You are on page 1of 2

Apakah imej yang sering menjelajahi benak fikiran kita setiap kali frasa ‘pelancong asing’

disebut? Sudah tentu terdapat pelbagai hipotesis dan analogi yang timbul apabila persoalan ini
menjadi salah satu topik perbincangan sama ada dengan ahli-ahli keluarga mahupun dengan
sahabat handai ataupun rakan sekerja. Dewasa ini, negara Malaysia kian menerima kunjungan
pelancong asing dari seluruh pelosok dunia. Kejayaan Negara dalam promosi ‘Tahun Melawat
Malaysia 2007’ tiga tahun yang lalu berjaya meningkatkan statistik kedatangan para pelancong.
Malaysia kini dikenali sebagai ‘syurga pelancong’ kerana kekayaan destinasi menarik sama ada
di persisiran pantai yang membiru mahupun di bukit-bukit yang menhijau serta di tempat-tempat
bersejarah. Memandangkan Negara ini mempunyai kelebihan sebegini yang tidak dimiliki oleh
negara-negara lain. Maka, semua pihak haruslah menjalankan usaha-usaha untuk menarik
kunjungan para pelancong ke negara kita bagi memanfaatkan keistimewaan yang kita miliki.
   Salah satu langkah untuk menarik kunjungan pelancong adalah dengan mengadakan promosi-
promosi dan pameran pelancongan khususnya di luar negara. Hal ini demikian kerana
masyarakat dunia sering berhadapan dengan pelbagai bentuk publisiti pada setiap hari. Melalui
usaha ini, para pelancong yang bakal melawat Malaysia akan menjadi lebih teruja dan berminat
untuk mengunjungi Negara ini. Misalnya, baru-baru ini, masyarakat dunia telah mengunjungi
ekspo pelancongan bertaraf antarabangsa  yang diadakan di Beijing , China . Ekspo tersebut
disertai oleh kira-kira seratus buah negara di seluruh dunia yang mahu mempromosikan negara
masing-masing. Negara Malaysia tidak ketinggalan dalam usaha ini dan berjaya menarik
kunjungan para pengunjung ekspo yang melawat ‘pavilion’ Negara yang berunsurkan seni bina
Minangkabau. ‘Pavilion’ tersebut yang berfungsi sebagai tempat informasi pengunjung
dehasilkan oleh staf Kementerian Pelancongan Malaysia . Menteri Pelancongan Malaysia ,
Sesungguhnya, kerajaan haruslah bersungguh-sungguh dalam mempromosikan negara untuk
menarik kedatangan pelancong asing dan bukan sekadar melepaskan batuk di tangga dan hangat-
hangat tahi ayam dalam usaha murni ini.
       Di samping itu, pelbagai pakej pelancongan harus diwujudkan untuk menarik perhatian
pelancong asing supaya melawat negara kita. Keadaan ini disebabkan semakin banyak negara
yang bersaing untuk menerima kunjungan pelancong asing ke negara masing-masing. Pakej-
pakej pelancongan yang ditawarkan haruslah berupaya menarik minat pelancong dan juga
memperkenalkan negara kita. Sebagai contoh, Kementerian Pelancongan Malaysia telah
mengadakan program ‘homestay’ di kampung-kampung untuk disertai oleh para pelancong
asing. Program ‘homestay’ merupakn program yang mendekatkan diri pelancong kepada cara
hidup masyarakat luar bandar yang penuh dengan tradisi yang tak lapuk dek hujan, tak lekang
dek panas. Para pelancong yang menyertai program ini berpeluang merasai suasana kehidupan
kampung, dari tempat tonggal yang diperbuat daripada kayu kepada permainan-permainan
tradisional masyarakat kampung. Para pelancong juga berkesempatan menyaksikan adat
perkahwinan penduduk-penduduk di Malaysia dan adapt resam masyarakat berbilang ras di sini
melalui program ‘homestay’ . Sesungguhnya, dengan adanya sebegini, pelancong asing akan
lebih tertarik untuk melawat Malaysia kerana mereka berpeluang mengenali negara ini dengan
lebih mendalam memandangkan di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung dan masuk ke
kandang kambing mengembek, masuk ke kandang kerbau menguak.
   Akhir sekali, rakyat Malaysia turut memainkan peranan masing-masing dalam usaha untuk
menarik lebih ramai kunjungan pelancong asing ke negara kita dengan mengamalkan amalan
berbudi bahasa. Hal ini demikian kerana kesopanan rakyat akan sentiasa memaparkan imej
negara kepada masyarakat dunia. Para pelancong yang menerima layanan yang penuh lemah-
lembut tanpa sebarang kata-kata nista yang boleh menggores perassan sudah tentu akan terpikat
untuk mengunjungi Malaysia sekali lagi apabila kembali ke negara asal mereka. Mereka juga
menjadi ‘duta kecil’ dalam memperkenalkan Malaysia kepada kenalan mereka apabila pulang ke
negara masing-masing sekiranys kunjungan mereka ke negara ini diterima dengan tangan
terbuka. Oleh yang demikian, rakyat Malaysia tidak harus lokek dengan senyuman mesra dan
bersopan santun apabila bertutur dengan pelancong asing. Misalnya, sekiranya rakyat
berhadapan dengan para pelancong yang tersesat, rakyat harus membantu menunjukkan arah
kepada tetamu negara kita. Pemandu-pemandu teksi pula digalakkan untuk berbual-bual dengan
pelancong apabila membawa mereka ke destinasi yang ditujui untuk membuktikan bahawa
rakyat Malaysia smuanya ramah dan berbudi bahasa kerana budi bahasa budaya kita. Faktor ini
pastinya akan menggamit para pelancong untuk terus membanjiri Malaysia .
   Kesimpulannya, setiap pihak haruslah bekerjasama dan bersinergi untuk menjayakan usaha-
usaha bagi menarik kunjungan pelancong asing ke negara kita. Sikap bersatu-padu bagai aur
dengan tebing dapat meringankan beban Kementerian Pelancongan Malaysia dalam usaha ini
dan seterusnya meningkatkan bilangan pelancong asing yang melawat negara yang aman dan
tenteram ini. Rakyat harus sedar bahawa kedatangan pelancong asing membawa banyak
kebaikannya khususnya dari segi pengukuhan ekonomi negara kita yang bergantung kepada
industri pelancongan sebagai salah satu sumber pendapatan negara. Semoga industri
pelancongan negara akan terus berkembang maju dan membantu negara Malaysia mengorak
langkah untuk mendapat nama dalam kalangan masyarakat global agar negara dapat duduk sama
rendah negara-negara maju yang lain di dunia.  

You might also like