You are on page 1of 29

HALAMAN PENGAKUAN

“Saya akui karya ini hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang
tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”.

TANDATANGAN :

NAMA PENULIS : AHMAD AFNAN BIN TAJUDDIN

: MOHD FIKRI HAFIZ BIN RAMZI

TARIKH :
PENGHARGAAN

Assalamualaikum, Alhamdulillah. Saya bersyukur kehadrat Ilahi dengan rahmat dan


izinNya dapat saya siapkan tugasan ini berdasarkan maklumat yang dapat diperoleh
daripada beberapa sumber rujukan iaitu daripada sumber internet serta rujukan pusat
sumber khususnya sebagai kerja kursus pendek untuk program persediaan ijazah
sarjana muda perguruan bagi subjek Bahasa Melayu Kontekstual (BM3311D1).

Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada pensyarah


pembimbing En.Syukri@Mat Nor Bin Salleh kerana telah banyak memberi tunjuk ajar
serta buah fikiran sehinggalah kerja kursus pendek ini dapat di bukukan dengan
jayanya. Pimpinan daripada beliau amat saya harapkan bukan hanya semata-mata
untuk menyiapkan tugasan tetapi berterusan selama menuntut di institut perguruan ini.

Tidak lupa juga kepada rakan-rakan yang telah banyak memberikan idea-idea
bernas dan bantuan yang berkaitan dengan tugasan ini terutamanya para sahabat dari
Unit Bahasa Melayu untuk menghasilkan tugasan yang lengkap,terbaik,berkualiti.
Jutaan terima kasih ditujukan kepada ibubapa dan kaum keluarga serta individu-
individu tertentu yang telah banyak memberikan bantuan dan sokongan dari segi moral
dan kewangan untuk menyiapkan tugasan ini.

Akhir kata,sebagai penghargaan ribuan terima kasih yang tidak terhingga saya
rungkaikan serangkap pantun;

Tenang-tenang air di laut,

Sampan kolek mudik ke tanjung,

Hati terkenang mulut menyebut,

Budi yang baik rasa nak sanjung.

Sekian,terima kasih.
SENARAI KANDUNGAN

NO. TAJUK MUKA SURAT

1. SOALAN TUGASAN

2. HALAMAN PENGAKUAN

3. PENGHARGAAN

4. SENARAI KANDUNGAN

5. PENGENALAN
BENTUK GRAFIK

i. KONSEP CERAMAH
ii. CIRI-CIRI CERAMAH
iii. STRATEGI BERCERAMAH
iv. ALAT-ALAT BANTU CERAMAH

6. TEKS CERAMAH

7. RUMUSAN

8. REFLEKSI

9. BIBLIOGRAFI

10. BORANG KOLOBARASI

PENDAHULUAN
Untuk menyediakan format penulisan ceramah yang baik dan berkesan biasanya
bermula dengan pengenalan, diikuti dengan tajuk, isi kandungan, pengembangan
huraian dan diakhiri dengan penutup ayau kesimpulan.

Bahagian pengenalan ceramah, penceramah perlu menerangkan secara kasar


tentang tajuk dan kaitannya dengan keperluan semasa. Bahagian pengenalan ini perlu
mengandungi pembuka kata, kata – kata aluan, dan penghargaan kepada para tetamu
majlis dan para hadirin. Ceramah perlulah disampaikan dengan baik agar para hadirim
tidak bosan dan untuk meransang para hadirin mengikuti isi utama dan
pengembangan hujahan di sepanjang sesi ceramah sedang dijalankan.

Untuk memastikan ceramah menjadi menarik, penceramah perlulah memulakan


isi yang berbentuk peribadi. Sebagai contoh, penceramah menggunakan kesempatan
di bahagian pengenalan untuk menyatakan perasaan seronoknya kerana di undang
untuk menyampaikan ceramah seperti menyatakan ucapan terima kasih.

Pendidikan prasekolah adalah detik permulaan bagi kanak – kanak melangkah


ke alam persekolahan. Sistem pendidikan yang berpaksikan pengajaran asas seperti
mengenal huruf, nombor – nombor dan sebagainya dapat membolehkan kanak –
kanak tahu membaca dan menulis di tingkat usia yang masih rendah.

Sistem pendidikan prasekolah membolehkan kanak – kanak memahami konsep


pembelajaran dengan sempurna. Apabila ke sekolah nanti, para guru lebih mudah
untuk memberikan tunjuk ajar dan ini amat bersesuaian dengan usia yang muda
mereka.
btyPsucj,lti
CerKondaikhpgm
Konsep Ceramah.

Ceramah merupakan pengucapan tentang bidang tertentu yang disampaikan oleh


orang yang pakar dalam bidang tersebut. Menerusi ceramah atau syarahan
penerengan dan penjelasan tentang perkara yang menjadi perbincangan umum atau
topic baru, dapat disampaikan oleh penceramah kepada pendengar atau penonton.
Biasanya ceramah yang bakal disampaikan dalam majlis perhimpunan atau
perhimpunan yang dirancang mempunyai tujuan tertentu.

Jika di sekolah, ceramah kerap diadakan bersempena dengan peristiwa tertentu atau
kempen untuk memupuk sikap terpuji sebagai cara mendidik pelajar agar hidup
berakhlak, berhemah dan berbudi bahasa. Biasanya ceramah disampaikan oleh
penutur kepada khayalak, dengan beberapa cara , misalnya dengan bantuan gambar
slaid, alat projector, filem, dan nota. Cara ini semua untuk menarik minat semua
pendengar atau hadirin. Oleh itu bakal penceramah perlulah membuat persediaan
yang rapi sebelum menyampaikan topik atau persoalan yang hendak diperkatakan
kerana ia melibat kan tanggapan dan kefahaman di pihak khalayak ramai.Teks
ceramah yang ditulis mestilah bersesuaian dengan tajuk yang diajukan dan
memperlihatkan kepakaran bidang yang diperkatakan. Ceramah harus menggunakan
bahasa yang mudah di garap, padat tepat, tegas, dan berkesan.

Untuk menghidupkan sesuatu ceramah agar tidak menjadi bosan seperti lazimnya
dicadangkan agar calon dapat menyelitkan sedikit unsur- unsur humor, sindiran,
pantun, kata-kata hikmah, peribahasa dan sebagainya. Sebagai karangan berformat,
calon haruslah memulakan ceramah dengan kata –kata penghormatan mengikut
peringkat hadirin, dimulai dengan tuan pengerusi majlis. Walau bagaimanapun, calon
tidak perlu memasukkan kata penghadapan seperti “ para hakim yang bijaksana”
kerana ceramah bukan suatu pertandingan
Format Penyediaan Ceramah.
duptaiM
bcB
.m
ljgy,
ersknhw
Format Penyediaan Ceramah.

Penyampaian ceramah biasanya bermula dengan pengenalan, diikuti pernyataan tajuk


atau tema, pengenalan isi ceramah dan pengembangan huraian . Pada bahagian
pengenalan terkandung pembuka kata, kata aluan, dan penghargaan kepada tetamu
majlis dan para hadirin. Susunan kata aluan atau panggilan hormat ini amat perlu
dinyatakan mengikut status pangkat tetamu yang hadir yang disebut sebelum nama,
gelaran, pangkat atau jawatan.

Seterusnya bahagian isi ceramah pula, ceramah perlu menerangkan tajuk


utama dengan lebih menyeluruh. Susunan isi yang baik dan penggunaan data
sokongan membantu kelancaran penyampaian ceramah. Semasa berceramah
penceramah perlulah memberikan panduan kepada hadirin agar mereka dapat
mengikuti ceramah itu dengan berkesan.

Pada bahagian kesimpulan tau penutup pula, penceramah perlulah meletakkan


ungkapan yang bertujuan untuk memberitahu hadirin bahawa ceramah akan berakhir
tidak lama lagi. Dalam bahagian ini juga, penceramah perlulah merumuskan kembali
isi atau idea – idea utama dan diikuti dengan harapan dan saranan.
Strategi – Strategi Ceramah.
a
Sem
B
E
S
U
tc
K
jh
u
b
M
d
r
p
n
m
g
e
l.s
a-
g
s
y
a
S
ik
z
fi
L
ti
Strategi Berceramah.

Dalam konteks penyampaian ceramah, strategi amat penting bagi memastikan


penyampain ceramah berjalan dengan lancar dan sempurna. Strategi – strategi
ceramah terbagi kepada tiga iaitu sebelum menyampaikan ceramah, semasa
menyampaikan ceramah, dan selepas menyampaikan ceramah.

Sebelum menyampaikan ceramah, kita perlulah membuat pesediaan dari aspek


mental dan fizikal. Sebagai contoh, kita melakukan latihan berucap sebelum
menyampaikan ceramah. Persedian dari segi bahan juga bagi amat penting. Sebagai
contoh kita perlulah menyemak teks bagi memastikan input yang bakal kita sampaikan
tepat ringkas dan padat serta tidak terpesong dari tajuk. Selain dari itu, kita juga perlu
mengenal pasti kepada siapa kita hendak sampaikan ceramah sama ada kepada
pelajar, orang dewasa atau golongan tua. Jika pendengar kita dari golongan pelajar,
unsur – unsur kecindan perlu dimasukkan supaya para pelajar tidak bosan dan
mengelakkan meraka dari mengantuk.

Semasa menyampaikan ceramah pula, penceramah perlulah memulakan


ceramah dengan bacaan doa atau ayat – ayat yang boleh menenangkan diri agar tidak
gementar semasa menyampaikan ceramah. Posisi dan struktur badan juga perlu
diambil kira bagi memastikan penceramah berada dalam keadaan yang selesa.
Penceramah juga perlulah mengelakkan daripada bergerak – gerak membetulkan
posisi ketika sesi ceramah disampaikan. Jika ada sesuatu yang menghalang wajah
anda seperti botol air atau bunga, alihkan benda tersebut kerana dapat menjejaskan
kelancaran penyampaiaan ceramah.

Selain itu, jika tekak kita terasa kering, minum sedikit air supaya tidak
menggangu kita semasa menyampaikan ceramah. Bagi memastikan ceramah itu
menarik, mulakan penyampaian dengan pendahuluan yang baik dan pandai
menggunkan nada dan intonasi yang sesuai degan isi – isi yan di sampaikan. Jika kita
pandai mengguna intonasi dan nadal dengan betul, ceramah kita akan menjadi
menarik dan dapat menarik perhatian para hadirin yang mendengar.
Disamping itu juga penceramah perlulah berucap dengan fikiran dan emosi
yang positif serta memakai pakaian yang sesuai bagi menambahkan daya tarikan para
pendegar. Dengan menampilkan penampilan diri yang menarik, para hadirin akan
menjadi lebih yakin dengan hujah – hujah yang kita sampaikan.

Strategi yang terakhir ialah selepas menyampaikan ceramah. Kita perlulah


memastikan para hadirin atau para pendengar mendapat input – input yang kita
sampaikan. Bagi memastikan para pendengar kita mendapat penjelasan yang jelas
kita boleh membuka peluang untuk mengajukan soalan. Sebagai penutup. Kita boleh
mengakhiri ceramah dengan serangkap pantun. Dengan adanya pantun – pantun,
ceramah kita akan menjadi lebih menarik.
Alat Bantu Ceramah
Alat Bantu Ceramah.

Biar apa pun jenis pilihan ucapan anda, kemungkinan ada baiknya jika anda dapat
menyediakan alat bantu ceramah. Alat bantu ceramah ini bukan sahaja dapat
membantu anda ketika berucap atau berceramah, malah ia juga dapat
memudahkan hadirin atau pendengar untuk memahami apa yang anda ingin
sampaikan.
Antara alat bantu yang boleh digunakan ialah:
1. Papan Putih atau Kertas Majung.
2. Pen marker dan Handout.
3. Sistem audio.
4. Laptop dan LCD.
5. Power point.
6. Tayangan Video.
7. Model atau objek.

Ada ketika anda mungkin tidak cukup masa untuk menyampaikan


keseluruhan idea penting atau kandungan ucapan yang telah disediakan.
Kemungkinan terdapat perkataan atau konsep yang dibincangkan dalam
ucapan anda merupakan sesuatu yang barn kepada hadirin. Justeru, dengan
adanya alat bantu ini, sekurangnya dapat membantu meningkatkan
keberkesanan pengucapan awam anda.
D
dijalnk.tpersufom
g
Ciri – Ciri Ceramah.
Bagi menghasilkan satu ceramah yang baik dan berkesan, kita perlulah mengetahui
ciri – ciri ceramah. Antara ciri – ciri ceramah yang baik, pertama ialah,kita perlu
mengenal pasti teks ceramah yang ingin disampaikan bersesuain dengan tajuk.
Perkara ini amat penting bagi mengelakkan penceramah terpesong dari tajuk yang
telah difokuskan.

Selain itu, ceramah perlulah disampaikan dalam situasi yang formal dan
penceramah perlulah mempunyai kepakaran dalam bidang yang ingin
diperkatakan.Ciri – ciri ini penting bagi memastikan hadirin mendapat maklumat yang
betul dan tepat.Selain itu, penceramah juga perlulah menggunakan bahasa atau
perkataan yang mudah difahami, padat, ringkas dan tepat bagi memastikan para
hadirin faham apa yang kita perkatakan.

Selain itu juga, kita perlulah memulakan ceramah dengan penghormatan


mengikut peringkat hadirin(kata – kata aluan) dan panggilan hormat. Perkara ini amat
peting dalam konsep penyampaian ceramah.
SOALAN 2

 Meningkatkan kadar penyertaan


pendidikan prasekolah
 Melaksanakan strategi yang komprehensif
dan bersepadu
 menyediakan latihan yang komprehensif
kepada guru prasekolah
 Jawatankuasa Penyelarasan Prasekolah
Kebangsaan serta Bahagian Pendidikan
Awal Kanak-kanak dan Prasekolah
ditubuhkan
 menyeragamkan bantuan kepada murid
prasekolah
TAJUK CERAMAH : TRANSFORMASI PENDIDIKAN PRASEKOLAH SEBAGAI
WAHANA PEMBANGUNAN MODAL INSAN

Assalammualaikum dan salam sejahtera saya ucapkan kepada Yang berusaha Tuan
Pengerusi Majlis, Yang berbahagia Tuan Haji Agus Salleh, Pengarah Institut
Pendidikan Guru Kampus Tunku Abdul Rahman, Yang berusaha Timbalan Pengarah
Institut, Puan Hajjah Che Rahimah Bte Haji Mat, Yang berusaha ketua-ketua Jabatan,
Yang dimuliakan pansyarah-pensyarah seterusnya guru-guru pelatih, tuan-tuan dan
puan-puan yang dihormati sekalian.

Hadirin dan hadirat yang Insya Allah dirahmati Allah,

            Pertama dan yang paling utama marilah kita panjatkan puji dan syukur yang
tidak terhingga kehadrat Allah SWT yang telah melimpahkan nikmat-Nya kepada kita
semua, sehingga kita dapat bertatap muka di majlis yang cukup bermakna ini. Dua
kenikmatan yang sering dilupakan oleh manusia iaitu nikmat kesihatan dan
kesempatan yang diberi oleh Allah SAW kepada hamba-hambanya Insya-Allah
dimanfaatkan sepenuhnya sepanjang majlis kita ini.
            Selawat dan salam kita sanjungkan kepada Nabi Muhammad SAW yang telah
membebaskan kita dari zaman jahiliyah menuju zaman yang penuh dengan ilmu
pengetahuan, berkat jasa beliau Islam tersebar di penjuru dunia. Berkat Jasa beliau
juga kita mampu membezakan mana yang baik dan mana yang buruk. Semoga
perjuangan beliau dapat kita teruskan dalam dunia yang tidak pernah lekang dengan
kekuasaan keilmuan ini.
Hadirin yang dimuliakan,

Sebagai pembuka bicara, terlebih dahulu, saya ingin mengucapkan ribuan


terima kasih kepada pihak pengurusan Institut Pendidikan Guru Kampus Tunku Abdul
Rahman kerana sudi mengundang saya untuk menyampaikan ceramah untuk mengisi
slot perkongsian ilmu pada pagi ini. Ceramah saya pada hari ini bertajuk ‘Transformasi
Pendidikan Prasekolah Sebagai Wahana Pembangunan Modal Insan’. Dalam konteks
transformasi kurikulum, transformasi membawa maksud proses melakukan satu
bentuk perubahan yang holistik berdasarkan kurikulum persekolahan sedia ada
dengan mengambil kira keperluan-keperluan perubahan kepada aspek asas kurikulum
iaitu struktur kandungan, pedagogi, peruntukan masa, kaedah pentaksiran, bahan
kurikulum dan pengurusan sekolah. Secara ringkasnya difahamkan bahawa
transformasi kurikulum melibatkan aspek pengkajian semula kurikulum agar seimbang,
bersifat holistik dan tidak terlalu akademik atau membebankan untuk melahirkan modal
insan seimbang yang dapat menangani cabaran semasa dan masa depan.

Kurikulum Transformasi Prasekolah (KTP) telah digubal berasaskan standard


kandungan dan standard pembelajaran. Standard kandungan meliputi penyataan
spesifik tentang perkara yang murid patut ketahui dan boleh lakukan dalam suatu
tempoh persekolahan merangkumi aspek pengetahuan, kemahiran dan nilai. Manakala
standard pembelajaran menekankan satu penetapan kriteria atau indikator kualiti
pembelajaran dan pencapaian yang boleh diukur bagi setiap standard kandungan.

Berikutan itu kerajaan telah mengambil beberapa langkah untuk


memperkasakan pendidikan prasekolah antaranya melalui dasar NKRA dan KPI telah
meletakkan
pendidikan prasekolah maju setapak lagi. Pendidikan prasekolah bakal menjadi
sebahagian daripada sistem pendidikan kebangsaan dalam aliran perdana. Ini
bertujuan untuk menyediakan pendidikan yang terbaik bermula daripada peringkat
asas iaitu peringkat prasekolah.
Hadirin yang dihormati,
Tujuan pendidikan prasekolah diwujudkan adalah untuk meningkatkan potensi
murid dalam semua aspek perkembangan, menguasai kemahiran asas dan memupuk
sikap positif selain memfokuskan perkembangan sosioemosi, kerohanian, fizikal,
kognitif, sahsiah, persediaan ke sekolah rendah serta pendedahan kemahiran 4M.
Justeru, prasekolah bakal menjadi sebahagian daripada sistem pendidikan Malaysia
yang diberi perhatian untuk pembangunan potensi murid ke arah yang lebih gemilang.

Dalam isi ucapan Yang amat berhormat Perdana Menteri memetik,


pemeluasan akses kepada pendidikan berkualiti dan berkemampuan sebagai salah
satu daripada enam Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA), dengan hasrat untuk
melahirkan modal insan minda kelas pertama yang mampu memacu pentadbiran
negara. Pengenalan NKRA pendidikan merupakan sebahagian daripada proses
transformasi dalam sistem pendidikan kita yang insyaAllah akan melonjakkan lagi
kecemerlangan pendidikan di negara ini.

Tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati,

Bak kata pepatah Melayu, melentur buluh biarlah dari rebungnya. Begitulah
halnya dengan pendidikan anak-anak. Keutamaan harus diberikan kepada usaha
menggilap potensi anak-anak sejak dari awal lagi, iaitu di peringkat pendidikan
prasekolah. Untuk pengetahuan sekalian, 67% kanak-kanak berumur 5 tahun
mengikuti

pendidikan prasekolah kerajaan dan swasta. Menjelang tahun 2012, kerajaan


mensasarkan peningkatan kadar penyertaan pendidikan prasekolah kepada 87%, iaitu
penambahan sebanyak 20%. Dijangkakan seramai lebih 440,000 murid akan
mengikuti prasekolah pada tahun 2012 berbanding 342,706 murid pada tahun ini.
Bagi mencapai sasaran ini, Kementerian Pelajaran akan melaksanakan
strategi yang komprehensif dan bersepadu. Antaranya ialah menambah baik kurikulum
prasekolah, termasuk menambah waktu interaksi dalam Bahasa Inggeris. Bilangan
prasekolah juga akan ditambah dengan pembinaan 4,194 kelas prasekolah baru
menjelang tahun 2012. Kerajaan juga menimbang untuk mewujudkan kemudahan
prasekolah berpusat, kemudahan asrama dan pengangkutan kepada murid di luar
bandar dan pedalaman. Di samping itu, pihak swasta akan digalakkan untuk
menyediakan pendidikan prasekolah melalui pemberian insentif seperti geran dan
pengecualian cukai.
Selanjutnya, Kementerian Pelajaran akan menyediakan latihan yang
komprehensif kepada guru prasekolah, termasuk guru-guru prasekolah swasta melalui
pelbagai program latihan keguruan. Bagi mengatasi masalah kekurangan guru terlatih
di kawasan luar bandar dan pedalaman pula, pihak Kementerian akan memberikan
keutamaan kepada kawasan berkenaan dalam proses penempatan guru. Pihak
Kementerian juga akan melaksanakan pelbagai program penerangan dan promosi,
bagi membangkitkan kesedaran di kalangan ibubapa tentang kepentingan pendidikan
prasekolah kepada perkembangan potensi anak-anak.

Hadirin yang dimuliakan Allah sekalian,

Bagi meningkatkan kadar penyertaan dan kualiti pendidikan prasekolah, satu


Jawatankuasa Penyelarasan Prasekolah Kebangsaan serta Bahagian Pendidikan
Awal Kanak-kanak dan Prasekolah ditubuhkan untuk mentadbir semua penyedia
prasekolah.
Jawatankuasa ini berperanan mengkaji semula dasar pendidikan prasekolah kerajaan
dan prasekolah swasta yang berdaftar termasuk kurikulum, kriteria kelayakan, latihan
dan penilaian, menyelaras semua prasekolah sama ada kerajaan mahupun swasta
serta memantau dan menilai pendidikan prasekolah bagi menggubal dasar
prasekolahpada masa depan.

Kerajaan juga meningkatkan kualiti guru dan pembantu guru prasekolah


menerusi program peningkatan kemahiran kepada 30,000 guru dan pembantu guru
prasekolah sedia ada dan baru dalam tempoh tiga tahun selain menetapkan kriteria
kelayakan minimum semua guru prasekolah ialah Ijazah Sarjana Muda.
Dalam mengembangkan pendidikan prasekolah, kerajaan juga menyeragamkan
bantuan kepada murid prasekolah kerajaan termasuk pemberian geran per kapita
kepada prasekolah kementerian Pelajaran, KEMAS dan JPIN, menambah bilangan
kelas prasekolah khususnya bagi kanak-kanak berumur empat tahun dengan
anggaran 10,000 kelas. Selain itu, kerajaan meningkatkan kerjasama dengan pihak
swasta dengan memperkenalkan insentif baru kepada pengusaha prasekolah swasta
khususnya di kawasan miskin bandar dan luar Bandar.

Hadirin yang dihormati sekalian,


Secara kesimpulannya, transformasi pendidikan yang dilakukan dalam
pendidikan prasekolah meningkatkan kualiti pendidikan prasekolah agar lebih relevan
dengan cabaran masa kini dan cabaran abad ke-21. Kejayaan transformasi kurikulum
memerlukan komitmen menyeluruh daripada semua pihak termasuk pembuat dasar,
pelaksana, pengurus kurikulum, ibu bapa serta pihak berkepentingan agar menjadi
tempat asas kanak-kanak memahami konsep pembelajaran, dengan transformasi yang
dilakukan akan lebih memudahkan lagi tugas guru dan ibu bapa dalam mendidik dan
memberi tunjuk ajar kepada anak-anak selain dapat melicinkan lagi proses
pengajaran dan pembelajaran (P&P) serta pengurusan waktu pembelajaran yang lebih
strategik dan teratur. Sebelum saya mengakhiri ceramah pada hari ini, ingin sekali lagi
saya menyatakan bahawa ‘transformasi pendidikan prasekolah sebagai wahana
pembangunan modal insan’ adalah bertepatan dengan kehendak kerajaan.

Hadirin dan hadirat yang Insya Allah dirahmati Allah,

Demikianlah apa yang dapat saya sampaikan, semoga intipati dan ilmu yang
bermanfaat dapat kita jadikan sebagai pemangkin pembangunan negara kelak. Jika
terdapat salah dan silap bicara saya pinta kemaafan dan kepada Allah Swt saya
mohon keampunan.  Wabillahit taufiq walhidayah.

Wassalamu’alaikum Wr. Wb.


RUMUSAN KAJIAN TENTANG CERAMAH
Setelah membuat penyelidikan tentang penyedian dan cara – cara ceramah yang baik
dan berkesan dalam laman web,dan buku yang kami pilih ternyata ceramah
merupakan pekara yang bukan mudah untuk dilaksanakan. Banyak pengetahuan baru
yang kami perolehi daripada internet dan buku. semasa penyampaian ceramah,
seseorang penceramah itu perlu menggunakan mimik muka, nada suara dan gerakan
tangan yang seimbang dengan isi yang dihujahkan untuk membantu para hadirin
mengubah sikap, pemikiran dan tindakan mereka kemudian kelak.

Antara perkara baru yang kami perolehi ialah cara yang betul dan strategi untuk
berceramah.Strategi daripada kawalan emosi, cara untuk berinteraksi dengan
audiens,dan cara untuk berucap dengan yakin. Setiap ceramah mempunyai strategi
mengikut kesesuaian, ceramah mementingkan peringkat umur audiens,supaya laras
bahasa yang digunakan bersesuaian. Selain itu,penceramah boleh menggunakan
beberapa alat bantu semasa ceramah disampaikan bagi memudahkan proses
penyampaian iaitu laptop, bahan edaran, LCD, kertas mahjung dan sebagainya.

Pihak kementerian tidak melepas tangan dalam mencipta satu transformasi


berkesan agar mampu memberi kelebihan, kepentingan dan manfaat berguna kepada
guru dan kanak-kanak.Ceramah boleh berjalan dengan lancar jika dihayati dengan
betul dan diterapkan secara lebih mendalam,sudah pasti kemahiran-kemahiran dalam
ceramah dapat dipertingkatkan.

Kesimpulannya, ceramah ini adalah merupakan suatu bentuk pengucapan


awam yang sering dilakukan secara formal yang mana peranannya adalah sebagai
alat komunikasi untuk mempengaruhi, mendidik, menjelaskan maklumat dan malah
mempengaruhi hadirin yang hadir agar bersetuju dengan penerangan yang
disampaikan oleh penceramah. ceramah yang betul dan mantap adalah penting untuk
memartabatkan lagi bahasa Melayu. Sikap peka terhadap kemahiran berceramah
perlu untuk mempertingkatkan Bahasa Melayu di persada dunia.Elemen-elemen yang
penting dalam berceramah perlu dipraktikkan supaya sesuatu ceramah menjadi
mantap.
REFLEKSI

AHMAD AFNAN BIN TAJUDDIN


910113-03-6265

Alhamdulillah,syukur ke hadrat Illahi kerana dengan izin-Nya dapat saya siapkan kerja
kursus mata pelajaran Bahasa Melayu Kontekstual (BM3311D1) dengan jayanya.
Daripada hasil kerja kursus ini banyak perkara telah saya belajar dan dapat saya
simpulkan bahawa segala kepentingan,kebaikan,kelebihan serta pengalaman yang
saya peroleh daripada tugasan ini akan saya praktikkan dan akan membantu dalam
kerjaya saya nanti.

Antara perkembangan positif yang dapat saya praktikkan ialah kebolehan


merancang,kebolehan mengaplikasi maklumat,kebolehan menghubungkait pelbagai
unsur dalam perancangan, pelaksanaan dan penghasilan serta kebolehan membina
pemikiran dan makna kendiri tentang kemahiran,konsep,ciri-ciri,strategi dan alat bantu
dalam ceramah. Selain itu,saya juga dapat memahami objektif tugasan ini selain
keupayaan menghasilkan hasil kerja yang berkualiti.

Dalam menghasilkan tugasan ini saya menghadapi beberapa kesukaran.


Sumber rujukan di pusat sumber sangat terhad dan mengambil masa untuk
mendapatkan maklumat.Selain itu,saya juga sukar mendapatkan maklumat melalui
internet. Tetapi pekara ini banyak mengajar saya erti kesabaran dan pengorbanan
dalam menghasilkan tugasan berkualiti.Segala permasalahan yang timbul dapat saya
atasi dengan baik.

Selain itu,penglibatan dan tunjuk ajar yang berguna daripada pensyarah


matapelajaran En.Syukri@Mat Nor Bin Salleh serta para pensyarah jabatan pengajian
Melayu amat saya hargai begitu juga kawan-kawan serta ahli keluarga yang banyak
memberi sokongan moral dan idea-idea.

Tuntasnya,saya amat berpuas hati dengan hasil kerja ini kerana dapat memberi
saya banyak pengalaman dan kebaikan dalam kehidupan saya.

Sekian,terima kasih.
REFLEKSI

MOHAMAD FIKRI HAFIZ BIN RAMZI.

910703-03-6177

Alhamdulillah, akhirnya dapat juga saya menyiapkan tugasan ini dengan


jayanya mengikut kemampuan saya. Bagi saya tugasan yang diberikan ini sangat
mencabar bagi saya dan menguji kemahiran saya dalam tatabahasa sepenuhnya.

Semasa saya menyiapkan tugasan ini saya telah mendapat banyak input
tentang kemahiran berceramah dan secara tidak langsung menambahkan lagi
pengetahuan saya dalam bidang ini. Tugasan ini juga telah menyedarkan saya tentang
perlunya kita menggunakan sistem berceramah yang betul bagi memartabatkan lagi
Bahasa Melayu. Amat menyedihkan apabila melihat begitu banyak pelajar yang
terpinggir dan ketinggalan untuk menonjolkan bakat pada diri mereka kerana sifat malu
yang ada pada diri mereka. Ternyata kemahiran berceramah ini penting untuk
meningkatkan tahap penguasaan pelajar. Selain itu, pencarian ilmu juga membuatkan
saya mengetahui banyak pekara yang sebelum ini tidak saya ketahui.

Akhir kata dari saya, saya memohon maaf sekiranya terdapat kekurangan dalam
penghasilan tugasan yang diberikan ini. Saya berharap segala pengalaman sepanjang
menyiapkan tugasan ini dapat memperbaiki dan mematangkan diri saya.

Sekian, terima kasih.


BIBLIOGRAFI

(a) Buku

Abdul Mua’ti @ Zamri Ahmad (2006). Panduan Pengucapan Awam.

Dawama Sdn.Bhd.

Dr. Nor Hashimah Hashim Yahya Che Lah (2003). Panduan Pendidikan

Prasekolah. PTS Publications and Distributions Sdn.Bhd.

Md Izuddin Ali (2008). Berucap dengan yakin. PTS Millennia Sdn.Bhd.

Siti Hajar Abdul Aziz. (2008). Bahasa Melayu 1.Selangor. Oxford Fajar Sdn Bhd.

Sulaiman Masri, Abdullah Yusof & Mohd Ra’in Shaari. (2006).

Bahasa Melayu Dimensi Pengajaran dan Pembelajaran. Kuala Lumpur.

UtusanPublications & Distributors Sdn Bhd.

(b) Laman Web

Teknik pengucapan awam. http://www.scribed.com . Dilayari pada 24 Julai 2010.

Pengucapan awam, ciri-ciri ceramah. http://www.search-doc.com/pengucapan-awam-ciri-


ceramah-html. Dilayari pada 1 Ogos 2010.

http://ms.wikipedia.org/wiki/Prasekolah. Laman ini diubah buat kali terakhir pada 02:08,


5 April 2010.

You might also like