You are on page 1of 2

Hidangan sepinggan lengkap

 Hidangan sepinggan lengkap ialah satu hidangan yang seimbang dan mengandungi
semua jenis nutrien yang diperlukan oleh tubuh badan. Nutrien seperti karbohidrat,
protein, lemak, vitamin dan garam mineral terdapat dalam satu hidangan dengan kadar
yang berpatutan. Boleh disediakan mengikut cara, berkuah atau bersup, bergoreng dan
makanan segera.

 Biasanya hidangan ini disediakan dalam satu pinggan atau satu pinggan dan satu
mangkuk. Contohnya nasi ayam, di mana nasinya dihidangkan di dalam pinggan dan
kuahnya pula dalam mangkuk yang berasingan.

 Hidang sepinggan lengkap boleh dihidangkan sebagai hidangan utama atau


hidangan sampingan. Kelebihan hidangan ini ialah mempunyai khasiat yang
mencukupi, mudah disediakan dan dimasak, menjimatkan masa dan tenaga serta boleh
dihidang secara peranggu meja atau berpek. Ciri-ciri hidangan sepinggan lengkap
adalah mudah, ringkas, berkhasiat dan cepat disediakan.

 Jenis hidangan sepinggan lengkap boleh dibahagikan mengikut cara timur, cara
barat dan budaya setempat. Hidangan sepinggan lengkap cara timur sangat popular di
negara kita. Hidangan seperti nasi lemak, mi goreng, nasi goreng dan sebagainya
sentiasa dihidang sebagai sarapan atau bekalan ke sekolah, pejabat atau semasa
berkelah. Selalunya di masak menggunakan kaedah menggoreng(nasi, bihun, mee)
dan merebus (mee kari, mee sup).

 Budaya makanan kita telah banyak dipengaruhi oleh makanan cara barat contohnya
burger, piza, sandwic, makaroni dan sebagainya. Sumber utama hidangan ini ialah
tepung gandum, mentega, sos tomato, keju, susu, telor dan mayonis. Sangat popular di
kalangan pemuda-pemudi.

 Budaya setempat juga banyak mempunyai makanan istimewanya seperti negeri Johor
terkenal dengan lontong dan laksa Johor, negeri Kelantan pula popular dengan nasi
kerabu, negeri Perlis dengan laksa Perlis dan sebagainya. Kaedah memasak yang
digunakan ialah menggoreng, merebus, merendidih, mengukus. Banyak menggunakan
rempah-rempah seperti jintan manis, jintan putih, kulit kayu manis dan sebagainya.

Menyediakan minuman

 Minuman boleh membantu proses perjalanan tubuh badan dan mengekalkan kesihatan
yang sempurna. Minuman yang disediakan perlu mengandungi nutrien dan vitamin
yang diperlukan tubuh. Minuman berfungsi untuk membantu penghadaman dan
penyerapan, menghilangkan dahaga pada hari panas, membantu mengawal suhu badan
dan memberi khasiat pada tubuh badan.

 Terdapat 2 jenis kumpulan minuman iaitu minuman yang berkhasiat dan minuman
yang menyegarkan
 Ciri-ciri minuman yang berkhasiat

 Kaya dengan nutrien seperti karbohidrat, lemak, protein, vitamin, garam


mineral dan boleh diganti apabila lapar
 Sumber bahan adalah koko, susu, kacang soya, telor dan sebagainya
 Contoh minuman: air milo, horlicks, susu, air koko, air barli dan semua jenis
minuman bijirin
 Boleh dihidang secara sejuk atau panas

 Ciri-ciri minuman yang menyegarkan

 Kaya dengan vitamin C, garam galian dan karbohidrat


 Boleh menghilangkan dahaga kerana ia biasa dihidang secara sejuk
 Sumber bahan adalah buah-buahan, sirap, sayur-sayuran, gula, dan air bergas
 Buah-buahan dan sayur-sayuran yang biasa digunakan adalah nanas, limau,
epal, tembikai, lobak merah, tomato dan belimbing

http://kemahiranhidupshaniza.blogspot.com/search/label/Masakan

http://www.freewebs.com/khbdua/masakan.htm

http://books.google.com.my/books?
id=rpVTulQAIp4C&pg=PA182&lpg=PA182&dq=hidangan+sepinggan+lengkap&source=bl
&ots=RyiLYcmvJA&sig=0zq63eltElMUr6104SAG_vwgZB4&hl=en&ei=EFDMSuvhCZ-
Q6AP2vPCNAw&sa=X&oi=book_result&ct=result&resnum=2#v=onepage&q=hidangan
%20sepinggan%20lengkap&f=false

You might also like