You are on page 1of 15

PENDAHULUAN

Dalam pengertian yang umum, dadah dapat didefinisikan sebagai bahan kimia yang
boleh membuatkan seseorang yang mengambilnya menjadi ketagih dan membawa
pelbagai dan sampingan yang negatif apabila menggunakannya secara berlebihan dan
tanpa peraturan. Namun begitu, dadah juga mempunyai kesan positif, terutamanya
dalam ubat-ubatan untuk menyembuhkan penyakit. Gejala penyalahgunaan dadah ini
bukanlah perkara baru di negara kita. Walaupun pelbagai cara pengawalan
penyalahgunaan dadah telah diperkenalkan, gejala ini masih berlanjutan. Kegiatan
penyeludupan, pengedaran dan penggunaan dadah secara haram telah mengakibatkan
ramai rakyat Negara ini terlibat dengan penagihan dadah. Penglibatan sebilangan besar
muda-mudi dengan dadah secara menyeluruh boleh membawa kesan-kesan yang buruk
terhadap pembangunan sosioekonomi, ketahanan diri dan keselamatan Negara.
Masalah dadah di Negara ini telah sampai ke tahap yang mana kerajaan
menganggapnya sebagai masalah keselamatan. Memandangkan sebilangan besar
muda-mudi terlibat dengan dadah, sudah pasti keadaan ini mengancam keselamatan
pelajar-pelajar terdedah serta berada di dalam keadaan risiko tinggi akan terlibat dengan
dadah.

Dari tahun 1970-1994 terdapat hampir 200,000 orang penagih dadah yang telah dikesan
di seluruh negara. 80,000 orang adalah penagih tegar. Keadaan ini menyebabkan
pelajar terdedah dan berada dalam risiko tinggi akan terlibat sama jika sekiranya usaha
Pendidikan Pencegahan Dadah tidak dilaksanakan secara menyeluruh sehingga ke akar
umbi. Dari tahun 1983-1993 jumlah pelajar yang terlibat dengan dadah dan Inhalan ialah
seramai 2,370 orang (1,553 orang yang terlibat dengan dadah dan 817 orang terlibat
dengan Inhalan). Keadaan ini akan bertambah buruk, jika sekiranya usaha-usaha yang
lebih serius tidak dilaksanakan di semua peringkat. Oleh itu untuk mempastikan pelajar-
pelajar kita tidak akan terlibat dengan dadah dan sekolah merupakan satu tempat yang
bebas dari dadah atau “Drug Free School” atau “School Without Drug”, Maka sudah
sampai masanya semua warga pendidikan melibatkan diri masing-masing dengan
penuh minat dan kesungguhan untuk mencegah wabak ini. Oleh itu pendedahan
tentang bahaya-bahaya dadah amat perlu disampaikan kepada semua pelajar dan guru
di peringkat sekolah rendah sehinggalah ke peringkat sekolah menengah. Dengan
pengetahuan dan kefahaman yang ada, sekurang-kurangnya dapat berfungsi sebagai
benteng untuk menahan mereka daripada terjebak dengan dadah.
APA ITU DADAH?

Dadah juga merupakan satu istilah khas kepada sejenis bahan yang
mendatangkan kemudaratan kepada kesihatan seseorang dari segi jasmani (fizikal),
rohani (mental dan emosi) serta tingkah laku pengguna. Akibat daripada kesan ini
seseorang yang menggunakan dadah akan terus bergantung hidup kepada dadah
tersebut dan menyebabkan ketagihan. Seseorang penagih sanggup menggadai maruah
serta memperhambakan diri kepada sesiapa saja walau dalam apa jua keadaan asalkan
bekalan dadahnya terjamin. Akibatnya ramai yang sanggup mengemis, mencuri dan
melacurkan diri.

Walaupun dadah yang dikenali umum terdiri daripada heroin, morfin, dan ganja,
pada hakikatnya ia merangkumi juga semua bahan yang boleh memberi kesan seperti
yang dinyatakan di atas. Ini termasuk tembakau dan arak. Malah, sesetengah ubat-
ubatan jika tidak digunakan mengikut peraturan dan sukatan yang betul boleh memberi
kesan negatif yang sama seperti dadah. Contohnya morfin dan sebatian terbitan
daripadanya yang banyak digunakan sebagai ubat penghilang kesakitan semasa
merawat kecederaan yang serius. Dengan perkataan lain dadah membawa risiko yang
amat tinggi sehingga boleh mengakibatkan maut. Semua jenis dadah seperti heroin,
morfin dan ganja pada dasarnya menunjukkan kesan ketagihan dalam bentuk
pergantungan fizikal, mental dan emosi yang sama.
FAKTOR –FAKTOR / PUNCA PENGAMBILAN DADAH
Profil penagihan di Malaysia menunjukkan sebahagian besar penagih adalah dalam
lingkungan umur 15-25 tahun yang mana sebahagian besar terdiri daripada belia yg
masih bersekolah dan belajar. Faktor yang mendorong seseorang menyalahgunakan
dadah ialah keseronokan, perasaan ingin tahu, pengaruh rakan sebaya dan
meningkatkan keseronokan seksual.

Keseronokan
Ada yang mengambil dadah atas alasan seronok semata-mata. Ini kerana apabila
mereka berada di bawah pengaruh dadah, mereka mendakwa dapat menghilangkan
tekanan dan melupakan segala masalah yang berlaku.

Perasaan Ingin Tahu


Kebanyakan orang mempunyai sikap ingin mencuba dalam diri masing-masing. Mereka
kurang mempunyai pegangan agama yang longgar, mudah tunduk kepada sikap ingin
mencuba yang wujud di dalam dirinya. Apabila orang yang rapat dengannya terlibat
dengan penagihan dadah, sikap ingin mencuba itu lebih mudah direalisasikan. Apabila
dirasai sekali, unsur ketagihan akan mendorong individu itu terus melibatkan diri dengan
penyalahgunaan dadah

Pengaruh Rakan Sebaya

Rakan memainkan peranan penting dalam membentuk sifat dan keperibadian


seseorang sama ada ke arah baik atau sebaliknya. Berdasarkan hal ini, jika kita
berkawan dengan penagih dadah, lambat-laun rakan itu akan mempengaruhi kita
untuk nengikut jejaknya. Hal ini mudah berlaku kepada orang yang menghadapi
banyak masalah dan di kalangan orang yang masih muda.

Meningkatkan Keseronokan Seksual


Dadah dikatakan mampu merangsang tahap seksualiti seseorang. Maka ada yang
mengambil dadah atas alasan ini. Mereka ini tidak memikirkan kesan sampingan negatif
yang diterima akibat dadah yang diambil.
Penyalahgunaan bahan merupakan masalah yang berlaku dalam setiap lapisan
masyarakat. Ia juga melibatkan golongan berpendidikan tinggi, ahli-ahli profesional di
samping mereka yang tidak berpendidikan dan penganggur. Selain daripada faktor di
atas, terdapat pelbagai faktor yang boleh meningkatkan risiko penyalahgunaan dadah:

Faktor Biologi

Salah satu tanggapan yang salah mengenai konsep kehidupan moden ialah, jika anda
sakit, terdapat pelbagai pil atau ubat-ubatan yang mampu 'memulihkan' anda.
Malangnya pil tidak boleh menyelesaikan semua masalah anda. Selalunya, perubahan
dalam pengambilan diet, gaya hidup, pergaulan dengan rakan gaulan ataupun etika
kerja boleh membawa kepada perubahan yang positif dan kelainan yang berpanjangan
berbanding dengan ubat-ubatan.

Faktor psikososial

Kehidupan moden sangat sibuk dan merumitkan. Bagi kanak-kanak dan golongan
remaja, tekanan untuk membesar dengan cara yang mereka rasakan betul adalah amat
mencabar. Tekanan bertambah setiap hari pada setiap individu. Kadangkala arus
kehidupan yang terlalu pantas menyebabkan ramai yang kurang mampu untuk
menanganinya. Tiada siapa yang memiliki imuniti terhadap tekanan atau stres dan
kerungsingan. Tekanan yang biasa dihadapi termasuklah tekanan dari sekolah, tekanan
untuk berjaya di dalam permainan dan sukan, tekanan untuk memuaskan hati orang lain
dan juga tekanan untuk sentiasa diterima ramai.

Faktor sosial
Masyarakat zaman ini disogokkan dengan imej yang ditonjolkan oleh media seperti
televisyen, radio, video dan internet. Adalah amat mustahak untuk menyedari bahawa
apa yang ditonjolkan di dalam media ini hanyalah imej rekaan semata-mata dan tidak
melambangkan kehidupan yang sebenar. Walaupun pengiklanan mahukan kita minum
minuman yang tertentu serta memakai seluar berjenama seperti yang diiklankan,
pilihannya masih lagi terletak di tangan kita sebagai pengguna. Begitulah juga
keadaannya dalam memilih untuk menjadi perokok ataupun peminum arak. Gaya hidup
mereka yang mewah dan terkenal seperti yang ditonjolkan dalam dunia hiburan mampu
menggoda kita semua untuk mengecapi populariti sedemikian rupa. Tekanan untuk
menjalani kehidupan yang dikatakan 'berarus deras' ini sangat menggoda kepada
kebanyakan masyarakat zaman ini.
KESAN PENGAMBILAN DADAH TERHADAP MANUSIA

Penyalahgunaan dadah menimbulkan pelbagai kesan negatif kepada individu,


masyarakat dan negara. Gejala penyalahgunaan dadah menyebabkan golongan yang
terlibat dilihat sebagai sampah masyarakat. Penagih dadah menjadi orang yang tidak
bermaya, lesu dan kekurangan tenaga untuk menjalani kehidupan. Oleh itu, mereka
mula mengabaikan tugas dan tanggungjawab sama ada sebagai pekerja, suami atau
isteri.Pengambilan dadah boleh mendatangkan kesan fizikal, mental & emosi dan sosial
ke atas sistem saraf pusat (otak dan saraf tunjang).

1. Kesan fizikal
Kesan fizikal dapat dilihat daripada beberapa aspek. Ini termasuk pengaruhnya terhadap
sistem penting pada tubuh manusia seperti sistem pernafasan, saraf, jantung,
metabolisme, dan otot-otot. Dengan kata lain, keadaan diri penagih menjadi tidak
terurus, proses kehidupan akan terjejas dan menjadi tidak normal. Kesan ini menjadi
lebih ketara apabila dadah digunakan dengan berlebihan. Kadar pernafasan penagih
menjadi lebih pendek dan perlahan, kadar degupan jantung berkurangan serta tubuh
menggigil akibat penurunan kadar metabolisme badan. Mata menjadi merah dan kuyu
serta berat badan terjejas. Penagih juga mungkin mengalami sawan dan gangguan
fungsi otak. Ini sukar dipulihkan jika berlaku secara berterusan dan berulang-ulang.

2. Kesan mental dan emosi


Kesan ini lazimnya dipanggil kesan psikologi iaitu kesan akibat pengaruh dadah pada
otak dan minda. Ini termasuklah rasa seronok dan khayal (euforia). Penagih seaka-akan
tidak berpijak di alam nyata. Pada masa yang sama seseorang itu hilang kawalan diri
dan pemikiran. Mereka tidak segan silu melakukan perkara yang aib serta tidak
mempunyai rasa tanggungjawab. Perasaan ini akan berterusan selagi dadah masih
terdapat dalam tubuh pesakit, malah semakin lama seseorang itu menggunakan dadah
lebih banyak pula jumlah dadah diperlukan untuk mendapatkan euforia. Fenomena ini
disebut lali di mana kesan euforia daripada dadah berkurangan apabila ia digunakan
berulang-kali. Inilah yang membuatkan seseorang itu tidak putus-putus mencari dan
meningkatkan penggunaan dadah. Sekiranya bekalan dadah tidak diperoleh penagih
akan berasa keluh-kesah, gian, dan amat menderita. Matanya akan berair, hidung
berhingus, perut berasa sakit dan perit, kadang-kala muntah dan cirit-birit. Mereka boleh
bertindak ganas dan hilang kawalan emosi. Bahkan ia boleh melakukan pelbagai
perbuatan jenayah kerana cuba mengatasi rasa gian, baik dengan cara mengendap,
mencuri atau membunuh sekalipun. Apabila rasa ketagih berterusan, penagih mungkin
juga mengalami gangguan mental dan menjadi tidak waras, seolah-olah gila. Ia mula
melakukan sesuatu yang tidak masuk akal yang berlawan dengan tatasusila dan
peradaban masyarakat. Pendek kata, badan tidak lagi berfungsi dengan sempurna dan
amat sukar untuk dipulihkan seperti sediakala.

3. Kesan Sosial
Kebanyakan penagih akan hilang minat dan tidak mempedulikan tanggungjawab
terhadap pekerjaan, keluarga serta masyarakat sekeliling mereka. Prestasi dan disiplin
kerja mula merosot, tingkah laku dan sikap berubah daripada apa yang biasa diamalkan
atau diperhatikan sebelumnya. Mereka juga tidak lagi menghiraukan kesihatan dan
kebajikan sebelumnya. Penderaan serta keganasan terhadap ahli keluarga juga boleh
berlaku. Ini selalunya menimbulkan kemarahan dan perasaan jijik orang ramai terhadap
mereka. Banyak daripada penagih tidak tinggal bersama keluarga. Ini ialah kerana
mereka mahu lebih bebas terlibat dalam aktiviti pengambilan dadah. Mereka hidup di
tempat-tempat yang tersorok atau terpencil untuk memudahkan mereka menggunakan
dadah. Keadaan mereka diibaratkan seperti hidup segan, mati tak mahu. Dunia mereka
pula hanya akan dapat dipuaskan dengan dadah sahaja. Kesudahannya, mereka akan
tersisih sama sekali dan semakin jauh daripada apa jua bentuk bantuan yang
membolehkan mereka kembali semula ke pangkuan masyarakat. Mereka ini akan terus
menderita selagi ajal belum tiba. Sesiapa yang terjerumus di dalam kancah penagihan
ini amat sukar untuk melepaskan diri.
BAGAIMANA MENGENALI MEREKA YANG TERJEBAK DENGAN DADAH

Tanda- Tanda dan Gejala


Berikut merupakan ciri-ciri penyalahguna dadah dikesan pada individu:

a) Gejala fizikal

• Berpeluh
• Meremang bulu roma
• Pening kepala
• Menggigil (tremor)

b) Gejala psikologi

• Keresahan
• Insomnia - tidak dapat tidur
• Kerisauan
• Gangguan emosi dan perasaan

c) Gejala perlakuan

• Sentiasa ponteng kerja / sekolah


• Penurunan prestasi kerja / pelajaran
• Digantung atau dibuang sekolah
• Mabuk semasa memandu yang boleh menyebabkan kemalangan
• Ditahan kerana mengganggu ketenteraman awam
• Mencuri
ISU DADAH DALAM PENDIDIKAN:
PROGRAM PENDIDIKAN PENCEGAHAN DADAH

Pendidikan pencegahan dadah menjadi satu isu penting di sekolah-sekolah hari ini
memandangkan penglibatan golongan remaja dengan dadah yang semakin meningkat.
Walaupun golongan remaja dan muda tidak banyak terlibat dengan narkotik dan dadah
lain yang amat berbahaya, namun semakin ramai golongan ini mula mencuba,
manggunakan dan menyalahgunakan tembakau, dadah rekreasi, thinner dan gam. Ini
terbukti dengan statistik yang dibekalkan oleh Agensi Dadah Kebangsaan. Satu
daripada strategi untuk meningkatkan kesedaran mengenai dadah serta membina
pertahanan dalam diri remaja untuk tidak mencuba dadah ialah pendidikan pencegahan
dadah di sekolah-sekolah.

LANGKAH-LANGKAH KEMENTERIAN PENDIDIKAN DALAM MENANGANI


MASALAH PENYALAHGUNAAN DADAH DI KALANGAN PELAJAR-PELAJAR

Kementerian Pendidikan Malaysia telah mengeluarkan satu garis panduan bagi


mengatasi dan menangani masalah penyalahgunaan dadah di kalangan pelajar-
pelajar:-

1.   Kementerian Pendidikan mempunyai dasar dan program Pendidikan


Pencegahan dadah yang menggariskan matlamat mencegah pelajar khasnya
dan masyarakat sekolah amnya daripada terlibat dalam penyalahgunaan
dadah dalam mengujudkan sekolah yang sama sekali bebas dari dadah
(drug-free school).

2.     Sungguhpun Kementerian Pendidikan telah merangka perancangan yang


sistematik dan praktikal untuk mencapai matlamat tersebut, isu ini bukanlah
semudah yang umum sangkakan. Masyarakat sekolah juga sentiasa
terdedah kepada pengaruh-pengaruh sosial yang berlaku dalam masyarakat.
Gejala sosial yang semakin menular sudah pastinya akan turut menembusi
masyarakat sekolah.
3.   Pendekatan bagi mencegah penyalahgunaan dadah harus dilaksanakan
secara holistik dan bukan tanggungjawab sekolah semata-mata. Ibu bapa
dan masyarakat perlu bersama-sama mengambil langkah-langkah yang lebih
serius.

4.   Memandangkan masalah ini telah menjadi satu wabak yang serius,


Kementerian Pendidikan akan melaksanakan tindakan-tindakan yang lebih
serius bagi menangani masalah ini. Di antara langkah-langkah yang akan
dilaksanakan adalah seperti berikut:-

    4.1    Langkah Pencegahan.

1. Kementerian Pendidikan mengarahkan semua Jabatan Pendidikan (Unit Khas


Pendidikan Pencegahan Dadah) meningkatkan pengawasan dan pengawalan ke
atas sekolah-sekolah yang disenaraikan sebagai sekolah yang berisiko tinggi
(high risk schools). Untuk melaksanakan pengawasan yang lebih efektif,
Kementerian Pendidikan akan menempatkan kakitangan unit pendidikan
pencegahan dadah di JPN dan PPD secara hakiki (pada masa ini jawatan ini
diisi secara sandaran).
2. Kementerian Pendidikan memperluaskan kerjasama di antara JPN, PPD dengan
PIBG. PEMUAFAKATAN Briged Komuniti dan Polis untuk mengesan dan
melaporkan kegiatan-kegiatan remaja dan pelajar dengan penyalahgunaan
dadah.
3. Kementerian Pendidikan mengarahkan JPN meningkatkan pemeriksaan dan
penyeliaan mengejut (sport check) di sekolah-sekolah dengan kerjasama pihak-
pihak berwajib.
4. Melaksanakan program motivasi kepada pelajar-pelajar yang
berisiko tinggi setelah dikenal pasti oleh pihak sekolah dari golongan pelajar
yang terlibat.

4.2    Langkah Pemulihan.

1. Kementerian Pendidikan menempatkan kaunselor-kaunselor yang terlatih di


semua sekolah menengah dengan memberi keutamaan kepada sekolah-sekolah
yang berisiko tinggi.
2. Mempergiatkan aktiviti-aktiviti kaunseling menerusi:-
- Kem Jayadiri
- Program 5 minit anti dadah
- Skim Lencana anti dadah
- Ceramah dan Pameran anti dadah,
- Kaunseling Individu
- Kaunseling Kelompok,
- Kaunseling Ibu bapa
- Seliaan dan kaunseling kepada kes-kes baru,
- Pendidikan Keibubapaan (Parenting Education seperti seminar
anti dadah dan seminar mengesan dan mengenal simptom
penagihan.

    4.3    Langkah Pengesanan.

1. Kementerian Pendidikan sedang memperkemaskan tatacara


tindakan ke atas kes-kes penyalahgunaan dadah di kalangan pelajar. Ini
merangkumi peraturan bagi membolehkan sekolah mengambil tindakan ke
atas pelajar-pelajar yang terlibat dengan penyalahgunaan dadah di luar
kawasan sekolah.
2. Pihak sekolah diberi kuasa melaporkan kepada pihak pengutkuasa undang-
undang jika memperolehi maklumat pelajar yang terlibat bagi membolehkan
pihak berkuasa mengambil tindakan undang-undang ke atas pelajar yang
terlibat.
3. Menjalankan ujian Urine ke atas pelajar-pelajar yang telah disyaki
oleh pihak berkuasa.

4.4    Langkah Penyelarasan.

1. Menyelaraskan semua tindakan pencegahan dan pemulihan dengan agensi


dadah Kebangsaan.
PERANAN PIHAK YANG BERTANGGUNGJAWAB MELAKSANAKAN PENDIDIKAN
PENCEGAHAN DADAH

Peranan Individu

Setiap individu perlu mengetahui maklumat-maklumat mengenai dadah melalui apa jua
cara pun agar mereka benar-benar memahami tentang bahaya dadah kepada diri dan
juga orang di sekeliling mereka .

Peranan Ibu Bapa

Ibu bapa perlu melengkapi diri dengan ilmu pengetahuan dan kemahiran yang boleh
membantu mereka mendidik anak-anak dengan sempurna agar tidak melibatkan diri
dengan penyalahgunaan dadah .

Peranan Guru

Setiap masa , para guru perlu mengingatkan para muridnya agar tidak melibatkan diri
dengan dadah .

Peranan Belia

Para belia perlu menyedari bahawa diri mereka merupakan orang harapan untuk
memimpin negara pada masa depan . Oleh itu , mereka perlu membuat persediaan diri
untuk memikul tanggungjawab ini .

Peranan Pelajar

Para pelajar menguatkan diri mereka untuk tidak melibatkan diri dengan perkara-perkara
yang boleh melibatkan diri mereka dengan penyalahgunaan dadah . Slogan ‘Katakan
Tidak Kepada Dadah’ perlu dijadikan satu pegangan hidup kepada para pelajar .

Peranan Pemimpin Masyarakat


Pemimpin masyarakat termasuk tokoh agama perlu sentiasa mencari jalan supaya
semua anggota masyarakat berganding bahu , sepakat dan sekata untuk bersama-
sama membasmi dadah . Hanya pemimpin yang benar-benar komited dengan masalah
ini akan berjaya dalam membentuk generasi tanpa dadah .

Peranan Majikan

Pihak majikan sekurang-kurangnya mengadakan pemeriksaan ujian air kencing sebulan


sekali terhadap pekerja-pekerjanya bagi memastikan tempat kerja mereka bebas
daripada dadah .

Peranan Pekerja

Pekerja-pekerja memberi kerjasama sepenuhnya kepada majikan mereka sekiranya


diminta menjalani ujian air kencing untuk memastikan mereka tidak terlibat dengan
dadah .

Peranan Media Massa

Pihak media berperanan unmtuk menyebarkan pelbagai maklumat mengenai


penyalahgunaan dadah memandangkan media massa merupakan alat sebaran am
yang paling utama dan bahan yang muda didapati oleh pelbagai lapisan pembaca .

Peranan Pertubuhan Sukarela

Pertubuhan sukarela yang melibatkan diri dalam membentuk genarasi tanpa dadah
perlu menyumbangkan masa , tenaga dankadangkala wang ringgit untuk mencapai misi
ini . Mereka perlu bersedia untuk menempuhi segalan apa cabaran memandangkan
tugas untuk membasmi dadah adalah sesuatu yang berat untuk dilakukan .
PERUBAHAN TERHADAP TAHAP PENGETAHUAN PELAJAR MENGENAI DADAH
SELEPAS MENJALANKAN PROGRAM PENCEGAHAN

Kajian hasil program SLAD berjaya meningkatkan pengetahuan peserta mengenai


dadah dan meningkatkan harga diri mereka supaya mereka berasa yakin untuk
membantu kawan-kawan lain untuk sedar serta menjauhi dadah

CABARAN YANG DIHADAPI

Sungguhpun Kementerian Pendidikan telah merangka perancangan yang sistematik dan


praktikal untuk mencapai matlamat tersebut, isu ini bukanlah semudah yang umum
sangkakan. Masyarakat sekolah juga sentiasa terdedah kepada pengaruh-pengaruh
sosial yang berlaku dalam masyarakat. Gejala sosial yang semakin menular sudah
pastinya akan turut menembusi masyarakat sekolah.

Pendekatan bagi mencegah penyalahgunaan dadah harus dilaksanakan secara holistik


dan bukan tanggungjawab sekolah semata-mata. Ibu bapa dan masyarakat perlu
bersama-sama mengambil langkah-langkah yang lebih serius.
KESIMPULAN

Tindakan   pencegahan   dadah   yang   berkesan memerlukan  penglibatan semua


golongan masyarakat. Pada zaman moden ini, golongan muda
lebih  bebas,  terdedah  kepada pengaruh asing dan mereka  lebih mengutamakan
pandangan rakan sebaya. Dengan ini, mereka mudah terlibat dengan kegiatan
yang  tidak  sihat. Untuk  disanjung  oleh  kawan, mereka menunjukkan keberanian
dengan  menghisap  rokok  dan  dadah. Sekali  mereka   bermula,   maka   amat  sukar
bagi mereka memberhentikan amalan buruk ini.   Masyarakat harus dididik  sejak kecil
lagi bahawa dadah itu najis, benda yang kotor dan tidak boleh disentuh.  Sekiranya kita
berjaya menyemai nilai ini dalam  hati  sanubari  mereka, sebahagian daripada kejayaan
pencegahan dadah akan tercapai. Kita  harus sedar bahawa tindakan kita ke arah
matlamat mencegah penyalahgunaan dadah ini adalah untuk menyelamatkan bukan
sahaja keluarga kita sendiri bahkan generasi muda untuk mewujudkan  satu bangsa
yang bermaruah dan dihormati

You might also like