You are on page 1of 11

UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

Kursus:

KPR 5063
KAJIAN TINDAKAN

Penilaian Laporan Kajian Tindakan

Oleh:

ROSIADI BIN TAJUDIN


MOHD FARIDZUL AKMAM BIN ZULKIFLI
SARIZAL BIN JAMALUDIN

Pensyarah:
PROF. DR. OSMAN LEBAR

Tutor:
DR. MAHANI RAZALI

DIPLOMA PENDIDIKAN LEPASAN IJAZAH (DPLI),


2008

** Penilaian ini adalah untuk tujuan pendidikan sahaja.


Isi Kandungan

Muka Surat

1.0 Tajuk 1

2.0 Abstrak 2

3.0 Pengenalan 3

4.0 Metodologi Kajian 4

5.0 Keputusan Kajian 5

6.0 Perbincangan 7

7.0 Rujukan 8

Lampiran 9

** Penilaian ini adalah untuk tujuan pendidikan sahaja.


1. Tajuk

Tajuk memainkan peranan penting dalam penghasilan satu kajian tindakan. Tajuk
yang dicadangkan haruslah berkaitan dengan aspek-aspek yang boleh diselidiki
serta diambil tindakan pada akhirnya. Disamping itu, tajuk bagi sebuah kajian
tindakan adalah lebih baik disertakan dengan kaedah yang akan digunakan untuk
menyelesaikan masalah yang dikaji. Tajuk juga haruslah jelas dan tidak terlalu
panjang (kurang daripada 15 patah perkataan).

Berdasarkan kajian tindakan yang dikaji oleh penulis, penulis mendapati


tajuk bagi kajian tindakan ini adalah terlalu umum iaitu “Kajian Mengenai
Masalah-Masalah Utama Di Kalangan Pelajar Kolej Matrikulasi Pulau Pinang”.
Pembaca akan menjadi tertanya-tanya apakah masalah yang hendak dikaji dan
apakah kaedah penyelesaian yang ingin digunakan. Ini menjadikan tajuk kajian
tindakan ini kurang jelas serta menimbulkan keraguan kepada pembaca tentang
masalah spesifik yang ingin dikaji. Selain itu, tajuk kajian tindakan ini juga tidak
ada menyertakan kaedah penyelesaian yang ingin digunakan untuk mengatasi
masalah yang dikaji. Dari segi jumlah patah perkataan pada tajuk pula, bilangan
patah perkataan yang digunakan adalah bersesuaian iaitu sebanyak 10 patah
perkataan. Secara keseluruhannya, penulis berpendapat tajuk kajian tindakan ini
adalah kurang memfokus pada suatu permasalahan yang spesifik dan kurang
bersesuaian untuk memberi gambaran kepada pembaca tentang kajian tindakan
yang ingin dilaksanakan.

Dalam kajian tindakan ini juga ada disertakan nama pengkaji iaitu seramai
3 orang. Ini adalah baik bagi sebuah kajian tindakan kerana ia dijalankan secara
kolaboratif. Kaedah kolaboratif perlu bagi mengukuhkan lagi dapatan suatu kajian
tindakan kerana setiap ahli pengkaji akan berkerjasama untuk mencapai satu
tujuan yang sama. Oleh itu, setiap mereka akan mendapat faedah serta
pengalaman yang sama.

** Penilaian ini adalah untuk tujuan pendidikan sahaja.


2. Abstrak

Daripada kajian tindakan yang dikaji, penulis mendapati bahagian abstraknya


tidak menyatakan pernyataan masalah kajian dengan jelas. Ini berlaku kerana ia
ingin meninjau masalah utama yang dihadapi oleh pelajar-pelajar kolej
matrikulasi Pulau Pinang tanpa memfokus pada satu permasalahan yang spesifik.
Oleh itu, setelah dibuat penganalisaan terhadap dapatan mereka barulah masalah
sebenar dikenalpasti iaitu masalah adaptasi pembelajaran.

Dari segi populasi dan sampel kajian pula, ia jelas dinyatakan dalam
bahagian abstrak. Dimana, populasi kajian ialah pelajar-pelajar Kolej Matrikulasi
Pulau Pinang (KMPP) dan sampel yang diambil ialah seramai 610 orang.

Bahagian abstrak juga jelas menunjukkan jenis instrumen yang digunakan


dalam kajian ini, iaitu soal selidik yang terdiri daripada 220 soalan. Selain itu,
turut dinyatakan bahawa kajian tindakan ini adalah satu kajian deskriptif yang
berbentuk tinjauan dengan menggunakan item-item masalah yang terdapat di
dalam Mooney Problem Checklist (1950).

Darisegi dapatan kajian pula, ia jelas dinyatakan bahawa hasil daripada


kajian yang dilakukan masalah utama yang dikenal pasti ialah adaptasi
pebelajaran yang berbeza-beza dari segi jantina, bangsa dan kursus yang diikuti
pelajar. Bahagian abstrak ini juga ada menyertakan kesimpulan keseluruhan kajian
secara ringkas.

Oleh itu, penulis berpendapat bahagian abstrak kajian tindakan ini adalah
jelas menujukkan setiap aspek-aspek penting yang dikaji dalam kajian ini.
Walaupun pernyataan masalah kurang jelas pada awal abstrak tapi setelah
membaca keseluruhan kandungan abstrak, pembaca dapat mengenalpasti
pernyataan masalah kajian yang dilaksanakan.

3. Pengenalan

** Penilaian ini adalah untuk tujuan pendidikan sahaja.


Bahagian pengenalan dalam kajian tindakan yang dikaji oleh penulis boleh dilihat
pada tajuk Pendahuluan dan Pernyataan Masalah dalam kajian tindakan
berkenaan. Secara keseluruhannya, bahagian pengenalan dalam kajian tindakan ini
tidak ada menyentuh tentang permasalahan yang dikaji serta strategi kajian yang
akan digunakan dalam kajian ini secara keseluruhan. Kepentingan kajian hanya
disentuh sedikit sahaja iaitu dibahagian akhir pernyataan masalah iaitu, kewajaran
melakukan kajian ini adalah atas sebab bilangan pelajar kolej matrikulasi yang
berjumlah hampir 30,000 di Malaysia. Oleh itu, adalah penting untuk meninjau
masalah-masalah yang dialami oleh mereka yang mendasari emosi, tingkahlaku
dan psikologi mereka.

Dalam bahagian pengenalan ini juga pengkaji ada menyertakan beberapa


tinjauan literatur yang pada mereka berkaitan dengan kajian yang mereka lakukan.
Namun demikian, penulis sebagai pengkritik kurang bersetuju dengan tinjauan
literatur yang dikemukakan kerana hampir keseluruhannya hanya menceritakan
siapa remaja serta ciri-ciri remaja dari sudut psikologi. Penulis berpendapat, dalam
tinjauan literatur, pengkaji seharusnya mengemukakan beberapa dapatan kajian
lepas tentang masalah yang hampir serupa dengan benda yang dikajinya. Ini perlu
supaya pembaca yang membaca laporan kajian tindakan tersebut dapat melihat
kajian tersebut dalam perspektif yang lebih luas dan mendapat gambaran awal
yang menyeluruh tentang perkara yang dikaji oleh pengkaji.

Oleh itu, secara keseluruhannya, bahagian pengenalan dalam kajian


tindakan ini kurang memuaskan kerana ianya gagal merangsang minda pembaca
untuk membuat perkaitan kajian yang dilakukan dengan dapatan kajian lepas yang
hampir serupa. Disamping itu, ia tidak memberikan kefahaman yang jelas kepada
pembaca tentang mengapa masalah tersebut perlu dikaji serta sumbangan kajian
kepada perkembangan pengetahuan sedia ada.

4. Metodologi kajian

** Penilaian ini adalah untuk tujuan pendidikan sahaja.


Bahagian metodologi dalam kajian ini menjelaskan beberapa perkara iaitu, sampel
kajian, instrumen kajian dan prosedur kajian.

Dari segi persampelan, ianya dijelaskan dengan terperinci dimana, sampel


terdiri dari 610 orang pelajar-pelajar Kolej Matrikulasi Pulau Pinang. Umur
pelajar juga dinyatakan iaitu 18-19 tahun. Tempoh kajian dilaksanakan pula ialah
selama 12 bulan. Dari segi pembentukan sampelan kajian pula, responden
dipecahkan kepada 3 pecahan iaitu pecahan mengikut kursus, pecahan mengikut
jantina dan pecahan mengikut bangsa. Oleh itu, boleh dikatakan bahawa bahagian
persampelan dalam metodologi kajian tindakan ini diberikan secara terperinci dan
bersesuaian untuk mengkaji masalah adaptasi pembelajaran yang dialami oleh
pelajar yang datang dari latarbelakang yang berbeza.

Dari segi instrumen kajian pula, kajian ini ada menjelaskan jenis instrumen
yang digunakan oleh pengkaji. Instrumen yang digunakan hanya satu iaitu item-
item soal selidik yang terdapat dalam Mooney Problem Checklist (1950).
Sebanyak 220 soalan diajukan dalam soal selidik tersebut yang meliputi 11
kategori masalah. Juga dinyatakan ialah aras kebolehpercayaan ujian mengikut
cronbach alpha ialah 0.96. Walaupun, instrumen untuk menjalankan kajian
diberikan dengan jelas namun, tiada penerangan mengapa instrumen tersebut
digunakan. Juga tidak dinyatakan secara terperinci kerelevanan serta kesesuaian
soal selidik digunakan untuk mendapatkan maklumat mengenai masalah yang
dikaji. Disamping itu, penulis turut mecadangkan supaya turut digunakan
instrumen lain seperti temubual dengan pelajar mengenai masalah mereka untuk
menambahkan lagi kepelbagaian hasil dapatan kajian.

Darisegi rekabentuk kajian serta prosedur pula, kajian tindakan ini memberi
amat sedikit penerangan tentang rekabentuk kajian serta prosedur yang mereka
(pengkaji) laksanakan dalam menjalankan kajian ini. Dalam prosedur kajian ini
hanya dinyatakan bilangan responden adalah berasakan kumpulan praktikum yang
dipilih secara rawak dan telah pun mengambil kira perbezaan jantina dan bangsa
responden. Juga, dinyatakan ialah analisis dapatan menggunakan program SPSS
menggunakan analisis deskriptif berbentuk min dan sisihan piawai. Aras

** Penilaian ini adalah untuk tujuan pendidikan sahaja.


signifikan yang ditetapkan dalam kajian ini juga dinyatakan iaitu p<0.05. Pada
pandangan penulis, bahagian prosedur dalam metodologi kajian ini adalah kurang
lengkap. Ianya tidak menerangkan dengan terperinci langkah-langkah yang
dilakukan dalam menjalankan kajian tindakan seperti penentuan fokus,
pengumpulan maklumat/ data, perancangan tindakan, menjalankan tindakan serta
langkah-langkah membuat refleksi/ penilaian tentang tindakan yang dilakukan.

Oleh hal demikian, penulis berpendapat penerangan bahagian metodologi


dalam laporan kajian tindakan ini adalah tidak lengkap dan terlalu ringkas.
Sepatutnya bahagian ini perlu dihuraikan dengan jelas kerana ia merupakan
bahagian terpenting dalam kajian tindakan. Selain itu, bahagian ini penting dalam
membantu pembaca untuk memahami tentang cara persampelan kajian dilakukan,
teknik pengumpulan data kajian dilakukan, serta langkah-langkah kajian
dilaksanakan. Hal ini sekali gus dapat meningkatkan kesahan terhadap kajian
tindakan yang dijalankan dengan keputusannya diyakini dan boleh dipercayai.

5. Keputusan kajian

Dapatan kajian dalam kajian tindakan yang dikaji oleh penulis memberi
penerangan yang jelas dan terperinci tentang perkara yang dikaji. Semua hasil
dapatan kajian disusun dalam bentuk jadual mengikut pembahagian yang tertentu
iaitu masalah adaptasi pembelajaran yang disebabkan oleh faktor jantina, bangsa
dan kursus. Penjadualan semua hasil dapatan kajian memudahkan analisis data
dibuat secara sistematik dan tersusun serta menunjukkan satu pola perbandingan
yang mudah difahami.

Selain itu, dapatan kajian ini menunjukkan bahawa masalah utama yang
dihadapi oleh pelajar-pelajar Kolej Matrikulasi Pulau Pinang ialah adaptasi
pembelajaran. Ini terbukti melalui perkiraan yang dibuat berdasarkan perbezaan
minskor yang digunakan sebagai teknik analisis dan interpretsi terhadap data yang
dikumpul. Perbandingan setiap masalah yang dikaji jelas menunjukkan adaptasi
pembelajaran mencatatkan minskor yang tertinggi. Selain itu, untuk

** Penilaian ini adalah untuk tujuan pendidikan sahaja.


mengenalpasti masalah utama dengan lebih terperinci kajian diteruskan dengan
menguji masalah tersebut kepada pelajar berasaskan perbezaan jantina, perbezaan
bangsa, dan perbezaan kursus.

Dapatan kajian tindakan ini juga menunjukkan objektif kajian tercapai dan
berjaya menjawab semua persoalan kajian. Sebagai contoh objektif keduanya
ialah untuk melihat masalah utama yang dihadapi oleh pelajar KMPP secara
keseluruhan dan persoalan kajian yang ingin dijawab ialah apakah masalah yang
dihadapi oleh pelajar KMPP secara keseluruhannya dan apakah masalah utama
yang dhadapi oleh pelajar berasaskan perbezaan jantina, bangsa dan kursus.
Ditinjau dari dapatan kajian ini jelas menunjukkan masalah utama yang dihadapi
oleh pelajar KMPP yang menepati semua kriteria diatas adalah adaptasi
pembelajaran.

Bagi mencapai objektif terakhir pula iaitu perbandingan masalah utama


dikalangan pelajar KMPP berasaskan jantina, bangsa dan kursus, persoalan yang
cuba diselidiki ialah apakah wujud perbezaan signifikan antara pelajar berlainan
jantina, bangsa dan kursus terhadap masalah utama. Bagi menjawap persoalan ini,
dapatan kajian ini memperolehi bahawa sememangnya wujud perbezaan bagi
kategori yang dikaji. Dari segi jantina, dapatan kajian ini menunjukkan pelajar
perempuan lebih menghadapi masalah adaptasi pembelajaran berbanding pelajar
lelaki. Dari segi bangsa pula, perbezaan yang ditunjukkan kurang signifikan
kerana menunjukkan dapatan yang seimbang bagi orang Melayu dan bukan
Melayu. Dari segi kursus pula, dapatan kajian menunjukkan pelajar akaun lebih
menghadapi masalah adaptasi pembelajaran berbanding pelajar fizikal dan
mempunyai tahap masalah setara apabila dibandingkan dengan pelajar hayat.
Perbandingan antara pelajar fizikal dan hayat pula menunjukkan pelajar hayat
lebih menghadapi masalah adaptasi pembelajaran.
Walaupun segala dapatan kajian ditunjukkan dengan jelas dalam bentuk
berjadual, serta berjaya menjawap persoalan kajian, penulis mendapati pengkaji
tidak menyatakan masalah yang dihadapi semasa proses menganalisis data serta
mengintepretasi data. Ini menjadikan pembaca kurang jelas tentang sebab
mengapa suatu dapatan itu memperolehi skor sedemikian rupa dan sebaliknya.

** Penilaian ini adalah untuk tujuan pendidikan sahaja.


Penulis mencadangkan agar pengkaji turut memberikan pendapat atau pandangan
mereka berkaitan minskor yang berbeza-beza agar pembaca kajian tindakan ini
akan maklum tentang setiap perbezaan skor yang diperolehi bagi kategori yang
berbeza (jantina, bangsa, dan kursus). Ini kerana penerangan konkrit terhadap
setiap dapatan skor yang dikaji akan membantu pembaca memahami dapatan
kajian tindakan ini dengan lebih baik dan tidak mempersoalkan dapatan yang
pengkaji perolehi.

6. Perbincangan

Merujuk kepada bahagian perbincangan dalam kajian tindakan ini, penulis


mendapati bahagian perbincagan membincangkan dengan jelas permasalahan
kajian serta menyusunnya mengikut kronologi yang mudah difahami pembaca.

Perbincangan menjurus kepada mengemukakan dapatan kajian serta


perkaitannya dengan permasalahan kajian. Selain itu, turut dikaitakan dapatan
kajian dengan dapatan kajian yang lepas. Hasil perbandingan yang dibuat
mendapati dapatan kajian ini memperolehi dapatan yang hampir sama dengan
dapatan yang diperolehi dalam kajian lepas. Ini menunjukkan bahawa kajian
tindakan ini berjaya kerana dapatan kajian menyokong dapatan kajian sedia ada
dan tidak ada dapatan baru diperolehi yang menolak dapatan kajian yang sedia
ada.

Dalam bahagian ini juga kesimpulan yang dibuat adalah baik dengan
memperlihatkan logik hujah berdasarkan dapatan kajian.

Namun demikian, dalam bahagian perbincagan ini terdapat satu perkara


penting dalam kajian yang tidak dibincangkan iaitu hasil dapatan kajian iaitu dari
segi kursus terhadap masalah utama. Penulis berpendapat, dalam bahagian ini
pengkaji seharusnya membincangkan secara keseluruhan mengenai perkaitan
antara perbezaan jantina, bangsa dan kursus terhadap masalah yang dikaji tanpa
meninggalkan salah satu daripadanya. Selain itu, dalam bahagian kesimpulan

** Penilaian ini adalah untuk tujuan pendidikan sahaja.


pengkaji mungkin boleh memberikan sedikit cadangan mengenai cara atau
tindakan yang boleh diambil bagi mengatasi masalah utama yang telah dikenal
pasti. Disamping itu, pengkaji juga perlulah memberikan sedikit saranan agar
kajian selanjutnya perlu dilakukan bagi mengatasi masalah ini.

7. Rujukan

Di bahagian akhir kajian ini, rujukan yang digunakan turut disenaraikan.


Sebanyak 17 bahan rujukan telah digunakan oleh pengkaji dan ini memadai bagi
sebuah kajian tindakan yang hanya mempunyai skop yang umum dan dijalankan
dalam masa yang singkat.

Hasil pengamatan penulis juga mendapati, pengkaji mematuhi cara


menulis bahan rujukan dimana senarai bahan rujukan disusun mengikut abjad.
Selain itu, baris kedua bagi setiap bahan rujukkan dianjakkan ke dalam sedikit
berbanding baris pertama untuk membezakan antara rujukan pertama dengan
kedua dan ini memudahkan pembacaan oleh pembaca.

Dari segi bahan rujukkan yang digunakan pula, penulis mendapati semua
bahan rujukkan yang disenaraikan oleh pengkaji kajian tindakan ini ada digunakan
dalam kandungan kajian tindakan tersebut. Oleh itu, penulis berpendapat pengkaji
telah mematuhi teknik penulisan kajian dan menyenaraikan semua bahan rujukkan
yang diguna pakai ketika membuat kajian tindakan ini.

** Penilaian ini adalah untuk tujuan pendidikan sahaja.


** Penilaian ini adalah untuk tujuan pendidikan sahaja.

You might also like