You are on page 1of 9

PENGENALAN

Semua negara di dunia mengamalkan sistem ekonomi campuran. Tahap


campur tangan kerajaan dalam urusan ekonomi berbeza-beza mengikut
negara.Sistem ini merupakan gabungan antara sistem ekonomi pasaran bebas dan
sistem ekonomi perancangan pusat. Selain itu, menggunakan mekanisme pasaran
serta membenarkan kerajaan campur tangan dalam kegiatan ekonomi. Campur
tangan kerajaan bertujuan untuk mengatasi kelemahan-kelemahan mekanisme
pasaran. Masalah asas ekonomi diselesaikan secara bersama oleh kerajaan dan
pihak swasta. Walau bagaimanapun, kuasa permintaan dan penawaran masih
dipengaruhi oleh makanisme pasaran.

Individu dan firma dalam ekonomi mempunyai kebebasan untuk memiliki harta
kekayaan dan faktor pengeluaran. Motif utama firma ialah untuk memaksimumkan
keuntungan tetapi kerajaan akan memastikan kegiatan firma tidak menjejaskan
kepentingan pengguna dan faktor-faktor pengeluaran.
CIRI-CIRI SISTEM
EKONOMI CAMPURAN
 Kos permulaan atau kos tetap projek tersangat tinggi dan tidak
mampu ditanggung oleh sektor swasta. Contohnya kos pembinaan
empangan elektrik hidro dan projek lebuhraya.
 Projek yang diperlukan oleh masyarakat tetapi tidak
mendatangkan keuntungan kepada sektor swasta. Contohnya,
projek menyediakan barang awam untuk kegunaan orang ramai tanpa
mengira golongan kaya atau miskin. Kerajaan akan menyediakan
barang awam seperti bekalan elektrik dan air untuk rakyat dengan
harga yang berpatutan dan mampu dibayar oleh setiap pengguna.
 Projek yang menyediakan perkhidmatan sosial, misalnya
perkhidmatan pendidikan dan hospital. Projek seperti ini disediakan
oleh kerajaan bertujuan untuk meninggikan taraf hidup dan taraf
kesihatan masyarakat.
 Satu projek yang jika wujud persaingan boleh menyebabkan
pembaziran sumber yang ada. Ini bermakna seorang pengeluar
sudah cukup untuk menjalankan projek tersebut, misalnya projek
bekalan air dan elektrik.
 Melibatkan projek strategik (seperti menyediakan makanan ruji) dan
projek ketenteraan. Sesebuah negara cuba untuk tidak terlalu
bergantung kepada negara lain dalam soal menyediakan makanan ruji
bagi rakyat negaranya. Setiap kerajaan juga bertanggungjawab
mempertahankan kedaulatan negara daripada serangan musuh asing
dengan membiayai projek berkaitan pertahanan.
 Sistem ekonomi campuran merupakan gabungan dan adunan
falsafah serta amalan antara sistem ekonomi pasaran bebas
dengan sistem ekonomi perancangan pusat. Oleh demikian, sistem
ekonomi dikatakan bersifat sederhana atau pertengahan.
 Sistem ekonomi campuran selaras dengan teori ekonomi Keynes.
Teori ini menyatakan bahawa kedua-dua sektor kerajaan dan swasta
dapat memainkan peranan penting dalam meningkatkan ekonomi
sesebuah negara melalui peningkatan permintaan agregat.
 Perhubungan yang harmoni antara sektor awam dengan sektor
swasta dapat direalisasikan melalui konsep pensyarikatan. Usaha
sama ini akan meningkatkan prestasi ekonomi sesebuah negara.
 Di samping sektor swasta, kerajaan memainkan peranan penting
dalam membuat keputusan dan membangunkan ekonomi
sesebuah negara. Campur tangan kerajaan dalam ekonomi adalah
penting dari aspek berikut:
a) Memperuntukkan sumber, terutama sebagai pembekal barang
awam
b) Menjamin pengagihan pendapatan yang lebih adil dan saksama
c) Menstabilkan ekonomi
d) Menjamin pertumbuhan dan pembangunan ekonomi.
 Berbanding sistem ekonomi pasaran bebas, penglibatan kerajaan
dalam aktiviti ekonomi di dalam sistem ekonomi campuran lebih
meluas.
 Penglibatan kerajaan secara langsung dalam kegiatan ekonomi boleh
dilakukan melalui penubuhan perusahan awam. Penubuhan
perusahanan awam adalah perlu atas alasan berikut:
a) Sektor swasta dan sektor awam berfungsi sebagai pelengkap.
Dalam usaha mempercepat proses pembangunan, peranan
perusahan awam sebagai pembekal kemudahan infrastruktur
adalah amat penting di negara sedang membangunan.
b) Kecekapan pengurusan dan teknologi kerap kali tidak berlaku di
dalam sektor pentadbiran kerajaan.
c) Sektor swasta tidak cenderung kepada projek ekonomi yang
melibatkan tanggungjawab sosial.
d) Dari aspek pengagihan peranan perusahan awam ternyata
penting. Perusahan awam adalah penting sebagai penutup
jurang.
PENYELESAIAN ASAS MELALUI
SISTEM EKONOMI CAMPURAN
MASALAH APA DAN BERAPA

Setiap pengguna bebas membuat keputusan menentukan apa dan berapa


barang yang dikeluarkan. Ini dapat dilihat daripada corak pembelian pengguna yang
sangat dipengaruhi oleh harga barang. Bagaimanapun,dalam sistem ekonomi
campuran terdapat kawalan kerajaan melalui sistem cukai dan perundangan
supaya pengguna dan penggeluar tempatan tidak ditindas. Disamping itu,
kerajaan menyediakan barang awam seperti kemudahan asas, perkhidmatan
pendidikan dan keselamatan negara.

MASALAH BAGAIMANA

Pengeluar bebas membuat keputusan tentang gabungan faktor pengeluaran.


Keputusan ini diambil berasaskan kepada kecekapan pengguna faktor, supaya
kos penggeluaran minimum. Sama ada firma menggunakan insentif buruh atau
intensif modal bergantung kepada harga buruh dan harga modal. Kerajaan akan
mengawal supaya kombinasi faktor-faktor pengeluaran selaras dengan dasar
kerajaan.

MASALAH UNTUK SIAPA

Pengguna bebas bekerja dan memiliki harta dan bebas menggunakan


pendapatan untuk memilih dan membeli barangan yang ada dalam pasaran. Untuk
menjaga kepentingan pengguna dan penggeluar. Misalnya harga maksimum
digunakan untuk melindungi pengguna dan harga minimum untuk melindungi pekerja
danpengeluar. Bagi barang-barang penting dan digunakan oleh semua orang akan
disenaraikan dalam harga barang terkawal.
TUJUAN CAMPUR TANGAN
KERAJAAN DALAM SISTEM
EKONOMI
MEWUJUDKAN KESTABILAN EKONOMI

Sistem ekonomi pasaran bebas gagal mewujudkan kegiatan ekonomi yang


stabil, maka dengan adanya campur tangan kerajaan, keadaan ekonomi yang
melambung dan meleset dengan hebat pada musim atau masa-masa tertentu dapat
diatasi melalui dasar fizikal dan kewangan supaya ekonomi mencapai pertumbuhan
ekonomi yang pesat, guna tenaga penuh ,tingkat harga yang stabil dan
keseimbangan imbangan pembayaran.

MENYEDIAKAN BARANG AWAM

Barang awam tidak disediakan dalam sistem ekonomi pasaran bebas kerana
kos untuk mengeluarkannya adalah terlalu tinggi dan tidak mendatangkan
keuntungan. Hal ini kerana firma tidak dapat menghalang orang yang tidak
membayar untuk menggunakannya. Oleh yang demikian, kerajaan
bertanggungjawab untuk mengeluarkan barang awam untuk meningkatkan kebajikan
dan pembangunan negara. Barangan yang disediakan oleh kerajaan adalah seperti
pertahanan, lampu jalan raya, penggangkutan kereta api, pendidikandan
sebagainya.

MENGELAKKAN AMALAN MONOPOLI

Campur tangan kerajaan diperlukan untuk meningkatkan tingkat kebajikan


masyarakat dan menstabilkan politik negara. Ini bermakna kuasa monopoli yang
wujud di bawah mekanisme pasaran perlu dikurangkan atau dihapuskan kerana
monopoli akan menyebabkan firma berupaya menguasai pasaran dan mengenakan
tingkat harga yang tinggi ke atas barang-barang yang sengaja dihasilkan dengan
kuantiti yang sedikit.

MERAPATKAN JURANG PENDAPATAN MASYARAKAT

Melalui sistem pencukaian dan pemberian subsidi, kerajaan berjaya


menghasilkan agihan pendapatan yang seimbang supaya golongan kaya tidak
menjadi semakin kaya dangolongan miskin tidak bertambah miskin. Dengan itu,
sumber kekayaan negara dapat dinikmati bersama.

MENGHAPUSKAN KESAN LUARAN YANG NEGATIF

Perlaksanaan undang-undang oleh kerajaan dapat menghapuskan kesan


luaran yang negetif seperti pencemaran alam dan masalah kesesakan lalu lintas
yang wujud akibat daripada individu yang hanya berhasrat memaksimumkan
kepuasan dan firma yang hanya bermotif untuk memaksimumkan keuntungan
dengan mengabaikan tanggungjawab sosial.

MENGAWAL AKTIVITI PENGELUARAN YANG


BERTENTANGAN DENGAN UNDANG-UNDANG

Pengeluaran barang-barang dan perkhidmatan yang bertentangan dengan


undang-undang seperti pengeluaran dadah dan aktiviti pelacuran tidak dibenarkan
walaupun produktif dari segiekonomi. Kerajaan akan menyekatkan aktiviti
pengeluaran ini demi kepentingan masyarakat.
FAEDAH SISTEM
EKONOMI CAMPURAN
 Tingkat pendapatan dan guna tenaga sesebuah negara dapat diperbaiki dan
dipertingkatkan.
 Sistem ekonomi campuran ini juga dapat meningkatkan prestasi ekonomi
sesebuah negara.
 Mempercepatkan pertumbuhan ekonomi. Merupakan campuran ekonomi
pasaran dan perancangan.
 Untuk mencapai pertumbuhan ekonomi yang seimbang antara sektor-sektor
kerajaan dan pihak swasta.
 Mengurangkan pembaziran persaingan.
 Mengurangkan ketidaksamarataan ekonomi.
 Harga barang-barang tidak terlalu tinggi atau terlalu rendah,kerana dikawal
oleh kerajaan. Kerajaan juga menyediakan perkhidmatan seperti barangan
awam.
 Pengguna dapat membuat keputusan dalam penggunaan dan pengeluaran.
 Orang perseorangan mempunyai kebebasan dalam pemilikan harta.
KELEMAHAN SISTEM
EKONOMI CAMPURAN
 Menyebabkan berlaku ketidakstabilan ekonomi kerana permintaan
dan penawaran akan menyebabkan harga turun naik dan
menimbulkan pelbagai masalah ekonomi.
 Berlaku pengagihan pendapatan yang tidak saksama di mana
golongan kaya akan bertambah kaya manakala yang miskin akan
bertambah miskin.
 Kegagalan sektor swasta mengeluarkan barang-barang awam
kerana ianya tidak memberi keuntungan sebaliknya diberikan secara
percuma.
 Persaingan yang hebat di antara firma dalam pasaran melibatkan
kos yang tinggi terutamanya kos pengiklan kerana kos ini akan
dipindahkan dan dibebankan kepada pengguna. Ini akan menyebabkan
boleh berlaku monopoli dalam penggeluaran dan menjejaskan
kebajikan pengguna.
 Disebabkan keputusan ekonomi di buat dipusat. Ia diputuskan dari
golongan yang kecil sahaja. Ini akan mendorongkeputusan kurang
tepat dan akan menjejaskan kebajikan rakyat.
 Penduduk akan hanya tahu bergantung kepada kerajaan sahaja. Ini
tidak menggalakkan rakyat dari bekerja kuat. Secara tidak langsung
akan mengurangkan daya pengeluaran kerana kemerosotan daya
prodaktiviti pekerja.
 Teknologi dan inovasi juga tidak dapat diperkembangkan kerana
pekerja-pekerja tidak mempunyai motivasi dan kretiviti yang
tinggi. Ini akan menyebabkan sistem secara pusat ini akan gagal.
BAHAN RUJUKAN
 Sarizah Soed & M.Nazri Zakaria (2005), Asas-Asas Ekonomi, PTS
Publications &Distributors Sdn.Bhd
 Heng Siew Ngu & Md. Zyadi Md. Tahir (2007), Teks Pra-U STPM
Matrikulasi Mikroekonomi, Longman
 Rosnah Mohamad Sirin (2001), Teori Asas Mikroekonomi, UTM Skudai

You might also like