P. 1
bahan bukan logam

bahan bukan logam

|Views: 2,073|Likes:
Published by muhamad syazwan

More info:

Categories:Types, School Work
Published by: muhamad syazwan on Sep 02, 2010
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOC, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

01/06/2013

pdf

text

original

BAHAN BUKAN LOGAM

C1022 / UNIT 6/ 1

BAHAN BUKAN LOGAM

OBJEKTIF AM

Mengetahui jenis-jenis bahan bukan logam, kegunaannya pada bangunan.

Unit

6

OBJEKTIF KHUSUS Di akhir unit ini anda dapat :
Menerangkan jenis-jenis bahan bukan logam, kegunaannya pada bangunan bagi bahan-bahan kaca, plastik, simen asbestos, bitumen, aspal dan gentian kaca.

BAHAN BUKAN LOGAM

C1022 / UNIT 6/ 2

INPUT
6.0 Bahan bukan logam Bahan bukan logam merupakan bahan binaan yang dihasilkan berasaskan bahan organik atau sebatian bahan mentah seperti mentah, aspal, bitumen, silika dan asbestos yang disebatikan menjadikan satu bahan atau barangan siap yang boleh digunakan dalam binaan. Barangan siap ini berkeadaan sama ada cecair, separa pepejal atau pepejal yang digunakan untuk tujuan penebat haba, kelembapan dan cahaya, aksoseri ruang dalaman dan luaran, kemasan akhir dan juga binaan seperti dinding, pintu, tingkap dan lantai. Bahan yang dibincangkan dalam bab ini ialah kaca, plastik, simen asbestos, bitumen dan aspal dan gentian kaca. Pemilihan bahan bukan logam sebagai sebahagian daripada bahan dalam pembinaan diambil kira dari segi ketahanan terhadap api, haba dan lembapan, perubahan cuaca, ekonomi serta tahan lasak. Selain daripada itu setiap bahan mempunyai sifat-sifat tersendiri yang menjadikannya berbeza dan digunakan untuk tujuan-tujuan tertentu sahaja. 6.1 Kaca Bahan asas dalam penghasilan kaca ialah pasir (silika) + abu soda + batu kapur (lime stone) + dolomite + falspar + sodium sulfit + cullet (gelas pecah). Silika lebur pada suhu 1713oC dan mendidih pada 1500oC. Soda mengandungi natrium karbonat, nitrium nitrat dan nitrium sulfat. Untuk mempertingkatkan mutu kaca ia dicampur silika 81% + asid borit 11% + soda untuk menjadikannya kaca pyrex. Jika dicampur dengan silika 70% + soda 12% + plumbum oksida 12% menjadikannya kaca. Bahan tambah di dalam kaca ialah plumbum oksida untuk menjadikannya kaca plumbum manakala asid borik untuk menjadikannya kaca borosilikat.

BAHAN BUKAN LOGAM

C1022 / UNIT 6/ 3

Penghasilan kaca boleh dibuat dengan cara peniupan (blowing) menggunakan mulut juga tiupan mesin, penarikan (drawing) untuk membentuk kaca kepingan, gelekkan (rolling) untuk kaca bercorak dan berwayar, kisar atau giling (grinding or polishing) untuk kaca tuang, apongan (floating) untuk kaca rata tanpa erotan, tekanan (pressing) untuk kaca lengkungan atau blok, tujuahan dan peniupan (extrusion and blowing) untuk gentian kaca dan tujahan dan penarikan (extrusion ang drawing) untuk kaca gentian tetulang dan textile.

Jenis kaca Kaca lutsinar Ciri-ciri kaca lutsinar iaitu cahaya menembusi kaca dan pemandangan jenis. Membenarkan cahaya melaluinya menghasilkan pandangan jelas melaluinya kaca berkepingan tebal antara 2mm – 6.75mm dan permukaannya diperkemas secara natural fire. Kaca kepingan mengherotkan pandangan dan balikkan serta boleh diwarnakan. Bagi kaca kepingan, jika luasnya melebihi 1m2 tebal minimanya ialah 4mm. Kaca apongan ialah kepingan rata yang mempunyai kelihatan jelas, terang dan tiada erotan semasa pembalikkan dihasilkan melalui proses kisar dan giling ketebalannya boleh mencapai 25mm. Kaca lutcahaya Ciri-ciri kaca lutcahaya iaitu cahaya menembusi kaca tetapi tahap penglihatan terhad dan tidak jelas. Jenis kaca lutcahaya ialah kaca baja, rough cast glass, folotted and ribet glass, rolled, flotted and ribet glass, ridded glass dan cathedrel or figured rolled glass. Special glass a. Toughened glass - tidak menyerap haba, cahaya matahari dan spectra float b. One way glass - membalikkan cahaya dan perlu dilindungi c. Diffuse reflexion glass - tiada biasan atau silauan

BAHAN BUKAN LOGAM

C1022 / UNIT 6/ 4

d. Prismatic glass - membalikkan cahaya, mengurangkan mempunyai warna yang berkilauan e. Solar hit rejecting light glass - menyerap haba, mengurangkan kos penyejukkan ruang dan kesan silau f. Kaca tidak menyerap haba - tidak mudah mengembang, lutsinar dan ini membolehkannya bersifat tidak menyerap haba g. Kaca exray - kepingan kaca gilingan yang mengandungi ‘lead’oxide yang tinggi kuantitinya h. Kaca opal - berwarna putih dan pelbagai warna lain. bersifat memecah cahaya kerana wujudnya partikel berbentuk opal di dalam kaca i. Coloured Opaque glass - menarik dan mudah diselenggarakan, sering digunakan untuk dinding hadapan kedai, penutup meja, dinding dalaman dan dinding panel untuk curtain wall j. Antique glass - banyak digunakan untuk hiasan kesan silauan dan

6.2

Plastik Gentian kaca Mula dihasilkan di Mesir purba. Dihasilkan dengan melalukan kaca lebur melalui lubang-lubang kecil dan menariknya keluar kepada ukuran hingga sekecil 0.005mm diameternya. Hasil gentian kaca antaranya ialah kapas kaca, glass fibre renforcment, staple tissue dan glass textile. Gentian kaca digunakan untuk tujuan thermal insulation, penyerap bunyi, electrical insulation, tetulang dalam penghasilan barangan plastik, tetulang dalam plaster dan alkali resistence fibre dalam simen.

BAHAN BUKAN LOGAM

C1022 / UNIT 6/ 5

6.3

Plastik Plastik ialah bahan organik yang diperolehi daripada pemprosesan arang, petroleum atau tumbuhan sehinggan terhasil sifat plastik apabila dipanaskan. Punca plastik datangnya daripada selulus kayu, kapas atau tumbuhan lain, daripada damar tulen seperti minyak aspal dan daripada damar tiruan seperti arang batu, petroleum dan protein dalam susu. Ciri-ciri plastik Mempunyai daya tegangan yang kuat berbanding dengan logam tetapi bermodulus kekenyalan yang rendah berbanding aluminium atau kaca dan plastik tidak boleh dijadikan rasuk, lemah pada suhu tinggi, boleh terbakar tetapi boleh dipertingkatkan ketidakmudah terbakar dengan menambahkan fire retandent additives, pengalir haba yang rendah, penebat haba yang baik, mengembang dengan banyak apabila dikenakan haba, kurang menyerap air, tidak karat, tidak reput dan tahan serangan kimia dan akan melentur atau rosak oleh cahaya ultra ungu dan bertambah buruk apabila suhu panas bercampur dengan lembapan. Terdapat beberapa proses penghasilan plastik, iaitu proses berterusan dan tidak berterusan. Jenis plastik Thermoplastik Ia sangat lembut semasa panas, keras apabila sejuk dan boleh disejukkan semula. Kelembutan dan kekerasan plastik thermoplastik bergantung kepada kuantiti bahan tambah digunakan. Thermosetting plastik Plastik dibentuk kekal atau tidak berubah kerana apabila haba dan tekanan dikenakan ia menjadi keras dan tidak boleh dibentuk semula. Keras dan tidak mudah terbakar. Tidak mudah lembik apabila dipanaskan. Sesuai dijadikan bahan sebatian keras dan kain, pelekat dan binders untuk kaca bertetulang plastik, cat dan sampang (clear finish).

BAHAN BUKAN LOGAM

C1022 / UNIT 6/ 6

Hasil plastik a. paip air panas - tidak sesuai untuk kebanyakan plastik b. plastik lutsinar - lebih ringan dan tidak berderai bila pecah berbanding dengan kaca, mahal, mudah tercalar, berhabuk kerana cas elektrostatik, mudah luntur dan takat kelembutan rendah c. plastik bertetulang - dibuat daripada gentian dicampur dengan resin tiruan seperti polister, epoxide dan phonelic mampu dijadikan bentuk yang besar dan sukar, sesuai untuk binaan lutcahaya d. kepingan partikel - mengandungi kayu atau partikel lulus yang disatukan dengan uria fornaldehyde secara tekanan e. kepingan laminat - lapisan berguni daripada kertas, kayu, asbestos dan gentian kaca digabungkan dengan plastik, kekuatannya boleh menyamai logam, dijadikan kepingan yang mudah dilengkungkan f. improve wood - mengandungi lapisan kayu nipis digabungkan dengan risen, tahan suhu dan tekanan tinggi g. kemasan lantai - PVC dan vinyl asbestos warna kekal, tahan lasak dan kimmia, masalah dihadapi ialah ia mengecut h. counter tot - berwarna-warni, lasak dan mudah dicuci i. kemasan dinding dalam - lasak dan berwarna-warni j. kemasa dinding luar - tidak mudah pecah dan ringan k. glazing - tidak mudah pecah l. mambrane flashing tape

BAHAN BUKAN LOGAM

C1022 / UNIT 6/ 7

m. water stripping n. thermal insulation o. elemen struktur p. hardware finish q. komponen elektrik - semua jenis plastik r. paip

KITA REHAT SEBENTAR DAN JAWAP SOALAN AKTIVITI 1

BAHAN BUKAN LOGAM

C1022 / UNIT 6/ 8

AKTIVITI 1

Sila jawab semua soalan dan bincangkan bersama pensyarah anda. 1. Jelaskan mengenai i. ii. kaca lutsinar kaca lutcahaya

2. Nyatakan 5 cara penghasilan kaca. 3. Apakah ciri-ciri yang perlu ada pada plastik? 4. Senaraikan 5 hasil plastik.

YAHOOO…. SEMUA BETUL !!

BAHAN BUKAN LOGAM

C1022 / UNIT 6/ 9

MAKLUM BALAS AKTIVITI 1
1. Kaca lutsinar Ciri-ciri kaca lutsinar iaitu cahaya menembusi kaca dan pemandangan jenis. Membenarkan cahaya melaluinya menghasilkan pandangan jelas melaluinya kaca berkepingan tebal antara 2mm – 6.75mm dan permukaannya diperkemas secara natural fire. Kaca kepingan mengherotkan pandangan dan balikkan serta boleh diwarnakan. Bagi kaca kepingan, jika luasnya melebihi 1m2 tebal minimanya ialah 4mm. Kaca apongan ialah kepingan rata yang mempunyai kelihatan jelas, terang dan tiada erotan semasa pembalikkan dihasilkan melalui proses kisar dan giling ketebalannya boleh mencapai 25mm. Kaca lutcahaya Ciri-ciri kaca lutcahaya iaitu cahaya menembusi kaca tetapi tahap penglihatan terhad dan tidak jelas. Jenis kaca lutcahaya ialah kaca baja, rough cast glass, folotted and ribet glass, rolled, flotted and ribet glass, ridded glass dan cathedrel or figured rolled glass. 2. a. paip air panas - tidak sesuai untuk kebanyakan plastik b. plastik lutsinar - lebih ringan dan tidak berderai bila pecah berbanding dengan kaca, mahal, mudah tercalar, berhabuk kerana cas elektrostatik, mudah luntur dan takat kelembutan rendah c. plastik bertetulang - dibuat daripada gentian dicampur dengan resin tiruan seperti polister, epoxide dan phonelic mampu dijadikan bentuk yang besar dan sukar, sesuai untuk binaan lutcahaya d. kepingan partikel - mengandungi kayu atau partikel lulus yang disatukan dengan uria fornaldehyde secara tekanan

BAHAN BUKAN LOGAM

C1022 / UNIT 6/ 10

e. kepingan laminat - lapisan berguni daripada kertas, kayu, asbestos dan gentian kaca digabungkan dengan plastik, kekuatannya boleh menyamai logam, dijadikan kepingan yang mudah dilengkungkan 3. Mempunyai daya tegangan yang kuat berbanding dengan logam tetapi bermodulus kekenyalan yang rendah berbanding aluminium atau kaca dan plastik tidak boleh dijadikan rasuk, lemah pada suhu tinggi, boleh terbakar tetapi boleh dipertingkatkan ketidakmudah terbakar dengan menambahkan fire retandent additives, pengalir haba yang rendah, penebat haba yang baik, mengembang dengan banyak apabila dikenakan haba, kurang menyerap air, tidak karat, tidak reput dan tahan serangan kimia dan akan melentur atau rosak oleh cahaya ultra ungu dan bertambah buruk apabila suhu panas bercampur dengan lembapan. 4. a. paip air panas - tidak sesuai untuk kebanyakan plastik b. plastik lutsinar - lebih ringan dan tidak berderai bila pecah berbanding dengan kaca, mahal, mudah tercalar, berhabuk kerana cas elektrostatik, mudah luntur dan takat kelembutan rendah c. plastik bertetulang - dibuat daripada gentian dicampur dengan resin tiruan seperti polister, epoxide dan phonelic mampu dijadikan bentuk yang besar dan sukar, sesuai untuk binaan lutcahaya d. kepingan partikel - mengandungi kayu atau partikel lulus yang disatukan dengan uria fornaldehyde secara tekanan e. kepingan laminat - lapisan berguni daripada kertas, kayu, asbestos dan gentian kaca digabungkan dengan plastik, kekuatannya boleh menyamai logam, dijadikan kepingan yang mudah dilengkungkan

BAHAN BUKAN LOGAM

C1022 / UNIT 6/ 11

INPUT
6.4 Simen asbestos Dihasilkan dengan menyamburkan gentian asbestos, simen portland, silika dan kapur yang mesti bersifat tahan alkali, garam, pelarut organik dan asid. Juga tahan suhu tinggi dan tidak mudah terbakar, kukuh dalam tegangan dan boleh dicat menggunakan cat alkali. Cara penghasilan barangan siap boleh dibuat dengan cara acuan terbuka menggunakana tangan, proses hatschpk menggunakan penggelak menggunakan proses penonjolan. Hasil daripada penghasilan ini perlu diawet selama empat minggu dalam cuaca atau udara biasa. Khusus bagi asbestos simen ia merujuk kepada asbestos simen dan asbestos silika sahaja. Simen asbestos dikeluarkan dalam bentuk a. simen asbestos mampat - dijadikan rak, dinding dan tumpu kasau. Kepingan asbestos simen biasanya dikemaskan dengan damar epoksi tahan asid dan suhu tinggi untuk dijadikan meja makmal dan fume cupboard, papan suiz elektrik, paip bertekanan untuk paip air dan pembentungan. b. simen asbestos separa mampat - keupayaan menanggung beban meningkat apabila usia meningkat tetapi ketahanan ukuran semakin merosot. Boleh dipotong tidak terbakar tetapi retak. Jangka hayatnya boleh mencapai 40 tahun dan boleh dipanjangkan. Hasil daripada simen asbestos separa mampat dijadikan kepingan atap, kepingan rata untuk dinding, paip air hujan, pembentungan dan longkang, sesalur dan konduit dan jubin. c. extruded asbestos simen silika - menghasilkan kepingan dinding. Mempunyai tekanan dan regangan tinggi serta berpermukaan lembut.

BAHAN BUKAN LOGAM

C1022 / UNIT 6/ 12

6.5

Bitumen dan aspal Bitumen Bahan sebatian yang likat dan melekit berwarna hitam yang mengandungi sebatian hidrokarbon bermolikul tinggi, mapthne, napthne dan siri bauan yang bermacam serta gas oksigen dan beberapa siri sulfur. Sifat bitumen ialah bahan pepejal tidak kristal yang mengandungi hidrokarbon kompleks yang cair dalam karbon sulfida, ia mencair apabila dipanaskan. Jenis-jenis bitumen Bitumen natural, bitumen daripada minyak dan bitumen daripada petroleum. Sifat-sifat bitumen Berwarna coklat gelap atau hitam, menghalang penyerapan air dan embun, terbakar tetapi tidak membantu kebakaran, tahan asid, alkali, gula, suhu dan alkohol, elakkan daripada terkena minyak kerana ia merosakkan mencairkan jika dikenakan haba berterusan. Maka elakkan hubungan langsung dengan punca haba. Rosak jika dipanaskan berlebihan, maka elakkkan pemanasan kecuali di tapak bina. Berkemungkinan beracun, maka hanya bitumen terpilih digunakan dalam pembinaan yang menyentuh air untuk kegunaan domestik. Elakkan daripada menghidu asapnya semasa dipanaskan kerana membahayakan kesihatan. Jangan menyampurkan bitumen dengan bitumen jenis lain walaupun daripada satu keluarga kerana ia menyebabkan reaksi kimia yang boleh membahayakan. Kegunaan bitumen Campuran bitumen dengan aspal Bitumen konkrit iaitu aspal bitumen gulung untuk pembinaan jalan raya. Mekadem tar untuk kegunaan luar. Bahan awet untuk kayu dan cork. Sebagai kemsan bumbung dan hasil berkait bangunan dijadikan bahan kalis air dan stim, lapisan kalis lembap, membran kalis lembap dan kertas kalis air.

BAHAN BUKAN LOGAM

C1022 / UNIT 6/ 13

Aspal Aspal diperolehi secara semulajadi di Tasik Aspal di India barat, batu aspal di Eropah barat dan bitumen dicampur dengan bahan mineral. Sifat aspal Penyimen yang kuat, mudah melekat dan tahan lasak, kalis air, bersifat plastik dan boleh dilentur secara terkawal apabila bercampur dengan batu baur. Tidak dipengaruhi oleh alkali, asid dan garam kecuali asid nitrit dan asid sulfurik. Berkeadaan pepejal atau separa pepejal pada suhu bilik. Ia boleh dicairkan. Jenis aspal a. simen aspal b. aspal cecair c. aspal emulsi Kegunaan aspal Dijadikan mastic aspal dan seterusnya boleh menghasilkan lapisan kalis lembap, kemasan lantai, tanking of basement dan lapisan kalis air di bumbung (khusus untuk bumbung rata). Aspal gulungan untuk pembinaan jalan raya dan balapan.

TAHNIAH….!!! ANDA TELAH TAMAT BAB BAHAN BUKAN LOGAM

BAHAN BUKAN LOGAM

C1022 / UNIT 6/ 14

AKTIVITI 2
Ambil masa selama 10 minit untuk anda jawab soalan di bawah. 1. Senaraikan 4 sifat-sifat simen asbestos. 2. Senaraikan 5 sifat aspal.

JANGAN MENIRU UNTUK MENGUJI TAHAP PEMAHAMAN ANDA…

BAHAN BUKAN LOGAM

C1022 / UNIT 6/ 15

MAKLUM BALAS AKTIVITI 2

1. Simen asbestos bersifat tahan alkali, garam, pelarut organik dan asid. 2. Penyimen yang kuat, mudah melekat dan tahan lasak, kalis air, bersifat plastik dan boleh dilentur secara terkawal apabila bercampur dengan batu baur. Tidak dipengaruhi oleh alkali, asid dan garam kecuali asid nitrit dan asid sulfurik. Berkeadaan pepejal atau separa pepejal pada suhu bilik. Ia boleh dicairkan.

TAHNIAH……!! JAWAPAN ANDA MEMUASKAN. Sila jawab dan bincangkan dengan pensyarah anda berkemungkinan terdapat ideaidea yang lain.

BAHAN BUKAN LOGAM

C1022 / UNIT 6/ 16

PENILAIAN KENDIRI
1. Nyatakan 7 ciri plastik. 2. Apakah punca yang boleh menghasilkan plastik. 3. Kaca gentian merupakan salah satu daripada hasil produk berasaskan kaca. Terangkan dengan ringkas cara gentian kaca dihasilkan. 4. Berikan 4 sifat negatif bitumen dari segi kesihatan dan sifat-sifat semulajadinya. 5. Beberapa buah negara telah meminta penggunaan bahanbahan berasaskan asbestos terutamanya untuk binaan dan kemasan dalam bangunan. Berikan penjelasan anda mengenai kenyataan diatas.

Sila jawab dan bincangkan dengan pensyarah anda berkemungkinan terdapat ideaidea yang lain.

BAHAN BUKAN LOGAM

C1022 / UNIT 6/ 17

MAKLUM BALAS PENILAIAN KENDIRI

1. Mempunyai daya tegangan yang kuat berbanding dengan logam tetapi bermodulus kekenyalan yang rendah berbanding aluminium atau kaca dan plastik tidak boleh dijadikan rasuk, lemah pada suhu tinggi, boleh terbakar tetapi boleh dipertingkatkan ketidakmudah terbakar dengan menambahkan fire retandent additives, pengalir haba yang rendah, penebat haba yang baik, mengembang dengan banyak apabila dikenakan haba, kurang menyerap air, tidak karat, tidak reput dan tahan serangan kimia dan akan melentur atau rosak oleh cahaya ultra ungu dan bertambah buruk apabila suhu panas bercampur dengan lembapan. 2. 3. Dihasilkan dengan melalukan kaca lebur melalui lubang-lubang kecil dan menariknya keluar kepada ukuran hingga sekecil 0.005mm diameternya. Hasil gentian kaca antaranya ialah kapas kaca, glass fibre renforcment, staple tissue dan glass textile. Gentian kaca digunakan untuk tujuan thermal insulation, penyerap bunyi, electrical insulation, tetulang dalam penghasilan barangan plastik, tetulang dalam plaster dan alkali resistence fibre dalam simen. selulus kayu, kapas atau tumbuhan lain damar tulen seperti minyak aspal damar tiruan seperti arang batu, petroleum dan protein dalam susu.

BAHAN BUKAN LOGAM

C1022 / UNIT 6/ 18

4. Berwarna coklat gelap atau hitam, menghalang penyerapan air dan embun, terbakar tetapi tidak membantu kebakaran, tahan asid, alkali, gula, suhu dan alkohol, elakkan daripada terkena minyak kerana ia merosakkan mencairkan jika dikenakan haba berterusan. Maka elakkan hubungan langsung dengan punca haba. Rosak jika dipanaskan berlebihan, maka elakkkan pemanasan kecuali di tapak bina. Berkemungkinan beracun, maka hanya bitumen terpilih digunakan dalam pembinaan yang menyentuh air untuk kegunaan domestik. Elakkan daripada menghidu asapnya semasa dipanaskan kerana membahayakan kesihatan. Jangan menyampurkan bitumen dengan bitumen jenis lain walaupun daripada satu keluarga kerana ia menyebabkan reaksi kimia yang boleh membahayakan. 5. Bincangkan bersama pensyarah anda.

SYABAS!!
TIADA JAWAPAN YANG TIDAK BOLEH DIJAWAB YANG PENTINGNYA ILMU

MALU BERTANYA SESAT JALAN MALU MEMBACA LAMA-LAMA MATA JADI BUTA

BAHAN BUKAN LOGAM

C1022 / UNIT 6/ 19

MARI KITA BUAT RUMAH……. TETAPI SEBELUM ITU, KITA MESTILAH MENGETAHUI BINAAN SEMENTARA……. JOM KE UNIT 7

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->