You are on page 1of 3

UNSUR PATRIOTISME

Soalan: Bagaimanakah sambutan perayaan tradisi pelbagai kaum dapat memperkukuh dan

mengekalkan perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia ?

Malaysia merupakan sebuah negara yang sedang membangun dengan pesat menuju ke arah

Wawasan 2020 seiring dengan era globalisasi. Malaysia adalah negara yang berdaulat di

bawah pimpinan pemimpin-pemimpin yang berwibawa serta penduduk yang berbilang kaum.

Rakyat Malaysia terdiri daripada pelbagai kaum agama iaitu, Melayu, Cina dan India. Setiap

rakyat Malaysia mengamalkan adat, tradisi, budaya dan kepercayaan yang tersendiri. Kaum-

kaum yang berbeza menyambut perayaan kaum masing-masing. 

Rakyat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum dan agama perlu menganggap

diri mereka sebagai rakyat Malaysia yang berfikir dan bertindak ke arah mencapai satu

matlamat. Sejajar dengan ini, perpaduan yang sedia terjalin antara kaum di negara ini perlu

diperkukuhkan lagi bagi mewujudkan suasana negara yang lebih aman, maju, selamat dan

makmur. Konsep 1 Malaysia yang diperkenalkan oleh YAB Dato Sri Mohd Najib Tun Abdul

Razak, Perdana Menteri, adalah langkah yang bertepatan dengan suasana dan cita rasa rakyat

dalam usaha memupuk perpaduan antara kaum di Malaysia. 

Perpaduan merupakan agenda yang signifikan dalam memajukan negara kerana

aspek ini merupakan tulang belakang kepada kemajuan negara. Fokus dan matlamat kerajaan

untuk mengekalkan perpaduan di negara kita berkait rapat dengan fokus utama kurikulum

Sejarah bagi pelajar sekolah menengah yang bertujuan menanam semangat patriotik yang

memupuk nilai-nilai murni di kalangan murid. Nilai-nilai murni yang dipupuk ialah unsur-
unsur patriotisme seperti berbangga sebagai rakyat Malaysia, bersemangat setia akan negara,

bersemangat kekitaan, berdisiplin serta berusaha dan produktif .

Sebagai rakyat Malaysia, kita perlu memainkan peranan penting ke arah

mengukuhkan perpaduan kaum. Untuk memperkukuh dan mengekalkan perpaduan rakyat

Malaysia semasa sambutan perayaan tradisi pelbagai kaum, setiap rakyat mesti saling

memahami budaya dan tradisi kaum lain. 

Melalui unsur patriotisme yang pertama iaitu unsur berbangga sebagai rakyat

Malaysia, kita mestilah menghargai dan mengamalkan tradisi dan budaya bangsa kita.

Sebagai rakyat Malaysia yang berbilang kaum, kita mempunyai adat dan budaya mengikut

Selain itu, kita juga perlu berbangga sebagai rakyat Malaysia dan mestilah menghormati raja

dan pemimpin negara. Kita sewajarnya menyambut perayaan tradisi kaum yang ada di

Malaysia sebagai usaha memelihara dan mengamalkan tradisi budaya dan bangsa. Di

samping itu, semangat setia negara juga hendaklah disemai dalam setiap sanubari rakyat

Malaysia supaya perpaduan kaum dapat dicapai. Semangat cinta akan bangsa dan negara juga

akan memupuk perpaduan kaum di Malaysia. Menyambut perayaan tradisi pelbagai kaum

tanpa mengira warna kulit merupakan salah satu tanggungjawab kita untuk menjamin dan

mengekalkan perpaduan kaum.

Untuk mengekalkan lagi perpaduan kaum di Malaysia yang berbilang kaum ini,

semangat kekitaan perlu diamalkan oleh setiap rakyat dengan usaha bertolak ansur dan

bertoleransi semasa menyambut sesuatu perayaan antara kaum. Lantaran itu, nilai

bekerjasama, tolong-menolong dan hormat-menghormati perlu diterapkan supaya


pertelingkahan dan ketegangan kaum dapat dihindari. Bak kata peribahasa, berat sama dipikul

, ringan sama dijinjing, kita sepatutnya bermuafakat dan tidak bersikap ego dalam

melaksanakan sesuatu tugasan sebelum menyambut perayaan tradisi tertentu.

Sambutan perayaan tradisi tanpa mengira kaum membawa aspirasi untuk

memperbaiki hubungan kaum bagi memastikan rakyat Malaysia dapat menjalin perpaduan

yang lebih erat berbanding dulu. Perpaduan kaum akan tercapai jika rakyat berdisiplin dalam

menjalankan sambutan perayaan tradisi heterogen kaum. Sikap bersopan, bertatasusila dan

berhemah tinggi perlu ada semasa berinteraksi dengan kaum lain. Tambahan pula, peraturan

dan undang-undang perlu dipatuhi dan diamalkan supaya kes-kes jenayah tidak berlaku pada

musim perayaan, antaranya termasuklah mencuri, merompak, berjudi dan lain-lain lagi. 

Akhir sekali, kita sebagai rakyat ibu pertiwi kita perlulah senantiasa berusaha dan

produktif semasa menjalankan sesuatu peranan. Sikap rajin, gigih, berdikari dan tabah

menghadapi pancaroba hidup perlu dipupuk sejak kecil kerana, melentur buluh, biarlah dari

rebungnya supaya Wawasan 2020 dapat dicapai. Rakyat yang berilmu dan berketerampilan

mampu menjana usaha ke arah mengekalkan perpaduan kaum dan merealisasikan kemajuan

negara.

Sebagai intiha, rakyat Malaysia perlu berganding bahu memperkukuh dan

mengekalkan perpaduan kaum supaya perselisihan dan pertelingkahan antara kaum tidak

tercetus sekali gus mengelakkan negara daripada dijajahi kuasa asing.

You might also like