You are on page 1of 27

DIPLOMA PERUNDANGAN ISLAM

DAN GUAMAN SYAR’I

SP 5311 UNDANG-UNDANG HARTA ISLAM

WASIAT MENGIKUT UNDANG-UNDANG ISLAM DAN


UNDANG-UNDANG BRUNEI DARUSSALAM

©
OLEH:

MUHAMMAD ZAKI BIN WAHAB


KANDUNGAN
1. Mukadimah

2. Definisi Wasiat

3. Rukun Wasiat

4. Jenis-jenis Wasiat

5. Perlaksanaan Wasiat di Brunei Darussalam


(a) Wills Act
(b) Wasiat bagi Orang Islam

6. Kesimpulan
Mukadimah
 Islam ugama yang lengkap semua peraturan dan
perundangan – kehidupan ada di wartakan didalam Al Quran
dan Sunnah termasuk harta dan pewarisan.

 Harta-harta umat Islam dapat diwarisi oleh ahli keluarga


serta bukan ahli keluarga. Islam telah menggariskan kaedah-
kaedah pembahagian harta bagi mengelakkan pertelingkahan
dan memudahkan urusan – ilmu faraid.
Definisi Wasiat
 Perkataan wasiat – “wassa” yang bererti menjanjikan,
memerintahkan atau memberi hak milik selepas mati

 Menurut takrifan syarak - wasiat bermaksud sedekah hak


milik harta yang hanya dilaksanakan selepas kematian.
Sedekah ini dinamakan wasiat kerana selepas kematian,
pewasiat masih menerima hasil amalan baik didunia.

 Takrif wasiat menurut mazhab Syafie - pemberian suatu hak


yang boleh dilaksanakan selepas berlakunya kematian
pewasiat sama ada dengan lafaz atau tidak.
Definisi Wasiat
 wasiat hanyalah berkuatkuasa selepas kematian pewaris.

 Wasiat juga berbeza dengan pemilikan harta secara


kontraktual yang lain seperti jual beli, hibah dan sebagainya
kerana wasiat (pemberian sebelah pihak / unilateral)
diputuskan apabila berlaku ijab / penawaran daripada
pewasiat kepada ahli wasiat sahaja tanpa memerlukan
qabul / penerimaan daripada penerima wasiat semasa
pewasiat masih hidup.
Hukum & Dalil Wasiat
 Wasiat telah disyariatkan melalui nas Al Quran, Sunnah dan
amalan Sahabat serta ijma’.

 Wasiat pada awal Islam adalah wajib - Surah Al Baqarah 180


yang bermaksud seperti berikut:

“Diwajibkan atas mu apabila seseorang daripada kamu


didatangi oleh (tanda-tanda) maut, jika ia
meninggalkan harta, berwasiat untuk kedua ibu-bapa
dan kaum kerabat secara adil dan baik. (yang demikian
adalah kewajipan atas orang-orang yang bertaqwa”
Hukum & Dalil Wasiat
 Pada awalnya wasiat dapat juga dibuat untuk semua harta untuk
ibu bapa dan sepupu.

 Kewajipan berwasiat kemudiannya di nasakhkan oleh ayatul


mawarith – Ayat 11, 12 dan 176 Surah Al Nisaa

 Menurut Hadis Nabi Muhammad SAW - berwasiat kepada bukan


ahli waris dengan satu pertiga harta atau kurang adalah diterima.

 “Sesungguhnya Allah mengurniakan hak masing-masing kepada


setiap orang yang berhak. Tidak harus berwasiat untuk mana-
mana waris. Anak adalah milik pemilik hamparan (suani atau tuan
hamba). Penzina pula mendapat batu”
Hukum Berwasiat
 Wajib – surah Al Baqarah ayat 180 untuk wasiat kepada ahli
waris.

 Ayat tersebut telah dinasakhkan oleh ayat-ayat 11, 12 dan


176 daripada surah Al Nisa.

 Pendapat 4 mazhab utama iaitu Syafie, Hanbali, Maliki dan


Hanafi serta al Zaidiyyah, wasiat itu tidak difardukan ketas
semua orang yang berharta dan keatas kedua ibu bapa dan
kaum kerabat yang tidak menjadi waris tetapi hukumnya
adalah berbeza-beza mengikut keadaan-keadaan seperti
berikut:
Hukum & Dalil Wasiat
Wajib

 Jika ada tanggungjawab syarie yang perlu dilaksanakan


seperti zakat dan haji dan bimbang harta berkenaan habis
jika tidak diwasiatkan. Begitu juga jika berkaitan dengan
hutang dan wadiah jika pemilik sebenar tidak dikenali orang
lain
Hukum & Dalil Wasiat
Haram

 Mewasiatkan sesuatu yang haram dari segi syarak


Wasiat dibenarkan untuk barang (najis) yang boleh memberi
faedah – najis - baja

 Wasiat yang menyusahkan waris-waris dan menghalang mereka


mewarisi bahagian mereka yang telah ditetapkan oleh syarak juga
adalah haram - surah Al Nisa ayat 12:

“Wasiat-wasiat tyersebut hendaknya tidak mendatangkan


mudharat (kepada waris-waris) (setiap satu hukum itu) ialah
ketetapan dari Allah. Dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui, lagi
Maha Penyabar”
Hukum & Dalil Wasiat
Makruh

 Pewasiat kurang berharta dan memiliki waris-waris yang


miskin serta memerlukan harta.

 Wasiat diberikan kepada orang-orang yang fasik dan jahat


kerana besar kemungkinan harta yang diwasiatkan itu akan
digunakan bagi tujuan jahat dan bertentangan dengan syarak
Rukun-rukun & Syarat-syarat
Wasiat
4 rukun-rukun Wasiat:

1. Al Musi – orang yang berwasiat / pewasiat

 Al Musi - mukallaf, sempurna akal dan merdeka.


Menurut pendapat mazhab Syafie wasiat orang yang
mahjur alaih yakni orang yang dilarang menguruskan
hartanya kerana kebodohan (safih) adalah sah

 Wasiat orang kafir juga adalah dikatakan sah menurut


pendapat mazhab Syafie kerana orang kafir layak
bersedekah
Rukun-rukun & Syarat-syarat
Wasiat
2. Al Musa Lahu – penerima wasiat – 2 golongan
(a)Penerima yang tertentu yang sudah dikhususkan;

 Penerima wasiat itu seseorang yang diketahui wujud pada masa


wasiat dibuat pewasiat dan bukanlah daripada ahli waris - Hanafi,
Maliki, Syafie dan Hanafi (jumhur)

 Wasiat kepada ahli waris dibenarkan jika ahli waris yang lain
bersetuju – Hadis:

 “Tidak boleh berwasiat bagi waris melainkan apabila dipersetujui oleh


ahli waris yang lain”

 Wasiat kepada anak dalam kandungan = dibenarkan – 6 bulan


kandungan - Syafie
Rukun-rukun & Syarat-syarat
Wasiat
(b) Penerima yang tidak dikhususkan.

Fi sabilillah, ulamak, fakir miskin, ahli keluarga Rasulullah


SAW, saudara mara (kecuali yang berhak menerima harta
pusaka), haji dan umrah yakni bagi pewasiat jika ada
berwasiat sedemikian dan kepada orang-orang yang akan
mengerjakan haji dan umrah
Rukun-rukun & Syarat-syarat
Wasiat
3. Al Musa Bihi – harta yang diwasiatkan

 Harta hendaklah halal dimanfaatkan.


 Harta tersebut boleh dipindah milik.

Mazhab Syafie - wasiat boleh dilaksanakan kepada harta


yang tidak pasti, harta yang tidak wujud ketika wasiat,
wasiat yang tidak jelas, wasiat untuk penggunaan
harta.
Rukun-rukun & Syarat-syarat
Wasiat
4. Sighah – ijab dan qabul

 Lafaz ijab daripada Al Musi – secara sarih / kinayah

 Lafaz = bahasa isyarat yang difahami oleh golongan bisu

 Lafaz = tulisan

 Wasiat umum untuk fakir miskin tidak disyaratkan adanya qabul


daripada Musa Lahu kerana wasiat berlaku apabila pewasiat
meninggal dunia

Note: Lafaz wasiat mestilah disaksikan oleh 2 orang saksi yang adil
Rukun-rukun & Syarat-syarat
Wasiat
 Wajib lafaz qabul - penerima wasiat itu seseorang yang
khusus sama ada sendiri / wali.

 Musa Lahu menolak wasiat sesudah Musi meninggal?

 Sebelum qabul barang jadi harta kepada ahli waris;

 Selepas qabul dan sudah diterima - penolakan tidak sah,


perkara yang sama juga berlaku sekiranya penolakan berlaku
selepas qabul tetapi sebelum harta diterima
Rukun-rukun & Syarat-syarat
Wasiat
Had Wasiat:

 Nabi Muhammad SAW telah bersabda seperti yang telah


diriwayatkan oleh Saad bin Abu Waqqas r.a. – wasiat tidak
boleh mewasiatkan hartanya melebihi satu pertiga daripada
jumlah hartanya.

 Wasiat melebihi satu pertiga hartanya?

 Mazhab Syafie – Wasiat - sah tetapi makruh - lebihan satu


pertiga tersebut hanyalah boleh dibahagikan dengan
persetujuan ahli waris yang berhak keatas harta tersebut.
Rukun-rukun & Syarat-syarat
Wasiat
 Wasiat itu tidak sah berdasarkan Hadis yang bermaksud:

“ Tidak sah berwasiat untuk ahli waris”

 Jika pewasiat tidak mempunyai waris sekalipun dia tidak


boleh mewasiatkan lebih daripada satu pertiga hartanya
kerana wasiatnya yang melebihi satu pertiga terbatal kerana
itu adalah hak orang-orang Islam.
Rukun-rukun & Syarat-syarat
Wasiat
 Harta yang diwasiatkan mestilah dikira dan dinilai pada
ketika kematian pewasiat dan bukannya pada masa wasiat
dibuat. Ini kerana untuk mendapatkan pengiraan yang
sebenarnya pada masa kematian.

 Jumlah satu pertiga itu juga mestilah setelah ditolak segala


pembayaran hutang pewasiat dan belanja pengebumiannya
dilunaskan ini sesuai dengan maksud firman Allah SWT
melalui ayat 11 surah Al Nisa yang bermaksud:

“(Pembahagian itu) ialah sesudah diselesaikan wasiat simati


dan sesudah dibayarkan hutangnya “
Pembatalan Wasiat
1. Pembatalan oleh Al Musi
 lafaz oleh al Musi kepada al Musa Lahu dan perbuatan yakni al
Musi menjualkan harta yang diwasiatkan pada mulanya.

2. Pembatalan oleh Al Musa Lahu


 Al Musa Lahu boleh menolak wasiat atau tidak mahu
menerima selepas kematian al Musi.
 Wasiat terbatal sekiranya al Musa Lahu meningal dulu sebelum
al Musi kerana wasiat hanya berlaku selepas kematian al Musi.
 Hanafi & Hanbali vs Syafie – Wasiat bagi pembunuh – batal /
tidak?

3. Harta rosak
Jenis-jenis Wasiat
1. Wasiat Mutlak - tidak terikat dengan syarat-syarat tertentu yang
dikenakan keatas harta diwasiatkan.

2. Wasiat Bersyarat – mempunyai syarat-syarat tertentu yang


diletakkan oleh pewasiat dan wasiat ini adalah sah selagi mana
syarat-syarat tetsebut tidak menyalahi syarak dan syarat-syarat
tersebut hendaklah membawa kepada kebaikan kepada al Musi, al
Musa Lahu.

3. Wasiat Am - kepada penduduk sebuah kampung yang mungkin


terdiri daripada orang Islam dan bukan orang Islam – memadai
wasiat diberikan kepada 3 orang yang mewakili kumpulan
penduduk kampung itu.

4. Wasiat Khas - dikhususkan kepada golongan tertentu.


Jenis-jenis Wasiat
5. Wasiat Wajibah

 Jumhur fuqaha - tidak terdapat istilah wasiat wajibah


walaubagaimanapun terdapat beberapa pendapat fuqaha
tabi’in yang berpendapat wajib untuk berwasiat untuk kaum
kerabat terdekat bersandarkan ayat 180 Surah Al Baqarah.

 ayatul mawarith menasakhkan membuat wasiat kepada


kedua ibu bapa dan kaum kerabat yang menjadi waris sahaja
jadi ini bermakna kewajipan membuat wasiat bagi kaum
kerabat yang tidak menjadi waris adalah kekal
kewajipannnya
Jenis-jenis Wasiat
 Wasiat - sebahagian harta peninggalan yang diperuntukkan oleh
undang-undang untuk anak-anak kematian ibu/bapa sebelum
datuk/nenek atau mereka meninggal serentak dan anak-anak
tersebut tidak mendapat apa-apa bahagian daripada harta datuk
dan nenek kerana dihijab olah bapa atau ibu saudara mereka.

 Syarat-syarat Wasiat Wajibah – Negara-negara Islam:


 Syria – cucu yang kematian bapa sahaja.
 Mesir – cucu kematian ibu, kadar dibenarkan adalah 1/3 daripada
keseluruhan harta.
 Pakistan – cucu boleh mendapat bahagian yang sama banyak yang
sepatutnya diterima oleh ibu / bapa mereka yang diwarisi
daripada harta datuk / nenek cucu tersebut.
 Malaysia (Selangor, Negeri Sembilan dan Melaka) – cucu yang
kematian bapa sahaja.
Perlaksanaan Wasiat menurut
Undang-Undang Brunei Darussalam
 Wills Act Cap 193:
 Akta Wasiat bab 2(2) - hanyalah mengawal selia wasiat bagi orang-
orang bukan Islam.
 Bab 2(1) Akta Wasiat, wasiat = satu deklarasi yang diniatkan
mempunyai kuasa undang-undang terhadap niat / hajat pewasiat
terhadap harta dan penjagaan mana-mana kanak-kanak yang akan
dijalankan selepas kematian pewasiat cf Islam – wasiat kepada
harta sahaja bukan hadanah
 Mesti bertulis cf Islam – lisan, isyarat
 Pewasiat waras boleh wasiat semua hartanya cf Islam – 1/3 harta
 Wasiat tidak sah – bawah 18 tahun cf Islam mukallaf
 Bab 25 - Wasiat sah kepada anak pewasiat yang meninggal sebelum
pewasiat cf Islam jatuh kepada ahli waris
 Bab 12(1) - Wasiat kepada suami/isteri batal jika cerai cf Islam –
tidak batal
Perlaksanaan Wasiat bagi Orang Islam
diBrunei Darussalam
 Bab 9 Akta Majlis Ugama Islam & Mahkamah-Mahkamah Kadi – MUIB
pelaksana wasiat/pentadbir harta /pemegang amanah

 Probate & Administration Act – Pegawai Probate – rujuk kepada Hakim


Syarie – pentadbiran harta orang Islam

 Amalan wasiat dan hibah – orang Islam - popular di Brunei Darussalam

 Dibuat ikut perundangan Islam – cenderong kepada amalan Mazhab Syafie


- Peguam Syarie – akan mengenal pasti 1/3 harta untuk wasiat

 Wasiat tidak perlu didaftarkan

 Belum terdapat kes mengenai kesahihan wasiat di Brunei Darussalam


Kesimpulan
 Undang-undang Islam adil iaitu Faraid dan Wasiat dapat
menjamin dan mengadakan peruntukan pembahagian harta
kepada waris dan kerabat – Wasiat Wajibah kepada cucu.

 Penggubalan undang-undang wasiat Islam seperti di


Selangor, Melaka & Negeri Sembilan.

 Wasiat perlu dibuat secara professional oleh peguam syarie


yang berkelayakan

 Amalan wasiat perlu dibuat secara adil & telus kepada semua
pihak waris bagi mengelakkan kesamaran & perbalahan

You might also like