You are on page 1of 63

PEKELILING-PEKELILING BERHUBUNG

PENDIDIKAN PENCEGAHAN DADAH

1. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 7/1975: Ruj. KP8548/8/(67) bertarikh 19 Ogos 1975
- Garis Panduan Untuk Mengenal/ Mengecamkan Orang Yang Menggunakan Atau
Menyalahgunakan Dadah.

2. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 2/1979: Ruj. KP(BS)8786-51/Jld.IV/(20) bertarikh 26 Mac 1979
- Laporan Murid-Murid Dalam Keadaan Risiko Penyalahgunaan Dadah Yang Memerlukan
Pertolongan

3. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. I/1979 Ruj. KP(BS)8548/4/Jld.IX/(1) bertarikh 27 Januari 1979
- Senarai Tugas-tugas Guru Panduan Di Sekolah Menengah

4. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 1/1985 Ruj. KP(BS)8591/Jld.II(29) bertarikh 2 Januari 1985
- Penubuhan Jawatankuasa Bimbingan Pelajar Sekolah

5. Surat Pekeliling Am Bil. I/1985: Ruj. PPAD(S) 133/883/1 bertarikh 29 Januari 1985
- Program-Program Mencegah Dan Membasmi Kegiatan Penagihan Dadah Di Agensi-agensi
Kerajaan

6. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 8/1986: Ruj. KP.(BS)8548/8/1/Jld.III/(13) bertarikh 29 Disember


1986
- Penyalahgunaan Inhalan

7. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 3/1988: Ruj.KP(BS)8591/Jld. III/(3) bertarikh 3 Februari 1988
- Program Skim Lencana Anti Dadah Pasukan Berpakaian Seragam Sekolah Menengah
(SLAD)

8. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 7/1992: Ruj. KP(BS)8591/Jld.VII/13 bertarikh 27 Julai 1992
- Pengharaman Pensil Berbentuk Alat Suntikan (Syringe) Di sekolah-sekolah.

9. Surat Kementerian Pendidikan Malaysia Ruj. KP(BS)8548/23/C/(5) bertarikh 27 April 1995


- Pelaksanaan Program Cuma Lima Minit Anti Dadah Di Sekolah Rendah Dan Menengah

10. Surat Kementerian Pendidikan Malaysia Ruj.KP(BS/HEP) 8543/064(36) bertarikh 24 Julai 1998
- Ujian Urin Pelajar Sekolah

11. Surat Kementerian Pendidikan Malaysia Ruj. KP(BS/HEP) 8543/0113/(47) bertarikh 27 Ogos
1998
- Analisis Pelajar/Guru/Pekerja Yang Terlibat Dengan Dadah/Inhalan/Ubat Batuk
(Borang ADIUB 1A)
KOLEKSI SURAT PEKELILING IKHTISAS
TAHUN 2001 – 2002

1. SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL.8/2001

- Pemantapan Pengurusan Disiplin di Sekolah

2. SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL.9/2001

- Penglibatan Pelajar Dengan Kegiatan Negatif

3. SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL.10/2001

- Semua Guru Adalah Guru Disiplin

4. SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL.4/2002

- Pelaksanaan Program Sekolah Selamat


SURAT- SURAT PEKELILING IKHTISAS
MENGENAI DISIPLIN PELAJAR

1. Surat Pekeliling ‘Profesionalisme’ Kementerian Pelajaran Malaysia Bil.6/1968. Ruj.KP.8543/(10)


bertarikh 10 September 1968.
- Pembuangan Murid-murid Daripada Sekolah-sekolah Kerana Kelakuan Curang.

2. Surat Pekeliling ‘Profesionalisme’ Kementerian Pelajaran Malaysia Bil.8/1968. Ruj.KP.8543


02(12) bertarikh 18 September 1968.
- Tatatertib di Sekolah-sekolah.

3. Tambahan Kepada Surat Pekeliling ‘Profesionalisme’


Kementerian Pelajaran Malaysia Bil.6/68

4. Surat Pekeliling Ikhtisas Kementerian Malaysia Bil.6A/1975 Ruj.KP.8548/8(75) bertarikh 5


September 1975.
- Disiplin-Murid-murid Menghisap Rokok

5. Surat Pekeliling Ikhtisas Kementerian Pelajaran Malaysia No.7/1975. Ruj.KP.8548/8(67)


bertarikh 19 Ogos 1975.
- Salah Guna Dadah - Garis Panduan Untuk Guru Panduan dan Guru Besar.

6. Surat Pekeliling Ikhtisas Kementerian Pelajaran Malaysia Bil.9/1975. Ruj.KP.8543/Vol.2(5)


bertarikh 4 November 1975.
- Disiplin Di Sekolah - Peraturan-peraturan Sekolah Untuk Murid-murid

7. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.9/1975


- Perkara-perkara Tertib Yang Dianggap Berat

8. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.8/1983. Ruj.KP(BS)8591/Jld.II/(17) bertarikh 7 November 1983


- Mengenakan Hukuman Biasa Terhadap Murid-murid Yang Melakukan Perbuatan Salahlaku
Yang Tidak Dinyatakan Dalam Peraturan-peraturan Pelajaran

9. Lampiran - LaporanPenggal Kes-kes Penyalahgunaan Dadah

10. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.1/1983


- Garis Panduan Kempen Anti Merokok Di Sekolah-sekolah

11. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.7/1986


- Langkah-langkah Keberkesanan Disiplin Sekolah

12. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.7/1995


- Tatacara Mengenakan Tindakan dan Hukuman Terhadap Pelajar-pelajar Sekolah

13. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.4/1997


- Hukuman Ke Atas Murid Menghisap Rokok
14. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.5/1997
- Sekolah Sebagai Kawasan Larangan Merokok

Garis Panduan Untuk Mengenal/Mengecamkan Orang

Yang Menggunakan Atau Menyalahgunakan Dadah

I. Pendahuluan

Seorang pengguna dadah akan mencuba seberapa boleh untuk menyembunyikan tabiatnya. Oleh itu
adalah mustahak untuk mengenal tanda-tanda luar dan gejala-gejala salahguna dadah yang mungkin
terdapat pada dirinya. Seseorang itu hendaklah bersedia mengenali tanda-tanda itu, tetapi adalah
mustahak menyedari iaitu masalah dadah itu adalah sangat kusut hinggakan kadangkala pakar-pakar
juga mengalami kerumitan membuat diagnosa yang tepat. Oleh itu adalah penting kita tidak membuat
tindakan bersendirian kerana ini mungkin akan menyebabkan tuduhan yang salah terhadap seorang yang
tidak bersalah. Ini bermakna kita perlu berhati-hati sebelum membuat keputusan yang seseorang itu
disyaki menyalahgunakan dadah. Kita hendaklah dapatkan nasihat dan bantuan pakar ikhtisas seperti
dari berbagai agensi yang terlibat dengan masalah-masalah dadah dan juga doktor-doktor.

Adalah perlu diingati iaitu seseorang itu mungkin ada sebab-sebab sah yang ia mempunyai alat penyuntik
(mungkin ia seorang pesakit kencing manis) atau mempunyai tablet dan kapsul (mungkin di bawah
arahan doktor). Mempunyai mata yang berair dan hidung berair mungkin disebakan oleh demam selsema
atau kerana alergi (allergy) dan tidak semestinya kerana kerana dadah. Begitu juga kelakuan yang luar
biasa atau aneh mungkin tiadak kaitan dengan penggunaan dadah.

Dadah-dadah selain dari jenis narkotik (narcoties) boleh menyebabkan ketagihan. Ada orang yang
mendapat ketagihan ubat pelena (sedatives) dan ubat pelali (tranquilizers). Ubat perangsang (stimulants)
jika digunakan dengan dos yang banyak adalah juga mendatangkan ketagihan.

Sebagaimana yang telah diterangkan di atas adalah sukar bagi kita untuk mengetahui sama ada
seseorang itu menggunakan atau menyalahgunakan dadah denganhanya melihat kedaan diri dan
peribadinya pada ketika itu sahaja tanpa mengetahui latar belakang atau tabiatnya sebelum peristiwa itu
berlaku. Oleh kerana itu maka pendapat atau pandangan seorang pakar atau doktor sangat dipentingkan
sebelum seseorang itu boleh dikatakan bergantung pada dadah (drug dependent) dan butir-butir tepat
(facts) adalah diperlukan sebelum mengesahkan seseorang itu telah menyalahgunakan dadah. Walau
bagaimanapun, kita pasti dapat melihat perubahan kelakuan pada pengguna dadah itu.
II. Perubahan Kelakuan

Berikut ialah contoh tanda-tanda perubahan kelakuan yang mungkin terdapat pada seseorang itu
sekiranya ia menggunakan dadah atau bergantung pada dadah, akan tetapi kita perlu juga beri
pertimbangan dahulu sebelum membuat keputusan kerana tanda-tanda ini mungkin disebabkan oleh
kemiskinan perasaan tekanan yang biasa dialami di zaman remaja dan lain-lain.

Kelakuan Seorang Pengguna Dadah Itu Berubah

DARIPADA KEPADA
siuman, rajin bercakap dan suka menyatakan pendiam, fikiran bercelaru danmenjauhkan diri
perasaan
cergas, sihat dan penuh bertenaga cemas, kaku dan gelisah
segak, yakin diri dan tabah hati tertekan, terharu dan berasa bersalah
suka menolong, menumpukan perhatian penuh dan ragu-ragu, kerap lupa, pasif dan tidak bermaya
boleh diharap
penuh kemahuan, cergas dan bersemangat tidak ambil tahu, pasif dan tidak bermaya
tidak berselindung, baik hati dan percaya curiga-mencurigai, mengancam dan tarasing
mempercayai
riang gembira, memandang cerah masa menyakiti hati, memandang gelap pada masa
hadapan/optimistic dan gerak geri menarik hadapan/ pesimistik dan muram

III Tanda-tanda Biasa Secara Am Bagi Penyalahgunaan Dadah Yang Terdapat Pada
Pengguna Inhalan:

i) Perubahan-perubahan dari segi kehadiran di sekolah atau tempat kerja.

ii) Perubahan dari kebolehan-kebolehan biasa (tabiat kerja, kecekapan dan lain-lain).

iii) Perwakan tidak kemas termasuklah pakaian dan kebersihan diri yang tidak dipedulikan.
(Tanda-tanda ini mungkin terdapat apabila seseorang itu telah betul-betul ketagih dadah.
Tanda-tanda ini mungkin tidak ada di peringkat-peringkat awal).

iv) Berusaha seboleh-bolehnya menutup lengan untuk menyorokkan tanda-tanda jarum.

v) Selalu ke bilik tandas dan kelakuannya berubah tiap-tiap kali ia berbuat demikian.

vi) Bercampur dengan pengguna-pengguna dadah yang diketahui.

vii) Mencuri barang-barang yang boleh dijual dengan mudah untuk mendapatkan wang
(menampung tabiat dadah).

IV Berikut ialah Tanda-tanda Yang Mungkin Terdapat Pada Orang Yang Menyalahgunakan
Dadah-Dadah Tertentu
a) Dadah Penenang (Despresents: - Barbiturates)

i) Seperti orang mabuk minuman keras/arak, tetapi nafasnya tanpa bau arak.
ii) Berjalan terhoyong-hayang, tidak tetap atau ada kelihatan rupa mabuk tetapi tanpa
bau atau menggunakan arak.
iii) Tertidur ketika bekerja.
iv) Kelihatan tidak boleh menyesuaikan diri dengan keadaan.
v) Pertuturan yang tidak terang.
vi) Mata hitam yang membesar.
vii) Susah untuk menumpukan perhatian terhadap sesuatu.

b) Dadah Perangsang (Stimulantst – Amphetamines Cocaine)

i) Seseorang itu mungkin nampak terlalu cergas, mudah marah, suka bertengkar atau
takut.
ii) Menunjukkan keadaan terlalu riang, yuforia (euphoria) dan becok mulut.
iii) Mata hitam membesar.
iv) Tanpa makan atau tidur untuk waktu yang panjang.
v) Tekanan darah atau kadar denyuatan nadi yang meninggi.

c) Ganja(Marijuana – sejenis halucinojen (hallucinogen)

i) Di perigkat-peringkat awal penggunaan ganja, pengguna dadah itu mungkin nampak


cergas dengan percakapan dan gelak ketawa yang cepat dan kuat. Di peringkat
kemudiannya ia mungkin nampak mengantuk.
ii) Mata hitamnya mungkin membesar dan matanya berwarna merah saga.
iii) Pengamatannya tidak betul dan ia mengalami halusinasi (hallucination).
iv) Pengguna ganja adalah susah untuk dikesan atau dikenali sekiranya ia tidak
sebenarnya di bawah pengaruh dadah itu, dan walaupun demikian, ia mungkin dapat
bekerja dengan baik. Dadah itu mungkin mengubah pengamatannya dari segi masa
dan ruang dan menyebabkan berbahaya sekiranya ia memandu atau menjalankan
apa-apa jentera.

d) Narkotik (Candu Opium), Morfin (morphine), Heroin, Kodin (codeine)


i) Tanda parut (‘tracks’) dilengan atau di belakang tangan disebabkan oleh suntikan dadah.
ii) Mata hitam mengecil dan tidak bergerak; mungkin ia membesar ketika berlaku
pengunduran dari dadah (withdrawal).
iii) Menggaru-garu tubuh badan dengan kerap.
iv) Hilang selera makan. Selalu makan gula-gula, kuih-kuih dan minuman-minuman yang
manis.
v) Mungkin hidung berair, mata merah dan berair dan batuk yang menghilang apabila ia
mendapat dadah(‘fix’).
vi) Pengguna kerapkali menyimpan alat suntikan. Sudu, kapas, jarum, tutup botol, logam,
alat memberi ubat dan beg plastik didalam laci atau almarinya.
vii) Pengguna dadah menunjukkan gerak geri malas/letih, mengantuk dan mungkin
tersenggut-senggut (iaitu tidur dan jaga saling berganti).
viii) Ketika pengunduran berlaku, pengguna dadahmungkin berasa mual dan muntah-muntah.
Wajahnya berubah, selalu menguap dan otot-ototnya bergerak-gerak adalah antara
tanda-tanda yang biasa teradapat pada dirinya.

e) Dadah-Dadah Jenis Halisinojen Yang Lain (LSD. Meskipun (mescaline) dan lain-lain)

i) Kelakuan dan perasaan hatinya berubah-ubah. Pengguna itu akan duduk atau bersandar
di satu tempat dengan senyap dalam keadaan khayal ataupun nampak ketakutan atau
terperanjat.
ii) Dibeberapa kes mata hitamnya membesar.
iii) Tekanan darah, kadar denyutan jantung dan kandungan gula dalam darahnya adalah
meningkat. (Ada diantara tanda ini hanya diketahui oleh seorang doktor).
iv) Mungkin mengalami rasa mual, sejuk, wajahnya berubah, pernafasan tidak seimbang,
berpeluh dan tanganya mengeletar.
v) Mungkin ada terdapat perubahan-perubahan dari segi deria penglihatan, pendengaran,
rasa, bau dan masa. Seseorang yang dipengaruhi oleh LSD akan membahayakan
nyawanya sendiri dengan kelakuan yang tak siuman sepertimenganggap ia mempunyai
kuasa boleh terbang dan lain-lain. Biasanya pengguna LSD memerlukan seorang sahabat
untuk mengawal dan mengawasi dirinya ketika ia menggunakan LSD untuk mengelakkan
apa-apa kemalangan.

f) Menghidu Gum (Gula Sniffing)


Perbuatan ini jarang berlaku, akan tetapi penerangan tentang tanda-tanda untuk mengenal
pengguna dadah ini adalah penting dimasukkan di sini supaya garis panduan ini menjadi
komprehensif.

i) Bau barang yang dihidu iti adalah terdapat pada baju/pakaian dan nafasnya.
ii) Keluaran air dan hingus dari hidung dengan berlebihan dan matanya adalah berair juga.
iii) Kawalan ototnya adalah tidak baik (terhoyong-hayang) dalam masa lima minit sesudah
terdedah kepada barang itu.
iv) Rasa mengantuk atau rasa rasa tidak sedar diri.
v) Adanya beg-beg jenis kertas atau plastik kain perca mengandungi gum palastik yang
kering.
vi) Pertuturannya yang tidak terang.
vii) Nafas yang berbau busuk.

v. Penutup

Tanda-tanda untuk mengenali pengguna dadah yang diberi ini bukanlah yang muktamat dan mungkin
berbeza antara seorang pengguna dengan yang lain mengikut keadaan-keadaan yang mempengaruhi
individu itu. Sinderoma (Syndrome) tanda-tanda yang disenaraikan ini bukan sahaja berbeza antara
individu bahkan mungkin akan menjadi bertambah kusut pada kes-kes di mana berbagai jenis dadah
terlibat (Polydrugs Abuse) dan garis panduan ini adalah bermaksud digunakan sebagai rujukan oleh guru-
guru, Guru Besar dan Ibu Bapa. Garis panduan am yang diberi ini hendaklah dijadikan asas untuk
tindakan rujukan dan untuk pengesahan oleh seorang doktor sama ada seorang individu yang disyaki itu
belum/telah menggunakan dadah. Walau bagaimanapun masalah penyalahgunaan dadah ini adalah
masalah manusia di dalam satu masyarakat yang kusut dan yang sentiasa mengalami perubahan, maka
garis panduan ini adalah penting untuk pengetahuan semua ahli masyarakat yang bertanggungjawab.

t.t

(ABDULLAH BAKRI)
Ketua Unit Kesihatan
Bahagian Sekolah-
Sekolah
Kementerian Pelajaran.

Surat Pekeliling Ikhtisas 2/1979


Laporan Murid-murid Dalam Keadaan Risiko Penyalahgunaan Dadah Yang Memerlukan Pertolongan

Saya adalah merujuk kepada surat Pekeliling Kementerian ini KP(BS) 8786-51 Jld.III(34) bertarikh 27 hb. Jun 1978
mengenai Laporan Penggal Kes-kes Penyalahgunaan Dadah di kalangan murid-murid di sekolah. Kerjasama tuan
adalah diminta untuk mengarahkan sekolah-sekolah di negeri tuan supaya meneruskan penghantaran laporan
penggal kes-kes penyalahgunaan dadah mengikut peraturan dan jadual seperti yang telah ditetapkan.

2. Oleh kerana didapati maklumkan tersebut adalah terhadap, iaitu hanya kes-kes yang disahkan oleh doktor-
doktor kerajaan sahaja yang dilaporkan dan memandangkan keperluan untuk mengkaji kes-kes murid-murid yang
dianggap berada di dalam keadaan risiko penyalahgunaan dadah, maka adalah didapati perlu bagi sekolah-sekolah
membuat laporan tambahan di dalam borang yang dilampirkan bersama ini.

3. Bagi maksud surat Pekeliling Ikhtisas ini, murid-murid seperti yang yang di bawah ini adalah dianggap sebagai
berada di dalam keadaan risiko.

(a) Murid-murid yang mengakui sendiri bahawa ia adalah bergantung kepada dadah.
(b) Murid-murid yang menerima rawatan/pemulihan daripada pihak-pihak yang lain daripada agensi-agensi yang
ditugaskan oleh Kerajaan (Misalnya – Doktor Swasta, dukun/bomoh, Sinseh dan lain-lain).
(c) Murid-murid yang kerap kali ponteng dan yang disyaki terlibat dalam penyalahgunaan dadah.
(d) Murid-murid yang ditangkap oleh pihak penguatkuasa atau pihak sekolah kerana menpunyai dadah, walaupun
belum disahkan oleh Doktor Kerajaan.
(e) Murid-murid yang bercampur dengan kumpulan luar yang terlibat di dalam kegiatan
penyalahgunaan/pengedaran dadah dan ianya disyaki terlibat sama.
(f) Lain-lain pengesahkan yang berkaitan dengan garis-garis tersebut di atas.

Guru Panduan adalah diingatkan bahawa adalah menjadi kebiasaan murid-murid yang berada di dalam keadaan
risiko penyalahgunaan dadah ini selalunya mempunyai lebih daripada satu tanda-tanda pengesahan, oleh yang
demikian apabila mengisi ruangan ini adalah dikehendaki mencatitkan dengan selengkap-lengkapnya.
4. Berkenaan dengan borang yang dilampirkan, ruangan rujukan ialah untuk mencatitkan tindakan ikhtisas yang
telah dijalankan oleh pihak sekolah mengenai kes-kes tertentu (misalnya: kepada pegawai Kebajikan Masyarakat,
Doktor-doktor Kerajaan/Pakar Ilmu Jiwa, Pegawai Panduan Negeri dan lain-lain).
5. Tuan adalah diminta mengarahkan sekolah-sekolah menengah menengah di negeri tuan supaya menyediakan
laporan tersebut sebanyak tiga kali setahun mengikut tarikh-tarikh yang ditetapkan di atas borang yang dilampirkan
bersama.
6. Laporan itu hendaklan dihantar satu salinan kepada Unit Panduan & Kerjaya Kementerian Pelajaran dan satu
salinan kepada Pengelola Panduan Negeri pada tiap-tiap penggal untuk tahun ini dan tahun-tahun akan datang.

Sekian untuk makluman tuan.

‘BERKHIDMAT UNTUK NEGARA’

Saya yang menurut perintah,

tt

(SYED ABU BAKAR BARAKBAH)


Bahagian Sekolah-Sekolah,
b.p. Ketua Setiausaha,
Kementerian Pelajaran.
SULIT MURID-MURID DALAM KEADAAN RISIKO PENYALAHGUNAAN DADAH

YANG MEMERLUKAN PERTOLONGAN

NAMA & ALAMAT SEKOLAH : LAPORAN PENGGAL I (I/I-30/4/19.........)


II (1/5-31/8/19.......)
............................................................................ III (1/9-31/12/19.....)
............................................................................

Jantina Keturunan Tindakan


Ting- Keadaan Tindakan Yang Rujukan Yang Selanjutnya
Bil. Nama Murid Umur
katan L P M C I Risiko Telah Diambil Telah Dibuat Yang
Diperlukan

NOTA

Lapuran Penggal I hendaklah dihantar sebelum 14hb. Mei


Lapuran Penggal II hendaklah dihantar sebelum 10hb. September
Lapuran Penggal III hendaklah dihantar sebelum 14hb. Januari

@ Potong mana-mana yang tidak dikehendaki ....................................................

(Tandatangan Guru Besar)

/II/zi.
SALINAN

JABATAN PERDANA MENTERI


KUALA LUMPUR. Telefon : 201957
Kawat : PERDANA

Ruj. Kami : PPAD(S)133/883/1


Tarikh : 29 Januari 1985

SURAT PEKELILING AM. BIL. 1 TAHUN 1985

Ketua-ketua Setiausaha Kementerian.


Ketua-ketua Pengarah Jabatan Persekutuan.
Setiausaha-setiausaha Kerajaan Negeri.
Ketua-ketua Badan Berkanun dan Kuasa-kuasa Pampasan.

PROGRAM-PROGRAM MENCEGAH DAN MEMBASMI KEGIATAN


PENAGIHAN DADAH DI AGENSI-AGENSI KERAJAAN

PENDAHULUAN

1. Adalah menjadi matlamat Kerajaan bahawa semua Kementerian, Jabatan dan Badan Berkanun hendaklah
bebas dari kegiatan penagihan dadah di kalangan pegawai dan kakitangan mereka. Kerajaan tidak akan bertolak
ansur dengan kegiatan penagihan dadah ini khususnya dalam perkhidmatan Kerajaan sendiri. Ketua-ketua
Jabatan dikehendaki mengambil tindakan ke atas pengawal dan kakitangan Kerajaan yang terlibat dengan
penagihan dadah mengikut Pekeliling Perkhidmatan Bil. 10 Tahun 1994 bertarikh 25 hb. Oktober 1984.

2. Adalah menjadi tanggungjawab tiap-tiap Kementerian, Jabatan dan Badan Kerajaan untuk mengujudkan
suasana yang bebas dari penagihan dadah dalam agensi masing-masing. Untuk mencapai matlamat ini tiap-tiap
Kementerian, Jabatan dan Badan Berkanun hendaklah melaksanakan program-program anti dadah masing-
masing yang meliputi perkara-perkara berikut:

(I) Program Pencegahan: yang bertujuan menanam sikap membenci dadah di kalangan
pegawai dan kakitangan Kerajaan.

(II) Program Pembasmian: yang bertujuan untuk membasmi kegiatan-kegiatan penagihan dadah
jika berlaku di kalangan pegawai dan kakitangan kerajaan.

JAWATANKUASA ANTI DADAH

3. Satu jawatankuasa Anti Dadah hendaklah ditubuhkan di tiap-tiap Kementerian, Jabatan dan Badan Kerajaan
bagi merangka dan melaksanakanprogram-program ini. Jawatankuasa Kecil hendaklah juga ditubuhkan di setiap
Cawangan atau Bahagian yang terletak berasingan termasuklah di peringkat Persekutuan, Negeri dan Daerah.
Jawatankuasa ini hendaklah merupakan badan tetap dalam tiap-tiap pejabat.
4. Jawatankuasa ini di peringkat Kementerian,Jabatan dan Badan Berkanun bolehlaj dipengerusikan oleh
Timbalan Ketua Setiausaha atau Timbalan Ketau Pengarah atau Timbalan Pengurus Besar atau jawatan-jawatan
setaraf.

5. Keanggotaannya jawatankuasa-jawatankuasa ini seboleh-bolehnya hendaklah terdiri daripada pegawai dan


kakitangan berikut:

(a) Ketua Bahagian Pentadbiran atau pegawai yang bertanggungjawab mengenai kekitangana di
pejabat berkenaan;
(b) Peghawai Kebajikan, jika jawatan ini wujud, atau seorang pegawau lain yang dipilih.
(c) Salah seorang daripada jawatankuasa Kelab Sukan dan Kebajikan atau Badan Agama dalam
agensi.
(d) Kerani Besar.

6. Bidang tugas Jawatankuasa Anti dadah tersebut dicadangkan sepertiberikut:

6.1 Merangka dan melaksanakan program mencegah dadah melalui


ceramah-ceramah, poster-poster, risalah-risalah kecil, pameran-pameran dan tayangan filem
mengenai bahaya penagihan dadah.. Program ini bolahlah diselengarakan dengan kerjasama
Kementerian Penerangan di peringkat Persekutuan dan Jabatan-jabatanPenerangan di peringkat
negeri dan daerah.

6.2 Merangka dan melaksanakan program untul membasmi kegiatan


penagihan dadah yang berlaku di kalangan kakitangan. Program ini bolehlah meliputi aktiviti-
aktiviti berikut:

6.2.1 Mengadakan satu sistem untuk mengenalpasti kakitangan-kakitangan yang terlibat


dengan penagihandadah:
6.2.1.1 Menyeru supaya mereka tampil ke hadapan secara
sukarela dalam tempoh yang ditentukan oleh jatankuasa. Setelah tamat tempoh
ini cara-cara berikut bolehlah digunakan.
6.2.1.2 Menganjurkan supaya diadakan ujian air kencing secara mengejut ke atas
mereka yang disyaki sahaja dengan kerjasama Pegawai Pemulihan Dadah,
Kementerian Dalam Negeri.
6.2.1.3 Menjalankan pengawsan ke atas kakitangan-kakitangan dengan cara
mengenalpasti tanda-tanda penagihan. Tanda-tanda penagihan dadah adalah
seperti di Lampiran ‘A’.

6.2.1.3.1 Cara mengesan penagihan dadah melalui


pengawasan bolehlah diasaskan kepada sistem hirarki yang bermula
dari peringkat kakitangan atasan hingga ke peringkat bawah. Walau
bagaimanapun Ketua-ketua Jabatan dan Jawatankuasa ini hendaklah
menggalakkan setiap kakitangan melaporkan sessiapa sahaja yang
diketahui terlibat atau disyaki terlibat dengan penagihan dadah.

6.2.2 Mereka yang menagih dadah yang tampil ke hadapan secara sukarela perlu dirujukkan
kepada mana-mana Pegawai Pemulihan Dadah, Kementerian Dalam Negeri seperti di
Lampiran’B’ untuk menjalani ujian-ujian. (Prosedur bagi rawatan dan pemulihan penagih
dadah yang menjalaninya dengan sukarela diperuntukkan dalam Akta Penagih Dadah
(Rawatan dan Pemulihan) 1983 Seksyen 8(1)).
6.2.3 Mereka yang dikenalpasti atau disyaki menagih dadah seperti di para 6.2.1.2 dan 6.2.1.3
teatapi tidak tampil ke hadapan secara sukarela perlu dilaporkan kepada mana-mana
Pegawai Pemulihan Dadah atau mana-mana Pegawai Polis yang berpangkat tidak rendah
dari Sarjan atau mana-mana pegawai Penjaga Balai Polis (Akta Penagih Dadah (Rawatan
dan Pemulihan 1983 Seksyen 3(1)).
6.2.4 Mengarah supaya Bahagian Pentadbiran atau pegawai-pegawai yang bertanggungjawab
mengenai kakitangan yang terlibat kepada Ketua Jabatan atau pihak-pihak berkuasa
berkenaan untuk apa-apa tindakan yang sewajarnya dari segi perkhidmatan mengikut
Pekeliling Perkhidmatan Bil. 10 Tahun 1984.
6.2.5 Merangka dan melaksanakan satu program bimbingan di kalangan pegawai dan
kakitangan untuk memberi khidmat rundingcara (counselling) kepada kakitanagan yang
telah tamat tempoh pemulihan di Pusat Pemulihan atau yang sedang menjalani pemulihan
di bawah pengawasan Pegawai Pemulihan Dadah, Kementerian Dalam Negeri. Kursus-
kursus pendek untuk pegawai dan kakitangan Kerajaan yang berminat memberi khidmat
rundingcara (counselling) mungkin dapat diadakan dengan kerjasama Kementerian
Kebajikan Masyarakat.

MAKLUMBALAS DARI AGENSI-AGENSI

7. Ketua-ketua Jabatan hendaklan melaporkan dalam masa tiga bulan dari tarikh surat ini tentang penubuhan
Jawatankuasa Anti Dadah di dalam pejabat masing-masing. Ini hendaklah disusuli dengan laporan bulanan
mengenai aktiviti-aktiviti Jawatankuasa Anti Dadah termasuk butir-butir kes-kes penagihan dadah dengan
menggunakan format seperti yang dikembarkan. Laporan-laporan dari pejabat di peringkat Negeri/Wilayah
Persekutuan hendaklah dihantar kepada Setiausaha Keselamatan Negeri masing-masing/Setiausaha
Keselamatan Wilayah Persekutuan. Laporan-laporan bagi Kementerian-kementerian, Jabatan-jabatan dan Badan-
badan Kerajaan di peringkat Persekutuan hendaklah dihantar kepada :
PENGARAH,
PASUKAN PETUGAS ANTI DADAH,
MAJLIS KESELAMATAN NEGARA,
JABATAN PERDANA MENTERI,
BLOK K-1, JALAN DUTA,
KUALA LUMPUR.

Tel. No. : 942533

PEMAKAIAN SURAT PEKELILING AM INI

8. Surat Pekekliling Am ini berkuatkuasa mulai daripada tarikh ianya dikeluarkan. Dengan berkuatkuasanya Surat
Pekeliling Am ini, maka:
(I) Surat Jabatan Perdana Menteri PM 17914 bertarikh 25hb. Julai, 1977;
(II) Surat Jabatan Perdana Menteri PM 17914/4 bertarikh 5hb. Mei,1978 adalah
dibatalkan.

t.t.
(TAN SRI DATO’ SALLEHHUDDIN BIN MOHAMED)
Ketua Setiausaha Negara.
LAMPIRAN ‘A’

PANDUAN UNTUK MENGENALI SESEORANG PENAGIH DADAH

i) Perubahan atau kemerosotan kehadiran di pejabat, mutu kerja, disiplin, hasil kerja.

ii) Meradang tidak tentu sebab, selalu mengucap dan tidak bermaya.

iii) Mengelakkan diri dari tanggungjawab.

iv) Perubahan sikap dan tabiat pada keseluruhannya.

v) Kemerosotan paras rupa dan kebersihan diri.

vi) Tabiat suka menyembunyikan apa-apa yang dilakukan serta dimiliki.

vii) Hilang selera makan, kurang berat badan, mata berkaca-kaca dan berair atau mata yang
redup.

viii) Parut atau bekas suntikan di lengan, hujung jari bertukar warna akibat kesan menghisap
dadah.

ix) Berdamping dengan mereka yang diketahui menagih.

x) Mengasing diri daripada rakan-rakan dan kegiatan masa lapang.

xi) Suka meminjam wang dari kawan-kawan atau mencuri barang-barang yang mudah dijual
dari tempat kerja atau kawan-kawan.

xii) Selalu mengunjungi tempat-tempat aneh tanpa sebab seperti bilik-bilik stor, bilik kecil, tingkat
bawah bangunan (untuk mengambil dadah).
Bahagian Sekolah-Sekolah,
Kementerian Pelajaran Malaysia,
Tingkat 12-14, Bangunan Bank Pertanian,
Leboh Pasar Besar, Telefon : 2922066

KP (BS) 8584/8/1/(29)
29 Disember 1986
Semua Pengarah Pelajaran
Negeri Malaysia.

Y.B. Datuk/Tuan/Puan,

SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL. 8/1986

Penyalahgunaan Dadah

Seperti Y.B. Datuk/Tuan/Puan maklum, satu gejala salahlaku baru yang terdapat di kalangan pelajaran
sekolah ialah menyalahgunakan “Inhalan”. Kementerian Pelajaran telah menerima kes-kes ini semenjak
tahun 1983 dan didapati bilangan pelajar yang terlibat telah semakin bertambah. Kementerian Pelajaran
amat memandang berat hal ini kerana perbuatan ini membahayakan diri pelajar berkenaan; oleh itu
langkah-langkah pencegahan/penyekatan dan pembasmian perlu dijalankan.

2. Bagi tujuan membantu pihak sekolah memahami perkara ini, Pasukan Petugas Anti Dadah, Majlis
Keselamatan Negara, Jabatan Perdana Menteri dengan kerjasama Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan dan Bahagian Sekolah-Sekolah, Kementerian Pelajaran telah mengeluarkan Buku
Kecil “PENYALAHGUNAAN INHALAN – Panduan Untuk Para Guru” yang telahpun dihantar oleh Pasukan
Petugas Anti-Dadah ke Jabatan tuan untuk diagihkan ke sekolah.

3. Untuk tujuan mengendalikan kes penyalahgunaan Inhalan ini, keputusan mesyuarat Jawatankuasa
Anti Dadah Negara adalah menjadi dasar yang mesti dipatuhi:

3.1 SEBARANG MAKLUMAT MENGENAI INHALAN SEPERTI BUKU-BUKU KECIL, RISALAH, POSTER,
VIDEO, FILEM DAN SEBAGAINYA, HENDAKLAH DITENTUKAN TIDAK SAMPAI KE TANGAN
PELAJAR.

3.2 PENGGUNAAN BAHAN-BAHAN INHALAN YANG TERDAPAT DI SEKOLAH HENDAKLAH DIKAWAL


DENGAN RAPI DAN DITENTUKAN TIDAK DISALAHGUNAKAN OLEH PELAJAR.

3.3 JIKA TERDAPAT KES-KES MENYALAHGUNAKAN INHALAN DI KALANGAN PELAJAR, IA


HENDAKLAH DIKENDALIKAN MELALUI PROSES MENOLONG DENGAN PENUHHATI-HATI
TANPA DIHEBOH-HEBOHKAN, DI MANA KEBAJIKAN DAN KESEJAHTERAAN PELAJAR
TERSEBUT HENDAKLAH DIUTAMAKAN.

4. Langkah-langkah berikut selain dari yang terdapat dalam buku kecil tersebut hendaklah diikuti:

4.1 Ibu bapa/penjaga pelajar mestilah diberitahu SEGERA dan diberi maklumat yang tepat dan
nasihat mengenainya.
4.2 Pelajar yang terlibat hendaklah diberi maklumat tepat, nasihat/kaunseling individu/kelompok,
kelompok dinamis/penjelasan nilai-nilai dan lain-nilai yang bersesuaian untuk mengubah
tabiat ini.

4.3 Ibu bapa dan guru-guru hendaklah bekerjasama mengadakan pengawasan yang rapi.

4.4 Sekolah boleh mendapatkan kerjasama erat dari pegawai-pegawai Kebajikan Sekolah,
Rawatan dan Pemulihan, Perubatan, Polis, PIBG, Jawatankuasa Kebajikan Pelajar
Sekolah/Daerah, PEMADAM dan lain-lain yang berkenaan.

5. Sila Y.B. Datuk/Tuan/Puan maklumkan Surat Pekeliling ini kepada semua Pengetua dan
mengarahkan untuk :

5.1 Melaporkan kes-kes penyalahgunaan Inhalan ini dengan SEGERA ke Jabatan Pelajaran
Negeri untuk dipanjangkan ke Kementerian Pelajaran (lihat borang terlampir).

5.2 Membincangkan buku kecik berkenaan dengan semua guru. Maklumat/pertanyaan (jika ada)
sila kemukakan ke Bahagian Sekolah-sekolah, Kementerian Pelajaran (u.p. Unit Bimbingan
dan Kaunseling).

5.3 Membawa perkara ini ke pengetahuan Jawatankuasa PIBG Sekolah dan membincangkan
buku kecil ini dalam mesyuarat PIBG.

Sekian dimaklumkan. Didahului dengan ucapan terima kasih.

‘BERKHIDMAT UNTUK NEGARA’

Saya yangmenurut perintah,

tt

(HAJI JUMAAT BIN DATO’ HAJI MOHD NOOR)

Bahagian Sekolah-sekolah,
b.p. Ketua Setiausaha,
Kementerian Pelajaran.

s.k.

1. Setiausaha Sulit kepada Y.B. Menteri Pelajaran


2. Ketua Setiausaha Kementerian Pelajaran
3. Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia
4. Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran I
5. Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran II
6. Timbalan Ketua Setiausaha II, Kementerian Pelajaran
7. Ketua-ketua Bahagian, Kementerian Pelajaran
8. Ketua Jemaah Nazir Sekolah Persekutuan
9. Pegawai Khas kepada Y.B. Menteri Pelajaran
10. Ketua Unit Hal Ehwal Awam, Kementerian Pelajaran

BAHAGIAN SEKOLAH,
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA,
PARAS 5, BLOK J (SELATAN),
PUSAT BANDAR DAMANSARA, Telefon : 2556900
50604 KUALA LUMPUR. Kawat : ‘PENDIDIKAN’

KP(BS)8591/Jld.III/(3)

3 Februari 1988

Semua Pengarah Pendidikan Negeri,

Y.B. Datuk/Tuan/Puan,

SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL.3/1988 :

Program Skim Lencana Anti Dadah

Pasukan Berpakaian Seragam Sekolah Menengah (SLAD)

Sebagaimana Y.B. Datuk/Tuan/Puan sedia maklum Kerajaan memandang serius terhadap ancaman
dadah ke atas golongan belia di negara ini. Kementerian Pendidikan, sebagai sebuah agensi Kerajaan
yang bertanggungjawab merancang dan melaksanakan aktiviti kokurikulum merupakan satu bidang yang
bolah digunakan bagi menanam perasaan benci,jijik dan jelek dalam jiwa generasi muda terhadap dadah.

2. Untuk tujuan tersebut, Kementerian Pendidikan telah melancarkan program Skim Lencana Anti
dadah ini merupakan satu daripada program pendidikan pencegahan dadah yang telah diperakukan
dalam Rancangan Keselamatan Negara, Jabatan Perdana Menteri. Murid-murid sekolah yang menjadi
anggota pasukan seragam seperti Pengakap, Pandu Puteri, Pergerakan Puteri Islam, St. John Ambulans
dan Persatuan Bulan Sabit Merah menjadi sasaran program ini. Mereka dikehendaki mengikuti aktiviti-
aktiviti anti dadah seperti ceramah, paraduan melukis poster, menulis esei anti dadah dan mengumpul
keratan akhbar/rekodkan oleh murid-murid sendiri dalam sebuah Buku Log yang akan diberi secara
percuma oleh Kementerian Pendidikan. Guru penasihat/guru pemimpin persatuan berkenaan akan
menyimpan buku log tersebut. Penyertaan murid-murid dalam aktiviti anti dadah akan diberi markah
tertentu seperti yang disyaratkan dalam Buku Log SLAD, mereka akan dianugerahkan Lencana Anti
Dadah. Lencana ini memberi pengertian bahawa murid itu telah bergiat dengan aktif dan berkesan dalam
aktiviti Pendidikan Pencegahan Dadah.

3. Sehingga ini 104 buah sekolah telah menyertai program ini. Seramai 336 orang guru penasihat/guru
pemimpin persatuan Pasukan Seragam telah diberi latihan untuk persatuan menjalankan program ini di
sekolah masing-masing. Pihak Kementerian Pendidikan telah menyediakan Buku Log dan Lencana untuk
diedarkan ke sekolah-sekolah. Buku Log yang akan dinekalkan kepada kepada peserta hendaklah
disimpan oleh guru penasihat/guru pemimpin persatuan. Buku ini hanya akan diserahkan kepada murid-
murid apabila mereka hendak mencatatkan aktiviti yang telah mereka sertai. Program ini akan diteruskan
dan diperluaskan sehingga meliputi semua sekolah di seluruh negara. Untuk makluman, bagi sekolah-
sekolah yang belum menjalankan program ini, guru-guru penasihat/pemimpin persatuan akan diberi
latihan secukupnya.
4. Sehubungan dengan itu, sekolah-sekolah yang sedang dan akan dilaksanakan program ini adalah
diarah untuk memperkemas dan mempertingkatkan aktiviti-aktiviti seperti yang dirancang dalam
Kurikulum Skim Lencana Anti Dadah. Bagi sekolah-sekolah yang menyertai program ini sejak tahun 1986,
penganugerahan Lencana di jangka akan dibuat seawal-awalnya pada akhir Mac 1988. Dalam hal ini guru
penasihat/pemimpin persatuan hendaklah menentukan segala pengurusan dan pelaksanaan aktiviti
dijalankan dengan rapi dan sempurna. Sekolah-sekolah yang telah menghantar guru penasihat/guru
pemimpin persatuan menyertai latihan untuk program ini dalam tahun 1986 tetapi masih belum
melaksanakan digesa menggerakkan program ini secara secepat mungkin. Bagi sekolah-sekolah yang
memulakan program ini dalam tahun 1988 guru penasihat/guru pemimpin persatuan hendaklah
merancang aktiviti Skim Lencana ini dari awal penggal persekolah lagi.
5. Dengan iti jasa baik Y.B. Datuk/Tuan/Puan adalah diminta untuk memaklumkan isi kandungan
Pekeliling ini kepada semua Pengetua sekolah di negeri Y.B.Datuk/Tuan/Puan.

‘BERKHIDMAT UNTUK NEGARA’


tt
(HAJI JUMAAT BIN DATO’ HAJI MOHD NOOR)
Bahagian Sekolah
b.p Ketua Setiausaha
Kementerian Pendidikan.

s.k. 1. Setiausaha Sulit Kepada


Y.B. Menteri Pendidikan Malaysia.
2. Setiausaha Sulit kepada
Y.B. Dr. Leo Michael Toyad,
Timbalan Menteri Pendidikan Malaysia.
3. Setiausaha Sulit Kepada
Y.B. Encik Woon See Chin,
Timbalan Menteri Pendidikan Malaysia.
4. Ketua Setiausaha,
Kementerian Pendidikan Malaysia.

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA


BLOK J, PARAS 7, Tel : 03-2556900
PUSAT BANDAR DAMANSARA, Fax : 03-2543107
50604 KUALA LUMPUR. Kawat : “PELAJARAN”

Ruj. Tuan :
Ruj.Kami : KP(BS)8591/Jld.VII/(13)
Tarikh : 27 Julai 1992
Semua Pengarah Pendidikan Negeri
Malaysia.

Tuan,

SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL.7/1992:


Pengharaman Pensil Berbentuk Alat Suntikan
(Syringer) Di Sekolah-sekolah

Dimaklumkan bahawa satu ketetapan telah dibuat oleh Mesyuarat Jemaah Menteri pada 1 Julai 1992
MENGHARAMKAN pensil berbentuk alat suntikan (syringe) daripada diimport, diedar, dijual, dibeli atau
dimiliki oleh orang ramai.
2. Sila maklumkan pengharaman ini kepada semua sekolah di negeri tuan untuk mempastikan pensil
dalam bentuk sebagaimana dinyatakan di atas tidak digunakan atau dimiliki oleh pelajar sekolah.
Sekian.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”


tt
DATO’ ASIAH BTE ABU SAMAH
Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia

BAHAGIAN SEKOLAH,
JABATAN SEKOLAH,
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA,
PARAS 5, BLOK J (SELATAN),
PUSAT BANDAR DAMANSARA, Tel : 03-2586900
50604 KUALA LUMPUR. Fax: 03-256389

KP(BS)8548/23/C/(5)
27 April 1995
Semua Pengarah Pendidikan
Jabatan Pendidikan Negeri.

Y.Bhg. Datuk/Tuan,

PELAKSANAAN PROGRAM CUMA LIMA MINIT


ANTI DADAH DI SEKOLAH RENDAH DAN MENENGAH

Perkara di atas dengan hormatnya adalah dirujuk. Surat Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia
KP(BS)8786/51/Jld.1/(2) bertarikh 23 Mac 1991 adalah berkaitan.
2. Sehubungan dengan itu sukacita sekiranya Y. Bhg. Datuk/Tuan dapat mengarahkan semua sekolah
rendah dan menengah melaksanakan program ini sebanyak dua kali setahun sempena dengan Hari anti
dadah Kebangsaan iaitu pada 19 Februari dan Hari Anti Dadah Antarabangsa iaitu pada 26 Jun tiap-tiap
tahun. Melalui program ini diharap mesej Anti dadah dapat disampaikan kepada semua pelajar khasnya dan
guru-guru amnya dengan cepat dan secara menyeluruh.
3. Dengan ini matlamat Pendidikan Pencegahan ddah iaitu Sekolah Bebas Dadah dari dadah
berteraskan konsep Modus Operandi Pelaksanaan Program Cuma Lima Minit Anti Dadah tersebut.
4. Kerjasama dan budi bicara amat dihargai dan disanjung tinggi.
Sekian, terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”


tt
(ABDUL RAHIM BIN BUSU MAT NOR)
Timbalan Pengarah I
Bahagian Sekolah
b.p. Ketua Setiausaha
Kementerian Pendidikan Malaysia

LIMA.DOC/(BA)...lis

BAHAGIAN SEKOLAH,
JABATAN SEKOLAH,
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA,
PARAS 5, BLOK J (SELATAN),
PUSAT BANDAR DAMANSARA, Tel : 03-2586900
50604 KUALA LUMPUR. Fax: 03-256389

KP(BS/HEP)8543/064(36)

24 Julai 1998

SULIT

Semua Pengarah

Jabatan Pendidikan Negeri

Y.Bhg.Datuk/Dato’/Datin/Tuan,

UJIAN URIN PELAJAR SEKOLAH

Dengan hormatnya saya menarik perhatian Y.Bhg.Datuk/Dato’/Datin/Tuan mengenai perkara di atas.

2. Pihak Kementerian Pendidikan dan Ahensi Dadah Kebangsaan sedang menjalankan ujian urin
pelajar sekolah melalui kaedah Ujian Pantas Urin (kertas jalur) dan kaedah makmal. Keadaan ujian
pantas urin merupakan ujian saringan manakala ujian urin kaedah makmal oleh pihak Hospital merupakan
ujian Pengesahan.

3. Bahagian Sekolah juga telah menerima laporan daripada Jabatan Pendidikan Negeri oleh pihak
Agensi Dadah Kebangsaan bahawa terdapat pelajar yang terlibat mengambil dadah yang dikesan melaui
kedua-dua kaedah ini. (Laporan dilampirkan).

4. Mesyuarat Jawatankuasa Pencegahan Dadah Di Sekolah yang dipengerusikan oleh YB. Dato Ong
Ka Ting pada 18 Jun 1988 telah memutuskan supaya 537 orang pelajar yang dikesan terlibat mengambil
dadah melalui kaedah ujian pantas urin (saringan) dijadikan kajian kes dan terikat dengan Tatacara Ujian
Pantas Urin Di Sekolah oleh Pengetua /Guru Besar, (sila rujuk tatacara yang dilampirkan). Kajian Kes ini
perlu dikendalikan bersama dengan ADK Negeri. Manakala bagi 54 orang pelajar yang dikesan melalui
ujian pengesahan masih terikat dengan Tatacara Tindakan Ke Atas Kes-Kes Penggunaan Dadah Di
Kalangan Murid Di Sekolah. (Salinan Tatacara dilampirkan).

5. Sukacita juga ditekankan supaya segala maklumat berkaitan pelajar yang dikenalpasti terlibat
dengan dadah den program susulan dikendalikan secara SULIT dan hanya perlu diketahui oleh Pengetua,
Guru Penolong Kanan HEM), Guru Disiplin dan kaunselor sekolah. Sila kemukakan ke Bahagian ini
laporan terkini (sehingga 31 Jun 1998) pelajar yang terlibat mengambil dadah (saringan dan pengesahan)
dan program susulan yang sedang dan akan dilaksanakan.

6. Keprihatinan Y.Bhg. Datuk/Dato’/DatinTuan dalam memerangi masalah dadah di sekolah amat


dihargai.
Sekian. Terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menurut perintah,

tt

(HAJI SABRI BIN SALLEH)


Pengarah
Bahagian Sekolah
Kementerian Pendidikan Malaysia.

s.k. 1. Agensi Dadah Kebangsaan


Kementerian Dalam Negeri.
ARE/ANLURIN DOC (HEP 121)

SULIT
TATACARA UJIAN PANTAS URIN
DI SEKOLAH OLEH
PENGETUA/GURU BESAR

DISEDIAKAN OLEH :

AGENSI DADAH KEBANGSAAN


KEMENTERIAN DALAM NEGERI
DENGAN KERJASAMA :

BAHAGIAN SEKOLAH
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

TATACARA UJIAN PANTAS URIN DI SEKOLAH


OLEH PENGETUA/GURU BESAR
1. PENDAHULUAN

Ujian Pantas Urin di sekolah merupakan salah satu pendekatan dalam usaha Pendidikan Dadah di
kalangan pelajar-pelajar sekolah.

Kaedah ini sebagai satu pencegahan awalan secara langsung dan praktikal yang yangh
dilaksanakan oleh Pengetua/Guru Besar terhadap pelajar yang mempunyai tanda-tanda awal
pengambilan dadah.

Kaedah pengesanan dengan menggunakan ‘kertas jalur’ ini hanya tujuan mengesan sahaja supaya
para pelajar yang terlibat dengan penngunakan dadah dapat dibantu dan dipulihkan.

2. RASIONAL

2.1 Pencegahan melalui kaedah Ujian Pantas Urin merupakan aspek penting dalam menangani
masalah di sekolah. Ia merupakan strategi jangka panjang negara dalam membanteras dadah
melui sistem persekolahan.

2.2 Pencegahan awalan amat penting dalam menghadapi masalah ini kerana telah terbukti bahawa
mereka yang terlibat dengan penagihan dadah amat sukar untuk menghilangkan ketagihannya.

2.3 Ujian urin di kalangan pelajar dilakukan bukan untuk tujuan diambil tindakan undang-undang, tetapi
adalah untuk tujuan mengenalpasti secara pantas pelajar yang tersebut dengan dadah agar
tindakan susulan (pencegahan awal) dapat dilakukan dengan segera.

2.4 Dengan jumlah pelajar yang ramai,kaedah ‘ujaian pantas urin’ ini adalah lebih praktikal, lebih murah
dan mampu memenuhi permintaan sekolah untuk membuat pengesanan awal, seterusnya tindakan
serta merta terhadap pelajar yang terlibat dapat diambil.

3. TUJUAN

3.1 Merealisasikan wawasan negara dan matlamat Kementerian Pendidikan Malaysia yang
berteruskan kepada Falsafah Pendidikan Negara.

3.2 Mengesan pelajar yang terlibat dengan dadah secara pantas agar tindakan susulan bagi
pencegahan awal dapat
dilaksanakan secara berkesan, seterusnya membendung pelajar tersebut daripada terus terjerumus
dengan najis dadah.

4. PRINSIP PELAKSANAAN
Pelaksanaan pengesanan dadah melalui ujian urin pelajar menggunakan ‘kertas jalur’ ini hendaklah atas
dasar untuk menolong/membantu pelajar yang terlibat, BUKAN untuk tujuan menghina atau melebelkan
mereka secara negatif.

Pelaksanaan pengesanan dadah melalui ujian urin pelajar menggunakan ‘kertas jalur’ ini juga hendaklah
dilaksanakan secara bijaksana dengan mengutamakan kebajikan dan kesejahteraan pelajar, keluarga
serta sekolah yang terlibat.

Segala maklumat berkaitan pelajar yang dikenalpasti terlibat dengan dadah hendaklah dikendalikan
secara SULIT dan hanya perlu diketahui oleh Pengetua/Guru Besar, Guru Penolong Kanan(HEM), Guru
Disiplin dan Kaunselor sahaja.

Untuk tujuan kesahihan, ujian pantas urin ini perlu dilakukan oleh Pengetua/Guru Besar dan salah
seorang daripada guru berikut:

Guru Penolong Kanan (HEM),

Guru Disiplin,

Kaunselor

Pengetua/Guru Besar perlu memaklumkan secara bijaksana kepada ibu bapa bagi pelajar yang diuji
positif dengan tujuan untuk menentukan program pemulihan yang bersesuaian dapat dilaksakan.

5. TATACARA KERJA

5.1 Penyelarasan Program

5.1.1 ‘Kertas Jalur’ dan peralatan akan dibekalkan kepada Pengetua/Guru Besar di awal tahun sesi
persekolahan tahun berkenaan.

Pihak Agensi Dadah Kebangsaan akan menguruskan latihan mengenai kaedah penggunaan ‘kertas jalur’
kepada Pengetua/Guru Besar.

Setiap Pengetua/Guru Besar boleh mengarahkan pelajar-pelajar menjalani ujian ini.

Pengetua/Guru Besar adalah bertanggungjawab memberitahu ibu bapa pelajar yang positif urinnya bagi
setiap kali ujian pantas urin dilaksanakan untuk membincangkan langkah-langkah yang perlu
diambil bagi membantu pelajar berkenaan.

Setelah menjalani program pemulihan dan empat kali berturut-turut ujian pantas urin yang menunjukkan
positif, Pengetua/Guru Besar perlu membuat laporan kepada Agensi Dadah Kebangsaan supaya
tindakan selanjutnya mengikut Akta 283 (Rawatan Dan Pemulihan) boleh diambil.

6. TATACARA TEKNIKAL
6.1 ‘Kertas Jalur’ Ujian Ganja

6.1.1 Sediakan botol yang sesuai, bersih dan kering.

6.1.2 Pastikan ‘kertas jalur’ yang akan digunakan itu belum luput tarikh ‘sahguna, yang ditetapkan.

6.1.3 Urin yang telah diambil, hendaklah terus dilakukan ujian dengan ‘kertas jalur’ ini bagi mendapatkan
keputusan yang lebih tepat.

6.1.4 Celupkan ‘kertas jalur’ itu ke dalam bekas urin selama 10 saat. Pastikan celupan itu tidak melebihi
had/paras garisan bawah (iaitu garisan melintang di bawah anak panah) yang tercetak pada ‘kertas
jalur tersebut.

6.1.5 Apabila terdapat serapan urin naik ke atas, ‘kertas jalur’ itu hendaklah diangkat dan dikeluarkan
daripada bekas urin tersebut dan diletakkan di atas sebarang permukaan landai.

6.1.6 Baca keputusan tepat 5 minit selepas langkah 6.1.5.

6.1.7 Jika SATU garisan terhasil (control line), maka ia adalah POSITIF.

Jika DUA garisan terhasil (control dan test line), maka ia adalah NEGATIF.

6.1.8 Contoh rajah ujian menggunakan ‘kertas jalur’ adalah seperti lampiran ‘B’.

7. PENUTUP

7.1 Ujian pantas urin di sekolah-sekolah dengan menggunakan ‘kertas jalur’ ini adalah penting sebagai
alat untuk mengesan penglibatan pelajar di peringkat awal bagi memudahkan tindakan pencegahan
dilaksanakan.

DISEDIAKAN OLEH :

AGENSI DADAH KEBANGSAAN


KEMENTERIAN DALAM NEGERI.

DENGAN KERJASAMA ;

BAHAGIAN SEKOLAH
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

13 APRIL 1998

ARE/Gutk Test/HEP

LAMPIRAN ‘A’
TANDA-TANDA PENAGIHAN DADAH

Tanda-tanda penagihan dadah pada umumnya boleh dilihat melalui beberapa perubahan tertentu seperti
rupa, sikap, tabiat dan tingkahlaku. Beberapa tanda umum yang boleh dilihat berkaitan dengan kegiatan
penagihan dadah adalah:-

1. Kemerosotan kehadiran, disiplin dan atau merosot pencapaian akademiknya.


2. Perubahan sikap dan kelakuan seperti meradang tidak tentu sebab, selalu menguap dan
tidak bermaya.
3. Kemerosotan paras rupa dan kebersihan diri.
4. Hilang selera makan, kurang berat badan, mata merah dan berair atau kuyu.
5. Mengelakkan diri daripada bertanggungjawab.
6. Parut atau bekas suntikan di lengan atau hujung jari berjelaga.
7. Mengasingkan diri daripada rakan-rakan sekolah/sebaya atau kegiatan rekrasi/kokurikulum.
8. Suka meminjam wang atau mencuri barang-barang yang mudah dijual.
9. Selalu mengunjungi tempat-tempat terpencil seperti bilik-bilik setor, bilik kecil, tingkah bawah
bangunan dan sebagainya untuk tujuan mengambil dadah.

BAHAGIAN SEKOLAH,
JABATAN SEKOLAH,
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA,
PARAS 5, BLOK J (SELATAN),
PUSAT BANDAR DAMANSARA, Tel : 03-2586900
50604 KUALA LUMPUR. Fax: 03-256389

KP(BS/HEP)8543/0113/(47)
27 Ogos 1998
Semua Pengarah
Jabatan Pendidikan Negeri

Y.Bhg.Dato’/Datuk/Datin/Tuan,

ANALISIS PELAJAR/GURU/PEKERJA
YANG TERLIBAT DENGAN DADAH/
INHALAN/UBAT BATUK (ADIUB I)

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Bahagian Sekolah, Kementerian Pendidikan Mlaysia menerima laporan bahawa Jabatan Pelajran
Negeri dengan kerjasan Agensi Dadah Kebangsaan Negeri-negeri sedang melaksanakan aktiviti
pengesanan secara aktif ke sekolah-sekolah. Sila gunakanBorang ADIUB I yang sudah dimurnikan bagi
laporan berikutnya laporan hanya perlu dihantar tiap-tiap empat bulan sekali sebagaimana berikut :-

i) Laporan Suku Tahun Pertama – Kes yang berlaku di antara 1 Januari hingga 30 April.
ii) Laporan Suku Tahun Kedua – Kes yang berlaku di antara 1 Mei hingga 31 Ogos.
iii) Laporan Suku Tahun Ketiga – Kes yang berlaku di antara 1 September hingga 31 Disember.

3. Di samping mengucapkan syabas kepada Jabatan Pendidikan Negeri yang mengambil langkah
pencegahan melalui aktiviti pengesanan secara aktif ini, Bahagian Sekolah berharap supaya tindakan
susulan bagi menyelamatkanpelajar yang didapati positif urin dapat diambil secara praktikal dan
berkesan.

4. Keprihatinan Y.Bhg.Dato’/Datuk/Datin/Tuan dalam usaha-usaha Pendidikan Pencegahan Dadah amat


disanjungi tinggi.

Sekian, terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya Yang Menurut Perintah,


tt
(HAJI SABRI BIN SALLEH)
Pengarah
Bahagian Sekolah
Kementerian Pendidikan Malaysia
ANALISIS PELAJAR/GURU/PEKERJA YANG TERLIBAT
DENGAN DADAH, INHALAN DAN UBAT BATUK
BULAN ……………………. HINGGA ……….2001
NAMA SEKOLAH :……………………… KEDUDUKAN SEKOLAH:LUAR BANDAR/PINGGIR BANDAR/BANDAR

1 2 3 4 5 6 7 9

JANTINA BANGSA TINGKATAN JENIS DADAH THP. PNGGUNAAN

BIL NAMA L P M C I LL 1 2 3 4 5 6 G H M C P LL MC T E M TINDAKAN

M = MELAYU 6G = GANJA 7MC = MENCUBA Jumlah Pelajar Diuji =


C = CINA H = HEROIN T = MENAGIH Bil. Pelajar yang Terlibat =
I = INDIA M = MORFIN E = MENGEDAR
LL = LAIN-LAIN C = CANDU MI = MEMILIKI
P = PIL-PIL
LL = LAIN-LAIN 9KOD TINDAKAN
1PELAJAR DIKAUNSELING
RUMUSAN PENGLIBATAN 2IBU BAPA DIBERITAHU
DADAH = 3PELAJAR DIGANTUNG SEKOLAH (10 HARI)
INHALAN = 4PELAJAR DIBUANG SEKOLAH
UBAT BATUK = 5PROGRAM KHAS
6DLL
NYATAKAN
B5
KP(BS)8548/4/Jld.IX/(I)
Kementerian Pelajaran,
Rumah Persekutuan,
Kuala Lumpur 01-34,

27. Januari, 1979,

Pengarah Pelajaran,
Semua Negeri,
Senanjung Malaysia.

Tuan,

Surat Pekeliling Iktisas Bil: i/1979


Senarai Tugas-Tugas Guru Panduan
Di Sekolah Menengah

Memandang bahawa kepentingan mengadakan satu perkhidmatan panduan pelajaran dan kerjaya yang
berkesan di Sekolah Menengah, tiap-tiap Guru Besar Sekolah Menengah adalah dikehendaki meneliti
Rancangan Panduan Pelajaran dan Kerjaya meliputi kegiatan-kegiatan dengan tujuan-tujuan yang
berikut:-

(a) Panduan Pelajaran – murid-murid diberi pertolongan untuk memiliki mata pelajaran pilihan supaya
mereka memahami akan implikasi-implikasi pilihan itu terhadap pelajaran dan pekerjaan pada masa
hadapan.

(b) Panduan Kerjaya – murid-murid diberi pertolongan dalam perkembangan kemajuan pekerjaan
melalui kegiatan-kegiatan Kelab Panduan Kerjaya, mengambil ujian minat pekerjaan, lawatan ke tempat
pekerjaan/latihan/alam pekerjaan, mendapat maklumat mengenai pekerjaan daripada Papan Kenyataan
Pekerjaan, Kutub Khanah dan sebagainya.

(c) Panduan peribadi – murid-murid diberi pertolongan untuk mengatasi/menyelesaikan masalah-


masalah peribadi, perhubungan antara murid dengan guru, masalah-masalah dalam pelajaran dan lain-
lain melalui Rundingcara(Counseling Interview) antara murid dan guru panduan.

(d) Ramcangan Mencegah Salahguna Dadah bertujuan untuk

(i) Mengesan murid-murid yang mengalami masalah-masalah yang mungkin di dalam kumpulam
risiko tinggi penyalahgunaan dadah dapat diberi pertolongan dan diselamatkan.

(ii) Mengesan murid-murid yang terlibat dalam penyalahgunaan dadah dapat dirujukan kepada
agensi-agensi yang berkenaan untuk mendapat rawatan dn pemulihan.

(iii) Jika sekiranya murid yang telah menjalani pemulihan dapat diterima semula di Sekolah Kerajaan,
diberi tindakan seliaan.
Bersama-sama ini dilampirkan senarai “Tugas-tugas Guru Panduan Sekolah Menengah” yang ditetapkan
kuatkuasa mulai dari Januari, 1979. Guru-Guru Besar Sekolah Menengah adalah diarah menitikberatkan
perkara ini dan mengambil langkah-langkah sewajarnya untuk menjamin perlaksanaan perkhidmatan
Panduan Pelajaran dan Kerjaya adalah dikelolakan dengan sempurna.

Tuan adalah dminta memberitahu perkara ini kepada tiap-tiap Guru Besar/Guru Panduan Sekolah
Menengah di Negerituan. Pengelola Daerah Panduan Pelajaran Negeri adalah dikehendaki mempastikan
supaya Guru-Guru Panduan menjalankan tugas-tugasnya dengan sempurna.

Saya yang menurut perintah

t.t

(SYED ABU BAKAR BARAKBAH KMN.PSM)


Pengarah Sekolah-Sekolah,
Bahagian Sekolah-Sekolah,
Kementerian Pelajaran, Malaysia.
SENARAI TUGAS-TUGAS
GURU PANDUAN DI SEKOLAH MENENGAH

1. Menjalankan rancangan panduan yang berkesan dan bertujuan.

2. Mengelola rancangan orientasi membimbing murid-murid dalam memilih mata pelajaran,


mencadangkan tempat-tempat pelajaran lanjutan tabiat belajar dan lain-lain kegiatan panduan
pelajaran.

3. Mengelola seminar-seminar ceramah-ceramah dan pameran kerjaya di peringkat sekolah dan


mengambil bahagian dalam mengelolakan kursus-kursus panduan dan sebagainya di peringkat Negeri
dan Daerah, jika dikehendaki.

4. Menolong mengadakan perhubungan di antara dan badan-badan yang berkenaan seperti Jabatan-
jabatan Kesihatan , Buruh dan Tenaga Rakyat, Kebajikan Masyarakat, Kebudayaan, Belia dan Sukan,
Badan Persen dirian, Persatuan-persatuan Dermawan dan sebagainya.

5. Membuat penentuan kes-kes untuk dirujuk kepada pihak-pihak tertentu, jika perlu dan membuat
susulan.

6. Bertanggungjawab, secara keseluruhan mengenai mengisi, menjaga dan mengguna Rekod Himpunan
dan butir-butir yang berkenaan.

7. Mencatit, mengumpulkan dan menggunakan “Butir-butir Tanpa Ujian” murid-murid.

8. Mengelola Bilik/Bilik Rundingcara dengan lengkap dan teratur.

9. Mengelola dan mengadakan rundingcara, temuramah dengan murid-murid /ibubapa (misalnya: masalah
peribadi pemilihan matapelajaran kerja, kesihatan, penyesuaian pergaulan dan lain-lain.

10. Mengelola dan merancang panduan kumpulan pada peringkat sekolah :

(a) Panduan kumpulan hendaklah digunakan untuk membawa kesedaran kepada semua murid.
Menerusi panduan kumpulan dapat membantu murid-murid untuk mengatasi masalah peribadi,
memperbaiki kebiasaan dan sikap belajar, menjelaskan nilai-nilai, pembentukan konsep kendiri
dan perkembangan secara positif supaya menjadi dewasa yang bertanggungjawab.

(b) Panduan kumpulan dinamik harus digunakan dalam usaha mencegah penyalahgunaan dadah
di sekolah-sekolah menengah.

(c) Panduan kumpulan hendaklah digunakan untuk menolong murid-murid memilih mata-mata
pelajaran kesukaan (electives) dengan lebih teliti lagi selaras dengan perkembangan minat,
kemahiran dan pencapaian mereka dalam mata-mata pelajaran dan lapangan-lapangan
kegiatan yang boleh menentukan kesan-kesan jangka panjang dalam pemilihan pekerjaan pada
satu masa kelak.

11. Mengelolakan aktiviti-aktiviti yang bersabit dengan panduan (misalnya: Ceramah Kerjaya, melawat
tempat-tempat pekerjaan, pelajaran, latihan, menyebarkan maklumat mengenai peluang-peluang
latihan/pelajaran/pekerjaan, mengelola, pengalaman pekerjaan, perbincangan pertunjukan filem,cara
memohon kerja, kelakuan di temuduga pekerjaan dan lain-lain), bagi murid-murid sekolah amnya dan
bagi murid-murid yang akan meninggalkan sekolah khasnya.
12. Mengesan sikap, bakat,kebolehan,sahsiah murid-murid melalui Ujian Khas (Standardised) bila ujian itu
ada.

13. Menjalankan projek percubaan / untuk mengkaji sejauh manakah Panduan di sekolahnya berkesan.

14. Menjalankan penyelidikan/Kajian di atas tindakan yang telah dibuat misalnya: kajian tindak ikut
mengenai perkembangan pekerjaan murid-murid dan mengumpulkan semua aspek-aspek lain berlainan
berkenaan seseorang murid dan lain-lain.

15. Mengelola dan menyelia kelab Kerjaya sekolah.

16. Mengadakan kegiatan-kegiatan tertentu termasuk panduan kumpulan dengan kegunaan pendekatan-
pendekatan positif untuk mencegah dadah.

17. Bekerjasama dengan pihak-pihak tertentu (misalnya : PEMADAM, Ibubapa, Kementerian Kebajikan
Masyarakat dan lain-lain) untuk mencegah kesalahgunaan dadah di kalangan murid-murid.

18. Mengadakan program khas untuk mengesan murid yang dianggap dalam keadaan risiko
menyalahgunakan dadah dan mengambil tindakan sewajarnya.

19. Menjalankan tindakan mengesan awal untuk mencegah salahgunaan dadah di kalangan murid.

20. Menentukan saluran rujukan khas untuk menolong murid-murid yang terlibat dalam kegiatan
salahgunaan dadah dan menjalankan tindakan susulan.

21. Menjalankan tugas-tugas lain yang diberi dari semasa ke semasa oleh Guru Besar sekolah di mana
Guru Panduan itu ditugaskan.
LAMPB/BK 077A

B7

Bahagian Sekolah-sekolah
Kementerian Pelajaran Malaysia,
Tingkat 12-14, Bangunan Bank Pertanian,
Leboh Pasar Besar,
Kuala Lumpur. Telefon : 922066

KP(BS)8591/Jld.II(29)

2hb. Januari 1985

Semua Pengarah Pelajaran Negeri,

Malaysia.

Y.B.Dato’/Tuan,

SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL.I/1985

Penubuhan Jawatankuasa Bimbingan Pelajar Sekolah

1. Latarbelakang

Sebagai sebuah institusi pendidikan, sekolah mempunyai banyak peranan dan tanggungjawab. Peranan
dan tanggungjawab utama sekolah bukan hanya semata-mata kepada menyampaikan ilmu pengetahuan
dan memupuk kemahiran-kemahiran tertentu kepada pelajar-pelajar, bahkan juga bagi melahirkan
pelajar-pelajar yang dapat memberi sumbangan ke arah hidup yang harmonis, bersatupadu, bertoleransi,
berdisiplin dan bahagia. Justru itu, sekolah adalah tempat bagi melahirkan pelajar-pelajar yang
mempunyai sahsiah yang baik, iaitu yang mempunyai sikap serta menghayati nilai-nilai hidup berasaskan
Prinsip-prinsip Rukunegara.

Di samping itu, sekolah juga mempunyai peranan bagi mengeluarkan tenaga mahir untuk pembangunan
negara. Ia dapat dilakukan dengan meluaskan lagi pandangan dan pengetahuan pelajar-pelajar mengenai
bidang-bidang kerjaya.

Pada keseluruhannya, setakat ini sekolah-sekolah telah dapat melahirkan pelajar-pelajar yang berjaya
dalam bidang akademik, melalui kurikulum yang sedia ada. Sungguhpun demikian, melalui bidang
kurikulum sahaja, seperti mata pelajaran Sivik, Sejarah, Geografi dan Kesusasteraan misalnya, belum
boleh menjamin tercapainya matlamat bagi melahirkan pelajar-pelajar yang mempunyai nilai-nilai akhlak,
kesusilaan dan ketatanegaraan sepenuhnya atau yang mempunyai semangat patriotik yang tinggi.
Sekarang terdapat tanda-tanda yang menunjukkan pembentukan sahsiah secara sepenuhnya
sepertimana yang diharapkan. Ini terbukti dengan adanya kejadian-kejadian/perbuatan-perbuatan tertentu
yang dilakukan oleh pelajar-pelajar seperti tidak menghormati ibu bapa dan guru; pemulauan kelas;
merosakkan harta benda awam; penyalahgunaan dadah; melakukan perbuatan jenayah dan anti
nasional. Terdapat juga segelintir pelajar yang menjadi golongan pelampau yang menyebar dan
mengamalkan prinsip-prinsip dan nilai-nilai hidup yang bercanggah dengan prinsip-prinsip dan nilai-nilai
yang murni.

Sepertimana kurikulum, gerakerja ko-kurikulum juga mempunyai peranaan dalam pembentukan


perkembangan jasmani dan rohani pelajar-pelajar. Oleh yang berkenaan, ko-kurikulum sekolah juga
seharusnya dapat dititikberatkan oleh sekolah-sekolah. Apa yang jelas pada masa ini, bahawa gerak kerja
ko-kurikulum sekolah kurang mendapat tempat yang sewajarnya, jika dibandingkan dengan kurikulum
sekolah sehingga menyebabkan pembentukan rohani pelajar-pelajar kurang berkesan. Ini disebabkan
oleh perkara-perkara berikut:-

Khidmat dan kejayaan dalam bidang ko-kurikulum kurang mendapat pengiktirafan.

Sekolah-sekolah kurang memberi perhatian kepada gerakerja ko-kurikulum. Ada


juga sekolah-sekolah yang kurang menitikberatkan gerakerja ini, kerana terlalu
mementingkan pencapaian akademik semata-mata. Ada juga sekolah-sekolah
yang mempunyai kekurangan alatan dan lain-lain kemudahan bagi menjlankan
gerakerja ko-kurikulum;

Kurangnya penggabungjalinan dan persenambungan di antara gerakerja ko-kurikulum;

Sebahagian daripada murid-murid tidak/kurang mengambil bahagian secara aktif dan ini
disebabkan oleh banyak faktor. Di antaranya ialah jenis-jenis gerakerja ko-
kurikulum dan aktivitinya kurang kepelbagaian, sesuai dengan minat dan
kebolehan pelajar-pelajar dan mereka tidak berpeluang untuk melibatkan diri.
Terdapat pula adanya setengah-setengah ibu bapa yang enggan membenarkan
anak-anak mereka menyertai gerakerja ko-kurikulum ini.

Kurang penglibatan ibu bapa dan masyarakatnya secara aktif dalam gerakerja kokurikulum. Biasanya
mereka diundang untuk menjadi penonton di dalam sesuatu temasya seperti sukan tahunan sekolah
misalnya.

Anggapan bahawa sekolah hanya sebagai tempat bagi mendapatkan pendidikan (school as the sole
agent for education). Ini bererti ada setengah-setengah golongan masyarakat menyerahkan bulat-bulat
tugas mendidik anak-anak golongan masyarakat bulat-bulat tugas mendidik anak-anak mereka kepada
pihak sekolah, tanpa memberi sumbangan dan penglibatan terhadap perkembangan menyeluruh anak-
anak mereka.

Sekolah-sekolah yang tidak memberi ketegasan yang sewajarnya bagi mengimbangkan antara
kepentingan gerakerja ko-kurikulum dengan akademik dan kurang pula menekankan tentang penyertaan
menyeluruh pelajar-pelajar di dalam gerakerja tersebut,boleh menyebabkan pendidikan menyeluruh tidak
dapat dicapai. Tanpa memberi peluang kepada setiap orang pelajar, khususnya pelajar-pelajar yang
lemah dalam bidang akademik, bererti pelajar-pelajar ini tidak diberi peluang dan pengiktifan kepada
mereka. Keadaan begini boleh mendorong pelajar-pelajar itu ponteng sekolah atau menceburkan
diridalam kegiatan –kegiatan yang tidak sihat dan seterusnya boleh menimbulkan masalah disiplin
sekolah.

2. Tujuan surat pekeliling ini adalah untuk memberitahu pihak sekolah supaya
menubuhkan Jawatankuasa Bimbingan Pelajar Sekolah (JBPS) di sekolah masing-masing.

3. Berikut adalah garis panduan mengenai penubuhan JBPS:

3.1 Tujuan JPBS

Tujuan penubuhan JPBS adalah :-

3.2.1 Mewujudkan suasana yang seimbang di antara perkembangan mental dengan


perkembangan sosial, rohani dan jasmani pelajar-pelajar.
3.2.2 Mengadakan aktiviti-aktiviti di sekolah supaya pelajar-pelajar boleh mengisi masa lapang
mereka dengan gerakerja yang bermanfaat dan dengan itu dapat menghindarkan
pelajar-pelajar dari tercebur dalam gerakerja yang tidak diingini seperto ponteng
sekolah, penyalahgunaan dadah, membuang masa di pusat-pusat membeli belah atau
melibatkan diri dengan kumpulan-kumpulan yang kurang sihat.
3.2.3 Memperkukuhkan lagi interaksi dan intergrasi di antara pelajar-pelajar berbilang kaum di
sekolah.
3.2.4 Memupuk bakat dan minat pelajar-pelajar selain daripada pelajaran di bilik darjah, memupuk
semangat kesopanan, berdikari, kerajinan bekerja dan semangat berkhidmat,
menyemai dan memperkukuhkan sifat-sifst berdisiplin dan patuh kepada undang-
undang, serta lain-lain nilai dan tabiat baik yang dikehendaki supaya pelajar-pelajar
dapat diasuh menjadi warganegara yang baik dan berguna sepenuhnya sepertimana
yang diharapkan. Ini terbukti dengan adanya kejadian-kejadian/perbuatan-perbuatan
tertentu yang dilakukan oleh pelajar-pelajar seperti tidak menghormati ibu bapa dan
guru, pemulauan kelas, merosakkan harta benda awam, penyalahgunaan dadah,
melakukan perbuatan jenayah dan anti nasional. Terdapat juga segelintir pelajar yang
menjadi golongan pelampau yang menyebar dan mengamalkan prinsip-prinsip dan
nilai-nilai hidup yang murni.
3.2.5 Mewujudkan suasana dan tradisi sekolah yang dapat dibanggakan oleh pelajar-pelajar dan
masyarakat.

3.3 Fungsi JBPS

Di antara fungsi JPBS adalah :-

3.3.1 Merancang, menyelaras dan melaksanakan gerakerja-gerakerja ko-kurikulum dengan


teratur dan terperinci dengan menggembelingkan tenaga golongan pelajar, guru, ibu
bapa dan masyarakat.
3.3.2 Berusaha bagi menyediakan kemudahan-kemudahan dan peralatan-peralatan gerakerja ko-
kurikulum.
3.3.3 Berusaha meningkatkan lagi penglibatan pelajar dan masyarakat setempat dan gerakerja
ko-kurikulum sekolah.
3.3.4 Berusaha menerapkan nilai-nilai sosial yang positif, membina sikap dan tabiat dan budi
pekerti yang baik di kalangan pelajar-pelajar.
3.3.5 Berusaha bagi mewujudkan semangat kekitaan di kalangan masyarakat sekolah dan
masyarakat setempat terhadap institusi sekolah.
3.3.6 Memberi penghargaan kepada pelajar-pelajar yang melibatkan diri dalam gerakerja ko-
kurikulum sekolah.
3.3.7 Menilai keberkesanan gerakerja ko-kurikulum sekolah dari masa ke semasa.
3.4 Keanggotaan JBPS

Adalah dicadangkan keanggotaan Jawatankuasa ini seperti berikut :

Pengerusi : Guru Besar

Naib Pengerusi : Guru Penolong Kanan

Setiausaha : Pilihan Guru Besar

Ahli-ahli : Wakil masyarakat

Wakil PIBG

Wakil Lembaga Pengurus/Pengelola Sekolah

Wakil Murid Tua (jika ada)

Wakil-wakil Guru (termasuk guru Agama Islam)

Wakil Murid (ketua murid dan penolong)

(Bagi sekolah menengah bercampur, seorang lelaki dan seorang perempuan).

(Pihak sekolah hendaklah mensesuaikan keanggotaan jawatankuasa ini berdasarkan saiz dan
peringkat sekolah (rendah dan menengah) dan keadaan masyarakat tetapi penyertaan wakil PIBG,
wakil komuniti dan wakil persatuan murid tua (jika ada) hendaklah dikekalkan. Guru Besar dibolehkan
menjemput anggota-anggota lain jika perlu).

3.5 Jenis Gerakerja Ko-Kurikulum

Terdapat 3 jenis gerakerja ko-kurikulum di sekolah iaitu:

3.5.1 Pasukan Pakaian Seragam seperti Pasukan Anak Serigala, Pasukan Pengakap,
Pasukan Kadet Polis
3.5.2 Kelab/Persatuan seperti Persatuan Sains dan Matematik, Persatuan Geografi/Sejarah,
Kelab Keselamatan Jalanraya, Kelab Komputer
3.5.3 Sukan (olahraga dan Permaisuri) (sebagai contoh bersama-sama ini disertakan
senarai beberapa gerakerja ko-kurikulum yang dijalankan di sekolah).

4. Mesyuarat
Jawatankuasa ini hendaklah mengadakan mesyuarat sekurang- kurangnya tiga kali sepenggal (awal,
pertengahan dan akhir penggal) di mana laporan perkembangan tiap-tiap gerakerja itu dikaji dan nilai
untuk diambil tindakan pelaksanaan selanjutnya dengan lebih berkesan lagi.

5. Penyertaan

5.1 Matlamat gerakerka ko-kurikulum yang dikehendaki ialah penyertaan setiap orang pelajar.
Setiap pelajar hendaklah mengambil bahagian sekurang-kurangnya dalam satu gerakerja
pakaian seragam, satu kegiatan persatuan atau kelab dan satu kegiatan sukan atau
permainan. Seberapa yang boleh, peningkatan penyertaan pelajar-pelajar dalam kegiatan
pakaian seragam hendaklah diusahakan.
5.2 Penyertaan semua guru adalah dikehendaki bagi mempastikan keberkesanan pelaksanaan
gerakerja ko-kurikulum sekolah.
5.3 Sekolah-sekolah khususnya yang kurang kemudahan untuk menjalankan gerakerja ko-
kurikulum ini hendaklah menggalakkan pelajar-pelajarnya mengambil bahagian dalam
membuat kerja-kerja amal untuk masyarakat setempat, bergotong royong memperbaiki
kawasan sekolah, gerakerja-gerakerja yang menekankan perpaduan kaum,
ketatanegaraan,moral dan sebgainya sesuai bagi pendidikan menyeluruh dan pembetukan
keperibadian.

6. Kemudahan

6.1 Sekolah hendaklah menggunakan secara maksima ruang dan alt-alat yang sesuai dengan
jenis gerakerja yang hendak dijalankan.
6.2 Sekolah hendaklah berusaha mengadakan kemudahan dan alt-alat untuk gerakerja-gerakerja
tersebut mengikut kemampuan sekolah masing-masing. JBPS hendaklah berikhtiar
mengadakan kemudahan-kemudahan lain bagi menentukan gerakerja kokurikulum berjalan
dengan berkesan.

7. Pengecualian

Pelajar-pelajar yang dalam keadaan seperti berikut bolehlah dikecualaikan daripada menyertai gerakerja
ko-kurikulum.
7.1 Kes-kes perubatan – pelajar yang telah disahkan oleh Doktor seperti menghidap sakit jantung,
lelah dan lain-lain penyakit yang boleh membahayakan diri jika mereka mengambil bahagian.
7.2 Kecacatan – pelajar-pelajar yang mempunyai kecacatan anggota tubuh yang boleh
membahayakan diri mereka jika mengambil bahagian dalam gerakerja yang sesuai bagi
mereka.
7.3 Untuk pelajar-pelajar yang mengikuti kelas-kelas Agama di waktu pagi/petang, satu
penyesuaian terhadap pelaksanaan gerakerja ko-kurikulum hendaklah diadakan. Untuk tujuan
ini, Guru Besar hendaklah berunding dengan pihak sekolah/Jabatan berkenaan.

8. Tindakan Lanjut

8.1 Oleh kerana perseimbangan antara bidang kurikulum (akademik) dengan ko-kurikulum ke arah
pembentukan peribadi secara total di kalangan pelajar-pelajar sangat penting, Kementerian
Pelajaran memandang JBPS adalah perlu. Oleh itu, Guru Besar hendaklah mempunyai
kepekaan, inisiatif, bersikap terbuka dan berpandangan jauh dalam melaksanakan
gerakerja ko-kurikulum ini sesuai dengan konsep pendidikan menyeluruh.
8.2 Sebagai lanjutan daripada penubuhan JBPS, pihak sekolah hendaklah juga mengambil
tindakan berikut bagi mempastikan keberkesanan gerakerja kokurikulum yang dijalankan.
8.2.1 Merakamkan secara terperinci kedatangan dan penyertaan pelajar-pelajar di
dalam gerakerja ko-kurikulum sekolah dan merekodkan gerakerja tersebut ke
dalam sijil berhenti sekolah.
8.2.2 Guru Besar hendaklah mengambil peranan utama dalam pengendalian dan
pelaksanaan gerakerja ko-kurikulum dengan mengamalkan dan menghayati
Konsep Kepimpinan Melalui Teladan.
8.2.3 Guru Besar dan guru-guru hendaklah menambahkan pengetahuan serta
melengkapkan diri dengan kemahiran-kemahiran yang membolehkan mereka
menjalankan tugas dalam pelaksanaan gerakerja ko-kurikulum dengan cekap
dan berkesan.
8.2.4 Memberi penghargaan kepada guru-guru dan pelajar-pelajar atau orang
perseorangan. Penghargaan tidak hanya terbatas kepada
kejayaan/kemenangan semata-mata tetapi hendaklah juga diberi kepada
pelajar-pelajar yang mempunyai sifat disiplin yang baik.
8.2.5 Mengadakan pertandingan-pertandingan yang melibatkan juga murid-murid
yang kurang berbakat atau yang kurang berminat.

9. Keselamatan Para Pelajar

Pihak sekolah hendaklah mengadakan langkah-langkah tertentu bagi menentukan keselamatan


pelajar-pelajar semasa menjalani gerakerja ko-kurikulum.

10. Harap dimaklumkan kandungan surat pekeliling ini kepada semua sekolah.

Sekian.

‘BERKHIDMAT UNTUK NEGARA’

Saya yang menurut perintah,

t.t
(TAN SRI DATO’ HAJI MURAD MOHD NOOR)
Ketua Pengarah Pelajaran
Kementerian Pelajaran Malaysia.
s.k.
1. Setiausaha Sulit kepada YB Menteri Pelajaran Malaysia
2. Setiausaha Sulit kepada YB Datin Paduka Rosemary Chong Timbalan Menteri Pelajaran
3. Setiausaha Sulit kepada YB Encik Bujang Haji Ulis Timbalan Menteri Pelajaran
4. Ketua Setiausaha, Kementerian Pelajaran Malaysia
5. Timbalan Ketua Setiausaha I, Kementerian Pelajaran Malaysia
6. Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran I, Kementerian Pelajaran Malaysia
7. Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran II, Kementerian Pelajaran Malaysia
8. Timbalan Ketua Setiausaha II, Kementerian Pelajaran Malaysia
9. Ketua-ketua Bahagian, Kementerian Pelajaran Malaysia
10. Ketua Jemaah Nazir Sekolah Persekutuan, Kementerian Pelajaran Malaysia
11. Pegawai Khas kepada Y.B. Menteri Pelajaran
12. Ketua Unit Hal Ehwal Awam, Kementerian Pelajaran Malaysia
PEJABAT KETUA PENGARAH PENDIDIKAN MALAYSIA,
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA, Telefon: 03-2586900
PARAS 7, BLOK J, Fax : 03-2535150
PUSAT BANDAR DAMANSARA, Laman Web http://www.moe.gov.my
50604 KUALA LUMPUR.

KP(BS)8591/Jld.XVll(8)
19 Julai 2001
Semua Pengarah Pendidikan Negeri

Y. Bhg. Dato’/Tuan/Puan,

SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL.8/2001

Pemantapan Pengurusan Disiplin di Sekolah

Kes jenayah berat yang melibatkan murid sekolah kerap terjadi sejak akhir-akhir ini . Ia menimbulkan
banyak persoalan tentang bagaimana perbuatan jenayah seumpama ini boleh dilakukan oleh golongan
murid sekolah. Walaupun secara umun diketahui bahawa kejadian-kejadian ini mempunyai pelbagai
kejadian dengan perkara yang berlaku di luar persekitaran sekolah, namun pentadbiran sekolah harus
memandang serius apa jua yang membabitkan murid sekolah, namun pentadbiran sekolah harus
memandang serius apa jua kes yang membabitkan murid sekolah. Ringkasnya, ia bersangkutan dengan
ketidakseimbangan mental dan emosi yang didorong oleh pelbagai sebab. Dalam menanganinya, kita tidak
kekurangan pendapat dan saranan. Ada yang menyimpulkan rentetan kejadian yang berlaku seperti murid
dirogol dan dibunuh oleh murid sesama sekolah, murid bergaduh dan bertumbuk di perhimpunan sekolah,
dan murid koma akibat dipukul oleh murid lain adalah kerana murid-murid ini tidak mempunyai kestabilan
emosi akibat tekanan sosial yang hebat, sama ada di dalam mahupun di luar sekolah.

2. Sehubungan dengan itu, Surat Pekeliling Ikhtisas ini dikeluarkan dengan tujuan untuk
memperingatkan Jabatan Pelajaran Negeri (JPN), Pejabat Pendidikan Bahagian dan Daerah(PPB/PPD),
semua Pengetua dan Guru Besar supaya mengambil langkah- langkah yang berkesan untuk memantapkan
pengurusan disiplin di sekolah-sekolah. Pengurusan hal ehwal murid (HEM) hendaklah dimantapkan serta
dipertingkatkan kecekapannya di pelbagai peringkat institusi pendidikan, iaitu di JPN, PPB/PPD, dan
sekolah. Pengetua/Guru Besar dan Guru Penolong Kanan (HEM) hendaklah memikul tanggungjawab bagi
melaksanakan sistem pengurusan hal ehwal murid yang berkesan serta mempunyai rekod murid yang
kemas kini.

2.1 Pemantapan Sistem Pengurusan Murid Di Sekolah


Sistem rekod murid yang sedia ada (Kad 01 & 02) perlu dilihat semula, sama ada telah
memenuhi keperluan pengurusan hal ehwal murid yang cekap dan berkesan. Sistem
tambahan boleh dicipta sekiranya ia dapat membantu pihak sekolah dan guru dalam hal
pemantauan dan kawalan mengenai perkembangan akademik, emosi, sahsiah dan tingkah
laku murid sepanjang mereka bersekolah.

Melalui sistem pengurusan hal ehwal murid, sekolah diminta supaya memperkemaskan profil
murid dari hari pertama persekolahan disekolah masing-masing. Profil yang mengandungi
maklumat murid seperti gambar murid, butiran peribadi dan keluarga, rekod disiplin, prestasi
akademik, minat, hobi, pilihan kerjaya dan kemahiran sosial hendaklah dikemas kini dari
semasa ke semasa. Profil ini hendaklah dipindahkan secara sulit mengikut pergerakan
murid, sama ada ketika berpindah kelas atau bertukar sekolah. Kaedah sebegini adalah
bertujuan supaya guru-guru mengenali murid dan keluarganya dengan lebih dekat lagi.

Laporan kes-kes yang khusus merujuk salah laku murid yang berpindah sekolah juga perlu
dihantar ke sekolah baru secara sulit supaya pemantauan dan pemulihan berterusan dapat
dilakukan terhadap murid berkenaan. Semua rekod disiplin dan profil murid hendaklah
disimpan dengan baik di tempat yang selamat. Sekolah hendaklah menyimpan salinan
maklumat rekod dan profil murid dalam tempoh masa yang sesuai walaupun murid telah
menamatkan persekolahan untuk keperluan-keperluan tertentu.

2.2 Pemantapan Pengurusan Disiplin

Setiap sekolah mesti mempunyai jawatankuasa disiplin sekolah yang berfungsi merancang dan
mengurus hal-hal berkaitan dengan masalah disiplin di kalangan murid. Dalam masa yang sama,
semua guru mesti mengambil tanggungjawab bersama dalam menentukan disiplin sekolah sentiasa
berada dalam keadaan baik dan terkawal. Guru-guru kelas terutamanya, boleh memainkan peranan
yang peting sebagai guru disiplin bagi kumpulan murid-murid di kekasnya.
Semua guru perlu diberikan pendedahan tentang cara mengenal pasti murid-murid yang
bermasalah dalam kelas masing-masing. Guru sewajarnya membantu murid yang bermasalah atau
merujuk murid yang berkenaan kepada Guru Kaunseling atau Kaunselor sekolah supaya murid-
murid sedemikian dapat meluahkan apa jua masalah yang terpendam dalam hati sanubari mereka.
Guru Besar atau Pengetua boleh secara pentadbiran mengurangkan bilangan waktu
mengajar Ketua guru Disiplin supaya mereka mempunyai masa yang cukup untuk menyediakan
laporan atau profil yang lengkap mengenai segala salah laku murid serta langkah yang wajar diambil
untuk memulihkan murid berkenaan.

2.3 Pemantauan Pengurusan Kaunseling Di Sekolah

Sekolah hendaklah memastikan guru kaunseling sentiasa mempunyai maklumat yang kemas kini
mengenai murid yang mempunyai masalah daripada guru kelas atau guru tingkatan. Murid-murid
berkenaan perlu diberikan khidmat nasihat sehingga keadaan permasalahan yang mereka hadapi
dapat dipulihkan sepenuhnya.

2.4 Sekolah Penyayang


Konsep “Sekolah Penyayang” yang menekankan kepada rasa sayang menyayangi serta
menimbulkan kemesraan di antara guru dan murid, murid dengan murid serta antara warga sekolah
dengan ibu bapa hendaklah dipertingkatkan lagi. Dengan wujudnya kemesraan ini maka gejala yang
tidak sihat yang berkemungkinan dilakukan oleh murid dapat dihindar dan dibendung.

Sekolah dengan kerjasama dan permuafakatan Persatuan ibu bapa dan guru (PIBG) hendaklah
merangka program “Lawatan ke Rumah” (Home Visit) bagi membolehkan guru-guru lebih mengenali
latar belakang murid dan keluarganya. Pendekatan ini adalah bertujuan untuk mengeratkan lagi
hubungan serta kemesraan antara guru-guru dengan ibu bapa. Selain daripada itu, sekolah juga
harus menggalakkan program timbal-balik yang meminta ibu bapa berkunjung ke sekolah bagi
membincangkan perkembangan anak mereka dengan guru dari masa ke masa.

2.5 Pendidikan Keselamatan dan Perlindungan Diri

Setiap murid seharusnya tidak memandang ringan hal-hal yang berkaitan dengan keselamatan diri
mereka, sama ada di sekolah atau di luar waktu sekolah. Pendidikan Keselamatan diri boleh
dilakukan melalui aktiviti kelab-kelab yang ditubuhkan di sekolah seperti Kelab Pencegahan
Jenayah, Pembimbing Rakan sebaya, Skim Lencana Anti dadah (SLAD) dan Badan-badan
Beruniform yang lain. Melalui aktiviti kelab-kelab ini, penyebaran maklumat berkaitan dengan
kemalangan/jenayah hendaklah disampaikan dan dibincangkan untuk difahami oleh murid-murid.

Kesedaran keselamatan diri ataupun perlindungan diri perlu ditekankan di sekolah-sekolah


bagi mengingatkan murid supaya tidak berseorangan apabila ketika di luar waktu rasmi
persekolahan, iaitu ketika balik dari sekolah dan pada keadaan-keadaan mengikut amalan biasa
seperti tertinggal bas, ibu bapa tidak menjemput seperti biasa, tertinggal oleh rakan atau berada di
tempat-tempat sunyi.

Sekolah perlu sentiasa mengingatkan hal-hal yang berkaitan dengan keselamatan diri
sewaktu perhimpunan rasmi dari semasa ke semasa. Guru-guru pula boleh menyampaikan
panduan tentang keperluan menjaga keselamatan sewaktu pendidikan formal di kelas atau kegiatan
kokurikulum di luar bilik darjah. Bahaya penggunaan alatan elektrik, bahan kimia, alatan sukan dan
permainan serta tingkah laku yang boleh memudaratkan diri hendaklah sentiasa diperingatkan oleh
guru-guru. Sekolah hendaklah mempamerkan maklumat penting mengenai panduan keselamatan
ini di tempat yang strategik serta memaklumkan kepada murid-murid nombor-nombor telefon yang
boleh dihubungi ketika mereka berada dalam kecemasan.

2.6 Permuafakatan Ibu Bapa, Sekolah dan Masyarakat

Pihak sekolah perlu melibatkan ibu bapa supaya anak-anak mereka yang bermasalah dapat sama-
sama dibantu. Dalam hal ini pihak sekolah perlu memaklumkan kepada ibu bapa tentang apa jua
masalah atau perlanggaran disiplin yang dilakukan oleh murid. Dalam hal yang sama, ibu bapa juga
harus diminta supaya memberikan kerjasama supaya tidak merahsiakan masalah anak mereka,
malah memaklumkan tingkah laku anak-anak mereka yang luar biasa kepada pihak sekolah atau
guru kaunseling supaya tindakan pembetulan dapat dibincangkan secara muafakat.

Masyarakat sekitar seperti pihak polis. Majlis Perbandaran atau Pihak Berkuasa Tempatan
(PBT), Jawatankuasa Kemajuan Kampung(JKK) dan Rukun Tertangga perlu dilibatkan bersama
untuk memainkan peranan dalam menentukan persekitaran yang selamat kepada pelajar dan
penduduk setempat. Sekolah perlu mewujudkan program-program permuafakatan dan perkongsian
yang melibatkan pihak sekolah, ibu bapa dan masyarakat setempat sesuai dengan konsep “school-
Home-Community Partnership’.

2.7 Sekolah Selamat (Safe School)


Aspek keselamatan dalam sistem persekolahan hendaklah diberi keutamaan dalam pengurusan
sekolah. Pemeriksaan secara berkala hendaklah dilakukan terhadap sistem pendawaian elektrik,
sistem pendawaian elektrik, sistem bekalan gas, atau apa jua sistem yang boleh mengudang
bahaya di sekolah. Jabatan atau agensi yang bertanggungjawab seperti Jabatan Bomba dan
Penyelamat, Jabatan Bekalan Elektrik dan Gas, Polis Diraja Malaysia dan sebagainya hendaklah
dihubungi untuk peperiksaan segera sekiranya terdapat tanda-tanda awal kerosakan atau
kecemasan yang boleh membahayakan guru-guru, kakitangan dan murid-murid di sekolah.
Konsep “Sekolah Selamat” (Safe school) hanya dapat dijayakan sepenuhnya dengan
warganya mengamalkan tingkah laku yang boleh menghindarkan bahaya terhadap diri sendiri, rakan
sebaya serta orang lain. Pengetua/Guru Besar dan guru-guru mesti selalu mengingatkan tentang
kepentingan menjaga keselamatan diri, harta benda, dan segala peralatan yang ada di sekolah.
Penjagaan serta penyelenggaraan yang baik terhadap segala kemudahan ini akan menjamin
persekitaran yang selamat di sekolah.

3. Sehubungan dengan itu, Y.Bhg. Dato’/Tuan/Puan dipohon untuk memaklumkan kandungan Surat
Pekeliling Ikhtisas ini kepada pegawai yang bertanggungjawab di Jabatan Pendidikan Negeri, Pejabat
Pendidikan Bahagian/Daerah serta semua Pengetua dan Guru Besar sekolah yang berada di bawah
pentadbiran Y.Bhg. Dato’/Tuan/Puan untuk tindakan selanjutnya.

Sekian. Terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

tt
DATUK ABDUL RAFIE BIN MAHAT
Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia

s.k. 1. Y.B. Tan Sri Dato’ Seri Musa bin Mohamad


Menteri Pendidikan Malaysia
2. Y.B. Dato’ Abdul Aziz bin Shamsuddin
Timbalan Menteri Pendidikan Malaysia
3. Y.B. Dato’ Hon Choon Kim
Timbalan Menteri Pendidikan Malaysia
4. Y.B. Dato’ Mahadzir bin Mohd Khir
Setiausaha Parlimen, Kementerian Pendidikan
5. Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan
6. Timbalan-Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan
7. Timbalan-Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan
8. Ketua-Ketua Bahagian Kementerian Pendidikan
9. Ketua Jemaah Nazir Sekolah, Kementerian Pendidikan
10. Ketua Perhubungan Awan, Kementerian Pendidikan

PEJABAT KETUA PENGARAH PENDIDIKAN MALAYSIA,


KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA, Telefon: 03-2586900
PARAS 7, BLOK J, Fax : 03-2535150
PUSAT BANDAR DAMANSARA, Laman Web :http://www.moe.gov.my
50604 KUALA LUMPUR.

KP(BS)8591/Jld.XVll(9)
23 Julai 2001

Semua Pengarah Pendidikan Negeri

Y. Bhg. Dato’/Tuan/Puan,

SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL.9/2001

Penglibatan Pelajar Dengan Kegiatan Negatif

Pihak Kementerian Pendidikan mendapati sejak kebelakangan ini terdapat murid-murid sekolah yang
terlibat dalam kegiatan-kegiatan negatif seperti melibatkan diri dengan kumpulan Black Metal, Skin Head,
Punk dan Cyber Cafe yang boleh menjejaskan penumpuan mereka terhadap pembelajaran. Bagi pelajar-
pelajar yang beragama lslam khususnya, kegiatan ini boleh menjejaskan aqidah mereka. Maka, tindakan
awal yang sewajarnya hendaklah diambil untuk membendung dan mengatasi masalah ini bagi mengelakkan
perkara seumpama ini merebak dan membabitkan lebih ramai murid.

2. Sehubungan dengan itu, Y.Bhg. Dato’/Tuan/Puan adalah diminta mengambil tindakan segera dan
sewajarnya supaya murid tidak melibatkan diri dan terjerumus dalam kegiatan ini. Pihak sekolah juga
hendaklah sentiasa memantau dan menyiasat murid-murid supaya tidak melibatkan diri dengan kumpulan-
kumpulan tersebut. Jawatankuasa Disiplin Sekolah hendaklah dari semasa ke semasa mengadakan
pemeriksaan untuk mengesan tanda-tanda kegiatan negatif murid-murid. Disamping itu, pihak Jabatan
Pendidikan Negeri (JPN), Pejabat Pendidikan Bahagian/Daerah (PPB/PPD) dan sekolah mestilah
mengadakan program-program khas untuk memberi penjelasan dan kesedaran akan kesan negatif jika
mereka terlibat dengan kumpulan-kumpulan berkenaan.

3. Jabatan Pendidikan Negeri juga diminta melaporkan dengan segera kejadian-kejadian serius yang
berlaku di sekolah tanpa menunggu arahan melalui surat atau faksimili dari Pejabat Ketua Pengarah
Pendidikan Malaysia mengenai berita-berita sensasi yang didedahkan dalam akhbar dan media massa
seperti yang dinyatakan dalam Surat Pekeliling Ikhtisas Bilangan 7/1986: Langkah-langkah
Keberkesanan Disiplin Sekolah (Para 6) :-m
“ Sekiranya terdapat kes-kes disiplin para pelajar disiarkan di akhbar-akhbar, tuan hendaklah
menghubungi pihak Kementeriuan Pelajaran dengan segera mengenai keadaan
sebenarnya...........................”

4. Kerjasama Y.Bhg. Dato’/Tuan/Puan adalah amat dihargai supaya tindakan penyelesaian yang
segera dapat dilakukan untuk mengatasi gejala-gejala negatif yang melibatkan murid-murid sekolah pada
masa kini dan juga masa-masa akan datang.

Sekian. Terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

tt

DATUK ABDUL RAFIE BIN MAHAT


Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia

s.k. 1. Y.B. Tan Sri Dato’ Seri Musa bin Mohamad


Menteri Pendidikan Malaysia
2. Y.B. Dato’ Abdul Aziz bin Shamsuddin
Timbalan Menteri Pendidikan Malaysia
3. Y.B. Dato’ Hon Choon Kim
Timbalan Menteri Pendidikan Malaysia
4. Y.B. Dato’ Mahadzir bin Mohd Khir
Setiausaha Parlimen, Kementerian Pendidikan
5. Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan
6. Timbalan-Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan
7. Timbalan-Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan
8. Ketua-Ketua Bahagian Kementerian Pendidikan
9. Ketua Jemaah Nazir Sekolah, Kementerian Pendidikan
10. Ketua Perhubungan Awan, Kementerian Pendidikan
PEJABAT KETUA PENGARAH PENDIDIKAN MALAYSIA,
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA, Telefon: 03-2586900
PARAS 7, BLOK J, Fax : 03-2535150
PUSAT BANDAR DAMANSARA, Laman Web :http://www.moe.gov.my
50604 KUALA LUMPUR.

KP(BS)8591/Jld.XVll(10)
24 September 2001

Semua Pengarah Pendidikan Negeri

Y. Bhg. Dato’/Tuan/Puan,

SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL.10/2001

Semua Guru Adalah Guru Disiplin

Kementerian Pendidikan telah dimaklumkan bahawa dalam menyelesaikan masalah disiplin di sekolah
ramai guru telah menyerahkan masalah tersebut kepada guru-guru tertentu atau menyerahkannya kepada
pengetua atau guru besar walaupun masalah yang ditimbulkan oleh murid adalah masalah yang remeh
temeh. Perkara ini juga telah mendapat perhatian Jemaah Menteri dan menyarankan supaya bilangan guru
disiplin ditambah di sekolah-sekolah.

2. Perkara seumpama ini dipercayai tidak akan berlaku jika sekiranya semua guru di sesebuah sekolah
dapat menghayati dan memahami peruntukan yang telah dinyatakan secara tegas bahawa semua guru
adalah bertanggungjawab dalam hal yang berkaitan dengan disiplin pelajar.

i. Surat Pekeliling Profesional Kementerian Pelajaran Bil. 8/1968 mengenai Tatatertib Di


Sekolah-Sekolah pada para 5 menyatakan:

“.......tiap-tiap guru hendaklah dapat menyelesaikan kebanyakan dari masalah-masalah tatatertib dan
perkara-perkara kecil janganlah diserahkan kepada guru-guru besar oleh kerana ini akan menjadi
perkara biasa. Hanya tatatertib yang berat sahaja yang harus diserahkan kepada guru-guru besar.”

ii. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 9/1975 mengenai Disiplin Di Sekolah. Peraturan-peraturan
Sekolah untuk Murid-murid pula menyatakan: “Adalah seperti tuan termaklum, satu di
antara tujuan pelajaran ialah untuk menanamkan asas disiplin ke dalam hati sanubari murid-
murid sekolah. Ini bukan tugas dan tanggungjawab guru besar sahaja, bahkan tugas dan
tanggungjawab semua guru lain. Oleh hal yang demikian semua guru hendaklah juga
memahami benar-benar bahawa tiap-tiap mereka itu adalah bertanggungjawab untuk untuk
memelihara disiplin sesebuah sekolah dan janganlah hendaklah perkara-perkara kecil pun
diserahkan kepada guru besar kerana hal ini akan menjadi satu perkara biasa sahaja.
Sepatutnya, kesalahan yang berat sahaja yang harus diadukan kepada guru besar untuk
mendapat keputusan.”

3. Oleh hal yang demikian, adalah jelas bahawa semua guru telah diperuntukan dengan
tanggungjawab untuk memstikan murid-murid mempamerkan disiplin yang tinggi. Bagi mencapai matlamat
tersebut semua guru hendaklah berfungsi sebagai guru disiplin dan berperanan membimbing murid-murid
supaya sentiasa mengamalkan tingkah laku dan disiplin yang baik. Pendekatan-pendekatan berbentuk
pencegahan(preventive), didikan(educative), pembetulan (corrective) dan hukuman (punitive) serta langkah
yang sewajarnya hendaklah dilaksanakan terhadap semua masalah disiplin murid. Guru-guru hendaklah
sentiasa sentiasa mengimbangi semua pendekatan tersebut dengan sifat-sifat prihatin, penyayang, simpati
dan empati terhadap masalah yang dihadapi oleh murid. Sementara itu, kebenaran bagi guru-guru
melaksanakan hukuman terhadap kesalahan disiplin murid hendaklah dibuat secara nyata dan bertulis, iaitu
pengetua atau guru besar perlu menyediakan surat penurunan kuasa kepada guru-guru untuk
melaksanakan hukuman tersebut.

4. Sehubungan dengan itu, Y.bhg. Dato’/Tuan/Puan adalah dipohon untuk memaklumkan kandungan
Surat Pekeliling Ikhtisas ini kepada semua pengetua dan guru besar agar arahan ini dipatuhi.

Sekian. Terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”


tt

DATUK ABDUL RAFIE BIN MAHAT


Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia

s.k. 1. Y.B. Tan Sri Dato’ Seri Musa bin Mohamad


Menteri Pendidikan Malaysia
2. Y.B. Dato’ Abdul Aziz bin Shamsuddin
Timbalan Menteri Pendidikan Malaysia
3. Y.B. Dato’ Hon Choon Kim
Timbalan Menteri Pendidikan Malaysia
4. Y.B. Dato’ Mahadzir bin Mohd Khir
Setiausaha Parlimen, Kementerian Pendidikan
5. Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan
6. Timbalan-Timbalan Ketua Setiausaha,
Kementerian Pendidikan
7. Timbalan-Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan,
Kementerian Pendidikan
8. Ketua-Ketua Bahagian Kementerian Pendidikan
9. Ketua Jemaah Nazir Sekolah, Kementerian Pendidikan
10. Penasihat Undang-Undang, Kementerian Pendidikan
11. Ketua Perhubungan Awan, Kementerian Pendidikan
PEJABAT KETUA PENGARAH PENDIDIKAN MALAYSIA,
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA, Telefon: 03-2586900
PARAS 7, BLOK J, Fax : 03-2535150
PUSAT BANDAR DAMANSARA, Laman Web
:http://www.moe.gov.my
50604 KUALA LUMPUR.

KP(BS/HEP)8591/Jld.XVll(4)
14 Jun 2002

Semua Pengarah Pendidikan Negeri

Y. Bhg. Datuk/Dato’/Tuan/Puan,

SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL.4/2002

Pelaksanaan Program sekolah Selamat

Kementerian Pendidikan Malaysia telah melancarkan Program Sekolah Selamat untuk dilaksanakan oleh
semua sekolah di seluruh negara. Tujuan utama pelaksanaan program ini ialah untuk mewujudkan
persekitaran sekolah agar warga sesebuah sekolah itu merasa selamat untuk menjalankan aktiviti
pengajaran dan pembelajaran serta menjalankan kegiatan kokurikulum tanpa gangguan dari mana-mana
pihak sama ada dari luar mahu pun dari dalam. Aspirasi sekolah Selamat menjadikan sekolah sebagai
tempat di mana perbezaan budaya dan nilai setiap individu atau kumpulan dihargai oleh semua pihak, di
samping amalan menjaga keselamatan dijadikan budaya dalam kehidupan seharian.

2. Sehubungan dengan ini, semua Jabatan Pendidikan Negeri, Pejabat Pendidikan Bahagian/daerah,
pengetua dan Guru Besar adalah diarah supaya mengambil langkah wajar dengan mengadakan
perancangan yang rapi untuk melaksanakan Program Sekolah Selamat di semua sekolah rendah dan
sekolah menengah.

3. Untuk Pelaksanaan Program Sekolah Selamat panduan-panduan berikut hendaklah diberi


perhatian:
Jabatan Pendidikan Negeri dan Pejabat Pendidikan Bahagian/Daerah:
Bagi tahun 2002 sebanyak 20% daripada bilangan sekolah rendah dan menengah di setiap negeri
hendaklah melaksanakan Program Sekolah Selamat dengan mengambil kira bilangan yang sama
rata antara sekolah di dalam bandar dan di luar bandar.

Mulai tahun 2003 semua sekolah di seluruh negara hendaklah melaksanakan Program Sekolah
Selamat.

Jawatankuasa Khas Sekolah Selamat hendaklah ditubuhkan di Jabatan Pendidikan Negeri dan
Pejabat Pendidikan Bahagian/Daerah.

Fungsi jawantankuasa ini adalah merancang, menasihat, memantau dan melapor mengenai
pelaksanaan Program Sekolah Selamat.

Mewujudkan kerjasama dengan agensi-agensi kerajaan dan bukan kerajaan yang boleh membantu
mempertingkatkan keselamatan di sekolah.

Jabatan Pendidikan Negeri hendaklah mendedahkan konsep dan kaedah pelaksanaan Sekolah
Selamat ke semua sekolah.

Sekolah Menengah dan Sekolah Rendah:

Menubuhkan Jawatankuasa Sekolah Selamat peringkat sekolah, yang keahliannya terdiri daripada
warga sekolah dan juga wakil-wakil daripada masyarakat sekitar sekolah serta agensi-agensi
kerajaan dan bukan kerajaan.

Guru Kaunseling/Guru Bimbingan sekolah hendaklah dilantik sebagai Setiausaha kepada


jawatankuasa ini dan juga berperanan sebagai penggerak utama Program Sekolah Selamat.

Mendapatkan khidmat nasihat dari Sekolah-Sekolah Projek Rintis yang ada di setiap negeri.

Memberi pendedahan kepada semua warga sekolah mengenai maksud dan tujuan Program
Sekolah Selamat ini diadakan.

Mengadakan sesi taklimat kepada agensi-agensi kerajaan dan bukan kerajaan serta komuniti
setempat yang boleh membantu mempertingkatkan keselamatan di sekolah melalui Program
Sekolah Selamat.

4. Sila maklumkan kandungan surat pekeliling ikhtisas ini kepada pegawai yang bertanggungjawab di
Jabatan Pendidikan Negeri, Pejabat Pendidikan Bahagian/Daerah dan Pengetua serta Guru Besar sekolah
di bawah pentadbiran Y.Bhg. Datuk/Dato’/Tuan/Puan.

Sekian. Terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”


tt
DATUK ABDUL RAFIE BIN MAHAT
Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia

s.k. 1. Y.B. Tan Sri Dato’ Seri Musa bin Mohamad


Menteri Pendidikan Malaysia

2. Y.B. Dato’ Abdul Aziz bin Shamsuddin


Timbalan Menteri Pendidikan Malaysia

3. Y.B. Dato’ Hon Choon Kim


Timbalan Menteri Pendidikan Malaysia

4. Y.B. Dato’ Mahadzir bin Mohd Khir


Setiausaha Parlimen, Kementerian Pendidikan

5. Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan

6. Timbalan-Timbalan Ketua Setiausaha,


Kementerian Pendidikan

7. Timbalan-Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan,


Kementerian Pendidikan

8. Ketua-Ketua Bahagian Kementerian Pendidikan

9. Ketua Jemaah Nazir Sekolah, Kementerian Pendidikan

10. Ketua Perhubungan Awan, Kementerian Pendidikan


PEKELILING-PEKELILING

IKHTISAS

LAMPIRAN 2.1

KP.8543/(10)

Kementerian Pelajaran Malaysia,


Rumah Persekutuan,
Kuala Lumpur.

10hb. September. 1968

Surat Pekeliling ‘Profesionalisme’ Kementerian Pelajaran Malaysia


Bil.6/68. Ruj.KP.8543/(10) bertarikh 10 september 1968.
Pembuangan Murid-murid Daripada Sekolah-sekolah Kerana Kelakuan Curang

Sebagaimana yang telah dipersetujui dalam persidangan Ketua-ketua pegawai Pelajaran, surat siaran
seperti di bawah ini dikeluarkan untuk dijadikan pimpinan kepada Guru-guru Besar dalam Negeri tuan
supaya dapat diadakan satu persamaan cara tindakan.

2. Ibu bapa/Penjaga murid yang telah dibuang dari sekolah-sekolah telah membuat pengaduan
bahawa mereka tidak diberi tahu oleh Guru Besar tentang kelakuan curang anak-anak mereka sebelum
mereka dibuang.

3. Untuk mengelakkan aduan-aduan seperti itu pada masa akan datang peraturan-peraturan yang
berikut hendaklah diikuti oleh Guru-guru Besar sebelum seseorang murid dibuang daripada sekolah.

i) Murid dan juga ibu bapa/penjaga mestilah diberi amaran bertulis berkaitan dengan
kesalahan atau kelakuan curang murid-murid itu dan satu borang jawapan hendaklah
disertakan supaya ibu bapa/penjaga boleh memberi akuan terima atas surat amaran itu.

ii) Jikalau Kelakuan murid itu tidak juga berubah selepas tempoh yang sepatutnya surat
amaran yang kedua dan muktamad hendaklah dihantar kepada ibu bapa/penjaga
memberitahu mereka bahawa sekiranya kelakuan murid itu tidak bertambah baik, murid itu
akan dibuang tanpa sebarang amaran.

iii) Jika setelah habis tempoh sepatutnya itu, selepas memberi amaran kedua, dan murid itu
tidak juga menjalankan perubahan dalam kelakuannya. Guru Besar boleh memberhentikan
murd itu untuk sementara waktu dalam seminggu atau dua setinggi-tingginya. Di sebaliknya
jika keadaan tidak membenarkan, murid itu akan dibuang terus.

iv) Satu salinan semua amaran-amaran penggantungan atau pembuangan kepada ibu
bapa/penjaga murid mestilah dikirimkan kepada Pendaftar Sekolah-sekolah dan juga
kepada Pengerusi Lembaga Sekolah.

v) Dalam perkara-perkara yang keterlaluan di mana kesalahan atau kelakuan curang yang
yang memerlukan pembuangan serta-merta tanpa diberi amaran (seperti : pemerasan,
ugutan-ugutan dan acaman terhadap murid-murid), Guru Besar hendaklah memberhentikan
murid untuk sementara waktu sementara satu penyelidikan dibuat. Jikalau penyelidikan itu
membenarkan supaya murid-murid itu dibuang maka ia bolehlah dibuang sekolah.

vi) Ibu bapa/penjaga hendaklah diberi tahu berkenaan dengan pembuangan murid itu supaya
mereka boleh membuat rayuan kepada Lembaga Pengurus terhadap keputusan Guru Besar
itu.

vii) Jika Lembaga Pengurus bersetuju untuk mengambil semula murid itu, persetujuan
Pendaftar Sekolah hendaklah diminta sebelum murid itu boleh diterima masuk semula.

4. Perhatian tuan adalah ditarik kepada seksyen 7 dan 8 (b) Peraturan Pelajaran 1959(Tatatertib
sekolah) mengenai murid yang mengambil bahagian dalam pilihanraya atau kegiatan-kegiatan politik.
Pendaftar Sekolah-sekolah mestilah diberi tahu oleh Guru Besar sebelum sesuatu tindakan diambil untuk
menggantung atau membuang seorang murid kerana sebab-sebab ini.

tt

(Yap Hong Kuan)

b.p setiausaha Tetap

(bahagian Sekolah-sekolah)

Kementerian Pelajaran
LAMPIRAN 2.2

KP.8543 02(12)

Kementerian Pelajaran Malaysia,


Rumah Persekutuan,
Kuala Lumpur.

18hb. September. 1968

Surat Pekeliling ‘Profesionalisme’ Kementerian Pelajaran Malaysia


Bil.8/1968. Ruj.KP.8543 02(12) bertarikh 18 september 1968.
Tatatertib di Sekolah-sekolah

Tatatertib di Sekolah-sekolah

Banyak aduan telah diterima berkenaan dengan tingkah laku murid-murid dan di antaranya didapati
menghisap rokok dalam perjalanan mereka balik ke rumah selepas sekolah. Mengikut aduan-aduan itu
murid-murid ini adalah datang dari sekolah-sekolah yang baik yang dikenali dari pakaian seragam serta
lencana sekolah mereka. Adalah juga dikatakan bahawa beberapa murid-murid mempunyai potongan
rambut yang tidak senonoh dan ini menjadikan rupa mereka tidak kemas terutama sekali apabila mereka
memakai seluar-seluar ketat.

2. Sekolah-sekolah adalah ditubuhkan untuk perkembangan penuntut untuk menjadikan mereka


warganegara yang berguna boleh menilaikan kebudayaan mengetahui nilaian-nilaian akhlak dan rohani,
memahami perhubungan antara manusia, kesihatan jasmani dan akal serta mempunyai ilmu pengetahuan
sains dan bibitan-bibitannya. Oleh yang demikian, Peraturan-peraturan dan undang-undang sekolah telah
dibuat untuk menjamin adanya tatatertib yang baik di sekolah-sekolah.

3. Tatatertib ialah sebahagian dari proses pelajaran kita dan pada amnya ditakrifkan sebagai tindakan
atau peraturan yang diambil untuk menentukan supaya peraturan-peraturan dan undang-undang sekolah
diikuti. Oleh yang demikian sekolah-sekolah telah mengadakan peraturan-peraturan supaya beberapa
tujuan dapat dicapai dan budi pekerti yang sepatutnya ditanamkan ke dalam sanubari murid-murid belaka.

4. Peraturan-peraturan tatatertib dan kuasa Guru Besar adalah dinyatakan dalam Peraturan Pelajaran
1959 (Tatatertib Sekolah) dan peraturan untuk membuang murid-murid telah dihuraikan dalam M.E Circular
Professional 6/68, tetapi peraturan-peraturan itu tidak ada menegaskan bahawa tatatertib itu boleh
digunakan oleh semua Guru-guru dan pentadbiran-pentadbiran pada setiap waktu. Surat pekeliling ini
adalah dikeluarkan untuk mengingati Guru Besar sekolah dan Guru-guru bahawa adalah merupakan salah
satu dari tugas-tugas mereka untuk membantu penuntut-penuntut supaya mengetahui apakah dia tingkah
laku yang baik dan tidak baik. Seseorang itu mestilah ingat bahawa seseorang murid itu ialah perseorangan
yang tidak cukup matang untuk membuat sesuatu keputusan yang baik.

5. Tiap-tiap guru hendaklah dapat menyelesaikan kebanyakan dari masalah-masalah tatatertib dan
perkara-perkara kecil janganlah diserahkan kepada Guru Besar oleh kerana ini akan menjadi perkara
biasa. Hanya tatatertib yang berat sahaja yang harus diserahkan kepada Guru Besar.

6. Perkara-perkara tatatertib yang berat.

Perkara-perkara yang berikut adalah berat di mana pembuangan atau penggantungan sementara
boleh ditimbangkan:

i) Membawa senjata-senjata yang merbahaya, dengan tujuan jahat.


ii) Mengancam penuntut-penuntut yang lain.
iii) Menghisap rokok dan meminum minuman yang memabukan.
iv) Melanggar peraturan-peraturan dan undang-undang yang ditubuhkan oleh Sekolah dan
Pejabat Pelajaran.
v) Merosakkan atau membinasakan harta sekolah.
vi) Menjadi ahli dalam Pertubuhan-pertubuhan Haram.
vii) Mencuri
viii) Melawan pihak-pihak yang berkuasa.

Hendaklah diambil perhatian bahawa penggantungan sementara tidak boleh melebihi dari 10 hari.

7. Pakaian

Sekolah adalah satu tempat belajar dan pakaian yang dipakai hendaklah selaras dengan tujuan ini. Rambut
juga hendaklah dipotong baik.Dengan membimbing tingkah laku dan pakaian yang patut di pakai di dalam
bilik darjah. Sekolah-sekolah dapat menolong murid-murid untuk memperkembangan sifat-sifat diri yang
baik, yang berguna seumur hidup. Memandangkan kepada perkara-perkara diatas, kerjasama dari Guru
Besar serta Guru-guru adalah diminta supaya penutut-penutut mempnyai budi pekerti, akhlak dan
ketaatsetiaan yang baik.

Tt
(Yap Hong Kuan)
b.p Setiausaha Tetap
(bahagian Sekolah-sekolah)
Kementerian Pelajaran

s.k.
Ketua Pegawai Pelajaran,
Semua Negeri.
Bahagian Kewangan.
Bahagian Pentadbiran.
Bahagian Perjawatan dan Perkhidmatan.
Bahagian Biasiswa dan Latihan.
Bahagian Sekolah-sekolah.
Bahagian Latihan Guru-guru.
Bahagian Pelajaran Teknik.
Bahagian Jemaah Nazir.
Bahagian peperiksaan.

LAMPIRAN 2.6

KP.8548/8(75)

Kementerian Pelajaran Malaysia,


Rumah Persekutuan,
Kuala Lumpur. 01-34

5hb. September. 1975

Pengarah Pelajaran Negeri,


Semua Negeri Semenanjung Malaysia,
Sabah/Sarawak.

Tuan,

Surat Pekeliling Ikhtisas


Bil.6A/1975 Ruj.KP.8548/8(75) bertarikh 5 September 1975.
Disiplin-Murid-murid Menghisap Rokok

Adalah dimaklumkan bahawa Kementerian ini telah mendapati perkara menghisap rokok telah berlaku di
kalangan murid-murid di beberapa buah sekolah di negara ini. Walaupun perkara seperti ini tidak berlaku di
tiap-tiap buah sekolah namun begitu Kementerian memandang berat akan keadaan yang tidak sihat ini.
Semua Pengarah-pengarah Pelajaran Negeri/Guru-guru Besar hendaklah mengambil langkah-langkah
seperti berikut untuk menghapuskan gejala yang buruk ini dari sekolah-sekolah.

2. Langkah-langkah

i) Guru-guru Besar hendaklah memberitahu kepada murid-murid pada masa perhimpunan diadakan
disekolah bahawa penghisap rokok adalah dilarang untuk murid-murid sekolah kerana sebab-sebab
kesihatan.Tambahan pula adalah didapatipenghisapan dadah adalah bermula dengan penghisapan rokok
dan oleh itu perkara ini tidak boleh diringankan. Sekolah dalam peranannya sebagai ibu bapa kedua (in loco
parentis) mempunyai tanggungjawab untuk melindungi murid-murid dari aktiviti yang akan merosakkan
individu-individu dan membahayakan institusi itu. Semua murid-murid mestilah diberi amaran bahawa
tindakan disiplin akan diambil terhadap mereka jika peraturan ini tidak dipatuhi.
ii) Guru Besar adalah dinasihatkan supaya mengumumkan bahawa tempoh pengampunan (period of
grace) selama seminggu akan diberi kepada murid-murid untuk membuat pengakuan jika mereka telah
merokok dengan jaminan bahawa tindakan disiplin tidak akan diambil terhadap mereka itu. Selepas tempoh
pengampunan selama seminggu itu sesiapa yang didapati merokok akan menghadapi tindakan disiplin.

iii) Guru-guru penolong sekolah hendaklah diminta memperhatikan murid-murid yang merokok.

iv) Apabila seseorang murid didapati menghisap rokok langkah-langkah berikut hendaklah diambil:-

(a) Tindakan disiplin yang sewajarnya hendaklah diambil.


(b) Ibu bapa/penjaga murid itu hendaklah diberitahu bahawa kerjasamanya boleh didapati bagi
mempengaruhi murid itu berhentikan merokok.
(c) Murid itu hendaklah dirujukkan kepada guru panduan untuk perundingan(counceling) dan
nasihat. Guru panduan dikehendaki menyimpan rekod-rekod sulit mengenai kejadian seperti
ini dan rekod itu mungkin akan digunakan oleh Kementerian Pelajaran, Jabatan Pelajaran
Negeri untuk tujuan statistik dan penyelidikan.

3. Adalah diharap bahawa tuan akan memberitahu Sumua Guru Besar sekolah mengenai kandungan
surat pekeliling ini drngan segera.

4. Nota : Dengan ini Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 6/1975 adalah dibatalkan. Perbezaan di antara
Bil.6/1975 dan Bil 6A/1975 adalah dalam ceraian 2(i).

Saya yang menurut perintah,

tt

(KUM BOO)

Bahagian Sekolah-sekolah.

b.p. Ketua Setiausaha

Kementeria Pelajaran

s.k.
Setiausaha Sulit kepada Y.B. Menteri Pelajaran.

Setiausaha Sulit kepada Timbalan Y.B. Menteri.

Ketua Setiausaha Kementerian.

Ketua Pengarah Pelajaran.

Timbalan Ketua Setiausaha.


LAMPIRAN 2.7

KP.8548/8/(67)

Kementerian Pelajaran Malaysia,


Rumah Persekutuan,
Kuala Lumpur.

19hb. Ogos 1975

Pengarah Pelajaran Negeri,


Semua Negeri Semenanjung Malaysia,
Sabah/Sarawak.

Pengarah Latihan Guru.

Pengarah Pelajaran Teknik dan Vokasional.

Tuan,

Surat Pekeliling Ikhtisas


No.7/1975 Ruj.KP.8548/8/(67) bertarikh 19 Ogos 1975.
Salah Guna Dadah – Garis Panduan Untuk Guru Panduan dan Guru Besar

Seperti yang telah diketahui, telah ada murid-murid sekolah yang dengan sengaja atau tidak telah terlibat
dalam eksperimen atau salah guna dadah. Pada umunnya polisi Kementerian Pelajaran ialah untuk
menolong murid-murid berkenaan mendapat pertolongan sewajarnya (melalui rujukan, perawatan dan
pemulihan) dan mensepadukan mereka semula dengan sekolah serta melindungi murid-murid itu supaya
mereka tidak menderita dari publisiti yang tidak diingini. Tindakan disiplin hanya akan diambil sebagai
langkah yang akhir sekali apabila segala percubaan untuk memberi pertolongan setelah gagal dan juga
hanya selepas berunding dengan Pengarah Pelajaran Negeri.

2. Tindakan-tindakan Yang Harus Diambil


Adalah ditegaskan bahawa semua guru yang terlibat dalam sebarang tindakan yang disenaraikan di bawah
ini hendaklah menganggap perkara ini sebagai perkara yang paling sulit dan oleh demikian hendaklah
mengamalkan dan menggunakan kebijaksanaan mereka pada setiap masa. Garis panduan yang
dinyatakan di bawah ini adalah peraturan yang harus diambil apabila seseorang murid telah dikenali sama
ada sebagai penyalah guna dadah yang disyaki atau pengguna dadah tetap.

2.1. Rujukan Sendiri (Self-referral)

2.1.1 Kes ini dengan seorang murid dengan kemahuan sendiri berjumpa Guru Panduan atau
mana-mana guru di sekolah. Pada mulanya menerangkan bahawa ia ada masalah
persendirian (Personal). Kemudian itu ia didapati telah mencuba dadah atau telah menjadi
penagih dadah (experimented with drug/dependent on drugs). Lazimnya dalam kes seperti
ini, murid-murid meminta perkara ini dirahsiakan dan menyatakan keinginan atau
kemahuannya untuk mendapatkan pertolongan jika maklumat itu tidak dihebahkan kepada
ibu bapa/penjaga, guru besar dan lain-lain orang yang berkenaan. Seseorang murid harus
meminta perkara ini dirahsiakan sepenuh-penuhnya sebagai syarat sebelum ia menyatakan
masalahnya. Selepas itu ia mungkin mengaku yang ia telah mencuba dadah atau
menyalahgunakan dadah. Dalam kes-kes yang telah dirujuk kepada Guru Panduan. Guru
Panduan hendaklah bersedia berjanji untuk menjaga rahsia ini dan selepas itu bolehlah
merujukkannya pada badan-badan rujukan lain dengan persetujuan murid berkenaan.

Sekiranya murid itu telah memberitahu secara sulit kepada seseorang guru lain, maka
langkah yang patut diikuti ialah seperti perenggan 2.2 di bawah.

2.1.2 Kes ini mengenai seorang murid yang mungkin menyatakan masalahnya berhubung dengan
percubaan penyalahgunaan dadah tanpa berkehendakkan perkara ini dirahsiakan. Dalam
kes seperti ini, Guru Panduan mestilah mengadakan hubungan dengan murid itu dan
membina kepercayaan murid itu tentang peranan dan pertolongan Guru Panduan sebelum
mencuba menerangkan betapa mustahaknya rujukan atau melibatkan pertolongan ibu
bapa/penjaga, Guru Besar, pegawai masyarakat dan lain-lain. Murid itu hendaklah diberi
jaminan bahawa rujukan dan penglibatan orang-orang lain dibuat dengan tujuan dan
matlamat tertentu iaitu menolong murid tersebut dan etika ikhtisas(profesional ethics) dan
keyakinan/kepercayaan yang sepenuhnya (utmost good faith) akan dijaga dan dihormati.
Guru Panduan mestilah membantu murid untuk bersetujutentang tindakan yang akan
diambil. Jika murid itu tidak dapat dipujuk, adalah menjadi tugas Guru Panduan
menerangkan kepadanya tentang:-
a) Peraturan sekolah.
b) Kuasa ibu bapa/penjaga.
c) Perbekalan undang-undang (akta Dadah Berbahaya (pindaan 1975) dalam mana
murid itu boleh dipaksa atau dikehendaki untuk rujukan kepada agensi-agensi
yang wajar untuk rawatan/pemulihan).

2.2. Rujukan oleh Guru-Guru/Murid

Seorang Guru sekolah boleh menyatakan pada Guru Pandu8an bahawa ia mempunyai sebab yang nyata
mengesyakii seseorang murid tertentu telah dan sedang mencuba dadah. Atau seseorang murid lain
mungkin dengan sukarela memberi keterangan ini mengenai murid lain apabila temuramah perundingan
dijalankan.
2.2.1 Dalam kes-kes seumpama itu, (setelah diadakan hubungan baik dengan murid yang disyaki
itu) Guru Panduan hendaklah memanggilnya untuk ditemuramah. Dalam temuramah itu
maka ketentuan akan didapati sama ada murid itu mengalami masalah yang berhubung
dengan kerja sekolah, sifat sendiri dan lain-lain. Guru Panduan harus menggalakkan murid-
murid menerangkan tentang keadaan dirinya dan berasaskan penerangan yang diterima itu
setelah ditapis dapatlah menentukan sama ada murid yang disyaki itu sebenarnya betul atau
tidak menyalahgunakan dadah. Jika Guru Panduan menetapkan bahawa pengesyakan itu
sah, dia haruslah menjelaskan kepada murid itu bahawa rujukan dan penglibatan orang-
orang lain akan dibuat dengan tujuan tertenu iaitu untuk menolong murid itu dan etika
ikhtisas dan niat yang baik akan dipelihara dan dihormati.

2.3. Rujukan Dibuat Atas Keputusan Tindakan Disiplin

Dalam sesebuah sekolah mungkin ada tindakan disiplin diambil misalnya hukuman rotan,
penggantungan terhadap seseorang murid kerana kesalahan, kelakuan tidak senonoh misainya
mencuri, ponteng sekolah, tidak hadir kelas dan lain-lain selepas tindakan disiplin diambil, murid itu
bolehlah dirujuk kepada Guru Panduan.

2.3.1 Dalam kes seperti ini, guru panduan haruslah menemuramah dan berbaik-baik dengan murid
tersebut dan galakkan ia untuk menerangkan tentang diri sendiri dan masalah yang sedang
dialami yang menyebabkan ia menjadi nakal atau jahat berkelakuan tidak senonoh. Guru
Panduan haruslah menerangkan pada mulanya yang ia bertujuan untuk menolong murid itu
dan pertolongan yang akan diberikannya adalah termasuk dalam peraturan sekolah dan
mungkin merepotkan balik kepada Guru Besar mengenai masalah murid itu. Selanjutnya jika
dalam proses perundingan itu Guru Panduan mendapati masalah murid itu termasuk juga
salah gunaan dadah, maka Guru Panduan haruslah memujuk murid tersebut untuk
bersetuju:-
i) Mustahaknya meluaskan hubungan tentang masalah ini kepada Guru Besar dan ibu
bapa/penjaga.
ii) Mustahaknya merujukkan murid ini kepada agensi-agensi yang wajar untuk rawatan
dan pemulihan.

Guru Panduan hendaklah menegaskan kepada murid tersebut prospek atau kemungkinan untuk pulih
semula bergantung kepada kemahuan dan azam murid itu sendiri untuk bebas daripada bahaya itu.

3. “Checklist” Tindakan yang Harus Diambil oleh Guru Panduan Pelajaran dan Kerjaya/Guru
Besar.

a) Menerima laporan atau rujukan murid sendiri mengenai masalah dadah.


b) Merujukkan kes itu kepada Guru Panduan.
c) Guru Panduan tetapkan jadual masa temuramah perundingan/temuramah-temuramah.
d) Mengesahkan syak itu secara mengaku sendiri bukti-bukti lain.
e) Guru Besar diberitahu hal ini dan ia hendaklah dengan segera memberitahu Pengarah Pelajaran
Negeri tanpa memberi nama murid yang terlibat.
f) Menghubungi Pegawai Kebajikan Masyarakat yang berkenaan.
g) Berhubung dengan Pegawai Kebajikan Masyarakat untuk merujukkan murid itu kepada doktor.
h) Pengesahan/penyangkalan oleh doktor sama ada murid itu menyalahgunakan dadah.
i) Ibu bapa/penjaga diberitahu oleh Guru Besar /Guru Panduan/ Pegawai Kebajukan Masyarakat.
j) Rawatan oleh doktor sebagai pesakit luar atau pesakit dalam.
k) Pemulihan dan tindakan ekoran oleh Pegawai Kebajikan Masyarakat.
l) Persepaduan dan tindakan ekoran oleh sekolah.

4. Dadah-dadah yang Disalahgunakan Pada Masa Sekarang.

a) Ganja (Marijuana)
b) Heroin (Heroin)
c) Morfin (Morphine)
d) Pil M dan Pil MX (M Pill. MX Pill)
e) Tranquilisers
f) Hallucinogen (Hallucinogens)

5. Bersama-sama ini dikembarkan petikan dari Akta Dadah Berbahaya (Pindaan) 1975 sebagai
panduan lanjut untuk Guru Panduan dan Kerjaya dan Guru Besar.

6. Sukacita kiranya surat pekeliling ini disebarkan kepada semua sekolah menengah di bawah sampul
SULIT.

Saya yang menurut perintah,

tt

(KUM BOH)

Bahagian Sekolah-sekolah.
b.p Ketua Setiausaha.
Kementerian Pelajaran Malaysia

s.k.

Setiausaha Sulit kepada Y.B. Menteri Pelajaran

Setiausaha Sulit kepada Y.B Timbalan Menteri.

You might also like