P. 1
14176963 Pertanian Di Malaysia

14176963 Pertanian Di Malaysia

|Views: 964|Likes:
Published by akhyarnis febrialdi

More info:

Published by: akhyarnis febrialdi on Sep 03, 2010
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

04/19/2013

pdf

text

original

PERTANIAN DI MALAYSIA

JENIS-JENIS PERTANIAN 1. Pertanian pindah 2. Pertanian kebun kecil (sara diri) 3. Pertanian ladang 1. Pertanian Pindah a. Ciri-ciri utama i. ii. iii. iv. v. vi. Diusahakan oleh orang asli di kawasan pedalaman Sarawak, Sabah dan Semenanjung Malaysia. Tanaman yang diusahakan adalah tanaman kering seperti padi huma, keledek, sayur-sayuran dan buah-buahan. Menggunakan cara-cara penanaman dan peralatan tradisional (kaedah primitif) seperti cangkul, tugal, kapak, parang dan batang kayu. Hasil tanaman adalah untuk kegunaan sendiri. Diusahakan oleh ahli keluarga sendiri. Petani akan berpindah ke kawasan baru apabila kesuburan tanah yang telah ditinggalkan akan ditumbuhi oleh hutan belukar (hutan sekunder)

b. Peringkat kerja dalam pertanian pindah i. ii. iii. iv. Hutan dibersihkan dan dibakar. Abunya dijadikan baja tanah. Tanaman ditanam oleh ahli keluarga gunakan alat dan cara penanaman tradisional dan mudah. Hasil tanaman dituai oleh ahli keluarga gunakan alat tradisional. Berpindah ke kawasan lain yang lebih subur - keburukannya kawasan yang ditinggalkan ditumbuhi belukar.

2. Pertanian Kebun Kecil / Sara Diri Ciri-ciri utama: i. ii. iii. iv. v. vi. Keluasan tapak 1- 2 hektar. Diusahakan oleh ahli keluarga yang bermodal kecil. Kegiatan pertanian yang terpenting - paling luas diusahakan oleh petani Malaysia. Ditanami dengan tanaman sara diri untuk keperluan keluarga dan selebihnya dijual kepada penduduk tempatan sahaja. Menggunakan jentera-jentera kecil dan kemudahan pemprosesan serta pemasaran yang disediakan oleh kerajaan. Masih ada yang mengamalkan cara pertanian tradisional. Tanaman yang ditanam seperti padi, buah-buahan, sayur-sayuran dan jagung

(tanaman sara diri) serta tanaman dagangan seperti kelapa sawit, getah, lada hitam dan koko. 3. Pertanian Ladang Ciri-ciri utama: i. ii. iii. iv. v. Keluasannya melebihi 40 hektar. Dijalankan secara besar-besaran oleh syarikat besar. Menanam tanaman dagangan seperti getah, kelapa sawit dan teh Menggunakan tenaga buruh yang ramai, peralatan moden, racun serangga, baja urea dan biji benih yang bermutu tinggi. Mengeluarkan hasil yang tinggi dan keba-nyakannya diekspot. KEPENTINGAN PERTANIAN 1. Peluang pekerjaan kepada 35% penduduk Malaysia (melebihi 2 juta orang penduduk Malaysia terlibat dalam pertanian). 2. Menggunakan hampir 70% kawasan di Malaysia yang ditanami dengan berbagai hasil pertanian. 3. Menyumbang kira-kira 45% daripada pendapatan negara. 4. Pertanian juga menyebabkan Malaysia menjadi pengekspot utama bagi getah dan minyak kelapa sawit dunia. 5. Membekalkan bahan makanan seperti beras, sayur-sayuran, buah-buahan, kopi dan sebagainya. 6. Hampir 1/4 daripada pertukaran wang asing datangnya daripada hasil pertanian (hasil ekspot kelapa sawit, getah, lada hitam, nanas, kelapa kering). 7. Menggalakkan perkembangan sektor industri pemprosesan hasil pertanian. 8. Pembukaan kawasan-kawasan baru di luar-luar bandar seperti rancangan FELDA. 9. Menggalakkan pertumbuhan bandar baru terutamanya di kawasan yang baru diterokai. 10. Mengurangkan kadar kemiskinan di kalangan penduduk Malaysia terutamanya di kawasan luar bandar. FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI KEGIATAN PERTANIAN 1. Faktor Fizikal a. Muka bumi
o o o

Dataran, delta dan lembangan sungai yang sesuai untuk penanaman padi. Kawasan bukit yang beralun, bersaliran baik sesuai untuk penanaman getah, kelapa sawit dan koko. Cerun-cerun bukit sesuai untuk penanaman teh dan padi huma.

b. Tanah-tanih
o o o o

Tanah lanar di lembangan dan delta sungai sesuai untuk penanaman padi sawah. Tanah laterit sesuai untuk tanaman seperti getah, kelapa sawit, koko (kaki bukit). Tanah berpasir sepanjang pinggir pantai untuk tanaman kelapa. Tanah gambut untuk tanaman nanas (kawasan berpaya).

c. Iklim
o

o

Hujan tahunan melebihi 2500mm setahun dan suhu yang tinggi sepanjang tahun sesuai untuk tanaman seperti getah, kelapa sawit, koko, kopi, tembakau dan lada hitam. Hujan yang banyak dan suhu rendah kira-kira 18oC sesuai untuk penanaman teh dan buah-buahan serta sayur-sayuran hawa sederhana di Cameron Highlands.

d. Saliran
o o

Kawasan bersaliran buruk (paya) sesuai untuk penanaman padi sawah. Yang bersaliran baik sesuai untuk tanaman seperti getah, kelapa sawit, nanas, koko, tembakau dan lada hitam.

2. Faktor Teknikal : Teknologi moden a. Penggunaan baja kimia dan racun serangga telah meningkatkan lagi produktiviti hasil pertanian. b. Penggunaan jentera seperti jentolak, jentuai dan traktor telah membantu meningkatkan daya pengeluaran hasil. c. Sistem pengairan yang moden telah membolehkan penanaman padi 2 atau 3 kali setahun - hasil semakin meningkat. d. Penggunaan benih yang bermutu tinggi, racun serangga dan baja urea. e. Sistem pengangkutan yang maju telah memudahkan dan mempercepatkan pema-saran hasil pertanian. 3. Faktor Ekonomi a. Bantuan modal dan pelaburan dalam teknologi melalui skim ansuran oleh kerajaan. b. Adanya agensi-agensi kerajaan seperti FELDA, FAMA, RISDA yang ditubuhkan untuk membantu petani dalam penggunaan peralatan moden, cara penanaman moden serta mengatasi masalah pertanian. 4. Faktor Tradisional Sering merupakan penghalang kepada cara-cara pertanian moden namun cara pertanian

tradisional sesuai bagi ladang-ladang kecil. JENIS-JENIS TANAMAN YANG DITANAM 1. Tanaman makanan
• •

Padi Jagung keledek
• •

• •

kekacang ubi kayu Tanaman dagangan

2.

Kelapa sawit Getah Nanas

Lada hitam Koko Tanaman pasar

3.
• •

Sayur-sayuran Buah-buahan SUMBANGAN TEKNOLOGI MODEN TERHADAP KEMAJUAN SAINS

1. Jentera pertanian a. b. c. d. Mempercepatkan kerja pertanian. Menjimatkan kos buruh. Meningkatkan kecekapan pengeluaran. Menjimatkan masa kerja.

2. Racun serangga a. Mengurangkan kerosakan tanaman. b. Meningkatkan pengeluaran hasil tanaman. 3. Baja kimia/urea a. Menyuburkan tanah-tanih. b. Meningkatkan hasil tanaman. 4. Empangan/pengairan dan terusan a. Membantu mengurangkan masalah keku-rangan air hujan. b. Membolehkan penanaman dua tanaman atau lebih diusahakan.

c. Meningkatkan pengeluaran hasil tanaman. d. Memperluaskan kawasan pertanian. 5. Sistem pengangkutan (jalan raya dan keretapi) a. Memudah dan mempercepatkan pemasaran hasil pertanian. b. Mempercepatkan penghantaran hasil ke kilang untuk diproses dan mengurangkan kerosakan. 6. Penyelidikan moden a. Menghasilkan benih tanaman yng bermutu. b. Meningkatkan hasil tanaman. c. Mencari cara baru untuk kurangkan penyakit dan perosak tanaman. PENANAMAN PADI DI MALAYSIA A. Secara Umum 1. Tanaman makanan yang penting. 2. Ada dua jenis iaitu padi sawah dan padi bukit (huma). 3. Padi sawah ditanam di kawasan yang berair meliputi 86% kawasan penanaman -perlukan bekalan air yang banyak. 4. Padi huma banyak diusahakan di Sabah dan Sarawak di kawasan cerun-cerun bukit (pedalaman) - tidak perlukan bekalan air yang banyak (15%). 5. Malaysia mengimport beras dari negeri China, India, Myanmar dan Amerika Syarikat. B. Kepentingan Penanaman Padi 1. 2. 3. 4. 5. Tanaman makanan utama. Meliputi hampir 10% daripada jumlah kawasan penanaman di Malaysia. Beras makanan ruji penduduk Malaysia. Menyumbangkan 85% daripada keperluan beras negara. Bantu kerajaan kurangkan import beras dan jimatkan pertukaran wang asing.

C. Kawasan Penanaman Utama 1. Semenanjung Malaysia
o o o o o

Dataran Kedah-Perlis - Jelapang Padi Negara (50% daripada jumlah pengeluaran padi negara). Dataran kelantan Dataran hilir Sg. Perak. Dataran Seberang Perai. Dataran Tanjung Karang, Selangor.

o o o o

Kawasan Paya Besar - Pahang tua. Kawasan Rompin - Endau, Pahang. Dataran Besut, Terenggganu. Tanah pamah pinggir laut Selangor - Melaka.

2. Sabah
o o o

Papar Tuaran Semenanjung Kolias

3. Sarawak
o o

Delta Rajang Delta Baram

D. Faktor Yang Menggalakkan Penanaman Padi Di Malaysia 1. Suhu tinggi iaitu kira-kira 23oC semasa menanam dan 27oC semasa padi masak 2. Hujan lebat kira-kira 1500 - 2000 mm setahun terutama masa pertumbuhan (padi sawah). 3. Tanah rata, jenis aluvium, subur dan dapat menakung air. 4. Tenaga buruh yang ramai dan murah. 5. Cuaca yang panas dan cerah terutama masa menuai / padi masak. 6. Ada kemudahan pengairan contohnya Projek Pengairan Muda Kemubu yang membolehkan padi ditanam dua kali setahun. 7. Adanya penggunaan teknologi moden seperti jentera, racun serangga, dan benih yang baik. 8. Galakan daripada kerajaan melalui pemberian subsidi baja, racun, benih, jentera serta ada kawalan harga dan mutu padi. 9. Penyelidikan dijalankan oleh MARDItelah berjaya menghasilkan benih yang bermutu tinggi. 10. FAMA sediakan kilang untuk memproses dan mengeringkan padi sebelum beras dipasarkan. E.

Langkah-Langkah Meningkatkan Pengeluaran Padi MARDI, FAMA, LPP, LPN dan Bank Pertanian

1. Sediakan kemudahan pengairan - padi boleh ditanam 2 kali setahun dan luaskan kawasan baru 2. Membaiki dan menambah jumlah projek yang ada . 3. Bantuan kewangan yang dikeluarkan oleh Bank Pertanian Malaysia supaya petani boleh modenkan sistem penanaman. 4. MARDI giatkan penyelidikan untuk hasilkan benih bermutu tinggi, baja serta kawalan penyakit-penyakit dan serangga perosak.

5. Tebusguna kawasan paya, pantai seperti yang telah dijalankan di kawasan Tg.Karang, Selangor dan Changkat Jong, Perak dan di Melaka. 6. FAMA bantu petani untuk pasarkan hasil padi dengan kawalan harga. 7. Kerajaan tubuhkan LPN untuk membantu petani memasarkan hasil padi dengan harga yang lebih baik. 8. Tubuhkan Koperasi Peladang bantu petani tentang harga dan penanaman - LPP benteras orang tengah. 9. Petani diajar guna kaedah pertanian moden. F. Masalah-masalah Dalam Penanaman Padi

1. Serangan penyakit, haiwan/serangga perosak seperti tikus, burung dan serangga lain
o

boleh kurangkan hasil padi

2. Penanaman padi bergantung kepada hujan. Hujan yang terlampau banyak atau terlalu kurang - hujan tidak tetap banjir/kemarau
o

boleh menjejaskan hasil padi atau memusnahkan pokok-pokok padi.

3. Keluasan tanah yang kurang daripada 2 hektar (kawasan tanah pusaka)
o

menyebabkan penggunaan jentera tidak dapat dijalankan sepenuhnya.

4. Kebanyakan petani golongan miskin tidak mampu membeli peralatan moden, baja, racun serangga dan tidak mahir menggunakan jentera
o

akibatnya hasil pengeluaran kurang memuaskan.

5. Penindasan oleh orang tengah yang membeli hasil padi dengan harga yang rendah dan tidak berpatutan. 6. Penanaman padi huma di lereng-lereng bukit telah menyebabkan berlakunya hakisan yang teruk akibat kadar larian air di permukaan tanak yang kuat
o

kesannya sungai menjadi semakin cetek, berlakunya banjir kilat serta mengganggu sistem ekologi dan habitat flora & fauna.

7. Kekurangan tenaga pekerja - tenaga muda lebih suka bekerja di bandar dan tinggalkan lapangan pertanian yang banyak cabarannya. 8. Kekurangan sistem pengairan terutamanya dikebanyakan tempat di Sabah dan Sarawak telah menyebabkan hasil produktivitinya rendah dan tak bermutu. 9. Pemasaran - petani ditindas oleh orang tengah. G. Projek-Projek Pengairan Di Malaysia

Sila buat rujukan dan senaraikan projek-projek pengairan di Malaysia. H. Peranan Agensi Kerajaan Yang Membantu Petani Agensi A. BERNAS Kaedah a. Meluaskan perkhimatan keluar kawasan utama penanaman padi. b. Menyediakan kredit, kumpul hasil, menguruskan subsidi baja kimia dan racun serangga. c. Menjamin harga minimum dan bantu petani memasarkan padi. a. Mengajar petani menggunakan peralatan jentera moden. b. Membeli baja dengan harga yang lebih murah. • Mengajar petani menggunakan jentera, baja kimia dan racun serangga. • Menghasilkan benih padi yang tahan kemarau, cepat masak dan hasil tinggi seperti MR52, MR53 dan MR77. • Menyediakan bantuan kewangan

B. Koperasi Peladang

C. Jabatan Pertanian D. MARDI

E. Bank Pertanian F. FAMA

Menyediakan pusat menjemur dan kilang untuk memproses padi. PENANAMAN KELAPA SAWIT DI MALAYSIA

A. Kepentingan 1. Tanaman kontan yang utama. 2. Malaysia pengeluar minyak kelapa sawit utama dunia (minyak dan isi rung) -57% pengeluaran dunia. 3. Diekspot ke Asia Barat, Pakistan, Singapura, Jepun, Cina dan EU (Kesatuan Eropah). 4. Kebanyakan diusahakan secara ladang oleh syarikat-syarikat besar / FELDA / FELCRA. 5. Perlukan kos yang tinggi untuk membina kilang dan pelbagai kemudahan lain yang berhampiran dengan ladang. 6. Ada permintaan yang tinggi dari kilang-kilang tempatan yang membuat sabun, lilin, minyak masak dan majerin. 7. Kemudahan depot simpanan minyak sawit terletak di Pelabuhan Klang, Pasir Gudang dan Kuantan. 8. Galakan kerajaan dalam bentuk : a. Agensi kerajaan seperti FELDA & FELCRA - buka kawasan baru.

b. RISDA tanam semula getah diganti dengan kelapa sawit. c. PORIM - jalankan penyelidikan untuk hasilkan baka yang lebih baik. d. Memberi bantuan kewangan kepada petani melalui pinjaman bank. 9. Adanya penanaman kelapa sawit dapat mempelbagaikan kegiatan ekonomi Malaysia dan tidak perlu bergantung kepada ekspot getah dan bijih timah sahaja. 10. Pembukaan kawasan baru telah memajukan lagi insfrasruktur seperti jalan raya dan petempatan baru. 11. Menawarkan peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan. B. Kawasan Penanaman Kelapa Sawit 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. Labis, Layang-Layang dan Kejora (Lembaga Kemajuan Johor Tenggara) Kawasan Sungai Bernam dan Sepang di Selangor. Kawasan Teluk Intan dan Perak Selatan. Jengka dan DARA (Rancangan Kemajuan Pahang Tenggara). Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH). Kemajuan Kelantan Selatan (KESEDAR). Sandakan dan Tawau di Sabah.

C. Masalah Dalam Penanaman Kelapa Sawit 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. Permintaan dunia tidak stabil menyebabkan harganya turun naik. Persaingan daripada negara pengeluar yang lain seperti Indonesia dan Nigeria. Minyak kelapa sawit bersaing dengan minyak kacang soya dan bunga matahari. Kenaikan dalam kos pengeluaran, bahan api dan upah menyebabkan kos pengeluaran minyak ini makin bertambah/meningkat. Buah kelapa sawit dirosakkan haiwan perosak seperti tikus, kumbang dan landak. Kekurangan kilang pemprosesan menyebabkan mutu minyaknya berkurangan / rendah kerana lambat diproses. Kemarau panjang menyebabkan mutu minyaknya jatuh. Kempen anti-minyak tropika oleh Amerika Syarikat menyebabkan permintaan terhadap-nya merosot. Ladang-ladang mengalami masalah kekurangan tenaga pekerja tempatan.

D. Langkah Mengatasi Masalah 1. Membuka kawasan-kawasan baru melalui FELDA dan FELCRA. 2. RISDA juga membuka kawasan baru / penanaman semula kawasan getah dengan kelapa sawit. 3. Rombongan perdagangan dihantar ke luar negara (China, Korea, Jepun dan Pakistan) dengan tujuan untuk luaskan pasaran - jelaskan tentang mutu sebenar minyak sawit. 4. PORIM (Institut Penyelidikan Minyak Kelapa Sawit Malaysia) jalankan penyelidikan : a. tinggikan mutu dan pengeluaran minyak kelapa sawit.

b. cari kegunaan baru seperti hasilkan diesel kelapa sawit (metil-ester) dan projek vitamin E gunakan asid lemak sawit suling. 5. FELDA dan FELCRA buka kilang-kilang memproses buah kelapa sawit. 6. Di Sabah - pekebun kecilnya diberi potongan cukai (pengecualian) sebanyak 30% untuk galakkan penanaman dan pengeluaran. 7. Sediakan depot simpanan minyak seperti di Kuantan, Pasir Gudang dan Pelabuhan Klang. 8. Masalah kekurangan pekerja di atasi dengan import pekerja asing secara berdaftar. 9. Lembaga Pemasaran dan Perlesenan Minyak Sawit Malaysia (PORLA) dan PORIM ambil bahagian aktif dalam pemasaran dan pameran antarabangsa untuk tingkatkan permintaan minyak sawit di pasaran dunia. PENANAMAN GETAH DI MALAYSIA A. Kepentingannya a. Getah jenis Hevea Brazillianis, meliputi hampir 2 juta hektar kawasan (28%) pertanian Malaysia (85% terdapat di kaki bukit Semenanjung Malaysia). b. Negeri pengeluar utama :
o o o o

Johor Kedah/Perlis Perak Negeri Sembilan

c. Tanaman ekspot yang penting - diekspot ke Jepun, Amerika Syarikat, Eropah, China dan Singapura (semakin berkurangan kerana ada-nya persaingan dengan getah tiruan. d. Mengeluarkan hampir 40% pengeluaran getah asli dunia, ketiga selepas Thai dan Indonesia. e. Diusahakan secara ladang dan kebun kecil. f. Diekspot dalam bentuk :
o o o

getah SMR - heveacrumb getah asap berbunga (RSS) getah krip

g. Menyediakan peluang pekerjaan kepada penduduk. B. Agensi Kerajaan Yang Memajukan Industri Getah

1. RISDA 2. RRIM

• •

3. MARDEC

4. FELDA

beri subsidi kos penanaman semula getah tua. menjalankan penyelidikan untuk dapatkan baka getah yang capat matang, hasil tinggi dan bermutu tinggi. (Institut Penyelidikan Getah Malaysia) mendirikan kilang-kilang untuk memproses susu getah pekebun kecil. (Perbadanan Kemajuan Getah Malaysia) membuka kawasan baru untuk menanam getah. (Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan C. Kawasan

Penanaman Getah a. b. c. d. e. Daerah Segamat, Kluang, Batu Pahat dan Muar di Johor. Sekitar Seremban di Negeri Sembilan. Bahagian selatan Perak. Daerah Sadakan dan Tawau di Sabah. Kawasan Kuching dan Lembah Sungai Rajang.

D. Masalah Dalam Industri Getah 1. Persaingan dengan getah tiruan
o o o o

kualitinya sama harganya murah dibentuk dikilang pengeluarannya mudah dikawal mengikut pasaran.

2. Persaingan dengan pengeluar getah lain seperti Thailand dan Indonesia. 3. Harga tak stabil - turun/naik. 4. Kos pengeluaran makin tinggi kerana gaji pekerja meningkat dan kos pengeluaran juga bertambah. 5. Hasil rendah kerana kebanyakan pokok-pokok sudah tua - tak ditanam semula kerana tak mampu. 6. Pekebun kecil kurang mampu gunakan baja kimia dan racun serangga. 7. Kekurangan tenaga pekerja - pemuda tak suka bekerja di ladang. 8. Kemelesetan ekonomi kurangkan pembelian getah. 9. Permintaan terhadap getah perlahan kerana barangan buatan getah tahan lama. 10. Stok penimbal Amerika Syarikat yang mengawal harga getah dunia - menyebabkan harga getah asli di pasaran dunia terus jatuh. (Amerika Syarikat ada stok penimbal beli getah dengan banyak dan jual bila harganya mahal atau bekalan getah dunia bertambah. 11. Adanya persaingan penggunaan tanah daripada sektor perumahan, perindustrian dan

pembinaan padang golf. E. Langkah Mengatasi Masalah 1. Pokok-pokok tua diganti dengan pokok-pokok baru yang berbaka baik dan hasil yang tinggi, contohnya baka klon 600 - cepat tempoh matang dan hasil tinggi. 2. Gunakan teknologi torehan yang baik dan cepat, contohnya penggunaan motoray. 3. Jalankan penyelidikan seperti yang dilakukan oleh RRIM - dari segi baka, kegunaan, teknik torehan, teknik tingkatkan hasil pengeluaran serta penggunaan racun dan baja. 4. Pembukaan kawasan-kawasan baru melalui rancangan FELDA dan FELCRA. 5. Menubuhkan stok Penimbal Getah antarabangsa oleh negara-negara pengeluar getah dengan tujuan untuk kawal harga getah di pasaran dunia. 6. RISDA jalankan penyelidikan : a. sediakan bantuan kewangan untuk tanam semula dan bantuan khidmat nasihat. b. Meluaskan kawasan penanaman getah. 7. Penubuhan Rancangan Piawaian Getah (SRM) bagi menjamin getah yang bermutu tinggi sahaja yang diekspot. 8. Fungsi MARDEC -jalankan penyelidikan untuk tingkatkan lagi mutu getah, contonya SMR. 9. Menyediakan pelbagai kemudahan dan kelengkapan di kawasan ladang getah serta sistem pengangkutan yang lebih teratur dari ladang ke kilang. TANAMAN DAGANGAN LAIN LADA HITAM A. Kepentingannya 1. Hasil utama Sarawak terutama bahagian pertama dan ketiga (90% pengeluaran Malaysia). 2. Malaysia mengekspot 30% pengeluaran dunia dan ketiga besar di dunia, selepas India dan Indonesia. 3. Diekspot ke Jepun, Jerman Barat, Singapura dan Hong Kong. B. Kawasan Utama
• • •

Sekitar Sibu, Sri Aman dan Kuching di Sarawak. Sandakan dan Samporna di Sabah. Beberapa Kawasan di Johor.

C. Faktor Yang Menggalakan
• •

Hujan melebihi 2000mm dan suhu tinggi. Tanah beralun dan bersaliran baik - tanah lanar subur.

Subsidi diberi oleh Lembaga Pemasaran Lada Hitam Malaysia.

D. Masalah Dalam Penanaman Lada Hitam 1. 2. 3. 4. 5. Saingan daripada negara pengeluar lain. Permintaan tak stabil menyebabkan harganya jatuh. Serangan penyakit di pangkal pokok - merendahkan mutu lada hitam. Kos pengeluaran tinggi (kos untuk pengangkutan dan pembajaan). Gangguan cuaca tak menentu (panas berpanjangan ganggu proses pembesaran)

E. Langkah Untuk Mengatasi 1. Peranan Lembaga Pemasaran Lada Hitam a. Tentukan harga yang berpatutan. b. Bantu petani cari pasaran baru di luar negara. c. Tubuhkan pusat-pusat pengumpulan proses dan penggredan lada hitam dengan kerjasama FAMA. d. Perbaiki kemudahan infrastuktur di kawasan ladang. 2. Jabatan Pertanian Sarawak jalankan kegiatan untuk kawal penyakit reput pangkal pokok. 3. Berikan bantuan benih , baja dan racun serangga di bawah skim subsidi lada hitam. 4. Kerjasama Malaysia dan negara-negara pengeluar lain melalui Komuniti Lada Hitam Antarabangsa bagi mendapatkan harga maksimum. KELAPA 1. Pengeluar utama
• • • • •

Johor Pantai Timur Sabah Pantai barat Selangor Bagan Datoh Perak Seberang Perai, Pulau Pinang

2. 90% kelapa ditanam secara kebun kecil. 3. Hidup subur di kawasan pantai berpasir, bersaliran baik dan ada pengaruh bayu laut dan darat. 4. Isi kelapa dikeringkan dipanggil KOPRA digunakan untuk membuat minyak, sabun dan marjerin. 5. Dieksport ke Singapura, Kanada dan United Kingdoms. NANAS 1. Johor pengeluar utama (85%) – ditanam secara ladang dan kebun kecil.

2. Kawasan :
• •

Sekitar Pekan Nanas, Simpang Renggam, Labis dan Pontian Sekitar Klang Teluk Intan dan Bachok Kelantan.

3. Faktor yang menggalakkan : a. Suhu tinggi / hujan lebat. b. Tanah gambut dan bersaliran baik. 4. Masalah dalam penanaman : a. Persaingan dengan negara pengeluar yang lain seperti Thai, Filipina, Taiwan dan Hawaii. b. Serangan penyakit (fruit collapse). c. Kos penanaman meningkat. d. Sistem pemasaran tidak menguntungkan petani. 5. Langkah untuk mengatasi masalah a. Peranan MARDI jalankan penyelidikan hasil benih yang bermutu seperti Gandul dan Masmerah. b. Lembaga Pemasaran Nanas Malaysia beri khidmat nasihat, baka/benih bermutu. c. FAMA bantu dalam usaha pemasaran yang lebih luas. KOKO 1. 2. 3. 4. Pengeluar ke-4 di dunia (9% pengeluaran dunia). Sabah pengeluar utama (30%), Semenanjung Malaysia 32% dan Sarawak 8%. Men jadi tanaman jualan utama di Sabah. Banyak dieksport ke Singapura, United Kingdom, Amerika Syarikat dan China – dieksport melalui Pasir Gudang. 5. Taburan kawasan : a. perlukan kawasan kaki bukit atau bertanih pasir yang bersaliran baik dan mengandungi kalium. b. Bagan Datoh, Jerangau dan Muar di Semenanjung Malaysia. c. Sekitar Tawau, Sibu dan Sempurna di Sabah. d. Kawasan Semarahan di Sarawak. 6. Faktor yang mempengaruhi penanaman a. Hujan melebihi 2030mm / suhu tinggi lebih 23oC. b. Terlindung daripada pancaran matahari yang terik oleh pokok-pokok ditanam secara tanaman selingan pokok-pokok kelapa. c. Tanah jenis laterit dan gambut yang bersaliran baik dan mengandungi unsur kalium.

d. Ditanam secara ladang dan kebun kecil. e. Mengeluarkan hasil selepas 18 bulan. 7. Usaha-usaha untuk meningkatkan mutu a. b. c. d. e. FAMA beri bantuan kewangan/nasihat MARDI – jalankan penyelidikan untuk tingkatkan mutu pengeluaran. FELDA dan FELCRA terlibat dalam pembukaan kawasan-kawasan baru. SIRIM – berusaha untuk kawal mutu dan tentukan gred koko yang dihasilkan. Digunakan untuk membuat coklat dan minuman berperisa coklat.

Bahasa : Inggeris

| Mela

• o o o o • • o o o o o • • • • o o o • • o o • • • • • •

Mengenai Malaysia Malaysia Sepintas Lalu Fakta Ringkas Budaya & Warisan Perkara Asas
|

Destinasi Berdasarkan Negeri Gaya Hidup Pulau Tarikan Kota Pengembaraan Budaya & Warisan
|

Aktiviti
|

Pengalamanku Pelancong Asing Liputan CNN Dari Meja Editor
|

Acara Senarai Acara Perayaan
|

VMY
| |

Negeri / Kedah / Muzium

Padi

Padi
Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: navigasi, gelintar

Padi

Pengelasan saintifik

Alam: Divisi: Kelas: Order: Famili: Genus:

Tumbuhan Magnoliophyta Liliopsida Poales Poaceae Oryza

[[{{{Ksubspesies}}}]] Oryza glaberrima Oryza sativa

Pokok Padi

Pandangan Sawah Padi

Pelbagai jenis beras dijual dipasar raya dalam bungkusan seberat lima, sepuluh atau dua puluh kilo.

PENYAKIT - PENYAKIT PADI
Penyakit Kesan & Cara Kemerebakan Tanda-tanda o Pokok menjadi bantut ; kurang berakar dan akar menjadi reput . Bilangan anak pokok berkurangan Daun berputar ,pokok lambat berbunga Daun berwarna kuning muda hingga kuning jingga . Daun muda menjadi mottled dan berwarna hijau pucat . • •

Kawalan
Tanam jenis padi yang tahan penyakit merah . Binasakan pembawa penyakit dengan menyembur racun serangga seperti buprofezin pada kadar 100- 125 g b.a./ha ,ethofenprox pada kadar 100g b.a ./ha ,MIPC atau BPMC pada kadar 0.1 %b.a . Tabur carbofuran pada kadar 0.5 -1 kg b.a /ha di tapak semaian jika perlu. Musnahkan tunggul padi dan rumput berpenyakit . Elakkan menanam berperingkat peringkat . Jangan guna baja

Penyakit Merah Kesan: Boleh Virus menyebabkan kerugian hasil antara46-100% Cara merebak: Pembawa penyakit ini ialah Nephotettix virescens, (vektor yang lebih efektif ) Nephotettix nigropictus dan Recilia dorsalis.

o o o

(Tungro)

o

nitrogen berlebihan .

Penyakit Karah Kesan :Boleh menebabkan kerugian sehingga (Blast ), 40%. Penyakit Reput Cara merebak: Tangkai Angin, biji benih ,perumah kedua . (Neck rot)

o

o

o

Di atas permukaan bahgian yang diserang ,terdapat bintik - bintik bebentuk lonjong dan tajam di kedua - dua hujung .Tengah bintik berwarna kelabu/keputiha n dan di tepi perang kemerahan . Pokok akan musnah jika serangan berlaku antara peringkat semaian dengan pemecahan anak maksimum. Buah jadi hampa dan tangkai akan patah jika serangan berlaku di pangkal tangkai .

• • • • •

Tanam padi jenis yang tahan penyakit . Guna biji benih sihat . Jangan membaja belebihan . Pastikan tapak semaian tidak kering. Gunakan racun kimia seperti edifenphos (0.1%b.a) atau isoprothiolane (2kg b.a ./ha ) Rawat biji benih dengan racun kulat seperti thiram (3g/100g biji benih )atau captan(3g/100g biji benih).

Penyakit Hawar Kesan: Kerugian Seludang sehingga 44 % . Cara merebak: Air ,angin ,sentuhan (Sheath Blight) ,tanah , tunggul dan perumah sementara .

• • • •

Guna biji benih sihat . Jangan membaja berlebihan . Pastikan tapak semaian tidak kering. Gunakan racun kimia seperti edifenphos(0.1%b. a) atau isoprothiolane(2 kg b.a./ha) Rawat biji benih dengan racun kulat seperti thiram (3 g/100 g biji benih),benomyl (4g/kg biji benih ) atau captan (3g/100 g biji benih)

Penyakit Hawar Kesan: Kerugian hasil sehingga 10 % dan boleh Bakteria menjadi serius (Bacterial Leaf Cara merebak:Biji Blight) benih ,tanah ,sentuhan ,air dan perkakas pertanian

o

o

o

Kecederaan bermula di penghujung daun . Warna daun menjadi pucat kemudian bertukar menjadi putih. Pada serangan teruk ,seluruh daun jadi kering.

• • •

• •

Tanam jenis yang tahan penyakit ini . Guna biji benih yang bebas dari penyakit . Elakkan penggunaan baja nitrogen berlebihan . Musnahkan tunggul dan pokok yang berpenyakit . Bersihkan perkakas perkakas pertanian sebelum digunakan .

Penyakit Bintik Kesan:Boleh Perang menjadi serius . Cara merebak:Bawaan biji benih,angin , perumah kedua . (Brown Spot)

• •

• •

Tanam variati yang tahan penyakit ini. Pastikan pembajaan yang cukup.Pastikan saliran air baik. Musnahkan jerami dan tunggul yang berpenyakit. Rawat biji benih dengan racun kulat seperti benomyl (4g/kg biji benih ) atau rawatan air panas (55 o Cselama 5 minit selepas 8-12jam direndam air sejuk).

Penyakit Jalur Kesan: Boleh Daun Bakteria menjadi serius . Cara merebak: Air , biji benih .

o

o

(Bacterial Leaf Streak )

Jalur - jalur berair jernih timbul antara urat- urat daun . Bila serangan terik ,daun menjadi kering .

• •

Tanam varieti padi yang tahan penyakit . Musnahkan perumah sementara contoh,padi liar.

Penyakit Bakanae

Cara merebak:Biji benih ,tanah ,air, tunggul ,perumah kedua .

Anak benih yang dijangkiti di tapak semaian kelihatan lebih tinggi ,kurus dan berwarna hijau kekuningan .Anak benih yang teruk diserang akhirnya akan mati. Pokok padi yang diserang disawah mengeluarkan sedikit anak

• •

Tanam varieti yang tahan penyakit. Rawat biji benih dengan racun kulat sebelum menanam seperti benomyl(4g/kg biji benih), thiram (3g/100g biji benih). Rawat dengan air panas 55o C selama 5 minit selepas 8 - 12 jam direndam air sejuk.

yang kelihatan lebih tinggi dan daunnya berwarna hijau pucat.Anak padi akan mati satu persatu.Jika serangan tidak teruk ,anak padi akan pulih tetapi menghasilkan buah hampa. Penyakit Reput Kesan:Boleh Batang menjadi serius. Cara merebak :Angin ,air ,tanah , tunggul.Penyakit ini menjadi lebih teruk apabila sawah bertakung air. • Elakkan dari penggunaan baja nitrogen yang berlebihan . Pastikan cukup pembajaan. Pastikan saliran air baik

(Stem Rot)

Penyakit Bintik Kesan: Boleh Perang Kecil menjadi serius . Cara (Narrow Brown merebak:Angin,pe Spot rumah kedua. Disease)

o

o

o

Bintik perang berbentuk lonjong panjang . Jika serangan teruk,daun kelihatan kering. Pada seludang yang diserang, bintik tidak berapa ketara.

• •

Tanam jenis padi yang tahan penyakit . Musnahkan pokok dan perumah yang berpenyakit . Rawat biji benih dengan racun kulat seperti benomyl( 4g/kg biji benih) atau rawat 55o C selama 5 minit selepas 8 - 12 jam direndam air sejuk.

Penyakit Bulir Kesan: Kerugian Hitam , sehingga 10.4% Penyakit Bertih dan boleh menjadi serius. Cara merebak:Angin,ja ngkitan (sebelum terbit buah).

• •

(False Smut)

Tanam padi jenis tahan penyakit. Musnahkan perumah sementara seperti seperti padi liar dan rumput telur ikan (Panicum sp.). Jangan menggunakan baja nitrogen berlebihan diperingkat berbunga.

Berita Harian, Tuesday, 28 March 2006

13 APRIL 2007

KENYATAAN BERSAMA UPMBERNAS

MAKMAL BERAS BERNAS-UPM PERTINGKAT KUALITI PRODUK BERAS TEMPATAN Serdang, - Padiberas Nasional Berhad hari ini mengadakan lawatan media ke makmal berasnya yang ditubuhkan hasil daripada usahasama dengan Fakulti Sains dan Teknologi Makanan, Universiti Putra Malaysia (UPM) yang mula beroperasi. Makmal beras tersebut merupakan hasil daripada satu perkongsian pintar di antara BERNAS dengan UPM bagi menjalankan projek penyelidikan dan pembangunan dalam bidang pertanian khususnya berkaitan padi dan beras serta kajian di dalam bidang makanan, kejuruteraan dan penghasilan produk-produk kesihatan berasaskan beras. Diantara projek-projek yang terlibat ialah pencirian kualiti dan pembangunan spesifikasi beras, analisis genetik untuk penentuan jenis beras, pembangunan roti dan minuman air beras serta amalan pengilangan beras yang baik. Kerjasama dalam penyelidikan dan pembangunan ini merupakan sebahagian daripada usaha BERNAS untuk meningkatkan penglibatannya di peringkat huluan melalui penyelidikan penghasilan varieti benih padi yang lebih berkualiti serta amalan-amalan agronomi dalam penanaman padi dan pengurusan ladang. Selain itu, BERNAS juga akan meningkatkan aktivitinya di peringkat hiliran melalui penyelidikan untuk mempelbagaikan penggunaan beras dalam menghasilkan produk berasaskan makanan.

Penyelidikan dan pembangunan yang diceburi oleh BERNAS dan UPM ini adalah lebih fokus kepada beberapa bidang yang telah dikenalpasti.

Bidang-bidang tersebut adalah penyelidikan kualiti beras, penubuhan makmal akreditasi, pelaksanaan HACCP, pembangunan standard beras, kajian genetik beras dan pembangunan produk. BERNAS dan UPM telah merangka pelan pembangunan bagi bidang-bidang ini yang berpotensi untuk dimaju dan dikomersialkan demi pembangunan industri padi dan beras negara di masa hadapan. Matlamat kami adalah supaya penemuan-penemuan yang diperolehi daripada kerjasama BERNAS–UPM dalam bidang penyelidikan ini dapat mempelbagai dan meningkatkan sumber pendapatan petani dengan menghasilkan produk-produk sampingan berasaskan beras. Ini seterusnya akan membantu memajukan industri kecil dan sederhana dan melahirkan lebih ramai usahawan kecil dan sederhana di negara ini. Langkah ini adalah sejajar dengan seruan Kerajaan agar lebih banyak syarikat swasta melabur di dalam bidang penyelidikan dan pembangunan sektor pertanian. Menyedari akan peranannya sebagai salah satu peneraju utama dalam industri padi dan beras negara, BERNAS mengambil langkah untuk menceburi bidang penyelidikan dan pembangunan pertanian dengan menjalinkan kerjasama dengan UPM yang telah diumumkan sebagai Universiti Penyelidikan oleh Kementerian Pengajian Tinggi pada 16 November 2006. Selain telah menghasilkan kajian berkaitan beras yang meluas, UPM juga mempunyai pasukan penyelidik dan tenaga pakar dalam bidang HACCP dan standard makanan yang diiktiraf oleh SIRIM. Antara peranan UPM sebagai Universiti Penyelidikan ialah sebagai enjin pembangunan meningkatkan mengeluarkan negara kualiti hasil yang hidup; dapat menjana dalam dunia; kekayaan inovasi menjadi dan dan pusat memimpin bertaraf

penyelidikan

kecemerlangan dalam bidang keutamaan negara dan menyumbang kepada peningkatan yang signifikan dalam bilangan K–pekerja negara. BERNAS berkualiti telah tinggi memperuntukkan dan RM5 juta kepada UPM untuk yang

menjalankan kajian dan penyelidikan antara lain berkaitan benih padi produk-produk berasaskan makanan berpotensi untuk dikomersialkan seperti produk-produk makanan bayi, makanan segera dan produk-produk kesihatan berasaskan beras. Makmal akreditasi yang beroperasi di Fakulti Sains dan Teknologi Makanan, UPM akan dijadikan pusat penyelidikan yang dilengkapi dengan peralatan dan kemudahan berteknologi moden. Makmal tersebut memainkan peranan yang amat penting di dalam menjayakan Kempen PILIHAN BERNAS yang menjanjikan hanya beras-beras terbaik dan berkualiti di dalam pasaran. Jenama-jenama beras keluaran Kumpulan BERNAS akan melalui proses pengendorsan yang teliti dan analisa akan dibuat dari segi fizikal, kimia, masakan, deria, mikrobiologi dan DNA di setiap peringkat rantaian agihan beras. Pencirian kualiti beras melibatkan analisis fizikal, kimia dan sensori. Data kualiti beras adalah penting kepada pedagang beras kerana beras yang didagang memerlukan bukti yang ia memenuhi spesifikasi dan peraturan. Industri makanan memerlukan data yang sama untuk aplikasi dan pemastian kualiti produk beras manakala pengguna menggunakan maklumat tersebut untuk menilai kandungan nutrisi beras. Dengan Penubuhan Makmal Analisis Makanan UPM-BERNAS di Fakulti Sains Dan Teknologi Makanan, Universiti Putra Malaysia, kualiti beras BERNAS dianalisa mengikut piawaian antarabangsa dan diberi logo “PILIHAN BERNAS”.

Kerjasama BERNAS–UPM ini akan turut merangka garis panduan spesifikasi teknikal dan kualiti beras yang akan menjadi rujukan utama kepada industri padi dan beras di Malaysia. Penubuhan makmal penyelidikan yang diiktiraf di UPM ini akan membuka lembaran baru dalam bidang penyelidikan dan pembangunan industri padi dan beras negara. Pelaburan BERNAS di dalam bidang ini diharap akan menjadikan produk-produk BERNAS diyakini dan diiktiraf oleh semua pihak di pasaran domestik dan antarabangsa.

Utusan Malaysia, Tuesday, 14 February 2006

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->