You are on page 1of 24

Edaran PERCUMA

Bil 1/2010 KDN 889 / 55 / 2008

“ Shah Alam Bandar Raya


Indah, Moden, Dinamik
dan Mampan - Shah Alam
Bandaraya ku “

PELANCA
RAN PRA
ULANGTA - SAMBU
HUN KE-1 TAN
SHAH AL 0 PENGIS
AM SEBA YTIHARA
GAI BAND N
AR RAYA
Buletin
2 direktori MBSA
AM
Pejabat Utama Bilik Gerakan Denggi Jabatan PerKhidmatan Bandar
pbandar@mbsa.gov.my
Bahagian Penguatkuasaan
pkuasa@mbsa.gov.my
Hotline : 03-5522 2793
Dr. Hj. Roslan b. Hj. Fadzil En. Hakim b. Mahmud
MAJLIS BANDARAYA SHAH ALAM Pengarah Ketua
Tingkat 1, Wisma MBSA Perkhidmatan Van Talian Terus : 03-5510 0773 Talian : 03-5522 2773
Persiaran Perbandaran, Jenazah & Pengebumian Talian Jabatan: 03-5522 2790 Faks : 03-5510 9735
Peti Surat 7200, En. Salam bin Juri : 019-307 3334 Faks : 03-5512 7014
4000 Shah Alam, En. Ramli bin Mat Isa : 012-6397405 Bahagian Urusetia Mesyuarat
Selangor Darul Ehsan. En. Muniandy a/l Sinniah : 013-351 8448 Jabatan Korporat umsey@mbsa.gov.my
En. Perumal a/l Krishnan : 016-655 9470 korporat@mbsa.gov.my Pn. Fikriah bt. Mohamad Hilmi
Talian Telefon Am : 03-5510 5133 Pn. Asmah bt. Mohd Zin Ketua
Talian Faksimili Am : 03-5510 8010
Hotline : 03-5510 5811 JABATAN Pengarah
Talian Terus : 03-5522 2730
Talian Terus : 03-5522 2707
Faks : 03-55103944
E-Mel : mbsa@mbsa.gov.my Jabatan Kewangan
Talian Jab. : 03-5522 2741
Laman Web : http://www.mbsa.gov.my kewangan@mbsa.gov.my
Faks : 03-5513 8513 Bahagian Pesuruhjaya Bangunan (COB)
Tuan Hj. Roslan b. Darus
rizalmawi@mbsa.gov.my
Pengarah
Pejabat Datuk Bandar Talian terus : 03-5522 2870
Jabatan Undang-undang En. Mohd Rizal b. Mawi
Tuan Mazalan Md. Noor undang@mbsa.gov.my Ketua
Talian Jab. : 03-5522 2880
Datuk Bandar En. Mohd Sofian b. Abdul Rahman Talian Terus : 03-5522 2815
Faks : 03-5513 9468
datukbandar@mbsa.gov.my Pengarah Faks : 03-5512 8142
Tingkat 1, Wisma MBSA, Lif B, Talian Terus : 03-5522 2770
Jabatan Khidmat Pengurusan
Talian Jab. : 03-5522 2780
Talian Terus : 03-5519 2558
Faks : 03-5513 3564
pengurusan@mbsa.gov.my
Faks : 03-5513 9470
PEJABAT CAWANGAN
Tuan Hj. Jamri b. Basni
Pengarah Pejabat Cawangan Sg. Buloh
Jabatan Setempat (OSC)
Pejabat Talian Terus : 03-5522 2891
mazlan@mbsa.gov.my
sgbuloh@mbsa.gov.my
Talian Jab. : 03-5522 2720 No. 6, Jalan BRP ½, Bukit Rahman Putra,
Timbalan Datuk Bandar Faks : 03-5510 8010
En. Mazlan b. Mohd
47000 Sungai Buloh, Selangor Darul Ehsan.
Tuan Mohtar b. Hani Pemangku Pengarah
En. Roslan b. Musa
Timbalan Datuk Bandar Talian Terus : 03-5510 4240
Jabatan Pelesenan dan Penguatkuasaan Pengurus
mohtarhani@mbsa.gov.my Talian Jab. : 03-5522 2890
lesen@mbsa.gov.my Talian Terus : 03-6157 0970 / 9809 /
Tingkat 1, Wisma MBSA, Lif B Faks : 03-5510 2970
Tuan Hj. Rosli b. Bakar Faks : 03-6157 4226
Talian Terus : 03-5519 5673 Pengarah
Faks : 03-5512 4414 Talian Terus : 03-5522 2708 BAHAGIAN Pejabat Cawangan Kota Kemuning
Talian Jab. : 03-5522 2788 / 2895 kemuning@mbsa.gov.my
Kaunter Utama (Bayaran / Faks : 03-5512 0226 Bahagian Audit Dalam dan No.34, Jalan Anggerik Vanilla W 31/W
Pengaduan Awam Seksyen 31, Kota Kemuning,
Khidmat Pelanggan) Jabatan Penilaian audit@mbsa.gov.my 40460 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan
Tingkat G, Wisma MBSA, Lif A penilaian@mbsa.gov.my En. Radzuan b. Mezalan En. Abdul Rauf b. Mohd Yaacob
Tel : 03-5522 2709 Pn. Hjh. Nor Akma bt. Hj. Ahmad Ketua Pengurus
Pengarah Talian Terus : 03-5522 2703 Talian Terus : 03-5121 7166
Talian Terus : 03-5522 2750
Perkhidmatan Online MBSA Talian Jab. : 03-5522 2761
Talian Jab. : 03-5522 2735
Faks : 03-5511 3169
Faks : 03-5121 2091
• Aduan
Faks : 03-5513 8511
• Bayaran Cukai
Bahagian Pengurusan Stadium
• Status Inbois Pembekal
Jabatan Kejuruteraan stadium@mbsa.gov.my
• Status Kompaun
kejuruteraan@mbsa.gov.my En. Jamsari b. Khamim
• Status Lesen Perniagaan
En. Rosli b. Mohammad Yunus Pengurus
• Perkhidmatan SMS
Pengarah Talian Terus : 03-5519 8133
• Pertanyaan
Talian Terus : 03-5522 2810 Faks : 03-5519 8391
Talian Jab. : 03-5522 2824 / 2728
Layari Laman Web MBSA
Faks: 03-5513 9469 Bahagian Tender dan Kontrak
http://www.mbsa.gov.my untuk
tender@mbsa.gov.my
mendapatkan perkhidmatan -
Jabatan Taman dan Rekreasi Pn. Norani Amat
perkhidmatan online MBSA
taman@mbsa.gov.my Ketua
Tuan Hj. Mohd Tahir b. Man Talian Terus : 03-5511 2315
Talian IT MBSA Pengarah Faks : 03-5512 4163
Perkhidmatan E-Mel Alamat Talian Terus : 03-5522 2835
• Awam : mbsa@mbsa.gov.my Talian Jab. : 03-5522 2830
• Aduan : aduan@mbsa.gov.my Faks : 03-5513 2051
• Cukai Taksiran : cukai@mbsa.gov.my
• Pembangunan Mampan Shah Alam: Jabatan Bangunan
pmsa@mbsa.gov.my bangunan@mbsa.gov.my
• Pusat Komuniti IT (PKIT) : Cik Hjh. Rose Zairani bt. Marmuji
pkit@mbsa.gov.my Pengarah
Talian Terus : 0-5522 2840
Talian Jab. : 03-55222854
Talian Pertanyaan Faks : 03-5513 9472
Cukai Taksiran MBSA
Kaunter Khidmat Jabatan Perancangan
Pelanggan : 03-5522 2724 perancangan@mbsa.gov.my
Penguatkuasaaan Pn. Aniza bt. Osman
& Operasi : 03-5522 2882 Pengarah Bahagian Pengurusan Hasil
Rekod & Kemaskini : 03-5522 2881 Talian Terus : 03-5522 2860 hasil@mbsa.gov.my
Talian Jab. : 03-5522 2867 En. Khairul Nizam b. Zainal Abidin
Faks : 03-5513 9471 Pengurus
Talian Pusat Komuniti IT Talian Terus : 03-5522 2872
(PKIT) MBSA Jab. Tek. Maklumat dan Komunikasi
it@mbsa.gov.my
Faks : 03-5512 0650
PKIT Seksyen 16 : 03-5511 0460
Pn. Shamsiah bt.Osman Bahagian Pelaburan dan
Pengarah Perdagangan
Bilik Gerakan Bencana / Talian Terus : 03-5513 8514 aslinda@mbsa.gov.my
Talian Jab. : 03-5522 2715
Aduan Awam Faks : 03-5512 1503
Pn. Aslinda bt. Tashim
Ketua
24 Jam : 03-5510 5811
Talian Terus : 03-5510 5133
samb. 528 / 397 “ HUBUNGI “
Faks : 03-5510 8010
KAMI
DARI MEJA SIDANG REDAKSI
DATUK BANDAR PENAUNG Y.Bhg. Dato’ Mazalan Md. Noor
Datuk Bandar Shah Alam

PENASIHAT Tuan Mohtar Hani


Timbalan Datuk Bandar

S
KETUA EDITO Asmah Mohd Zin
Pengarah Korporat
alam hormat kepada seluruh warga Shah Alam.
Pada 10 haribulan Oktober 2010 ini genaplah 10 tahun EDITOR Shahrin Ahmad
Pegawai Perhubungan Awam
usia Shah Alam sebagai sebuah bandar raya. Perancan-
gan yang dilakukan secara teliti dan berterusan, telah
SUB-EDITOR Fuaza Ilmi Bosro
membawa kepada kepesatan dan kemajuan pembangu- Pegawai Penerbitan
nan bandar raya dan ibu negeri Selangor ini, selaras den-
gan status dan kematangan usianya pada masa ini. WARTAWAN Jaid Idham Idiris
Mohd Zulfahmee Ismail
Majlis Bandaraya Shah Alam selaku pihak pentadbir Noraziah Masara
yang berwajib, telah merencana pelbagai aturcara dan Zaidah Zakaria
aktiviti menarik bagi meraikan sambutan ulangtahun ke Puspasari Aminuddin
10 Bandar raya Shah Alam pada tahun ini. Dengan tema Rina Jordana Adnan
Mohd Khairul Azwar Abd. Halim
“Shah Alam Bandaraya ku”, intisari Sambutan Ulangta-
Nor Asszale Mohd. Sahid Mashud
hun ke 10 Pengisytiharan Shah Alam Sebagai Bandara-
Hayati Azizi
ya ini memberi fokus kepada penglibatan, ‘sense of be- Mardiana Azmir
longing’ , sumbangan dan memori istimewa warga Shah
Alam selama 10 tahun kewujudan bandar raya ini, yang JURUFOTO Shaharul Mohamed Yusof
juga melibatkan sejarah pada tahun-tahun sebelum itu.
REKABENTUK Mohd Khairul Azwar Abd. Halim
Harapan saya semoga dengan Sambutan Ulangtahun Ke
10 Pengisytiharan Shah Alam Sebagai Bandaraya ini, EDARAN Norhayati Sulaiman
akan meningkatkan lagi tahap kecintaan, sumbangan Mardiana Azmir
Kamaruzzaman Ramlan
dan penglibatan kita sebagai warga Bandar raya Shah
Alam pada kebanyakan dari rancangan pembangunan, Buletin MBSA diterbitkan oleh Jabatan Korporat MBSA dan
perencanaan aspek-aspek kemajuan samada dari segi diedarkan secara PERCUMA. Untuk sebarang cadangan
fizikal dan spiritual, serta perlaksanaan program-pro- dan komen sila hantar kepada
gram kemasyarakatan. Semua usaha murni dan sum-
bangan ikhlas ini sebenarnya membuktikan kecintaan EDITOR BULETIN MBSA
dan komitmen kita kepada kemajuan dan kesejahteraan Jabatan Korporat, MAJLIS BANDARAYA SHAH ALAM
Bandar raya Shah Alam. Tingkat G, Lif B, Wisma MBSA, Persiaran Perbandaran,
4000 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan.
Justeru itu, sebagai warga yang prihatin dan bertang- Tel : 03 - 5522 2741 / 2742 / 2743
Faks : 03 - 5518 8513
gung-jawab, sama-samalah kita meneruskan semangat
Atau e-melkan kepada :
muhibbah, perpaduan dan kerjasama yang tidak berbe- shahrin@mbsa.gov.my atau fuaza@mbsa.gov.my
lah-bagi, dalam memastikan kelangsungan kemajuan
dan pertumbuhan positif Bandar raya Shah Alam, dari
setiap aspek. Ini kerana Bandar raya ini, tidak lain dan KANDUNGAN
tidak bukan, adalah tempat tinggal, bermastautin, bek-
erja, berkeluarga, bermasyarakat, berpersatuan dan ber- tajuk UTAMA 4
muhibbah, kepada kebanyakan dari kita, warga Bandar
acara @ MBSA 5 . 6 . 7 . 21
raya Shah Alam.
ops @ MBSA 9
Bersama ke arah kegemilangan! lawatan MUHIBBAH 10 . 11
Sekian, Wassalam. it @ SHAH ALAM 12 . 13 . 14
Q @ MBSA 16 . 17
CITRA SENI & BUDAYA 22 . 23
DATO’ MAZALAN MD. NOOR, INOVASI 15
Datuk Bandar Shah Alam INFO 8 . 18 . 19 . 20 . 24
Buletin
4 tajuk UTAMA
PRA PELANCARAN SAMBUTAN
ULANGTAHUN KE-10 PENGISYTIHARAN
SHAH ALAM SEBAGAI BANDAR RAYA

Pada 10 haribulan Oktober 2010 ini genaplah 10 tahun


usia Shah Alam sebagai sebuah Bandaraya.

Majlis Bandaraya Shah Alam selaku pihak pentadbir


yang berwajib, telah merencana pelbagai aturcara dan
aktiviti menarik bagi meraikan sambutan ulangtahun
ke 10 Bandar raya Shah Alam pada tahun ini. Dengan
tema pengenalan – “Shah Alam Bandaraya ku”, intisari
Sambutan Ulangtahun ke 10 Pengisytiharan Shah Alam
Sebagai Bandaraya ini memfokus kepada penglibatan
atau ‘sense of belonging’ , sumbangan dan memori is-
timewa warga Shah Alam selama 10 tahun kewujudan
bandar raya ini, dan mungkin juga melibatkan sejarah
pada tahun-tahun sebelum itu.

Pada 2 Mac 2010, bertempat di Dewan Auditorium


MBSA, telah diadakan Pelancaran Pra Sambutan elanca
ran
j l i s Pra - P ndar raya.
Ulangtahun Ke 10 Bandaraya Shah Alam, semasa Ma- rnakan
M a
ebaga
i ba
e n yempu hah Alam S
jlis Perhimpunan Bulanan Bersama Datuk Bandar Kali Md. N
oor , m
sytiha
ran S
azalan e 10 Pengi
Ke 2 bagi tahun 2010, yang dihoskan oleh Jabatan Ko- . Da t o ’ M
un K
Y.Bhg an Ulangtah
rporat. Pada majlis tersebut satu tayangan semula atau Sa m b u t

‘playback’ video Pengisytiharan Shah Alam Sebagai


Bandaraya pada 10 Oktober 2000 dan aktiviti-aktiviti Melalui peraduan ini, Majlis boleh mendapatkan mak-
sempena sambutan Hari Bandaraya pada tahun 2000, lumat secara terus dan telus dari sudut pandangan
diadakan sebagai ‘gimmick’, selain pancaran laser bagi masyarakat mengenai rasa dan perasaan mereka terh-
memeriahkan lagi acara pra pelancaran ini. adap bandar raya Shah Alam. Hasil daripada peraduan
ini, artikel dan foto yang menarik atau yang meme-
Pada majlis tersebut juga, Jabatan Korporat selaku nangi peraduan akan dibuat kompilasi melalui penerbi-
Urusetia Sambutan telah melancarkan Pertandingan tan sebuah Majalah Khas yang akan dilancarkan pada
Menulis Artikel dan Fotografi “Shah Alam Bandara- sambutan Hari Bandaraya sempena Ulangtahun Ke-10
ya ku”, sempena sambutan ulangtahun pengisytiha- Pengisytiharan Shah Alam sebagai Bandaraya, pada 10
ran Bandar raya ini. Majlis telah disempurnakan oleh Oktober 2010.
Datuk Bandar Shah Alam, Y.Bhg. Dato’ Mazalan Md.
Noor.
Buletin
acara @ MBSA 5

ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG 2009


DAN ANUGERAH KHAS DATUK BANDAR 2009

24 MAC 2010 (RABU)


DEWAN BANKUET MBSA
rah
8.15 MALAM Anuge
y a m p aikan orahieda bt.
men arhamah N
Noor,
a z a la n Md. anak Allahy
’ M r kepad a
Anugerah ini bersempena meraikan warga kerja MBSA yang telah . Dato
Y.BhgDatuk Band
a
a s
Kh med Nor
dipilih dan layak untuk menerima Anugerah Khidmat Cemerlang Moha
dan Anugerah Khas Datuk Bandar tahun 2009, juga bagi pesara-
pesara MBSA bagi tahun 2009/2010. Penerima-penerima anugerah
ini akan diberikan hadiah dan insentif sempena perkhidmatan
cemerlang yang telah ditunjukkan, juga sempena persaraan dari
perkhidmatan di Majlis Bandaraya Shah Alam.

Anugerah Perkhidmatan Cemerlang telah diberikan kepada sera- Y.Bhg.


Dato’ N
mai 102 orang pegawai dan kakitangan yang telah dipilih, daripada Negeri (P oordin
Nor Asn embangunan) Sulaiman, Timb
ani Kari tu a
1359 pegawai dan kakitangan majlis yang dinilai sepanjang tahun m dari J rut menyampa lan Setiausaha
abatan K ik K
orporat an anugerah ke erajaan
2009. pada Pn
.
Buletin
6 acara @ MBSA

PERASMIAN PEJABAT BARU


PEJABAT CAWANGAN KOTA KEMUNING
(PCKK)
Pembukaan bangunan baru Pejabat Cawangan Kota Kemuning telah
disempurnakan oleh Y.Bhg. Dato’ Mazalan Md. Noor, Datuk Bandar
Shah Alam pada 3 Mac 2010. Dengan pembukaan pejabat baru ini da-
pat memberikan keselesaan dan memudahkan penduduk yang tinggal
di kawasan Selatan Shah Alam untuk berurusan, kerana lokasinya yang
strategik berhampiran dengan kawasan perumahan dan pusat kom-
ersial. Masyarakat boleh mendapatkan perhidmatan seperti semakan
rsama
Md. Noor be dan pembayaran cukai taksiran, membuat pertanyaan dan aduan dan
) Y .B hg . D ato’ Mazalan gurus Cawangan Kota
(Dari kiri cob (P en BSA)
f Mohd Yaa hli Majlis M sebagainya.
En. Abd. Rau n En. Uthayasoorian (A
Kemunin g da

Pembukaan bangunan Pejabat Cawangan Kota Kemuning memperli-


hatkan kesungguhan dan komitmen pihak Majlis untuk sentiasa men-
gutamakan keselesaan dan kepentingan masyarakat dalam memberikan
perkhidmatan terbaik, cekap dan berkualiti kepada penduduk, khusus-
nya yang bermastautin di sekitar kawasan Kota Kemuning.

majlis
purnakan
M d . N o or menyem masuk Pejabat
an intu
ato’ Mazal riben di p
Y.Bhg. D dengan memotong
peras m ia n unin g
Kota Kem
Cawangan
Buletin
PROGRAM ZON BERSIH DI acara @ MBSA 7

SEKSYEN 25, SHAH ALAM


Program gotong royong bagi membersihkan kawasan tersebut
telah diadakan pada 7 Mac 2010 yang lalu, bermula jam 8.00 pagi.

Lokasi kawasan yang dipilih adalah Pangsapuri Valencia, Medit-


teranean Blok A & B, Pangsapuri Andora dan sekitar Pasar Ta-
man Sri Muda, Seksyen 25 Shah Alam.

Aktiviti ini bertujuan adalah untuk mempromosikan Program Zon


Bersih yang sedang berlangsung di seluruh Shah Alam.

Pada hari tersebut sebanyak 12 buah lori telah digunakan bagi


mengangkut sampah yang telah dikumpulkan oleh penduduk dan
lebih kurang 6 tan sampah telah dapat dikumpulkan.

Bahagian Audit Dalaman dan Pengaduan Awam MBSA bertin-


dak sebagai urusetia dan dibantu oleh Jabatan Taman & Rekreasi,
Kejuruteraan dan Perkhidmatan Bandar dan COB.
Sebastian
rsama En.
az al an M d. Noor be padang bagi me-
o’ M turun
Y.Bhg. DatMajlis MBSA) turut ebut.
Rao (Ahli rjalanan program ters
mantau pe

Kerja-kerja pembersihan sedang giat dijalankan dengan


kerjasama para penduduk.

HARI BERTEMU PELANGGAN


• Program bulanan MBSA ini diadakan pada setiap hari Jumaat,
minggu pertama setiap bulan.

• Bertempat di hadapan kafeteria MBSA, Tingkat LG (Lif B),


Wisma MBSA. Bermula jam 9.00 pagi hingga 11.30 pagi.

• Orang ramai boleh membuat pembayaran kompaun, penyema-


kan cukai taksiran, menyampaikan aduan dan sebagainya.

• Program ini memberi peluang kepada orang ramai khususnya


warga Shah Alam untuk membuat sebarang aduan, juga menge-
mukakan cadangan dan idea bagi meningkatkan lagi perkhid-
matan dan tahap produktiviti MBSA.

• Program Hari Bertemu Pelanggan juga diharap menjadi


platform untuk mengeratkan hubungan antara MBSA dan
masyarakat setempat.
Buletin
OPERASI PEMBERSIHAN ops @ MBSA 9

OLEH JABATAN PERKHIDMATAN BANDAR MBSA


Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) telah mengadakan Op-
erasi Bersepadu Kebersihan dan Kawalan di kawasan seksyen 7
Shah Alam. Operasi berkenaan turut disertai beberapa agensi lain
antaranya Kementerian Kesihatan Malaysia(KKM), Alam Flora
Sdn.Bhd., PCM Bina Sdn. Bhd. dan Lembaga Pengurusan Bersama
(JMB) Pusat Komersial Seksyen 7, Shah Alam .

Pada operasi tersebut, lebih 100 kompaun dikeluarkan oleh MBSA


terhadap orang awam, atas kesalahan meletak kenderaan di lorong
belakang kawasan premis. Manakala empat (4) buah restoran telah
diarah tutup berikutan tahap kebersihan yang kurang memuaskan
dan tidak mengikut peraturan penyediaan makanan yang ditetapkan
oleh Majlis.

Seramai 130 petugas terdiri daripada Ketua Jabatan, dengan para


Pegawai dari pelbagai Jabatan MBSA dan agensi yang terlibat turun
padang bagi menjayakan operasi tersebut yang bermula jam 8.00
pagi hingga 12 .00 tengahari itu.

at dalam
a s a y a ng terlibdengan
u
enguatk jalani siasatan
gawai p n
Para pe ini sedang me
operasi
teliti.

Notis ini merupakan antara bentuk tindakan tegas yang


dikenakan kepada pengusaha yang engkar.
Buletin
10 lawatan MUHIBBAH

LAWATAN DELEGASI
PEMERINTAHAN SRAGEN, INDONESIA
Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) telah menerima kunjungan lawatan seramai 28
orang daripada Pemerintahan Kabupaten Sragen dan Kumpulan Seni
Budaya Sragen, Indonesia pada 26 hingga 29 Januari 2010.

Sragen merupakan salah satu bandar yang terletak di Kepulauan


Jawa, Republik Indonesia dan pihak Majlis Bandaraya Shah
Alam (MBSA) sedang dalam perancangan untuk menjalinkan
hubungan dua hala bersama Sragen dan menjadikannya sebagai
bandar berkembar ‘sister – city’.

Tujuan lawatan rombongan Sragen ke Bandaraya Shah Alam kali


ini adalah untuk mempamerkan persembahan kebudayaan musim erjabat
h Alam bardjono dari
ndar Sha
menuai di Kabupaten Sragen. Delegasi ini juga membuat persem- Datuk Baengan bapak Kush ragen
bahan kebudayaan yang bertema “ SRAGEN – SHAH ALAM tangan d han Kabupaten S
pemerinta EXCO K
JALINAN BUDAYA DUA BANGSA SERUMPUN “ pada 27 Puan Ro erajaan Negeri
Januari 2010, bertempat di Plaza Alam Sentral Shah Alam. dengan dziah Ismail be Selangor, Y.B
wakil de rt .
legasi S ukar cenderaha
ragen ti
Sepanjang berada di Bandaraya Shah Alam, delegasi ini telah dibawa
melawat ke beberapa tempat yang menarik di sekitar bandaraya Shah
Alam dan Kuala Lumpur seperti i-City, Seksyen 7, Shah Alam, Up-
Town, Kota Damansara, Kawasan Perumahan Setia EcoPark, Muzium
Alam Shah, Muzium Negara, KLCC, Berjaya Times Square, Pasar
Seni dan menikmati persembahan kebudayaan Malaysia di Saloma
Bistro.

Delegasi ini turut diraikan pada satu Majlis Makan Malam Ber-
sama EXCO Kerajaan Negeri Selangor iaitu Y.B Puan Rodziah
Bt Ismail pada 27 Januari 2010 di Hotel Quality,
Shah Alam.

LAWATAN DELEGASI DARI


TUY HOA, VIETNAM
Majlis Bandaraya Shah Alam telah menerima kunjungan lawatan seramai 11
orang pegawai daripada “The Project Management Unit Tuy Hoa City Province
Vietnam” pada 15 Mac 2010 (Isnin) jam 2.30 petang. Delegasi dibawa melawat ke
Pusat Khidmat Komuniti Kitar Semula MBSA di Seksyen 17, Shah Alam.

Tujuan lawatan ini adalah untuk melihat serta mempelajari dengan lebih dekat
berkenaan program kitar semula dan juga sistem pengurusan sampah lengai / pu-
kal yang dijalankan di Bandaraya Shah Alam. Mereka juga ingin mengetahui den-
gan lebih jelas bagaimana pihak Majlis menangani masalah sampah haram.

Taklimat telah disampaikan oleh Dr. Theng Lee Chong daripada Danish Interna-
tional Development Assistance (DANIDA), iaitu agensi yang bertanggungjawab
mengasaskan projek ini bersama MBSA.
Buletin
lawatan MUHIBBAH 11

LAWATAN MUHIBBAH PUSPANITA NEGERI


PULAU PINANG DAN KEDAH KE NEGERI SELANGOR

Pengerusi PUSPANITA Negeri Selangor, Y.Bhg. Datin


Shahariah Hashim (kanan) menyambut mesra kedatangan
delegasi PUSPANITA Pulau Pinang dan Kedah

Pada 9 hingga 11 April 2010, PUSPANITA Negeri


Pulau Pinang dan Kedah telah mengadakan lawatan
muhibbah ke Negeri Selangor. Kunjungan selama 3
hari ini bertujuan mengeratkan hubungan silaturrahim
Persem dan semangat kekitaan di antara penjawat awam wan-
Kesen bahan kebu
ian Ne
gara, Ndayaan dari
Ja
ita Negeri Selangor bersama warga sektor awam dari
egeri S
elangobatan Kebud Negeri Kedah dan Pulau Pinang. Antara tempat me-
r. ayaan
dan
narik yang telah dilawati adalah sekitar kawasan Shah
Alam, Homestay Banghuris, Sepang dan Putrajaya.

Sempena lawatan ini, Majlis Bandaraya Shah Alam


turut diberikan penghormatan untuk menjadi hos
Jamuan Makan Malam sempena meraikan ahli-ahli
PUSPANITA Pulau Pinang dan Kedah, yang telah di-
adakan di Quality Hotel Shah Alam. Pada majlis ini
turut diadakan penyampaian sumbangan kepada anak-
anak yatim dari Rumah Anak Yatim Kasih Harmoni,
Sg Buloh. Majlis ini turut dihadiri Y.B. Setiausaha
Kerajaan Negeri Selangor, Dato’ Ramli dan Y. Bhg.
Dato’ Mazalan Md Noor, Datuk Bandar Shah Alam.

Kunjungan selama 3 hari itu bertujuan


mengeratkan hubungan silaturrahim
dan semangat kekitaan di antara para
penjawat awam wanita Selangor, Kedah
Y.Bhg. Datin Shahariah Hashim menyampai- dan Pulau Pinang.
kan sumbangan kepada anak-anak yatim dari
Rumah Kasih Harmoni
Buletin
14 IT @ SHAH ALAM

WIRELESS CITY SELANGOR


Majlis Perasmian Wireless City Selangor ini telah dirasmikan
oleh Y.B Puan Rodziah binti Ismail, Pengerusi Jawatankuasa
Tetap Kebajikan, Hal Ehwal Wanita, Kebudayaan, Sains,
Teknologi dan Inovasi Negeri Selangor pada 10 April 2010.

Majlis yang berlangsung di Medan Selera Prima 2, Seksyen 2


Shah Alam ini turut disempurnakan dengan kehadiran Y. Bhg
Dato’ Mazalan b. Md. Noor, Datuk Bandar Shah Alam. Majlis di-
anjurkan oleh Kerajaan Negeri Selangor dengan kerjasama Majlis
Bandaraya Shah Alam dan JARING.

‘Wireless City Selangor’ adalah usaha Kerajaan Negeri dalam


usaha memperluaskan kemudahan ‘wireless’ jalur lebar dan akses
Internet ke semua kawasan di negeri Selangor.

Bagi fasa pertama di kawasan bandar raya Shah Alam, terdapat 5


lokasi yang mempunyai capaian kepada ‘Wireless City Selangor’,
iaitu Kompleks PKNS (Taman Tasik Shah Alam), Dataran Shah
Alam, Seksyen 2 (Medan Prima 2), Seksyen 3 (Restoran Khali-
fah, Syed, Kompleks MAIS dan Sekolah Kebangsaan Seksyen 4)
dan Seksyen 9 (Medan Selera Oasis).

Terdapat 5 lokasi yang mempunyai ca-


paian kepada 'Wireless City Selangor'
dalam fasa pertama ini dan ia akan dit-
ingkatkan ke kawasan lain kelak.

Y.B. Puan Rodziah Ismail dengan Y.Bhg. Dato’


Mazalan Md Noor melancarkan Majlis Perasmian

INFO
‘Wireless City Selangor’ bersama wakil dari JARING.

MBSA ‘ONLINE’ www.mbsa.gov.my


Orang ramai boleh mendapatkan pelbagai maklumat mengenai :-
• Maklumat terkini program anjuran MBSA
• Sejarah Majlis Bandaraya Shah Alam
• Carta Organisasi MBSA
• Perkhidmatan online ( antaranya e-bayaran )
dan pelbagai lagi.

JABATAN KORPORAT ‘ONLINE’


www.jbtnkorporat.blogspot.com
Pelbagai maklumat terkini mengenai program yang akan diadakan di sekitar
Shah Alam. Program anjuran Kerajaan Negeri Selangor, Majlis Bandaraya Shah
Alam dan sebagainya.

Orang ramai boleh memuat turun borang pertandingan, mendapatkan poster


terkini dan maklumat mengenai program-program anjuran MBSA.

Maklumat terkini mengenai program yang akan diadakan turut boleh diikuti di
www.twitter.com/sacitycouncil Twitter. Pendaftaran perlu dibuat terlebih dahulu .
Buletin
INOVASI 15

SURAU BERGERAK
Y.A.B. Dato’ Menteri Besar Selangor sedang mer-
asmikan Surau Bergerak MBSA pada hari pertama
MBSA
pengenalannya kepada umum.

Y.A.B. Dato’ Menteri Besar Selangor, sedang


menerangkan sesuatu kepada EXCO Kerajaan
Negeri Selangor, semasa melawat Surau Bergerak
MBSA pada satu acara anjuran MBSA.

BIDANG REKACIPTA
Rekacipta ini adalah bagi memberi kemudahan untuk para mus-
Warga MBSA bersama orang awam mengaminkan
limin dan muslimat dalam menunaikan tanggungjawab solat fardhu,
doa memohon kesejahteraan dan keberkatan dalam
menjayakan usaha murni ini.
sekiranya menghadiri sesuatu keramaian anjuran Majlis Bandaraya
Shah Alam. Kemudahan ini amat berguna di tempat yang tidak
mempunyai kemudahan surau dan masjid berhampiran. Rekacipta ini
boleh diguna di lokasi yang berlainan dan hanya memerlukan sebuah
kenderaan untuk menarik surau ini ke lokasi yang dikehendaki.

LATAR BELAKANG REKACIPTA


Pembinaan Surau Bergerak ini adalah gabungan rangka trailer
bot dan kereta kuda. Kabin di bina di atas kerangka trailer dan di
lengkapi dengan bekalan elektrik dan lain-lain keperluan asas.
Bersaiz panjang 16 meter dan lebar 2 meter dengan ketinggian
Keadaan ruang dalam Surau Bergerak MBSA yang
selesa untuk beribadah juga 2 meter. Surau ini boleh menempatkan 13 orang untuk
mengerjakan solat berjemaah di dalamnya dalam satu masa.
Surau bergerak ini juga dilengkapi dengan tangki air berka-
pasiti 150 gallon dengan dua pili air dan basin tempat ber-
wudhuk. Bekalan elektrik di janakan melalui genset atau
soket daripada elektrik domestik sekiranya berhampiran
dengan dewan atau lain-lain sumber elektrik. Surau
bergerak ini dilengkapi dengan kanopi bermotor yang
ditempatkan disebelah tepi kiri bagi menempat-
kan 8 keping platform tambahan untuk bersem-
bahyang di luar kabin dan boleh menempatkan
kira-kira 20 orang. Kelengkapan kompas
berkiblat memudahkan meletakkan kearah
kiblat yang betul dengan mudah.
Buletin
16 Q @ MBSA

SUDUT KUALITI
Majlis Bandaraya Shah Alam telah mewujudkan satu
erasmian
sudut khas yang dinamakan Sudut Kualiti bagi mema- u rn a k a n Majlis P k Bandar,
tu
enyemp h Timbalan Da j. Roslan
parkan trofi-trofi kejayaan dan sijil-sijil pengiktirafan . Noor m le H
to ’ M a z alan Md il diperhatikan o a MBSA, Tuan
h g . D a A sa m b e ti a u sa h
yang telah diterima oleh MBSA selama ini. Sudut Y.B ua li ti M B S
im b a la n S
Sudut K ohtar Hani dan T
Kualiti tersebut telah dirasmikan oleh Datuk Bandar Tuan M
Darus.
Shah Alam, Y.Bhg. Dato’ Mazalan Md. Noor pada 6
April 2010.

Penempatan sijil dan trofi tersebut di Ruang Legar


Lobi A, Tingkat G, Wisma MBSA ini bertujuan untuk
memberi peluang warga kerja dan orang awam untuk
melihat pencapaian MBSA dalam pelbagai pertandin-
gan yang disertai dan anugerah yang diterima.

Antara trofi-trofi kejayaan, anugerah dan sijil-sijil pengiktirafan yang


diterima oleh MBSA sepanjang penubuhannya.
Buletin
Q @ MBSA 17

KEJAYAAN MBSA
Anugerah Pertandingan Amalan 5S Peringkat Kebangsaan
2003 dan 2001 ( Kategori Terbuka ) Sektor Perkhidmatan oleh NPC.

Persijilan Amalan 5S Tahun ( 28.9.2004)


2000, 2001, 2002, 2003, 2004, 2005 , 2006 dan 2008

Anugerah Persijilan MS ISO 9002 : 1994


oleh SIRIM QAS 2001 – 2003 ( 4 Skop )

Anugerah Persijilan MS ISO 9001 : 2000


oleh Sirim QAS 2003 ( 10 Skop ) 2004-2008 ( 11 Skop )

Anugerah Persijilan MS ISO 9001 : 2008


oleh Sirim QAS ( 11 Skop ) 2008-2009 ( 11 Skop ) sehingga 14/11/2010

Anugerah Persekitaran Berkualiti 5S Peringkat Kebangsaan 27.08.09


Menang Anugerah Khas oleh MPC pada 29 Oktober 2009
(Sheraton Hotel & Towers, Subang Jaya)
Buletin
18 INFO

PUSAT MAKAN PERCUMA


SEKSYEN 16
Restoran yang diberi nama Pusat Makan Percuma ini dibuka pada
12 Februari 2010 dan beroperasi pada setiap hari, kecuali Ahad
dan cuti umum, dari jam 10.30 pagi sehingga 6.30 petang.

Terletak di Jalan Sempadan 16/7, Seksyen 16 Shah Alam. Ia


dikendalikan oleh Pertubuhan Kebajikan 1Malaysia, iaitu sebuah
badan sukarela yang diasaskan oleh ahli perniagaan, Mohammad
Sauffi Hamzah.

Tujuan utama penubuhan Pusat Makan Percuma adalah bagi


meringankan beban golongan kurang berkemampuan atau mis-
kin bandar tanpa mengira bangsa dan agama. Konsep makanan
percuma yang disediakan adalah bagi mengalas perut pengunjung
dan bukan hidangan untuk menjamu selera.

Menu atau hidangan yang disediakan adalah berbeza pada setiap


hari. Antara menu yang disajikan seperti kari ayam atau ikan, nasi
lemak, teh-o, sirap, roti bakar dan mi segera. Pengunjung Pusat Ma-
kan Percuma juga digalakkan membasuh pinggan sendiri.

Selain makanan percuma, pemilik premis ini juga mengagihkan


pakaian baru dan terpakai kepada pengunjung yang kebanyak- Tujuan utama adalah bagi meringankan
kannya daripada golongan miskin seperti penganggur, ibu tung- beban golongan kurang berkemampuan
gal dan pekerja sambilan. tanpa mengira bangsa dan agama.

FOOD COURT OASIS 9,


SEKSYEN 9
Oasis 9 merupakan satu projek penswastaan Majlis Bandaraya Shah Alam.
Bangunan 2 tingkat ini didirikan di atas tanah seluas 1 ekar oleh pihak Jo-
hanjana Corporation Sdn Bhd di Seksyen 9, Shah Alam.

Sebanyak 8 unit kedai dan 19 unit gerai disediakan di tingkat bawah ban-
gunan. Manakala, Tingkat 1 ‘mezzanine floor’ mengandungi 6 unit kedai.
Tempat letak kereta disediakan di bahagian atas (bumbung) sebanyak 70
unit.

Aktiviti perniagaan dalam bangunan ini mula beroperasi pada bulan Jun
2010. Merupakan satu lagi lokasi pilihan untuk membeli belah serta medan
selera untuk warga kota Shah Alam.
Buletin
PENYEWAAN DEWAN MBSA UNTUK INFO 19

KEMUDAHAN SUKAN
BADMINTON
Kadar bayaran sewaan bagi 1 sesi (2 jam)

Hari Masa Kadar Sewa *Kadar Sewa

*TOJO+VNBBU  QBHJQFUBOH  3. 3.


   QFUBOHNBMBN 3. 3.

4BCUV "IBE  QBHJQFUBOH  3. 3.


)BSJ,FMFQBTBO"N QFUBOHNBMBN 3. 3.

* Untuk seksyen U16A & U16B

Lokasi dewan badminton Lokasi dewan badminton (swasta)


t%FXBO4FSCBHVOB.#4" .FMVS
t%FXBO4FSCBHVOB.#4" 5VMJQ
t%FXBO4FSCBHVOB.#4" +FKBSVN

Jalan Ambar 7/16, Seksyen 7 ,H#VLJU/BHB 4FLTZFO +BMBO5BSJBO 4FLTZFO


)VCVOHJ
t%FXBO4FSCBHVOB.#4" ,JBNCBOH
t%FXBO4FSCBHVOB.#4" #VOHB,FSUBT
 "[MBO4QPSU4EO#IE
No.2, Jalan Platinum 7/58, Seksyen 7 +MO0QFSB)6) 5NO55%*+BZB 4FL6
* mempunyai penyaman udara t%FXBO4FSCBHVOB.#4" ,FLXB

t%FXBO4FSCBHVOB.#4" .FMBUJ
No.1, Jalan Jenulung 17/21
No.3, Jalan Platinum 7/98, Seksyen 7 t%FXBO4FSCBHVOB.#4" )VCVOHJ
+BMBO"EBOH6 4FL6 JKS Enterprise
* mempunyai penyaman udara
t%FXBO4FSCBHVOB.#4"
Lot. 11, Jln Sepak Raga 13/13, Sek. 13 t%FXBO4FSCBHVOB.#4" 5FSBUBJ

t%FXBO4FSCBHVOB.#4" +BTNJO

Jalan Gelora 19/46, Seksyen 19


/P" +MO"SDB6 #LU+FMVUPOH
t%FXBO4FSCBHVOB.#4" "MBNBOEB
)VCVOHJ
Jalan Singa 20/1, Seksyen 20  (FEJOH&OUFSQSJTF
t%FXBO4FSCBHVOB.#4" -JMZ

Kg. Paya Jaras, Sek. U19


t%FXBO4FSCBHVOB.#4" 4FSPKB
t%FXBO4FSCBHVOB.#4" ,FOBOHB

Jalan Selayang 27/27A, Seksyen 27 Jalan Dengkil 28/21, Seksyen 28


t%FXBO4FSCBHVOB.#4" 1VEJOB

)VCVOHJ
/P +MO.FUBGBTB6 5NO#VLJU4VCBOH
t%FXBO4FSCBHVOB.#4" #VOHB,BOUBO
 .BTZSBG5SBEJOH
Kg. Jalan Kebun, Seksyen 30
t%FXBO4FSCBHVOB.#4" 3FøFTJB

/P +MO.FUBGBTB6 5NO#VLJU4VCBOH


t%FXBO4FSCBHVOB.#4" -JQBSJT
4&#"3"/(,&5&3"/("/-"/+654*-")6#6/(*
No.1, Jln. Anggerik Liparis 31/148, Sek.31 JABATAN PENILAIAN DAN PENGURUSAN HARTA MBSA
03 - 5522 2761 / 2762
Makluman
t,BEBSTFXBVOUVLLBOBLLBOBLTFLPMBI EJCBXBIUBIVO
BEBMBITFQBSVIIBSHBEBSJQBEBLBEBSZBOHEJUFUBQLBO
 4JMBCBXBTVSBUQFSNPIPOBOEBSJQBEBQJIBLTFLPMBI

t4FCBSBOHQFSUVLBSBOUBSJLIUFNQBIBOTFLJSBOZBEJTBILBO EJCBZBSEBONFNQVOZBJSFTJU
BEBMBIUJEBLEJCFOBSLBO
8BMBVCBHBJNBOBQVO.BKMJTCFSIBLVOUVLNFNJOEBNBOBNBOBUBSJLITFLJSBOZBEFXBOUFSTFCVUBLBOEJHVOBLBOPMFIQJIBL.BKMJT

t4JMBCBXBTBMJOBOCJMEBOSFTJUCBZBSBOZBOHUFMBIEJKFMBTLBOQBEBIBSJUFNQBIBO

t5FNQBIBOEFXBOEJCVLBTFUJBQIBSJCVMBO4FLJSBOZBUBSJLIUFSTFCVUBEBMBIDVUJNBLBUBSJLIUFNQBIBOBLBOEJBOKBLLBO
LFQBEBIBSJCFSJLVUOZB

BOLA TAMPAR dan SEPAK TAKRAW


,BEBSTFXBBO RM30.00 HFMBOHHBOHVOUVLKBN

5FNQPITFXBBO 8.00 pagi hingga 5.00 petang XBLUVTJBOH

5.00 petang hingga 11.00 malam XBLUVNBMBN

4FUJBQIBSJUFSNBTVL4BCUVEBO"IBE
LFDVBMJ)BSJ3BZB"JEJMöUSJ"JEJM"EIB
Lokasi dewan
t%FXBO#PMB5BNQBS HFMBOHHBOH
t%FXBO#PMB5BNQBS HFMBOHHBOH

Jalan Gelora 19/46, Seksyen 19 Jalan Durian 4/1, Seksyen 4


* mempunyai penyaman udara

Makluman
t4FXBBONFMFCJIJIBSJQFSMVEJTFSUBLBOTVSBUSBTNJ 4&#"3"/(,&5&3"/("/4*-")6#6/(*
t4FLJSBOZBQFOZFXBBOHFMBOHHBOHIBOZBVOUVLTFIBSJ BHGN SUKAN, KORPORAT MBSA
EBOUFNQBIBOCPMFIEJCVBUNFMBMVJQBOHHJMBOUFMFGPO 03 - 5522 2742 / 2736
t1FNCBZBSBOQFSMVEJCVBUTFCFMVNQFOHHVOBBOHFMBOHHBOH
EBOVSVTBOBEBMBITFDBSBUVOBJBUBVDFLCFSQBMBOHLF.#4"
Buletin
INFO
SPACE @ U8
20

Terletak di kawasan paling strategik di Seksyen U8,


Bukit Jelutong Shah Alam, bangunan komersil, Space
U8 sememangnya merupakan bangunan dengan kelas-
nya tersendiri. Ini kerana, ia bangunan yang pertama
seumpamanya di Shah Alam, dibangunkan dengan
konsep mesra alam atau ‘green building’. Pemaju pro-
jek ini, Mainstay Development Sdn. Bhd. menyatakan
bahawa, Space U8 dibangunkan berdasarkan kepada
konsep SUMO atau “shop-unit-mall-office” bagi mem-
bantu mengurangkan penggunaan tenaga dan menerap-
kan ‘teknologi hijau’ pada keseluruhan bangunan ini.

Pada 22 April 2010, Datuk Bandar Shah Alam, Y.Bhg.


Dato’ Mazalan Md. Noor telah menyempurnakan ma-
jlis yang dinamakan “Eye in The Sky”, iaitu acara pe-
masangan struktur bumbung mesra alam bagi bangu-
nan Space U8. Bumbung Space U8 dilengkapi panel
tenaga solar yang menyumbang kepada penjanaan
sumber tenaga, yang dapat menjimatkan penggunaan
tenaga elektrik, dan merupakan penggunaan tingkap
terpanjang pernah dipasang di negara ini. Berukuran 70
meter lebar dan 178 meter panjang, membolehkannya
dicatatkan dalam The Malaysian Book of Records.

Bakal dibuka pada Novem-


ber 2010, menawarkan hub
gaya hidup kontemporari
dengan menggabungkan
perniagaan di bawah satu
bumbung.

Bumbung atau tingkap Space U8 juga menggunakan Fasa pembinaan yang meliputi hampir 65 peratus siap
“tinted laminated low e-glasses” yang mana hanya itu sudah mencatatkan hampir 90 peratus ruang runcit
membenarkan cahaya masuk ke dalam bangunan, dan dan pejabat telah ditempah. Sebanyak 232 lot runcit
bukannya haba. Bagi memastikan suasana bangunan meliputi empat tingkat bangunan dengan saiz purata
sentiasa sejuk dan nyaman, bangunan ini juga dibina setiap lot 2,250 kaki persegi disediakan.
menggunakan batu-bata dari bahan kalsa atau silica.
Terletak di kawasan pembangunan Bukit Jelutong,
Konsep pembangunan dengan penerapan ‘teknologi Space U8 hanya mengambil masa 15 minit perjalanan
hijau’ sebegini terbukti mendapat respon dan sambu- dari kawasan sekitar seperti pusat bandar raya Shah
tan yang amat positif daripada komuniti setempat, leb- Alam, Subang Jaya, Petaling Jaya dan Kelana Jaya.
ih-lebih lagi daripada para pembeli lot-lot kedai dan
pejabat di bangunan berkenaan.
Buletin
SELANGOR SHINES acara @ MBSA 21

HUNT 2010
Pada 15 dan 16 Mei 2010, Majlis Bandaraya
Shah Alam dengan kerjasama Tourism
Selangor Sdn. Bhd. telah menganjurkan
acara Selangor Shines Hunt 2010. Acara
yang dibahagikan kepada 3 katagori ini telah
berjaya menarik penyertaan sebanyak 70
pasukan.

Acara pelepasan peserta telah disem-


purnakan oleh Y.Bhg. Dato’ Mazalan
b. Md. Noor Datuk Bandar Shah Alam.
Acara bermula dari Dataran Kemerde-
kaan Shah Alam dan berakhir di Home-
stay Sg. Hj. Dorani, Sabak Bernam.

Para peserta yang menyertai acara Selan-


gor Shines Hunt kali ini memberi respon
yang amat positif dan teruja dengan kela-
ian konsep yang diperkenalkan.

Dalam pertandingan kali ini para peserta


diuji dengan pelbagai kemahiran kendiri
yang menuntut kesabaran dan ketekunan
dalam menyudahkan pelbagai tugasan yang
telah diaturkan oleh pihak penganjur.

Pada sebelah malamnya acara penyampa-


ian hadiah kepada semua
pemenang dan para peserta
dihiburkan dengan persem-
bahan kuda kepang.
Buletin
22 CITRA SENI & BUDAYA

PERTANDINGAN BERCERITA
SIRAH-SIRAH RASUL
Shah Alam 28 Mac 2010, satu pertandingan bercerita Sirah –
sirah Rasul telah berlangsung dengan jayanya di Kompleks PKNS
Shah Alam. Program adalah anjuran Majlis Bandaraya Shah
Alam dengan kerjasama Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor
(PKNS). Tujuan pertandingan ini diadakan untuk menggalakkan
para peserta yang terdiri daripada para pelajar sekolah seramai
47 orang peserta ini, supaya lebih berkeyakinan dan dapat mem-
pertingkatkan kemahiran berkomunikasi di depan khalayak.

Di antara tetamu kehormat yang hadir ialah Y.B. Puan Rod-


ziah bt Ismail (EXCO Kerajaan Negeri Selangor), Y. Bhg.
Dato’ Mazalan Md Noor (Datuk Bandar Shah Alam) dan
Tuan Mohtar Hani (Timbalan Datuk Bandar Shah Alam).
Pertandingan ini telah diadili oleh En. Mohd Suffian Ismail
(Kementerian Pelajaran Malaysia), Muhd Azman b. Mohd
Nawi (Karangkraf) dan Pn. Zeqty Nattrah bt Ramli (Jabatan Ke-
budayaan, Kesenian Negeri Selangor).

Pertandingan dibahagikan kepada kategori pelajar perempuan


dan pelajar lelaki. Johan kategori lelaki dimenangi oleh Amir
Y.B. Pn. Rod
Zharif Firdaus, naib johan Muhammad Hafiz b. Ahmad Tarmidi Md. Noor menziah Ismail bersama Y.Bhg
kepada para peyempurnakan majlis peny . Dato’ Mazalan
dan persembahan terbaik dimenangi oleh Muhammad Haikal Za- menang ampaian hadi
ah
fri. Johan kategori perempuan pula dimenangi oleh Nur Ilham
Al–Fahmi, manakala persembahan terbaik dimenangi oleh Nurul
Iffah Zulaikha Ariffin. Penyampaiaan hadiah telah disempurna-
kan oleh Y.B. Puan Rodziah Ismail.

Pertandingan ini di meriahkan lagi dengan penampilan istimewa


oleh Ammar yang membuat persembahan silap mata serta nyany-
ian lagu-lagu nasyid.

Pertandingan ini diadakan adalah untuk


mempertingkatkan keyakinan dan ke-
mahiran komunikasi para pelajar berde-
pan khalayak umum.

Program mendapat sambutan menggalakkan dari Para peserta berusaha menonjolkan bakat
segi penyertaan dan juga sokongan ibu bapa dan masing-masing dan menunjukkan gaya
masyarakat umum. tersendiri ketika bercerita.
Buletin
CITRA SENI & BUDAYA 23

Wasilah Cinta Pencipta dan Manusia menyegarkan suasana di Laman


Budaya, Taman Tasik Shah Alam Selangor, pada 30 April 2010 yang
menerima kehadiran sasterawan negara, tokoh sastera dan media.

Malam Puisi Riong dianjurkan Unit Sastera Berita Harian Sdn Bhd
(BHSB) dan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) dengan kerjasama
Komuniti Akar, kali ini menghimpunkan dua Sasterawan Negara (SN),
Datuk A Samad Said membacakan puisi Hidup Bersama dan Datuk Dr
Anwar Ridhwan dengan Sindrom Haji Murat.

Datuk Bandar Shah Alam, Datuk Mazalan Md. Nor, membacakan


Semarak Anggerik Mokara, manakala Penerima Anugerah Penulisan
SEA 2005, Abdul Ghafar Ibrahim atau lebih dikenali sebagai Agi
mendek-lamasikan Gakgakgak dan La-La-La.

Majlis turut dimeriahkan dengan kehadiran pengarang muda, Ahmad


Syukri Abdullah yang juga johan Sayembara Deklamasi Puisi Kebang-
saan 1986 serta penulis muda terkenal, Mohd Faizal Musa atau Faisal
Tehrani.

Pengarah Projek Bersama program malam berkenaan, Mohd Zulfahmee


Ismail tidak ketinggalan membacakan puisi selain generasi muda seperti
Fynn Jamalm, Mohd Zulfahmee Ismail, Ashraf Ishak, Mohd Suffian,
Mohd Hatta Mohd Yatim, Fareha, Fazleena Hishamuddin dan Norr
Azah.

Khalayak turut dihiburkan penyanyi Aishah yang tampil di pentas puisi,


selain Rizu (One In A Million) dan Rini (Akademi Fantasia 7) selain
berpeluang mengisi minda dengan buku pilihan melalui jualan buku yang
mendekati pembaca secara santai.
Buletin
INFO

Beg Plastik atau Beg Kertas?


Kertas atau plastik? Pilihan ini seolah-olah mudah untuk dibuat. Namun jika dilihat dari segi tempoh hayat
dan kos bagi kitar hidup kegunaannya, ia memerlukan pertimbangan yang serius.

Kertas
Dihasilkan daripada pokok – melibatkan sejum-
lah pokok untuk kertas. Pokok yang baik
ditandakan dan ditebang, sehingga menyebab-
kan masalah kerosakan habitat yang teruk dan
kerosakan ekologi dalam masa panjang. Lebih
kurang 3 tan kayu ditebang bagi menghasilkan
satu tan palpa. Palpa tersebut dibasuh dan
dilunturkan. Ini juga menggunakan beribu-ribu
galon air bersih. Jika ia dibuang, ia akan
mengambil masa untuk lupus selama beberapa
tahun. Tetapi jika dikitar semula, ia memerlukan
beberapa kaedah. Kertas tersebut perlu diproses
menjadi palpa terlebih dahulu, yang biasanya
memerlukan proses kimia yang melibatkan
sebatian seperti hidrogen peroksida, sodium
silikat dan sodium hidrosida, yang bertujuan
untuk meluntur dan memisahkan serat pada
palpa tersebut.

Plastik
Lazimnya diperbuat daripada
minyak, yang merupakan
sumber yang tidak boleh
diperbaharui. Plastik juga
merupakan produk yang
dihasilkan daripada proses penapisan minyak, yang
diperolehi daripada 4% pengeluaran minyak
mentah di seluruh dunia. Plastik boleh dikitar
semula, tetapi ia bukannya mudah untuk dilaku-
kan. Kitar semula melibatkan meleburkan beg
tersebut dan diproses semula menjadi plastik.

Akhirnya, membuat pilihan antara beg kertas


atau beg plastik, beg yang boleh diguna
semula perlu menjadi pilihan UTAMA. Dari-
pada segi penggunaan tenaga, BEG KANVAS
14 kali lebih baik daripada beg plastik dan
39% lebih baik daripada beg kertas.

You might also like