P. 1
Etika Dan Keselmatan Komputer

Etika Dan Keselmatan Komputer

5.0

|Views: 4,449|Likes:

More info:

Published by: Dyana Baharom ديانابهاروم on Sep 04, 2010
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOC, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

09/04/2015

pdf

text

original

1.

0 PENDAHULUAN Sememangnya keselamatan dalam penggunaan komputer,lebih-lebih lagi pada zaman arus globalisasi ini adalah sangat wajar dan penting sekali.Ini adalah kerana dengan komputer berbagai-bagai perbuatan jahat boleh dilakukan jadi sebagai pengguna atau user kita haruslah mengambil tahu tentang keselamatan dalam penggunaan komputer agar tidak berlaku perkara-perkara yang akan mengganggu keamanan dan hak-hak privasi kita.Seharusnya kita semua sedar akan kepentingan keselamatan komputer.Kebanyakkan orang hanya memandang remeh akan hal ini.Mereka tidak tahu yang kini melalui komputer pelbagai jenayah cyber boleh berlaku samaada kita sedar atau tidak.

Ini ditambah pula dengan sistem penggunaan Internet yang makin berleluasa, Internet yang sebenarnya boleh memberi pengetahuan menyeluruh mengenai pelbagai perkara nyata telah disalahguna oleh banyak pihak untuk tujuan tidak berfaedah. Sejauh manakah kesan buruk ini akan merosakkan generasi muda negara? Adakah kita akan membiarkan saja, kerana berpendapat ini adalah akibat daripada impak globalisasi seperti yang diwar-warkan kerajaan? Jadi disinilah peri pentingnya keselamatan dan etika dalam penggunaan komputer agar masalah-masalah yang lain tidak timbul.

Masyarakat perlu sedar Internet bertujuan mempermudah urusan dan untuk memperkaya ilmu, serta menjadi medan pertukaran pendapat dan idea. Kita perlu ingat, dalam mengejar arus globalisasi yang semakin pantas, dan untuk melengkapkan diri seiring dengan negara maju yang lain,kita juga perlu

1

mempunyai etika lebih-lebih lagi dalam penggunaan komputer di dalam dunia internet. Setiap orang mempunyai tujuan yang berbeza-beza dalam menggunakan internet. Ada yang menggunakannya untuk mendapatkan informasi, melakukan pekerjaan, download lagu, hiburan dan lain-lain. Intinya kegiatan di dunia maya ini tanpa batas, kita dapat menngunakannya secara bebas sesuai dengan keperluan. Tapi, walaupun bebas kita juga harus mempunyai etika dan berhati-hati dalam menyimpan data sama ada dalam komputer mahupun internet.

Terdapat pelbagai isu etika yang berkaitan dengan penggunaan komputer yang masih menjadi satu kebimbangan dalam apa jua mod aktiviti. Isu keselamatan komputer juga penting kerana kebarangkalian jenayah dilakukan oleh pengguna komputer yang dipercayai.Jadi sebagai rakyat Malaysia yang bijak, kita hendaklah cuba mewujudkan satu budaya Internet yang sihat dan memandang akan kepentingan menjaga keselamatan komputer dalam usaha kita memperlengkapkan diri sebagai seorang yang berilmu dan berpengetahuan. Ini membolehkan kita terus bersaing dalam dunia yang dikuasai dan dimonopoli oleh pelbagai teknologi terkini yang menggerak pembangunan dan kemajuan sesebuah negara.

2

2.0

PENGENALAN KESELAMATAN KOMPUTER 2.1 Definisi Keselamatan Komputer

Keselamatan komputer boleh ditakrifkan sebagai menjaga keamanan atau kesejahteraan komputer kita sama ada dari segi sistem dan perisian,data mahupun perkakasan. Keselamatan komputer juga bermaksud amalan melindung sistem komputer dari kegagalan, ancaman, risiko dan kelemahan dari pelbagai sudut seperti kesalahan manusia atau operasi, serangan dan bencana alam yang boleh menyebabkan maklumat menjadi terdedah atau maklumat dipinda secara tidak sah, kemusnahan atau denial-of-service. . 2.2 Matlamat menjaga keselamatan komputer

Seperti yang kita tahu,menjaga keselamatan komputer adalah sangat penting agar komputer kita sentiasa berada dalam keadaan yang baik.Kesejahteraan komputer kita bergantung kepada kita jadi sebagai pengguna kita haruslah menggalas tanggungjawab ini dengan baik.Antara matlamat penjagaan keselamatan komputer adalah : • • • • • Agar apa yang kita lakukan atau simpan selamat dan tidak hilang Agar komputer mahupun sistem dan perisian kita tidak rosak Agar kita sahaja yang berhak menggunakan ,mengakses atau mengubahsuainya. Supaya perkakasan komputer kita berada dalam keadaan yang baik Agar keselamatan pengguna berada dalam keadaan selamat

3

2.3

Asas Keselamatan Komputer

Fungsi komputer yang mana bekerja dalam bentuk digital(1 dan 0),mnyebabkan ia mudah di tembusi dan sering terdedah kepada bermacam-macam ancaman maka dengan itu, pengguna perlulah mengetahui tentang ancaman-ancaman dan keselamatan dalam menggunakan komputer. Ancaman ini memberikan kesan yang besar kepada kita lebih-lebih lagi jika kita adalah seorang ahli perniagaan yang sentiasa bekerja dengan komputer.Kerugian besar mungkin berlaku.samada dari segi wang,harta,masa dan sebagainya.Dimana-mana sahaja,keselamatan terhadap komputer adalah amat dititikberatkan walaupun kita ini tidak terlibat dalam perniagaan.Malahan sebagai pelajar,kita juga perlu menitik beratkan keselamatan ini agar data-data dan kerja kita tidak hilang atau dicuri rakan. Keselamatan komputer juga meliputu 4 perkara asas iaitu kerahsiaan,integriti,kesediaan dan penggunaan yang betul.

Kerahsiaan-mencegah maklumat rahsia dibaca atau diketahui oleh org yg tidak berdaftar.Jenis capaian-boleh baca, lihat,cetak atau dgn hanya mengetahui kewujudan sesuatu objek atau aset dlm sistem komputer.

Integriti-mencegah sebarang ubah suai oleh org yg tak berdaftar. Jenis ubah suai: menulis, mengubah, menukar(status), hapus atau cipta.

Kesediaan:org yg berdaftar tidak sepatutnya dihalang dari maencapai suatu aset/data selagi beliau mempunyai capaian yang dibenarkan.

Penggunaan yang betul: org yg berdaftar menggunakan sistem komputer dgn cara betul atau dibenarkan. Jika diikuti, ini boleh mengelak kegagalan sistem, jenayah komputer atau kerosakan akibat kecuaian manusia

4

3.0 ANCAMAN KOMPUTER Apakah itu ancaman?ancaman/threat adalah suatu keadaan yang berpotensi yang membenarkan sistem komputer kita untuk dirosakkan. Terdapat 2 jenis ancaman iaitu ancaman aktif dan juga pasif.

ANCAMAN AKTIF

ANCAMAN PASIF

penceroboh bukan sahaja memerhati data atau maklumat sulit tapi mengubahnya atau menghapuskan data atau maklumat tersebut.

penceroboh cuma memerhati data atau maklumat tanpa mengubah atau menghapus tetapi mengambil keuntungan dari maklumat tersebut samaada meniru atau mencuri idea.

Interception(aktif)-iaitu orang yang tidak dikenali melakukan kekacauan,mencuri data,dan merosakkan komputer

Interuption(pasif)-iaitu pencurian data melalui komunikasi.contohnya pengguna A menghantar data kepada pengguna B melalui email,tetapi semasa penghantaran antara penggunaA dan pengguna B,berlaku kecurian data.

5

Modification(aktif)-data yang dihantar antara penggunaA dan penggunaB telah diubah semasa penghantaran data antara pengguna A dan pengguna B.

Fabrication(aktif)-data yang dihantar antara pengguna A dan pengguna B telah ditambah iaitu buat apa yang takda didalam data,perlu menggunakan skill untuk mengubahnya..

Konsep seterusnya adalah vulnerability/kebocoran.Vulnerability merujuk kepada suatu perlindungan yang lemah kepada komputer yang mana ianya mudah untuk diserang.perlindungan haruslah diberikan perhatian kepada hardware/perkakasan,software/perisian,dan juga data.Serangan atau ancaman pada perisian pula ialah merosakkan perisian tersebut dengan cara menghantar virus untuk makan configuration. Configuration penting untuk mengerakkan perisian tersebut.Cara pencegahannya .kita perlu mempunyai contribution manager software utiliti yang menjaga software berkenaan. Ancaman pada data pula ialah kecurian,penghapusan,ataupun pegubahan data tersebut.

6

4.0 JENAYAH KOMPUTER 4.1 Definisi Jenayah Komputer

Jenayah membawa maksud aktiviti seperti kecurian, penipuan, pemalsuan, peras ugut dan sebagainya. Jenayah komputer pula melibatkan segala aktiviti jenayah yang biasa dilakukan seperti kecurian, penipuan, peras ugut dan segala aktiviti yang melibatkan jenayah.Walau bagaimana, definisi yang lebih baik dan komprehensif telah dibuat oleh Mr Donn B. Parker seorang penyelidik di dalam jenayah komputer dan keselamatan untuk SRI International di Menlo Park, California. Beliau menyatakan bahawa jenayah komputer adalah mana perlakuan yang mempunyai niat dan dikaitkan dengan komputer melalui apa-apa cara dan menyebabkan mangsa menderita atau boleh menyebabkan penderitaan, kerugian dan berterusan.Jabatan Kehakiman US menguatkan lagi definisi ini dengan mengatakan bahawa jenayah komputer adalah mana-mana aktiviti yang tidak sah dimana pengetahuan mengenai teknologi komputer digunakan untuk merealisasikannya.

4.2

Jenis-jenis jenayah komputer

Dalam dunia maya ini,sememangnya jenayah komputer adalah sesuatu yang tidak asing lagi.Terdapat berbagai jenis jenayah komputer.Antaranya ialah; • • cybervandalisma -gangguan sengaja,pencacatan,kemusnahan laman web ataupun sistem maklumat korporat. sniffer-memperhatikan segala kelakuan didalam rangkaian.yang mana menggunakan perisian tertentu.Segala e-mail mungkin boleh dilihat dan email tersebut boleh di ubah. • denial-of-sevice attacks(dos)-membanjiri server dengan ribuan permintaan palsu untuk menghancurkan rangkaian.Ini menyebabkan rangkaian

7

tersebut tidak dapat diakses oleh pengguna lain.Ini adalah amat bahaya kerana di dalam perniagaan,kegagalan sesuatu sistem maklumat itu untuk berfungsi menyebabkan kerugian yang tinggi.. • identity theft-pencurian maklumat peribadi seperti sosial ID , atau nombor kad kredit ,gambar,dan sebagainya daripada orang-orang yang tertentu,Mangsa kebiasaannya adalah orang yang berpengaruh dan terkenal.Ia bertujuan untuk menyamar sebagai orang lain bagi menarik pelanggan-pelanggannya. • phising- Phising ialah aktiviti penghantaran mesej email kepada pengguna yang mana memujuk pengguna untuk klik satu link didalam email berkenaan.kemudian pengguna akan dibawa ke satu laman web,yang mana laman web tersebut kelihatan seperti perniagaan sah dan meminta pengguna memasukkan data peribadi mereka.Sasaran phising biasanya ialah pelanggan bank. • hoax-adalah suatu maklumat yang mana menceritakan tentang sesuatu yang tidak benar ataupun palsu yang menyebabkan seseorang itu menjadi takut .Maklumat ini akan disebarkan di mana2 sahaja termasuklah sms dan sebagainya • • cetak rompak- Memuat turun sebarang perisian atau dokumen tanpa kebenaran pemilik asalnya.Contohnya seperti VCD cetak rompak. Menyebarkan virus-terdapat pelbagai jenis virus.Virus-virus ini disebarkan untuk merosakkan sistem komputer mahupun data.

8

4.3

Jenayah dan masalah moral dalam penggunaan komputer

4.3.1 Hacker Hacker ialah seseorang yang mempunyai minat dan pengetahuan yang mendalam terhadap sesuatu OS. Beliau selalunya adalah seorang pengaturcara komputer atau jurutera sistem yang 'advance' dalam sesuatu sistem komputer sehingga mampu mengenalpasti kelemahan-kelemahan sistem berkenaan melalui kaedah uji cuba yang dilakukan beliau. Maklumat yang di perolehi ini selalunya dikongsi secara terbuka melalui artikel-artikel yang ditulis dan dihantar kepada penerbit untuk siaran.. Mereka mempunyai kod etika tertentu dan tidak akan memusnahkan rangkaian sistem mahupun data. Mereka adalah pengaturcara yang cekap dan terlibat dalam aktiviti yang kreatif dan produktif.

4.3.2

Cracker

Cracker pula adalah mereka yang sengaja memecah masuk ke dalam sesuatu sistem atas tujuan khianat, sabotaj dan sebagainya. Keupayaan mereka adalah sama dengan hacker cuma yang membezakan ialah etika mereka. Cracker mudah dikenali berdasarkan tindakan mereka yang agresif dan merbahaya. Kaedah individu-individu ini memasuki ke dalam sesuatu sistem adalah berbagai. Teknik utama mereka ialah melalui password cracking. Bagaimanapun terdapat banyak kaedah lain yang lebih cepat yang digunakan mereka terutama dengan menguji cuba kelemahan sesuatu sistem melalui penghantaran arahan-arahan elektronik secara jauh terhadap sistem keselamatan mangsa.

9

Level Cracking: Untuk memecahkan password bukanlah satu kerja cepat dan mudah. Apatah lagi bagi passwword yang menggunakan 'one way encryption method' khususnya dalam operasi UNIX. Ini bermakna, selepas diencrypt, tiada lagi kaedah yang boleh membukanya, walaupun program asal yang digunakan.Bagaimanapun teknologi hacking yang semakin maju sejajar dengan kemajuan sistem security semasa, memungkinkan sesuatu password itu boleh dipecahkan walau sesukar mana ia dirahsiakan.

Peringkat-peringkat asas memecahkan password dalah seperti berikut: . Dictionary Attack - pemecahan password dilakukan melalui uji cuba password dengan senarai perkataan (word list) yang dikumpulkan dari berbagai sumber. Selalunya proses ini adalah yang paling cepat terutama sekiranya password asal itu merupakan perkataan yang sering digunakan seharian. . Hybrid Attack - menggunakan teknik di atas dan keupayaan program yang digunakan, senarai perkataan atau word list yang ada akan ditambah 2 perkataan atau nombor lain di hujung atau permulaannva . la aKan menambah kebarangkalian kejayaan pemecahan password memandangkan kecenderungan pengguna menambah sesuatu di hujung nama mereka sebagai password misalnya saya2004 . Brute Force Attack - teknik Inl a alah langkah terakhir dan yang paling menyeluruh dengan jaminan kejayaan 100 peratus. Yang menyukarkannya ialah masa!. Melalui teknik ini setiap huruf dari a-z, A-Z dan 0-9 serta ASCII character akan digunakan satu persatu sehingga mendapat jawapannya. Berdasarkan teori, teknik ini pasti menemui jawapan sesuatu password.

10

4.3.3

VIRUS KOMPUTER

Virus komputer di dalam istilah komputer ialah sejenis program parasit yang tertanam di dalam salah sebuah perisian atau program. Kebiasaannya ia disimpan atau terletak di kawasan tertentu di dalam disk yang dinamakan "boot sector". Apabila kita menjalankan/melarikan perisian yang dijangkiti virus tersebut atau cuba mengakses disk yang dijangkiti akan mengaktifkan virus tersebut. Virus boleh diprogramkan untuk melakukan pelbagai perkara termasuklah menyalin diri mereka ke dalam program lain, memaparkan maklumat tertentu di monitor, memusnahkan fail maklumat atau memadam kelesuruhan cakera keras "hard disk".

Disamping itu, virus komputer juga boleh diprogramkan untuk bertindak pada masa-masa yang tertentu atau pada hari yang telah ditetapkan. Virus yang paling digeruni sekali ialah virus Michelangelo yang menyebabkan kemusnahan yang amat besar pada tahun1991. Ia ditulis untuk diaktifkan pada harilahir penulis aturcara tersebut. Apabila pengguna menghidupkan komputer mereka yang telah dijangkiti pada hari tersebut, komputer akan mengformatkan "reformat" cakera keras, memadamkan segala maklumat dan perisian yang disimpan di dalam cakera keras tersebut .Tidak seperti virus yang menyebabkan selsema atau penyakit lain terhadap manusia, virus komputer tidak berlaku atau terjadi dengan sendirinya. Setiap virus harus diprogramkan. Tidak terdapat virus yang berfaedah. Kadangkala, virus komputer hanya ditulis untuk mengganggu. Terdapat sesetengah individu yang ingin memaparkan mesej tertentu untuk bergurau. Di dalam keadaan yang demikian, virus tersebut hanyalah bersifat untuk menggangu sahaja.

11

5.0 5.1

CARA-CARA MENJAGA KESELAMATAN KOMPUTER Pencegahan Dari Jangkitan virus

Untuk mencegah jangkitan virus tidaklah sukar seperti yang disangkakan. Kita hanya perlukan pengetahuan mengenai virus komputer dan beberapa perisian untuk mengatasinya. Perkara utama yang kita perlu ketahui ialah semasa komputer kita berada didalam keadaan bahaya jangkitan. Apabila virus komputer telah berada di dalam ingatan komputer, virus boleh memusnahkan perisian dan fail-fail data di dalam cakera keras anda. Cara yang paling mudah untuk mendapat jangkitan virus komputer ialah dengan bertukar-tukar perisian atau disk dengan orang lain. Bahkan, perisian yang baru dibeli dan masih dalam bungkusan juga dipercayai mempunyai virus komputer. Kaedah pencegahan yang terbaik ialah dengan menganggap semua disk yang anda temui mempunyai potensi dijangkiti virus. Untuk mengenal pasti virus komputer memerlukan perisian antivirus. Perisian ini mampu mengesan disk dan perisian yangdipercayai mempunyai virus dan memusnahkannya. Terdapat pelbagai perisian untuk mengesan virus ini.Kita juga perlulah kerap kali mengimbas PC kita dari serangan Trojan, Virus dan Sniffer. Begitu juga jangan download email attachment yang belum discan ke dalam PC terutama yang mengandungi '.com, .vb, .dll, .exe dihujung nama fail berkenaan kerana itu semua adalah virus.

5.1.1 Fail Pengenalan Virus (virus signature file) Kesemua perisian antivirus merujuk kepada pengkalan data yang menyimpan maklumat mengenai virus apabila memeriksa sesuatu fail yang dijangkiti. Oleh yang demikian, adalah penting untuk kita sentiasa mengemaskinikan "update" fail tersebut untuk mengesan virus-virus yang baru. Ini kerana hampir setiap hari, boleh dikatakan hampir lima ekor virus baru ditemui. Kebanyakan perisian

12

antivirus membenarkan kita mengemaskinikan fail tersebut. Walau bagaimanapun, terdapat perisian yang mudah untuk kita mengemaskinikannya dan juga sebaliknya. Sesetangah perisian seperti Norton Antivirus 2.0 dan PCCilin hanya memerlukan kita menekan satu butang sahaja. Segala proses lain akan dilakukan secara automatik. Sesetengah perisian juga memerlukan kita untuk mengemaskinikan fail secara manual. Terdapat juga sesetengah perisian seperti Dr Solomon yang menghantarkan fail update secara manual kepada pengguna Walau apa sekalipun perisian antivirus yang kita gunakan pastikan kita sentiasa mengemaskinikan fail pengenalan virus kita. Kita tidak dapat menjangka bagaimana tindakan yang akan dilakukan oleh virus pada masa hadapan. Mungkin ia mampu melakukan kerosakan/kemusnahan yang lebih besar lagi .

5.2

Menghalang password Cracker

Untuk menghalang 100 peratus serangan password cracker ini adalah sukar. Bagaimanapun sebagai panduan, berikut ini adalah beberapa panduan yang boleh digunakan: • Gunakan random password hasil daripada kombinasi nombor huruf kecil dan besar serta simbol (bagaimanapun utk sesetengah web account simbol tidak dibenarkan) misalnya xcWer4#5hgR&@ ) • • Gunakan semaksimum mungkin password yang dibenarkan serta pastikanbilangannya tidak kurang daripada 8 aksara. Sering menukar password sekurang-kurangnya sebulan sekali dalam LAN atau seminggu sekali dalam persekitaran internet.

13

• •

Jangan memberikan password kita kepada orang lain atau menulisnya di tempat yang mudah dilihat orang. Sebaiknya ingati password kita. Set kan pilihan lock worksation jika gagal mengemukakan password melebihi 5kali pada sistem keselamatan pc anda.

5.3

Gunakan Internet Firewall

Sebelum kita menyambungkan komputer kita ke Internet, kita sepatutnya memasang firewall. Ini merupakan suatu perisian atau perkakasan yang membantu menghalang penggodam, dan banyak jenis virus dan cacing (worms), daripada mengakses komputer anda. Firewall merupakan pertahanan barisan hadapan yang paling penting bagi keselamatan komputer. Kita juga harus menggunakan Windows® Update dan perisian antivirus untuk membantu melindungi PC kita.

5.4

Dapatkan Kemas Kini Komputer

Sekiranya kita sedang menggunakan Microsoft Windows 2000 Service Pack 3 (SP3) atau yang lebih baharu, kita boleh menggunakan kelebihan Kemas Kini Automatik, yang boleh memuat turun secara automatik kemas kini keselamatan Microsoft yang terbaharu semasa komputer kita terpasang dan tersambung kepada Internet. Sekiranya kita tidak pasti apakah versi Windows yang kita

14

sedang gunakan, kita boleh mengetahuinya dengan mengikuti arahan bagi menyemak versi sistem pengoperasian kita. Untuk menggunakan Kemas Kini Automatik bagi memuat turun dan memasang apa-apa kemas kini keselamatan masa hadapan yang penting daripada Microsoft : • • • • Klik Start, dan kemudian acu kepada Settings, dan kemudian klik Control Panel. Klik dua kali ikon Automatic Updates untuk membuka petak dialog Automatic Updates. Anda akan nampak suatu skrin seperti di bawah. Pada tab Automatic Updates, tanda pada petak yang bersebelahan dengan Keep my computer up to date. Pilih suatu pengesetan ,sebaikya pilih Automatically download the updates, and install them on the schedule that I specify. Sekiranya kita memilih opsyen untuk memuat turun dan memasang kemas kini secara automatik, pilih hari dan waktu komputer kita akan dihidupkan, supaya proses pemasangan boleh dilengkapkan.

15

5.5 5.5.1 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8.

Cara menjaga keselamatan computer dari segi perkakasan Cara-Cara Menjaga Keselamatan Cakera Liut Jangan meletak alat atau bahan yang berat di atas cakera liut. Jangan mendedahkan cakera liut pada haba yang sangat panas, cahaya Jangan meletak cakera liut berdekatan dengan medan magnet seperti Jangan makan, minum atau merokok berdekatan dengan cakera liut. Jangan membuka shutter cakera liut atau memegang permukaan Simpanlah cakera liut ke daiam bekas simpanannya. Masukkan cakera liut ke dalam pemacu dengan betul. Semasa lampu pemacu menyala, jangan menarik keluar cakera iiut.

matahari dan air. pembesar suara, telefon, headsets, monitors dan calculators.

rakamannya.

5.5.2 1. 2. 3.

Cara-Cara Menjaga Keselamatan Cakera Padat Jangan mendedahkan cakera'padat pada cahaya matahari atau haba yang Jangan menyentuh bahagian bawah permukaan cakera padat. Jangan menulis menggunakan pen mata bulat di permukaan atas cakera

sangat panas.

padat. Gunakan alat tulis seperti markerpen. 4. Jangan simpan cakera padat secara tindih menindih 5. 6. Jangan makan minum atau merokok berdekatan cakera padat. Pegang cakera padat dengan cara yang betul.

16

6.0

ASPEK-ASPEK DALAM KESELAMATAN KOMPUTER 6.1 Aspek keselamatan komputer

Keselamatan komputer meliputi empat aspek yang penting, iaitu tanggungjawab, keselamatan fizikal, keselamatan sistem dan keselamatan data. Peranan dan tanggungjawab merujuk kepada pengguna dimana kita harus memainkan peranan.Keselamatan fizikal merujuk kepada kesediaan infrastruktur dan peralatan untuk menjaga keselamatan pengguna, mencegah kehilangan atau kerosakan alat seperti gril, kawalan kunci, kestabilan elektrik, alat pemadam api.Keselamatan sistem merujuk kepada tindakan untuk melindungi sistem dan perisian aplikasi yang dipasang dalam komputer daripada kerosakan dan pencerohohan. Antara tindakan yang berkaitan dengan keselamatan sistem adalah pemasangan perisian antivirus, mewujudkan kata laluan untuk menghadkan akses kepada internet oleh pengguna.Keselamatan data merujuk kepada kaedah penyimpanan, penyebaran data dan kawalan akses maklumat.Berikut adalah aspek keselamatan komputer yang perlu ditikberatkan:

Antara aspek keselamatan komputer yang perlu dititikberatkan ialah, suhu dalam makmal komputer sebaiknya tidak lebih dari 40 ° C. Penggunaan alat pendingin udara adalah sangat tidak digalakkan kerana suhu yang terlampau sejuk mahupun panas pasti akan mengakibatkan kerosakan terhadap komputer tersebut.Komputer juga perlulah menggunakan alat pelaras arus efektrik seperti AVR atau UPS supaya voltan efektrik yang masuk ke komputer sentiasa terkawal dan stabil. Elakkan dari terfalu banyak menggunakan socket extension kerana dikhuatiri akan berlaku litar pintasan dan mengakibat computer kita rosak.

17

Bukan itu sahaja, jiika kita ingin memindahkan komputer, harus diingat sistem unit komputer agak sensitif jadi elakkan dari terhantuk, tergegar dengan kuat atau terjatuh.Ini adalah kerana apabila ianya berlaku,peralatan atau skrew yang berada dalam komputer mungkin akan tercabut . Komputer juga mungkin tidak akan dapat berfungsi lagi selepas itu.Kita juga tidak boleh makan ,minum atau meroko berdekatan dengan komputer sebenarnya.Contohnya,jika kita meminum air yang manis dan tiba-tiba air itu tertumpah,komputer kita pasti akan mengalami kejutan.Ini adalah kerana komputer dan barang-barang yang ada didalamnya amat sensitif terhadap,air,suhu mahupun gegaran

Selain itu,kita juga perlu memastikan computer kita sentiasa berada dalam keadaaan yang bersih.Kita perlu membersihkan komputer kita sekurangkurangnya 1 kali seminggu. Untuk kerja-kerja membersihkan habuk di bahagian dalam sistem unit kita perlulah menggunakan kain,bulu ayam atau sejenis alat yang dipanggil a-can.Kita juga perlulah menanggalkan 3-pin dari soket pada dinding setelah selesai menggunakan komputer dan jangan sesekali menyambung apa jua kabel peranti (termasuk tetikus dan papan kekunci) ke sistem unit tanpa sistem unit di shutdown terlebih dahulu. Jika perlu menyambung kabel-kabel ke sistem unit, lakukan secara berhati-hati supaya pin kabel tidak terbengkok, terpatah atau termasuk ke dalam.Aspek-aspek keselamatan ini haruslah diambil serius oleh para pengguna komputer agar keselamatan komputer sentiasa terjamin.

18

6.2

Aspek Keselamatan Perkakasan

1. 2.

Jangan membawa keluar sebarang perkakasan komputer dari makmal Jika ada bunyi yang ganjil atau terhidu sesuatu yang terbakar kenalpasti

tanpa kebenaran komputer yang terlibat dan segera putuskan bekalan kuasa di dinding yang bersambung ke komputer itu. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. Komputer yang rosak perlu diasingkan,dilabelkan dan dinyatakan perkara Imbas cakera liut sebelum digunakan untuk mengelakkan sebaran virus. Pastikan cakera liut disimpan dalam kotaknya atau bekas bebas dari Padamkan suis pencetak selepas digunakan. Pengguna dikehendaki melaporkan sebarang kerosakan perkakasan Kekisi pintu dan tingkap perlu dipasang untuk mengelakkan kecurian Sistem penggera kebakaran (sistem pengesan asap dan api) perlu yang rosak untuk tindakan seterusnya.

sebarang benda asing, habuk dan kekotoran.

kepada guru komputer. perkakasan berlaku. dipasang untuk mengelakkan kebakaran dari berlaku. 10. Pastikan disk cleaner dan cecair alkohol ada disimpan dalam makmal komputer untuk mencuci pemacu cakera yang kotor.

19

6.3

Aspek Keselamatan Pengguna

1.

Meja komputer diatur dengan baik dan tersusun, sistem unit diletak di

tempat yang sesuai dan mempunyai ruang yang mencukupi bagi semua alat peranti 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. Tempat duduk selesa, kerusi boleh dilaras mengikut keperluan pengguna Kabel-kabel komputer perlu diletakkan di belakang komputer atau di tempat Penapis cahaya monitor (glass filter) boleh digunakan untuk keselesaan Laraskan kedudukan monitor dengan mata ; monitor harus 18 ke 24 inci Pengguna perlu berehat selepas 2 jam menggunakan komputer dan melihat Pengguna dinasihatkan berehat sebentarjika mengalami sakit tengkok, sakit Pastikan makmal komputer dilengkapi dengan kotak pertolongan cemas. Jika perlu buka casing komputer untuk kerja penyelenggaraan, pastikan dan duduk tegak untuk hindar dari sakit pinggang. yang selamat dari laluan pengguna. dan keselamatan mata pengguna. jauh dari mata. kehiiauan di luar untuk melegakan pandangan mata. tulang belakang dan keletihan kedua-dua tangan.

sistem unit di shutdown dahulu, matikan kuasa elektrik dan tanggalkan plug. 10. Semasa membuat kerja penyelenggaraan, elak dari memakai tali leher, barang-barang kemas dan berambut panjang. 11. Perhatikan jika terdapat wayar kuasa yang terdedah;tukar mana-mana kabel kuasa yang rosak.

6. 4

Senarai Peraturan Makmal Komputer

20

1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9.

Pengguna tidak boleh masuk ke dalam makmal komputer tanpa izin atau Kemaskan makmal komputer sebelum keluar. Susun atur semula kerusi Laporkan sebarang kerosakan dengan segera kepada guru yang bertugas. Pastikan alat pemadarn api ada dan boleh digunakan. Pengguna dikehendaki sentiasa menjaga kebersihan makmal komputer. Semua pengguna dikehendaki mengikuti jadual Waktu Penggunaan Semua pengguna dikehendaki mencatat pada buku log / rekod penggunaan Pengguna dilarang melayari Internet pada alamat-alamat yang tidak Pengguna dilarang membuat bising, berlari-lari, bergurau senda, bertengkar

semasa ketiadaan guru. supaya kemas.

makmal komputer. makmal komputer senonoh (lucah). dan bergaduh dalam makmal komputer. 10. Pengguna komputer dilarang mengusik sebarang sambungan wayar pada komputer. 11. Pengguna dilarang membawa sebarang cakera perisian luar masuk ke dalam makmal kecuali dengan izin guru yang bertugas. 12. Pengguna dilarang membawa keluar sebarang perkakasan atau perisian dari makmal kecuali dengan izin guru yang bertugas. 13. Jika terdapat sebarang bunyi yang ganjil atau terbau sesuatu yang terbakar atau sebarang keadaan yang disyaki tidak normal, sila laporkan dengan segera pada guru yang bertugas.

7.0

ETIKA KOMPUTER 7.1 Definisi etika komputer

21

Etika komputer umumnya adalah satu bidang mengenai penggunaan komputer yang betul(panduan).Hak peribadi individu, ketepatan dan kesahihan maklumat, harta intelek dan capaian adalah antara isu/dilema yang membabitkan etika penggunaan komputer dalam era maklumat. Etika komputer juga boleh ditakrifkan sebagai panduan moral dalam penggunaan komputer dan sistem maklumat mengenai salah dan betul menggunakan komputer Kebanyakan pengguna komputer mewujudkan kod etika misalnya :- dilarang mengganggu kesulitan maklumat majikan - mengekalkan integriti sistem sepanjang masa - dilarang mengganggu kebersendirian orang lain - jangan melanggar undang-undang siber

7.2

10 Rukun Etika Komputer

Sepuluh perintah tersebut adalah panduan kepada pengguna dan professional dari Computer Ethics Institute seperti:: 1. Jangan menggunakan komputer untuk merugikan dan mebahayakan orang lain Dalam menggunakan komputer kita tidak boleh merugikan orang lain, misalnya menggunakan komputer untuk merompak sebuah bank, menggunakan komputer untuk membuat virus,menggunakan komputer untuk merosakkan sistem keamanan komputer seseorang.Sebagai pengguna kita patut sedar yang komputer adalah satu alat elektronik untuk membantu memudahkan kita jadi tidak seharusnya kita menggunakannya untuk melakukan jenayah. 2. Jangan melanggar atau mengganggu hak atau karya komputer orang lain Bagi pengguna komputer,diharapkan jangan mengganggu dan menggunakan komputer untuk mengganggu hak-hak orang lain,seperti meniru karya orang lai

22

atau ,menginstal sebuah program yang tidak dibenarkan. Kita seharusnya menghormati hak dan karya orang lainj. 3. Jangan menceroboh masuk fail komputer orang lain Sebagai pengguna komputer,kita tidak seharusnya menceroboh,mengintai atau memata-matai fail-fail komputer pengguna komputer lain tanpa pengetahuann mereka .Ini adalah satu kesalahan yang amat besa lebih-lebih lagi jika kita mengambil data milik orang lain yang bukan haknya,sebaiknya hal tersebut tidak dilakukan oleh penggun komputer kerana ianya sangat merugikan orang lain dan kegiatan ini biasa dilakukan oleh para Cracker dan Hacker yang tidak bertanggung jawab. 4. Jangan menggunakan komputer untuk mencuri Ini biasa digunakan oleh perompak dan pencuri yang biasanya menggunakan komputer untuk menggodam sistem keamanan sebuah bank,dan digunakan oleh para pengganas untuk mencari dana dengan menggodam identiti pribadi targetnya. 5. Jangan menggunakan komputer untuk memberikan kesaksian palsu Menggunakan komputer untuk menyebarkan berita-berita palsu dan memutar belitkan fakta,serta menguarkan informasi tentang seseorang yang semuanya berupa kebohongan,dan cenderung kepada pelanggaran hukum iaitu memburukkan nama baik seseorang adalah amat salah.Sebagai pengguna.harus diingat dengan memberikan kesaksian palsu apatah lagi menguar-uarkan cerita yang tidak benar adalah salah disisi undang-undang komputer.Jadi kita seharusnya sedar bahawa apa yang kita lakukan itu amatlah tidak berguna dan membuang masa.

6. Jangan menduplikasi atau menggunakan software tanpa membayar dahulu copyright nya

23

Ini yang biasa dilakukan masyarakat awam yang biasanya menduplikasi software atau data seseorang tanpa sumber yang dia ambil

7. Jangan menggunakan sumber dari komputer orang lain tanpa pengetahuannya Apabila kita ingin membuka computer orang lain,kita diharapkan meminta izin dari empunya terlebih dahulu.Ini adalah kerana jika kita membuka komputer tanpa izin,itu boleh dinamakan mengintai atau mungkin kita akan disalahtafsirkan oleh pengguna komputer itu.Dia mungkin mengagak kita ingin mencuri hasil kerjanya.Agar salah faham ini tidak berlaku lebih baik kita meminta kebenaran dahulu 8. Jangan mencuri atau mengambil hasil intelektual orang lain Kita tidak boleh mencuri dan mengambil sesuatu yang bukan hak kita contohnya seperti menduplikatkan sebuah software lalu memperbanyaknya dan kemudian di komersialkan.Ianya adalah salah satu jenayah dimana kita telah menjual software yang bukan milik kita.Ini akan merugikan pengguna komputer lain dan ia adalah perbutan yang amat kejam terhadap pemilik software tersebut. 9. Pertimbangkan kesan dari program yang dibuat atau sistem komputer yang dirancang Dalam membuat sebuah program hendaknya kita menilai sisi positif dan negatifnya,apabila program yang kita buat lebih banyak nampak buruknya lebih baik kita menghentikan membuat program itu agar perkara-perkara yang tidak diingini tidak berlaku.Bak kata pepatah mencegah lebih baik dari mengubati.

10. Gunakan komputer dengan timbang rasa dan hormat kepada manusia lain Dalam menggunakan komputer kita harus mempertimbangkan setiap sisi baik buruknya,jangan sampai kita merugikan pihak lain.

24

Apabila setiap pengguna komputer mahupun internet, menerapkan 10 etika dalam menggunakan komputer ataupun internet, pastinya keamanan dan kenyamanan bagi user mhaupun pengguna komputer atau internet lebih menyenangkan.

7.3

NETIKA-Etika Penggunaan Internet

"Etika Penggunaan Internet" atau dalam bahasa Inggerisnya dikenali sebagai "Acceptable Use Policy", ringkasnya AUP, disediakan bagi mendidik pengguna

25

mengenai tatacara penggunaan Internet yang baik di kalangan rakyat Malaysia.Pengguna Internet harus memahami bahawa akses Internet adalah satu keistimewaan (privileage) dan bukannya hak (right).Asas Internet ialah satu rangkaian komputer dengan jutaan pengguna di seluruh dunia yang dapat berhubung, berkongsi maklumat dan melakukan penyelidikan dalam pelbagai bidang. Internet seharusnya dilihat sebagai wadah yang menyediakan ruang bagi meningkatkan tahap kebebasan mendapatkan maklumat, iaitu satu hak asasi rakyat dalam sebuah masyarakat demokratik.Penggunaan Internet akan memberikan natijah yang baik sekiranya ia digunakan secara bertanggungjawab. Menginsafi bahawa Internet adalah wadah global tanpa sempadan dan tanpa tapisan, adalah penting bagi rakyat Malaysia untuk menghayati "Etika Penggunaan Internet" bagi membolehkan Internet dimanfaatkan sepenuhnya

.Menurut Zainuddin Zakaria(2004) Menulis email adalah sangat berbeza jika dibandingkan dengan menulis surat biasa ataupun semasa berbual melalui telefon.Ada beberapa perkara yang boleh dan tidak boleh dilakukan semasa kita ber komunikasi dengan email.Perkara-perkara ini mestilah dipatuhi sepanjang masa kerana ia sudah menjadi satu peraturan tidak rasmi yang di panggil netika.

26

8.0 RUMUSAN Keselamatan komputer sememangnya penting dan amat berguna bagi kita sebagai seorang pengguna komputer.Dengan menjaga keselamatan

27

komputer,segala perkakasan,perisian,sistem mahupun data-data kita akan berada dalam keadaan selamat.Semuanya ergantung kepada kita samaada mahu mengambil kira aspek-aspek keselamatan ini mahupun tidak. Sebagai pengguna,penting bagi kita untuk mengetahui cara-cara menjaga keselamatan.Antaranya kita boleh memasang perisian antivirus,meletakkan password dengan kata laluan yang sukar bagi penggodam untuk memecah masuk dan sentiasa update komputer kita.Bagi pengguna Internet pula,untuk menjaga hak-hak privasi mereka,para pengguna perlulah sedar apabila melibatkan diri dalam dunia Internet ini pastinya kita akan terdedah dengan pelbagai ancaman.Jadi sebelum menggunakan internet lebih baik kita berwaspada dan mengambil langkah berjaga-jaga agar tidak berlaku apa-apa perkara yang akan menyusahkan kita.

Untuk menghindarkan diri kita semua dari bahaya komputer ini,kita perlulah mempunyai etika yang betul dalam penggunaan komputer.Sekiranya para pengguna mengetahui dan mengamalkan etika-etika ini nescaya keselamatan dalam penggunaan komputer akan lebih terjamin.Jadi para pengguna pastinya akan menggunakan komputer dengan berhemah sambil memikirkan tentang orang lain juga.Sepertimana kita hidup perlulah mempunyai etika,begitulah juga dalam penggunaan internet dan komputer.

28

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->