You are on page 1of 6

LAPORAN PELAKSANAAN INTERNSHIP

NAMA PELAJAR: Tan Yee May

PROGRAM: 8 PISMP Sc 3

NAMA SEKOLAH: SK Puteri Pandan 2, KL.

NAMA PROJEK/ AKTIVITI: Kitar Semula

TEMPOH PELAKSANAAN: 12 Julai – 23 Julai 2010

OBJEKTIF:

1) Memberi pengetahuan kepada murid-murid tentang kitar semula.


2) Memberi kesedaran tentang kepentingan kitar semula.
3) Memupuk semangat kerjasama murid-murid dalam bilik darjah.
4) Memupuk sikap bertanggungjawab kepada bumi dan alam sekitar.
5) Menyenaraikan jenis-jenis bahan kitar semula.
6) Memberi peluang dan kesempatan kepada murid-murid untuk
menjalankan aktiviti kitar semula.

STRATEGI PELAKSANAAN:

1) Mengadakan taklimat ringkas berkaitan dengan kitar semula kepada


semua murid semasa gerak gempur pagi.

2) Memaparkan maklumat tentang pencemaran alam sekitar dan risalah-


risalah tentang kepentingan kitar semula di setiap kelas.

3) Menganjurkan pertandingan antara kelas yang berjaya mengumpul


bahan-bahan kitar semula terbanyak dan berkesan.

4) Memberi pengiktirafan kepada kelas yang menyumbang dan terlibat


secara aktif dalam melaksanakan program kitar semula ini.
5) Menjalankan aktiviti pungutan dan pengumpulan bahan kitar semula pada
hari penamat program ini.

6) Menyediakan beg plastik hitam dengan label kepada setiap kelas agar
mereka dapat mengkategorikan jenis-jenis bahan kitar semula mengikut
kumpulan yang betul misalnya kertas, plastik dan tin-tin aluminium.

7) Menghubungi agensi-agensi berkaitan untuk mengumpul semua bahan


kitar semula yang berjaya dikumpul oleh murid-murid di setiap kelas.

REFLEKSI:

1) Kekuatan Projek/ Aktiviti:

Kitar semula bermaksud mengumpulkan dan memproses semula barang-


barang terpakai dan terbuang untuk dijadikan barangan baru yang berguna.
Program Kitar Semula dianjurkan untuk meningkatkan kesedaran murid-murid
tentang kepentingan mengekalkan keindahan alam sekitar sejak bangku sekolah
lagi. Program Kitar Semula kali ini berpeluang mengurangkan bahan-bahan
buangan pepejal (solid waste), mendidik murid-murid tentang cara yang betul
untuk membuang sampah dan menanamkan sikap kepimpinan dan
tanggungjawab antara murid –murid. Melalui taklimat ringkas yang diberi kepada
murid-murid dapat membantu mereka memahami dengan lebih jelas berkaitan
dengan isu kitar semula. Semua murid juga berkesempatan mengenali bahan-
bahan buangan yang boleh dikitar semula seperti yang disenaraikan. Selain itu,
kami menyediakan plastik hitam bersaiz besar bersama labelnya untuk
membezakan kumpulan bahan-bahan kitar semula misalnya kertas, plastik dan
tin-tin aluminium. Murid-murid juga sedar akan kepentingan kitar semula seperti
mengurangkan pencemaran, manambah pendapatan dan memupuk sikap jimat
carmat.melalui risalah yang diberikan kepada setiap kelas Mereka juga
menggunakan bahan kitar semula yang telah dikumpul dalam pertandingan
rekacipta dengan bahan kitar semula semasa Hari Kokurikulum. Bertitik-tolak
daripada manifestasi ini, jelas membuktikan bahawa murid-murid memahami
tujuan Program Kitar Semula yang diadakan kali ini dan memberi sokongan
penuh untuk menjayakannya.
Seperti yang diketahui, tajuk kitar semula memang dimasukkan dalam
sukatan matapelajaran Sains Tahun Empat. Dengan melaksanakan program
kitar semula, sekolah mewujudkan persekitaran belajar yang kondusif ataupun
dikenali sebagai hands-on learning environment di mana murid dapat melatih
dan meningkatkan sikap bertanggungjawab terhadap alam sekitar dan juga
menjadi rakyat yang mempunyai perilaku mulia dengan mengurangkan
penggunaan sumber. Sementara itu, kami juga menganjurkan pertandingan
‘Pengumpulan Bahan-bahan Kitar Semula’ antara kelas dengan menyediakan
ganjaran kepada kelas yang berjaya mengumpul bahan kitar semula terbanyak.
Pertandingan ini secara tidak langsung dapat memupuk sikap kepimpinan dan
kerjasama murid-murid dimana ketua kelas akan membahagikan kerja kepada
murid lain supaya mengumpul bahan-bahan terpakai yang berlainan kategori
untuk kelas masing-masing. Melalui pemerhatian saya selama 2 minggu ini,
penglibatan murid dalam program ini adalah sangat aktif kerana mereka sanggup
mengumpul semua botol-botol plastik atau tin-tin aluminium walaupun di luar
kawasan sekolah. Hal ini menunjukkan murid-murid mula menyedari
tanggungjawab mereka agar tidak membuang sampah merata-rata tempat
sesuka hati dan amalan memelihara dan memulihara alam semula jadi untuk
generasi akan datang. Kitar semula mengurangkan penggunaan bahan mentah
dan menggunakan sedikit tenaga berbanding pemprosesan bahan dari sumber
asli.

2) Kelemahan Projek/ Aktiviti:

Tempoh masa Program Kitar Semula selama dua minggu ini adalah
singkat dimana kesedaran murid-murid terhadap tujuan sebenar kitar semula
tidak jelas dan efektif. Apa yang difahami oleh murid dalam dua minggu ini
adalah bahan-bahan yang boleh dikitar semula dan tujuan mereka ialah
mamastikan kelas mereka menang dalam pertandingan Pengumpulan Bahan
Kitar Semula. Oleh itu, murid-murid telah membawa semua suratkhabar lama,
kertas-kertas bercetak, botol plastik dan sebagainya ke kelas masing masing
untuk memenuhkan plastik kitar semula yang diberi kepada setiap kelas. Mereka
tidak menyedari dengan kepentingan kitar semula yang menyatakan ia dapat
menjimatkan kos, sumber dan tenaga atau mengurangkan penggunaan sumber
kerana kami tidak memberi maklumat lanjutan tentang tindakan yang boleh
diambil selain daripada mengumpul bahan-bahan terpakai. Contohnya, kami
tidak menggalakkan murid-murid mengurangkan penggunaan plastik, polisterin
dan juga kertas haruslah diggunakan kedua-dua belah sebelum
membuangkannya. Sementelahan itu, mungkin tidak semua murid yang tahu
bahawa bahan-bahan kitar semula ini sebenarnya boleh dijual dan
menambahkan sedikit pendapatan kami di samping memberikan peluang
pekerjaan kepada sesetengah pihak untuk mengurangkan kadar pengangguran
rakyat Malaysia. Info berkaitan penggunaan semula bahan-bahan kitar semula
juga tidak disampaikan oleh semua murid. Oleh itu, Program Kitar Semula kali ini
kami hanya sempat menyampaikan maklumat asas tentang kitar semula kepada
murid-murid dimana aktiviti ini sebenarnya perlu diteruskan pada jangka masa
yang panjang dan dimana-mana jua sahaja anda berada.

CADANGAN PENAMBAHBAIKAN:

Menganjurkan pertandingan yang memberi hadiah kepada mereka yang


berjaya  menghasilkan program yang menpraktiskan kaedah guna semula
bahan-bahan secara berkesan. Pertandingan yang diadakan hendaklah meliputi
cadangan kaedah pengurangan bahan-bahan yang memberi kesan yang
musibah kepada alam sekitar. Kini sudah tiba masanya untuk mengalihkan
semangat dan kreativiti kanak-kanak dalam menambahkan usaha dan niat
mereka daripada sudut kualiti dan bukannya kuantiti. Ganjaran seperti kupon
diskaun membeli buku di koperasi sekolah boleh diberikan kepada mereka yang
banyak menyumbang demi menjayakan program kitar semula. Aktiviti
pengumpulan bahan-bahan kitar semula boleh dijadikan tabiat setiap warga
sekolah dengan menyediakan tong-tong sampah kitar semula yang sesuai agar
setiap orang dapat membuang sampah mengikut kategori yang sesuai dan
mengurangkan pencemaran di sekitar sekolah. Selain itu, pihak sekolah boleh
bekerjasama dengan kantin sekolah agar mengelakkan penggunaan plastik atau
polisterin dan menyeru murid-murid membawa bekas sendiri ke sekolah begitu
juga dengan botol air. Maklumat berkaitan dengan kitar semula seperti
pengenalan, kepentingan, barang-barang kitar semula dan sebagainya harus
ditampal di setiap sudut sekolah untuk mengingati semua warga sekolah dari
semasa ke semasa. Akhir sekali, program kitar semula perlulah disertai oleh
semua warga sekolah bersama-sama agar mendapat sambutan yang baik dan
berjaya.

KESIMPULAN:

Semua murid mempunyai pengetahuan am terhadap bahan yang boleh


dikitar semula dan diguna semula. Mereka memahami bahawa mempraktikkan
kitar semula merupakan satu amalan yang baik, cinta terhadap alam sekitar,
sebagai menyahut seruan kerajaan, menjadi insan yang mulia dan
bertanggungjawab serta sebagai contoh kepada orang lain. Kesedaran ke atas
kepentingan kitar semula agak tinggi di kalangan murid-murid sekolah ini, akan
tetapi sesetengah murid seperti Tahun 5 dan 6 kurang menyumbang dalam
aktiviti ini. Tabiat lama memang sukar dikikis, tetapi boleh diubah secara
beransur-ansur. Amalkan konsep kitar semula selangkah demi selangkah untuk
memelihara ruang hidup kita dan wujudkan persekitaran yang lebih bersih dan
sihat tanggungjawab semua rakyat. Tunjukkan kesungguhan dan usaha anda
melalui teladan dan amalkannya sehingga ia menjadi sebahagian hidup anda.
Disediakan oleh, Disemak oleh,

_____________________ _______________________
(CIK TAN YEE MAY) (PN. NORLIZA BADRON)
Bendahari, GPK Kurikulum,
Projek Kitar Semula SK Puteri Pandan (2)
SK Puteri Pandan (2), Kuala Lumpur.
Kuala Lumpur.

Disahkan oleh,

_______________________
(PUAN HJH. MUHAINI ABDUL KADIR)
Guru Besar,
SK Puteri Pandan (2)
Kuala Lumpur.

You might also like