You are on page 1of 3

Merdeka!!! Merdeka!!! Merdeka!!!

Satu laungan yang cukup untuk menggongcangkan hati pendekar-pendekar Melayu. Mereka
pernah menitiskan air mata, mereka pernah mengalirkan darah dan mereka segelintirnya
syahid mempertahankan bangsa dan agama. Melihatkan Malaysia pada hari ini, andai kata
Tok Janggut masih hidup, adakah beliau mampu tersenyum. Fikir fikirkan…

Yang Mulia Tuan Pengerusi Majlis, Yang Aruf Lagi Bijaksana Barisan Hakim Yang Arif Dan
Berpaksikan Keadilan Semestinya, Saudara Penjaga Masa Yang Setia Dengan Randiknya,
Seterusnya mahasiswa-mahasiswi yang saya segani serta hormati sekelian.

Assalamualaikum wrth

Tanggal 31 Ogos 1957 masihi, detik jam 12 malam, turunya bendera Jack Union diiringi
dengan laungan kemerdekaan oleh perdana Menteri Malaysia yang pertama, Tunku Abdul
Rahman Al-Haj adalah detik bersejarah yang ditersemat kukuh dalam sanubari setiap warga
Tanah Melayu ketika itu. Merdeka!!! Merdeka!!! Merdeka!!!

Justeru, bicara perdana saya pada petang ini atas persoalan Sejauh manakah pencapaian
Malaysia Selepas Kemerdekaan. Saya kecilkan definisi dengan menumpukan sekitar
persoalan pencapaian Malaysia selepas lebih 50 tahun kita merdeka. Frasa capai atau
pencapaian mengikut kamus Dewan Edisi Terbaru adalah bermaksud prestasi. Tuntasnya,
definisi pidato saya adalah tertumpu dalam skop prestasi Negara Malaysia selepas
kemerdekaan pada tahun 1957.

Sidang Pendengar Yang Setia,

Atas kata bicara “ kestabilan ekonomi Negara yang jauh lebih baik berbanding 50 tahun
yang lalu “ adalah hujah saya yang pertama. Sebagai contoh Dasar Ekonomi Baru yang
diperkenalkan sekitar atahun 80-an mencatakan perkembangan positif yang dimangkinkan
dengan pertumbuhan sektor pembuatan telah menukar parameter makro ekonomi Negara.
Pertumbuhan yang pesat ini menunjukkan bahawa ekonomi Malaysia telah mengalami
transformasi struktur iaitu daripada bentuk ekonomi yang berasaskan pertanian kepada satu
bentuk ekonomi yang pantas menuju ke taraf negara perindustrian. Misalnya, saya bawakan
perbandingan angka pengeluaran sektor pertanian yang telah meningkat daripada RM10.2
bilion pada tahun 1980 kepada RM17.9 bilion pada tahun 2001. Justeru peningkatan ini
menunjukkan bahawa negara kian menampakkan perkembangan yang positif.
Hujah saya yang kedua adalah berpaksikan “ Integrasi masyarakat majmuk yang semakin
baik “. Justeru, dasar pecah dan perintah yang telah dilaksanakan oleh penjajah British telah
merosakkan kesatuan tiga kelompok bangsa yang mendiami Tanah Melayu ketika itu.
Justeru, pelbagai program dan dasar dirangka oleh pihak kerajaan dalam memastikan
integrasi kaum dapat dieratkan. Dasar Wawasan Negara, konsep sekolah integrasi dan
dasar pembawakan pimpinan hari ini adalah bertepatan dengan penyatuan masyarakat
majmuk dalam Negara pada hari ini. Orang Melayu misalnya bukan lagi penduduk tetap
desa dan orang India pula sudah keluar daripada kepompong estet dan ladang.

Sidang Dewan Yang budiman

Kata kunci saya yang ketiga “ Perkembangan sector pendidkan yang lebih baik berbanding
50 tahun yang lalu “ adalah merupakan hujah penting dalam menampakkan prestasi negara
Malaysia pada hari ini. Jika dulu kebanyakan rakyat Tanah Melayu buta huruf, namun pada
hari ini kita mampu berbangga dengan pencapaian rakyat Malaysia hingga mampu
mengharumkan nama Negara dalam bidang pendidikan. Contohnya kejayaan Saudara
Najmil Faiz Mohamed Aris, Pelajar PhD di bidang Nano Technology di Universiti Metropolitan
di Leeds yang sebelum ini mendapat perhatian media Malaysia kerana kejayaan beliau
mengharumkan nama negara menerusi pembentangan tesisnya di Parlimen Britain pada
tahun 2005.

Isi saya yang keempat adalah bertitik tolak atas asas “ Kemampuan rakyat untuk berdikari
dan mengharaumkan nama Negara “. Saya bawakan nama-nama seperti Dato’ Azhar
Mansur, pelayar solo mengelilingi dunia, Dato’ Malik Maidin, Perenang yang mengharumkan
nama rakyat Malaysia ketika berenang merentasi selat Inggeris, Dr Syeikh Muzzaffar Shukor
Syeikh, selaku angkasawan pertama Malaysia dan ramai lagi wira kebanggaan yang telah
mengharumkan nama Negara dipersada anatarabangasa. Semua ini adalah menunujukkan
bahawa betapa rakyat Malaysia mampu berdikari diperingkat perdana.

Sidang audian yang dirahmati Allah

Prestasi pembangunan modal insan, atas kata bicara “ sirnanya budaya dan tatasusila timur
rakyat jika dibandingkan dengan zaman sebelum kemerdekaan “. Kebejatan social anak-
anak muda, runtuhnya social kemasyarakatan dan hilangnya keperkasaan institusi
kekeluargaan adalah bahana besar kepada rosaknya modal insan Negara. Dalam pidato
saya pada hari ini, suka saya cadangkan agar tindakan segera dan serius dibuat oleh pihak
berkuasa untuk memastikan generasi muda hari ini akan mampu mentadbir negara suatu
masa nanti dengan baik.
Tuntasnya, Prestasi Malaysia adalah lebih baik jika dilihat dari sudut Ekonomi, Pendidikan,
Sosial dan kemampuan rakyat. Walaubagaimanapun saya agak mahu memberikan hujah
kontra berkenaan dengan kemerosotan tingkah laku anak-anak muda dan lunturnya
tatasusila budaya timur hari ini.

Dian tiga lilin pun tiga


Tanglung tergantung rumah laksamana
Diam juga sabar pun juga
Ada umur tidak ke mana

Tuan puteri pergi ke Rasah


Pulang semula sebelah pagi
Kita bertemu akhirnya berpisah
Diizin Tuhan bersua lagi

You might also like