You are on page 1of 16

TAMADUN PRIBUMI MALAYSIA

OBJEKTIF
 Memahami budaya dan tamadun pribumi Malaysia.
 Menjelaskan konsep pandang dunia masyarakat Malaysia. 
 Menerangkan masyarakat pribumi dan sistem sosial Malaysia.

RUJUKAN
 Arena Wati. 1978. Pribumi Sabah (Kadazan/Dusun). Yayasan Sabah, Kota
Kinabalu.
 Dentan, R.K. 1979. The Semai: A nonviolent people of Malaya. New York: Holt,
Rinehartand Winston
 Evans, I.N.H. 1924. Among Primitive Peoples in Borneo, London. 
Hose, C. dan McDougall, W. 1996. The Pagan of Borneo. Frank Cass and
Company.Ltd.
 Hood salleh, Kamaruddin M. Said dan Awang Hasmadi Mois (eds). 1993. Mereka
yang Terpinggir. Jabatan Antropologi dan Sosiologi, Universiti Kebangsaan
Malaysia.
 Intan. 1991. Malaysia Kita, Kuala Lumpur. 
Jensen, E. 1974.  The Iban and Their Religion. Oxford: Clarendon Press. 
Juli Edo. 1990. Tradisi Lisan Masyarakat Semai. Monograf No.16. Fakulti
Kemasyarakatan dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia.
 Williams, T.R. 1965. The Dusun: A north Borneo Society. New York: Holt,
Rinehart and Winston
 Sabihah Osman. 1985. Pentadbiran Pribumi Sabah 1881 -1941. UKM-Yayasan
Sabah.
 
 KERANGKA UNIT
Pengenalan 
 Budaya dan Tamadun Pribumu Malaysia
 Konsep Pribumi dan Latar Belakang Sejarah 
 Konsep Pandangan Memesta Masyarakat Pribumi
 Masyarakat Pribumi dalam Sistem Sosial Malaysia
Page13
PENGENALAN

Mayarakat Peribumi adalah penghubung kepada sejarah dan tamadun awal di tanah air
kita. Sejarah Negara Malaysia telah mencatitkan bahawa negara kita pernah diduduki oleh
manusia  berzaman-zaman sejak zaman Paleolitik (Zaman Batu Awal), diikuti dengan Zaman
Mesolitik (Zaman Batu Tengah), Zaman Neolitik (Zaman Batu Baru) dan Zaman Logam (Zaman
Gangsa-Besi). Sebagai contoh, Suku kaum orang asli Negrito dan Senoi merupakan keturunan
orang Mesolitik. Bukti-bukti arkeologi telah menunjukkan bahawa beberapa kawasan di negara
kita telah didiami oleh manusia. Oleh itu, adalah wajar bagi generasi muda untuk mengetahui
tentang sejarah umum dan tamadun masyrakat pribumi supaya dapat membentuk satu perspektif
yang luas tentang sejarah dan perkembangan kita sebagai satu masyarakat malaysia yang terdiri
daripada pelbagai budaya dan bangsa.

Tujuan unit ini ialah untuk mendedahkan kepada anda tentang sejarah umum masyarakat pribumi
, konsep pribumi, konsep pandang dunia mereka termasuk aspek-aspek lain seperti sistem
ekonomi mereka, kesenian dan pembangunan masyarakat mereka mereka dan masa depan
mereka.

Dengan mengkaji latar belakang sejarah dan budaya pribumi kita akan mengetahui tentang
kewujudan kebudayaan masyrakat pribumi yang mapan dan kepelbagaian etnik dan budaya
pribumi akan memperkayakan lagi warisan sejarah dan budaya negara kita.

Page13
Masyarakat pribumi-Siapakah Mereka?
Sebelum menerangkan siapakah masyrakat pribum ini, adalah wajar bagi anda mengetahui
terlebih dahulu apakah dimaksud dengan istilah pribum.  
Umum. 
 Secara umum, istilah pribum  merujuk kepada kumpulan etnik yang natif kepada wilayah
yang dituntut dan dipertahankan sepenuhnya oleh sesebuah negara. Kumpulan etnik ini telah
wujud sebelum negaranya dibentuk.

Spesifik 
 Secara spesifik masyrakat pribumi adalah merujuk kepada penduduk asal Negara Malaysia
yang terdiri daripada orang Melayu dan Orang Asli di Semenanjung dan pelbagai kumpulan
etnik pribum   di Sabah dan Sarawak. Mengikut Perlembagaan   atau bumiputra di ertiakan
sebagai anak watan asal atau naif dan ini merujuk kepada or masyrakat pribumi orang
Melayu, orang Asli dan pribumi   Sabah dan Sarawak. Di Sabah. pribumi dimaksudkan
sebagai warga negara berketurunan pribum   seperti Orang Dusun/Kadazan, Murut, Bajau,
Sulu, Iranun, Kedayan, Melayu Brunei, Lun Dayeh Sungei dan kumpulan pribumi lain. Di
Sarawak, pribumi adalah seorangwarganegara Malaysia yang tergolong dalam salah satu
kumpulan etnik seperti Iban, Bidayuh, Melayu Melanau, Murut/Lun Bawang, Kenyah,
Kelabit, Kayan, Bisaya, Punan, Penan, dan kumpulan kecil lain.

Berapa ramaikah penduduk pribumi Malaysia? 


Jumlah penduduk Malaysia tahun 1995 ialah 29.69 juta dan penduduk pribumi/bumiputra
berjumlah 11.95 juta seperti di tunjuk di Rajah 1.

Rajah 1 
Jumlah penduduk Malaysia
Kumpulan                            Jumlah (juta)                         Peratus (%)
Pribumi/Bumiputra                   11.95                                  61.7 
Cina                                           5.29                                  27.3 
India                                          1.50                                    7.7 
Lain-lain                                   0.64                                    3.3 
Jumlah                                     19.38                                 100.0 
Bukan Warga Negara                1.31
Page13
PRIBUMI SEMENANJUNG

Latarbelakang dan Sejarah Pribumi Semenanjung

Pribumi Semenanjung
 Semenanjung terdiri daripada Orang Melayu dan Orang Asli.
Siapakah Orang Asli?
 Orang Asli terbahagi kepada tiga suku bangsa iaitu Negrito, Senoi dan Melayu
Asli/Melayu. Orang Asli menghuni di semua negeri Semenanjung kecuali Pulau Pinang
dan Perlis.
Rajah 2 
Pribumi Semenanjung
Kumpulan Suku Bangsa Kawasan
Negrito,Bateq Kinsui,Kintak,Lanoh,Jahai,Mendrig, Perak(utara),Kedah,dan
Kelantan 

Senoi Temiar,Semai, Semoq Beri, Che' Bahagian tengah negeri


Wong,Jah Hut,Mahmeri Perak,Pahang,Selangor, dan
Negeri Sembilan 
Melayu-Asli/ Temuan,Semelai,Jakun, Orang Bahagian selatan Pahang, dan
Melayu-Proto Kanaq,Orang Kuala, Orang negeri Johor 
Seletar dan Orang Laut 

  
Siapakah Orang Melayu?

Orang Melayu adalah penduduk terbesar Semenanjung dan ada juga yang menghuni di
Sarawak dan Sabah. Orang Melayu telah bermastautin di Semenanjung sejak 2,500 SM.
Terdapat juga Orang Melayu tinggal di Selatan Thailan, Filipina dan di merata-rata tempat di
Nusantara. Dari segi bahasa pertuturan, Orang Melayu menggunakan Bahasa Melayu iaitu
kelompok Bahasa Austronesia. Sejarah Orang Melayu sering dikaitkan dengan kumpulan Orang
Melayu Asli/Melayu Proto. Sebelum kedatangan agama Hindu dan Buddha, masyarakat Orang
Melayu mengamalkan sistem kepercayaan primitive iaitu animisme dan dinamisme. Kedua-
duanya mempercayai bahawa setiap benda ada jiwa, roh atau semangat yang mempunyai
perwatakan sendiri, yang dapat membawa atau mendatangkan kesan baik atau buruk. Penulisan
secara jelas mengenai Orang Melayu bermula pada abad ke 15 iaitu pada zaman keagungan
Kesultanan Melaka yang banyakmerakamkan tentang undang-undang dan sistem pentadbiran
seperti Undang-undang Melaka dan Undang-undang Laut Melaka. Struktur pentadbiran
Page13

tradisional inilah menjadi landasan kepada pembentukan Negara Bangsa dalam sejarah moden
Malaysia. 
 

Apakah sistem politik pribumi Melayu?

Satu ciri sistem politik pribumi Melayu yang kekal hingga kini ialah Sistem Beraja.
Sistem ini kekal kerana wujudnya hubungan Institusi Raja dengan sistem tradisi masyarakat
Melayu yang berpegang kepada Bahasa Melayu, Agama Islam, Adat Istiadat, Melayu dan Raja-
raja. Unsur-unsur ini kemudiannya menjadi sebahagian daripada ciri-ciri Perlembagaan
Malaysia. Zaman Kerajan Melayu Melaka yang didirikan oleh Parameswara pada awal kurun ke-
15 menyaksikan kegemilangan dunia Melayu dari berbagai-bagai aspek. Contohnya, sistem
sosio-politik Semenanjung Tanah Melayu ini juga telah diamalkan oleh Kesultanan Brunei yang
pada satu ketika dahulu pernah menakluk dan memerintah Sabah dan Sarawak. Kedua-dua
negeri ini menjadi tanah jajahan Kesultanan Brunei sehinggalah James Brooke menjajah
Sarawak sejak tahun 1841 hingga 1941 dan Sabah dijajah Syarikat Berpiagam Borneo Utara
British sejak tahun 1881 hingga 1941.

Bagaimanakah keadaan Sosio-ekonomi pribumi sebelum semenanjung Kehadiran


Penjajah British?

 Kebanyakkannya Orang Melayu dahulu adalah petani dan pelaut. Penemuan tinggalan
arkeologi di Kuala Selinsing Perak menunjukkan orang Melayu juga adalah ahli
pertukangan dan pedagang melalui jalan laut. Mereka hidup dalam kampung tradisi-
menanam padi, kelapa dan buah-buahan dan mengamalkan Ekonomi sara diri.
 Dalam Kesultanan Melaka, apabila Melaka menjadi bandar entreport orang Melayu telah
mewujudkan satu sistem ekonomi perdagangan yang teratur dengan terbentuknya sistem
cukai, sistem pasar dan gudang.
 Sistem sosial bersifat "feudal" iaitu Raja/Sultan menguasai sumber ekonomi (tanah,
tenaga buruh, modal pelaburan, perdagangan dan memungut cukai). Mereka tergolong
dalam kelas atasan dan menengah-menjadi pedagang, ahli pelayaran dan pengusaha
lombong bijih timah.
 Monopoli ekonomi menjadi teras mengekalkan kuasa raja terhadap rakyat. Mereka
menguasai jalan perdagangan di sungai-sungai dan menguasai perdagangan
import/eksport.
 Antara tokoh-tokoh pembesar Melayu yang menjadi pengusaha/pedagang ialah Long
Jaafar dan Ngah Ibrahim di Larut Perak, Raja Jumaat dan Raja Abdul Samad di Selangor.
 Di negeri pantai timur orang Melayu juga bergiat dalam bidang pertanian dan
perdagangan. Kaum wanitanya terkenal dengan kegiatan perdagangan. Sosio-ekonomi
Page13

orang Melayu berubah apabila British menjajah Tanah Melayu mulai tahun1874. British
memperkenalkan sistem ekonomi kapitalis dan membawa masuk buruh asing ke Tanah
Melayu dan seterusnya merubah struktur ekonomi pribumi
PRIBUMI SARAWAK

Latarbelakang dan Sejarah Pribumi Sarawak

Secara umum, penduduk pribumi diklasifikasikan mengikut kawasan petempatan seperti


persisiran pantai, lembah sungai dan daerah pendalaman termasuklah di kawasan tanah tinggi.
Kawasan-kawasan yang paling padat dengan penduduk ialah dataran pantai dan di lurah-lurah di
bahagian barat di Kuching dan di kawasan antara Sungai Kayan dan Mukah.
Perkembangan kebudayaan penduduk pribumi Sarawak menunjukkan bahawa masyarakat
penduduknya terdiri daripada yang paling simple iaitu hidup berpindah-randah dan menjalankan
kegiatan perburuan du hutan-belantara seperti orang Penan hainggalah kepada masyaraka yang
telah bertamadun, tinggal di persisiran pantai di lembah sungai seperti orang Melayu, Melanau
dan Iban. Sebelum kedatangan orang Barat (Rejim Brooke dan Penjajah British) ke Sarawak,
penduduk pribumi mengenali diri mereka mengikut nama sungai tempat mereka tinggal seperti
"kami Skrang" dan "kami Saribas".
Faktor-faktor alam semulajadi banyak mempengaruhi corak petempatan dan kebudayaan
pribumi Sarawak dan oleh itu, penduduk pribumi tempatan tidak banyak perhubungan dengan
orang luar dan mereka ini menjadi terpencil kerana keadaan alam semulajadi seperti sungai yang
panjang dengn jeram yang deras arusnya dan kawasannya terlalu luas telah memisahkan
penduduk pribumi darai satu tempat ke satu tempat yang lain. Justeru itu didapati tiap-tiap
kelompok membentuk identiti kebudayaan masing-masing mengikut keadaan alam sekitarnya.
Seperti masyarakat pribumi Melayu, penduduk pribumi Sarawak menuturkan bahasa rumpun
Austronesia. Asal-usul mereka boleh dikaitkan dengan gelombang penghijrahan dari tempat lain
di benua Asia.

Rajah 3 

Pribumi Sarawak
Kelompok Etnik Kawasan Petempatan
Melayu Bahagian Miri
Kayan Bahagian Miri
Kenyah Bahagian Miri, Bintulu dan Kapit (kawasan tanah tinggi)
Klabit Bahagian Limbang di Lembah Terusan
Murut/Lun Bawang Lembah Rejang dan Baram,Bahagian Bintulu dan Kapit
Punan Bahagian Bintulu,Kapit dan Miri
Penan Lembongan Rejang, Bahagian Sibu dan Bintulu
Melanau Bahagian Miri dan Limbang
Kedayan Bahagian Limbang terutama di hilir Limbang
Bisayah Bahagian Limbang terutama di hilir Limbang
Page13
Sarawak mula didiami dan siapakah yang pernah menjajah Sarawak?
Berdasarkan penemuan arkeologi di Gua Niah dan gunung Subis di Sarawak. Sarawak telah
dihuni sejak 40,000 tahun yang lalu dan dikatakan penduduk Sarawak telah berdagang dengan
negeri Cina lebih kurang 600 tahun SM.

Bukti-bukti jajahan kuasa-kuasa luar:


I. Dalam zaman kegemilangan Kemaharajaan Budha Srivijaya pada abad ke 8, Borneo
merupakan tempat persinggahan yang paling disukai oleh ahli-ahli pelayar dari India ke
China. Ini dapat dibuktikan dengan jumpaan sebuah lembaga Budha di barat daya
Sarawak yang dianggarkan bertarikh di antara abad ke 8 dan ke 9.
II. Dalam abad ke 14 beberapa tempat di Sarawak terletak di bawah Kerajaan Hindu
Majapahit. Tinggalan sejarah seperti patung dan perhiasan yang berunsurkan kehinduan
turut dijumpa.
III. Pada abad ke 15 dan 16 daerah-daerah seperti Kalaka, Saribas, Sadong dan Samarahan
terletak di bawah Kesultanan Johor(Melaka)
IV. Selepas kesultanan Johor, Kesultanan Brunei menjajah Sarawak. Kegemilangan
Kesultanan Bolkiah terserlah pada zaman pemerintahan Sultan Bolkiah pada abad ke 16.
Setelah kemangkatannya, Brunei beransur lemah walaupun ada usaha memulihkan
keadaan pada zaman Sultan Hassan pada abad ke 17. Kedatangan dan kegiatan orang-
orang Barat terutamanya Belanda dan Inggeris di rantau Borneo pada abad ke 18 dan ke
19.
V. James Brooke berjaya mendapat jajahan Sarawak daripada Sultan Brunei setelah
mengenepikan Pengiran Mahkota dan Raja Muda Hashim dari Kuching. Mulai tahun
1841 Sarawak menjadi sebuah negeri diperintah oleh Dinasti Brooke sehingga 1941.

Pertembungan pribumi dengan agama lain.


Semasa pemerintahan Kesultanan Brunei ramai penduduk pribumi di persisiran pantai dan kuala
sungai seperti orang Melayu, Melanau dan Kedayan memeluk agama Islam.
Semasa Dinasti Brooke, penyebaran agama Kristian telah digiatkan di daerah pendalaman di
kalangan orang Iban, Bidayuh, Bisayah, Kenyah, Kayan, Kelabit dan dikalangan orang Melanau
yang tinggal agak jauh dari pantai. Penyebaran diteruskan secara intensif pada masa penjajahan
British(1946-1963). Faktor ini menambahkan lagi kepelbagaian perbezaan masyarakat pribumi
Sarawak. 
 
 
 
Page13

 
Sosio-ekonomi pribumi di Sarawak sebelum British
Sehingga abad ke 19 penduduk pribumi di Sarawak mengamalkan sistem ekonomi tradisi-
menangkap ikan, menanam padi huma/sawah, mencari hasil hutan dan berburu. Ada golongan
bangsawan yang menjadi peniaga dan pendagang dan ada juga daripada mereka mempunyai
kapal-kapal dagang. Bagi rakyat biasa ada yang menjadi pengikut rombongan dagang pembesar-
pembesar Sarawak. Manakala pribumi yang tinggal di pendalaman mereka menjalankan kegiatan
pindah dan menanam padi huma.
Orang Iban              
Dikatakan berhijrah dari Sungai Kapuas, Kalimantan dan kemudiannya menetap di hulu Batang
Lupar, Rejang dan Saribas. Mereka tinggal di rumah panjang dan mengerjakan pertanian sawah
dan huma. Dalam masyarakat Iban tidak terdapat institusi politik yang teguh melebihi peringkat
kampung. Susunan politik daerah adalah berdasarkan ikatan keluarga, sanak saudara atau kaban.
Ketua-ketua rumah panjag atau tuai rumah adalah seorang ketua yang dipertanggungjawabkan
untuk menjaga anak buah dan keamanan. Bagi daerah yang mudah dihubungi, orang Iban turut
membayar cukat tahunan kepada pemerintahan kesultanan Brunei misalnya sepasu padi bagi
tiap-tiap keluarga.
Orang Bidayuh              
Menjalankan kegiatan pertanian pindah dan menanam padi dan dan perlombongan antimoni.
Orang Melanau              
Seperti orang Melayu, orang Melanau tinggal di persisiran pantai dan di kawasan antara
lembongan Rejang ke Kuala Sungai Baram. Yang paling padat dari segi bilangan penduduk
pribumi ini ialah di Oya dan Mukah. Kerana Kawasan persisiran kaya dengan hasil sagu dan
kehidupan yang aman maka itu ia menjadi tempat kunjungan bagi pedagang-pedagang luar
terutamanya dari Brunei. Perkembangan perdagangan antara orang Melanau dan Brunei telah
membawa jalinan hubungan yang rapat dan ini telah mengakibatkan ramai orang Melanau di
bahagian persisiran terpengaruh dengan kebudayaan Melayu dan memeluk agama Islam. Mereka
tidak tinggal di rumah panjang seperti dulu seperti dilakukan oleh Melanau yang masih pagan.
OrangMelayu 
Mempunyai system masyarakat yang teratur dan kemas kerana hubungan mereka yang rapat
dengan Kesultanan Brunei. Kedudukan petempatan mereka di persisiran pantai menyebabkan
mereka lebih terdedah kepada pengaruh luar dan penyebaran agama Islam yang di bawa melalui
perdagangan. Maka itu semua orang Melayu beragama Islam. Agama Islam menjadi unsur yang
kuat menyatupadukan mereka. Pada masa pemerintahan Brunei, terdapat beberapa pembesar
Melayu dilantik menjadi pentadbir, mentadbir Sarawak bagi pihak Brunei. Oleh sebab-sebab itu
wujudnya nama-nama jawatan seperti Datuk Patinggi, Datuk Temenggong dan Datuk Bandar
dalam masyarakat  mereka.
Pengalaman pentadbiran dan kepimpinan dalam masyarakat Melayu ini digunakan oleh Rejim
Brooke apabila mereka memerintah Sarawak selama 100 tahun. Beberapa pembesar Melayu
yang dilantik memegang jawatan pentadbiran seperti Ketua-ketua Anak Negeri, Datuk Patinggi,
Datuk Bandar, Datuk Temenggong, Datuk Hakim dan Datuk Pahlawan, di samping
menganggotai Majlis Tertin
Page13
Bagi golongan rakyat biasa seperti pribumi lain, mereka mengerjakan pertanian sawah, menanam
buah-buahan, membuat perahuPRIBUMI
dan berdagang.  SABAH
 
Seperti pribumi di Sarawak, pribumi Sabah dipercayai berasal dari tanah besar Asia. Dan
bertutur dalam kelompok bahasa Austronesia.
Rajah4 
Pribumi Sabah
Kelompok Etnik                                                Kawasan Petempatan
Dusun/Kadazan Penampang,Tuaran, Papar, Tamparuli, Tambunan
Murut Pensiangan, Keningau, Nabawah
Lun Dayeh Magalong,Long Pasia
Bisaya Kuala Penyu
Bajau Kota Belud, Semporna, Tawau, Sandakan
Kedayan Sipitang, Telok Labuan
Orang Sungei Lamang, Bukit Garam, Kinabatangan
Melayu Brunei Bongawan, Papar, Beaufort
Iranun Kota Belud, Bukit Garam
Suluk Semporna, Tawau, Sandakan

Latarbelakang dan Sejarah pribumi Sabah


Seperi di Sarawak, penduduk pribumi di Sabah tertumpu di kawawan pesisiran pantai
(terutamanya pantai barat dan timur), di muara dan lembah sungai dan di kawasan perbukitan di
daerah pedalaman. Kedudukan petempatan menentukan corak ekonomi dan kebudayaan yang
mereka amalkan. Termasuk perhubungan yang disukarkan oleh kawasan yang luas yang
memisahkan satu kelompok dengan kelompok lain. Dengan demikian, tiap-tiap kelompok
membentuk identiti masing-masing mengikut keadaan alam kelilingnya seperti mengikut nama
sungai.
Sejarah awal penduduk pribumi Sabah tidak begitu jelas. Adalah dipercayai Sabah telah dihuni
manusia sejak zaman batu lagi. Terdapat peniggalan tamadun zaman itu di Pulau Burung dan
Lembah Pedas. Dipercayai penghijrah awal ialah kumpulan Negrito yang kini terdapat di Pulau
Banggi. Di sekitar abad ke 7 dikatakan penduduk pribumi Sabah telah mengadakan hubungan
dangang dengan Cina.
Bukti-bukti jajahan kuasa-kuasa luar: 
Pada abad ke16, Sabah terletak di bawah jajahan pemerintahan Kesultanan Brunei
sehingga  pertengahan kedua abad ke 19.
Pengaruh Kesultanan Brunei mula merosot pada abad ke18 dan sebahagian daripada jajahan itu,
dari Kimanis ke Sungai Sibuku diserahkan kepada Kesultanan Sulu sebagai balasan membantu
Kesultanan Brunei menghapuskan pemberontakan di Pulau Chermin. Sultan Brunei sebenarnya
hanya menguasi daerah kecil di pantai barat Sabah. Manakala daerah-daerah kecil lain dikuasai
pembesar-pembesar Brunei dan ketua-ketua bebas seperti di Teluk Marudu dan Tunku. Pada
zaman kedua-dua kesultanan itu, penduduk pribumi  yang mendiami persisiran baik dipantai
Page13

barat mahupun dipantai timur telah memeluk agama Islam.


Pada pertengahan kedua abad ke 19, Syarikat Berpiagam Borneo Utara British berjaya
mendapatkan Sabah daripada kedua-dua kesultanan itu dan sekaligus memerintah Sabah
sehingga tahun 1941.
Pertembungan pribumi dengan agama lain
Seperti di Sarawak, penyebaran agama Kristian di lakukan secara intensif dan ramai pribumi
Sabah yang masih pagan telah dikristiankan. Penyebaran agama Kristian bertambah aktif pada
zaman penjajahan British di antara tahun 1946-1963.

Sosio-ekonomi pribumi Sabah 

Seperti di Sarawak, penduduk pribumi Sabah mengamalkan sistem ekonomi tradisi.


Bagaimanapun terdapat juga di kalangan yang tinggal di persisiran menjadi pedagang dan
pengikut rombongan dagang pembesar-pembesar Brunei dan Sulu. masyarakat ini adalah terdiri
daripada orang Bajau, Suluk, Iranun, Melayu Brunei dan Kedayan. 
 
Orang Bajau              
Mereka ini terkenal kerana kemahiran bertukang besi, menenun kain dan memacu kuda. Mereka
beragama Islam dan mempunyai sistem sosial dan politik yang teratur dan dipengaruhi oleh
Kesultanan Brunei dan Suluk. Di bahagian persisiran pantai barat dan timur, penguasaan
penjajah adalah terletak di tangan wakil Kesultanan Suluk dan Brunei. Wakil-wakil inilah yang
mentadbir dan menjadi ketua di sebuah daerah kecil atau kawasan perkampungan. Pendedahan
dan pengalaman pentadbiran semasa pemerintahan Brunei dan Suluk, membolehkan mereka
menjalankan tugas-tugas pentadbiran peringkat tempatan pada masa Syarikat Berpiagam Borneo
Utara memerintah.
Dalam pentadbiran pribumi Sabah, majoriti Ketua-ketua Anak Negerinya terdiri daripada
golongan etnik Muslim. Begitu juga dari segi keanggotaan Majlis Penasihat Ketua-ketua Anak
Negeri (Sabihah Osma, 1985, Pentadbiran pribumi Sabah 1881-1941, UKM-Yayasan Sabah). 
 
Orang Dusun/Kadazan              
Termasuk dalam golongan ini kumpulan-kumpulan kecil seperti Lotud, Rungus dan Kwijau.
Menjalankan kegiatan pertanian seperti menanam padi sawah dan buah-buahan di samping
berternak kerbau, ayam, itik dan khinzir. Mereka merupakan kumpulan pribumi termaju dalam
bidang pertanian dan penternakan. 
 
Orang Murut dan Lun Dayeh 
Mereka tinggal di daerah pedalaman mengamalkan pertanian pindah menanam padi huma dan
mengeluarkan hasil hutan.
Secara umum, susunan politik masyarakat pribumi pedalaman ini adalah berdasarkan ikatan
keluarga dan sanak saudara. Ketua-ketua kampung dikenali sebagai Orang Tua dikalangan
mereka bertanggungjawab terhadap anak buah untuk menjaga keamanan dan memberi
Page13

perlindungan. Selain daripada Tua Kampung, wujud juga Majlis Kampung secara tidak rasmi.
Majlis ini bertanggungjawab memilih Tua-tua Kampung dan memberi nasihat kepada mereka
dalam semua perkara yang berkaitan dengan hal-ehwal kampung. Di samping ini,  satu lagi
institusi yang berwibawa dan berpengaruh ialah golongan agama atau dikenali sebagai
bobohizan. Bobohizan pakar dalam upacara-upacara agama dan ahli dalam memandu anggota
PANDANGAN
masyarakat berkelakuan dan bertindak mengikutSEMESTA
lunas-lunas adat masyarakat

Pandang Dunia atau Pandang Semesta atau World View merujuk kepada set kepercayaan
yang menjadi falsafah kehidupan sesebuah kelompok atau masyarakat manusia. ia mencirikan
sifat-sifat kelompok dan cara kelompok tersebut bertindak.
Masyarakat pribumi mempunyai falsafah kehidupan mereka sendiri sperti yang terungkap dalam
sistem metos, adat-istiadat, sistem kepercayaan, sistem kosmologi, pantang larang dan
sebagainya. Semua ini mencirikan sikap dan watak mereka serta mengatur cara mereka bertindak
dan berhubung dengan alam dan manusia lain. Umumnya, masyarakat pribumi adalah animist,
walaupun terdapat sebahagian daripada mereka yang telah memeluk agama Islam dan juga
Kristian.
Contoh 1: Orang Asli (daripada suku kaum Semai)
Percaya bahawa alam ini terbina daripada tujuh lapisan bumi dan tujuh lapisan langit. Pada
lapisan ini dihuni oleh makluk ghaib yang bersifat baik dan jahat yang boleh membantu ataupun
memusnahkan kehidupan manusia.
Tuhan pencipta dikenali sebagai Tak Pedn dan Enku  ialah guruh/halilintar yang akan memanah
sesiapa sahaja yang melanggar pantang larang yang ditetepkan oleh adat Semai.
Gunig pula ialah makhluk ghaib yang digunakan  oleh bomoh/halaak/puyang untuk membantu
mereka dalam upacara perubatan.
Keloog adalah semangat manusia yang menghidupkan manusia dan menjadikan mereka
bertenaga.
Pantang larang dari segi cara berhubung dengan manusia dan alam mesti diamati dengan baik
jika manusia itu ingin selamat dan berada dalam keadaan aman dan sejahtera selalu. Ini
dilaksanakan dengan mengadakan berbagai upacara penyembahan untuk mendapat restu
daripada makhluk ghaib jika mereka telah  melakukan kesilapan demi mengelakkan penyakit
ataupun bencana yang mungkin datang menimpa.
 
Contoh 2: Orang Iban 
Bagi yang masih animist mereka dikatakan mengamalkan agama adat.
Percaya bahawa alam ini dihuni oleh manusia dan berbagai-bagai jenis makhluk ghaib.
Dalam metos mereka dikatakan alam ini dihuni oleh manusia, petara dan antu.
Petara berfungsi membantu manusia dan mengawasi kehidupan mereka supaya akur kepada
norma-norma masyarakat
Antu berfungsi membawa kematian dan penderitaan kepada manusia. Dalam kepercayaan
mereka alam ini telah dicipta oleh Raja Gantallah melalui dua ekor burung (Aradan Irik) yang
diciptanya. Burung ini yang dikatkan kemudiannya mencipta langit dan bumi melalui satu
Page13

bentuk bahan pejal yang diambil dari permukaan laut. Selain daripada makhluk ini terdapat juga
makhluk-makhluk ghaib lain yang dikenali sebagai Sengalang Burung inilah yang telah
mengajar mereka bertanam padi dan Pulang Ganasebagai kuasa ghaib yang menguasai bumi.
Mastarakat Iban juga percaya kepada kewujudan semangat yang boleh bertemu dengan manusia
melalui mimpi.

Contoh 3: Orang Dusun Sabah


Masih ramai lagi yang menganut fahaman animist atau mengamalkan agama adat.
Seperti Orang Asli dan Orang Iban, Orang Dusun menganggap krisis peribadi seperti
kelahiran,sakit, mati, tuah-nasib, kejayaan/kegagalan memburu dan bertani harus diselesaikan
melalui melaksanakan upacara-upacara ritual tertentu, supaya kuasa-kuasa ghaib yang baik dapat
menghalangkan pengaruh-pengaruh kuasa ghaib yang jahat.
Bagi orang Dusun perbedaan antara makhluk ghaib dengan manusia adalah berpunca daripada
asal kejadian mereka yang berbeda. Mereka percaya manusia adalah berasal daripada
perkahwinan adik beradik Kudinkin dengan Tinaleg. Perkahwinan ini direstu oleh pencipta
sebab segala sogit (ritual fine) telah dijelaskan untuk menyejukkan keadaan panas akibat
hubungan tersebut. Tetapi Kempetas dan Saneran ( juga adik beradik yang bersaudara dengan
Kudinkin dan Tinaleg) tidak membayar sogit ini. Kerana itu anak-anak yang mereka lahirkan
menjadi jahat dan mengganggu kehidupan manusia. 
 

Page13
AKTIVITI DAN PENCAPAIAN

 Umumnya, masyarakat pribimi adalah masyarakat simple, yang belum begitu banyak
terdedah kepada perubahan. oleh demikian, mereka masih kuat berepegang kepada nilai-nilai
tradisi termasuk adat dan pantang larang yang mengutamakan keharmonian dan kesejahteraan
sesama diri mereka dan juga menghormati dan memelihara alam sekitar mereka.
Misalnya, masyarakat Orang Asli sangat mengutamakan perkongsian bersama hasil
tangkapan yang diperolehi daripada hutan. Jika gagal dilakukan dan telah dilihat oleh orang lain
ia boleh menimbulkan punan. Ini adalah salah kerana perbuatan menyebabkan orang lain punan
melanggar adat. Demikian juga dengan bertingkahlaku derhaka kepada orang tua. Jika seseorang
itu melakukannya, ia akan tulah dan mendedahkan dirinya kepada hukuman Enku. Alam sekitar
wajar dihormati dan ia dijelmakan melalui kepercayaan pantang larang. Tradisi nilai yang
sebegini memperkenalkan Orang Asli sebagai masyarakat non-violence. Malah satu buku yang
ditulis oleh seorang penulis bernama Robert Knox yang berjudul "The Semai-A Nonviolent
People of malaysia" menggambarkan aspek ini.
Masyarakat  Iban di Sarawak pula meletak nilai yang tinggi ke atas keberanian dan
kejayaan individu. Maka itu satu ketika dulu memburu kepala atau "headhunting" itu menjadi
penting dalam masyarakat ini. Mereka juga mementingkan kesejahteraan kelompok mereka dan
ini dimanifestasikan dalam tradisi hidup di rumah panjang dan upacara-upacara bermacam
jenis gawai yang  mereka lakukan. 1 Jun telah ditetapkan sebagai Hari Perayaan Gawai untuk
masyarakat pribumi sabah dan Sarawak dan telah dijadikan sebagai cuti umum bagi kedua-dua
negeri itu.
Seperti masyarakat Orang Asli dan Iban, masyarakat Orang Dusun/Kadazan masih
berpegang kepada adat resam, undang-undang adat yang penuh dengan pantang larang yang
dipusakai dari nenek moyang mereka. Mereka masih mengutamakan
ajaran Kinorohigan hukuman Sogit hingga hari ini. Dari segi kepercayaan pula Orang Kadazan
mempunyai kepercayaan asal mereka iaitu tahu dan yakin akan adanya syurga dan neraka di
akhirat yang mesti dialami oleh seseorang. setiap orang akan menerima balasannya bergantung
kepada amalan baik atau buruknya. Bagi hukum adat orang Kadazan, mereka mempunyai tujuan
untuk mewujudkan ketenteraman dan harmonis setiap anggota masyarakat setempat. Di sini
peranan Sogit adalah penting untuk tujuan ini. sogit merupakan denda yang dikenakan ke atas
seseorang atas sebab-sebab kesalahan yang agak kecil ataupun ringan. 
 
 
Page13
SISTEM EKONOMI

Mengamalkan sistem ekonomi semulajadi (natural economy).


Sistem ekonomi semualjadi ini ditafsirkan sebagai satu keadaan pada satu tahap pembentukan
sosial di mana pengeluaran dilakukan untuk memenuhi keperluan pengeluar semata-mata dan
bukan untuk tujuan mewujudkan atau membentuk nilai tukaran (exchange-value).
Meramu
 Masih terdapat kumpulan-kumpulan yg mengamalkan kegiatan meramu (hunting &
gathering) hasil hutan untuk memenuhi keperluan hidup mereka.
 Contoh di kalangan Orang Asli -- suku kaum Bateq, Mendriq, Kintak dan Lanoh. Di
Sarawak pula didapati kumpulan Penan yang berbuat demikian. Bilangan yang
meneruskan tradisi meramu ini tidak begitu besar.  
Pertanian Pindah
 Terdapat juga di kalangan pribumi ini yang mengamalkan pertanian pindah. Tanaman
yang utama mereka usahakan ialah padi, ubi, jagung dan sebagainya.
 Tanaman tersebut diusahakan semata-mata utk tujuan keperluan sendiri. Ada juga yang
mengamalkan tanaman komersil.               
Pertanian Huma
 Pertanian huma diamalkan oleh Orang Asli (kaum Semai). Kawasan hutan dibuka dan
biasanya melalui pimpinan ketua kampung (batin).
 Pembahagian tugas (division of labour)
 Kaum lelaki dan wanita terlibat sama dlm aktiviti membersihkan kawasan huma.
Biasanya kerja-kerja berat seperti menebang dan menenbas hutan dilakukan oleh kaum
lelaki dan pihak wanita pula terlibat dengan kerja-kerja menanam dan merumput.
 Biasanya kerja dibuat secara gotong royong. Percaya padi mempunyai semangat (ruai
bak). Jika semangat padi tdk dijaga, hasil panen akan berkurangan. Padi akan diserang
penyakit dan musuh seperti haiwan dan burung. Setelah padi masak dan dituai (biasanya
dilakukan oleh wanita), upacara gemsang yg dipenuhi dengan tarian dan nyanyian akan
dilakukan sebagai tanda kesyukuran.
 Menanam padi huma juga dibuat oleh penduduk pribumi Sabah dan Sarawak.
 Contohnya, orang Iban menanam padi huma adalah adat mereka (adat kami bumai).
Kegiatan berhuma ini dipenuhi dgn ritual yangg didasarkan kpd kultus-kesuburan
(fertility cult).
 Aktiviti ini dimulakan oleh seorang ketua yg dikenali sebagai Tuai Burung. Beliau
bertanggungjawab mengendalikan berbagai-bagai gawai bagi memastikan kegiatan huma
Page13

mereka direstu oleh makhluk ghaib dan hasilnya menjadi.


 Seperti Orang Asli, di kalangan penduduk Iban, kaum lelaki dan wanita berganding bahu
dalam mengerjakan aktiviti berhuma ini. Pantang larang dipegang teguh supaya semangat
padi yang mereka tanam tidak terjejas. Apabila tamat musim menanam padi ianya biasa
dimeriahkan denga,n pesta menuai iaitu gawai sebagai tanda kegembiraan dan
kesyukuran merelah beroleh hasil panen pada tahun tersebut.              
KESIMPULAN

Kesenian dan Pembangunan masyarakat pribumi

Walaupun masyarakat pribumi telah melalui proses perubahan yang agak pesat, usaha
mereka memantapkan identiti mereka melalui penonjolan kesenian kaum terus diusahakan.
Contohnya, masyarakat Orang Asli berusaha menonjolkan kesenian tarian sewang mereka yang
di iringi oleh paluan muzik daripada buluh yg dihentakkan dan membuat ukiran-ukiran patung
imejan makhluk ghaib yg mereka bayangkan, mengekalkan tradisi membuat buluh sumpitan,
anyaman tikar daripada mengkuang dan juga membuat alatan seperti sikat daripada buluh dan
juga alat-alatan lain.
Masyarakat Iban juga terkenal dengan tarian ngajatnya serta tenunan kain pua-kumbu serta alat
muzik engkromong. ukiran-ukiran yang dibuat sebagai hiasan biasanya berdasarkan kepada
motif2 yang melambangkan identiti masyarakat mereka. Suku kaum Kayan di Sarawak juga
terkenal dgn alat muzik sapenya.
Di Sabah, tarian sumazau terkenal dan dikait dengan masyarakat kadazan dan alat-alat muzik
mereka seperti sompoton, turali, kulintangan tring, sarun, bungkau. Biasanya alat muzik
seperti sompoton di mainkan oleh bobolian (dukun) sewaktu kampung sedang menghadapi
bencana alam. Ia merupakan upacara menghubungi tuhan mereka kinorohingan untuk
memohon pertolongan.

Pribumi dan Globalisasi (masa depan Pribumi)

Arus globalisasi yang berlaku telah 'mengecilkan' dunia dan ia juga telah diperkatakakan
akan membawa kita ke arah dunia tanpa sempadan (borderless world) . Secara perlahan-lahan
komuniti manusia di heret ke dalam apa yang panggil sebagai komuniti 'perkampungan global'
(global village) yang sering disebutkan.
Dalam tahun 1993, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) telah mengistiharkan tahun
tersebut sebagai Tahun Warga Pribumi Sedunia. Golongon ini sering mendapat publisiti dan
nasib mereka kerapkali diperjuangkan oleh badan bukan kerajaan (NGO) dan media massa.
Contohnya kes masyarakat Penan di Sarawak, telah menarik perhatian dunia yg kemudiannya
telah menimbulkan tekanan kepada Kerajaan Malaysia.
Proses globalisasi telah juga mendedahkan masyarakat pribumi kepada berbagai-bagai pengaruh
Page13

yang boleh memperbaiki imej mereka. Industri pelancongan di negara telah berusaha
bersungguh-sungguh untuk mempromosikan budaya dan gaya hidup tempatan termasuk pribumi.
Namun begitu terdapat juga pengaruh-pengaruh negatif yang bukan sahaja memusnahkan identiti
warga pribumi, malah mendedahkan mereka kepada kepentingan dan tujuan politik pribadi
ataupun politik antarabangsa.              
  

Page13

You might also like