You are on page 1of 7

INSTITUT LATIHAN JABATAN TENAGA MANUSIA

INSTITUT LATIHAN PERINDUSTRIAN


KOTA BHARU, PENGKALAN CHEPA
KELANTAN DARUL NAIM

UKUR DALAM
KEJURUTERAAN
NAMA : MOHD LUKMAN HAKIM BIN SAZLI
NO NDP : 10209186
KURSUS : SIJIL TEKNOLOGI BINAAN (SEM3)
TAJUK TUGASAN : JENIS UKUR DALAM KEJURUTERAAN
PENGAJAR : En. ZAINAL AZDI BIN MUHAMMAD

Rujukan :

KAMARUZAMAN ABD. RASID, ANUAR AHMAD dan SHAHIDAH MOHD ARIFF (1993) , ILMU UKUR UNTUK JURUTERA
diterjemah dari :- SURVEYING FOR ENGINEER J.UREN & W.F. PRICE (1978, 1985)
PENGENALAN
Secara Amnya, perkataan ukur digunakan dengan begitu meluas dalam
berbagai-bagai bidang. Kita selalu diajukan dengan Ukur Tanah, Ukur Bahan,
Ukur Bangunan, dan sebagainya. Namun dalam pembelajaran ukur bagi pelajar
semester 3 Sijil Teknologi Binaan Bangunan, ukur tanah merupakan silibus
pertama dalam bab ini. Ukur tanah penting dalam kerja-kerja awal pembinaan
untuk menentukan tinggi rendah dan bentuk muka bumi sesuatu kawasan,
bertujuan untuk menyelaraskan ketinggian atau untuk meratakan permukaan
sesuatu kawasan.
UKUR KEJURUTERAAN
UKUR KEJURUTERAAN boleh dianggap sebagai sebahagian daripada UKUR
TANAH. Kebanyakan ukur jenis ini dilaksanakan untuk industri pembinaan.
Keperluan dan tujuannya adalah sangat meluas dan am. Ianya digunakan untuk
kerja yang berkaitan dengan pembinaan sesuatu cirri kejuruteraan seperti jalan
raya, landasan kereta api, talian paip, empangan, stesen janakuasa, lapangan
terbang dan sebagainya. Antara tujuan utamanya adalah untuk :-

1. Menghasilkan pelan-pelan terbaru bagi kawasan projek kejuruteraan


yang akan dibina.
2. Menentukan keluasan dan isipadu tanah serta bahan yang mungkin
diperlukan semasa pembinaan.
3. Memastikan binaan yang akan dibina berada di kedudukan relatif, tepat
dan betul
4. Menyediakan titik-titik kawalan tetap untuk mengukur projek penting
seperti pengawasan permukaan empangan bagi mengesan sebarang
pergerakan.

UKUR ARAS
UKUR ARAS adalah nama yang diberi kepada proses mengukur beza tinggi
antara dua atau lebih titik. Ukur aras banyak kegunaannya dalam ukur
kejuruteraan. Ia digunakan dalam semua peringkat projek pembinaan daripada
ukur tapak binaan awalan sehingga pemancanggan akhir.

Kebiasaannya proses ukur ini dilakukan untuk mendapatkan tinggi rendah


sesuatu permukaan kawasan sebelum diratakan dan diselaraskan ketinggian
kawasa tersebut untuk tujuan pembangunan, samada sebuah bangunan,
rumah ataupun sebuah kawasan perumahan.
UKUR GEODESI
UKUR GEODESI biasanya meliputi kawasan pengukuran yang luas. Selain itu,
bentuk lengkung muka bumi juga mesti diambil kira. Ini merupakan jenis
pengukuran yang memberikan kejituan paling tinggi. Ukuran jarak dicerap
sehingga ke tahap kejituan 0.001mm, manakala ukuran sudut pula mungkin
sehingga ke tahap kejituan 0.01mm. kedua-dua pengukuran melibatkan
penggunaan teori matematik yang tinggi disamping penggunaan alat canggih
berkejituan tinggi.

Ukur jenis geodesi ini digunakan terutamanya untuk menyediakan data bagi
tujuan kajian saintifik. Di Malaysia, ukur geodesi digunakan antara lain untuk
menyediakan rangka kerja ukur yang tepat dan bertindak sebagai kawalan atau
rujukan kepada semua kerja ukur yang dijalankan.

Bagi menghasilkan ukuran yang tepat dan meliputi satu kawasan yang luas, saiz
dan bentuk sebenar bumi mesti diambil kira. Pengukuran ini juga perlu
mengambil kira kesan tarikan gravity.

UKUR TOPOGRAFI
UKUR TOPOGRAFI digunakan untuk menghasilkan sebuah peta atau pelan
yang menggambarkan bentuk muka bumi bersama-sama dengan butiran-
butiran semula jadi atau buatan manusia. Antara ciri-ciri penting yang ada
pada sesebuah peta topografi ialah garisan-garisan kontur. Garisan-garisan ini
mampu memberikan gambaran tentang keadan muka bumi sesebuah
kawasan.

Kerja ukur seumpama ini biasanya dikelaskan mengikut skala akhir peta. Kerja
ukur skala kecil biasanya meliputi kawasan yang luas seperti seluruh benua,
negeri atau daerah.
UKUR KADASTER
UKUR KADASTER Di Malaysia , kerja-kerja ukur kadaster khusus dijalankan bagi
menetukan dan merekodkan kedudukan tanda-tanda sempada lot tanah bagi
tujuan penetuan hak milik. Tanda-tanda ini mestilah terdiri daripada batu
tanda yang dibuat khas dan diluluskan ole Jabatan Ukur dan Pemetaan Negara.

Pada tahun sebelum 1993, disebabkan Sistem Pendaftaran Tanah Kebangsaan


masih dalam proses pembangunan. Kedudukan lot tanah ditentukan
berdasarkan kepada butiran peta atau butiran UKUR TOPOGRAFI yang
terdapat dalam peta UKUR ORDINAN, kerana pada ketika itu UKUR KADASTER
dihadkan kepada Negara-negara di seberang laut.

UKUR ASTRONOMI
Satu cabang ukur yang melibatkan penggunaan jasad-jasad di angkasa lepas
dalam menentukan kedudukan titik-titik di atas permukaan bumi. Sebenarnya
bidang ini bukanlah suatu bidang baru. Ianya telah lama diguna pakai oleh
pelayar-pelayar di seluruh dunia dalam menentukan arah tujuan kapal yang
dikemudi berdasarkan taburan gugusan bintang di langit, namun kaedah ini
hanya dapat diguna pakai di watu malam sahaja kerana gugusan bintang hanya
kelihat pada waktu itu. Cerapan yang dilakukan menggunakan kaedah ini
adalah dengan menandakan titik tertentu berpandukan gugusan bintang,
namun cara ini mempunyai kelemahan yang sangat besar memandangkan
cerapan tidak boleh dilakukan pada waktu siang. Pada masa kini cara ini jarang
digunakan kerana wujudnya alat Global Positioning System(GPS) atau sistem
penanda global yang dicipta berdasarkan gabungan UKUR ASTRONOMI, UKUR
TOPOGRAFI dan beberapa cara pengukuran yang lain.
UKUR HIDROGRAFI
Dalam UKUR HIDROGRAFI, pengukuran dijalankan di kawasan-kawasan yang
diselami air seperti tasik,sungai dan sebagainya. Tahap pengukuran yang
dijalankan untuk sungai-sungai, terusan, tasik dan lautan adalah berbeza-beza.

Juruukur HIDROGRAFI menetapkan kedudukan kapal ukur untuk menentukan


kedalaman air dan menyelidik keadaan semula jadi dan bentuk muka bumi di
dasar laut. Tugas tradisi mereka(JURUUKUR HIDROGRAFI) adalah memeta
pinggir dan dasar laut bagi menghasilkan carta pandu arah untuk kegunaan
pelaut. Pada masa kini kerja mereka (JURUUKUR HIDROGRAFI)
lebih banyak kepada penerokaan dan industri pengeluaran minyak.

UKUR HIDROGRAFI juga digunakan dalam rekabentuk struktur dan sengaraan


binaan yang berada dikawasan berair seperti pelabuhan, jalan air, pertahanan
sungai dan laut, pengawalan pencemaran dan kajian saintifik lautan.

UKUR FOTOGRAMETRI
Kerja ukur bagi skala-skala yang berbeza-beza mungkin dilakukan dengan cara
fotogrametri, iaitu menggunakan fotograf yang diambil dengan menggunakan
kamera khas dari pesawat udara atau dari atas tanah. Dilihat secara
berpasangan, fotograf itu menghasilkan imej paramuka yang diukur itu dalam
bentuk tiga dimensi. Biasanya, ini dilakukan dengan bantuan mesin pemplot
stereo dan computer yang mahal untuk menghasilkan peta atau data-data
berangka.
KESIMPULAN
Kesimpulannya, untuk mencapai matlamat ini, kejituan alat dan teknik
pengukuran yang sesuai mesti digunakan sebelum dan semasa pembinaan.
Walaupun begitu, tidak semua projek berkhendakan kejituan yang tinggi.
Sesetengah projek memerlukan sudut dan jarak yang yang diukur masing-
masing kepada 01’ dan 0.1m. Manakala projek-projek lain pula diukur sehingga
ke kejituan 01” dan 0.001m. Oleh itu, jurutera-jurutera harus sedar akan
pentingnya dalam membuat pemilihan alat dan teknik-teknik pengukuran.

You might also like