P. 1
Tugasan 2 Folio Kaunseling Kerjaya

Tugasan 2 Folio Kaunseling Kerjaya

|Views: 4,470|Likes:
Published by nurulaidaj

More info:

Published by: nurulaidaj on Sep 03, 2010
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOC, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

04/21/2013

pdf

text

original

SARJANA BIMBINGAN KAUNSELING (UPSI) UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS, TANJONG MALIM

FAKULTI SAINS KOGNITIF & PEMBANGUNAN MANUSIA

SARJANA BIMBINGAN DAN KAUNSELING SEMESTER 1 SESI 2010/2011 _____________________________________________________ Nama Kursus Kod Kursus Pensyarah Nama Ahli : : : : KAUNSELING KERJAYA KKC 6013 Dr. Noraini binti Ismail Nurul Aida binti Jaafar Siti Huzaimah binti Roghibin Rowena Ak Dunsin Tajuk : (M20091000388) (M20091000386) (M20091000382)

FOLIO KERJAYA (REALISTIK dan SOSIAL)

1

4.0 SUMBER MAKLUMAT KERJAYA 4.1 MENGENAL PASTI MINAT KERJAYA ~ Menurut Sidek Mohd Noah (1992) untuk memastikan ciri-ciri personal individu selaras dengan keperluan-keperluan dalam sesuatu bidang kerjaya yang diceburi, 5 fasa telah dikenalpasti dan perlu dilalui supaya individu mencapai kepuasan di samping memberi sumbangan kepada produktiviti yang tinggi. ~ 5 Fasa tersebut ialah ; Fasa 1 - Mengenal pasti kekuatan & kelemahan diri

Teknik psikometrik adalah satu teknik saintifik yang boleh digunakan oleh para kaunselor kerjaya dalam membantu para pelajar mengenalpasti kekuatan dan kelemahan diri dan seterusnya memilih kerjaya yang selaras dengan diri & personaliti mereka.

Antara alat psikometrik yang boleh pelajar gunakan ialah Ujian Personaliti (Inventori Personaliti Sidek-IPS), Ujian Minat Kerjaya (Selt Directed Search-SDS), Ujian Nilai (Inventori Nilai Pekerjaan Sidek-INPS) - Bagi medapatkan ujian-ujian tersebu, sila rujuk Kaunselor di institusi anda.

Fasa 2 - Membina matlamat berasaskan potensi diri

Pelajar perlu merangka matlamat hidup berdasarkan maklumat yang mereka perolehi dalam Fasa 1.

Pelajar perlu merangka tindakan jangka pendek dan jangka panjang.

Para pelajar atau pencari kerja boleh mendapat maklumat-maklumat berkaitan kerjayayang
2

diminati di ; a) IKLAN DI MEDIA MASA - Pencari kerja perlu peka dan mengikuti maklumat semasa di media masa - Media popular: akhbar dan buletin serta majalah, radio dan tv b) AGENSI PEKERJAAN - Membantu majikan mendapatkan pekerja dari IPT dan pusat latihan kemahiran - Ada yang menggunakan internet untuk dihubungi seperti www. JenJOBS.com c) TEMUDUGA TERBUKA - 'Walk-In Interview’ ini mudah dan cepat bagi majikan - Pencari kerja berbaris untuk temmuduga dengan membawa segala dokumen perlu d) JABATAN TENAGA KERJA - Ibu Pejabat di Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Putrajaya (www.jtksm.mohr.gov.my) - Cawangan di seluruh negara - Boleh terus daftar dengan mana-mana JTK dan menunggu jawapan e) MAKLUMAT RAKAN - Rakan-rakan yang sedang bekerja - Maklumat lebih jelas tentang pekerjaan yang diminati - Rakan menjadi orang tengah - Banyak laman web berkaitan seperti www.jobsmalaysia.com , http://www.jobdb.com.my/, http://www.graduan.com.my/ dan jobstreet.com.my - Permohonan terus melalui borang dalam laman web f) SURUHANJAYA PERKHIDMATAN AWAM (SPA) - Boleh mendaftar terus ( http:// www.spa@gov.com.my /)

- Maklumat yang diberi betul dan tepat - Borang SPA8 perlu diisi

3

g) TEMUDUGA DI KAMPUS - Majikan buat temuduga di Universiti atau Kolej - Temuduga di Universiti atau Kolej - Biasanya di akhir pengajian Majikan buat temuduga di Universiti atau Kolej h) PROGRAM LATIHAN INDUSTRI - Disediakan oleh IPT atau Pusat kemahiran - Syarikat atau badan tempat LI akan menerima bekerja dengannya i) HARI KERJAYA - Hari Kerjaya anjuran IPT dan sekolah - Melibatkan banyak syarikat dan IPT - Terus mengisi borang di tempat pameran

Tip Kerjaya: Antara potensi diri dan kerjaya pilihan Oleh Dr Mohd Yahya Mohamed Ariffin mohdyma@um.edu.my 2010/07/08
INDIVIDU yang tiada kebolehan membuat keputusan mengenai pekerjaan mungkin disebabkan minat yang pelbagai, minat yang tidak jelas atau tiada minat sama sekali.
4

Sebagai mahasiswa, anda tidak dapat menjangka dengan baik mengenai personaliti, minat, nilai, serta kebolehan menyebabkan pilihan yang dibuat tidak sepadan dengan ciri yang dimiliki. Maka, wujud dilema dalam diri akibat berlaku pertentangan antara potensi diri yang dimiliki dengan pekerjaan yang menjadi minat dan pilihan hati. Bagi membantu mengatasinya, Teori Perkembangan Kerjaya Holland yang diperkenalkan oleh Holland (1958) dilihat sangat sesuai untuk dijadikan panduan kepada pencari kerja kerana teori ini dapat membantu mengenal pasti potensi diri termasuk personaliti, minat, nilai dan pencapaian individu. Menurut Holland terdapat hubungan erat di antara personaliti dengan persekitaran kerja yang diceburi oleh seseorang individu. Setiap individu akan mencari persekitaran kerja yang sesuai dengan personalitinya. Kesesuaian antara personaliti individu dengan persekitaran akan menghasilkan kepuasan, kestabilan dan pencapaian dalam bidang kerjaya yang diceburi oleh individu. Malah banyak kajian Holland dan sarjana lain membuktikan hubungan berkenaan. Hasil kajian mereka menunjukkan individu yang terbabit dalam bidang kerjaya, berjaya memilih bidang pekerjaan yang selaras dengan jenis personaliti yang dimiliki. Sehubungan itu, Holland mengkelaskan individu kepada enam jenis personaliti iaitu realistik, investigatif, artistik, sosial, keusahawanan dan konvensional yang boleh dikaitkan dengan kerjaya. Pada ruangan ini diterangkan dua jenis personaliti iaitu realistik dan investigatif merangkumi ciri personaliti, pekerjaan yang sesuai dengan anda dan bidang pengajian yang boleh diikuti di universiti. Buatlah analisis supaya anda mengenali personaliti diri seterusnya mampu menyesuaikan dengan kerjaya yang menjadi impian. 1. Realistik Personaliti ini dimiliki individu jenis praktikal. Mereka cenderung untuk menjadi kompetitif dalam kerja yang dilakukan serta terbabit dengan aktiviti yang memerlukan kemahiran fizikal dan kekuatan. Setiap masalah akan diselesaikan menggunakan pendekatan yang konkrit sebaliknya, tidak menonjolkan kemahiran verbal dan interpersonal. Ciri personaliti: Berterus-terang, praktikal, fokus, mekanikal, gigih, cekal, tanah lasak, stabil, maskulin, berdikari, jujur, pemalu, akur, berpendirian tetap, cermat dan keras hati.

5

Bidang pekerjaan yang sesuai: Seni bina, pengurusan hospitaliti, kulinari, kejuruteraan, teknologi maklumat, kejuruteraan mekanikal, kejuruteraan automotif, muzik, farmasi, veterinar, optometri, juruterbang, tukang masak (chef), perekaan fesyen, fotografi dan ukur bahan. Bidang pengajian: Seni bina, seni bina lanskap, pengurusan hospitaliti, kejuruteraan awam, kejuruteraan mekanikal, kejuruteraan automotif, teknologi maklumat, muzik, farmasi, perubatan veterinar, optometri, juruterbang, masakan, perekaan fesyen, fotografi dan ukur bahan. Oleh itu, anda adalah individu dalam kategori ini jika memiliki ciri personaliti di atas dan sesuai bekerja dalam bidang yang disenaraikan. Mempunyai sebarang pertanyaan/masalah tentang isu-isu yang berkaitan dengan kerjaya? Sila hubungi kami di : JobsMalaysia Cyberjaya Unit W001, Tingkat Bawah, Blok 3440, Enterprise Building 1 (EB 1), Jalan Teknokrat 3, 63000 Cyberjaya, Selangor Darul Ehsan. Tel : 03-83202713/4/5 Fax : 03-83202661 Email : jobsmalaysia@mohr.gov.my

Jenis personaliti Realistik adalah jenis individu yang mempunyai kemahiran etletik atau mekanikal. Suka bekerja dengan objek, mesin, peralatan, tumbuhan, dan binatang. Lebih suka bekerja di luar bangunan dari di dalam bangunan. Contoh pekerjaan Realistik ialah: Jurutera Awam, Jurutera Keratapi, Jurutera Automotif, Jurutera Elektrik, Operator Mesin, Mekanik Kapalterbang, Mekanik Kereta, Juruteknik Elektronik, Ahli Ilmu Perkebunan dan Tukang Kayu. PROFESOR MADYA DR. SIDEK MOHD NOAH Jabatan Pengajian Perlakuan & Pergerakan Manusia Fakulti Pengajian Pendidikan Universiti Putra Malaysia 43400 UPM SERDANG

6

pemilihan kerjaya Disertakan oleh En Rahim B. Haron Saturday, 26 December 2009 Terakhir dikemaskini Saturday, 20 March 2010 KONSEP PEMILIHAN KERJAYA Individu akan cuba mengimplimentasikan konsep kendiri dengan memilih pekerjaan yang akan membenarkan ekspresi diri. • Kepuasan kerja dan kepuasan hidup bergantung kepada sejauh mana individu berupaya mencari jalan keluar untuk menyalurkan ciri-ciri yang ada pada dirinya. • Semakin hamper keselarasan antara ciri-ciri personal dengan keperluan-keperluan dalam sesuatu pekerjaan, maka semakin besar kemungkinan seseorang itu untuk berjaya dalam bidang berkenaan. • Kepuasan kerja, kebolehan, pencapaian dan stabiliti adalah bergantung kepada darjah keselarasan atau darjah kongruens antara jenis personaliti denganpersekitaran kerja. MASALAH PEMILIHAN KERJAYA REMAJA Remaja kurang atau tiada kebolehan dalam membuat keputusan tentang kerjya kerana mempunyai minat yang pelbagai, minay yang tidak jelas atau tiada mempunyai minat. • Remaja tidak dapat menjangka dengan baik tentang personalitinya, minatnya, nilainya, serta kebolehannya hingga pilihan yang dibuat tidak setimpal dengan ciri-ciri dirinya. • Remaja kekurangan atau tiada pengetahuan serta maklumat berkaitan dengan dunia pekerjaan. STRATEGI PEMILIHAN KERJAYA 1. Mengenalpasti trait-trait dan ciriciri individu termasuklah personaliti, minat, nilai, dan pencapaian individu iaitu mengenal potensi diri. 2. Mengenalpasti dan menganalisis keperluan-keperluan pekerjaan iaitu mengenali dunia pekerjaan. 3. Memadankan individu dengan pekerjaan iaitu memadankan potensi diri dengan kerjaya yang sesuai.

TEORI KERJAYA HOLLAND
7

1. REALISTIK- ORANG JENIS PRAKTIKAL (KEMAHIRAN PERTUKANGAN DAN MEKANIKAL) - a. CIRI-CIRI Stabil, natural, maskulin, praktikal, tekun, terus terang, berdikari, fizikal,materealistik, jujur, pemalu, akur, tulen, inventif, normal, berpendirian tetap, cermat, keras, hati, berulang-ulang, kurang celik akal. - b. SUKA Aktiviti mekanikal, kerja luar, atletik (sukan), aktiviti manual, benda konkrit (wang, kuasa - dan status), bekerja dengan peralatan, tumbuhan, dan haiwan. - c. TIDAK SUKA Aktiviti akademik, aktiviti sosial, pendedahan kendiri, bekerja dengan orang lain. - d. ORIENTASI Penglibatan secara lansung dengan aktiviti konkrit, manipulasi objek. - e. PEKERJAAN Jenis pembaikan mekanikal, elektrikal, kejuruteraan, mekanik, guru kemahiran hidup, juruteknik, pegawai perikanan, pegawai perhutanan, pegawai mergastua, tukang masak, - pereka fesyen, jurufoto, juruukur, penyelam, pemandu, atendan pam minyak, tukang kayu, - tukang paip. - f. BIDANG PENGAJIAN Kejuruteraan awam, kejuruteran mekanikal, perhutanan, teknologi - perubatan, penyediaan makanan, bidang teknik dan vokasional, pertanian dan penternakan. - g. PERSEKITARAN AKADEMIK Memupuk kecekapan dan pencapaian daripada teknikal dan - memanipulasikan benda, mesin, pertanian, dan penternakan. Ganjaran bernialai seperti wang, - kuasa, status, dan sesuatu yang dimiliki. Menggalakkan individu melihat dunia secara mudah - dan tradisional.

8

SOSIAL - ORANG JENIS SOSIAL (PENDIDIKAN DAN KEBAJIKAN) - a) CIRI-CIRI Kerjasama, menolong, rasional, bijaksana, ambil berat, memujuk, prihatin, bertanggunhjawab, peramah, penyabar, baik hati, idealistik, riang, ekstrovert, agresif, memahami orang lain, mudah berinteraksi, suka bergaul, pemurah, kewanitaan. SUKA Perhatian, berurusan dengan orang lain, bersosial, menolong, kerja-kerja amal dan kemasyarakatan, perbincangan, pendidikan, menghadiri majlis sosial, aktiviti kebajikan, menunjuk ajar, memikirkan masalah masyarakat. http://www.kaunselingkerjaya.com Dikuasai oleh Joomla! Dijanakan : 15 August, 2010, 11:18 - TIDAK SUKA Kerja-kerja fizikal, aktiviti luar, kerja dengan peralatan, kerja-kerja terlalu berstruktur, bidang mekanikal dan saintifik. - ORIENTASI Kebajikan, kemasyarakatan dan pendidikan. d. PEKERJAAN Pensyarah, guru, ustaz, ahli politik, jururawat, kaunselor, pegawai kastam, pegawai kebajikan, juruacara, pramugari, ahli psikologi klinikal, diplomat, ahli sosiologi - BIDANG PENGAJIAN Sosial, pentadbiran, pendidikan, sejarah sains, kemasyarakatan, pengajian agama, sains politik, pembangunan sumber manusia, ekologi manusia. - PERSEKITARAN AKADEMIK Memupuk kecekapan interpersonal, minat dalam memberitahu, melatih, mengubati, menyedarkan orang lain. Ganjaran bernilai sosial dan kemasyarakatan. Menggalakkan individu melihat dunia dandengan cara yang fleksibel. Sumber: http://www.kaunselingkerjaya.com/index2.php?option=com_content&do_pdf=1&id=12)

9

1000 Peluang Kerja Harian Metro Oleh Hayati Ibrahim ya_t@hmetro.com.my, 27 July 2010 __________________________________________________________________________ _________________________

10

PEMBANGUNAN empat program di Wilayah Ekonomi Koridor Utara (NCER) akan menyediakan lebih 1,000 peluang pekerjaan kepada penduduk setempat, sekali gus membantu masyarakat tempatan meningkatkan taraf hidup masing-masing dalam usaha merapatkan jurang sosio ekonomi antara wilayah. Ketua Pegawai Eksekutif NCER, Datuk Redza Rafiq berkata, program pembangunan membabitkan pelaburan RM835 juta itu akan merangkumi tiga sektor utama iaitu penternakan, pembuatan dan pelancongan. “Setiap pelaburan yang diserapkan ke sesebuah negeri akan mewujudkan peluang pekerjaan baru kerana setiap pelaburan akan ada komponen rangkaian sokongan, dan setiap komponen akan beri peluang pekerjaan lain. “Bermakna akan wujud peluang pekerjaan secara langsung dan tidak langsung. Sebagai contoh, pihak Advanced Micro Devices Export Sdn Bhd (AMD) saja akan mewujudkan sekurang-kurangnya 500 peluang pekerjaan dalam bidang kejuruteraan dan teknikal,” katanya pada sidang media selepas Mesyuarat Pihak Berkuasa Pelaksana Koridor Utara (NCIA) yang dipengerusikan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak di Jabatan Perdana Menteri di Putrajaya, semalam. Pada majlis itu, Najib turut menyaksikan majlis pertukaran dokumen perjanjian program pembangunan di NCER membabitkan empat syarikat swasta termasuk Progressive Ocean Sdn Bhd diwakili Pengarah Urusan, Azhar Mohd Yusof; Ace Front Industries Sdn Bhd (AFISB) diwakili Pengarah Urusan, Hasamudin Ami, Pens Holdings Sdn Bhd diwakili Pengerusinya, Datuk Diraja Syed Razlan Jamalulail dan AMD diwakili Naib Presiden dan Pengarah Urusannya, Datuk Dr Mohd Sofi Osman. Hadir sama, Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Md Isa Sabu; Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak; Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambery Abdul Kadir dan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng. Pertukaran dokumen itu menyaksikan persetujuan semua pihak terbabit untuk membangunkan program pembangunan sosio ekonomi dan meningkatkan nilai rantaian ekonomi secara keseluruhan dengan mewujudkan program ladang kontrak, peluang pekerjaan dan kesan limpahan ekonomi. Redza Rafiq berkata, projek pembangunan itu termasuk program akuakultur Sungai Mengkudu di Kedah untuk membangunkan penternakan ikan dalam 800 sangkar membabitkan 32 usahawan akuakultur daripada masyarakat setempat yang berpeluang mempelajari dan mengusahakan ternakan ikan dalam sangkar. Cabaran jururawat lelaki Harian Metro, 27 Februari 2010 __________________________________________________________________________ _________________________

11

SUMBER: http://berita-harian-online.com/bidang-kerja-jururawat-penyertaan-lelaki-positif/)

KUALA LUMPUR 18 Mac – Penyertaan semakin ramai kaum lelaki di dalam bidang kejururawatan dilihat sebagai satu perkembangan positif bagi kerjaya itu. Isteri Timbalan Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor berkata, gabungan tenaga di antara jururawat lelaki dan wanita mampu mendatangkan manfaat kepada bidang perubatan negara ini. ”Pada masa ini, bidang kejururawatan bukan lagi hak milik eksklusif golongan wanita seperti dahulu. Semakin ramai kaum adam menyertai profesion kejururawatan termasuk di negara ini. ”Kekuatan fizikal yang ada pada lelaki dan kelembutan yang ada pada wanita sekiranya diraih dan digembleng secara bersama, tentunya akan memberi banyak manfaat kepada doktor dan pesakit,” katanya. Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Konvokesyen Ke-3 Kolej Kejururawatan Pusrawi di sini semalam. Pada majlis itu, Rosmah menyampaikan diploma kepada 105 graduan yang berjaya menamatkan pengajian dalam bidang kejururawatan di kolej berkenaan.
12

Rosmah menambah, jururawat merupakan profesion yang sentiasa diperlukan oleh masyarakat dan mempunyai peranan yang tidak boleh ditukar ganti dalam institusi kesihatan. ”Permintaan terhadap jururawat di setiap negara adalah cukup tinggi dan bilangan jururawat sedia ada seringkali dikatakan tidak mencukupi. ”Ia menunjukkan jururawat sentiasa diperlukan masyarakat. Secara jelas, ia membuktikan jururawat hari ini mempunyai tanggungjawab sejagat yang cukup penting di mata dunia,” katanya. Sementara itu, Rosmah turut mengemukakan saranan agar Kolej Kejururawatan Pusrawi terus menambah bilangan pelatih bagi memenuhi keperluan jururawat negara. ”Dengan bertambahnya bilangan jururawat terlatih, ia mampu membantu usaha untuk memberi lebih perhatian kepada pesakit terutamanya warga emas, wanita dan kanak-kanak,” jelasnya.

Penyediaan Resume yang berkesan Jangan ambil mudah di dalam menyediakan resume anda. Kegagalan seseorang calon untuk menyediakan resume yang berkesan boleh menyebabkan anda gagal dipanggil temuduga. Antara tip-tip penyediaan resume yang berkesan adalah seperti berikut :

13

REALISTIK
14

Realistik – R Individu yang mempunyai kemahiran etletik atau mekanikal. Suka bekerja dengan objek yang boleh disentuh, mesin, peralatan, tumbuhan dan binatang. Tidak suka kepada aktiviti yang banyak menggunakan pemikiran. Lebih suka bekerja di luar bangunan dari di dalam bangunan Tingkahlaku ini cenderung kepada kebolehan manual, mekanikal, elektrikal dan pertanian. TIDAK MEMENTINGKAN EMOSI Ciri-ciri individu Realistik i. ii. iii. iv. Sukakan pekerjaan yang realistik dan mengelak dari aktiviti –aktiviti sosial. Akan menggunakan kebolehan kekuatan fizikal dalam menyelesaikan masalah. Mempunyai kebolehan mekanikal dan permainan sukan tetapi kurang berkebolehan dalam hubungan sosial. Menghargainperkara-perkara yang konkrit seperti wang, kuasa dan status.

Sifat-Sifat Individu Realistik 1. Pemalu 2. Natural 3. Materialistik 4. Jujur 5. Tekun Kerjaya Yang Sesuai 1. Mekanik Kejenteraan 2. Merinyu Bangunan 3. Juruelektrik 7. Jurutera Lokomotif 8. Tukang Paip 9. Jurufoto
15

6. Suka ikut perintah 7. Berterus terang 8. Praktikal 9. Maskulin 10. Tidak romantis

4. Atendan Pam Minyak 5. Pakar Hidupan Liar 6. Pakar Perikanan

10. Operator Mesin 11. Juru Ukur 12. Juruselam

KEJURUTERAAN DAN TEKNIKAL ___________________________________________________________________________ __________ Jurutera Awam Jurutera awam bertanggungjawab untuk merekabentuk dan menyelia pembinaan jalan, lapangan terbang, terowong, jambatan, pembekalan air dan sistem pembentungan serta bangunan. Jurutera awam menggunakan teknologi yang canggih dan konsep terkini dalam rekabentuk berbantu komputer dalam kerja-kerja rekabentuk, pembinaan, penjadualan projek dan kawalan kos. Anggaran Gaji

Sektor Awam (RM) : 2,000 - 5,500

• Sektor Swasta (RM) : 3,000 - 6,000 Tahap Pendidikan • •

DLKM Tahap 5 Ijazah Kejuruteraan Awam

16

Contoh Institusi
• • • • • • • • •

Universiti Teknologi Malaysia Kolej Tunku Abdul Rahman Universiti Malaysia Sabah Institut Teknologi Tun Hussein Onn Universiti Teknologi Mara ADTEC Universiti Malaya Universiti Malaysia Sarawak Universiti Putra Malaysia

• Universiti Sains Malaysia Senarai Tugas • •

• • •

Mengekalkan hubungan baik dan perundingan teknikal dengan pakar lain yang berkaitan. Mentadbir kontrak dan mengesahkan pembinaan siap dengan memuaskan; Mengkaji dan memberikan nasihat dari aspek teknologi bahan/proses tertentu atau sistem yang berkaitan dengan kerja kejuruteraan awam; Mengelola dan mengarah buruh tapak dan menghantar bahan pembinaan, loji, dan kelengkapan yang diperlukan untuk projek pembinaan; Menetapkan sistem kawalan untuk memastikan struktur berfungsi dengan cekap termasuk keselamatan dan perlindungan alam sekitar; Menentukan dan mengkhususkan kaedah pembinaan, bahan dan standard kualiti, dan mengarahkan kerja pembinaan; Memberikan nasihat dan merekabentuk struktur seperti jambatan, empangan, dok, jalan raya, lapangan terbang, landasan kereta api, saluran paip, pelupusan sampah, dan sistem kawalan banjir serta bangunan industri dan bangunan besar lain;

Menjalankan penyelidikan, membangunkan kaedah baru tentang kejuruteraan awam; Contoh Pekerjaan Lain
• • •

Jurutera tapak

Ahli teknologi, kejuruteraan awam Kerjaya ini juga boleh terdapat di dalam bidang-bidang lain

17

KEJURUTERAAN DAN TEKNIKAL ___________________________________________________________________________ __________ Jurutera Mekanikal Jurutera mekanikal menjalankan penyelidikan, memberikan nasihat tentang reka bentuk, mengarah pengeluaran mesin, jentera, loji industri, kelengkapan dan sistem, memberikan nasihat dan mengarah fungsiannya serta menyenggara dan membaik pulih, atau mengkaji dan memberikan nasihat tentang teknologi bahan, produk, atau proses tertentu. Anggaran Gaji

Sektor Awam (RM) : 2,000 - 5,500

• Sektor Swasta (RM) : 3,000 - 6,000 Tahap Pendidikan • •

Ijazah Kejuruteraan Mekanikal

DLKM Tahap 5 Contoh Institusi
• • • • • • • • •

Universiti Teknologi Malaysia Universiti Malaya CIAST Universiti Teknologi Mara Universiti Sains Malaysia Universiti Putra Malaysia Universiti Malaysia Sarawak Universiti Malaysia Sabah Institut Teknologi Tun Hussein Onn

• Kolej Tunku Abdul Rahman Senarai Tugas •

Memberikan nasihat dan merekabentuk jentera dan perkakas untuk pembuatan, perlombongan, pembinaan, kerja pertanian dan tujuan industri lain; Memberikan nasihat dan merekabentuk motor stim, pembakaran dalaman dan motor bukan elektrik lain serta enjin yang digunakan untuk pendorongan lokomotif kereta api, kenderaan darat, atau pesawat udara, atau untuk pemanduan industri atau jentera lain; Memberikan nasihat dan merekabentuk sistem pendorongan kapal,
18

• • •

loji janakuasa, sistem pemanasan dan pengalihudaraan, peralatan kemudi, pam, dan kelengkapan mekanikal lain; Memberikan nasihat dan merekabentuk kerangka pesawat udara, peralatan pendaratan, dan kelengkapan lain untuk pesawat; Memberikan nasihat dan merekabentuk badan kenderaan darat, sistem gantungan, brek, dan komponen lain; Memberikan nasihat dan merekabentuk sistem dan kelengkapan pemanasan, pengalihudaraan, dan penyejukbekuan;

Memberikan nasihat dan merekabentuk loji dan kelengkapan mekanikal untuk pelepasan, kawalan, dan penggunaan tenaga nuklear. Contoh Pekerjaan Lain
• • • • •

Jurutera, mekanikal/kuasa nuklear Jurutera, jentera dan peralatan perindustrian Jurutera, mekanikal/instrumen Jurutera, lif

• Pereka bentuk, kereta bermotor Kerjaya ini juga boleh terdapat di dalam bidang-bidang lain

19

HOTEL, RESTORAN DAN PELANCONGAN ___________________________________________________________________________ __________ Penyelia Pengemasan Penyelia pencucian dan pengemasan di pejabat, hotel dan pertubuhan lain mengatur, menyelaras, dan melaksanakan kerja pengemasan untuk memastikan bahagian dalam dan lekapan di hotel, pejabat, dan pertubuhan lain, serta di dalam pesawat udara, kereta api, bas, dan kenderaan seumpamanya kemas dan bersih.

Anggaran Gaji
• •

Sektor Awam (RM) : -

Sektor Swasta (RM) : 1,400 – 3,000 Tahap Pendidikan

Sijil Perhotelan dan Katering

Contoh Institusi

Kolej Komuniti

• Kolej Universiti Nilai Senarai Tugas •

• • • • • • •

Bertanggungjawab menyediakan semua urusan pakaian keperluan rancangan televisyen, penjadualan tugas kakitangan unit pakaian, berurusan mendapatkan penajaan pakaian serta memastikan kesesuaian dari segi fesyen dan warna, menentukan kebersihan pakaian; Mengisi semula stok minibar dan menukar barang seperti gelas dan kelengkapan menulis. Mencuci dapur secara amnya membantu dalam kerja-kerja dapur, termasuk membasuh pinggan mangkuk; Mengemas katil, mencuci bilik mandi dan membekalkan sabun dan barangan yang berkaitan; Mengawal penyimpanan dan pengeluaran bekalan; Menyelia kebajikan am dan tingkah laku individu dalam institusi; Membeli atau mengawal pembelian bekalan; Melibatkan, melatih, memecat, mengatur, dan menyelia pembantu,
20

tukang cuci, dan kakitangan pengemasan lain; Menyapu atau memvakum, mencuci dan menggilap lantai, perabot, dan lekapan yang lain; Contoh Pekerjaan Lain

Kerjaya ini juga boleh terdapat di dalam bidang-bidang lain HOTEL, RESTORAN DAN PELANCONGAN ___________________________________________________________________________ __________ Jurumasak Tukang masak merancang, mengatur, menyediakan dan memasak makanan di hotel, restoran dan tempat makanan awam yang lain samada di atas kapal, di dalam kereta api penumpang, di rumah persendirian dan institusi atau pertubuhan yang lain. Anggaran Gaji

Sektor Awam (RM) : 1515 - 1814

• Sektor Swasta (RM) : 1,400 - 2,300 Tahap Pendidikan • •

Diploma Seni Kulinari

Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Seni Kulinari Contoh Institusi
• • • •

Kuala Lumpur Universiti Teknologi MARA (UiTM) Kolej Damansara Utama (KDU) Kolej Universiti Nilai

• Kolej Universiti Metropolitan Senarai Tugas • • • • • •

Memastikan kebersihan kakitangan di dapur, pinggan mangkuk, perkakas, peralatan dapur, dan kawasan kerja; Menganjurkan promosi makanan; Merancang, menyelia, dan menyelaraskan kerja di dapur; Bertanggungjawab menentukan keperluan bahan kering untuk dan basah untuk dimasak, menerima dan memeriksa barangan keperluan Merancang hidangan dan menu, memesan bekalan bahan mentah makanan serta menyediakan dan memasak bahan makanan; Memantau kualiti di semua peringkat penyediaan dan penghidangan
21

serta menguatkuasakan peraturan kebersihan; Menunjukkan teknik memasak dan memberikan nasihat tentang prosedur memasak; Contoh Pekerjaan Lain

Kerjaya ini juga boleh terdapat di dalam bidang-bidang lain HOTEL, RESTORAN DAN PELANCONGAN ___________________________________________________________________________ __________ Pemandu Pelancong Pemandu pelancong berperanan mengiringi individu atau rombongan pelancong untuk menerangkan perkara atau membuat promosi tempattempat menarik. Anggaran Gaji

Sektor Awam (RM) :

• Sektor Swasta (RM) : 1,500.00 Tahap Pendidikan • •

Diploma Pengurusan Pelancongan Sijil Pelancongan

• Sijil Kemahiran Malaysia (Pemandu Pelancong) Contoh Institusi • • • • •

Politeknik Institut Latihan Jabatan Tenaga Manusia (ILJTM) Universiti Teknologi MARA (UiTM) Kolej Komuniti

Lain-lain institusi pengajian tinggi/latihan kemahiran awam/swasta berkaitan Senarai Tugas
• • • • •

Mengiringi dan memastikan keselesaan pelancong; Mengendalikan rombongan seperti mendaki gunung, memburu atau memancing; Memastikan tempahan untuk pengangkutan dan penginapan disahkan serta jadual perjalanan yang disediakan dipatuhi; Mengiringi pelancong melancong dan menerangkan perkara yang menarik; Mengiringi pelancong ke muzium dan pameran serta memberi penerangan tentang apa yang dipamerkan;

22

Mengiringi kumpulan pelawat kilang dan pertubuhan yang seumpamanya serta memberi penerangan yang berkaitan;

Contoh Pekerjaan Lain

Kerjaya ini juga boleh terdapat di dalam bidang-bidang lain PERTANIAN DAN PERHUTANAN ___________________________________________________________________________ __________ Penasihat Perdagangan, Perikanan dan Perhutanan Penasihat perladangan, perhutanan, dan perikanan memberikan bantuan teknikal dan nasihat tentang kaedah dan masalah perladangan dan perhutanan.

Anggaran Gaji

Sektor Awam (RM) : 2815 - 2906

• Sektor Swasta (RM) : 2491 - 6851 Tahap Pendidikan • •

Ijazah Sarjana Muda Sains (Perhutanan)

Ijazah Sarjana Muda Pertanian/ Agrikultur Contoh Institusi
• • • •

Universiti Malaysia Sabah Universiti Pertanian Malaysia Kolej RISDA Melaka

Universiti Darul Iman Senarai Tugas

• •

Mengatur tunjuk cara, memberikan ceramah, menulis dan mengagihkan bahan untuk menggalakkan penggunaan amalan dan teknik yang diperbaik; Menggunakan prinsip dan amalan saintifik untuk mengenal pasti dan menyelesaikan masalah yang timbul dalam kerja mereka. Melawat ladang dan memberikan nasihat tentang langkah untuk menangani masalah seperti hakisan tanah atau pengerumunan perosak; Menasihati cara meningkatkan kualiti pengeluaran, meningkatkan hasil, dan langkah untuk meningkatkan keberkesanan operasi, dan untuk memulihara aset semula jadi dan alam sekitar;
23

Mengikuti perkembangan kemajuan dalam kaedah dan teknik perladangan dan perhutanan;

Mengumpulkan data dan menganggar kuantiti dan kos bahan dan buruh yang diperlukan untuk projek; Contoh Pekerjaan Lain
• • • • •

Pegawai perikanan Pegawai pertanian Penasihat, pertanian/Pegawai, pertanian/Ladang, penunjuk cara Penasihat, perhutanan/Pegawai, perhutanan

• Pemelihara hutan Kerjaya ini juga boleh terdapat di dalam bidang-bidang lain PERTANIAN DAN PERHUTANAN ___________________________________________________________________________ __________ Mandor / Penyelia, Estet / Ladang Penanam tanaman ladang merancang dan menjalankan operasi yang perlu untuk menanam dan menuai pelbagai jenis tanaman ladang seperti padi dan bijian lain, kelapa sawit, getah,kelapa, ubi, tebu, kacang tanah, tembakau, atau tanaman lain untuk jualan atau penghantaran secara tetap kepada pemborong, organisasi pemasaran atau di pasar.

Anggaran Gaji
• •

Sektor Awam (RM) : 1206 - 1538

Sektor Swasta (RM) : 1000 - 1600 Tahap Pendidikan
• •

Diploma Pertanian/ Agrikultur

Diploma Perhutanan Contoh Institusi

Universiti Pertanian Malaysia

• Kolej RISDA Melaka Senarai Tugas • • • • •

Membeli benih, baja, dan bekalan lain; Menentukan jenis dan jumlah tanaman yang hendak ditanam; Menyimpan dan menjalankan beberapa pemprosesan asas terhadap produk ladang; Menyewa atau melabur dalam harta tanah dan memajukan tanah, bangunan, dan jentera; Menjalankan operasi seperti penyediaan tanah, penyemaian, penanaman, penggemburan, dan penuaian tanaman;
24

• •

Menghantar atau memasarkan produk ladang.

Menjaga haiwan yang digunakan untuk bekerja dan menyenggara bangunan, jentera, dan kelengkapan ladang; Contoh Pekerjaan Lain
• • • • •

Penyelia, estet/ladang Pembantu, pertanian Inspektor kualiti, estet/ladang Pemuat, estet/ladang

Pemeriksa, estet/ladang Kerjaya ini juga boleh terdapat di dalam bidang-bidang lain PERTANIAN DAN PERHUTANAN ___________________________________________________________________________ __________ Penasihat Perdagangan, Perikanan dan Perhutanan Penasihat perladangan, perhutanan, dan perikanan memberikan bantuan teknikal dan nasihat tentang kaedah dan masalah perladangan dan perhutanan.

Anggaran Gaji

Sektor Awam (RM) : 2815 - 2906

• Sektor Swasta (RM) : 2491 - 6851 Tahap Pendidikan • •

Ijazah Sarjana Muda Sains (Perhutanan)

Ijazah Sarjana Muda Pertanian/ Agrikultur Contoh Institusi
• • •

Universiti Malaysia Sabah Universiti Pertanian Malaysia Kolej RISDA Melaka

• Universiti Darul Iman Senarai Tugas •

• •

Mengatur tunjuk cara, memberikan ceramah, menulis dan mengagihkan bahan untuk menggalakkan penggunaan amalan dan teknik yang diperbaik; Menggunakan prinsip dan amalan saintifik untuk mengenal pasti dan menyelesaikan masalah yang timbul dalam kerja mereka. Melawat ladang dan memberikan nasihat tentang langkah untuk menangani masalah seperti hakisan tanah atau pengerumunan perosak;
25

Menasihati cara meningkatkan kualiti pengeluaran, meningkatkan hasil, dan langkah untuk meningkatkan keberkesanan operasi, dan untuk memulihara aset semula jadi dan alam sekitar; Mengikuti perkembangan kemajuan dalam kaedah dan teknik perladangan dan perhutanan;

Mengumpulkan data dan menganggar kuantiti dan kos bahan dan buruh yang diperlukan untuk projek; Contoh Pekerjaan Lain
• • • • • •

Pegawai perikanan Pegawai pertanian Penasihat, pertanian/Pegawai, pertanian/Ladang, penunjuk cara Penasihat, perhutanan/Pegawai, perhutanan

Pemelihara hutan Kerjaya ini juga boleh terdapat di dalam bidang-bidang lain

26

TEKNOLOGI MAKLUMAT ___________________________________________________________________________ __________ Pereka Grafik dan Multimedia Pereka grafik dan multimedia menjalankan penyelidikan, menambah baik atau membangunkan konsep pengkomputeran grafik dan kaedah operasi, dan memberikan nasihat atau terlibat dalam aplikasi praktikalnya.

Anggaran Gaji

Sektor Awam (RM) :

• Sektor Swasta (RM) : Tahap Pendidikan •

Ijazah Sarjana Muda Komputer (Major- Multimedia)

Contoh Institusi
• • • • • • • •

Kolej Tunku Abdul Rahman Universiti Teknologi Malaysia Universiti Teknologi Mara Universiti Putra Malaysia Universiti Sains Malaysia Universiti Malaysia Sarawak Universiti Malaya

Universiti Malaysia Sabah Senarai Tugas

• • •

Membangunkan kaedah dan instrumen yang ditambah baik, termasuk bahasa komputer, untuk menulis, dokumentasi, dan menyenggara perisian komputer. Menulis spesifikasi pengaturcaraan dan menyediakan laporan teknikal dan manual arahan yang menyatakan kaedah operasi dan penyenggaraan perkakasan komputer dan konfigurasi perisian; Merekabentuk, menulis, menyenggara, dan mengemas kini perisian yang mengawal keseluruhan fungsi komputer dan yang menghubungkan perkakasan dengan perisian aplikasi komputer; Merekabentuk dan melaksanakan rangkaian komunikasi antara pemasangan komputer yang berlainan; Membangunkan dan menyenggara kamus data dan sistem pengurusan pangkalan data untuk memastikan kesahan dan keselamatan data; Menganalisis keperluan pengguna komputer, dengan perundingan, untuk menentukan konfigurasi perkakasan dan perisian keperluan pembangunan dan menyediakan analisis kos-faedah; Menyumbang dan mengikuti perkembangan teknik dan kaedah pengkomputeran, peranti persisian, perisian serta potensi dan hadnya;

27

Menyelidik prinsip dan kaedah operasi komputer dan sistem berasaskan komputer bagi komunikasi dan pemprosesan maklumat, perancangan, reka bentuk, kawalan proses dan pengeluaran, pembangunan, dan penyelenggaraan perisian komputer, serta struktur data dan pangkalan data, algoritma, kepintaran buatan, dan robotik; Contoh Pekerjaan Lain

Pereka bentuk, tipografi Kerjaya ini juga boleh terdapat di dalam bidang-bidang lain

TEKNOLOGI MAKLUMAT ___________________________________________________________________________ __________ Artis Penerbitan Desktop Artist desktop publishing membentuk jenis skrip dan unsur grafik menggunakan perisian komputer untuk menghasilkan perisian komputer bagi menghasilkan bahan siap penerbitan Anggaran Gaji
• •

Sektor Awam (RM) :

Sektor Swasta (RM) : Tahap Pendidikan

Ijazah Sarjana Muda Komputer

Contoh Institusi
• • • •

Universiti Teknologi Malaysia Universiti Malaya Universiti Teknologi Mara Universiti Putra Malaysia

• Universiti Sains Malaysia Senarai Tugas •

• •

Membentuk jenis skrip dan unsur grafik menggunakan perisian komputer untuk menghasilkan perisian komputer bagi menghasilkan bahan siap penerbitan; Menyemak kesalahan pada pruf awal dan akhir serta melakukan pembetulan yang sepatutnya; Melakukan operasi perisian penerbitan desktop dan peralatan untuk mereka, menyusun atur dan mengeluarkan salinan camera ready;
28

Mengawasi skrin monitor untuk gambaran visual kerja yang sedang dijalankan dan untuk memberi arahan dan maklum balas melalui proses dan membuat pengubahsuaian yang dikehendaki; Contoh Pekerjaan Lain
• • •

Pakar, grafik dan bunyi/komputer Pereka bentuk, sistem/komputer

• Pereka bentuk, web Kerjaya ini juga boleh terdapat di dalam bidang-bidang lain

TEKNOLOGI MAKLUMAT ___________________________________________________________________________ __________ Pereka Grafik dan Multimedia Pereka grafik dan multimedia menjalankan penyelidikan, menambah baik atau membangunkan konsep pengkomputeran grafik dan kaedah operasi, dan memberikan nasihat atau terlibat dalam aplikasi praktikalnya. Anggaran Gaji
• •

Sektor Awam (RM) :

Sektor Swasta (RM) : Tahap Pendidikan

Ijazah Sarjana Muda Komputer (Major- Multimedia)

Contoh Institusi
• • • • • • •

Kolej Tunku Abdul Rahman Universiti Teknologi Malaysia Universiti Teknologi Mara Universiti Putra Malaysia Universiti Sains Malaysia Universiti Malaysia Sarawak Universiti Malaya

• Universiti Malaysia Sabah Senarai Tugas •

Membangunkan kaedah dan instrumen yang ditambah baik, termasuk bahasa komputer, untuk menulis, dokumentasi, dan menyenggara perisian komputer. Menulis spesifikasi pengaturcaraan dan menyediakan laporan teknikal
29

• • •

dan manual arahan yang menyatakan kaedah operasi dan penyenggaraan perkakasan komputer dan konfigurasi perisian; Merekabentuk, menulis, menyenggara, dan mengemas kini perisian yang mengawal keseluruhan fungsi komputer dan yang menghubungkan perkakasan dengan perisian aplikasi komputer; Merekabentuk dan melaksanakan rangkaian komunikasi antara pemasangan komputer yang berlainan; Membangunkan dan menyenggara kamus data dan sistem pengurusan pangkalan data untuk memastikan kesahan dan keselamatan data; Menganalisis keperluan pengguna komputer, dengan perundingan, untuk menentukan konfigurasi perkakasan dan perisian keperluan pembangunan dan menyediakan analisis kos-faedah; Menyumbang dan mengikuti perkembangan teknik dan kaedah pengkomputeran, peranti persisian, perisian serta potensi dan hadnya;

Menyelidik prinsip dan kaedah operasi komputer dan sistem berasaskan komputer bagi komunikasi dan pemprosesan maklumat, perancangan, reka bentuk, kawalan proses dan pengeluaran, pembangunan, dan penyelenggaraan perisian komputer, serta struktur data dan pangkalan data, algoritma, kepintaran buatan, dan robotik; Contoh Pekerjaan Lain

Pereka bentuk, tipografi Kerjaya ini juga boleh terdapat di dalam bidang-bidang lain

30

TEKNOLOGI MUZIK DAN AUDIO ___________________________________________________________________________ __________ Juruteknik Audio Visual Juruteknik penyiaran dan audiovisual mengawal fungsi teknikal peralatan untuk merakam dan menyunting imej dan bunyi dan untuk menyiarkan imej dan bunyi bagi siaran radio dan televisyen, serta jenis isyarat telekomunikasi lain. Anggaran Gaji

Sektor Awam (RM) :

• Sektor Swasta (RM) : Tahap Pendidikan

Contoh Institusi
• •

Universiti Teknologi Malaysia Universiti Sains Malaysia

• Universiti Teknologi Mara Senarai Tugas •

• •

Mengawal peralatan untuk menyunting dan mengadun rakaman imej dan bunyi untuk memastikan kualiti yang memuaskan serta menghasilkan kesan khas imej dan bunyi; Mengawal sistem komunikasi radio, perkhidmatan satelit, dan sistem multipleks di darat, laut, atau di dalam pesawat udara; Mengaplikasikan pengetahuan tentang prinsip dan amalan penyiaran, terminal telekomunikasi, dan sistem transmisi untuk mengenal pasti dan menyelesaikan masalah; Mengaplikasi prinsip dan amalan merakam dan menyunting imej dan bunyi supaya dapat mengenal pasti dan menyelesaikan masalah yang timbul semasa menjalankan kerja; Mengawal sistem penghantaran dan penyiaran serta sistem satelit bagi program radio dan televisyen;

• Mengawal peralatan untuk merakam bunyi; Contoh Pekerjaan Lain • • • • •

Operator, peralatan radio/penerbangan Operator, peralatan telekomunikasi Operator, peralatan transmisi/radio dan televisyen Operator, peralatan radio/pangkalan darat

Operator, peralatan penyiaran, radio dan televisyen Kerjaya ini juga boleh terdapat di dalam bidang-bidang lain
31

TEKNOLOGI MUZIK DAN AUDIO ___________________________________________________________________________ __________ Pengarah Wayang Gambar Pengarah dan penerbit filem, pementasan, dan yang berkaitan secara langsung dalam produksi wayang gambar, televisyen, atau radio, dan pertunjukan pentas. Anggaran Gaji

Sektor Awam (RM) : -

• Sektor Swasta (RM) : Tahap Pendidikan •

-

Contoh Institusi
• • • •

Universiti Malaya Universiti Teknologi Malaysia Universiti Sains Malaysia

Universiti Teknologi Mara Senarai Tugas
• •

Mengisahkan cerita atau membaca karya sastera dengan lantang untuk mendidik atau menghibur pendengar; Menonton filem atau pita video yang telah diproses untuk menilai serta memilih babak dan menentukan babak mana yang patut diambil gambar semula;

Mengkaji skrip untuk menentukan tafsiran seni, mengarahkan pelakon berkenaan kaedah lakonan, dan mengarahkan semua aspek produksi drama di pentas, televisyen, radio, atau dalam wayang gambar, termasuk pemilihan pelakon dan keputusan muktamad tentang pakaian, reka bentuk set, kesan bunyi, atau pencahayaan; Contoh Pekerjaan Lain
• • • • •

Pegawai makmal filem Penerbit rancangan Penyunting, filem dan video Penerbit, televisyen

• Pegawai penerbitan Kerjaya ini juga boleh terdapat di dalam bidang-bidang lain

32

BANGUNAN DAN BINAAN ___________________________________________________________________________ __________ Arkitek Bangunan Arkitek bangunan menjalankan penyelidikan, memberikan nasihat, merekabentuk bangunan rekreasi, institut, kediaman, komersil, dan industri serta merancang dan memantau pembinaannya, menyenggara, dan membaik pulih. Anggaran Gaji

Sektor Awam (RM) : 2,000 – 5,300

• Sektor Swasta (RM) : 1,980 – 4,140 Tahap Pendidikan •

Ijazah Sarjana Muda Senibina

Contoh Institusi
• • • •

Universiti Kebangsaan Malaysia Universiti Islam Antarabangsa Malaysia Universiti Putra Malaysia Universiti Sains Malaysia

• Universiti Malaya Senarai Tugas • •

• •

• • •

Menyelia kerja pembinaan yang berlangsung untuk memastikan pelan, spesifikasi, dan standard kualiti dipatuhi; Merancang dan merekabentuk pembangunan kawasan tanah untuk projek seperti taman, sekolah, institut, lapangan terbang, jalan raya, dan projek yang berkaitan serta untuk tapak komersil, industri, dan kediaman; Mengenal pasti dan mendapatkan penyelesaian terbaik bagi masalah berhubung dengan fungsi dan kualiti persekitaran dalaman bangunan dan membuat reka bentuk, lukisan, dan pelan yang perlu; Merekabentuk bangunan; menyediakan lukisan dan merancang pembinaannya; Menyenggara dan membaik pulih serta membina hubungan yang perlu untuk memastikan kemungkinan projek berkaitan dengan gaya, kos, dan pemasangan mematuhi peraturan dan sebagainya; Merujuk pelanggan dan memberikan saranan berhubung dengan jenis, gaya, saiz, dan lain-lain aspek pembinaan; Membangun dan menambah baik teori dan kaedah seni bina yang baru; Menyediakan laporan, pelan tapak, lukisan kerja, spesifikasi, dan anggaran kos untuk pembangunan tanah, menunjukkan lokasi dan perincian cadangan, termasuk pemodelan tanah, struktur, dan tumbuh-tumbuhan;
33

• •

Menyelia ujian dan pentauliahan kerja yang sudah siap. Merancang susun atur dan menyelaraskan pembangunan bandar;

Contoh Pekerjaan Lain

Kerjaya ini juga boleh terdapat di dalam bidang-bidang lain

BANGUNAN DAN BINAAN ___________________________________________________________________________ __________ Jurubina Bangunan Jurubina bangunan berperanan dalam aspek pengurusan teknikal di dalam bidang pembinaan bagi sesebuah projek pembinaan seperti pembelian bahan binaan , peralatan, pengurusan tapak dan membaca pelan binaan. Anggaran Gaji

Sektor Awam (RM) :

• Sektor Swasta (RM) : 900.00 Tahap Pendidikan •

Sijil Kemahiran Malaysia (Jurubina Bangunan)/ setaraf

• Sijil Teknologi Binaan / setaraf Contoh Institusi •

Kolej Komuniti Am / swasta yang berkaitan

Senarai Tugas
• • • • • •

Mendirikan struktur untuk menyokong bumbung dan bangunan serta menutup dinding dengan bahan yang sesuai Menyediakan asas untuk mendirikan bangunan bangunan atau struktur lain Memasang kasau pada bumbung dan menutupnya dengan bahan bumbung Meratakan lantai supaya licin dan dapat digunakan Menyelenggara dan membaik pulih struktur sedia ada Mengatur kerja khusus seperti penerapan bata , mengecat, kerja paip dan pendawaian elektrik yang akan dijalankan oleh subkontraktor Melakukan kerja-kerja pemasangan konkrit serta menyediakan anggaran bahan binaan dan peralatan pembinaan yang bersesuaian

34

Contoh Pekerjaan Lain
• • • •

Juruukur Bahan Juruukur Tanah Pelukis Pelan

Penyelia Pembinaan Kerjaya ini juga boleh terdapat di dalam bidang-bidang lain Kerjaya ini juga boleh terdapat di dalam bidang-bidang lain FESYEN, SENI DAN REKABENTUK ___________________________________________________________________________ __________ Pereka Fesyen Pereka Fesyen mengaplikasikan teknik artistik pada produk rekaan, pakaian dan promosi pakaian. Mereka berperanan dalam menentukan pemilihan pakaian yang baik menggunakan tekstur produk yang berkualiti. Anggaran Gaji

Sektor Awam (RM) :

• Sektor Swasta (RM) : 2,000.00 ++ Tahap Pendidikan • • •

Diploma Reka Bentuk Pakaian / setaraf Ijazah Sarjana Muda Reka Bentuk Pakaian / setaraf

Ijazah Sarjana Muda Reka Bentuk dan Seni (Reka Bentuk Pakaian) / setaraf Contoh Institusi
• • •

Kolej Komuniti Lain-lain institusi pengajian tinggi/ latihan kemahiran awam/swasta berkaitan Kolej Tunku Abdul Rahman

• Universiti Teknologi MARA Senarai Tugas • • •

Menentukan objektif rekaan dengan merujuk pelanggan, menjalankan penyelidikan dan menganalisis keperluan pelanggan; Mencipta dan melaksanakan kesan artistik untuk pengiklanan dan dalam paparan atau promosi lain. Merekabentuk produk industri dan komersial termasuk jenis, gaya pakaian dan aksesori terkini serta mempertimbangkan keperluan teknikal dan keperluan lain; Menyelia penghasilan sampel produk atau ilustrasi
35

rekaan,mengarahkan pekerja lain membuat model,corak produk, mengarahkan artis membentang atau menyusun atur kerja seni untuk percetakan; Merekabentuk dan mewarnakan pemandangan latar pentas; Contoh Pekerjaan Lain

Kerjaya ini juga boleh terdapat di dalam bidang-bidang lain FESYEN, SENI DAN REKABENTUK ___________________________________________________________________________ __________ Jurugambar Jurugambar mengambil gambar, mengendalikan kamera video dan kelengkapan lain untuk merakam dan menyunting imej.

Anggaran Gaji
• •

Sektor Awam (RM) : 1,200 – 3,400

Sektor Swasta (RM) : Tahap Pendidikan

Ijazah Sarjana Muda Perundangan

Contoh Institusi
• •

Diploma Teknologi Fotografi Degree photography & creative Imaging

• Ijazah Sarjana Muda Fotografi Senarai Tugas •

• • •

• •

Mengambil gambar untuk tujuan pengiklanan atau tujuan komersil, industri, atau saintifik lain serta membuat ilustrasi bagi cerita dan rencana di akhbar, majalah, buku, dan penerbitan lain; Mengaplikasikan prinsip dan amalan merakam dan menyunting imej dan bunyi supaya dapat mengenal pasti dan menyelesaikan masalah yang timbul semasa menjalankan kerja Mengambil gambar potret orang atau kumpulan orang; Menjalankan kerja di studio atau mengangkut dan memasang kelengkapan di lokasi tugasan; Mengawal kelengkapan untuk menyunting dan mengadun rakaman imej dan bunyi untuk memastikan kualiti yang memuaskan serta menghasilkan kesan khas imej dan bunyi; Mengkaji keperluan tugasan dan memilih jenis kamera, filem, dan cahaya; Berunding dengan pelanggan untuk menentukan objektif tugasan
36

fotografi; Boleh bekerja dengan menggunakan teknologi digital dan memanipulasi hasil imej pada komputer;

Memasang dan mengendalikan kamera wayang gambar, video, mikroskopik, dan kamera khas yang lain, termasuk yang digunakan untuk fotografi udara bagi merakam imej; Contoh Pekerjaan Lain

Kerjaya ini juga boleh terdapat di dalam bidang-bidang lain

FESYEN, SENI DAN REKABENTUK ___________________________________________________________________________ __________ Pereka Hiasan Dalaman Pereka bentuk dan juruhias dalaman menggunakan teknik seni halus ke atas reka bentuk produk, hiasan dalaman, dan promosi jualan.

Anggaran Gaji

Sektor Awam (RM) : 2,600 – 4,200

• Sektor Swasta (RM) : Tahap Pendidikan • •

Ijazah Sarjana Muda Seni Reka Dalaman

Diploma Seni Reka Dalaman Contoh Institusi
• • •

Universiti Teknologi Mara Akademi Seni Malaysia

Lim Kok Wing Of Creative Technology Senarai Tugas

• •

Merekabentuk gubahan seperti lingkaran bunga, jambangan bunga, dan korsaj mengikut pilihan pelanggan, tujuan, acara, dan kebolehgunaan bunga. Mencipta dan menghasilkan kesan seni untuk kegunaan jendela peragaan dan tempat pameran/promosi yang lain; Menentukan objektif reka bentuk melalui rundingan bersama pelanggn, menjalankan penyelidikan, dan menganalisis keperluan fungsian atau mengkaji susun atur; Merekabentuk produk industri dan komersil, termasuk jenis dan gaya
37

• • • •

pakaian dan perhiasan baru serta berusaha untuk Menyelaraskan pertimbangan estetik dengan keperluan teknik dan keperluan lain; Mencipta skim hiasan dalaman dan merancang kemasan untuk rumah kediaman, bangunan awam, kapal, dan tempat lain; Membuat reka bentuk hiasan tatu pada kulit pelanggan; Merekabentuk dan melukis pemandangan pentas;

Menyelia pengeluaran produk contoh atau merekabentuk ilustrasi, mengarahkan pekerja lain membuat model atau corak produk, atau mengarahkan pelukis kemasan atau pelukis susun atur supaya menyusun kerja seni untuk dicetak; Contoh Pekerjaan Lain

Kerjaya ini juga boleh terdapat di dalam bidang-bidang lain

JURUTERBANG PENUH CABARAN DAN BERISIKO
ADAKAH anda bercita-cita ingin memandu pesawat penumpang dalam usia yang muda? Kerjaya sebagai juruterbang penuh cabaran serta berisiko. Ramai anak muda menyimpan azam dan cita-cita untuk bergelar juruterbang. Kerjaya ini menuntut seseorang itu berdepan dengan cabaran dan tidak gentar memandu pesawat di awan biru. Memandu kapal terbang bukan seperti memandu kereta atau kenderaan lain kerana cara pengendalian amat berbeza. Untuk memahirkan diri, seseorang itu perlu menjalani latihan khas di pusat-pusat atau sekolah-sekolah latihan penerbangan sama ada di dalam atau luar negara. Juruterbang yang berkemahiran dan terlatih mampu menerbangkan pesawat penumpang dan kargo tanpa mengira sama ada perjalanan itu jauh atau dekat. Tugas para juru terbang bermula selewat-lewatnya satu jam sebelum penerbangan. Mereka akan melaporkan diri dan menerima taklimat serta maklumat tentang setiap penerbangan yang bakal dilakukan.

38

Sebelum itu, juruterbang akan menyemak pelan penerbangan berdasarkan keadaan cuaca, suhu, kelajuan angin dan berat pesawat semasa berlepas serta keperluan bahan api di samping memeriksa kelengkapan dan peralatan elektronik. Semasa dalam penerbangan pula, juruterbang akan membuat pemeriksaan rutin terhadap semua sistem yang beroperasi dan menerima serta melaksanakan arahan daripada pengawal lalu lintas udara dari mula hingga akhir penerbangan. Keadaan yang paling mencabar ketika bertugas ialah semasa berlepas, pendakian, penurunan dan pendaratan yang mana memerlukan penumpuan penuh setiap juruterbang agar tidak berlaku sebarang kejadian yang tidak diingini. Selepas mendapat lesen, juruterbang berpeluang memandu pelbagai jenis pesawat seperti Fokker, Airbus, DC-10 dan Boeing. Kerjaya ini sekarang terbuka luas berikutan perkembangan pesat industri penerbangan dalam dan luar negara. Terdapat banyak syarikat penerbangan sama ada di dalam mahupun luar negara yang menyediakan peluang pekerjaan ini. Daripada segi pendapatan, kerjaya ini menjanjikan gaji yang cukup lumayan serta ditambah dengan pelbagai insentif lain selaras dengan tugasnya yang cukup mencabar dan berisiko.

Ciri-ciri peribadi yang diperlukan 1. Mempunyai minat mendalam terhadap kerjaya
2. Mempunyai keyakinan diri dan komitmen yang tinggi serta berani 3. Boleh berkomunikasi dengan baik 4. Menguasai bahasa Melayu dan Inggeris dengan baik 5. Menguasai mata pelajaran sains, matematik dan fizik 6. Berumur di antara 18 hingga 24 tahun 7. Mempunyai rekod kesihatan yang baik dari segi fizikal dan mental 8. Mempunyai pendengaran dan penglihatan yang baik (penglihatan 6/6 tanpa bantuan optik dan tidak buta warna) 9. Ketinggian minimum tidak kurang daripada 160 cm (5 kaki 4 inci) 39

10. Sanggup bekerja di luar stesen dalam tempoh masa singkat atau lama

Syarat mengikuti latihan Anda perlu lulus latihan penerbangan dari institut atau sekolah penerbangan yang diiktiraf dalam dan luar negara.

Tempat mengikuti latihan Di antara sekolah latihan penerbangan tempatan termasuklah MAS, Malaysian Flying Academy dan Mofaz Air Flying Academy manakala di luar negara seperti di Amerika Syarikat, Australian, Filipina dan United Kingdom.

Syarat mengikuti latihan Pelajar berminat perlu lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan mendapat kepujian bahasa Melayu dan sekurang-kurangnya C4 dalam matematik, fizik dan bahasa Inggeris. Kelayakan yang baik dalam mata pelajaran sains akan diberi keutamaan. Pemegang ijazah yang tergolong dalam kumpulan umur di atas dan memenuhi kelayakan yang diperlukan boleh memohon.

JURUTERA...PELUANG KERJA TERBUKA LUAS
KERJAYA jurutera penting dan besar kepada kemajuan negara. Tanpa jurutera, siapakah yang akan merancang dan mereka bentuk projek-projek seperti pengairan, jalan raya, jambatan, perlombongan, jana kuasa dan kilang? Malah tugas mereka meliputi kajian dan pembangunan, pembinaan, penyenggaraan dan pengawalan, pengeluaran, perundingan, pengurusan serta latihan.

40

Apa itu kejuruteraan? Kejuruteraan secara umumnya ialah penggunaan pengetahuan sains dan matematik untuk menyelesaikan masalah-masalah praktikal. Pengetahuan itu digabungkan dengan pengalaman yang dipraktikkan sebaik-baiknya menggunakan bahan dan sumber semula jadi. Jurutera ialah individu yang terlatih dalam mereka, membuat dan menggunakan (menjaga) jentera atau terlatih dalam mana-mana cabang kejuruteraan seperti jurutera awam, elektrik dan kapal terbang. Mereka perlu menitikberatkan inovasi mengenai komposisi sesuatu produk dan struktur, mengubah idea-idea baru kepada realiti, menyelesaikan masalah-masalah kemahuan dan kehendak manusia, memperbaiki kaedah-kaedah sedia ada dan merintis kaedah baru dengan menekankan pengetahuan saintifik, kebolehan dan kepandaian yang kreatif. Pelbagai pengkhususan di bidang kejuruteraan ditawarkan oleh institusi pengajian tinggi tempatan atau luar negara. Di antara pengkhususan itu ialah kejuruteraan awam, elektrik, elektronik dan sistem, kimia, proses, sumber asli, mekanikal, bahan, komputer, kaji terbang, pembuatan, telekomunikasi dan pertanian. Perkembangan semasa di Malaysia mendorong permintaan yang tinggi terhadap profesion ini. Setiap hari, pasti ada syarikat mengiklankan jawatan kosong sebagai jurutera di akhbarakhbar tempatan. Walaupun kerjaya ini mencabar, ia mampu memberi kepuasan kepada mereka. Tambahan pula gaji dan imbuhannya lumayan sekali gus mampu menarik minat pelajar untuk menceburi kerjaya ini.

Ciri-ciri peribadi yang diperlukan 1. Meminati profesion ini
2. Mempunyai pengetahuan di bidang sains, matematik dan bahasa 41

3. Mempunyai kemahiran komputer

< mempunyai dan>
4. Tekun dan bekerja keras 5. Mempunyai keinginan untuk berjaya 6. Seorang yang dinamik 7. Dapat bekerja secara berkumpulan

Syarat menceburi bidang ini Calon harus memiliki ijazah mana-mana bidang kejuruteraan dari universiti tempatan atau luar negara. Lulusan kejuruteraan perlu menjadi ahli Institute of Engineers Malaysia sebelum boleh mendaftar dengan Board of Engineers Malaysia. Mereka memerlukan tiga tahun pengalaman pekerjaan yang diiktiraf di dalam bidang-bidang berkaitan sebelum layak ditemuduga bagi mendapat tauliah jurutera profesional.

Tempat melanjutkan pengajian Universiti yang menawarkan kursus di peringkat ijazah sarjana muda ialah Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Universiti Malaya (UM), UKM, Universiti Sains Malaysia (USM), Universiti Putra Malaysia (UPM), Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS), Universiti Malaysia Sabah (UMS), Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Universiti Teknologi Mara (UiTM) dan Institut Teknologi Tun Hussein Onn (ITTHO). UTM, UPM, UiTM dan politeknik Kementerian Pendidikan menawarkan kursus di peringkat diploma. Universiti-universiti luar negara seperti di Amerika Syarikat, United Kingdom, Australia, Kanada, New Zealand dan Singapura turut menawarkan kursus ini.

Syarat melanjutkan pengajian

42

Calon perlu lulus peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)/ Vokasional (SPMV) dan mendapat kepujian mata pelajaran matematik moden, matematik tambahan, fizik, kimia, biologi, bahasa Melayu dan Inggeris. Bagi peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) pula, calon perlu lulus matematik tulen, matematik gunaan, fizik, kimia, biologi dan pengajian am. Tempoh pengajian adalah di antara empat hingga enam tahun. Lulusan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) boleh memohon masuk ke UKM, UM, UPM, USM, UNIMAS, UMS dan UiTM serta universiti-universiti di Australia, Kanada, United Kingdom, New Zealand dan Singapura. Lulusan program matrikulasi atau asasi sains yang berjaya akan diterima masuk ke peringkat ijazah pertama di universiti-universiti tempatan. Di UTM pula, kursus kejuruteraan yang memakan masa lima tahun pengajian boleh diikuti secara terus selepas SPM. Universiti swasta tempatan seperti Universiti Telekom, Universiti Tenaga Nasional dan Universiti Teknologi Petronas juga menawarkan kursus di peringkat ijazah sarjana muda. Lulusan diploma dari UTM, UPM, UiTM, politeknik Kementerian Pendidikan dan kolej swasta juga boleh memohon.

43

ARKITEK TUGAS seorang arkitek ialah mereka bentuk sesuatu bangunan yang sesuai dengan kehendak-kehendak pengguna, kos, alam sekitar dan memenuhi syarat-syarat undang-undang dan akta perancangan setempat. seorang arkitek bertanggungjawab untuk menyelaras dan mengawasi pelaksanaan sesuatu projek bangunan dari mula hingga ke akhir SYARAT-SYARAT Sekiranya berminat untuk memilih bidang itu sebagai kerjaya, seseorang perlu lulus Sarjana Muda Seni Bina dan institusi pengajian tinggi tempatan atau luar negara yang diiktiraf. Mereka juga perlu lulus peperiksaan yang dikendalikan oleh Lembaga Arkitek Malaysia dan Pertubuhan Arkitek Malaysia bagi mendapatkan pengiktirafan sebagai arkitek bertauliah. Terdapat beberapa cara untuk melanjutkan pengajian di bidang ini: Di Universiti Teknologi Malaysia ( misalnya, para pelajar perlu mendapatkan kelulusan yang baik di peringkat atau mereka perlu mendapat lima kepujian dalam lima mata pelajaran termasuk bahasa Melayu dan matematik. Pelajar akan mengikuti pengajian selama tiga tahun dan dianugerahkan diploma. Pelajar yang layak akan dibenarkan melanjutkan pengajian ke peringkat ijazah untuk tempoh tiga tahun. . Program Matrikulasi Kementerian Pendidikan.

44

Matrikulasi Sains menawarkan tempoh pengajian selama satu setengah tahun sebelum mengikuti pengajian Sarjana Muda Seni Bina di UM dan Program ini memerlukan calon lulus peperiksaan serta mendapat kepujian bahasa Melayu, Matematik, serta tiga mata pelajaran yang lain. Terdapat pelbagai saluran lain lagi untuk mengikuti bidang ini. Untuk mengikuti pengajian Sarjana Muda Sains Seni Bina di UM dan calon perlu lulus dan mendapat sekurang-kurangnya lima kepujian dan lulus bahas melayu. Calon juga perlu lulus STPM dengan mendapat prinsipal yang baik, khususnya dalam mata pelajaran Matematik dan Fizik.

45

BIOPERUBATAN BIDANG sains kesihatan sentiasa diperlukan dari semasa ke semasa dengan tujuan mengekalkan tahap kesihatan rakyat. Keperluan tenaga mahir untuk meningkatkan perkhidmatan kesihatan sangat diperlukan. Beberapa universiti tempatan menawarkan kursus ini, Antaranya ialah Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Malaya (UM), dan Universiti Putra Malaysia (UPM), yang menawarkan kursus ini di peringkat ijazah sarjana muda. Program di universiti bertujuan menyediakan siswazah yang terlatih serta mahir di dalam bidang penyelidikan, kaedah diagnosis di makmal, pengurusan makmal di hospital mahu pun industri, pengawalan mutu hasil pengeluaran industri, pemasaran bahan-bahan berkaitan bidang perubatan, pengawalan penyakit dan pengurusan industri makanan dan farmaseutikal dan mempunyai pengetahuan dasar di dalam bidang sains perubatan serta mempunyai pengetahuan mendalam mengenai beberapa cabang sains kesihatan. Semasa pengajian, pelajar didedahkan dengan kursus-kursus seperti anatomi, biokimia, fisiologi, kesihatan, epidemiologi, mikrobiologi, patologi, farmakologi, entomologi, dan sains kesihatan persekitaran. Siswazah program ini mempunyai pengalaman yang luas mengenai pengendalian peralatan makmal berteknologi tinggi di dalam tugas seharian mereka. Lulusan di bidang ini tidak menghadapi masalah untuk mendapatkan pekerjaan kerana permintaan sumber manusia agak banyak. Syarat menceburi bidang ini - memiliki Ijazah Sarjana Muda dalam bidang sains Syarat Melanjutkan Pengajian Cara pertama: Calon perlu lulus cemerlang peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia ( aliran sains serta kepujian mata pelajaran bahas Melayu dan mata pelajaran sains lain. Kelulusan ini membolehkan mereka melanjutkan pelajaran ke program matrikulasi atau asasi sains Kementerian Pendidikan untuk tempoh satu setengah tahun.

46

Selepas menamatkan pengajian, pelajar akan ditawarkan ke program sains di peringkat sarjana muda berdasarkan peperiksaan matrikulasi/asasi sains. Cara kedua: Calon perlu lulus peperiksaan dan kepujian mata pelajaran bahasa Melayu. Selain itu, calon perlu lulus Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) serta mendapat gred yang baik tiga daripada mata pelajaran biologi, kimia, fizik dan matematik. Cara ketiga: memiliki diploma sains daripada universiti tempatan atau Universiti Teknologi Mara ( juga boleh memohon mengikuti program ini melalui kemasukan kes khas. Cara keempat: Universiti tempatan juga mengambil pelajar melalui saluran kedua. Cara ini memerlukan calon lulus serta mendapat kepujian mata pelajaran bahasa Melayu, kimia, biologi dan Matematik. Selain itu, calon telah mempunyai pengalaman kerja sekurang-sekurangnya lima tahun sebagai pembantu makmal, juruteknik, pembantu perubatan, inspektor kesihatan, jururawat dan guru sains.

BIOTEKNOLOGI Bioteknologi adalah bidang berkaitan dengan kegunaan mikrob, sel haiwan atau tumbuhtumbuhan atau enzim untuk memecah atau mentransformasikan bahan. Hal ini memerlukan integrasi biokimia, biologi, mikrobiologi, kejuruteraan kimia dan kejuruteraan proses. Bioteknologi dianggap sebagai julat teknologi serba boleh yang dapat diterapkan dalam pelbagai sektor industri. Antara disiplin semula jadi dalam alah genetik, biokimia, kimia, sains pemakanan, kejuruteraan teknologi makanan, kejuruteraan makanan, kejuruteraan kimia, kejuruteraan biokimia, elektronik dan mikrobiologi. Syarat Melanjutkan Pengajian Cara pertama: matrikulasi/asasi sains ditawarkan oleh Kementerian Pendidikan. Syarat yang diperlukan ialah perlu mendapat kepujian dalam empat mata pelajaran termasuk sekurangkurangnya dia mata pelajaran sains. Cara kedua: rancangan Persediaan Khas (Jepun) tajaan

47

Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) ini dijalankan di Universiti Malaya dan mengambil masa setahun. Syaratnya ialah anda perlu lulus serta mendapat tidak kurang empat kepujian dalam mata pelajaran sains/teknik. Selepas menamatkan program ini, anda akan melanjutkan pengajian di beberapa universiti terkemuka di Jepun di bidang bioteknologi selama empat tahun. Cara ketiga: Universiti-universiti tempatan juga mengambil calon daripada lepasan STPM aliran sains/setaraf. Anda perlu lulus STPM serta mendapat prinsipal E dalam pengajian am. Selain itu, anda perlu mendapat tidak kurang dua prinsipal termasuk gred E dalam biologi. Calon yang ditawarkan akan terus ke peringkat sarjana muda. Cara keempat: bagi calon yang berkelulusan diploma di bidang berkaitan juga boleh melanjutkan pengajian di peringkat sarjana muda di universiti tempatan. Diploma yang dimaksudkan ialah Diploma Sains, Diploma Mikrobiologi dan Diploma Teknologi Makanan.

48

DIETETIK Pesakit yang berpenyakit berkaitan dengan makanan dapat dirujuk kepada ahli dietetik. Ahli dietetik dapat memberikan khidmat nasihat dari segi penilaian status pemakanan individu atau kelompok dan seterusnya menyarankan pemakanan yang sesuai. Syarat Melanjutkan Pengajian Cara pertama: pelajar perlu mencapai keputusan yang baik dalam aliran sains dengan mendapat kepujian mata pelajaran bahasa Melayu, matematik, kimia dan biologi untuk melanjutkan pengajian di peringkat matrikulasi sains Kementerian Pendidikan. Cara kedua: Pelajar perlu lulus peperiksaan denga mendapat kepujian mata pelajaran bahasa Melayu. Selain itu, perlu lulus juga STPM dengan mendapat sekurang-kurangnya gred D mata pelajaran biologi. Cara ketiga: memberi pertimbangan kepada calon melalui kemasukan saluran kedua. Calon perlu lulus dan mendapat kepujian bahasa Melayu, biologi, kimia dan matematik. Di samping itu, perlu mempunyai lima tahun pengalaman bekerja sama ada sebagai pembantu makmal, pembantu perubatan, juru rawat, guru sains rumah tangga atau pembantu Cara keempat: Melalui kemasukan kes khas, calon perlu mempunyai kelayakan iaitu diploma sains dari atau kelulusan lain yang berkaitan, yang diiktiraf universiti.

49

KEDOKTORAN VETERINAR Para pelajar yang mengikuti kursus ini, apabila menamatkan pengajian kelak akan berkhidmat di bidang perubatan dan sains kesihatan haiwan. Doktor haiwan akan melakukan aktiviti perubatan seperti mendiagnosis penyakit, merawat kecederaan, menentukan jenis ubat untuk haiwan, memberi ubat pelalai dan menjalankan pembedahan haiwan. Lulusan bidang ini boleh mendapatkan pekerjaan di ladang ternakan, di industri ternakan dan pengeluaran makanan, klinik-klinik haiwan, Kementerian Pertanian, zoo, makmal-makmal haiwan, universiti (pensyarah), membuka klinik haiwan sendiri dan banyak lagi. Syarat Melanjutkan Pengajian Cara pertama: Lulus dan mendapat kepujian mata pelajaran bahasa Melayu. Calon juga perlu dengan gred baik dalam mata pelajaran biologi pada peringkat STPM dan kepujian mata pelajaran kimia pada peringkat atau lulus dengan gred baik mata pelajaran kimia peringkat STPM dan kepujian biologi.

JURUTERBANG
50

Dari Segi pendapatan, kerjaya ini menjanjikan gaji yang cukup lumayan serta ditambah dengan pelbagai insentif lain selaras dengan tugasnya yang cukup mencabar dan berisiko. Ciri-ciri Peribadi yang Diperlukan 1. Mempunyai minat yang mendalam terhadap kerjaya 2. Mempunyai keyakinan diri yang tinggi serta berani 3. Komitmen yang tinggi serta minat yang mendalam di bidang ini. 4. Boleh berkomunikasi dengan baik. 5. Menguasai bahasa Melayu dan Inggeris dengan baik. 6. Menguasai mata pelajaran sains, matematik dan fizik. 7. Berumur di antara 18 hingga 24 tahun. 8. Mempunyai rekod kesihatan yang baik dari segi fizikal dan mental. 9. Mempunyai pendengaran dan penglihatan yang baik (penglihatan 6/6 tanpa bantuan optik dan tidak buta warna). 10. Ketinggian minimum tidak kurang daripada (5 kaki 4 inci). 11. Sanggup bekerja di luar stesen dala tempoh masa singkat atau lama. Syarat Mengikuti Latihan Penerbangan untuk menjadi seorang juruterbang pesawat penumpang atau kargo, anda perlu lulus latihan penerbangan dari institut atau latihan sekolah penerbangan yang diiktiraf dalam dan luar negara. Tempat Mengikuti Latihan Penerbangan Terdapat banyak sekolah latihan penerbangan di dalam atau luar negara. Di antara sekolah latihan penerbangan tempatan termasuklah MAS, dan Air
51

Semasa berada di sekolah latihan, peserta akan mengikuti latihan penerbangan secara teori dan praktikal dalam tempoh yang ditetapkan. Selepas mengikuti latihan dengan jayanya, anda akan memperoleh lesen penerbangan. Syarat Mengikuti Latihan Penerbangan Pelajar yang berminat untuk mengikuti latihan penerbangan perlu lulus dengan mendapat kepujian bahasa melayu dan sekurang-kurangnya C4 dalam matematik, fizik dan bahasa Inggeris. SAINS NUKLEAR Sains nuklear merupakan bidang baru yang mempunyai peranan penting dalam sektor industri. Ia merupakan ilmu yang berkaitan dengan penggunaan teknik-teknik nuklear dalam bidangbidang pertanian, perubatan, industri, teknologi, alam sekitar dan sains asas. Dari segi kerjaya, lulusan di bidang ini tidak menghadapi masalah untuk mendapatkan pekerjaan kerana tenaga dan kepakaran mereka diperlukan sama ada di sektor awam dan swasta. Di antara jawatan yang boleh disandang ialah termasuklah jurutera kawalan mutu, penyelidik, pegawai di bidang pengawalan alam sekitar, perunding, pegawai di Institut Teknologi Nuklear Malaysia ( serta para pegawai di syarikat-syarikat perindustrian. Mereka juga boleh berkhidmat di bidang industri rawatan sisa radioaktif, perubatan serta institusi pengajian tinggi yang masih memerlukan tenaga mahir di bidang yang berkaitan teknologi sinaran. (SUMBER: http://www.tutor.com.my/tutor/#kerjaya6)

52

Social
Sosial – S Pengenalan Secara umumnya, pekerja sosial mempunyai hubungan secara langsung dengan orang lain, misalnya sebagai penasihat, pembela, kaunselor atau pendengar. Bidang kerja sosial kebanyakannya membantu orang lain untuk lebih berjaya dalam komuniti tempatan dengan membantu mereka mencari penyelesaian kepada masalah yang mereka hadapi. Pekerja sosial juga melibatkan perhubungan bukan sekadar dengan klien itu sendiri, tetapi juga dengan keluarga mereka dan kawan-kawan mereka yang berkerja dengan lain-lain organisasi seperti guru, jururawat, kaunselor dan sebagainya. Sebelum seseorang individu terlibat secara langsung dalam profesion kerja sosial, terlebih dahulu mereka haruslah memahami ilmu asas serta amalan dan proses penyelesaian masalah dalam bidang kerja sosial. Di samping itu, nilai yang didukung oleh satu-satu pekerjaan sosial itu juga merupakan satu lagi aspek terpenting yang juga perlu diberi perhatian oleh mereka yang terlibat. Secara umumnya, nilai profesion kerja sosial berkisar kepada kepercayaan yang teguh berkenaan hak individu atau organisasi terhadap kebebasan membuat pilihan dan mengambil peluang-peluang yang ada. Nilai yang ditonjolkan juga adalah berkait rapat dengan keinginan kepada keadaan kehidupan yang dapat memperkukuhkan kebajikan individu atau organisasi, keperihatinan terhadap cara melayani manusia, dan hala tuju serta strategi untuk mencapai matlamat yang ditetapkan. Ringkasnya, nilai sesuatu kerja sosial adalah seperti berikut: 1. Hubungan profesional pekerja sosial bertitik tolak daripada memartabatkan kemuliaan dan kehormatan individu serta dipertingkatkan melalui proses penglibatan, penerimaan, kerahsiaan, kejujuran dan tanggungjawab terhadap konflik.

53

2. Pekerja sosial menghormati hak individu untuk mengambil dan membuat keputusan dengan bebas dan juga untuk terlibat secara aktif dalam proses ”bantuan”.

3. Komitmen pekerja sosial dalam membantu ”sistem klien” untuk memperoleh sumbersumber yang diperlukan.

4. Pekerja sosial berusaha bersungguh-sungguh dan berjuang menjadikan institusi sosial lebih bersifat kemanusiaan dan responsif terhadap keperluan manusia.

5. Pekerja sosial mempamerkan rasa hormat dan penerimaan terhadap keunikan dan ciri-ciri kepelbagaian masyarakat majmuk. Kesemua nilai ini merupakan asas penting kepada profesionalisme kerja sosial. Disebabkan nilai-nilai tersebut adalah penentu kritikal gelagat dalam interaksi dengan klien dan juga ahli profesion yang lain, ia seharusnya dihayati dan dijadikan panduan bagi mendukung perkhidmatan sosial yang berkualiti serta berhemah tinggi. (sumber: http://kulanzsalleh.net/kerja-sosial/pekerja-sosial-sebagai-penganalisis#more-173) Individu yang mengutamakan aktiviti-aktiviti mempengarohi orang lain seperti memberitahu, latihan, perkembangan dan pemulihan. Mengelak diri dari aktiviti yang sistematik yang melibatkan benda, perkakas atau mesin. Mempunyai kebolehan dalam hubungan sosial dan kurang kebolehan dalam bidang teknikal.

INDIVIDU YANG MESRA DAN SUKA MENOLONG.

54

Ciri-Ciri Individu Sosial i. ii. iii. iv. v. Sukakan suasana dan pekerjaan sosial. Sukakan kegiatan-kegiatan sosial. Suka dirinya dilantik ketua. Pandai mewujudkan hubungan antara individu. Suka mendapat perhatian.

Sifat-Sifat Individu Sosial 1. Bekerjasama 3. Murah hati 5. Suka menolong 7. Baik hati 9. Bertanggung jawab 11. Mesra Kerjaya Yang Sesuai 1. Guru 3. Ahli Psikologi Klinikal 5. Juru Acara 7. Diplomat 2. Kaunselor 4. Pegawai Kebajikan Masyarakat 6. Pekerja Hospital Bahagia 8. Pekerja Sosial 2. Suka berkawan 4. Lemah lembut 6. Idealistik 8. Pandai memujuk 10. Saling memahami

PERGURUAN ___________________________________________________________________________ __________ Pensyarah Universiti Profesional perguruan universiti dan pendidikan tinggi mengajar mata pelajaran mereka pada beberapa atau semua peringkat selepas pendidikan menengah tamat, menjalankan penyelidikan dan menambah baik atau membangunkan konsep, teori, dan kaedah operasi berkenaan dengan disiplin tertentu serta menyediakan kertas dan buku ilmiah.

55

Anggaran Gaji
• •

Sektor Awam (RM) : 3,000

Sektor Swasta (RM) : 3,000 - 6,000 Tahap Pendidikan

Ijazah Sarjana Muda

• Ijazah Sarjana Contoh Institusi • • • • • • •

Universiti Teknologi Mara Universiti Sains Malaysia Universiti Putra Malaysia Universiti Malaysia Sarawak Unive Universiti Malaysia Sabah

Universiti Teknologi Malaysia Senarai Tugas

• • • • • • • •

Menyampaikan kuliah dan mengadakan tutorial, seminar, dan sesi makmal; Merangsang perbincangan dan pemikiran bebas dalam kalangan pelajar; Menyelia kerja uji kaji dan amali yang dijalankan oleh pelajar, jika perlu; Mentadbir, menilai, dan memeriksa tugasan dan kertas peperiksaan; Mengarah penyelidikan yang dibuat oleh pelajar pascaijazah atau kakitangan lain dalam jabatannya; Menyelidik dan membangunkan konsep, teori, dan kaedah operasi bagi pengaplikasian dalam industri dan bidang lain; Menyediakan buku, kertas atau artikel ilmiah; Merekabentuk dan mengubahsuai kurikulum serta menyediakan kursus pengajian mengikut keperluan; Menghadiri persidangan dan seminar;

Membantu dalam aktiviti kokurikulum. Contoh Pekerjaan Lain

Kerjaya ini juga boleh terdapat di dalam bidang-bidang lain

PERGURUAN ___________________________________________________________________________ __________

56

Pegawai Latihan Vokasional / Pegawai Latihan Guru pendidikan vokasional mengajar satu mata pelajaran atau lebih bagi tujuan pendidikan atau vokasional, pada beberapa atau semua peringkat antara tamatnya pendidikan rendah dengan permulaan pengajian di kolej atau universiti. Anggaran Gaji
• •

Sektor Awam (RM) : 2,500 - 3,100

Sektor Swasta (RM) : Tahap Pendidikan

Ijazah Sarjana Muda

Contoh Institusi
• • • • •

Universiti Sains Malaysia Universiti Malaya Universiti Kebangsaan Malaysia 30 buah Maktab Perguruan diseluruh Malaysia Universiti Teknologi MARA (guru seni lukis)

• Universiti Putra Malaysia Senarai Tugas • • • • • •

Mengambil bahagian dalam mesyuarat kakitangan dan persidangan dan bengkel pendidikan; Menyediakan, memberi dan memeriksa latihan, tugasan dan ujian untuk menilai kemajuan pelajar; Merancang dan menyediakan pelajaran mengikut kurikulum yang telah ditetapkan/dicadangkan; Menyediakan laporan tentang kerja pelajar serta berbincang dengan guru lain dan ibu bapa; Mengatur atau membantu dalam aktiviti kokurikulum.

Mengajar mata pelajaran yang berkenaan serta menyelia kerja sekolah dan disiplin pelajar; Contoh Pekerjaan Lain

Kerjaya ini juga boleh terdapat di dalam bidang-bidang lain

GURU: MINAT FAKTOR PENTING PROFESION perguruan cukup diberi perhatian oleh kerajaan melalui Kementerian Pendidikan.
57

Maka tidak hairanlah begitu banyak maktab-maktab perguruan didirikan. Kini wujud pula sebuah universiti perguruan iaitu Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) yang terletak di Tanjung Malim, Perak. Di peringkat universiti, banyak kursus yang berkaitan bidang perguruan ditawarkan. Malah kementerian merancang menambah bilangan guru berpendidikan diploma dan ijazah. Dalam usaha meningkatkan mutu pendidikan, kementerian membuka peluang kepada guruguru yang memiliki sijil dan diploma melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi bertujuan meningkatkan tahap akademik mereka. Ini selaras dengan usaha kementerian untuk menjadikan negara sebagai pusat kecemerlangan ilmu serantau yang pastinya memerlukan tenaga pengajar di sekolah yang berkaliber. Kerjaya sebagai guru membuka peluang yang begitu luas. Semakin meningkat jumlah penduduk maka semakin banyak guru diperlukan - tidak kira di bandar raya, bandar mahupun di luar bandar. Lulusan institut pengajian di bidang ini tidak perlu bimbang kerana lepasan sijil, diploma dan ijazah pertama pasti dilamar oleh kementerian selepas menamatkan pengajian. Terdapat juga guru-guru yang ditawarkan untuk berkhidmat di sekolah-sekolah swasta. Berhubung soal pendapatan, seseorang guru akan ditawarkan gaji dan elaun berdasarkan kelulusan mereka sama ada di peringkat sijil, diploma atau ijazah. Seperti profesion lain, seorang guru dalam tugasan seharian harus berpegang kepada etika dan tata susila profesion perguruan supaya tidak lari daripada matlamat murninya. Mereka juga harus minat terhadap profesionnya serta mata pelajaran yang diajar.

Ciri-ciri peribadi yang diperlukan 1. Meminati profesion ini. 2. Mempunyai pengetahuan di dalam bidang yang diajar.
58

3. Sanggup mendidik dan menunjuk ajar murid-murid 4. Bersifat sabar 5. Berkeperibadian mulia 6. Mampu menghadapi cabaran dunia pendidikan 7. Sanggup bekerja tanpa mengira tempat sama ada di bandar atau luar bandar

Syarat menceburi bidang ini Individu harus menamatkan pengajian dan memiliki sama ada sijil, diploma atau ijazah perguruan dalam sebarang disiplin pengajian di sekolah.

Tempat melanjutkan pengajian Maktab-maktab perguruan atau universiti tempatan dan luar negara. Universiti tempatan yang menawarkan kursus perguruan di peringkat ijazah sarjana muda ialah Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Malaya (UM), Universiti Sains Malaysia (USM), Universiti Putra Malaysia (UPM), Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Universiti Utara Malaysia (UUM), Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS), Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Universiti Malaysia Sabah (UMS) dan UPSI.

Syarat yang diperlukan 1. Peringkat sijil dan diploma: Pelajar harus lulus dengan baik di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) serta kepujian bahasa Melayu. 2. Peringkat ijazah sarjana muda: Terdapat beberapa cara untuk mengikuti kursus perguruan di peringkat ijazah sarjana muda: Cara pertama: Pelajar perlu mendapat kelulusan yang baik di peringkat SPM untuk dipilih masuk ke program matrikulasi atau asasi. Selepas menamatkan pengajian di peringkat ini, pelajar akan ditawarkan ke peringkat ijazah pertama.

59

Cara kedua: Mendapat keputusan yang baik dalam peperiksaan STPM. Calon akan ditawarkan terus ke peringkat ijazah pertama mengikut bidang yang diminati. Cara ketiga: Memiliki sijil atau diploma serta telah mengajar beberapa tahun juga berpeluang melanjutkan pengajian di peringkat ijazah pertama sesuai dengan mata pelajaran yang diajar di sekolah. Cara keempat: Bagi pemegang ijazah sarjana muda yang berminat menjadi guru tetapi tidak mempunyai asas dalam kaedah mengajar, mereka juga boleh berbuat demikian dengan syarat perlu memohon untuk mengikuti kursus Diploma Pendidikan di universiti-universiti atau kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI) di maktabmaktab perguruan untuk tempoh setahun.

Sosial – S Individu yang mengutamakan aktiviti-aktiviti mempengarohi orang lain seperti memberitahu, latihan, perkembangan dan pemulihan. Mengelak diri dari aktiviti yang sistematik yang melibatkan benda, perkakas atau mesin. Mempunyai kebolehan dalam hubungan sosial dan kurang kebolehan dalam bidang teknikal. INDIVIDU YANG MESRA DAN SUKA MENOLONG.

Ciri-Ciri Individu Sosial vi. vii. viii. ix. x. Sukakan suasana dan pekerjaan sosial. Sukakan kegiatan-kegiatan sosial. Suka dirinya dilantik ketua. Pandai mewujudkan hubungan antara individu. Suka mendapat perhatian.

60

Sifat-Sifat Individu Sosial 1. Bekerjasama 3. Murah hati 5. Suka menolong 7. Baik hati 9. Bertanggung jawab 11. Mesra 2. Suka berkawan 4. Lemah lembut 6. Idealistik 8. Pandai memujuk 10. Saling memahami

Kerjaya Yang Sesuai 1. Guru 3. Ahli Psikologi Klinikal 5. Juru Acara 7. Diplomat 2. Kaunselor 4. Pegawai Kebajikan Masyarakat 6. Pekerja Hospital Bahagia 8. Pekerja Sosial

JURURAWAT Dalam bidang penjagaan kesihatan, jururawat adalah seseorang yang bertugas sebagai penjagaan profesional. Jururawat bertanggungjawab bagi keselamatan dan menyembuhkan mereka yang sakit teruk, penjagaan kesihatan bagi mereka yang sihat, dan menangani kecemasan dalam semua keadaan membahayakan nyawa dalam semua bidang penjagaan kesihatan. Jabatan kejururawatan adalah [plan penjagaan jururawat, plan penjagaan], kadang-kadang memerlukannya bekerjasama dengan ahli fizik, ahli terapi,pesakit, keluarga pesakit dan rakan
61

sejawat.Di united state dan united kingdom,[latihan kejururawatan], seperti [pakar klinik kerujurwatan] dan [jururawat terlatih],diagnosis masalah kesihatan dan menentukan [pengubatan]dan lain-lain terapi.jururawat akan membantu koordinat membantu menjaga pesakit yang dijalankan oleh ahli kesihatan yang lain seperti ahli terapi, pembantu perubatan terlatih, pakar pemakanan dan lain-lain. jururawat akan menyediakan segala tugasan antara satu-satu jabatan contonya seperti dengan ahli terapi dan pakar jururawat. Pada zaman maju sekarang, jururawat bukan hanya perempuan malahan di negara-negara lain, terdapat ramai jururawat lelaki. Dan di Malaysia, fenomena ini telah kelihatan sejak 5 tahun yang lepas di mana terdapat jururawat lelaki di Kolej Kejururawatan dan Universiti Tempatan yang menawarkan program Diploma Kejururawatan dan Ijazah Kejururawatan. Semasa saya kecil dahulu, saya memang mengelakkan diri dari bercita-cita untuk menjadi jururawat kerana kemungkinan besar setelah mendengar berbagai cerita orang-orang tua yang menganggap kerjaya jururawat ini adalah kerjaya “low class” atau kerjaya pilihan terakhir dan kemungkinan besar tidak mahu bermenantukan seorang jururawat.Kemungkinan menurut mereka kerjaya jururawat yang bergelumang dengan najis pesakit, darah, nanah, muntah dan air kencing pesakit amat menjijikkan. Dan pada pemikiran mereka, jururawat-jururawat ini berpelajaran rendah dan berperangai “ala-ala gedik”. Kemungkinan memang berlaku mereka yang gedik tetapi tidak semua berperangai sedemikian. So pemikiran sedemikian lah yang patut diubah. So dengan perededaran zaman menuju teknologi baru, pemikiran manusia juga perlu diubah. Persepsi mereka juga perlu diubah menjadi lebih luas dan terbuka.Dan pada zaman ini, kita dapat melihat Kolej Kejururawatan tempatan dan swasta telah banyak ditubuhkan ibarat cendawan tumbuh. Ramai ibu bapa yang menghantar anak-anak mereka ke kolej tersebut kerana menurut satu kajian, kerjaya jururawat pada zaman sekarang adalah kerjaya demand yang paling ramai samada di dalam dan luar negara. Gaji yang ditawarkan juga tinggi dan ditambah dengan elaun kritikal yang mereka terima. Sekarang, setelah saya berada di alam kerjaya, saya dapat melihat kerjaya ini semakin diminati ramai dan permintaan jururawat Malaysia untuk bekerja di luar negara juga bertambah. Pada masa sekarang, jururawat Malaysia ramai yang bekerja di negara Timur Tengah seperti Arab Saudi,Qatar, Abu Dhabi, Dubai dan Bahrain dan gaji yang ditawarkan adalah bermula dari RM9000 ke atas bergantung pada jawatan seseorang jururawat.
62

Pada masa yang sama, Malaysia masih mempunya masalah kekurangan jururawat dan terpaksa mengambil jururawat dari Filipina dan India. Ini kerana, tawaran gaji yang lumayan yang diterima diluar berbanding di Malaysia. Untuk mengelakkan negara mengambil jururawat dari luar, kerajaan perlu meneliti semula tangga gaji jururawat di Malaysia untuk mengelakkan penghijrahan beramai-ramai jururawat ke luar negera. Sumber:( http://ogyayop.wordpress.com/2009/01/15/kerjaya-jururawat/)

Pengguna boleh mendapatkan berbagai-bagai perkhidmatan dengan menghubungi pusat JobsMalaysia Cyberjaya atau mana Jabatan Tenaga Kerja (JTK) yang berhampiran untuk perkhidmatan yang luas mengenai alam pekerjaan. Antaranya: ___________________________________________________________________________ _____

JobsMalaysia.gov.my Portal ini menyediakan perkhidmatan atas talian bagi majikan untuk mendapatkan pekerja dan pencari kerja untuk mendapatkan pekerjaan yang bersesuaian. Pengurusan Temuduga Terbuka Bantuan-bantuan dan kerjasama tertentu diberikan seperti pengurusan pusat temuduga, panggilan calon, promosi menggalakan kehadiran pencari kerja khusus membantu majikan mendapatkan pekerja yang bersesuaian. Mobiliti

Karnival Pekerjaan Satu landasan bagi mempertemukan antara majikan dan pekerja untuk membolehkan mereka mendapat calon pekerja dan pekerjaan yang sesuai dengan segera ketika program berlansung. Khidmat nasihat / kaunseling kerjaya Bimbingan mengenai aktiviti berkaitan pekerjaan seperti teknik berkesan penggunaan portal JobsMalaysia, tatacara menghadiri temuduga, jenis dan tugas pekerjaan yang terdapat dalam Negara dan sebagainya

Bantuan pengurusan temuduga, promosi dan perpindahan calon pekerja yang dipilih hingga ke lokasi tempat kerja.

63

Lawatan Promosi Jalinan hubungan baik antara jabatan dan pengguna khidmat untuk memberi perkhidmatan yang lebih baik dan berkesan; juga penganjuran lawatan pendedahan bakal pekerja ke lokasi pekerjaan untuk menyemarakan minat didalam sesuatu bidang.

Nasihat perundangan Akta-akta dibawah bidang kuasa jabatan seperti Akta Kerja 1955, Akta Pampasan Pekerja 1952, Akta Agensi Pekerjaan Swasta 1981, Akta (Penggajian) Kanak-kanak dan orang Muda 1966 dan lain-lain. Ceramah / Dialog Kerjaya Menyampaikan maklumat yang berkaitan dengan alam pekerjaan. Sumber dari: http://cic.jobsmalaysia.gov.my/html/perkhidmatan.html

MENENTUKAN KERJAYA MENGIKUT MINAT ANDA Mungkin tiada sesiapa pun pernah terfikir mahu menjadi seorang aktuari, penganalisis sistem, ahli psikologi, atau pakar nuklear kerana jawatan sebegini tidak begitu didedahkan kepada kanak-kanak. Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan perkara ini terjadi. Antaranya termasuklah kerja sebegini tidak begitu melibatkan orang ramai, kurang permintaan terhadapnya dan diceburi oleh golongan atau kaum tertentu sahaja.

64

Secara umumnya, kerjaya seseorang itu lebih banyak dipengaruhi oleh kecenderungan dan pencapaian akademiknya berbanding dengan faktor lain. Anda boleh memasuki pasaran kerja melalui beberapa peringkat latihan akademik yang ada di negara kita. Antaranya ialah: 1. Diploma/Ijazah Daripada Institusi Pengajian Tinggi. Mereka yang mempunyai ijazah atau diploma daripada institusi pengajian tingi selalunya menjawat jawatan tinggi dan profesional seperti doktor, akauntan, jurutera dan arkitek. Untuk menjawat jawatan seperti ii, kita perlu mengikuti latihan dan pengajian khas yang boleh diperolehi daripada institusi pengajian tinggi tempatan dan luar negara. 2. Program Politeknik, dan Vokasional. Negara kita ada menyediakan pelbagai program latihan kemahiran vokasional pada peringkat sijil dan diploma seperti teknikal dalam bidang elektronik dan mekatronik. latihan kemahiran seperti in boleh diperolehi daripada institusi vokasional/teknikal tajaan kerajaan atau pusatpusat latihan badan berkanun dan sektor swasta. 3. Program Sektor Awam Anda juga boleh mendapatkan latihan kemahiran jangka pendek dan jangka panjang yang disediakan oleh sektor awam. Antaranya ialah program-program kemahiran belia anjuran Institut kemahiran MARA dan Institut Latihan belia negara (, program-program keusahawanan dan perdagangan anjuran Kementerian Pembangunan Usahawan dan latihan kejururawatan dan pembantu perubatan anjuran Kementerian Kesihatan. 4. Latihan Teknikal dan Profesional Sektor Swasta Latihan kemahiran dalam pelbagai bidang teknikal dan profesional daripada pelbagai institusi pengajian swasta. Ini termasuklah kelayakan profesional daripada institusi pengajian tinggi dan badan profesional luar negara yang bekerjasama dengan institusi pengajian tinggi swasta dan badan profesional tempatan. 5.Latihan Angkatan Tentera atau Polis

65

Latihan angkatan tentera dan polis hanya dikendalikan oleh pihak kerajaan. Latihan polis dikendalikan oleh Pusat Latihan Polis Diraja Malaysia, sementara latihan ketenteraan pula dikendalikan oleh Kementerian Pertahanan. 6. Belajar sendiri atau Melalui Sistem Jarak Jauh/Gaya Pos Kini, terdapat banyak sekolah dan institusi pengajian tinggi swasta yang menawarkan pelbagai kursus jarak jauh/gaya pos . Cara belajar yang sebegini sesuai untuk golongan yang bekerja atau yang tinggal jauh daripada institusi pengajian yang menawarkan kursus pilihan. ANALISIS KERJAYA DIRI Semasa membuat pemilihan kerjaya yang bersesuaian dengan diri, anda perlulah terlebih dahulu mengenali diri sendiri. Jika anda tidak mengenali diri sendiri, anda mungkin akan melakukan kesilapan semasa membuat pemilihan kerjaya. Jika ini berlaku, anda tidak akan dapat mencapai kepuasan dalam apa yang anda lakukan. Salah satu cara untuk mengenali diri sendiri ialah dengan membuat penilaian diri. Anda boleh membuat senarai semak dan menandakan mengikut kategori minat/tidak berminat. Anda boleh mencuba senarai semak berikut:

Subjek diminati di sekolah a. Bahasa
• • • • •

Bahasa Melayu Bahasa Inggeris Bahasa Tamil Bahasa Mandarin Bahasa asing

b. Sastera

66

• • • •

Sejarah Geografi Kesusasteraan Melayu Pengajian Islam

c. Sains
• • • •

Kimia Fizik Biologi Matematik

d. Subjek praktikal
• • • • • • •

Lukisan Sains Rumah Tangga Sains Pertanian Perakaunan Komputer Kemahiran Hidup dan sebagainya...

2. Ko-kurikulum a. Pasukan beruniform
• • • • •

Pasukan Kadet Pasukan Pengakap Pasukan Pandu Puteri Pasukan Bulan Sabit Merah Lain-lain...

b. Persatuan Praktikal

Kelab Bahas/Pidato
67

• • •

Kelab Kembara Kelab Komputer Lain-lain...

c. Badan kemasyarakatan
• • •

Kelab Interaksi Kelab Kaunseling Lain-lain...

3. Hobi a. Hobi di dalam rumah b. Hobi di luar rumah

4. Aktiviti Luar Sekolah a. Sukan b. Kumpulan Keagamaan c. Kumpulan Kemasyarakatan d. Kumpulan Kebudayaan e. Pertubuhan Kebajikan

5. Adakah anda suka bertugas a. Di dalam pejabat? b. Di luar pejabat?

68

6. Adakah anda suka bekerja a. Sendirian? b. Berkumpulan?

7. Bolehkah anda bekerja dengan orang lain di dalam satu kumpulan? a. Ya b. Tidak

8. Adakah anda suka kerjaya yang melibatkan orang ramai? a. Ya b. Tidak

9. Apakah motivasi anda untuk bekerja? a. Gaji b. Kepuasan kerja c. Kebajikan/perkhidmatan

10. Mahukan anda habiskan sebahagian besar hidup anda pada satu pekerjaan sahaja? a. Ya b. Tidak

69

Dengan membuat analisis jadual ini, anda dapat melihat kecenderungan diri anda. Umpamanya, jika anda berminat menjadi seorang pakar kaji bumi ( anda mesti meminati mata pelajaran geografi, matematik dan sains. Anda juga mesti berminat melakukan kerjakerja lasak di luar pejabat dan kerja penyelidikan di dalam makmal. Buatlah analisis anda sendiri secara terperinci. Fikirkan dahulu selama seminggu atau dua minggu sebelum membuat sebarang keputusan mengenai kerjaya yang ingin anda ceburi.

70

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->