You are on page 1of 11

BAB 3

KESELAMATAN

3.1 Pengenalan

Keselamatan merupakan aspek penting yang perlu dititikberatkan dalam


semua aktiviti seharian tidak kira di mana seseorang itu berada sama ada di
darat, laut atau udara.Kesedaran tentang keselamatan diri amat penting bagi
mengelakkan kecederaan atau kemalangan ketika bekerja.Kita hendaklah
sentiasa mengamalkan sikap ”beringat sebelum kena”.Ini bermakna
keselamatan perlu diutamakan.Sikap sentiasa berwaspada dan hati-hati perlu
ada dalam diri setiap indivdu supaya kemalangan dapat dielakkan.

22
3.2 Kepentingan Keselamatan Di Tapak Bina

Keutamaan keselamatan di tapak bina perlu dititikberatkan kerana


terdapat banyak kerja-kerja pembinaan yang boleh membahayakan pekerja
dan orang awam yang berada di sekitarnya.Ini termasuklah kerja-kerja di tapak
bina yang melibatkan penggunaan bahan-bahan letupan, penggalian,
pembinaan terowong dan bangunan tinggi.Keselamatan juga perlu diberi
keutamaan semasa mengendalikan loji dan peralatan pembinaan.

Kesedaran tentang keselamatan diri adalah kriteria utama untuk


mengelakkan kemalangan di tapak bina.Jika sikap ini diketepikan, kemalangan
dan kecederaan mungkin akan berlaku.Semua pihak harus mengamalkan sikap
sentiasa berhati-hati dan berwaspada di tapak bina.

Oleh itu, adalah penting mengutamakan keselamatan dan mengambil


tindakan yang perlu sebelum berlaku perkara yang tidak diingini.

3.3 Setatistik Kemalangan

23
Mengikut statistik kemalangan industri di Malaysia, sebanyak 200
kemalangan dicatatkan berlaku setiap hari. Ini bukan sahaja melibatkan
kemalangan jiwa tetapi kerosakan dan kehilangan harta benda.

3.4 Risiko Kemalangan dalam industri pembinaan

I. Keruntuhan atau objek terjatuh dari kren, samada kren bergerak atau
kren menaranataupun apa sahaja yang berkaitan semasa menurunkan
atau menaikkan objek.
II. ’loose hammer’ dimana ia akan menyebabkan kemalangan kepada
pekerja yang berada dibawah.
III. Struktur jatuh, contohnya peranca jatuh tanpa disedari.

3.5 Definisi kemalangan

Kemalangan boleh disifatkan sebagai satu kejadian yang boleh


mengakibatkan kecacatan fizikal dan mental kepada manusia, kehilangan
nyawa, dan kerugian harta benda.

3.6 Punca Kemalangan

24
3.6.1
1. Penyalahgunaan Alatan dan Mesin

I. Menggunakan alatan tangan yang tidak sesuai dengan kerja yang


dilakukan.
II. Menggunakan alatan tangan yang telah rosak.
III. Menggunakan alatan tangan dengan kaedah yang salah.
IV. Menggunakan alatan elektrik yang rosak.

Perhatian perlulah diberikan semasa menggunakan mesin kerana pekerja yang


mengunakan mesin mempunyai risiko kemalangan yang lebih tinggi. Berikut
adalah perkara penting yang perlu diberi perhatian ;

I. Mesin hendaklah diuji terlebih dahulu


II. Memakai pakaian yang sesuai ketika menggunakan mesin
III. Memastikan dawai elektrik mesin mudah alih dalam keadaan sempurna.
IV. Mesin mempunyai penghadang keselamatan

3.6.2
2. Penyalahgunaan Loji

I. Tidak berfungsi dengan sempurna.


II. Tidak ada pengawasan atau penyeliaan.
III. Membawa pekerja lebih daripada had muatan.

3.6.3
3. Penyalahgunaan Peranca

25
I. Tidak dipasang pada tapak yang kukuh.
II. Sambungan komponen peranca tidak kukuh.
III. Ada penghalang di atas pelantar pada peranca.
IV. Tangga yang digunakan pada peranca tidak kukuh.

3.6.4
4. Keadaan Tapak Bina yang Tidak Teratur Di Luar Bangunan

I. Bahan-bahan pembinaan seperti besi, kayu, bata dan sebagainya tidak


tersusun dengan kemas dan disimpan di tempat yang tidak sesuai.
II. Bahan-bahan binaan menghalang kelancaran laluan pekerja.
III. Tiada papan tanda keselamatan pada tempat-tempat yang perlu.
IV. Jaring keselamatan tidak dipasang pada bangunan tinggi yang sedang dibina.
V. Kawalan lalu lintas tidak diurus dengan baik.
VI. Pemunggahan alatan dan bahan dari jentera berat tidak diselia dengan baik.

3.6.5
5. Kelalaian Pekerja

Keadaan dan suasana tempat kerja yang selamat selesa belum dapat
menjamin keselamatan pekerja sepenuhnya. Satu lagi faktor yang perlu diambil
kira untuk menjamin keselamatan pekerja ditapak binaan ialah sikap pekerja itu
sendiri. Sikap lalai dan tidak bertanggungjawab pekerja itu sendiri yang akan
mengakibatkan kemalangan semasa bekerja. Kemalangan dapat dielakkan
sekiranya pekerja mengikut peraturan-peraturan seperti berikut;-

I. Mematuhi peraturan keselamat ditapak binaan.


II. Mengendalikan mesin dengan cara yang betul dan selamat.
III. Memakai pakaian yang sesuai dengan kerja yang dilakukan.
IV. Mengetahui kemampuan diri sebelum melakukan sesuatu pekerjaan.

26
V. Mengendalikan loji, mesin dan alatan dengan mengetahui kaedah penggunaan
yang betul

.
3.7 Kesan kemalangan

Kemalangan boleh mengakibatkan kehilangan nyawa, kecacatan kekal


atau sementara kepada pekerja, menjejasakan keluaran atau kerugian akibat
tuntutan ganti rugi dimahkamah. Oleh itu, keselamatan ditempat kerja amatlah
perlu dititikberatkan setiap masa. Perkara berikut boleh djadikan panduan untuk
mengelankan atau mengurangkan kadar kemalangan;

I. Kecederan pada tubuh badan atau kematian.


II. Keosakan pada alat yang digunakan.
III. Menjejaskan prestasi syarikat.
IV. Operasi terpaksa dberhentikan sementara waktu untuk menyiasat.
V. Produktiviti menurun, perlu mencari pekerja baru yang kurang mahir.
VI. Motivati pekerja lain akn menurun untuk meneruskan kerja.
VII. Segala kemalangan terpaksa ditnggung oleh syarikat.
VIII. Kemajuan kelancaran syarikat terganggu.

3.8 Syarat atau tanda amaran

Apabila sesuatu projek dijalankan, keselamatan orang ramai yang


berdekatan mestilah dipertimbangkan. Isyarat atau papan tanda amaran

27
mestilah dipamerkan pada tempat-tempat yang dapat dilihat dengan jelas
supaya orang ramai menjauhi kawasan pembinaan tersebut.

3.9 MENCEGAH KEMALANGAN DITAPAK BINA.

Mencegah pekerja dari jatuh bangunan.

I. Semua bahagian yang terbuka hendaklah dihadang peranca.


II. Jika pengadang tidak boleh digunakan, maka jaring keselamatan
hendaklah dipasang.
III. Pekerja hendaklah sentiasa menggunakan tali keledar semasa berada
dikedudukan yang tinggi.
IV. Memakai pakaian yang sesuai semasa kerja.
V. Menggunakan peralatan dengan cara yang betul dan selamat.
VI. Elakkan memakai sebarang barang kemas(gelang dan cincin)
VII. Memastikan tempat kerja diselenggarakan dengan sempurna.
VIII. Pastikan objek yang berada ditempat yang tinggi berkeadaan baik.
IX. Gunakan bahan yang sepatutnya semasa menjalankan kerja.

3.10 LANGKAH-LANGKAH PENCEGAHAN

I. Memakai topi keselamatan jika perlu, pihak majikan hendaklah menyediakan


topi keselamatn kepada pekerja.

28
II. Wakil tapak hendaklah memberi taklimat kepada pekerja sebelum pekerja
melakukan sebarang pekerjaan.
III. Wakil tapak perlu mengawasi sekitar tapak bina dan pekerja serta
mengeluarkan arahan keselamatan sekiranya perlu.
IV. Memakai tali pinggang untuk memastikan keselamatan dari masa ke semasa
ketika bekerja ditempat yang tinggi.
V. Memasang jaring keselamatn bagi tapak bina yang berhampiran dengan jalan
raya untuk mengelakkankemalangan keatas orang awam.
VI. Memastikan jentera berat yang digunakan adalah diselenggarakan dengan
baikndan dalam keadaan yang sempurna.
VII. Setiap kemalangan yang berlaku hendaklah dilaporkan untuk membolehkan
tindakan susulan diambil.
VIII. Memasang papan tanda amaran dan papan keselamtan ditapak bina.
IX. Memakai kasut keselamatan.
X. Memakai penutup telinga, kaca mata keselamatan dan penutup hidung
dikawasan yang berhabuk dan mengeluarkan bunyi yang bising.
XI. Segala kerja yang berkaitan dengan struktur diluluskan oleh jurutera.

3.11 PERATURAN AM DITAPAK BINA

I. Setiap pindaan perubahan kerja (V.O) yang dibuat oleh pegawai penguasa
(P.P) hendaklah tidak melebihi daripada tujuh hari jika ada apa-apa perubahan
tersebut maka kerja yang dilakukan terdahulu hendaklah dilakukan.

29
II. Setiap mesin jentera hendaklah dimaklumkan kepada ’inspektor’ dimana mesin
dan jentera yang hendak melakukan kerja ditapak bina dan segala maklumat
yang lengkap mengenai mesin dan jentera tersebut hendaklah diterangkan di
dalam borang JKR 105.
III. Perkhidmatn dan segala baik pulih mengenai mesin dan jentera tersebut
hendaklah direkodkan oleh tuen punya dan rekod tersebut disimpan olehnya.
IV. Segala kemalangan yag berlaku ditapak bina hendaklah dimaklumkan kepada
Sub-kontraktor, penyelia tapak ataupun pegawai keselamatan yang bertugas.
V. Tidak seorangpun pekerja yang boleh bekerja ditapak bina yang berumur
bawah 16 tahun.
VI. Peranca yang digunakan hendaklah kuat dan teguh semasa kerja ditapak bina
dijalankan.
VII. Seorang pegawai kesihatan boleh melakukan pemeriksaan kesihatan sekiranya
dikehendaki.
VIII. Majikan hendaklah melaporkan kepada PERKESO mengenai pekerja yang
menalami kecederaan ditapak bina.

3.12 KAD HIJAU CIDB

Kad Hijau CIDB (Construction Industry Development Board Malaysian)


adalah perlu ada kepada setiap pekerja. Semua personal binaan diwajibkan
menghadiri kursus Induksi Keselamatan dan Kesihatan untuk pekerja binaan
selama satu hari.

30
Kad Hijau adalah sebagai bukti telah menghadiri kursus untuk layak
memasuki tapak binaan. Kad Hijau CIDB memberi perlindungan Takaful
kepada pemegangnya. Tanpa Kad Hijau tersebut personal binaan tidak di
benarkan memasuki tapak binaan. Undang-undang ini telah berkuatkuasa pada
tahun 2001.

Pelajar-pelajar Politeknik terutama dari Jabatan Awam telah diwajibkan


untuk menjalani kursus Induksi Keselamatan dan Kesihatan sebalum menjalani
Latihan Industri

3.13 KOMEN DAN CADANGAN

Keselamatan adalah bermula dari diri kita sendiri. Oleh itu, perlulah
seoran pegawai keselamatn untuk mengawasi setiap pergerakan dan tindak
tanduk pekerja ditapak bina.

31
Semua data-data yang berkaitan dengan kemalangan ditapak bina dari
kecil hinggalah besar seperti kematiaan hendaklah diambilkira dan dibuat
kajian dan penyiasatan yang terperinci untuk mengetahui bagaimana
kemalangan itu terjadi dan cara mengatasinya.

Pekerja juga hendaklah diberikan pendedahan yang sewajarnya


mengenai peraturan-peraturan yang perlu dipatuhi semasa berada ditapak
bina.

III.14 KESIMPULAN

Keselamatan adalah satu aspek yang perlu diutamakan dalam segala


kerja terutama didalam bidang pembinaan yang banyak terdedah kepada
berlakunya kemalangan.

Jika aspek keselamatan diambil perhatian dari semua bahagian ketika


melakukan kerja ditapak bina mahupun dimana-mana ia akan mendatangkan
kesejahteraan kepada semua pihak.

32

You might also like