You are on page 1of 5

Umum

Terdapat 2 esei contoh sastera dan 2 esei contoh sains. Kesemua topik esei ini belum
disoal dalam peperiksaan STPM. Anggap ini sebagai bahan tambahan.

A. Malaysia berada di tangga ke empat dalam indeks gejala rasuah di Asia. Gejala ini
antara lain berpunca daripada sistem birokrasi yang diamalkan dalam kalangan para
penjawat awam atau swasta. Dalam hal ini, tindakan-tindakan yang proaktif perlu diambil
untuk menangani gejala ini daripada berleluasa. Bincangkan.

Pada zaman ini, gejala rasuah di negara Malaysia semakin berleluasa dan serius.
Malaysia berada di tangga ke-4 dalam indeks gejala rasuah di Asia. Hal ini boleh
menjejaskan imej negara kita jika masalah ini dibiarkan begitu sahaja.

Gejala rasuah ini berpunca daripada sistem birokrasi yang diamalkan dalam
kalangan para penjawat awam atau swasta. Sistem birokrasi yang diamalkan oleh agensi
kerajaan telah mewujudkan banyak jabatan. Hal ini amat merunsingkan rakyat apabila
perlu berurusan dengan pihak kerajaan. Kewujudan berbagai-bagai jabatan ini memakan
masa rakyat dan mendorong nereka untuk memberi rasuah. Jabatan-jabatan yang
diwujudkan ini sukar dipantau oleh pihak atasan kerana terlalu banyak. Hal ini
menyebabkan kes rasuah meningkat.

Selain itu, gejala rasuah ini juga berpunca daripada sikap ketidakprihatinan
masyarakat. Masyarakat menganggap bahawa gejala rasuah ini sebagai gejala biasa
walaupun mereka mengetahui gejala ini menyalahi undang-undang negara. Apabila
mereka mengetahui gejala ini berlaku, mereka memilih tidak melaporkan kes rasuah
kerana takut menimbulkan masalah lain ke atas diri mereka. Selain itu, terdapat segelintir
masyarakat sanggup memberi rasuah kepada pihak-pihak tertentu demi kepentingan diri
sendiri. Hal ini menyebabkan kes rasuah semakin meningkat di negara kita.

Dalam usaha menangani masalah ini, tindakan-tindakan proaktif perlu diambil.


Penguatkuasaan undang-undang negara merupakan satu langkah yang berkesan.
Undang-undang negara harus dikenakan terhadap setiap individu yang terlibat dalam
gejala rasuah ini. Hal ini boleh menyedarkan orang ramai bahawa gejala rasuah
melanggar undang-undang negara dan mengelakkan diri daripada terlibat dalam gejala
ini. Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia ( SPRM) telah ditubuhkan untuk
menyiasat kes-kes rasuah. Hal ini boleh mencegah berlaku kes rasuah.

Selain itu, pendidikan formal dan tidak formal harus diberikan kepada setiap
orang terutamanya pelajar-pelajar. Guru-guru di sekolah perlu memberi didikan kepada
pelajar dan menegaskan kepada pelajar bahawa gejala rasuah ialah gejala yang bahaya
dan harus menjauhi diri daripada gejala ini. Kempen–kempen juga boleh diadakan untuk
menyedarkan orang ramai tentang keburukan dan kesan negatif gejala ini. Pendidikan
moral dan agama juga haruslah diberikan kepada setiap individu. Ibu bapa haruslah
menjadi teladan kepada anak mereka dan menjauhi diri mereka daripada gejala rasuah ini.
Dengan ini , kes rasuah tidak akan meningkat dengan mendadak dan akan dapat
diselesaikan.
Secara keseluruhan, gejala rasuah akan menjejaskan nama baik dan imej negara.
Justeru, semua lapisan masyarakat harus bekerjasama untuk menyelesaikan masalah
gejala rasuah agar menjamin negara bebas daripada amalan rasuah .

Chong Soon Hing – 6AS 2009

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

B. Perpaduan yang rapuh telah menghalang pencapaian Wawasan 2020 yang antara lain
bertujuan mewujudkan negara Malaysia yang bersatu padu iaitu mempunyai matlamat yang
serupa dan dikongsi bersama. Huraikan punca-punca kegoyahan tersebut dan cadangkan langkah-
langkah untuk memupuk semangat perpaduan dalam kalangan masyarakat.( Excel 2-2009)

Sungguhpun Malaysia telah mencapai kemerdekaan sejak 52 tahun yang lalu, namum
perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia masih goyah. Hal ini berpunca daripada pelbagi
faktor. Bagi mengatasi masalah ini, langkah-langkah untuk memupuk semangat perpaduan dalam
kalangan rakyat perlu dipraktik agar tidak menghalang pencapaian Wawasan 2020.

Faktor geografi merupakan salah satu punca kegoyahan perpaduan. Negeri-negeri yang
terletak berjauhan menyebabkan kurangnya integrasi wilayah. Hal ini akan menyebabkan
semangat perpaduan tidak dapat dipupuk. Sebagai contoh, kaum-kaum Melayu yang terdapat di
negeri Kelantan dan Sabah tidak dapat memupuk semangat perpaduan walaupun mereka terdiri
daripada kaum yang sama. Hal ini disebabkan jarak antara negeri yang terlalu jauh menyebabkan
semangat perpaduan tidak dapat dipupuk.

Selain itu, fahaman politik yang berbeza-beza menyebabkan perpaduan kaum menjadi
goyah. Parti-parti politik yang berasaskan kaum masing-masing seperti UMNO, MIC dan MCA
lebih memperjuangkan kepentingan kaum masing-masing. Oleh itu, perselisihan faham antara
kaum dalam fahaman politik kerap berlaku. Masyarakat akan terikut-ikut dengan masalah politik
pemimpin mereka. Misalnya pemimpin-pemimpin tertentu membangkitkan isu sensitif tentang
kerakyatan bukan bumiputera dan hak istimewa kaum bumiputera . Oleh itu, hubungan antara
kaum akan menjadi tegang dan rapuh.

Salah Satu punca berlakunya masalah ini ialah media massa kurang memberi fokus
terhadap perpaduan kaum. Biasanya media massa lebih mementingkan hasil komersial berbanding
dengan perpaduan rakyat . Sesetengah pihak media massa juga lebih memaparkan hal-hal yang
berhubung dengan kaum sendiri sehingga mengabaikan maklumat kaum-kaum lain. Misalnya
suratkhabar Tamil lebih melaporkan berita berhubung dengan masayarakat India. Hal ini akan
menyebabkan kurang pengetahuan tentang budaya kaum-kaum berlainan di Malaysia dan
seterusnya tidak menyumbang ke arah integrasi rakyat.

Kegoyahan perpaduan harus diatasi dengan tindakan yang drastik yang berkesan.
Kerajaan telah melaksanakan program Rakan Muda dan Program Latihan Khidmat Negara (
PLKN). Program-program sebegini dapat memupuk dan meningkatkan semangat perpaduan
dalam kalangan rakyat berbilang kaum dan masyarakat datang dari wilayah yang berlainan.
Pelatih PLKN dapat berkenalan dan tinggal bersama kawan-kawan yang datang pelbagai latar
belakang yang berbeza. Program ini memberi peluang mereka memahami adat resam kaum
berlainan dan memupuk perpaduan rakyat berbilangan kaum.

Selain itu, perpaduan rakyat dapat dicapai melalui sistem pendidikan. Pelaksanaan
Sekolah Wawasan merupakan tindakan yang baik dalam usaha memupuk semangat perpaduan
sejak di bangku lagi. Pelajar-pelajar , guru-guru dan ibu bapa daripada aliran sekolah berlainan
berpeluang bekerjasama dan seterusnya menjalinkan hubungan kaum . Kementerian Pelajaran
mewajibkan mata pelajaran Pendidikan Moral, Pendidikan Islam, Sejarah dan Sivik merupakan
tindakan wajar dalam menanam semangat perpaduan kaum dari generasi muda lagi. Kegiatan
kokurikulum turut menyumbang ke arah integrasi kaum.

Natijah, semangat perpaduan yang kukuh amat penting dalam pembangunan Malaysia.
Perpaduan kaum berbilangan kaum dapat membantu negara merealisasikan Wawasan 2020
selaras dengan konsep 1 Malaysia, rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan.

Valeria Sipain- 2009

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

C. Laut merupakan khazanah alam yang berpotensi untuk dimanfaatkan oleh


manusia. Jelaskan pernyataan ini.

Sebaik sahaja perkataan ‘laut’ disebut, biasanya perkara pertama yang terlintas di
minda seseorang adalah keseronokan yang dinikmati semasa berenang atau menyelam di
laut. Namun, laut merupakan khazanah alam yang dapat menyumbangkan banyak
manfaat yang lain kepada manusia selain keseronokan.

Bermula dari keperluan asas manusia, laut membekalkan pelbagai sumber


makanan yang yang berkhasiat kepada manusia. Laut mengandungi pelbagai jenis
hidupan akuatik seperti ikan, sotong, udang, rumpai laut dan lain-lain. Semua hidupan
akuatik ini boleh dijadikan makanan yang penting bagi manusia. Kandungan sumber
protein dan pelbagai vitamin daripada hasil laut diperlukan untuk tumbuhbesaran kanak-
kanak dan kesihatan manusia.

Di samping itu, laut juga merupakan sumber galian. Petroleum salah satu sumber
galian yang paling bernilai dan biasanya ditemui di pinggir pantai seperti seperti pinggir
pantai Sabah, Sarawak dan Brunei Darussalam. Sumber galian ini penting sebagai bahan
api fosil untuk kegunaan aktiviti manusia. Air laut juga mengandungi garam yang
digunakan sebagai bahan tambahan ketika memasak supaya laut-pauk mempunyai rasa
yamg lebih lazat. Gas asli digunakan dalam hidupan harian kita sebagai gas memasak dan
pasir pula dapat dijadikan kaca.

Sejak kebelakang ini, laut juga digunakan sebagai sumber tenaga. Hasil daripada
penyelidikan saintis yang berwibawa, pasang surut laut telah diaplikasikan dalam
penjanaan elektrik seperti yang dilakukan di Zheijiang, China. Kelebihan sumber tenaga
jenis ini ialah tidak mengakibatkan pencemaran kepada alam sekitar dan boleh
diperbaharui. Sumber tenaga ombak ini ialah sumber tenaga alternatif yang sangat bagus
dan diharapkan dapat membantu dalam penjimatan sumber tenaga yang tidak boleh
diperbaharui seperti seperti gas asli.

Sememangnya, penyelidikan dan pembangunan ( R&D ) serta sumber ubat-


ubatan boleh didapati daripada laut . Terumbu karang, sejenis kehidupan akuatik yang
sangat peka dan hanya boleh hidup dalam air bersuhu 18 sehingga 30 darjah Celsius,
didapati mempunyai nilai perubatan. Cerasin_A sesuatu unsur yang dijumpai di dalam
laut dan dapat merawat kanser prostat yang dihadapi oleh kaum lelaki.

Laut ialah sumber alam yang merupakan anugerah Tuhan kepada manusia. Selaras
dengan itu, manusia haruslah bertanggungjawab dan memainkan peranan sebagai
pengawal, pelindung dan penambahbaikan kemandirian alam terutamanya sumber alam
laut agar sumber ini terus lestari dan membawa mamfaat kepada manusia sejagat.

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

D Pada masa kini, pelbagai penyakit serius telah meragut banyak nyawa manusia.
Bilangan kematian disebabkan oleh penyakit kanser, Aids,penyakit ahmar (stroke),denggi
dan penyakit-penyakit lain semakin meningkat dari semasa ke semasa.Keadaan ini amat
membimbangkan masyarakat dan kerajaan.
Berikan pandangan anda tentang faktor-faktor yang menyebabkan berlakunya keadaan ini.

Walaupun Malaysia sedang menuju ke arah negara maju, namun pelbagai penyakit masih
memudaratkan manusia. Fenomena ini harus dipandang serius agar kesihatan manusia sentiasa
terjamin.

Persekitaran tempat tinggal yang kotor dan tidak terurus merupakan tempat pembiakan
bagi serangga seperti nyamuk dan lalat. Nyamuk Aedes membiak di air yang tidak mengalir dan
ia membawa penyakit Demam Denggi. Nyamuk Culex menjangkiti manusia dengan penyakit JE
sehingga membawa maut. Kawasan penternakan seperti ladang khinzir yang kotor menjadi habitat
nyamuk Culex. Tapak penternakan di Ipoh dan Bukit Pelanduk pernah ditutup sehingga
dibersihkan bagi mengelakkan wabak penyakit merebak.

Taraf hidup yang meningkat membolehkan masyarakat Malaysia berpeluang menikmati


pelbagai makanan sehingga makan melebihi diet. Amalan memakan yang tidak betul adalah
seperti memakan makanan yang tidak berzat malahan mengandungi bahan kimia. Bahan kimia
seperti MSG boleh menyebabkan penyakit kanser manakala pewarna kuning boleh membawa
kemandulan. Memakan terlalu banyak makanan berlemak boleh menimbulkan penyakit jantung,
penyakit ahmar dan diabetis. Makanan yang mengandungi gula yang banyak mendorong manusia
dijangkiti diabetis atau kencing manis.

Menteri Kesihatan Malaysia pernah mengatakan bahawa tabiat rakyat Malaysia yang tidak
bersenam menimbulkan masalah kesihatan. Penduduk yang tidak bersenam mengalakkan
pengumpulan lemak dan kolestrol dalam badan sehingga menggalakkan penyakit yang berkaitan
dengan saluran darah. Saluran darah yang disumbat oleh lemak menyukarkan pengaliran darah
untuk penghantaran udara dan nutrien. Keadaan ini menimbulkan sakit jantung dan strok yang
mampu melumpuhkan seseorang atau membawa maut. Budaya malas bersenam menyebabkan
kadar metabolisme yang rendah lalu menyebabkan seseorang menjadi tidak cergas.

Pelbagai amalan tidak sihat dilakukan rakyat Malaysia dan ini menyebabkan risiko untuk
dijangkiti penyakit bertambah. Amalan merokok umpamanya mendedahkan penghisap rokok
dengan risiko penyakit Bronkitis, kanser peparu dan kanser saluran pernafasan. Asap rokok juga
membahayakan masyarakat tidak merokok apabila terhisap asap rokok. Aktiviti pelacuran dan
kegiatan seks sejenis pula menggalakkan merebaknya penyakit AIDS dan penyakit kelamin.
Aktiviti menagih dadah boleh merencatkan akal di samping terdedah kepada risiko dijangkit
AIDS. Amalan meminum minuman keras atau alkohol pula membawa masalah kepada hati atau
kanser hati.

Sebagai negara yang semakin maju, tahap pencemaran turut menjadi semakin serius dan
menggugat kesihatan manusia. Kilang-kilang telah mengeluarkan asap beracun yang mampu
membawa penyakit ashma, alergi dan sesak nafas. Kenderaan bermotor mengelurkan asap yang
mengandungi Karbon Monoksisa yang boleh mengakibatkan barah. Urbanisasi pula
mengakibatkan penipisan lapisan ozon dan boleh membawa barah kulit. Air sungai yang menjadi
minuman turut tercemar lalu memudaratkan kesihatan manusia. Manusia yang terdedah kepada
persekitaran yang tercemar turut terdedah kepada masalah kesihatan.

Kesihatan merupakan aset yang tidak boleh dinilai dengan wang. Manusia harus
memelihara aset ini dengan baik. Manusia harus menghindarkan diri daripada risiko-risiko yang
boleh membawa penyakit dan berusaha mengekalkan tahap kesihatan yang baik.

Thomas Chong 6A 2002

You might also like