1. MUKADIMAH Kertas cadangan ini merupakan program yang dirancang oleh Kelab Permainan Bola Jaring, SMK Pinggan-Pinggan Pitas. Program ini merupakan program berfaedah untuk mengisi masa lapang selepas peperiksaan semester 1 tahun 2004.
2. NAMA PERTANDINGAN Pertandingan Bola Jaring Peringkat Daerah Pitas.
3. ANJURAN Kelab Bola Jaring, SMK Pinggan-Pinggan, Pitas
4. RASIONAL Para pelajar biasanya tidak mempunyai sebarang aktiviti selepas peperiksaan semester pertama nanti. Oleh itu, pertandingan ini dirancang agar dapat mengisi waktu tersebut dengan aktiviti berfaedah di samping menggalakkan pelajar menceburkan diri secara aktif dalam bidang sukan khususnya bagi permainan bola jarring. Selain itu juga, pertandingan ini merupakan persediaan pelajar-pelajar untuk menghadapi pertandingan bola jaring peringkat bahagian Marudu.
5. OBJEKTIF 5.1 Mengisi masa lapang dengan aktiviit berfeadah. 5.2 Menggalakkan pelajar bergiat secara aktif dalam kegiatan ko-kurikulum, khususnya dalam bidang sukan. 5.3 Mencungkil bakat-bakat baru dalam permainan bola jaring khususnya di kalangan pelajar- pelajar di daerah Pitas. 5.4 Melatih dan menambahkan kemahiran guru dalam bidang kepengadilan, khususnya bagi permainan bola jaring. 5.5 Melatih ahli-ahli kelab dalam bidang pengurusan sukan. 5.6 Menggalakkan kerjasama dan mengeratkan silaturrahim di antara pelajar dan guru-guru yang terlibat dalam pertandingan ini.
6. SASARAN 6.1 Pelajar-pelajar SMK Pinggan-Pinggan. 6.2 Pelajar-Pelajar di sekolah-sekolah lain di Daerah Pitas.
7. TARIKH PELAKSANAAN 18 hingga 21 Mei 2004
8. TEMPAT PERTANDINGAN Gelanggang Bola Jaring, SMK Pinggan-Pinggan, Pitas
9. AHLI JAWATANKUASA PENGANJUR Rujuk Lampiran 1
10. SYARAT PENYERTAAN Rujuk Lampiran 2
11. SYARAT PERTANDINGAN Rujuk Lapiran 3
12. HADIAH
Johan : Piala Pusingan dan Piala Iringan : 10 buah pingat : Sijil Penyertaan
Naib Johan : 1 Piala Iringan : 101 buah pingat : Sijil Penyertaan
Tempat Ketiga : 1 Piala Iringan : 10 buah pingat : Sijil Penyertaan)
Cenderahati : Sijil Penyertaan bagi setiap peserta
13. SUMBER KEWANGAN 13.1 Tabung Kelab Bola Jaring SMK Pinggan-Pinggan 13.2 Peruntukan Pihak Sekolah 13.3 Sumbangan/Derma 13.4 Lain-lain sumber kewangan
14. PENUTUP Semoga kertas kerja cadangan ini dapat menerangkan tentang program yang dirancang ini. Adalah diharapkan agar kertas cadangan ini dipertimbangkan agar segala yang telah dirancangkan sebelum ini dapat dilaksanakan.
Disediakan oleh: Disemak oleh:
……………………. …………………..…….. (MARY MARTIN FRANCIS) (HAIRUDDIN BIN AMIR) Pengerusi, Pen. Kanan III - Ko-Kurikulum, Pertandingan Bola Jaring Peringkat Daerah Pitas. SMK Pinggan-Pinggan, Pitas.
Keselamatan & Kecemasan : Cik Rupinah Rumejul : En. Adzali Abdullah Buku Program : En. Abdullah Che Wil : Pn. Janet Wu
Tugas-Tugas Khas : Pn. Saleha Abdullah : En. Zaidi Deraman
Lampiran 2
SYARAT-SYARAT PENYERTAAN
Syarat-syarat penyertaan bagi pertandingan ini ialah:
1. Pertandingan terbuka kepada semua sekolah menengah di Daerah Pitas
2. Peserta mestilah masih belajar di sekolah yang diwakili
3. Setiap sekolah boleh menghantar 3 – 5 pasukan bola jaring bagi sekolah masing-masing.
4. Jumlah pemain setiap pasukan tidak kurang daripada 7 dan tidak melebihi 10 orang pemain.
5. Setiap pasukan mestilah diiringi oleh seorang atau dua orang jurulatih dan seorang pengurus pasukan.
6. Yuran penyertaan bagi setiap pasukan adalah sebanyak RM20.00.
7. Borang dan yuran penyertaan mestilah dihantar kepada pihak penganjur sebelum atau pada 7 Mei 2004. Penghantaran borang penyertaan selepas tarikh tersebut tidak akan dilayan.
8. Pihak penganjur akan menyediakan bibs pertandingan, walau bagaimanapun setiap pasukan mestilah membawa sekurang-kurangnya 1 set bibs pasukan masing-masing.
9. Pihak penganjur berhak meminda syarat penyertaan ini dengan memaklumkan terlebih dahulu kepada semua pasukan. Lampiran 3
SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN/KEJOHANAN
Pertandingan Bola Jaring Peringkat Daerah Pitas ini adalah mengikut Undang-undang Gabungan Persekutuan Bola Jaring Wanita Antarabangsa dan Peraturan-peraturan Am M.S.S.M.
1. Pendaftaran Pemain/Pembentukan Pasukan 1.1 Setiap pasukan mestilah mengandungi tidak lebih daripada 10 orang pemain.
2. Cara Memutuskan Keputusan: 2.1 Secara liga
2.2 Mata: Menang - 2 mata Seri - 1 mata Kalah - 0 mata
2.3 Jika dua atau lebih pasukan mendapat jumlah mata yang sama, maka pemenang akan ditentukan melalui: i. Pasukan yang mendapat perbezaan gol yang terbanyak akan dikira menang.
ii. Jika masih seri, pasukan yang menjaringkan gol yang terbanyak akan dikira menang
iii. Jika masih seri, pasukan yang pernah mengalahkan lawannya dikira pemenang
iv. Jika masih seri, cabutan undi akan dibuat. 3. Pakaian 3.1 Pakaian seragam (Bibs) yang didaftarkan hendaklah dipakai termasuk huruf-huruf yang menunjukkan posisi-posisi bermain di hadapan dan belakang dan terletak di atas pinggang dengan ukuran 150 mm (6 inci) tinggi. Huruf-huruf berikut hendaklah disematkan di bahagian hadapan dan belakang baju pemain:- GS -  p; Penjaring Gol (Goal Shooter) GA -  p; Penyerang Gol (Goal Attack) WA -  p; Penyerang Sayap (Wing Attack) C -  p; Pemain Tengah (Centre) WD -  p; Penangkis Sayap (Wing Defence) GD - Penahan Gol (Goal Defence) GK -  p; Penjaga Gol (Goal Keeper)
3.2 Sebarang perhiasan atau barang kemas tidak boleh dipakai kecuali cincin perkahwinan yang mesti dibalut, jika tidak ditanggalkan. Kasut pepaku seperti spike shoes tidak boleh digunakan. Kasut atau but yang dibuat daripada bahan ringan boleh digunakan. Selain daripada itu, pengadil harus memastikan kuku pemain dikerat sebelum bermain.
4. Kelewatan 4.1 Hanya 10 minit sahaja akan diberi kepada pasukan yang lewat dan selepas itu pihak lawan akan diberi kemenangan percuma dengan 2 mata dan bilangan gol 2-0.
5. Pengadil 5.1 Bunyi wisel pengadil sahaja boleh memulakan atau menghentikan permainan. Selain daripada itu, hanya pengadil sahaja yang boleh masuk ke gelanggang untuk membuat dendaan atau hukuman.
5.2 Sekiranya bola menyentuh seseorang pengadil, atau pengadil terhalang semasa permainan dijalanjan, permainan itu diteruskan. Tetapi sekiranya pasukan yang tidak bersalah mengalami kerugian, satu hantaran percuma diberi kepada pasukan itu. Pengadil permainan tidak boleh memberikan komen atau nasihat semasa permainan dijalankan.
6. Pencatat mata 6.1 Pencatat mata perlu merekodkan semua mata yang diperolehi, hantaran tengah dan jaringan yang dibuat (termasuk yang tidak berjaya).
7. Kapten Pasukan 7.1 Kapten perlu memberitahu pengadil mengenai pertukaran tempat pemain- pemainnya dan meminta keterangan pengadil mengenai peraturan permainan pada masa rehat atau lepas permainan itu.
8. Pemain Tengah (C) 8.1 Pemain tengah yang hendak membuat hantaran tengah mestilah berdiri dalam bulatan tengah sebelum wisel dibunyikan dan pemain tengah lawan kena berdiri 3 kaki jauh daripada pemain tengah yang hendak membuat hantaran tengah itu.
9. Ofsaid 10.1 Pemain tidak dibenarkan memasuki kawasan di luar kawasannya dan ini bergantung kepada posisi pemain. Sekiranya pemain memasuki kawasan larangan untuk mereka walaupun separuh badan, mempunyai bola atau tidak, kesilapan tetap berlaku dan ia dipanggil ofsaid. Sekiranya ofsaid berlaku dan ia dilakukan oleh; i. Seorang pemain – satu hantaran percuma diambil oleh pemain lawan yang dibenarkan masuk ke kawasan itu.
ii. Dua pemain dari kedua-dua pasukan, seorang pemain mempunyai bola – satu lambuangan dilakukan di antara dua pemain itu di dalam kawasan mereka.
iii. Dua pemain dari kedua-dua pasukan dan pemain tidak menyentuh bola – tiada dendaan dan permainan diteruskan.
10. Keluar Gelanggang 10.1 Sekiranya bola menyentuh tanah, benda-benda atau seseorang yang berada di luar gelanggang permainan maka bola itu dianggap keluar. Demikian juga halnya jika pemain membawa bola dan terkeluar dari garisan gelanggang. Sekiranya berlaku dan ia dilakukan oleh; i. Pemain dengan bola keluar dari gelanggang – satu hantaran ke dalam diambil oleh pemain lawan dari tempat di mana bola/pemain terkeluar.
ii. Bola ditangkap oleh kedua-dua pemain bertentangan, salah seorang di luar gelanggang – satu lambungan dilakukan.
iii. Seorang pemain, tanpa bola ditangan – permainan diteruskan
11. Lebih Kawasan 11.1 Bola tidak bola melintasi kawasan (tengah dan gol) tanpa disentuh atau ditangkap oleh pemain. Sekiranya bola melintasi:
i. Lebih kawasan – satu hantaran percuma diambil oleh pasukan lawan berhampiran tempat bola melintasi garisan kedua.
ii. Garisan gol – satu hantaran ke dalam diambil oleh pasukan lawan.
12. Faul 12.1 Terdapat beberapa perkara yang tidak boleh dilakukan oleh pemain semasa dalam permainan. Sekiranya ia berlaku ia dipangil faul dan mempunyai penalti-penalti tertentu seperti; lambungan, hantaran ke dalam, hantaran percuma dan hantaran penalti atau jaringan penalti.
12.2 Lambungan – satu lambungan akan diberi apabila dua pemain bertentangan: i. serentak menangkap bola
ii. melanggar peraturan
iii. serentak menepis bola keluar gelanggang
12.3 Hantaran ke dalam – dihadiahkan kepada pemain lawan apabila bola keluar gelanggang.
12.4 Hantaran percuma – Dihadiahkan untuk pelanggaran peraturan-peraturan seperti; gerak kaki, ofsaid, lebih kawasan dan peraturan 3 saat.
12.5 Hantaran penalti atau jaringan penalti – diberikan sekiranya pemain melakukan sentuhan atau halangan.
13. Hal-hal lain 13.1 Seseorang pengadil boleh menggantung seorang pemain yang melakukan kesalahan selama:
i. Satu jangka masa pendek;
ii. Selepas satu jaringan;
iii. Sehingga masa rehat;
iv. Sehingga permainan itu tamat.
13.2 Walau bagaimanapun jangka masa gantungan itu terpulang kepada teruknya kesalahan yang dibuat. Apabila seorang pemain digantung, pasukan itu boleh menggantikan tempat pemain berkenaan dengan seorang pemain gantian sahaja untuk membolehkan permainan itu diteruskan.