You are on page 1of 14

Meningkatkan Kefahaman Pelajar Terhadap Mekanisme Pernafasan Menggunakan

Kaedah Analogi Dikalangan Pelajar Tingkatan 3 An-Nasai’.

Oleh:
Mohd Faridzul Akmam Bin Zulkifli
Rosiadi Bin Tajudin
Sarizal Bin Jamaludin

1.0 PENGENALAN

Kualiti pencapaian pendidikan pelajar sangat bergantung kepada pengajaran dan


pembelajaran guru di dalam kelas. Memperkasakan pelajar dalam menguasai ilmu sains
dapat dicapai melalui pengajaran yang berkesan dan efektif. Guru seharusnya mempunyai
persediaan bagaimana pelajar berminat untuk mempelajari sains dan tahu bagaimana
cara yang terbaik untuk mengajar mereka.

Usaha perlu digembelingkan dalam membuat persembahan pengajaran tradisional


“ chalk and talk “ kepada proses pengajaran yang berpusatkan kepada murid. Kurikulum
sains bagi sekolah menengah direka bagi melahirkan pelajar yang berilmu dan
berkemahiran di dalam sains, membina kemahiran berfikir dan startegi utuk
membolehkan mereka menyelesaikan masalah dan membuat keputusan dalam kehidupan
seharian ( Kementerian Pendidikan Malaysia :2002)

Pelajar tidak dapat memahami Bahasa Inggeris dengan baik, tidak memberi
penumpuan di dalam kelas dan seolah-olah tidak berminat mengikuti proses P&P antara
faktor penyumbang kepada ketidakfahaman pelajar kepada subjek sains ( xplorce). Ini
menyebabkan pelajar merasakan sains merupakan subjek yang susah untuk dipelajari dan
sukar untuk difahami. Persepsi sebegini akan membuatkan pelajar hilang semangat dan
motivasi dalam pembelajaran dan meletakkan subjek sains sebagai subjek yang tidak
disukai.

1
Guru harus berusaha dan memikirkan teknik pengajaran yang menarik dan
berkesan serta mempelbagaikan teknik P&P. Suasana pembelajaran yang tidak terhad di
dalam kelas serta peranan guru dalam menjadikan P&P menarik dapat memberi kesan
yang positif kepada pelajar. (Robiah Sidin :2003)

2.0 PERNYATAAN MASALAH

Mekanisme Pernafasan merupakan topik di bawah tajuk respirasi dalam silibus


matapelajaran Sains Tingkatan 3. Pada kebiasaannya pelajar dari kelas yang lebih baik
tidak menghadapi masalah dalam menguasai topik ini. Namun demikian bagi pelajar dari
kelas yang kurang baik, mereka tidak dapat menguasai topik ini dengan baik. Perkara
yang paling ketara ialah pelajar sukar untuk membezakan perubahan yang berlaku pada
organ pernafasan semasa proses menarik dan menghembus nafas berlaku.

Dalam kajian ini sampel pelajar yang dikaji ialah 30 orang pelajar Tingkatan 3
An-Nasa’i di Sekolah Menengah Agama Al-Khairiah, Temerloh, Pahang. Kelas ini
merupakan kelas pertengahan dari segi pencapaian dalam bidang akademik di mana
pencapaian mereka lemah di dalam pelajaran terutamanya matapelajaran Sains. Selain
daripada itu, mereka juga kurang bersemangat dan kurang menunjukkan kesungguhan
ketika sesi pembelajaran berlangsung.

Semasa sesi pembelajaran di dalam kelas berlangsung, guru mendapati mereka


dapat memahami mekanisme pernafasan yang diajarkan. Namun demikian, apabila diberi
latihan mereka gagal membezakan perubahan yang berlaku terhadap organ-organ
pernafasan yang terlibat. Paling menghampakan mereka tidak dapat mengenal organ
pernafasan dan ini didapati berpunca daripada tidak menguasai pembelajaran yang lepas
(semada di Tingkatan 2).

2
Masalah ini mula dikesan sejak 5 tahun yang lalu dan menjadi semakin serius
apabila pembelajaran Sains di dalam Bahasa Inggeris dilaksanakan. Akibat daripada tidak
dapat menguasai topik tersebut pelajar gagal menjawab soalan yang dikemukakan ketika
peperiksaan akhir semester dengan tepat dan ini memberi impak terhadap markah
keseluruhan pelajar dalam subjek Sains.

3.0 TINJAUAN BACAAN

Kajian-kajian terdahulu membuktikan wujudnya masalah pelajar sukar memahami


konsep-konsep sains dalam pendidikan sains. Dalam sebuah artikel Science Education
yang berjudul "An Evaluation of Certain Popular Science Misconceptions" yang dikarang
oleh Hancock ada menyatakan masalah salah kefahaman mengenai sains berpunca
daripada sebab yang salah “faulty reasoning”.

Terdapat beberapa laporan yang dikeluarkan oleh Institute for Research on Teaching di
Michigan State University (Roth, 1985) menyatakan masalah yang dihadapi oleh pelajar
adalah disebabkan oleh kekurangan aktiviti pembelajaran yang dapat membantu pelajar
untuk memahami sains.

Smith dan Anderson (1984) mencadangkan guru perlu membantu pelajar menjana idea
berkaitan konsep sains. Guru perlu sedar bahawa pelajar mempunyai cara berfikir yang
berbeza dalam memahami konsep sains yang dipelajari. Pendapat ini turut disokong oleh
Fisher dan Lipson (1986) yang menyatakan pemahaman konsep sains yang dibina oleh
pelajar secara formal di dalam bilik darjah seringkali salah dan tidak bertepatan dengan
konsep sebenar yang dikuasai oleh ahli sains. Banyak kajian mendapati ramai pelajar
mempunyai kerangka alternatif atau membina idea mereka sendiri berdasarkan
pengalaman seharian yang bercanggah dengan konsep-konsep saintifik yang tepat.
Akibatnya, pelajar mengalami kesukaran bagi menguasai konsep sekali gus menjejaskan
pencapaian dan penguasaan mereka dalam mata pelajaran sains.

3
Pemahaman topik sains yang kompleks boleh dipermudahkan dengan kaedah analogi.
Kaedah analogi ini telah dihuraikan dalam satu artikel yang bertajuk Using analogy to
teach complex concepts in science dituliskan oleh Dr. Dr Yvette Hancock dan Dr Andrys
Onsman. Menurut mereka ini, analogi dikatakan menggunakan pengetahuan sedia ada
pelajar untuk menjana pemahaman baru dalam bentuk konseptual. Menurut Glynn
(1991), analogi adalah satu proses untuk mengenal pasti persamaan di antara dua konsep.

Kaedah analogi ini juga dijelaskan dalam buku Teknik Berfikir yang dikarang oleh Ainon
dan Abdullah. Menurut bukunya, istilah analogi bermakna mengiaskan sesuatu perkara
dengan benda lain. Sebagai contoh, sungai dianalogikan dengan ular. Caranya ialah
mencari perkara yang ada persamaan antara kedua-duanya. Antara aspek yang boleh
dibandingkan ialah ciri-ciri, fungsi atau proses. Di dalam contoh ini, persamaan antara
sungai dan ular ialah pada ciri antara kedua-duanya, iaitu bersifat bengkang-bengkok dan
lingkaran.

Menerusi kajian-kajian yang dijalan oleh pakar-pakar seperti Dr Hancock dan Onsman
dapatlah kita simpulkan bahawa untuk meningkatkan pemahaman pelajar terhadap
mekanisme pernafasan yang mana ianya salah satu daripada proses sains yang agak
kompleks. Sudah pasti ia memerlukan satu kaedah penyelesaian dan kaedah analogi
yang telah huraikan tadi merupakan salah satu penyelesaian dalam usaha untuk
meningkatkan pemahaman dalam konten sains tersebut. Melalui kaedah ini juga pelajar
dapat menjana pemikiran kreatif dalam proses pengajaran dan pembelajaran subjek sains.

4.0 OBJEKTIF KAJIAN

Kajian ini dijalankan bertujuan untuk:


a) Menggunakan kaedah analog bagi meningkatkan kefahaman pelajar terhadap
mekanisme pernafasan.

4
b) Mengenalpasti faktor yang menyebabkan pelajar sukar untuk memahami
mekanisme pernafasan.

5.0 PERSOALAN KAJIAN

Antara persoalan dalam kajian ini ialah:


a) Adakah kaedah analog ini dapat membantu pelajar memahami mekanisme
pernafasan dengan baik?
b) Apakah faktor-faktor yang menyebabkan pelajar sukar memahami mekanisme
pernafasan dengan baik?

6.0 METODOLOGI KAJIAN

Sampel Kajian

Kajian ini melibatkan 30 orang pelajar Tingkatan Tiga An- Nasai` yang terdiri daripada
10 orang pelajar lelaki dan 20 orang pelajar perempuan.

Instrumen Kajian

Soal Selidik

Soal selidik merupakan satu instrumen untuk mengumpul data secara formal. Soal selidik
perlu memenuhi objektif atau soalan yang hendak dikaji. Terdapat beberapa jenis soalan
dalam soalan soal selidik. Antaranya ialah skala Likert, Dichotomous, rank order,
inventori kendiri dan sebagainya.

5
Kelebihan Dan Kelemahan Soal Selidik

Terdapat beberapa kelebihan dan kelemahan memggunakan teknik soal selidik sebagai
alat pengumpulan data. Berikut adalah antara kelebihan menggunakan teknik soal selidik.

i) Melibatkan kos yang rendah apabila maklumat yang diperolehi adalah dari orang
ramai.
ii) Responden boleh menjawab mengikut kesesuaian masa mereka.
iii) Maklumat yang diperolehi mudah untuk dianalisa

Antara kelemahan yang terdapat pada teknik soal selidik adalah seperti berikut.
i) Ketidak anjalan iaitu tiada ruang maklumat tambahan.
ii) Tidak boleh melakukan susulan pantas

Kandungan soal selidik

Soalan soal selidik terbahagi kepada dua bahagian iaitu Bahagian A dan Bahagian B.

Bahagian A
Bahagian A mengandungi maklumat ringkas peribadi responden. Maklumat ini terdiri
daripada Jantina dan tingkatan.

Bahagian B
Bahagian B mengandungi butiran soalan-soalan soal selidik. Dalam soalan soal selidik
ini, soalan ini dirangka untuk memenuhi 3 kriteria yang telah ditetapkan. Kriteria pertama
ialah untuk mengetahui sikap pelajar terhadap mata pelajaran sains. Kriteria ini
terkandung dalam soalan 1 hingga 5. Kriteria kedua pula ialah untuk membuktikan
wujudnya ketidakfahaman pelajar terhadap mata pelajaran sains. Kriteria ini terkandung
dalam soalan 6 hingga 10 .Kriteria ketiga pula bertujuan untuk menguji kefahaman
pelajar tentang topik sains mengenai mekanisme pernafasan manusia. Kriteria ini
terkandung pada soalan 11 hingga 14.

6
Temubual

Satu lagi Instrumen kajian telah digunakan dalam kajian tindakan ini ialah temubual.
Temubual melibatkan pertemuan pengkaji dengan responden untuk tujuan mendapatkan
maklumat. Untuk mendapatkan maklumat tersebut, pengkaji perlu menyediakan alat
kajian. Alat kajian itu adalah terdiri daripada soalan-soalan yang disediakan oleh pengkaji
dan diajukan serta dijawab secara lisan. Temubual terbahagi kepada tiga jenis iaitu
Temubual berstruktur (Structured Interviews), tidak berstruktur (Unstructured
Interviews) dan semi berstruktur (Semi-Structured Interviews). Temubual berstruktur
merupakan teknik soal jawab mengikut soalan yang menjurus kepada topik yang spesifik.
Manakala temubual tidak berstruktur lebih kepada penerokaan idea dan soalan-soalan
terbuka dikemukakan kepada responden. Temubual semi berstruktur merupakan
gabungan antara temubual berstruktur dan temubual tidak berstruktur.

Kelebihan Dan Kelemahan Temubual

Kelebihan menggunakan instrumen temubual untuk mendapatkan maklumat ialah


memberi peluang kepada responden mengemukakan idea atau pendapat mereka secara
spontan dan bebas. Membenarkan pengkaji meneroka secara mendalam dan memberi
peluang kepada responden untuk memberi penjelasan yang tepat kepada persoalan yang
dikemukakan. Data boleh dikumpulkan dalam bentuk audio ataupun dalam bentuk
visual.Temubual ini menjadi alternatif kepada responden yang tidak berminat untuk
berkongsi idea melalui penulisan.

Kelemahan menggunakan temubual ialah penggunaan masa yang lama untuk mengumpul
maklumat. Kelemahan dalam menetapkan piawaian soalan yang dikemukakan.
Memerlukan penelitian dalam menganalisa maklumat daripada pengkaji untuk
mendapatkan maklumat yang berguna. Sukar untuk membuat penilaian kerana faktor
seperti temubual mungkin dipengaruhi oleh emosi mengakibatkan gangguan dalam

7
mendapatkan maklumat yang tepat.

Kandungan Temubual

Terdapat 5 soalan yang dikemukakan kepada responden yang mana soalan-soalan yang
menjurus kepada temubual semi berstruktur. Soalan pertama menjurus kepada adakah
boleh dikaitkan dengan bahasa yang menyebabkan pelajar sukar memahami subjek yang
disampaikan. Soalan kedua pula memokus kepada persoalan di mana ketidakfahaman
dalam topik yang diajar itu. Soalan ketiga melihat kaitan masalah yang dikaji dengan Alat
Bantu Mengajar yang digunakan semasa waktu Pengajaran dan Pembelajaran (P&P).
Soalan empat dikemukakan adalah untuk mengenal pasti sejauh mana soalan yang
berkaitan dengan topik dikemukakan mampu dijawab dengan betul. Soalan ini
dikemukakan adalah bertujuan untuk mengetahui kaitan pemahaman pelajar dengan topik
yang diajar setelah selesai suatu sesi pengajaran. Soalan terakhir cuba menilai dari aspek
aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) yang dapat membantu meningkatkan
kefahaman pelajar semasa proses Pengajaran dan Pembelajaran (P&P).

7.0 CADANGAN UNTUK MENGATASI MASALAH

Berdasarkan dapatan yang diperolehi dari analisis maklumat maka beberapa cadangan
untuk mengatasi masalah ini dikemukakan.

Langkah 1
Ujian Pra
Guru menjalankan ujian pra bagi mengenal pasti tahap kefahaman pelajar terhadap topik
proses pernafasan. Hasil ujian tersebut digunakan oleh guru sebagai kayu ukur untuk
mengetahui tahap penguasaan pelajar. Guru mendapati ramai pelajar yang tidak dapat
menguasai proses pernafasan dengan baik. Oleh itu, guru memperkenalkan kaedah
analogi bagi mengatasi masalah tersebut.

Langkah 2

8
Pengenalan analogi kepada pelajar dalam proses pengajaran
Pelajar diperkenalkan dengan teori analogi dan mengaitkan analogi tersebut dengan topik
yang diajar. Pelajar juga diberi contoh mengenai analogi yang telah digunakan dalam
topik lain. Kefahaman mengenai teori bagaimana analogi itu berfungsi penting bagi
membentuk konsep awal kepada pelajar.

Langkah 3
Pelajar memahami konsep yang disampaikan menerusi analogi tersebut
Setelah pelajar memahami teori tersebut, maka konsep pengajaran topik akan diterangkan
menerusi keadah analogi. Melalui kaedah analogi, pelajar akan dapat memahami proses
didalam pernafasan tubuh badan manusia berlaku dengan memberikan analogi. Sebagai
contoh, pelajar-pelajar lebih mudah menggambarkan rongga toraks mereka dengan
membandingkan leher botol dengan trakea, tiub kaca berbentuk Y sebagi bronkus dan
bronkiol, belon sebagai paru-paru, kepingan getah sebagai daifragma, balang kaca
sebagai sangkar rusuk dan rongga di dalam balang kaca sebagai toraks. Melalui simulasi
tersebut pelajar memahami konsep pernafasan dalam badan manusia.

Langkah 4
Pelajar mengenal pasti terma sains yang sesuai bagi analogi yang dibuat
Bagi meningkatkan kefahaman pelajar setiap terma sains tersebut diberikan analogi yang
sesuai. Sebagai contohnya balang gas mewakili sengkar rusuk, tiub kaca mewakili
trakea, belon mewakili paru-paru dan permukaan getah mewakili diafgrama.

Langkah 5
Pelajar membina model sistem pernafasan
Pelajar membina model sistem pernafasan menggunakan balang kaca, tiub kaca, belon
dan permukaan getah dengan guru. Dengan menggunakan model yang dibina guru
menunjukan kepada pelajar bagaimana sistem pernafasan berlaku dalam keadaan
sebenar.

Langkah 6

9
Penilaian oleh guru
Penilaian dibuat dengan cara meminta pelajar menerangkan proses pernafasan
menggunakan analogi yang telah diajar. Pelajar juga diminta untuk menerangkan setiap
bahan yang digunakan dalam analogi tersebut mengikut konsep sains yang sebenar.

8.0 ANGGARAN KOS

Kos Anggaran Perbelanjaan

Bil Perkara Kuantiti Jumlah


1 Kertas A4 3 rim x RM9 RM 24.00
2 Alat tulis dan buku catatan 5 x RM10 RM 50.00
3 Fotostat RM 50.00
4 Kos pengangkutan RM 150.00
5 Percetakan soal selidik RM 50.00
6 Percetakan Laporan kajian 4 Jilid RM 120.00
7 Perbelanjaan mesyuarat 3 kali x RM 60 RM 180.00
8 Saguhati kepada pembantu 2 x RM 200 RM 400.00
9 Dakwat Katrij Pencetak 1 x RM 100 RM 100
JUMLAH RM 1124

10
JADUAL PERANCANGAN KAJIAN TINDAKAN

Bil Tindakan Tarikh


1. Mesyuarat jawatankuasa kali pertama 5.08.08
2. Penulisan kertas cadangan 12.08.08
3. Mendapatkan kelulusan dan pandangan daripada pihak sekolah 26.08.08
3. Mesyuarat perancangan temubual dan soal selidik 2.09.08
4. Pelaksanaan Pra-Ujian soal selidik 9.09.08
6. Ujian Soal selidik dan temubual 16.09.08
7. Analisi data ujian soal selidik dan temubual 23.09.08
8. Mesyuarat pelaksanaan 30.09.08
9. Pelaksanaan teknik rawatan 7.10.08
10. Pelaksanaan ujian pasca 4.11.08
11. Penilaian 11.11.08
12. Penulisan laporan penyelidikan 18.11.08

LANGKAH-LANGKAH TINDAKAN
Berdasarkan maklumat dan data awal kajian yang dilakukan, tindakan yang akan
dilakukan ialah :

Bil Langkah –Langkah Tindakan Tarikh


Mengedar ujian pra untuk mengenal pasti tahap penguasaan 9.09.08
1. pelajar terhadap topik proses pernafasan. (1 minggu)
2. Pelajar diperkenalkan dengan teori analogi dan mengaitkan 7.10.08
analogi tersebut dengan topik yang diajar. (1 minggu)
3. Setelah pelajar memahami teori tersebut, maka konsep 14.10.08
pengajaran topik akan diterangkan menerusi keadah analogi. (1 minggu)
4. Pelajar mengenal pasti terma sains yang sesuai bagi analogi 21.10.08
yang dibuat. (1 minggu)
5. Pelajar membina model sistem pernafasan menggunakan 28.10.08
balang kaca, tiub kaca, belon dan permukaan getah dengan
(1 minggu)
guru.
6. Penilaian dibuat dengan cara meminta pelajar menerangkan 4.11.08
proses pernafasan menggunakan analogi yang telah diajar. (1 minggu)

11
BORANG SOAL SELIDIK
Soal Selidik (Pelajar)

Bahagian A.
Sila isi jawapan anda diruangan yang disediakan.
Jantina : Lelaki / Perempuan (*Bulatkan yang berkenaan)
Bangsa: __________________________

Bahagian B.
Sila tandakan (√) pada ruangan yang disediakan mengikut skala pilihan anda.

Ya Tidak
1. Pengajaran yang disampaikan oleh guru mudah di fahami.
2. Penggunaan slaid powerpoint, poster dan model 3D
memudahkan saya memahami topik yang diajar.
3. Saya sering diberi latihan pengukuhan setiap kali selesai suatu
topik pelajaran.
4. Saya tidak mempunyai masa mengulangkaji matapelajaran.
5. Saya kurang mahir penggunaan Bahasa Inggeris
6. Penggunaan istilah sains dalam Bahasa Inggeris menyukarkan
saya memahami topik yang diajar
7. Saya tidak berminat dengan subjek sains
8. Penggunaan peta minda semasa pengajaran guru menarik
minat saya untuk mengikuti topik yang diajar
9. Saya mengalami kesukaran menjawab soalan sains dalam
setiap ujian yang dijalankan
10. Saya diminta oleh guru untuk berbincang sesuatu topik sains
dalam satu kumpulan
11. Paru-paru, hati, bronkus, trakea ,merupakan organ-organ yang
terlibat semasa proses pernafasan berlaku

12
Ya Tidak

12. Paru-paru manusia dilindungi oleh tulang rusuk

13. Pertukaran uadara semasa proses pernafasan berlaku


di alveolus dan Bronkus

14. Dinding Alveous menjadi lembab bagi memudahkan


proses pertukaran udara semasa pernafasan berlaku

SOALAN TEMUBUAL

Temubual Guru

1. Adakah terdapat perbezaan antara pengajaran Sains dalam Bahasa Inggeris dan
Bahasa Melayu?
2. Apakah masalah yang sering dihadapi oleh pelajar untuk memahami topik ini?
3. Adakah Alat Bantu Mengajar bagi matapelajaran Sains mencukupi dan berjaya
membantu aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran?
4. Adakah pelajar boleh menjawab soalan yang berkaitan dengan topik ini dengan
betul dalam ujian yang dijalankan?
5. Sejauhmanakah aktiviti dalam P&P yang dilaksanakan oleh guru mampu
meningkatkan kefahaman pelajar?

13
BIBLIOGRAFI

Ainon Mohd dan Abdullah Hassan, (1994). Teknik Berfikir, Konsep dan Proses.
Kuala Lumpur : Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.

Atan Long, (1984). Asas Pendidikan. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa Dan Pustaka

Bruner, J. (1979). The Process of Education. Harvard University Press: London.

De Bono, E. (1978). Teaching Thinking. England : Penguins Books.

Fisher, K.M. and Lipson, J. I. (1986). Twenty questions about students errors. Journal of
Research in Science Teaching. 23(9), 783-803

Mohd Hasani (2005) bertajuk “Learning to Look Through the Eyes of Students”

Mumford, R. J. dan Gustafson, T. (1988). Developing Critical Thinking and


Problem Solving Abilities. San Francisco : Jossey Bass Inc.

Rollo, M. C. (1991). Teaching Children To Think. Oxford : Basil Blackwell

Som dan Mohd Dahalan, (1998). Kemahiran Berfikir Secara Kritis dan Kreatif.
Kuala Lumpur : Longman Malaysia Sdn. Bhd.

14

You might also like