You are on page 1of 9

PSV3010 Pengurusan Kurikulum PSV KBSR Mac 2008

1.0 Pengenalan

Seni dalam pendidikan menjurus kepada seni visual, seni muzik dan seni
pergerakan. Mata pelajaran seni khususnya Pendidikan Seni Visual lebih
menegaskan aspek pemahaman, penghayatan dan kritikan. Proses ini
menyentuh nilai estetika dan daya kreativiti individu, persepsi, imaginasi dan
konsepsi murid. Kanak-kanak dilahirkan dengan mempunyai sifat yang dinamik
serta berkembang mengikut fitrah semula jadi proses tumbesaran mereka. Karya
seni visual yang dihasilkan berfungsi sebagai alat komunikasi dan merupakan
refleksi pemikiran kanak-kanak. Penganjuran aktiviti seni visual yang tersusun
dan terancang dapat melahirkan kanak-kanak yang mempunyai keupayaan
menyelesaikan masalah serta mampu membuat penilaian dan bijak membuat
keputusan. Murid boleh mempertingkatkan dan menajamkan penggunaan
pancaindera dan deria melalui proses penghasilan karya seni, produk serta objek
yang terdapat di sekeliling mereka.

Daoed Yoesoef (1980) menyatakan bahawa seorang guru mempunyai


tiga tugas utama iaitu tugas profesional, tugas manusiawi dan tugas
kemasyarakatan (sivic mission). Secara umumnya, tugas profesional seorang
guru adalah berkaitan dengan logika dan estetika, manakala tugas kedua dan
ketiga pula berkaitan dengan etika. Tugas-tugas profesional seorang guru ialah
menyampaikan ilmu pengetahuan dan nilai-nilai lain yang belum diketahui anak
didik dan sewajarnya diketahui oleh mereka. Tugas manusiawi pula adalah
tugas-tugas mendidik anak murid agar menjadi manusia yang berguna kelak.
Tugas-tugas manusiawi itu termasuklah transformasi diri dan pencarian identiti.
Tugas kemasyarakatan pula merupakan konsekuensi guru sebagai warganegara
yang baik serta melaksanakan tanggungjawab yang telah digariskan oleh
bangsa dan negara. Hal ini sejajar dengan gelaran “jurutera masyarakat” yang
diberikan kepada golongan pendidik dewasa ini.
PSV3010 Pengurusan Kurikulum PSV KBSR Mac 2008

Setiap guru Pendidikan Seni Visual yang telah melalui latihan profesional
(initial training) sewajarnya menguasai beberapa disiplin ilmu untuk
disampaikannya di sekolah kelak melalui jalur pendidikan. Seseorang itu tidak
mungkin dianggap guru seni yang cemerlang sekiranya dia tidak menguasai
pengetahuan tentang seni dengan baik. Namun begitu, hal ini bukanlah
bermakna seseorang yang menguasai ilmu seni dengan baik dapat menjadi guru
seni yang cemerlang. Segalanya bergantung kepada kebolehan seseorang guru
itu menguasai seni mengajar (art of teaching). Selain mengajar, seorang guru
seni juga berperanan sebagai pengurus, pembimbing, motivator, pemudah cara
(fasilitator) dan inisiator bagi meningkatkan lagi kepekaan, kreativiti, daya
imaginasi murid untuk mencapai pembelajaran optimum, menyeluruh dan
menyeronokkan.
PSV3010 Pengurusan Kurikulum PSV KBSR Mac 2008

2.0 Peranan Guru Pendidikan Seni Visual

2.1 Guru Sebagai Pengurus

Peranan utama Guru Pendidikan Seni Visual ialah bertindak sebagai pengurus.
Apa yang dimaksudkan dengan pengurus? Guru perlu menjalankan tugas-tugas
pengawasan (supervisor) serta tugas-tugas yang berkaitan dengan
mendisiplinkan murid-murid agar patuh kepada peraturan sekolah serta norma
hidup dalam keluarga dan masyarakat (W.F. Connell, 1972). Takrifan ini
membawa maksud guru perlu memainkan peranan sebagai pengurus bukan
sahaja dalam pentadbiran sekolah malah menjadi pengurus kepada pelajar
dalam proses P & P. Antara perkara-perkara yang perlu diuruskan oleh seorang
guru seni ialah:

1) Menguruskan rutin bilik darjah.

2) Mengurus murid-murid supaya menjalankan tugasan harian.

3) Mengurus murid-murid supaya mematuhi peraturan bilik darjah.

4) Mengurus keadaan fizikal bilik darjah.

5) Mengurus aktiviti kumpulan.

6) Mengurus karya dan hasil kerja murid.

7) Mengurus sumber, alat dan bahan Pendidikan Seni Visual.

8) Mengurus bilik seni dengan sempurna dan sistematik.

9) Menguruskan dan mewujudkan suasana pengajaran dan pembelajaran


seni yang menyeronokkan.

10) Mewujudkan suasana bilik darjah yang kondusif.


PSV3010 Pengurusan Kurikulum PSV KBSR Mac 2008

2.2 Guru Sebagai Pembimbing

Antara lain, guru Pendidikan Seni Visual berperanan sebagai pembimbing dalam
pengalaman belajar. Setiap guru seni berperanan memberikan pengetahun baru
kepada murid mengenai seni, menambah baik pengalaman sedia ada serta
mencungkil bakat dan memupuk minat murid terhadap mata pelajaran Seni
Visual. Proses bimbingan (fasilitasi) berlaku apabila ia dijalankan didalam
kumpulan di mana peserta digalakkan mengambil tanggungjawab di dalam hasil
pembelajarannya (Van Maurik, 1994). Menurut beliau juga, peranan guru adalah
untuk mewujudkan kelas yang bersifat interaksi kolaboratif dikalangan pelajar.
Sebagai pembimbing, seseorang guru itu perlu peka terhadap tingkah laku dan
perkembangan spiritual murid dalam P & P Seni Visual. Sebagai contoh, jika
seorang guru itu ingin mengajar murid-muridnya melukis pemandangan di tepi
pantai, guru tersebut perlu mengetahui pengetahuan sedia ada murid-murid
mengenai suasana di tepi pantai. Kemudian, guru perlu membimbing murid-
murid melukis gambar tersebut dengan memberikan input-input baru mengenai
perkara tersebut. Seterusnya, murid-murid akan melaksanakan tugasan tersebut
dengan bimbingan guru.

Seorang guru yang berperanan sebagai pembimbing perlu mempunyai


sikap-sikap berikut untuk membimbing murid-murid dalam P & P Pendidikan Seni
Visual:

1) Bersopan santun

2) Menghormati pandangan murid

3) Peramah

4) Jujur

5) Prihatin
PSV3010 Pengurusan Kurikulum PSV KBSR Mac 2008

Bimbingan dan dorongan guru akan membantu murid-murid memahami dengan


lebih jelas mengenai sesuatu konsep seni visual. Selain itu pembelajaran secara
bimbingan akan memupuk nilai instrumental seperti berdikari, rasional, berani
dan bersemangat semasa menghasilkan karya seni visual.

2.3 Guru Sebagai Motivator

Pembelajaran yang berkesan dalam bilik darjah bergantung kepada kebolehan


guru untuk mengekalkan minat pelajar (Erickson, 1978). Pendapat ini
dikemukakan oleh seorang tokoh yang tidak asing lagi dalam kajian dunia
pendidikan. Apakah kebolehan yang dimaksudkan oleh tokoh tersebut?
Kebolehan yang dimaksudkan merujuk kepada kebolehan seseorang guru
memotivasikan murid-murid yang diajar. Dalam P & P Seni Visual, guru perlu
berperanan sebagai motivator untuk memupuk minat mereka terhadap isi
pelajaran yang disampaikan dan persepsi mereka tentang kepentingan dan
kegunaannya dalam kehidupan seharian. Selain itu, motivasi guru juga dapat
meningkatkan keyakinan diri murid dan memupuk perasaan ingin membuat yang
terbaik dalam penghasilan karya seni.

Bagaimanakah seorang guru seni dapat memotivasikan pelajar dalam


pengajaran dan pembelajaran Seni Visual?:

1) Memberi komentar yang positif.

2) Wujudkan persaingan yang positif dan kerjasama di kalangan murid.

3) Memilih alat dan bahan.

- Murid seharusnya diberikan peluang untuk memilih bahan dan alatan


yang boleh digunakan untuk pelbagai aktiviti seni visual.
PSV3010 Pengurusan Kurikulum PSV KBSR Mac 2008

4) Masa
- Rancang pelajaran dengan baik dan teratur supaya murid mempunyai
masa yang cukup untuk berfikir, membuat eksperimentasi, dan
meneroka.
5) Rangsangan
- Pamerkan hasil karya murid sebagai satu bentuk sokongan
berterusan.
- Pameran hasil karya murid boleh merangsang pelajar untuk
menghasilkan banyak lagi hasil karya seni visual.
6) Pengajaran dan Pembelajaran Fleksibel
- Guru pendidikan perlu fleksibel dalam proses pengajaran. Mereka
seharusnya bersedia untuk mengubah cara mengajar mengikut minat
idea dan cadangan daripada murid.
7) Hormat-menghormati
- Guru pendidikan seni visual perlu mempunyai sikap menghormati
murid dan menghargai sumbangan dan komitmen yang ditunjukkan
8) Memberikan Galakan dan Motivasi
- Elakkan daripada mengkritik keterlaluan sehingga pelajar patah
semangat dan tidak berminat untuk meneruskan penghasilan karya.
9) Penghargaan
- Galakkan dan berikan penghargaan kepada murid di atas usaha dan
komitmen yang mereka berikan di dalam kelas.
PSV3010 Pengurusan Kurikulum PSV KBSR Mac 2008

2.4 Guru Sebagai Pemudah Cara

Sebagai seorang guru seni yang cermerlang, kita perlulah mengambil kira
kaedah penyampaian ilmu yang berkesan dan mudah untuk difahami oleh murid-
murid. Menurut Joyce, B., & Weil, M., (2003), hasil pengajaran yang paling
penting sekali mungkin adalah meningkatkan kebolehan murid-murid untuk
belajar dengan lebih mudah dan berkesan kelak akibat perolehan pengetahuan
dan kemahiran serta pengusaan proses pembelajaran. Hal ini bermaksud,
pembelajaran yang mudah akan memberi kesan yang lebih mendalam dan
mudah difahami oleh murid. Bagaimana untuk mewujudkan pembelajaran yang
mudah dan berkesan?

Dalam proses P & P Seni Visual, guru perlulah berperanan sebagai


pemudah cara. Sebagai contoh, sekiranya guru mahu mengajar murid membuat
kain rentang bagi menyambut hari merdeka. Seperti yang kita ketahui, kreativiti
murid sekolah rendah masih di tahap sederhana. Bagi menyempurnakan
tugasan ini, agak sukar sekiranya guru tidak memberi bantuan yang sewajarnya.
Justeru, bagi peringkat permulaan ini, guru perlu bertindak sebagai pemudah
cara. Guru boleh menyeidakan “wording” yang sesuai untuk membuat kain
rentang tersebut. Murid-murid hanya perlu menekap huruf-huruf yang telah
disediakan oleh guru. Dengan cara ini, murid-murid akan berasa mudah untuk
menguasai kemahiran asas membuat kain rentang.
PSV3010 Pengurusan Kurikulum PSV KBSR Mac 2008

2.5 Guru Sebagai Inisiator

Apa yang dimaksudkan dengan inisiator? Inisiator bermaksud individu yang


sentiasa berusaha dan mempunyai jalan untuk berusaha. Guru seni sewajarnya
mempunyai inisiatif untuk menyampaikan ilmu seni visual kepada murid-
muridnya secara berkesan. Apabila seorang guru itu menunjukkan kesungguhan
dalam melaksanakan P & P, pasti murid-murid akan turut berusaha untuk
melaksanakan yang terbaik dalam penghasilan karya seni.

Apakah usaha-usaha yang wajar dilakukan oleh seorang guru seni?

1) Merancang aktiviti seni yang menyeronokkan dan boleh disertai oleh


semua murid.

2) Merangsang murid mengambil bahagian secara aktif dalam P & P.

3) Memahami dinamika kumpulan.

4) Membantu murid memperkembangan ilmu seni.

5) Menggunakan pelbagai kaedah dan teknik yang memudahkan murid


menjalani aktiviti P & P seni mereka.

6) Menggubah dan menyesuaikan strategi P & P yang dapat menarik


perhatian murid.

Bagaimanapun terdapat pelbagai lagi usaha yang boleh ditonjolkan oleh para
guru seni. Peranan inisiator yang ditunjukkan oleh seseorang guru seni secara
tidak langsung akan mempengaruhi murid-muridnya untuk turut berusaha
melakukan yang terbaik dalam penghasilan karya seni.
PSV3010 Pengurusan Kurikulum PSV KBSR Mac 2008

3.0 RUMUSAN

Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) merupakan penyataan yang


menjadi penentu arah haluan, asa serta sumber inspirasi kepada semua usaha
dan rancangan dalam bidang pendidikan. Penghayatan terhadap FPK
merupakan tunjang kepada pelaksanaan program dan kegiatan pendidikan yang
meliputi semua bidang kurikulum dan kokurikulum dalam institusi pendidikan
khususnya sekolah.

Sekolah memainkan peranan dominan dalam usaha ke arah pencapaian


falsafah dan matlamat pendidikan seperti yang terkandung dalam FPK. Suasa
persekolahan yang memberi peluang kepada pelajar mendapat pengalaman
hidup dalam menghadapi masalah, bertukar-tukar pendapat, membina
persefahaman dan kerjasama antara satu sama lain perlulah diwujudkan. Di
samping itu, suasana bilik darjah sewajarnya boleh menarik minat dan dapat
menggalakkan pelajar berfikir, menyoal serta mengeluarkan buah fikiran secara
lisan dan bertulis.

Perhatian yang wajar juga perlu diberikan kepada perkembangan murid


secara menyeluruh dan bukannya menitikberatkan satu-satu aspek tertentu
sahaja secara terpisah-pisah. Kaedah ini sesungguhnya dapat membantu
meningkatkan perkembangan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan
jasmani pelajar.

Pengitlakkannya, semua pihak sewajarnya bersama-sama berusaha


untuk mencari formula yang terbaik bagi merealisasikan Falsafah Pendidikan
Kebangsaan dengan jayanya. Usahlah bersikap seperti enau dalam belukar,
melepaskan pucuk masing-masing. Sesungguhnya, sikap tidak
bertanggungjawab ini akan meranapkan impian untuk menjadikan pendidikan di
Malaysia sebagai satu sistem pendidikan bertaraf dunia.

You might also like