JABATAN PERTANIAN SABAH CAW.

PENGEMBANGAN DAERAH TAWAU TANAMAN KACANG PANJANG

DIBENTANG SEMASA LATIHAN 2 MINGGUAN KAKITANGAN PEJABAT PERTANIAN TAWAU

DISEDIAKAN OLEH MASRI MATLAN KJP/PLDDM JPTN TWU

3 4 .0 2.2 Penanaman 4.5 Pemangkasan 4.8 4 4 .1 Penyediaan Kawasan 4. 1.7 7 7 8 9 .ISI KANDUNGAN Bil.0 Perosak dan Penyakit Kematangan dan Pengutipan Hasil Analisa Kewangan Sehektar Menanam Kacang Panjang Tanpa Junjung i .4 Pembajaan 4.0 3.0 Maklumat Am Botani Tanaman Tajuk Muka Surat 1 2 2 .0 6.7 Pengurusan Air 5.6 6 .16 Keperluan Asas Tanaman Amalan Kultur 4.5 5 .0 4.3 Pemasangan Junjung/Penyokong 4.0 8.0 7.6 Kawalan Rumpai 4.12 13 13 14 .

Kegunaan lain yang bukan predisimal ialah untuk gubahan kerana saiznya yang panjang boleh dibentuk atau dipintal menjadi raga.0 mg 53. tapi sekarang ditanam dimerata kawasan yang beriklim tropika iaitu Asia. Kandungan Zat Makanan (Bagi setiap 100 g yang boleh dimakan) Kandungan Protin Karbohidrat Lemak Serabut Kalsium Zat Besi Fosforus Kalium Jumlah 2. Ia juga dimakan mentah sebagai ulam.0 ug 0.1 g 4.0 Maklumat Am Nama Tempatan Nama Botani Keluarga Asal : : : : Kacang Panjang Vigna sesquipedalis(L. Afrika Timur dan Amerika Tengah. Pada kebiasaannya lenggai kacang panjang yang muda digunakan pada pelbagai jenis masakan.0 g 0.0 mg Kandungan Natrium Karotena beta Vitamin B1 Vitamin B2 Vitamin C Niacin Jumlah 5.8 mg 33.4 g 61.5 mg 0.1 mg 0. 1.Teknologi Tanaman Kacang Panjang Kacang Panjang Vigna sesquipedalis L. Ada juga lenggai yang dibuat jeruk dan di tinkan. Ia dipercayai berasal dari India.9 g 1.6 mg 1 .0 mg 513.0 mg 0.6 mg 48.) Leguminosae India Kacang panjang adalah sejenis sayuran yang popular dikalangan penduduk Malaysia.

6. Lenggai : Berukuran antara 20 . : Jenis majmuk.8. sementara keperluan topografi. perang hitam dan berbintik hitam. ♦ Cara Pendebungaan sesama sendiri.0 Botani Tanaman Kacang Panjang adalah sejenis tanaman semusim yang tumbuh memanjat. 3.Teknologi Tanaman Kacang Panjang 2. Manakala pH tanah sesuai pada kemasaman tanah pH 5.6 kuntum setiap tangkai bunga. Warna berbiza mengikut varieti dari putih cerah.0 Keperluan Asas Tanaman Iklim Hujan Tanah : Sesuai pada suhu 20-30oC : Taburan hujan antara 138-168 mm/bulan : Sesuai ditanam dikebanyakan jenis tanah gambuat dan pasir.5 . Warnanya berbeza dari hijau muda hingga merah hati mengikut variety Biji : 10-30 biji setiap lenggai. : Jenis memanjat dengan cara melilit pada penyokong dan boleh mencapai sehingga 4 m.70 cm dan purata garis pusat 1. Ciricirinya adalah seperti berikut:Akar Batang Daun Bunga : Mempunyai akar tunjang dan daripadanya berkembang akar lateral yang meluas. : berwarna putih kuning atau ungu.2 cm.5 cm dan terdapat dalam kelompok 3 .6O Tak sempurna sali-salir > 25 cm Kesesuaian Sederhana Sesuai 6 – 20O Kurang salir dan agak sangat salir kesangat salir - 2 .tekstur dan struktur tanah pula adalah seperti dalam jadual :- Jadual sifat-sifat tanah yang sesuai bagi tanaman kacang panjang. Sifat Tanah Kecerunan Saliran Kedalaman tanah Sesuai 0 . berukuran 2 .2.

Tempoh simpanan buah (pada suhu 10°C. Kutipan hasil 15 . Panjang buah 5.Teknologi Tanaman Kacang Panjang Sifat Tanah Tekstur dan Strukur Kemasinan Kedalaman lapisan asid sulfat Ketebalan gambut Kandungan Batu Ketidak seimbangan nutrien Sesuai Kesesuaian Sederhana Sesuai Pasri tak berstruktur dan lempung 1-2 mmhos 0 – 50 cm Selain dari pasir tak berstruktur dan lempung < 1 mmhos > 50 cm Tiada halangan Tiada halangan batu dipermukaan 25 cm Tiada nutrien mikro berlebihan atau CEC rendah < 25%. 90% kelembapan relatif) 6. Mula berbunga selepas tanam (apabila 10% populasi mekar) 4. Warna daun 3.20 Hijau 36 .40 hari 50 .76 cm 7 hari 45-50 hari selepas menanam. Hasil (tan/ha) 2. Tempoh kutipan hasil di antara 30-40 hari. 3 . jika tersebar sama rata CEC rendah Kultivar Yang Disyorkan KP 1 (YB902) 1.

Tanam 2 biji benih selubang.Teknologi Tanaman Kacang Panjang 4. ii. Diladang Kawasan dibajak dan digembur sedalam 15-22 cm. (21. Dalam Pasu dan Bekas-Bekas Lain Gunakan tanah campuran mengandungi 3 bahagian tanah 1 bahagian tahi ayam dan 1 bahagian pasir.333 pk/ha). (6-9”) supaya pertumbuhan akar baik.2 m dan tinggi 2030cm dan panjangnya mengikut keadaan kawasan. 2-3 tan/ha bagi tanah berpasir dan 3-4 tan/ha bagi tanah mineral. anak benih dijarangkan kepada sepokok selubang. 4.1 Penyediaan Kawasan i. Selepas 10 hari. Sejumlah 7-8kg biji benih diperlukan bagi sehektar penanaman. Gaulkan 50kg tahi ayam reput ke dalam tanah bagi kawasan 100 meter persegi. 4.2 Penanaman i. Isikan Pasu dengan tanah campuran tersebut sehingga 5cm dari permukaan pasu.0 Amalan Kultur Biji benih yang bermutu tinggi perlu digunakan. Biji benih dirawat dengan racun kulat seperti captan pada kadar 3g/1000g biji benih. Di ladang Biji benih ditanam terus ke batas sedalam 2-3 cm dengan jarak tanaman 60 cm antara baris dan 45 cm antara pokok. Pengapuran dilakukan tidak kurang 14 hari sebelum menanam iaitu semasa pembajakan pada kadar 20-25tan/ha bagi tanah gambut dikawasan baru. Batas dibentuk selebar 1. Sebanyak 70g biji benih diperlukan untuk kawasan seluas 100 meter persegi (1000 kaki persegi) 4 .

Tiang-tiang ini dipacakkan diatas batas dengan jarak lebih kurang 4 m persegi.5 cm (1”). Diladang Kacang panjang adalah sayuran jenis memanjat oleh itu kayu-kayu junjung atau penyokong adalah diperlukan. Sistem para-para dawai 5 . Sistem ini menggunakan tiang-tiang junjung yang berukuran 2. Dalam Pasu dan Bekas-Bekas Lain Tanam 2 biji benih sedalam 2.3 Pemasangan Junjung/Penyokong i.14) diatas tiap-tiap batas. 4.10) dipasang dibahagian atas menghubungi kayu-kayu junjung tadi. Kemudian dawai kasar (No. Sistem para-para dawai adalah sistem penyokong yang sesuai untuk tanaman kacang panjang.Teknologi Tanaman Kacang Panjang ii. Junjung perlu disediakan selewat-lewatnya 2 minggu selepas menanam.5 cm panjang dan bergaris pusat 6 cm panjang. Selepas 2 minggu ditanam tinggalkan satu pokok sahaja dalam satu pasu. Apabial tinggi pokok lebih kurang 20 cm tali-tali rafia mula dipasang pada tiap-tiap pokok dan kemudian diikat ke para-para dawai. Ini diikuti dengan memasang dawai sederhana (No.

BRIS ( Tanah gambut) 1. Rudua Tahi ayam NPK12:12:17:2 2.4 Pembajaan Syor pembajaan berbeza-beza mengikut jenis tanah dan amalan agronomi penanaman. Baging Tahi ayam NPK12:12:17:2 Gaul dalam tanah Keliling pokok Gaul dalam tanah Keliling pokok 25 1.0 -1 * 2. Pastikan anak pokok melilit kayu sokongan.4 & 7 II.4 & 7 Gaul dalam tanah Keliling pokok Keliling pokok III. Bekas Lombong 1.Pasir Tahi ayam NPK12:12:17:2 NPK12:12:17:2 25 1.7 Masa (Minggu lepas tanam) -1 * 2.5’).4 & 7 Jenis tanah Jenis baja Cara I.4 & 7 6 . 4.0 -1 * 2. Gambut 0. Walaubagainampun syor dibawah boleh digunakan.Teknologi Tanaman Kacang Panjang ii. Dalam Pasu dan Bekas-Bekas Lain Gunakan kayu pancang berukuran 2m (6. Kadar (t/ha/musim) 10 0.7 2.

7 .6 Kawalan Rumpai Racun rumpai pracambah metalachlor (0. Daun-daun tua dibahagian bawah juga perlu dipangkas untuk menggalakan pengudaraan diantara pokok. Rumpai yang tumbuh diatas batas. selepas menyemai benih kacang panjang.5kg/ha) atau glyphosate (0.0 kg/ha) boleh digunakan untuk mengawal rumpai dikawasan kacang panjang. Bagi rumpai yang dijumpai diantara batas.5 Pemangkasan Pemangkasan dilakukan dengan mencantas dahan-dahan sisi terutama dibahagian bawah. Dalam Pasu Tabur 1 sudu teh (5g) baja NPK Blue Special (12:12:17:2) sepasu setiap minggu 4. 4.Teknologi Tanaman Kacang Panjang IV. hendaklah dicabut dengan tangan atau menggunakan cangkul. ii.7 -1 * 2. Mineral Tahi ayam NPK12:12:17:2 5 0. ia dikawal dengan racun paraquat (1. glufosinate-ammonium (0. Diladang Gunakan baja NPK Blue Special (12:12:17:2) sebanyak 7 kg bagi setiap 100m (1000 kaki) persegi.3 – 1. Pembajaan dilakukan sebanyak 3 kali iaitu pada minggu ke 2.4 & 7 Gaul dalam tanah Keliling pokok Nota : * Satu minggu sebelum menanam i.0 kg/ha). Sungkupan yang terdiri dari lalang dan rumput kering yang diletakkan diatas batas juga dapat menyekat pertumbuhan rumpai.5 kg/ha) yang disembur menggunakan alat penyembur bertudung bagi mengelakkan kerosakan pada tanaman. Racun ini disembur sama rata diatas batas selepas benih ditanam tetapi sebelum rumpai cambah. 4 dan 7 selepas menanam.6 – 2.

80 40 .3-1.20 2 Lebar bawah (m) 1.5 0.60 Cerun Tebing 1:1 0.200 60 .0 liter/saat dan garis pusat siraman liputan 25-30 m.5-2.7 Pengurusan Air Pengairan dilakukan dengan menyiram atau menggunakan sistem pengairan renjis.Teknologi Tanaman Kacang Panjang 4. Jenis perenjis yang sesuai digunakan mempunyai julat tekanan operasi yang rendah iaitu 1. Spesifikasi sistem perparitan ladang adalah seperi berikut :Jenis Tanah Jarak diantara parit (m) 175 .5kg/cm dengan kadar alir perenjis 0. Kos bahan bagi sistem ini adalah RM 5.25:1 Kedalaman (m) 0.000 sehektar. Parit ladang dibina untuk menyalirkan air bertakung ke parit utama.5:1 0.75 1.3 Kepadatan parit (m/ha) 50 125 170 Lom Berpasir Lempong dan kelodak Organik Reka bentuk sistem parit yang disyorkan 8 .90 0.2 0. Perparitan diperlukan bagi kawasan yang menghadapi masalah saliran.000 RM 8. Sistem pengairan renjis mempunyai kecekapan pengairan 65-75% dan keperluan tenaga kerja yang rendah.

0 Perosak dan Penyakit 5.1% b.a 2. Lalat kacang (Melanagromyza phaseoli) Bahagian diserang Peringkat pokok diserang Tanda serangan : Daun dan batang : Muda : Terdapat telur serangga diatas permukaan daun. Batang rosak dan batang muda akan tumbang : sembur racun diazinon atau dimethoate ulangi sebanyak 2 kali selang 4 hari sekali jika perlu.1 Serangga Perosak 1. Kawalan 9 .Teknologi Tanaman Kacang Panjang 5. Ulat Pengorek Buah (Maruca testulalis Gayer) Bahagian diserang Peringkat pokok diserang Tanda serangan Kawalan : Bunga dan buah Peringkat berbuah : Lenggai berlubang dan terdapat sisa najis pada bahagian yang diserang : Amalan Kultur dengan musnahkan ulat dan diserang mengutip dan lenggai yang : Kawalan Kimia gunakan lambda cyhalothrin 0.1% 3.05% atau carbaryl 0. Pemakan buah kacang (Euchrysops cnejus F) Bahagian diserang Peringkat pokok diserang Tanda serangan Kawalan : Buah dan bunga : Berbuah : Terdapat lubang-lubang di atas permukaan buah : Sembur dengan racun serangga carbaryl 0.

1% b.Teknologi Tanaman Kacang Panjang 4. & Mart) Bahagian diserang Cara Merebak Tanda serangan : : : Daun Angin Terdapat bintik-bintik berwarna perang pada daun dan akhirnya pokok akan mati. Kawalan (Pencegahan) : : : : 2. Antraknos (Colletotrichum lindemuthianum) Bahagian diserang Cara Merebak Tanda serangan : : : Daun dan buah Biji benih. berwarna kehitaman dan melekuk kedalam. Rawat biji benih dengan racun kulat seperti captan 3 g/1000 g biji benih Saliran baik pada kawasan tanaman.a jika perlu. Jika terdapat serangan sembur racun kulat seperti mancozeb 0.2 Penyakit : 1. buah dan batang muda menyebabkan bahagian yang diserang menjadi terbantut dan kerekot Sembur dengan racun profenfos atau malathion Kawalan 5. Kutu daun (Aphis craccivora Kock) Bahagian diserang Peringkat pokok diserang Tanda serangan : Pucuk . Bintik daun (Cercospora canescens Ell. Bajak reput relai kedalam tanah semasa penyediaan tanah. angin dan air Bintik-bintik kelihatan berpusar. buah dan batang muda : Semua peringkat : Kelihatan koloni kutu berwarna hijau tua atau hitam menyerang pucuk. 10 .

a 4.1% b. Karat (Uromyces appendiculatus) Bahagian diserang Cara Merebak Tanda serangan : : : Daun. Ditengah bintik terdapat spora-spora yang berwarna perang/jinga.075% b.a. buah dan batang Angin Bintik bulat dan berwarna kuning. Rawat biji benih dengan racun kulat seperti captan 3 g/1000 g biji benih Tentukan siraman air tidak berlebihan dan saliran air baik.2% b. Serangan yang teruk menyebabkan daun menjadi kuning dan kering. rebah dan akhirnya mati. Kawalan (Pencegahan) : : 11 .a atau chlorothalonil 0. copper oxycloride 0.a. Lecuh anak benih (Pythium sp. Gunakan penyakit kultivar yang tahan Kawalan (Pencegahan) : : : Bajak reput relai kedalam tanah semasa penyediaan tanah Jika terdapat serangan sembur dengan cyproconazole 0.003% b. Dipangkal batangnya kelihatan seakan lecuh.Teknologi Tanaman Kacang Panjang Kawalan : Musahkan bahagian yang diserang dan sembur dengan racun kulat seperti mancozeb atau maneb 3. ) Bahagian diserang Cara Merebak Tanda serangan : : : Pangkal Tanah dan air Anak benih layu. mancozeb 0.

lenggai menjadi kecil dan berubah rupa. Terdapat maisilia dibahagian yang berpenyakit.1% b.a jika perlu. Cabut dan berpenyakit bakar pokok yang Kawalan : : Sembur racun kulat seperti captan 0. 12 . Serangan yang teruk menyebabkan pokok bantut. Reput pangkal (Rhizoctonia solani) Bahagian diserang Cara Merebak Tanda serangan : : : Pangkal pokok Tanah dan air Pokok layu dan pangkal menjadi reput.Teknologi Tanaman Kacang Panjang : Sembur anak benih dengan racun kulat 2 kali selang 5 hari sekali. ( 2 kali jika perlu) 5. Sembur racun serangga seperti malathion 0. Guna biji benih yang bebas penyakit Amalkan tanaman kebersihan kawasan Kawalan (Pencegahan) : : : Jika terdapat serangan musnahkan pokok yang diserang.a 6.1% b. Mozek daun (Mosaic virus) Bahagian diserang Cara Merebak Tanda serangan : : : Daun Biji benih dan kutu daun sebagai pembawa penyakit Daun berbintik-bintik dan berkerekot.

lenggai kacang boleh tahan selama 2-3 hari. Bebas daripada serangan penyakit.15 13 . Perhatian perlu diberi supaya tidak terkena tampok-tampok bunga yang lain kerana ini akan menjejaskan pengeluaran buah seterusnya.87-270.000 Pulangan bersih semusim RM20.455 Hasil (kg) 15.000-20.0 Kematangan dan Pengutipan Hasil Kacang panjang mula dipetik 45 – 50 hari selepas menanam.288 Kos Buruh RM 3. bentuk yang sempurna dan mempunyai ukuran yang seragam. Pengutipan dibuat setiap 2 hari selama 30 – 40 hari.00/kg) Pulangan bersih sehari RM180. Tanda-tanda peringkat kematangan kacang pajang yang sesuai dipasarkan ialah bijinya masih kecil dan tidak kelihatan dari luar.0 Analisa Kewangan Sehektar (jangka hayat 112 hari) Kos bahan RM 6. Lenggai kacang disusun dari pangkalnya semasa dikutip dan diikat apabila mencapai 50 lenggai. Kacang panjang dipetik lenggai demi lenggai. Kualiti lenggai yang dikehendaki dipasaran adalah seperti berikut:Saiz Panjang > 40 Sederhana 30 – 40 Pendek < 30 Lurus dan biji tidak menonjol di permukaan Mempunyai warna hijau muda/tua yang seragam Buah masih rapuh. kerosakan seperti patah. Ikatan-ikatan ini disusun di dalam bakul yang beralas dengan plastik dengan had muatan tidak melebihi 30 kg/bakul.segar. dengan cara memulas tampoknya dengan cepat. berlubang atau kekotoran 0 Bentuk Warna Tekstur Keadaan Dalam keadaan ambient. Penyimpanan dingin pada suhu 5 – 10 C dengan kelembapan relative di antara 90 – 95% boleh memanjangkan daya penyimpanan selama seminggu.257 (RM2.254-30. 7.Teknologi Tanaman Kacang Panjang 6.

Sifat renek ini juga membolehkan kacang panjang ini ditanam tanpa kayu junjung. Kacang panjang dihasilkan melalui kacukan antara kacang panjang memanjat dengan kacang mata lembut (cowpea) Keistimewaan Kacang Panjang Renek Kacang panjang renek ini memang istimewa. Dengan tidak memerlukan kayu junjung.menyembur racun perosak dan aktiviti penuaian. Sifat reneknya membolehkan jentera digunakan dalam operasi pengeluaran seperti menanam. 14 .Teknologi Tanaman Kacang Panjang Menanam Kacang Panjang Tanpa Junjung pabila disebut kacang panjang akan terbayang dalam fikiran kita tanaman yang memanjat dan melilit kayu junjung. Mungkin sesetengah orang beranggapan mustahil untuk menanam kacang panjang tanpa kayu junjung. Tetapi percaya atau tidak. Kacang panjang tersebut dipercayai berasal dari selatan Thailand dan mula ditanam dinegara ini di Changloon. Kedah. merumput. Sebenarnya ada rahmat yang terlindung disebalik sifat ini. Sifat ini juga membolehkan kacang panjang renek ditanam lebih kerap dalam setahun. membaja. Ia dapat mengurangkan risiko serangan serangga perosak dan penyakit serta bencana alam diladang. hampir 50% kos pengeluaran dapat dikurangkan. MARDI telah menjalankan penyelidikan tentang kacang panjang yang mempunyai ciri-ciri renek. Jangka hayat kacang panjang renek lebih pendek.

Namun begitu saiz ini memudahkan penyimpanan dalam peti sejuk dan pembungkusan untuk pemasaran. lenggai yang dihasilkan menjadi kecil dan pendek. Tempoh pengeluaran kacang panjang ialah 2 – 4 minggu dengan hasil kira-kira 10 tan sehektar. Biasanya. Tetapi jika disimpan pada suhu 5 – 10 C dengan kelembapan 90 – 95% lenggai dapat disimpan selama satu minggu. Jarak tanaman yang sesuai ialah 70 cm x 50 cm jika dua pokok ditanam dalam selubang atau 70 cm x 25cm jika ditanam dalam satu pokok selubang. Yang pertama sebagai baja asas semasa menanam atau 1 minggu selepas menanam. Penuaian hasil boleh dibuat 6 minggu selepas ditanam apapbila lenggainya mula membengkak.Teknologi Tanaman Kacang Panjang Lenggainya juga lebih pendek daripada jenis biasa. baja campuran (34 kg N. beberapa jenis racun serangga boleh digunakan. Penyakit yang perlu dikawal ialah penyakit karat daun menggunakan racun kulat. Yang kedua apabila pokok kacang mula mengeluarkan bunga. kutu daun dan pengorek lenggai yang dijumpai menyerang. 0 15 . jarak tanamannya boleh dirapatkan. Pada suhu bilik. kacang panjang jenis ini menjadi layu dan bertukar warna menjadi kuning dalam masa 2 hari selepas dipetik. Untuk mengelakkan serangan daripada merebak. 56kg P2O5 dan 56 kg K2O sehaktar) sesuai diberi kepada tanaman kacang panjang disemua jenis tanah. Baja campuran ini diberikan 2 kali. Oleh sebab kacang panjang renek tidak memerlukan kayu junjung. Air amat diperlukan oleh pokok kacang panjang semasa peringkat berbunga dan pengeluaran lenggai. Perosak seperti pelombong daun. Selepas dipetik lenggai kacang panjang renek disusun dalam bakul atau bekas dengan had muatan tidak melebihi 30kg. Lenggai dianggap tua sekiranya biji menjadi besar dan kelihatan jelas dari luar. Pengurusan Tanaman Cara menanam kacang panjang renek tidak banyak berbeza dengan cara menanam kacang panjang jenis memanjat. Sekiranya pada peringkat tersebut air tidak diperolehi secukupnya. Tempoh pengeluaran juga singkat dan seterusnya mengakibatkan hasil rendah.

960 Hasil (kg) 9000-11000 Pulangan bersih semusim RM 13.940-17.100 Kos Buruh RM 1.940 (RM2.76 Penyemburan racun hendaklah diberhentikan beberapa hari sebelum mengutip hasil berpandukan tempoh dilarang mengutip hasil(TDMH) seperti dibawah : Racun Perosak Malathion Profenofos Mancozeb Captan (rawatan biji benih) Chlorothalonil Lambda-cyhalothrin Carbaryl Captan Diazinon Dimethoate Cyproconazole Copper oxychloride Cuprouse oxide Paraquat TDMH (Hari) 3 7 14 Tiada 14 7 7 7 7 28 60 Tiada Tiada Tiada 16 .Teknologi Tanaman Kacang Panjang Analisa Kewangan bagi sehektar (jangka hayat 63 hari) Kos Bahan RM 2.27-284.00/kg) Pulangan bersih sehari RM 221.