You are on page 1of 17

SMK KEDAWANG, 07000 LANGKAWI

KEDAH DARUL AMAN

FOLIO SCIENCE
TAJUK FOLIO: PENCEMARAN UDARA

Disediakan oleh:
Nama: Anis Zulaikha binti Zulkifli
Kelas: 1 Rancangan Khas
Tahun: 2010
Tarikh lahir: 12 Oktober 1997
Nombor kad pengenalan: 971012-38-5158
Guru matapelajaran: Suriati binti Taib

1
Senarai kandungan

Senarai kandungan Muka surat


Objektif kajian 3
Pengenalan 4
 Maksud pencemaran 4
 Jenis pencemaran 5
 Pencemaran udara? 6
Faktor pencemaran 7-9
Kesan pencemaran 1o
Langkah mengatasi 11-12
Kesimpulan 13
Lampiran 14-15
Bahan rujukan 16
Penghargaan 17

Objektif

2
 Untuk mengkaji maklumat tentang jenis-jenis
pencemaran dan maksud pencemaran.
 Untuk mengkaji faktor-faktor dan kesan
pencemaran udara.
 Untuk mengkaji langkah mengatasi pencemaran
udara.

pengenalan

3
maksud pencemaran

Pencemaran merupakan pemasukan bahan


pencemar seperti bahan kimia, hingar, haba,
cahaya dan tenaga ke dalam alam sekitar
yang mengakibatkan kesan yang
memusnahkan sehingga membahayakan
kesihatan manusia, mengancam sumber alam
dan ekosistem, serta mengganggu ameniti
dan kenggunaan halal alam sekitar.

Jenis-jenis pencemaran

4
Terdapat beberapa bentuk pencemaran yang mengancam bumi kita,
antaranya:
 Pencemaran udara, iaitu pelepasan bahan kimia
berbahaya ke dalam atmosfera. Contoh bahan pencemar
termasuk karbon monoksida, sulfur dioksida,
klorofluorokarbon (CFC), nitrogen dioksida yang
dikeluarkan oleh kenderaan dan kilang industri.
 Pencemaran air, seperti kebocoran dan luahan bahan
kimia ke dalam sumber air atau fenomenon eutrofikasi.
 Pencemaran tanih, iaitu peresapan bahan kimia bahaya
seperti logam berat, hidrokarbon dan racun serangga ke
dalam tanih.
 Pencemaran radioaktif, iaitu pelepasan bahan
radioaktif ke dalam alam sekeliling.
 Pencemaran bunyi yang disebabkan hingar jalan raya,
pesawat dan industri.
 Pencemaran cahaya yang disebabkan penyinaran
(iluminasi) lebihan
 Pencemaran terma, iaitu perubahan suhu akibat
kegiatan manusia.
 Pencemaran visual, iaitu pemusnahan alam fizikal dan
penghakisan keindahan alam.

Pencemaran udara?

5
Pencemaran udara merupakan satu keadaan yang
melibatkan pengenalan sebarang bahan kimia, jirim
zarahan atau bahan biologi yang boleh menyebabkan
mudarat atau ketidakselesaan kepada manusia atau
organisma hidup lain, atau merosakkan alam sekitar, ke
dalam dalam atmosfera. Contoh pencemar udara ialah
seperti gas karbon dioksida, sulfur dioksida,
kloroflorokarbon, bau-bauan, logam toksik seperti plumbum
dan tembaga dan sisa radioaktif.

Pencemaran udara antaranya berpunca dari pelepasan asap


kotor oleh industri terus ke udara melalui cerobong asap
kilang, kenderaan motor di jalan raya dan letusan gunung
berapi. Antara kesan pencemaran udara adalah penipisan
lapisan ozon, jerebu, hujan asid dan pemanasan bumi.
Pencemaran udara mungkin boleh memberi kesan terhadap
kesihatan, keselamatan dan keselesaan manusia ataupun
harta benda.

Faktor pencemaran

6
AKTIVITI HARIAN
Isi rumah menyumbang kepada pencemaran melalui
penggunaan tenaga untuk mesin dan perkakas elektrik
seperti peti sejuk. Peti sejuk dan penyaman udara bukan
sahaja menggunakan banyak tenaga tetapi alat-alat ini juga
mencemarkan udara apabila cecair penyejuk yang
digunakan melepaskan Klorofluorokarban (CFC) ke udara
seterusnya menipiskan lapisan ozon. Peralatan rumah
seperti penyembur aerosol yang mengandungi CFC juga
adalah punca pencemaran udara.

PEMBAKARAN TERBUKA
Pembakaran pokok tua di kawasan ladang untuk tujuan
penanaman semula banyak partikel jelaga. Partikel jelaga
ini boleh diterbangkan pada jarak yang jauh oleh angin dan
inilah punca jerebu yang kerap menyelubungi ruang udara
Malaysia. Api dari pembakaran ini bukan sahaja
menghasilkan asap yang mencemarkan tetapi ia juga
memusnahkan segala fauna dan flora di sekitarnya.

PENJANAAN KUASA
Hampir kesemua tenaga elektrik dihasilkan dengan
membakar bahan api fosil seperti gas asli, minyak dan
arang batu. Loji-loji janakuasa jenis ini mempunyai tahap
kecekepan antara 35 dan 40 peratus di mana tenaga
selebihnya bertukar menjadi haba. Pada masa ini, Malaysia
menjana 86 peratus keperluan tenaga elektriknya melalui
loji janakuasa konvensional manakala baki 14 peratus
dihasilkan oleh stesen janakuasa hidro.

KENDERAAN MOTOR
Masyarakat moden amat bergantung kepada pengangkutan
bermotor seperti kereta, lori dan keretapi. Setiap
pergerakan kenderaan motor menggunakan tenaga yang
banyak dan hampir kesemuanya dihasilkan dengan
membakar bahan api fosil, yang menghasilkan asap dan

7
bunyi bising yang membawa kesan buruk kepada keadaan
setempat. Kualiti udara persekitaran amat bergantung
kepada jenis sistem pengangkutan yang digunakan, jenis
sumber tenaga, tahap teknologi enjin dan juga jumlah
tenaga yang diperlukan. Di dalam sektor pengangkutan,
kenderaan motor adalah penyumbang utama kepada
pencemaran udara. Penggunaan pengangkutan awam akan
mengurangkan impak pencemaran ke atas alam sekitar.
Dalam tahun 2004, 14 juta kenderaan berdaftar digunakan
di Malaysia, angka ini dua kali ganda berbanding dengan
sedekad lalu. Angka ini akan terus meningkat dari tahun ke
tahun dengan meningkatnya pendapatan, pemindahan luar
bandar ke bandar dan kekurangan kemudahan
pengangkutan awam yang cekap.

Contoh foto….

8
Kesan pencemaran

Kepada tumbuhan
Kesan kepada tumbuhan adalah seperti mengalami
kerosakan seperti nekrosis (keguguran daun), klorosis
(pertukaran warna), dan pertumbuhan terbantut.

9
Kesan ini akan menyebabkan bumi kekurangan sumber
makanan dan ekonomi sebahagian daripada penduduk juga
terganggu.

Kepada haiwan
Haiwan akan terancam atau mati akibat dari pencemaran
udara. Ini disebabkan dari udara yang memasuki paru-paru
haiwan dan makanan dari sumber tumbuhan yang tercemar
kesan pencemaran udara.

Kesan rumah hijau dan pemanasan global


Kesan yang paling ketara dan sedang hangat dibincangkan
oleh seluruh negara kini adalah kesan pemanasan global
yang disebabkan oleh kesan rumah hijau. Kenaikan suhu
bumi dan penipisan lapisan ozon menjadi punca kepada
pemanasan global yang dapat dirasakan oleh seluruh dunia.

Penyusutan lapisan ozon juga menyebabkan kejadian


pemanasan global ini. Kesanya adalah permukaan bumi
menjadi panas, ekosistem terganggu, banjir berlaku secara
kerap dan juga berlakunya kejadian alam yang tidak
normal.

Langkah mengatasi

Pengasing Elektrostatik
Alat ini menggunakan daya elektrostatik untuk
mengasingkan partikel udara. Misalnya,
apabila sesuatu benda dicas, maka ia mempunyai daya
elektrostatik dan mampu menarik bendasing. Pengasing

10
elektrostatik menggunakan prinsip ini untuk menarik
partikel-partikel kecil dari udara. Contohnya, apabila
cerobong kilang dicas, asap yang mengandungi partikel
kecil akan ditarik oleh daya ini dan melekat di tepi
cerobong.
Modal experimen adalah seperti berikut. Partikel-partikel
kecil tidak dapat dinaikkan.
Oleh itu, Prinsip Bernoulli terpaksa diaplikasikan.

Penampalan Ozon
Bahagian ozon yang berlubag boleh ditampal dengan
mengionkan oksigen di atmosfera melalui penggunaan
belon helium.
Selain itu, menembak peluru ozon dengan menggunakan
kapal terbang mampu menampal ozon.

Perundangan
Pelbagai undang undang digubal dengan tujuan mengawal
kualiti alam sekitar. Contohnya,
Akta Kualiti Alam Sekitar 1974,1985(pindaan)
Peraturan ini dibahagikan kepada 6 bahagian. Antaranya
ialah, Peraturan Kenderaan Bermotor dan Peraturan Kualiti
Alam Sekitar.

Peraturan Kenderaan Bermotor (Kawalan perlepasan


asap,1977)
Peraturan ini menghadkan perlepasan asap kenderaan iaitu
dihadkan kepada 50 HDU.

Peraturan Kualiti Alam Sekitar (Udara Bersih,1978)


Di bawah peraturan ini, Jarak industri dengan kawasan
kediaman di hadkan kepada 1000 meter.

Penggunaan CFC
Kloroflorokarbon (CFC) adalah bahan yang stabil dan
dikenali dengan nama am freon. Permusnahan lapisan ozon
adalah disebabkan oleh atom klorin. Bahan-bahan aerosol

11
biasanya dimampatkan ke dalam tin-tin di bawah tekanan
tinggi. Kloroflorokarbon (CFC) digunakan sebagai mangkin
dalam proses itu. Selain itu, CFC digunakan dalam peti
sejuk, penghawa dingin dan sebagainya sebagai bahan
rejan(propellant), pembentukan buih, dan alat pemadam
api. Sebenarnya, pemusnahan lapisan ozon dilakukan oleh
atom klorin. Didapati satu molekul CFC mampu
memusnahkan 1000 molekul ozon.
Oleh itu, sumber alternatif harus digunakan untuk
menggantikan kloroflorokarbon misalnya dengan
hidrokloroflorokarbon (HCFC) .

kesimpulan

Malaysia sememangnya sebuah negara yang berkembang


pesat serta maju dalam pelbagai bidang.Namun dalam
kepesatan pertumbuhannya itu,ramai yang tidak menyedari
bahawa ia juga membawa kesan sampingan terhadap alam
sekitar.Kegiatan-kegiatan perusahan atau perkilangan asap-
asap menyebabkan pencemaran udara dan pembuangan

12
toksik menyebabkan pencemaran air.Selain itu,kegiatan
pembangunan dan penerokaan hutan telah mengganggu
sistem ekologi bumi dan mengakibatkan hakisan
tanah.Terdapat punca-punca lain yang menyebabkan
pencemaran alam,seperti kegiatan pengangkutan yang
mencemarkan udara dan air,kegiatan perladangan dan
sebagainya.

Sebenarnya,punca utama kemusnahan alam sekitar adalah


rekaan manusia yang tidak mempunyai nilai peka terhadap
isu-isu sosial dalam masyarakat.

Sayang pada alam sekitar, patuh kepada undang-


undang,bertanggung jawab,boleh membuat
pertimbangan.Maka,manusialah yang perlu rasional
menangani keadaan ini.

Lampiran

13
14
Bahan rujukan

Media cetak
Buku teks geografi tingkatan 1

Media elektronik
Internet
 http://lttan.tripod.com/langkah.htm
 http://ms.wikipedia.org/wiki/Pencemaran

foto
buku teks geografi tingkatan 1

15
Penghargaan

Pertama sekali, saya ingin melahirkan syukur ke hadrat


Allah di atas segala petunjuk dan hidayah-Nya.
Alhamdulillah, folio ini telah berjaya disiapkan dengan
ilham, kurnia dan petunjuk yang telah dianugerahkan oleh-
Nya.

Kepada rakan-rakan khususnya, yang telah banyak


membantu dan memberikan kerjasama kepada saya dalam
mencari bahan-bahan penting bagi digunakan dengan
tujuan menyempurnakan kajian kursus ini.

Seinfiniti perhargaan dan ucapan terima kasih yang tidak


terhingga kepada Cik Suriati selaku guru matapelajaran
saya yang terlalu banyak membantu, membimbing dan juga
sebagai pemudahcara saya sepanjang proses menyiapkan
folio ini. Tanpa tunjuk ajar yang begitu jitu dan padu
daripada beliau, mana mungkin saya akan dapat
menghasilkan satu folio yang baik.

Jutaan penghargaan juga diucapkan kepada semua yang


terlibat secara langsung ataupun tidak langsung dalam
pembikinan folio ini.

16
17

You might also like