk atau perkhidmatan yang dihasilkan memenuhi atau mengikut standard
yang ditetapkan.

c. Penambahbaikan Kualiti (Quality Improvement) iaitu proses yang


menentukan satu mekanisme yang sesuai supaya standard kualiti yang
ditentukan yang ditingkatkan secara berterusan.

iii. Philip B. Crosby


Kualiti pada pendapat Crosby (1979) adalah produk atau perkhidmatan yang
dipasarkan memenuhi kehendak pengguna. Kualiti menurutnya lagi mengandungi
ciri-ciri mutlak yang boleh dirumuskan kepada empat elemen berikut.

a. Kualiti sebagai sesuatu yang memenuhi syarat dan permintaan pengguna.


Takrifan ini melihat pentingnya perhatian diberikan terhadap kehendak dan
citarasa pelanggan dan bagaimana citarasa tersebut boleh dipenuhi.

b. Kualiti sebagai suatu sistem untuk memenuhi kehendak pelanggan dengan


menghasilkan sesuatu produk atau perkhidmatan yang terbaik. Percubaan untuk
memenuhi kehendak pelanggan ialah melakukan yang terbaik sekaligus tanpa
sebarang kecacatan melalui usaha mencegah.

c. Kualiti sebagai prestasi kecacatan sifar. Definisi ini memberi fokus supaya
kerosakan sifar manjadi matlamat utama dalam penghasilan produk atau
perkhidmatan.

d. Pengukuran kualiti adalah kos kualiti. Ini bermakna penghasilan produk atau
perkhidmatan yang berkualiti memerlukan pelaburan untuk latihan dan
pengembangan staff. Pelaburan yang sebegini hendaklah diberikan perhatian
supaya staf mempunyai kepakaran dan kemahiran. Kedua-dua syarat ini adalah
penting untuk meminimumkan berlakunya pembaziran.

iv. David A. Garvin


Garvin(1988) berpendapat sekurang-kurangnya lima aspek pendekatan yang
boleh digunakan untuk penghuraian konsep kualiti. Aspek-aspek ini termasuklah:
a. Kualiti transedental. Kualiti ini hanya boleh difahami dan dinyatakan apabila
objek-objek atau ciri-ciri tertentu diperlihatkan dan diberi penilaian
berasaskan piawai yang ditetapkan. Sebagai contoh, kualiti seseorang
pengurus hanya boleh dinyatakan efisyen dan efektif apabila prestasi kerjanya
dinilai dan terbukti bahawa tugasannya dilaksanakan dengan cekap dan
berkesan atau sebaliknya sejajar dengan piawai. Contoh di atas memberi
gambaran bahawa kualiti trasendental tidak boleh dinyatakan sehingga dilihat,
dinilai dan dibuktikan.

b. Kualiti Berasaskan Produk. Kualiti sesuatu produk ditentukan menurut


ketetapan berasaskan kewujudan atau ketidakwujudan ciri-ciri tertentu atau
piawai yang ditetapkan. Sekiranya ciri-ciri atau piawai tersebut mengikut
ketentuan, produk yang dihasilkan dianggap mempunyai kualiti yang tinggi.
Sebagai misalan, sesebuah komputer bimbit dalam pasaran dikatakan sebagai
produk yang terbaik apabila ianya mempunyai ciri-ciri piawai yang ditetapkan
di samping keunikan tersendiri sesuai dengan citarasa pengguna.

c. Kualiti Berasaskan Pembuatan. Sesuatu produk itu dikatakan berkualiti


sekiranya produk yang dicipta dan dikeluarkan oleh sesebuah kilang itu
mengikut permintaan pengguna. Kegagalan merekacipta produk selaras
dengan permintaan yang ditetapkan menyebabkan produk berkenaan tidak
akan mendapat sambutan.

d. Kualiti Berasaskan Citarasa Pengguna. Penentuan kualiti barangan atau


perkhidmatan bergantung kepada pandangan dan penerimaan pengguna atau
pelanggan. Kemampuan memberi kepuasan atau memenuhi harapan dan
kehendak pelanggan adalah kriteria khas kualiti berasaskan citarasa pengguna.

e. Kualiti Berasaskan Nilai. Kualiti mengikut pendekatan ini memberi fokus


kepada nilai dan kos penawaran atau perkhidmatan produk kepada pengguna
dengan ciri-ciri tertentu. Nilai dan kos hendaklah yang boleh diterima oleh
kedua-dua pihak pembekal dan pengguna.

Berasaskan pendekatan yang disarankan oleh para teori di atas, konsep kualiti boleh
dirumukan sebagai:

i. Penawaran sesuatu produk atau perkhidmatan yang selaras dengan piawai, memenuhi
citarasa pengguna mempunyai kecacatan sifar dan dapat memberi kepuasan kepada
pengguna. Ini bermakna sesuatu barangan atau perkhidmatan tidak boleh dianggap
berkualiti seandainya salah satu daripada piawai atau ciri-ciri yang dinyatakan tidak
dipenuhi.
ii. Sesuatu barangan atau perkhidmatan itu hanya boleh dikatakan berkualiti apabila ia
dapat menonjolkan keunikan dan keistimewaannya apabila ia dapat menonjolkan
keunikan dan keistimewaannya apabila dibandingkan dengan produk dan
perkhidmatan sejenisnya.
iii. Kualiti sesuatu barangan atau perkhidmatan itu yang ditawarkan hendaklah
berasaskan kepada kesesuaian dan kebolehan menggunakan kedua-dua produk dan
perkhidmatan.
iv. Kualiti boleh dicapai apabila pembuatan produk atau penawaran perkhidmatan
dirancang, dikawal dan penambahbaikan secara berterusan.

3.0 Pengurusan Kualiti Menyeluruh (TQM) di Sekolah Dalam Perspektif

Sesebuah sekolah atau institusi pendidikan diibaratkan seperti sebuah kilang yang
mencipta dan mengeluarkan tenaga manusia yang memenuhi permintaan masa depan.
Keupayaan mendidik, melatih dan melahirkan insan sepadu yang berkemahiran dan
berbudaya luhur merupakan manifestasi keunggulan pendidik yang futuristic, kreatif dan
inovatif. Pendidik sebegini sentiasa responsive kepada perubahan yang pesat berlaku. Adalah
terlalu malang bagi negara seperti Malaysia seandainya sekolah gagal melahirkan generasi
holistic-dua dalam satu.

TQM atau pengurusan kualiti menyeluruh adalah satu konsep, prosedur dan proses
bertujuan supaya sesebuah organisasi atau institusi pendidikan seperti sekolah diuruskan
dengan efisyen dan efektif berasaskan keberkesanan kos. Dengan itu, kualiti bukan sahajar
merupakan sesuatu yang dapat dilihat pada keluaran atau perkhidmatan tetapi juga lebih
menyeluruh meliputi sebarang operasi dan urusan yang dikendalikan oleh sesebuah
organisasi. Pada tahap ini, kualiti akan dipamerkan melalui kecekapan pentadbiran,
kebolehan kakitangan, kelicinan sistem-sistem operasi dan sebagainya. TQM juga bertujuan
untuk meningkatkan kepuasan pelanggan selaras dengan piawai yang ditetapkan.
TQM mempunyai beberapa ciri penting yang dapat dilihat melalui empat aspek iaitu
matlamat TQM, fokus TQM, strategi TQM bagi meningkatkan kualiti. Matlamat TQM ialah
memberi kepuasan hati pelanggan. Dalam konteks pendidikan pula matlamat TQM adalah
memberi setiap perkhidmatan kepada pelajar dan prosesnya hendaklah berkualiti. Matlamat
yang ingin dibina ini seharusnya dengan berdasarkan penilaian keperluan mega, makro dan
mikro dan matlamat berkenaan adalah saling berhubung kait. Contohnya, jika matlamatnya
ialah untuk melahirkan pelajar yang tinggi sahsiahnya, ianya perlu selari dengan matlamat
sekolah, masyarakat dan juga matlamat pendidikan Negara.

3.1 TQM dan Pengurusan Sekolah

Sejak konsep TQM diperkenalkan, persoalan dan konsep kualiti sesuatu produk atau
perkhidmatan adalah tidak menjadi urusan golongan pekerja. Ianya adalah urusan pihak
pengurusan organisasi untuk menentukan ciri-ciri piawai kualiti disamping bertanggungjawab
kepada pelanggan, pekerja dan pembekal barangan supaya tugasan yang dipertanggungjawabkan
itu berjaya dilaksanakan.

Model TQM yang dicadangkan adalah menekankan persoalan, apakah piawai kualiti
yang ada itu boleh dipenuhi. Konsep penambahbaikan berterusan memberi fokus kepada
pelanggan, proses penambahbaikan dan penglibatan menyeluruh.

i. Fokus kepada pelanggan

Pelanggan sesebuah organisasi dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu pelanggan


dalam organisasi atau pelanggan dalaman dan pelanggan luar organisasi atau
pelanggan luaran. Analogi pelanggan, bila dikaitkan dengan pengurusan pendidikan,
maka kumpulan pelanggan yang pertama merujuk kepada guru di sekolah, manakala
kumpulan yang kedua adalah pelajar-pelajar sekolah berkaitan.

Sebagai pelanggan, kedua-dua pelanggan ini menggunakan segala kemudahan


dan perkhidmatan yang disediakan di sekolah walaupun keperluan, kehendak dan
kepentingan mereka berbeza. Namun kepentingan mereka perlu dipenuhi. Oleh yang
demikian fokus kepada pelanggan sebagai suatu proses dan prosedur memerlukan
kajian dan analisis terperinci bersabit dengan keperluan dan hasrat mereka serta
bagaimana keperluan dan hasrat tersebut dipenuhi. Kegagalan memenuhinya akan
membawa kesan jangka panjang terhadap Negara.

Sebagai contoh, pelajar yang dikatakan adalah pelanggan yang memerlukan


program pendidikan di sekolah yang bukan sahaja menitikberatkan persoalan
akademik sesuatu objek semata-mata tetapi memerlukan aplikasi dan artikulasi ilmu
untuk memahirkan mereka dalam bidang-bidang yang diikuti. Para guru pula
memerlukan suasana kondusif untuk melaksanakan proses pembelajaran dengan lebih
sempurna dan sistem perkhidmatan yang lebih menarik untuk meningkatkan motivasi
untuk menjalankan tugas dengan lebih efektif. Oleh itu, adalah menjadi tugas dan
tanggungjawab sekolah untuk membayangkan dan seterusnya merancang supaya
keperluan kedua-dua pihak terpenuh dengan kos yang sedia ada.

ii. Proses penambahbaikan

Konsep penambahbaikan diasaskan kepada andaian bahawa sesuatu kerja itu


adalah kesan daripada rangkaian tindakan dan aktiviti – aktiviti yang berkaitan yang
dijalankan untuk menghasilkan sesuatu output yang dikehendaki. Pemerhatian dan
penelitian yang berterusan terhadap proses dan rangkaian tindakan serta aktiviti –
aktiviti yang dijalankan akan mengurangkan ketidaksamaan atau perbezaan output
dan dalam masa yang sama pula meningkatkan reliabiliti proses dan sistem yang
dijalankan.

Konsep di atas boleh dianalogikan dengan proses pengajaran dan pembelajaran di


sekolah. Sebagai contoh, sesuatu subjek yang akan diajar sudah tentu memerlukan
perancangan aktiviti-aktiviti tertentu supaya subjek tersebut lebih senang difahami
dan mudah melakukannya, khususnya subjek yang memerlukan belajar sambil
melakukannya. Proses ini memerlukan kreativiti dan inovasi pendidik melalui
pendedahan idea-idea baru. Pembelajaran di luar bilik darjah, dan lawatan sambil
belajar adalah contoh –contoh program yang dapat meningkatkan motivasi terhadap
pembelajaran yang diikuti.
Untuk keberkesanan pengajaran dan pembelajaran, para pendidik perlu
didedahkan kepada idea-idea sebegini melalui latihan tertentu atau wacana kerana
mereka adalah bertanggungjawab melaksanakannya. Setiap guru yang berupaya
memperkenalkan sesuatu konsep berkaitan dengan pengajaran-pembelajaran yang
efisyen dan efektif wajar dihargai melalui anugerah sebagai penghargaan kerana
sumbangan yang diberikan.

Matlamat utama penambahbaikan ialah untuk menentukan reliability atau keboleh


percayaan untuk menghasilkan output tanpa perbezaan atau ketidaksamaan.
Sekiranya ketidaksamaan tidak boleh diminimumkan dan hasilnya masih tidak
memuaskan, maka proses penambahbaikan ialah mereka suatu proses kerja yang baru
yang boleh menghasilkan kualiti yang memuaskan para pelanggan.

iii. Pengelibatan menyeluruh


Pendekatan bagi penglibatan menyeluruh bergantung kepada kepimpinan pengurusan
yang aktif. Kepimpinan yang aktif ialah usaha dan keupayaan sekolah dalam utilisasi
bakat serta kemampuan guru dalam menjalankan tugas supaya sekolah yang terbabit
dapat menandingi prestasi sekolah di sekitarnya. Para guru diberi galakan untuk
meningkatkan usaha mereka melalui kerjasama dan sistem kerja yang sistematik bagi
memperbaiki proses kerja yang sedia ada, yang akhirnya meningkatkan prestasi
sekolah.

3.2 Faktor – faktor Sokongan Penambahbaikan Berterusan

Faktor – faktor tersebut terdiri daripada:

i. Kepimpinan
Pengetua atau pegawai kanan sesebuah sekolah hendaklah memimpin kakitangan
bawahannya supaya matlamat pendidikan boleh dicapai. Kepimpinan berkesan
selalunya mampu menyakinkan para guru menjalankan tugas dengan dedikasi.

ii. Latihan dan Pengembangan Staf


Kualiti yang diharapkan amat bergantung kepada kemahiran setiap pekerja, para
guru dan keupayaan mereka memahami harapan dan matlamat sekolah. Latihan dan
pengembangan staf membantu kakitangan membina bakat dan meningkatkan
keupayaan mereka.

iii. Sokongan padu


Pengetua dan pegawai kanan sekolah mengharapkan sokongan yang padu dari
kakitangan bawahannya supaya kualiti yang diharapkan boleh dicapai. Sokongan ini
bukan sahaja dari para guru malah dari masyarakat setempat.

iv. Komunikasi
Sistem komunikasi yang berkesan selalunya diperlukan untuk memberi
maklumat-maklumat berhubung dengan kemajuan sekolah. Maklumat ini sama ada
boleh dinyatakan melalui “newsletter” atau edaran-edaran yang boleh sampai kepada
masyarakat setempat mengenai perkembangan sekolah.

v. Anugerah Pengiktirafan
Setiap kakitangan yang telah menyumbang kepada kemajuan sekolah dan pelajar-
pelajar yang cemerlang sewajarnya diberi pengiktirafan melalui pelbagai anugerah.
Ini menggalakkan semua pihak untuk memberi sokongan padu kepada pengurusan
sekolah.

vi. Pengumpulan dan Penilaian Maklumat


Pengumpulan maklumat pelajar, kejayaan yang dicapai perlu dinilai dari masa ke
semasa. Pengumpulan dan penilaian maklumat akan membantu mengatasi masalah
untuk peningkatkan prestasi sekolah.

3.3 Piawai Kualiti Pendidikan

Walau bagaimanapun, dalam usaha untuk mengaplikasikan prinsip – prinsip TQM ini
dalam sektor pendidikan, di antara piawai yang boleh digunakan oleh para pengurus dan
kempimpinan institusi –institusi pendidikan adalah:
Piawai Kualiti Pengguna

Dalam konteks mikro, piawaian kualiti pengguna ini dapat dihasilkan melalui:

i. Inisiatif para pengurus dan kepimpinan institusi pendidikan untuk bertanya tentang
apakah yang diperlukan oleh para pelajar/ibubapa/masyarakat tentang bentuk
perkhidmatan dan harapan mereka tetapi hasrat tersebut harus selari dengan harapan
pengguna/pelanggan yang lain iaitu majikan, komuniti dan Negara.
ii. Setelah ditentukan piawaiannya, pihak pengurusan institusi ini juga perlu mencuba
beberapa pendekatan untuk mempertingkatkan kepuasan tersebut ke peringkat yang
lebih tinggi melalui:

Pelajar

i. Mengadakan pemantauan yang rapi


ii. Memastikan para pelajar mendapat perhatian yang sewajarnya daripada guru- guru
iii. Menjamin setiap pelajar mendapat pengajaran yang baik serta tidak mengalami
pembelajaran yang berkurangan.
iv. Melaksanakan tindakan susulan dan lanjutan

Ibubapa

i. Memastikan ibu bapa mendapat makluman yang segera tentang anak-anak mereka.
ii. Bermuzakarah/ menziarah ibu bapa pelajar untuk membincangkan masalah dihadapi
oleh anak-anak mereka di sekolah.
iii. Pihak sekolah menyediakan profil pembelajaran yang terkini untuk penelitian ibu
bapa supaya mereka dapat membantu pembelajaran anak-anak mereka di rumah.

Dalam konteks makronya pula, piawaian kualiti pelanggan juga boleh dilihat oleh
institusi – institusi pendidikan di peringkat pusat seperti Kementerian Pendidikan, Jabatan
Pendidikan Negeri atau maktab-maktab perguruan.

Piawai Kualiti Pengeluar


Di peringkat mikronya, pengurus dan kepimpinan institusi pendidikan juga perlu menjamin
supaya wujudnya perkhidmatan – perkhidmatan berikut mencapai piawai kualiti pengeluar
iaitu melalui:

i. Jadual waktu pengajaran dipenuhi setiap masa oleh guru-guru


ii. Menyesuaikan pengajaran mengikut tahap kemampuan pelajar
iii. Memastikan suasana dalam kelas dan kaedah yang digunakan akan menggalakkan
pembelajaran semua pelajar.
iv. Pihak pengurusan/pentadbir institusi memastikan para guru diberi latihan yang
secukupnya dalam aspek-aspek yang mereka perlukan latihan tambahan
v. Guru boleh secara berkumpulan dan muafakat memberikan fokus kepada kemajuan
dan kebajikan para pelajar di sekolah.

Dalam konteks kepiawaian kualiti peringkat makro, piawai kualiti yang harus diambilkira
oleh pihak pengeluar (organisasi dan pendidikan serta warganya) ialah dari segi keefisienan dan
keberkesanan kurikulum. Kita juga perlu memikirkan tentang keberkesanan kosnya. Penyebaran
ilmu pengetahuan, pemupukan kemahiran dan penyerapan ilmu pengetahuan, pemupukan
kemahiran dan penyerapan nilai yang dihasratkan dapat dilakukan secara berkesan dengan kos
paling menjimatkan.

3.3 Pendekatan TQM ke Arah Kecemerlangan Pendidikan

Setelah mengenalpasti piawaian pengguna/pelanggan serta pengeluar, di antara


pendekatan TQM yang disarankan untuk dilaksanakan bagi mencapai kecemerlangan pendidikan
ialah:

i. Mendapat Sokongan Pengurusan Atasan


Sokongan pengurusan atasan perlu dibuktikan dengan kesediaan mengambil
tindakan-tindakan yang konkrit. Tindakan-tindakan yang perlu diambil termasuklah:
- Mewujudkan dasar kualiti
- Menubuhkan struktur pengurusan kualiti seperti Jawatankuasa Pemandu Kualiti,
Pasukan Petugas Kualiti dan Pasukan Kerja
- Menarik penglibatan kaki tangan secara menyeluruh
- Menyebarkan maklumat kualiti
- Menguruskan proses perubahan
- Menganjurkan proses Hari Kualiti

ii. Perancangan Strategi Kualiti


- Menganalisis persekitaran luaran yang melibatkan citarasa pelanggan, dasar
kerajaan, teknologi, sumber dan sosioekonomi
- Menganalisis persekitaran dalaman
- Menggubal wawasan organisasi yang dinyatakan dengan jelas serta mudah
difahami – sumber aspirasi dan mencabar.
- Menggubal objektif-objek kualiti yang spesifik, boleh diukur, boleh dicapai,
realistik dan mempunyai tempoh masa tertentu
- Mengenalpasti aktiviti penambaikan dari segi tujuan, jadual pelaksanaan,
kakitangan dan metadologi yang digunakan.

iii. Mengutamakan Pelanggan


- Mengenalpasti pelanggan
- Mengenalpasti kehendak pelanggan
- Menwujudkan proses penghasilan output
- Melaksanakan proses.

iv. Latihan dan Pengiktirafan


a. Latihan
- Menggubal Pelan Induk Latihan yang sejajar dengan dasar kualiti organsisasi
- Menentukan pegawai yang bertanggungjawab mengenai latihan
- Menggariskan objektif latihan
- Membentuk struktur organisasi untuk mengendalikan latihan
- Menggariskan keperluan latihan
- Melaksana dan mengesan kemajuan program latihan
- Menilai pencapaian program
- Mengkaji semula keberkesanan latihan
b. Pengiktirafan
- Surat pujian
- Hadiah
- Peluang mengikuti latihan
- Keistimewaan menggunakan kemudahan organisasi
- Pemberian pingat serta anugerah
- Cuti rehat tambahan
- Diraikan dalam majlis-majlis khas seperti jamuan
- Keahlian percuma dalam kelab-kelab perkhidmatan awam dan kelab-kelab
organisasi
- Pemilihan sebagai “tokoh pekerja bulanan”
- Memberi publisiti dalam majalah atau newsletter organisasi
v. Semangat Berpasukan
Tindakan yang sesuai diambil kira:
- Menjalankan kempen kesedaran tentang konsep semangat berpasukan faedah
kepada individu dan organisasi –peranan individu dan bentuk sokongan yang
disediakan.
- Mengadakan latihan dalam aspek-aspek kepimpinan, penetapan objektif,
kemahiran berkomunikasi dan teknik penyelesaian masalah
- Menwujudkan struktur pasukan seperti Pasukan Kerja, pasukan Petugas dan
Kumpulan Meningkatkan Mutu Kerja
- Memberi lebih kuasa bertindak kepada pasukan kerja seperti menyediakan
kemudahan sumber yang mencukupi kepercayaan dan peluang dalam
penggubalan matlamat organisasi
- Memberi pengiktirafan

vi. Pengukuran Prestasi


- Menentukan ciri-ciri kualiti output yang hendak dikawal seperti daya tahan dan
ketepatan masa
- Menentukan matlamat atau standard kualiti yang dikehendaki
- Mewujudkan mekanisme pengumpulan data
- Menyediakan saluran maklum balas serta jaringan maklumat yang berkesan

vii. Kepastian Kualiti


- Melaksanakan pemeriksaan di mana tiada kesilapan dan kurang ralat
- Mengamalkan perancangan output yang melibatkan peringkat reka bentuk
keluaran dan peringkat reka bentuk proses
- Latihan kaki tangan yang mencakupi aspek penilaian kendiri atas proses kerja

3.4 Aplikasi TQM dalam sektor Pendidikan

Pada dasarnya, prinsip – prinsip TQM dapat diaplikasikan dalam konteks menghasilkan
sebuah institusi pendidikan yang cemerlang. Pendapat ini disokong oleh Peter Mortimore,
seorang professor dari Institute of Education, University of London. Beliau telah meneliti
beratus-ratus kajian sejak awal tahun enam puluhan hinggalah sekarang dan hasil kajian
beliau menunjukkan bahawa kualiti sesebuah sekolah mempunyai hubungan yang rapat
dengan prinsip – prinsip teras dalam TQM.

Ciri- ciri yang menwujudkan kecemerlangan di sekolah dalam konteks TQM ialah:

i. Kepimpinan ikhtisas
Di mana pengetua atau guru besar yang tegas serta mempunyai hala tuju yang jelas,
mengamalkan pendekatan penyertaan bersama di dalam pengurusan sekolah dan
mempunyai ciri-ciri kepimpinan yang disegani dan dikehendaki.

ii. Pengkongsian wawasan dan matlamat


Sekolah umpama ini mempunyai hala tuju yang dikongsi bersama oleh semua
anggota dan mempunyai semangat kekitaan dan kerjasama yang tinggi.

iii. Suasana pembelajaran yang unggul


Sekolah memperlihatkan suasana yang aman dan teratur serta memiliki suasana
pembelajaran yang menggalakkan.

iv. Penumpuan kepada pengajaran dan pembelajaran


Sekolah menumpukan perhatian kepada pengajaran dan pembelajaran semaksimum
mungkin. Fokus sekolah adalah terhadap prestasi pelajar.

v. Pengajaran yang mempunyai hala tuju yang jelas


Sekolah mendekati tugas pengajaran dengan jelas, bersistem dan diubahsuai dengan
keadaan

vi. Penghargaan yang tinggi kepada pelajar


Sekolah mempunyai harapan yang tinggi terhadap pelajarnya dan memaklumkan
kepada pelajarnya tentang pengharapan tersebut. Tidak ada sesiapa yang dikeji
bahkan semua mendapat pujian dan mendapat galakkan untuk meraih pencapaian
yang setinggi mungkin.

vii. Penggalakkan yang positif


Sekolah memberikan galakkan yang hebat dan bersungguh-sunggu kepada pelajar-
pelajarnya

viii. Pemantauan kemajuan


Sekolah mempunyai sistem yang baik untuk memantau kemajuan pelajar-pelajarnya
supaya mereka mendapat maklum balas yang baik untuk tindakan sewajarnya.

ix. Hak dan tanggungjawab pelajar


Pelajar-pelajar sekolah diberi tanggungjawab dan peranan yang bertujuan untuk
meningkatkan imej kendiri mereka.

x. Permuafakatan sekolah dan rendah


Sekolah menunjukkan penglibatan ibu bapa yang tinggi.

xi. Organisasi pembelajaran


Sekolah mempunyai pengetua atau guru besar dan guru-guru yang sentiasa belajar
untuk memperbaiki kemahiran masing-masing dalam pelbagai lapangan dengan
mengamalkan budaya membaca.

You might also like