You are on page 1of 1

KATA-KATA ALUAN MAJALAH GEMILANG EDISI KE-9 TAHUN 2010

Syukur kehadrat Allah SWT kerana dengan izin-Nya saya berpeluang


mengabadikan kata alu-aluan dalam Majalah Gemilang Edisi Ke-9 tahun 2010 Sekolah
Menengah Kebangsaan Sungai Pasir bagi tahun 2010. Syabas dan tahniah kepada
semua pihak yang terlibat dalam penerbitan majalah ini. Sekolah sebagai institusi
pendidikan berperanan untuk membangunkan dan mengembangkan potensi murid
melalui proses pengajaran dan pembelajaran. Setiap individu memiliki potensi yang
tersendiri. Potensi yang menjadi anugerah Tuhan ini boleh dibangunkan dan
dikembangkan ke tahap maksimum melalui program-program kurikulum dan
kokurikulum yang disediakan oleh pihak sekolah. Oleh itu, setiap pelajar hendaklah
mengambil bahagian yang aktif dalam setiap program yang disediakan oleh guru agar
potensi pelajar yang dimiliki dapat dimaksimumkan dan dapat membantu pelajar untuk
mencapai kejayaan dalam kehidupan.

Saya percaya komuniti sekolah ini ialah warga yang positif, dapat menerima
perubahan, dan berusaha mengangkat martabat pendidikan sesuai dengan hasrat
Kementerian Pelajaran Malaysia yang termaktub dalam Pelan Induk Pembangunan
Pendidikan (PIPP). Semua pelajar hendaklah sentiasa menjaga budi bahasa, bertingkah
laku mulia dan menjadikan sekolah sebagai tempat menimba ilmu dan kemahiran yang
diperlukan untuk masa depan masing-masing. Para guru pula hendaklah bersungguh-
sungguh memupuk, menggilap dan mengembangkan potensi pelajar agar fungsi
sekolah sebagai institusi pendidikan dapat mencapai matlamatnya.

Akhir kata, saya yakin semua warga sekolah akan dapat meneruskan usaha
membawa sekolah ini ke mercu kejayaan.

Sekian, terima kasih.

(HAJI ABD GHANI BIN HARON, BKM)


Pengetua SMK Sungai Pasir

You might also like