You are on page 1of 19

TAMADUN ISLAM : TEMA 1 - KONSEP MANUSIA MENGIKUT AL-QURAN

KONSEP MANUSIA MENGIKUT AL-QURAN


Perkataan manusia dalam Bahasa Melayu adalah menyamai istilah yang disebutkan dalam al-Quran, iaitu al-Ins,
al-Insan, al-Nas dan al-Basyar. Nama-nama ini adalah merujuk kepada manusia yang telah diamanahkan oleh
Allah untuk menjadi khalifah di atas muka bumi ini. Dengan kata lain, manusia adalah pemerintah, pemilik dan
pengguna bagi semua kejadian sama ada di darat, di laut atau di udara. Sejak abad ke-4 M, orang-orang Barat
begitu terpengaruh dengan teori evolusi yang menyebutkan bahawa manusia berasal daripada beruk. Teori ini
mula diperkenalkan oleh beberapa orang ahli falsafah Greek termasuklah Aristotle, Anazimander dan
Epidocles. Namun demikian, teori ini dipertikaikan oleh saujana sains Islam dan juga Barat. Mereka
menganggap ia bukanlah suatu kajian yang bersifat fakta sebaliknya merupakan satu ideologi sahaja.
Manusia Menurut al-Quran
Manusia menurut al-Quran adalah makhluk yang dikurniakan akal, roh, dan jasad. Ia adalah sebaik-baik
kejadian berbanding dengan malaikat dan binatang. Malaikat hanyalah dikurniakan akal tetapi tidak
dikurniakan nafsu sedangkan binatang hanya dikurniakan nafsu tanpa akal. Sungguhpun begitu kedudukan
manusia akan menjadi lebih rendah daripada binatang jika mereka gagal menggunakan akal dengan baik
sebaliknya menjadi hamba kepada nafsu. Menurut al-Quran, semua manusia adalah berasal dari keturunan
Nabi Adam dan Adam pula dijadikan daripada tanah. Oleh itu, kaedah mantik atau logik manusia juga berasal
daripada tanah. Kebanyakan ulama tafsir berpendapat proses pembentukan bayi dalam kandungan juga
bermula dari saripati tanah atau disebut sebagai nutfah di dalam al-Quran. Pendapat ini ternyata benar kerana
semua sumber makanan dan minuman adalah berpunca daripada tanah. Berdasarkan kenyataan ini, jelaslah
menunjukkan bahawa konsep manusia menurut Islam adalah berbeza dengan pandangan yang pernah
dikemukakan oleh para pengkaji antropologi.
Fungsi Manusia Menurut al-Quran
Beribadat kepada Allah
Menurut al-Quran, manusia berfungsi dan berperanan tersendiri. Fungsi utama manusia dicipta ialah untuk
beribadat kepada Allah. Sehubungan dengan itu, Islam telah menggariskan beberapa jenis ibadat yang perlu
dilaksanakan oleh manusia sama ada dalam bentuk fardu ain atau fardu kifayah. Ibadat fardu ain ialah ibadat
yang perlu dilakukan oleh setiap individu yang menepati syarat- syarat yang telah ditentukan, contohnya
sembahyang, puasa, zakat, haji dan lain-lain. Ibadat fardu kifayah pula ialah ibadat yang jika dilakukan oleh
individu atau kumpulan tertentu, maka individu dan kumpulan yang lain tidak wajib lagi melakukannya,
contohnya melakukan sembahyang jenazah, berniaga, mengajar dan sebagainya.
Memelihara Alam
Selain itu, manusia juga berperanan untuk memelihara alam ini dengan sebaik-baiknya. Allah telah mencipta
alam ini untuk kepentingan manusia seluruhnya. Oleh itu, manusia boleh menggunakan ciptaan ini untuk
meneruskan kehidupan mereka di dunia. Sungguhpun begitu, manusia perlu menunaikan tanggungjawab yang
telah diamanahkan oleh Allah dengan menggunakan ciptaan tersebut hanya untuk perkara-perkara yang boleh
membawa kepada kebaikan sahaja. Mereka tidat boleh melakukan kerosakan di muka bumi ini sehingga
membawa keburukan kepada manusia atau makhluk lain termasuklah binatang.
Mengenali di Antara Satu Sama Lain
Manusia juga perlu berbaik-baik di antara satu sama lain tanpa mengira bangsa, agama dan keturunan. Allah
mencipta manusia dengan pelbagai puak supaya mereka dapat mengenali di antara satu sama lain. Mereka
tidak boleh berbangga diri, sombong dan takbur. Sebaliknya mereka hendaklah sentiasa berbaik-baik dan
bersatu-padu di dalam menghadapi sebarang masalah. Perbezaan agama juga tidak boleh dijadikan alasan
untuk manusia bermusuhan. Islam hanya membenarkan penganutnya memusuhi orang bukan Islam sekiranya
mereka dengan jelas menunjukkan penentangan atau cuba membahayakan orang-orang Islam. Dalam keadaan
biasa hubungan baik perlu dikekalkan di antara mereka.
Memakmurkan Muka Bumi
Selain dari memelihara alam ini manusia juga berfungsi untuk memakmurkan muka bumi ini supaya mereka
dapat menjalani kehidupan dengan lebih baik. Akal dan pancaidera yang dianugerahkan kepada manusia
hendaklah digunakan untuk meneliti dan berfikir bagi memanfaatkan semua ciptaan yang sedia ada. Banyak
rahsia kejadian Allah yang boleh disingkap oleh manusia dengan menggunakan akal yang ada. Di sebalik
kejadian tumbuh-tumbuhan misalnya terdapat pelbagai jenis penawar, di dasar lautan juga terdapat pelbagai
khazanah, begitu juga di dalam perut bumi. Hanya manusia yang menggunakan akal dengan sepenuhnya akan
dapat menikmati semua ini. Selain untuk dirinya ia juga dapat memberi faedah kepada orang lain.
Mentauhidkan Allah
Manusia yang perlu mentauhidkan Allah, dalam konteks ini manusia ditegah sekeras-kerasnya melakukan
sebarang bentuk perbuatan yang boleh membawa kepada syirik atau menyekutukan Allah. Syirik adalah dosa
besar yang tidak akan diampunkan oleh Allah melainkan dengan taubat yang bersungguh-sungguh. Bagi
mengelakkan berlakunya syirik, manusia perlu mengenali Allah. Manusia boleh mengenali Allah melalui sifat-
sifat-Nya. Terdapat 20 sifat yang wajib diketahui oleh manusia.
Mentadbir / Menjadi Khalifah di Muka Bumi
Fungsi manusia yang seterusnya ialah mentadbir atau menjadi khalifah di muka bumi ini. Fungsi ini sesuai
dengan kedudukan manusia sebagai makhluk yang terbaik. Manusia hendaklah sentiasa bersikap adil sama ada
terhadap dirinya sendiri atau orang lain. Manusia hendaklah memastikan tidak berlaku kemungkaran di muka
bumi sebaliknya hendaklah memastikan berlakunya kebaikan. Hal ini sesuai dengan tugas yang diamanahkan
oleh Allah iaitu Amar Makruf dan Nahi Mungkar (menyeru kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran).
Kesimpulan
Berdasarkan huraian di atas, jelas menunjukkan bahawa manusia mempunyai tanggungjawab yang sangat
besar. Sekiranya manusia berjaya melaksanakan tanggungjawab tersebut sepenuhnya maka mereka akan dapat
menikmati hidup ini dengan penuh kebahagiaan. Jika sebaliknya yang berlaku maka kemusnahan dan huru-hara
pasti tidak dapat dielakkan.
Posted by Cikgu Rashman at 4/22/2010 06:56:00 PM 0 comments
Labels: NOTA TAMADUN ISLAM TEMA 1, SOALAN RAMALAN
Monday, 5 April 2010
TAMADUN ISLAM : TEMA 1 – PERANAN MUHAJIRIN DAN ANSAR
Jelaskan peranan golongan Ansar dan Muhajirin dalam perkembangan Islam pada zaman Nabi Muhammad
s.a.w.
PENDAHULUAN: ( 3 Markah )
1. Umat Islam yang dipimpin oleh Nabi Muhammad di Madinah terdiri daripada 2 golongan iaitu golongan
Muhajirin dan golongan Ansar. Mereka menyokong perjuangan Nabi dan membantu baginda untuk
mempertahankan dan mengembangkan ajaran Islam sepanjang zaman baginda.
2. Golongan Muhajirin - Merupakan penduduk asal kota Makkah dan dikenali sebagai orang Quraisy. Golongan
yang terawal menerima dan memeluk Islam. Kemudian berhijrah kerana penentangan oleh orang musyrikin
Makkah. Di Madinah mereka ini digelar orang Muhajirin.Istilah Muhajirin berasal daripada perkataan hijrah.
3. Golongan Ansar - Penduduk asal Madinah yang terdiri daripada suku Aus dan Khazraj yang telah memeluk
Islam hasil pertemuan mereka dengan Rasulullah di Mekah melalui perjanjian Aqabah 1 dan Aqabah 2 . Apabila
berjumpa dengan Rasulullah yang kemudiannya menyatakan kesediaan menerima, dan mempertahankan Islam
di samping mempelawa Rasulullah dan orang Muhajirin berhijrah ke Madinah dan bersedia menjadikan
Rasulullah pemimpin mereka.
ISI:
Peranan golongan Ansar dan Muhajirin dalam perkembangan Islam pada zaman Nabi Muhammad s.a.w ( 7
Isi X 3 Markah = 21 Markah )
1. Peranan Golongan Muhajirin
Peranan di Makkah :
a. Menerima dan mempertahankan agama Islam
Ø Semasa berada di Makkah merekalah golongan umat Islam yang pertama menerima dan mempertahankan
keutuhan agama Islam yang baru disampaikan oleh Nabi Muhammad melalui kekuatan iman. Merekalah yang
mula-mula melafazkan kesetiaan terhadap Islam dan bersama-sama berjuang dengan Nabi Muhammad.
Ø Tokoh-tokoh seperti Abu Bakar al-Siddiq, Zubair bin al-Awwam, Uthman bin Affan, Ali bin Ali Talib, Zaid bin
Harithah, Abdul Rahman bin Auf, al-Arqam bin Abi al-Arqam, dan lain-lain adalah pendukung Islam pada
peringkat awal ketika dakwah dilakukan secara sulit. Kemudian selepas pengislaman Umar al-Khattab mereka
berani melakukan dakwah secara terbuka. Mereka semuanya datang menemui Nabi untuk memeluk Islam.
Mereka bukan sahaja terdiri daripada orang miskin tetapi termasuk juga golongan hartawan dan para
pembesar Quraisy seperti Abu Bakar dan Uthman.
b. Sanggup menghadapi rintangan dan penentangan
Ø Mereka sanggup menghadapi segala rintangan dan penentangan yang sangat hebat daripada kaum
Musyrikin Makkah sama ada secara fizikal atau pun mental.
Ø Mereka menerima pelbagai ejekan, penghinaan, kata nista, penyiksaan dan pembunuhan. Keimanan mereka
sukar digugat dan mereka tetap tabah bagi memastikan Islam terus berkembang. Contohnya keluarga Ammar b
Yassir yang mati dibunuh dan penyiksaan teruk ke atas Bilal bin Rabah.
c. Sanggup berkorban nyawa dan harta
Ø Mereka banyak menyumbang harta benda dalam membantu perjuangan Nabi seperti sahabat-sahabat Nabi
yang kaya. Contohnya Abu Bakar, Umar dan Uthman. Antara yang mereka banyak lakukan ialah membeli
hamba-hamba yang menganut Islam yang diseksa oleh tuannya supaya dapat dibebaskan. Contoh : Sayyidina
Abu Bakar telah membebaskan Bilal bin Rabah dari tuannya yang kejam bernama Umayyah bin Khalaf.
Ø Al-Arqam bin Abi al-Arqam pula sanggup menyediakan rumahnya sebagai markas dakwah Islam yang
pertama selepas rumah Nabi Muhammad.Nabi dan para sahabatnya bermesyuarat di situ bagi membincangkan
kedudukan dan cara-cara untuk menyebarkan Islam dengan cara yang lebih berkesan.
Ø Sanggup berkorban dan melindungi diri Nabi Muhammad daripada diancam atau diapa-apakan oleh orang
musyrikin Mekah. Contohnya Saidina Ali yang telah tidur ditempat tidur Nabi Muhammad pada malam
peristiwa hijrah dan Abu Bakar yang sentiasa menemani Nabi Muhammad sewaktu Hijrah..
d. Menjalankan usaha dakwah
Ø Sahabat-sahabat Nabi turut membantu mengembangkan Islam secara sembunyi dan terbuka sepanjang
zaman Makkiah.
Ø Mereka menyeru kepada kaum keluarga, sahabat handai dan penduduk Makkah yang lain ke arah agama
yang benar.Pada peringkat awal seruan Islam Abu Bakar berjaya mengislamkan Abdul Rahman bin Auf, Uthman
bin Affan, Talhah, Zubair bin al-Awwam, Saad Abi Waqas, Abu Ubaidah al-Jarrah dan al-Arqam bin al-Abi
Arqam.
Ø Selepas tiga tahun berdakwah secara sulit dan melahirkan kaum Muslimin yang benar-benar beriman, maka
barulah dakwah terang-terangan dilakukan. Bermula dari sinilah usaha umat Islam Makkah penuh cabaran
kerana usaha dakwah ditentang kuat oleh musyrikin Makkah.
e. Berhijrah ke Madinah
Ø Mereka sanggup meninggalkan Makkah dan segala kekayaan yang dimiliki semata-mata mengikut Nabi
berhijrah ke Madinah. Ini ternyata satu pengorbanan yang amat besar ke atas nilai keimanan umat Islam di
Makkah.
Ø Sanggup meninggalkan kampung halaman, harta benda ,keluarga dan sebagainya demi cintakan Allah dan
Rasulnya. Contohnya : Orang pertama yang berhijrah ialah Abu Salamah bin Abdul Asad, kemudian diikuti pula
oleh Amir b. Rabiah dan isterinya.
Ø Pada peringkat awal seramai 70 orang Islam dari kota Makkah (Muhajirin) berketurunan Quraisy berhijrah ke
Madinah.
Peranan di Madinah
a. Membantu Nabi Muhammad dalam hal keagamaan dan pentadbiran.
Ø Golongan ini merupakan pembantu Nabi dalam usaha baginda memimpin umat Islam Madinah dalam soal-
soal keagamaan dan pemerintahan. Contohnya selepas peristiwa Aqabah 1, Nabi Muhammad mengutus
Mus’ab bin Umair sebagai guru agama dan pendakwah untuk membantu penduduk Madinah untuk mendalami
Islam. Misi Mus’ab ke Madinah telah mencapai kejayaan yang besar.
Ø Golongan Muhajirin juga berperanan besar dalam mengembangkan dakwah Islam di Madinah. Mereka
bersama sahabat Nabi Muhammad yang lain dapat menjalan kegiatan dakwah dengan terbuka dan
mendaulatkan Islam di Madinah. Umat Islam berjaya mendirikan Masjid di tengah-tengah kota Madinah dan
dapat melakukan amal ibadat secara terbuka yang tidak dapat dilakukan sewaktu mereka berada di Makkah.
b. Mengukuhkan ketenteraan Islam
Ø Setelah berhijrah ke Madinah golongan Muhajirin telah menjadi sebahagian besar daripada tokoh-tokoh
pahlawan terbilang yang menjadi tunggak kekuatan tentera Islam dalam menghadapi serangan musuh. Tokoh-
tokoh tersebut seperti Umar al Khattab, Hamzah b Abdul Muttalib, Ali b Abi Talib dan lain-lain.
2. Peranan Golongan Ansar
Peranan di Makkah
a. Menyokong, menjemput, dan menerima ajaran Nabi Muhammad s.a.w
Ø Dalam peristiwa Perjanjian Aqabah 1 dan 2 mereka menyatakan kesanggupan menerima Islam dalam
keadaan di mana orang-orang Makkah menentangnya dengan hebat.
Ø Mereka berikrar untuk berjuang bersama-sama Nabi dan menjemput Nabi meninggalkan Kota Makkah yang
penuh penentangan untuk menuju Madinah.
Ø Mereka sanggup mengangkat baginda menjadi pemimpin mereka di Madinah kelak. Sesungguhnya perjanjian
Aqabah 1 dan 2 merintis jalan kepada peristiwa Hijrah yang amat bersejarah.
Ø Mereka menjemput Nabi Muhammad ke Madinah dan kedatangan baginda bersama para sahabatnya telah
disambut dengan begitu meriah sekali oleh golongan Ansar.
Peranan di Madinah
a. Membantu menyebarkan agama Islam
Ø Golongan Ansar juga bertanggungjawab membawa masuk dan menyebarkan Islam di Madinah. Proses ini
bermula selepas peristiwa Perjanjian Aqabah 1 dan 2 pada tahun ke-11, 12 dan 13 Kerasulan.
Ø Nabi Muhammad telah melantik 12 Naqib (9 Khazraj dan 3 Aus) untuk membimbing umat Islam di Madinah
bagi membantu menyebarkan agama Islam dengan lebih meluas di Madinah. Merekalah yang
bertanggungjawab menyebarkan agama Islam dan menyampaikan berita tentang Nabi dan kaum Muslimin di
Makkah kepada penduduk Madinah.
Ø Hasil usaha para naqib ( ketua ) yang gigih ini menyebabkan agama Islam cepat tersebar.
b. Membantu golongan Muhajirin
Ø Mereka sanggup menerima dan membantu golongan Muhajirin yang datang ke Madinah dari Makkah dalam
keadaan sehelai sepinggang sahaja.
Ø Mereka menyumbang pelbagai bantuan sosio-ekonomi seperti menyediakan tempat tinggal, makanan,
keselamatan, modal untuk berniaga malah ada yang sanggup menceraikan isterinya untuk golongan Muhajirin
ini.
c. Menyumbangkan harta benda dan buah fikiran
Ø Sebagai penduduk tempatan mereka turut menyumbangkan harta benda dan buah fikiran dalam menjayakan
perjuangan dan perkembangan Islam seperti semasa menghadapi peperangan .
Ø Golongan Ansar juga menyumbangkan nyawa dan harta benda mereka dalam menghadapi serangan musuh
Islam dalam perang Badar, Uhud dan Khandak.
KESIMPULAN:( 1 Markah )
1. Kedua-dua golongan Ansar dan Muhajirin mempunyai peranan yang tersendiri dalam membantu
mempertahankan dan mengembangkan Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad s.a.w.
2. Masing-masing mempunyai peranan yang berbeza yang menjadi gabungan yang mantap bagi memastikan
kejayaan perjuangan Nabi Muhammad di Mekah dan Madinah.
Catatan : Markah maksimum untuk pendahuluan dan kesimpulan adalah 4 sama ada 3 – 1 @ 2 – 2 atau
sebaliknya.
[ SOKONG BLOG INI, SILA SIGN BUKU PELAWAT ]
 
Posted by Cikgu Rashman at 4/05/2010 11:16:00 PM 0 comments
Labels: NOTA TAMADUN ISLAM TEMA 1, SOALAN RAMALAN
Monday, 23 November 2009
TAMADUN ISLAM : TEMA 1 – FAKTOR PENENTANGAN QURAISY MAKKAH
Bincangkan faktor-faktor penentangan ajaran Islam oleh kaum Quraisy Makkah.
PENGENALAN: [ 3 markah]
1. Latar Belakang Nabi Muhammad s.a.w
· Dilahirkan di kota Makkah pada hari Isnin 12 Rabiulawal tahun Gajah
· Dari keturunan Bani Hasyim; dari puak Quraisy
· Baginda menerima wahyu pertama; Surah al-Alaq melalui malaikat Jibril pada 17 Ramadhan 610M di Gua
Hira’.
2. Latar Belakang Masyarakat Kota Makkah
· Nama asal Makkah ialah Makaroba, kemudian diubah kepada Bakkah dan Makkah.
· Makkah merupakan tempat permulaan rumah ibadat, Baitullah Kaabah, yang diberkati Allah swt.
· Penduduk terawal dikenali sebagai Amaliqah, dikuti oleh puak Jurhum.
· Pada zaman puak Jurhum, Nabi Ismail dilahirkan.
· Nabi Ibrahim (as) dan anaknya Nabi Ismail (as) telah membina Kaabah.
· Setelah itu tiba puak Khuzaah. Mereka memerintah Makkah selama 3 kurun sebelum ketibaan kaum Quraisy
pimpinan Qusay bin Kilab pada permulaan kurun ke-5.
· Dengan adanya Kaabah, ramai pengunjung datang ke Makkah untuk melakukan ibadat haji dan perdagangan.
· Makkah merupakan kota yang bebas daripada kuasa dan pengaruh Byzantine dan Parsi.
· Makkah kekal sebagai suatu kawasan yang neutral hingga zaman Islam.
3. Bentuk2 Tentangan Orang-Orang Quraisy Makkah Terhadap Ajaran Nabi Muhammad Saw.
· Bertemu dengan Abu Talib supaya menasihatkan Nabi Muhammad menghentikan dakwah baginda.
· Menghina, memperolok-olok dan mengganggu dengan perkataan dan perbuatan
· Menyiksa
· Tawaran Harta & Pangkat
· Berkompromi Agama
· Pemulauan Ekonomi Dan Sosial
· Rancangan Membunuh Nabi
4. Aktiviti Dakwah Nabi Muhammad S.A.W. Sewaktu Di Kota Mekah
· Dakwah yang dilakukan oleh Nabi Muhammad s.a.w melalui 2 peringkat:
(a) dakwah secara sulit
(b) dakwah secara terang-terangan
ISI:
Faktor-faktor penentangan ajaran Islam oleh kaum Quraisy Makkah
[5 isi X 4 markah=20 markah]
1. Faktor Agama
ª Ajaran Islam yang disampaikan oleh Nabi Muhammad s.aw. itu bertentangan dengan agama berhala yang
telah sebati menajadi darah daging orang-orang Makkah.
ª Dari sudut akidah, Islam menekankan Tauhid, percayakan Allah yang Maha Esa dan menentang amalan syirik.
ª Agama berhala dianggap sebagai agama tradisi nenek moyang mereka yang mesti dipertahankan
ª Oleh itu menentang Nabi Muhammad s.a.w yang dianggap sebagai orang yang mahu meruntuhkan tradisi itu.
2. Ingin Mengekalkan Kuasa Dan Pengaruh
ª Sebelum ini kepimpinan kota Makkah terletak di tangan Hasyim, moyang Nabi Muhammad s.a.w dan Abd
Mutalib.
ª Setelah itu berpindah ke tangan Abu Talib, bapa saudara Baginda.
ª Besar kemungkinan kepimpinan itu akan diwarisi oleh Nabi Muhammad s.a.w kerana keupayaannya yang luar
biasa.
ª Jika mereka memeluk Islam dan mengikut Baginda bermakna kepimpinan itu akan terus berada di tangan
Bani Hasyim.
3. Persamaan Taraf
ª Agama Islam yang disampaikan Nabi Muhammad s.aw. ialah agama tauhid yang menyeru kepada keadilan
sosial dan persamaan taraf manusia.
ª Hal ini amat bertentangan dengan sistem sosial Jahiliyah yang masih dikuasai oleh kaum bangsawan kaum
Quraisy.
ª Mereka masih berpegang dengan taraf dan kedudukan sosial yang berbeza.
ª Dengan terlaksananya ajaran Islam, bermakna tidak ada lagi perbezaan antara ketua dan pengikut; antara
yang kaya dengan miskin dan antara tuan dengan hamba
ª Pada pandangan Islam, semua manusia adalah sama sahaja kecuali bagi orang yang bertakwa.
4. Faktor Ekonomi/Mempertahankan Pusaka Nenek Moyang.
ª Orang-orang Quraisy mengamalkan penjualan atau berhala.
ª Seandainya mereka memeluk Islam, maka sudah tentu punca rezeki mereka akan hilang kerana Islam tidak
membenarkan pembuatan patung berhala dan menjualnya.
ª Amalan membuat dan menjual patung pula merupakan warisan nenek moyang mereka,
ª Oleh itu mereka begitu sensitif apabila Nabi Muhammad s.a.w. mencela agama berhala mereka.
5. Takut Akan Hari Pembalasan
ª Islam mengajar manusia tentang hari pembalasan atau hari kiamat
ª Wajib percaya kepadanya dan merupakan satu daripada Rukun Iman
ª Segala amalan di dunia sama ada baik atau jahat akan dikira pada hari pembalasan denganm saksama.
ª Berita hari kiamat telah menakutkan kaum Quraisy Mekah kerana mereka sedar bahawa mereka telah banyak
melakukan perkara keji yang ditegah oleh Islam seperti mencuri, merompak, berzina, minum arak dan
mengamalkan riba
ª Perbuatan ini akan dibalas dengan seksaan api neraka
ª Tetapi mengikut agama berhala, segala dosa itu dapat dihapuskan di dunia juga tanpa menerima apa-apa
balasan pada hari kiamat.
6. Perasaan Iri hati
ª Mereka menentang Nabi Muhammad s.a.w. dan Islam kerana perasaan iri hati kedudukan Nabi Muhammad
s.a.w sebagai Nabi dan Rasul.
ª Antara mereka ialah;
i) Umayyah bin Abi al-Salt pernah menyatakan keinginan menjadi seorang nabi.
ii) Al-Walid bin al-Mughirah berasa terlalu kecewa apabila mendengar Nabi Muhammad s.a.w menerima wahyu
KESIMPULAN:[2 markah]
1. Nabi Muhammad saw dan umat Islam Makkah tabah dan sabar menghadapi tentangan daripada orang-orang
Quraisy Makkah.
2. Terdapat pelbagai bentuk tentangan daripada orang-orang Quraisy Makkah seperti penghinaan,penyiksaan,
pemulauan,memujuk Nabi Muhammad dan bapa saudaranya Abu Talib sehingga rancangan untuk membunuh
Nabi Muhammad saw.
[ SOKONG BLOG INI, SILA SIGN BUKU PELAWAT ]
Posted by Cikgu Rashman at 11/23/2009 11:19:00 PM 0 comments
Labels: NOTA TAMADUN ISLAM TEMA 1, SOALAN RAMALAN
Friday, 13 November 2009
TAMADUN ISLAM : TEMA 1 – SOSIO-EKONOMI ARAB JAHILIYYAH

PELAJAR PRA-U (ATAS) SMKDARY - BACA DAN FAHAMKAN NOTA INI………….


Bincangkan aspek sosio-ekonomi masyarakat arab pada zaman Jahiliyah
Pendahuluan (3 Markah)
1. Definisi jahiliyah ( oleh P.K. Hitti):
 hanya jahil dari segi agama sahaja, bukan dari segi ilmu pengetahuan.
 Alasannya ialah zaman tersebut tiada nabi dan kitab sebagai petunjuk.
2. Definisi jahiliyah (dari segi bahasa):
 Bererti bodoh dan sesat
3. Ciri-ciri jahiliyah (mengikut al-Quran):
 Zaman yang tidak mempunyai nabi dan kitab suci sebagai petunjuk.
 Zaman yang tidak mempunyai peradaban @ tamadun
 Zaman masyarakatnya tidak berakhlak, angkuh dan bongkak.
 Zaman masyarakatnya jahil kerana tidak boleh menulis dan membaca.
4. Era/jangka masa zaman jahiliyah:
 Berlaku selama 3 abad iaitu apabila berakhirnya kejatuhan kerajaan Saba’ peringkat ketiga @
peringkat akhir Himyar
 Sekitar tahun 300M hingga turun Al-Quran dan kerasulan Nabi Muhammad s.a.w pada tahun 610M
ISI : Ciri-Ciri Kehidupan Masyarakat Arab Jahiliyah (7 isi X 3 markah)
1. Pertanian
 Selepas keruntuhan empangan Maarib di Yaman menyebabkan ketidakstabilan politik dan
kemerosotan ekonomi masyarakat Arab.
 Pengeluaran pertanian di selatan Semenanjung Tanah Arab merosot dengan teruk akibat tiada sistem
pengairan yang baik.
 Aktiviti pertanian terhad, hanya tertumpu di kawasan subur yang mempunyai oasis seperti di Yaman.
2. Perdagangan
 Oleh itu orang Arab menjalankan aktiviti perdagangan di kota Makkah, Hirah dan Ghassan.
 Aktiviti perdagangan berlaku antara selatan dengan utara – perdagangan dua musim iaitu musim sejuk
di Yaman dan musim panas di Syam dan pada musim haji tertumpu di Makkah.
 Terdapat rombongan perdagangan dalam bentuk kumpulan yang dikenali sebagai kafilah
 Perdagangan dijalankan dalam sistem barter.
 Barang dagangan utama ialah bijiran, wangi-wangian, rempah ratus, gaharu, berhala dan sebagainya.
3. Rompakan
 Puak Badwi melakukan rompakan ke atas kafilah2 perdagangan kaum bangsawan Quraisy.
 Rompakan menjadi pekerjaan utama dan satu pekerjaan yang mulia.
( Catatan : Ada pandangan ahli akademik yang tidak menerima merompak sebagai aktiviti ekonomi Arab
Jahiliyyah )
4. Penternakan
 Kegiatan utama kaum Badwi ialah menternak secara nomad. Antara binatang ternak seperti unta,
kambing dan biri2.
 Mereka berpindah randah untuk mencari kawasan rumput dan air bagi binatang ternakan mereka.
 Binatang ternakan menjadi status kekayaan.
 Ekonomi masyarakat Quraisy tidak berkembang kerana permusuhan yang ketara antara golongan yang
kaya dengan miskin.
5. Struktur Masyarakat
 Struktur masyarakat Arab boleh dibahagi kepada 2 iaitu Arab Hadari (yang tinggal di bandar) dan Arab
Badwi (yang tinggal di padang pasir)
 Mereka tertakluk kepada sistem berkabilah.
 Masyarakat berkabilah adalah berlandaskan pertalian darah dan keturunan (semangat asabiyah)
 Mereka bermegah dengan kabilahnya dan memandang hina terhadap kabilah yang lain.
6. Semangat Assabiyyah
 Mereka ada perasaan setiakawan @ asabiyah yang sentiasa terjalin rapi.
 Selalu berlaku peperangan antara kabilah.
 Tujuannya untuk mencari nama, kuasa, pengaruh dan harta benda sebagai lambang kemegahan
kabilah mereka
 Peperangan antara mereka sering melibatkan 2 atau banyak suku dan memakan masa yang lama
walaupun disebabkan oleh perkara kecil sahaja.
 Contoh; Perang Basus antara kabilah Bakr dengan Rabi’ah.
7. Kedudukan wanita
 Kedudukan wanita tidak mendapat tempat yang sewajarnya dalam masyarakat @ keluarga
 Mereka menanam anak perempuan hidup2 .
 Mereka lebih suka mempunyai ramai anak lelaki kerana beranggapan anak perempuan apabila besar
kelak boleh menimbulkan masalah social dan ekonomi.
8. Akhlak tidak bermoral
 Mereka berzina, berjudi dan minum arak yang merupakan kebiasaan kepada masyarakat Arab
jahiliyah.
9. Akhlak mulia
 Mereka juga mempunyai sifat terpuji seperti melayan tetamu yang datang walaupun musuhnya,
menepati janji dsb.
10. Kedudukan hamba
 Hamba dipandang hina dan mempunyai status yang terendah dalam kalangan masyarakat .
Kesimpulan:
1. Kehidupan masyarakat Arab Jahiliyah dalam sosial dan ekonomi penuh dengan kejahilan dan kesesatan.
2. Oleh itu, Allah Taala telah melantik Nabi Muhammad s.a.w. sebagai Nabi dan Rasul untuk menyebarkan
agama Islam ke seluruh bumi Arab dan seluruh dunia.

[ SOKONG BLOG INI, SILA SIGN BUKU PELAWAT ]


Posted by Cikgu Rashman at 11/13/2009 09:57:00 PM 1 comments
Labels: NOTA TAMADUN ISLAM TEMA 1, SOALAN RAMALAN
Tuesday, 1 September 2009
TAMADUN ISLAM : MASALAH YANG DIHADAPI SELEPAS KEWAFATAN NABI MUHAMMAD
Pengenalan
Nabi Muhammad wafat pada hari Isnin 12 Rabiulawal 11 Hijrah di Madinah. Baginda tidak pernah mengatakan
secara lisan siapakah yang baginda pilih sebagai pemimpin umat Islam yang seterusnya. Namun perundingan
yang dijalankan di kalangan masyarakat Islam di Madinah telah memutuskan untuk melantik Abu Bakar al-
Siddiq sebagai Khalifah yang pertama.
Masalah yang Dihadapi
Terdapat Perselisihan Pendapat Mengenai Kewafatan Nabi
Terdapat perselisihan tentang berita kewafatan Nabi Muhammad. Terdapat sebahagian daripada umat Islam
termasuk Saidina Umar sendiri yang tidak dapat menerima berita tersebut. Umat Islam berada dalam keadaan
yang penuh kekeliruan dan emosi. Penyelesaian dilakukan oleh Saidina Abu Bakar apabila beliau membacakan
ayat al-Quran yang antara lain bermakna bahawa Nabi Muhammad hanya seorang pesuruh Allah seperti rasul
yang terdahulu yang pernah hidup dan kemudiannya akan mati. Namun, Islam tetap kekal dan tidak akan mati.
Perselisihan Tentang Tempat Pengebumian Nabi
Umat Islam kemudiannya berselisih pendapat tentang tempat untuk mengebumikan jenazah baginda.
Sebahagian pihak mahukan agar baginda dimakamkan di Mekah manakala pihak lain mahu baginda
dimakamkan di Madinah. Ada juga yang mahukan Nabi dimakamkan di Baitul Muqaddis. Perselisihan tersebut
diselesaikan oleh Abu Bakar apabila dibacakan kepada mereka sepotong hadith di mana Nabi Muhammad
pernah bersabda yang bermaksud "para nabi dikebumikan di mana mereka meninggal dunia". Oleh itu, Nabi
Muhammad dikebumikan di Madinah.
Menyelesaikan Masalah Perlantikan Khalifah
Selepas kewafatan Nabi Muhammad, sebahagian besar golongan Ansar telah berkumpul di sebuah dewan
bernama Saqifah Bani Saidah, untuk melantikan Saad Bin Ubadah sebagai pengganti Nabi. Abu Bakar, Umar dan
Abu Ubaidah al-Jarrah telah mendengar berita tersebut lalu menuju ke Saqifah Bani Saidah.
Masalah pemilihan pengganti Nabi menjadi kusut apabila golongan Ansar bersungguh-sungguh mahukan
jawatan tersebut dengan alasan mereka adalah pembela Allah dan Islam. Perjuangan mereka terhadap Nabi
dan agama Islam adalah tidak ternilai dan golongan Muhajirin adalah sebilangan kecil dari mereka dan mereka
berada di Madinah dalam keadaan merantau atau menumpang.
Abu Bakar telah memberikan hujah dan alasan yang sebaik-baiknya mengapa pemilihan bakal pengganti Nabi
mestilah dari golongan Muhajirin. Beliau juga membacakan hadis Nabi yang bermaksud "Para imam adalah
daripada golongan Quraisy".
Hujahnya ini dapat menyedarkan golongan Ansar tentang kepentingan memilih golongan Muhajirin sebagai
pengganti Nabi Muhammad. Akhirnya, Abu Bakar dipilih sebagai pemimpin umat Islam. Melalui cara ini, krisis
perlantikan Khalifah yang amat kritikal itu dapat diatasi dan diselesaikan dengan cara sebaik-baiknya. Ia berjaya
menghindari umat Islam dari kemungkinan bahaya perpecahan politik yang amat membimbangkan.
Meneruskan Gerakan Ketenteraan Usamah Bin Zaid
Sebelum Nabi Muhammad wafat, baginda telah membentuk sebuah angkatan tentera yang diketuai oleh
Usamah Bin Zaid Bin Harithah untuk menentang penduduk Daerah Ghassan yang telah membunuh beberapa
orang utusan Nabi.
Apabila Abu Bakar menjadi Khalifah beliau menghadapi masalah yang kritikal sama ada untuk meneruskan atau
membatalkan sahaja gerakan ketenteraan tersebut. Ada yang berpendapat ia perlu dibatalkan kerana Mekah
dan Madinah sendiri menghadapi ancaman dan pemberontakan dari kaum Absy dan Zubyan. Tambahan pula,
Usamah Bin Zaid masih dalam usia belasan tahun. Namun, Khalifah Abu Bakar menunjukkan ketegasannya
dengan meneruskan gerakan tersebut.
Tentera Usamah mencapai kejayaan gemilang dalam tempoh 40 hari. Kemenangan ke atas wilayah kekuasaan
Rom ini memberikan kesan politik yang penting terhadap negara Islam. Ia menyedarkan kaum-kaum yang ingin
menyerang Madinah bahawa masyarakat Islam bukan mudah diugut atau digugat. Kemenangan ini juga
mengukuhkan kedudukan politik dan keselamatan umat Islam kerana tentera Usamah Bin Zaid ditugaskan
untuk menjaga keselamatan Madinah.
Menentang Gerakan al-Riddah
Al-Riddah ialah gerakan anti kerajaan Islam atau gerakan mengingkari ajaran-ajaran Islam. Ia terdiri dari
gerakan 3 golongan iaitu golongan-golongan nabi palsu, golongan yang murtad dan golongan yang enggan
membayar zakat. Kesemua golongan ini merupakan anasir yang membahayakan kerana boleh menghancurkan
keutuhan Islam jika tidak dihadapi dan ditentang bersungguh-sungguh.
Langkah awal Khalifah Abu Bakar ialah menghantar utusan-utusannya kepada ketua golongan tersebut dan
mengajak mereka kembali ke pangkal jalan. Hanya segelintir dari mereka menyahut seruan Khalifah Abu Bakar
seperti Bani Abdul Qais di Bahrain. Namun kebanyakannya masih degil.
Oleh itu, Khalifah Abu Bakar telah membentuk sebanyak 11 pasukan tentera yang diketuai oleh panglima-
panglima Islam yang terkenal dan dihantarkan ke seluruh Tanah Arab untuk memerangi gerakan al-Riddah.
Akhirnya, semua gerakan al-Riddah dapat dilenyapkan dan Islam kembali menjadi agama yang suci dan tunggal
di Tanah Arab. Golongan penentang Islam berjaya ditundukkan supaya mematuhi ajaran-ajaran Islam.
Rumusan
Pelbagai masalah sosial, politik dan kepimpinan telah dihadapi oleh umat Islam sebaik sahaja wafatnya Nabi
Muhammad. Namun, umat Islam menunjukkan ciri-ciri perpaduan dan persefahaman dengan menyelesaikan
setiap masalah secara kolektif dan perbincangan sehingga akhirnya semua masalah dapat diatasi demi untuk
kebaikan ummah dan negara Islam itu sendiri.
[ SOKONG BLOG INI, SILA SIGN BUKU PELAWAT ]
Posted by Cikgu Rashman at 9/01/2009 09:24:00 AM 0 comments
Labels: NOTA TAMADUN ISLAM TEMA 1
Thursday, 25 June 2009
TAMADUN ISLAM: TEMA 1 – 3 NOTA RINGKAS

PELAJAR PRA-U (ATAS) SMKDARY - SILA AMBIL NOTA INI. BACA DAN FAHAMKAN
Pengenalan
Madinah terletak antara Makkah dan Syam. Laluan pedagang . Tempat persinggahan. Penduduknya terdiri
daripada Yahudi, Nasrani dan Arab. Yahudi – Bani Quraizah, Bani Nadhir, Bani Qunaiqa’ , Arab – Aus dan
Khazraj. Kehidupan kurang maju sebab pergeseran kabilah dan penguasaan ekonomi oleh Yahudi. Aus dan
Khazraj jemput Nabi saw – wujud Aqabah 1 pada 621M.
Madinah – Bandar bercahaya. Dikenali juga dengan Yathrib. Terletak di wilayah Hijjaz.
Suku Aus di Selatan dan Timur, Khazraj di tengah Madinah, Yahudi pertama hijrah ke Madinah ialah Qainuqa’.
Perjanjian Aqabah
1. Aqabah ialah tempat antara Mina dan Makkah. Wakil Aus dan Khazraj menemui Nabi di Aqabah kemudian
peluk Islam. 621M mengunjungi lagi dan wujud perjanjian Aqabah 1. Syarat Perjanjian:
a. Suku Aus dan Khazraj hendaklah beriman dengan Allah swt. Dan Rasul
b. Membantu Nabi saw
c. Tidak mengamalkan amalan Jahiliyah.
2. Selepas perjanjian hantar Mus’ab bin Umair untuk berdakwah.
3. 622M Perjanjian Aqabah 2. Syaratnya :
a. Suku Aus dan Khazraj memeluk Islam dan taat kepada Nabi saw.
b. Suku Aus dan Khazraj jemput Nabi saw di Makkah untuk hijrah ke Madinah
c. Mereka secara sukarela menyediakan tempat tinggal
d. Berjanji menjaga keselamatan baginda dan orang Islam Makkah
e. Kesediaan mempertahankan Islam.
4. Kesan Perjanjian:
a. Penghantaran utusan dakwah ke Madinah
b. Islam mula tersebar di Madinah kemudian seluruh pelusuk dunia
c. Perlindungan bagi orang Islam Makkah.
d. Jaminan dan keselamatan orang Islam Makkah terjamin
e. Berlaku Hijrah dan kewujudan tahun Hijrah.
f. Permulaan wujudnya negara Islam di Madinah
g. Mengembalikan keamanan dan persaudaraan masyarakat Madinah oleh Nabi saw melalui Islam.
h. Wujud tentangan dan rancangan bunuh Nabi oleh Quraish di Makkah.
Hijrah
Berlaku pada 12 Sept 622M ( 1 H ). Berlaku secara rahsia dan berperingkat. Nabi Muhammad s.a.w hijrah
bersama Abu Bakar AsSiddiq – perjalanan 12 hari. Umar secara sendirian dan terang-terangan.
Konsep Hijrah
Maknanya:
1. Maksud perkataan Arab – berpindah.
2. Dalam konteks tamadun Islam bermaksud perpindahan orang Islam dari Makkah ke Madinah . Bertujuan
untuk memperkukuhkan kedudukan Islam dan satu strategi penyebaran.
3. Pengertian lain – Perjuangan untuk menegak kebenaran dan meninggalkan keburukan atau kejahatan.
4. Semangat ingin berubah dan boleh berlaku dalam pelbagai keadaan spt perubahan sikap, cara berfikir, dan
tingkah laku.
5. Barat mentafsir Hijrah sebagai pelarian. Disangkal kerana terdapat perbezaan konsep Hijrah Barat dan Islam
spt berikut:
a. Hijrah orang Islam kerana jemputan orang Arab Madinah.
b. Orang Makkah ke Madinah disambut dengan gembira dan rela.
c. Orang Islam Makkah diberi jaminan keselamatan dan diberi tempat tinggal.
d. Nabi Muhamad saw pula dilantik sebagai pemimpin Madinah dan diterima oleh semua golongan penduduk
Madinah.
Cara penghijrahan Nabi Muhamad saw
1. Setelah berjaya melepaskan diri daripada kepungan
2. Ali Abu Talib menggantikan nabi saw untuk tidur di tempat nabi.
3. Bersama Abu bakar meninggalkan Makkah .
4. Bersembunyi di gua Thur = Dibantu oleh Abdullah bin Abu bakar – intip kegiatan orang Quraish, Asma binti
Abu Bakar – menghantar makanan, Amir bin Fuhairah – gembala kambing agar susu kambing diberi kepada
baginda.
5. Dipandu oleh Abdullah bin Arqat – waktu itu belum Islam lagi.
Sebab dan Tujuan Hijrah
1. Perintah Allah swt menerusi wahyu. Firman spt: Surah al- Anfal.
2. Meneruskan penyebaran Islam. Di Makkah Islam diancam.
3. Satu strategi bukan kekecewaan penyebaran.
4. Suasana aman di tempat baru memudahkan penyebaran Islam.
5. Jemputan daripada penduduk Madinah yang menghadapi pelbagai konflik. Memerlukan pemimpin dan
mendamaikan ketegangan.
Kepentingan Hijrah
1. Dakwah Islamiah dapat dilakukan dengan aman. Dan dilakukan secara terangan.
2. Peluang untuk mendamaikan masyarakat Arab di Madinah.
3. Menjalinkan hubungan persaudaraan orang Islam Makkah dan Madinah.
4. Dapat menyatukan golongan yang sebelum ini berseteru.
5. Wujud golongan Muhajirin dan Ansar.Muhajirin bermaksud – berpindah. Ansar bermaksud – menolong
( Nasara ) Golongan Ansar membantu Muhajirin dengan cara:
a. Menjaga keselamatan
b. Menyediakan modal untuk berniaga
6. Keamanan dapat menjana ekonomi , kegiatan agama, dan kegiatan lain dalam sejahtera sebagai sebuah
negara.
7. Wujud takwim Hijrah. Mula dicipta dan digunakan pada zaman Khulafa Ar Rasyidin kedua – Umar al Khatab.
8. Wujud masjid Nabawi . Masjid pertama dalam perkembangan Islam ialah Masjid Quba’. Fungsi masjid
pelbagai seperti:
a. Beribadat
b. Belajar
c. Tempat bertemu dan berbincang akan masalah
d. Aktiviti jual beli.
9. Pertukaran nama Yathrib kepada Madinah Al Munawarah . Pusat tamadun Islam dan agama.
10. Menunjukkan sikap toleransi dan tolong menolong ke arah kecemerlangan.
11. Menunjukkan sokongan dan pengorbanan sahabat nabi. Menggadai nyawa, harta. Abd rahman Auf
menyumbangkan hartanya untuk Islam.
12. Memperlihatkan wanita beperanan menggerakkan kemajuan negara. Cth puteri Abu bakar Assiddiq – Asma’
– menghantar makanan dan berita semasa persembunyian Nabi di Gua Thur.
13. Menunjukkan ketabahan hati dan kebesaran jiwa nabi sanggup meninggalkan kampung halaman.
14. Kebijaksanaan nabi mengatur strategi untuk berhijrah.
15. Kewujudan negara Islam pertama bagi mempertahankan Islam dan Madinah daripada Quraish.
Piagam Madinah atau Sahifah Madinah
1. Perlembagaan atau undang-undang bertulis pertama di dunia yang dirangka Nabi pada 622M- berpandukan
wahyu.
2. Asas pemerintahan Kerajaan Islam yang terdiri daripada masyarakat Islan dan Bukan Islam.
3. Mencatatkan tentang tanggung jawab ketua negara dan rakyatnya
4. Dirangka berasaskan persetujuan orang Islam dan bukan Islam.
5. 47 fasal . 23 fasal membincangkan hubungan orang Islam dan tanggungjawab mereka. 24 fasal
tanggungjawab orang bukan Islam terhadap Madinah.
6. Boleh dirumus kepada 7 aspek penting yg merangkumi politik, ekonomi, sosial spt
a. Pentadbiran
i. Nabi Muhamad pemimipin di Madinah
ii. Sebagai hakim menyelesaikan masalah antara Islam dan Bukan Islam
b. Agama
i. Bebas mengamalkan sebarang agama
ii. Bebas mengamalkan adat selagi tidak bertentangan dengan Islam.
c. Sosial
i. Masyarakat sebagai satu ummah dan mempunyai tanggungjawab yang sama terhadap negara
ii. Tidak boleh bermusuhan
d. Perundangan
i. Undang-undang Islam diguna pakai, tetapi undang-undang kekeluargaan dalam kabilah boleh diamalkan
selagi tidak bertentangan dengan Islam
ii. Undan-undang Islam menekankan penginsafan dan bukannya jatuhan hukuman.
iii. Menetapkan syarat jatuh hukuman seperti saksi yang dapat mengesahkan jenayah.
e. Pertahanan
i. Semua anggota masyarakat dikehendaki pertahankan negara
f. Kedudukan kaum Yahudi
i. Keselamatan terjamin selagi mematuhi perlembagaan Madinah
g. Ekonomi
i. Kerjasama dituntut bagi memajukan ekonomi negara
ii. Unsur tipu dan riba dihapuskan.
Kepentingan Piagam Madinah
1. Model kerajaan Islam yang unggul
2. Unsur Islam boleh digunakan dalam negara pelbagai agama dan kaum
3. Perlembagaan yang mengandungi unsur dunia dan akhirat.
4. Menunjukkan sistem ekonomi Islam mementingkan keadilan dan ketelusan dalam perniagaan.
5. Berjaya membentuk masyarakat berasaskan ummah – hidup dalam bersatu padu dan aman menerusi
semangat ukhuwah Islamiah – iaitu semangat persaudaraan sesama Islam. Aspek Ukhwah dapat dilihat
menerusi:
a. Keadilan sosial
b. Persamaan hak dan persaudaraan Islam
c. Tiada perbezaan taraf
6. Mempamerkan undang-undang yang lengkap dan sempurna berasaskan undang-undang syariah.
7. Negara diwujudkan atas dasar perlembagaan terlebih dahulu.
8. Berjaya menyusun masyarakat kehidupan yang sistematik berasaskan undang-undang, bukan nafsu dan
kekuatan kaum.
9. Wujudkan semangat kerjasama dan sama-sama bertanggungjawab menjaga keselamatan negara hingga
menjadikan kerajaan Islam kuat dan disegani.
Penyebaran Islam
Strategi penyebaran Islam:
1. Menghantar utusan ke Rom, Rom Timur Timur, Parsi, Mesir, Habsyah dan wilayah di sekitar semenanjung
Arab.
2. Tidak dengan paksaan tetapi dengan diplomasi dan menunjukkan nilai-nilai yang baik.
3. Menerusi warkah atau surat untuk wujud persefahaman.
4. Peperangan – dengan izin atau bertujuan mempertahankan diri, agama dan negara. Kerajaan Islam melalui
beberapa siri peperangan sejak 622M Antaranya:
a. Perang Badar 624M/2H
i. Dalam perang ini Islam menang, Nabi mengampunkan orang tawanan Arab Quraish, Tawanan Wanita dan
kanak-kanak dibebaskan. Lelaki diberi syarat untuk membebaskan diri mereka – ajar 10 kanak-kanak Islam baca
dan tulis sehingga pandai akan dibebaskan.
b. Perang Uhud 625M/3H
c. Perang Khandak 627M/5H
d. Perang Tabuk 630M/8H
5. Perang dalam Islam mesti ikut prinsip tertentu, iaitu
a. Dengan izin Allah swt setelah turunnya wahyu. Berperang apabila diserang oleh musuh.
b. Berperang untuk mencari keamanan supaya tempat ibadat terjaga.
c. Menentang kezaliman dan mempertahankan diri.
d. Islam menganjurkan perdamaian jika musuhnya inginkan perdamaian.
e. Dakwah mesti dilaksanakan dengan baik
f. Perang berpandukan aspek berikut:
i. Tidak boleh membunuh orang yang lemah spt orang tua, kanak-kanak, wanita, orang sakit, dan orang yang
menyerah diri.
ii. Tidak dibenarkan membunuh binantang ternakan, dan tanaman.
iii. Dilarang meroboh rumah ibadat.
Perjanjian Hudaibiyah
Latar Peristiwa
628M orang Islam ingin ke Makkah untuk beribadat dan mengerjakan umrah Disekat oleh Quraish di
Hudaibiyah. Di situ orang Islam cuba menerangkan tujuan kedatangan dengan menghantar wakil iaitu Uthman
bin Affan. Peringkat awal tidak dipedulikan, tetapi apabila dapat tahu orang Islam melakukan sumpah setia
untuk membela Uthman yang dikatakan mati dibunuh. Orang Quraish takut dan hantar Suhail bin Amru untuk
berunding. Maka wujud Perjanjian Hudaibiyah pada 628M/6H.
Mengapakah Uthman Bin Affan dipilih?
1. Mempunyai ramai saudara mara di Makkah
2. Sahabat yang matang dan tua berbanding sahabat lain
3. Lemah lembut dan bertolak ansur.
Kandungan Perjanjian Hudaibiyah
1. Bersetuju mengadakan gencatan senjata selama 10 tahun
2. Kabilah Arab lain bebas memilih sama ada memihak kepada orang Islam Madinah atau Arab Quraish
Makkah.
3. Orang Islam Madinah yang memihak ke Makkah tanpa kebenaran penjaganya tidak dipulangkan.
4. Orang Quraish Makkah yang memihak ke Madinah tanpa kebenaran penjaganya perlu dipulangkan.
5. Orang Islam boleh ke Makkah pada tahun berikutnya - 7 H.
Kepentingan Perjanjian Hudaibiyah
1. Orang Islam dapat menunaikan haji pada tahun 629M/7H.
2. Tempoh perdamaian membolehkan Nabi saw merangka program dakwah ke seluruh Tanah Arab.
3. Suku Arab boleh menganut sebarang agama tanpa halangan.
4. Islam dapat berkembang berlipat kali ganda.
5. Islam tersebar dengan aman
6. Walaupun dikatakan berat sebelah tetapi telah dapat mengislamkan pemuka Quraish spt Khalid Al Walid,
Amru Al As, dan Uthman bin Talhah.
7. Melambangkan ketokohan Nabi saw sebagai pemimpin unggul dan berpandangan jauh.
8. Sebagai satu pengiktirafan terhadap kerajaan Islam Madinah.
9. Pembukaan Makkah pada 630M berlaku setelah terjadi pencabulan terhadap gencatan senjata yang
dipersetujui. Berlaku apabila orang Quraish memberi sokongan kepada Bani Bakar yang berperang dengan Bani
Khuzaah yang berpihak kepada Islam.
Pembukaan Semula Kota Makkah
Sebab
1. Tempat kelahiran Nabi Muhamad saw dan tempat lahirnya Islam.
2. Orang Quraish melanggar perjanjian Hudaibiyah 630M.
3. Satu strategi jangka panjang dalam penyebaran Islam.
4. Kedudukan Madinah akan menjadi lebih mantap.
Cara:
1. Tanpa kekerasan
2. Peringkat awal menghantar tentera Islam – empat pasukan 10000 orang.
3. Diketuai oleh Khalid Al Walid, Abu Ubaidah Al Jarrah, Saad bin Ubadah, dan Zubair Al Awwam. Masuk
Makkah melalui 4 penjaru.
4. Keyakinan dan setia kawan kunci kejayaan tentera Islam.
5. Pengislaman Abu Sufian dan Al Abbas – memudahkan lagi Makkah dibuka selain jaminan keselamatan yang
diberi kepada penduduk Makkah.
Kesan
1. Sebelum memasuki Makkah Abu Sufian dan bapa saudara nabi Al Abbas telah memeluk Islam.
2. Menunjukkan persaudaraan dengan mereka yang memasuki rumah Abu Sufian tidak akan ditentang.
Kepentingan Pembukaan Kota Makkah
1. Menunjukkan semangat persaudaraan Islam dengan memberi jaminan keselamatan
2. Menunjukkan semangat perpaduan dalam negara yang pelbagai agama dan keturunan
3. Sifat pemaaf Nabi saw terserlah – tidak membalas dendam terhadap orang Quraish.
4. Kaabah terpelihara daripada kemungkaran. Agama menyembah berhala dihapuskan.
5. Kota suci umat Islam dalam melakukan ibadah.
6. Membuktikan kukuhnya negara Islam di Madinah.
7. Bermulanya penyebaran Islam secara menyeluruh ke Tanah Arab tanpa paksaan.
8. Wujud sebuah pusat pemerintahan Islam yang kuat – Madinah masih kekal pusat pemerintahan.
9. Titik akhir perjuangan Nabi saw dan pada 632M/11H Nabi Muhamad wafat. Khutbah akhir Nabi menyatakan
a. Setiap orang Islam bersaudara
b. Meninggalkan pusaka iaitu al quran dan sunnah yang menjadi panduan hidup manusia.

[ SOKONG BLOG INI, SILA SIGN BUKU PELAWAT ]


Posted by Cikgu Rashman at 6/25/2009 10:10:00 PM 1 comments
Labels: NOTA TAMADUN ISLAM TEMA 1, NOTA TAMADUN ISLAM TEMA 2, NOTA TAMADUN ISLAM TEMA 3
Thursday, 23 April 2009
GOLONGAN MASYARAKAT ZAMAN KHULAFA AR-RASHIDIN
( PELAJAR PRA-U SMKDARY - SILA BUAT LATIHAN INI DAN HANTAR PADA
28/4/2009- SELASA ) ........

HURAIKAN PELBAGAI GOLONGAN MASYARAKAT YANG TERDAPAT PADA ZAMAN KHULAFA AR – RASHIDIN .
A. PENDAHULUAN
1. PERLUASAN WILAYAH ISLAM.
Wilayah Islam telah berkembang hingga ke Iraq, Syria dan Mesir. Ini mempengaruhi corak masyarakat.
2. KOMPOSISI MASYARAKAT.
Terdiri daripada masyarakat Arab dan bukan Arab, Orang Arab termasuk golongan Muhajirin, Ansar dan Ahl – al
– Ayyam. Golongan bukan Arab terdiri daripada kaum Parsi dan Qibti.
3. LATARBELAKANG MASYARAKAT.
Mereka menganut pelbagai kepercayaan dan menampilkan adat resam serta budaya masing – masing.
4. PENGENALAN KEPADA ZAMAN KHULAFA AR – RASHIDIN.
B. ISI – ISI PENTING ( Buat Rujukan Lanjut )
1. ORANG ARAB.
· Terdiri daripada orang Arab Utara dan Arab Selatan.
· Rasulullah telah berjaya menyatukan padukan masyarakat Arab seperti kaum Muhajirin dengan Ansar.
Pembukaan kota Makkah telah menyebabkan Arab Quraisy menerima Islam dan memberi sumbangan yang
besar kepada negara Islam.
· Di zaman Khalifah Ar – Rashidin orang Arab Madinah dan Arab Quraisy merupakan golongan yang penting
membantu pentadbiran negara contohnya:
a. Khalifah Abu Bakar :
Khalid Al- Walid dan Amru Al – As merupakan panglima perang yang berjaya mengatasi golongan Ar – Riddah.
b. Khalifah Umar al – Khattab.
Melantik enam orang para sahabat seperti Ali bin Abu Talib, Uthman bin Affan dan Zubir bin Al – Awwam
sebagai ahli Majlis Syura.
c. Uthman bin Affan :
Keluarga Bani Umaiyyah diberikan jawatan penting seperti Marwan al – Hakkam dan Muawiyyah bin Abu
Sufyan sebagai Gabenor.
2. GOLONGAN AR – RIDDAH.
· Ia wujud di zaman Khalifah Abu Bakar al – Siddiq.
· Mereka terdiri daripada tiga golongan, iaitu :
a. Golongan Yang Enggan membayar zakat.
Mereka berpendapat zakat merupakan cukai yang hanya dibayar kepada nabi Muhammad. Mereka terdiri
daripada penduduk Bahrain, Yamamah dan Hirah. Di Yamamah golongan ini diketuai oleh Abdul Malik bin Al –
Mughirah.
b. Golongan Nabi palsu dan Pengikutnya.
Nabi – nabi palsu ini seperti Sajah dan Musailammah al – Kazab merupakan nabi palsu yang berpengaruh.
Mereka mendakwa menerima wahyu. Tujuannya untuk mendapatkan pengaruh dan kepentingan peribadi.
Musailammah mempunyai pengikutnya seramai 40, 000 orang yang berpusat di Yamamah.
c. Golongan Murtad.
Mereka terdiri daripada kabilah – kabilah Arab yang menerima Islam dengan tujuan mendapatkan
perlindungan politik daripada negara Islam. Setelah nabi wafat mereka kembali semula kepada amalan jahiliah.
Abu Bakar mengambil tindakan dengan menghantar pendakwah supaya mereka kembali kepada ajaran Islam.
Pasukan tentera Islam telah berjaya mengalahkan golongan ini dan mereka kembali semula kepada ajaran
Islam.
3. GOLONGAN AHL – AL – AYYAM.
· Golongan ini wujud pada zaman pemerintahan Umar al- Khattab. Khalifah Umar telah membuka tanah di
wilayah Iraq, Syria dan Mesir. Orang – orang Arab yang menyertai pasukan tentera membuka dan menetap di
wilayah tersebut dikenali sebagai golongan ahl – al – Ayyam yang lain terutamanya bekas golongan Murtad.
· Golongan ini terdiri daripada suku Arab yang kecil seperti suku Syaiban dan bekas golongan Murtad. Mereka
diberi kuasa mentadbir ladang dan tanah di wilayah Iraq dan memungut cukai sebagai mengenang jasa mereka
dalam pentadbiran.
· Zaman Khalifah Umar al – Khattab terdapat lebih kurang 12000 orang. Pemimpin mereka ialah Al – Ashtar,
Malik al – Harith dan Hujr al – Kindi.
4. GOLONGAN AL – QURRA.
· Berasal daripada golongan ahl – al – Ayyam yang diberikan amanah untuk menguruskan tanah di Iraq. Mereka
menggelar diri mereka sebagai al – Qurra bagi menjaga status dan membezakan daripada golongan ahl – al –
Ayyam yang lain terutama bekas golongan murtad.
· Di zaman Khalifah Uthman, sebahagian besar mereka memberontak kerana pengambilan kuasa pentadbiran
tanah dan cukai di wilayah Iraq oleh Bani Umaiyyah. Golongan ini bertanggungjawab menyebabkan
pembunuhan Khalifah Uthman.
· Mereka memberikan sokongan yang kuat kepada Khalifah Ali terutamanya Perang Jamal dan Perang Siffin.
5. GOLONGAN KHAWARIJ.
· Mereka terdiri daripada bekas penyokong Khalifah Ali yang terlibat dalam Perang Jamal dan Perang Siffin.
Mereka tidak bersetuju dengan tindakan Khalifah Ali menerima perdamaian dengan tentera Muawiyyah dalam
Perang Siffin dan rundingan Majlis Tahkim.
· Kegagalan Majlis Tahkim menyebabkan golongan ini menggelar diri mereka sebagai golongan Khawarij.
Mereka berpendapat perpecahan sepatutnya dipertanggungjawabkan ke atas Khalifah Ali, Muawiyyah bin Abu
Sufyan dan Amru Al – As. Mereka melancarkan gerakan untuk membunuh ketiga – tiga pemimpin tersebut.
Mereka membunuh Khalifah Ali dan melancarkan gerakan menentang kerajaan Bani Umaiyyah.
6. GOLONGAN BERKECUALI.
· Terdiri daripada golongan yang tidak mahu terlibat dalam konflik antara Ali dan Muawiyyah. Mereka tinggal di
Hijjaz.
7. GOLONGAN BUKAN ARAB ( ‘AJAM )
· Golongan Mawali.
Terdiri daripada orang bukan Arab, iaitu kaum Parsi yang telah memeluk agama Islam. Kebanyakan mereka
tinggal di Iraq. Di zaman ini mereka tidak dikenakan bayaran cukai jizyah.
8. ORANG BUKAN ISLAM.
· Terdiri daripada orang Arab dan bukan Arab seperti kaum Yahudi, Qibti, Parsi. Mereka tinggal di luar
Semenanjung Tanah Arab.
· Mereka menganuti agama Kristian, Yahudi dan Majusi.
· Mereka mendapat perlindungan politik dan layanan yang adil daripada kerajaan Islam dengan membayar
cukai jizyah.
C. KESIMPULAN
Apa – apa sahaja yang berkaitan.
[SOKONG BLOG INI, SILA SIGN BUKU PELAWAT]
Posted by Cikgu Rashman at 4/23/2009 10:48:00 PM 1 comments
Labels: NOTA TAMADUN ISLAM TEMA 1, SOALAN LATIHAN
Wednesday, 15 April 2009
CIRI-CIRI MASYARAKAT ARAB JAHILIYAH VS MASYARAKAT ISLAM ZAMAN NABI MUHAMMAD

( PELAJAR PRA-U SMKDARY - SILA BUAT LATIHAN INI DAN HANTAR PADA
21/4/2009- SELASA ) ....Saya ke Pulau Pangkor kerana urusan rasmi....
................................................................................................................
Bandingkan ciri-ciri masyarakat Arab pada zaman Jahiliyah dengan masyarakat Islam pada zaman Nabi
Muhammad s.a.w. di Madinah.
A. Pengenalan :
1. Zaman jahiliah merujuk kepada masyarakat di Semenanjung Tanah Arab. Mereka hidup dalam zaman
kegelapan tanpa berpandukan ajaran wahyu dan mengamalkan nilai akhlak yang buruk. Zaman ini berlaku 300
tahun sebelum kelahiran Nabi Muhammad s.a.w. iaitu bermula daripada kejatuhan empangan Maarib sehingga
kedatangan Islam.
2. Nabi Muhammad dan orang Islam telah berhijrah ke Madinah pada 622 M. Di Madinah Nabi Muhammad
telah dilantik sebagai ketua negara dan mengasaskan pemerintahan negara Islam yang pertama.
3. Kedatangan agama Islam telah membawa perubahan yang besar ke atas masyarakat Arab terutama
masyarakat di Madinah.
B. Isi : ( Sila buat rujukan lanjut. Isi mesti menunjukkan perbandingan )
1. Kepercayaan / Agama :
a. Majoriti masyarakat Arab Jahiliah menganut agama menyembah berhala dengan menganggap berhala
sebagai perantaraan antara manusia dengan Tuhan. Pada masa ini Mekah berperanan sebagai pusat
penyembahan berhala. Agama lain yang dianuti ialah ajaran animisme, majusi, nasrani dan yahudi. Masyarakat
pada masa ini juga terikat dengan kepercayaan karut. ( Berikan contoh )
b. Masyarakat Islam pada zaman ini mempunyai keimanan yang kukuh. Orang Ansar secara rela telah memeluk
ajaran Islam. Nabi telah melantik guru-guru agama untuk memperkukuhkan akidah dan amalan mereka. Di
samping itu, nabi telah menjalankan dasar kebebasan beragama terutama ke atas masyarakat Yahudi dan
mereka diberi kebebasan beribadat. Majoriti golongan Arab Madinah menerima agama Islam.
2. Hubungan Masyarakat / Sosial :
a. Masyarakat Jahiliah hidup terpisah dalam kabilah dan bani masing-masing. Setiap individu mempunyai
ketaatan kepada kabilah dan sangat prejudis kepada kabilah yang lain. Semangat ini juga menyebabkan mereka
memihak kepada kabilah tanpa mengira sama ada mereka berada dalam keadaan benar atau salah. Ini telah
menimbulkan masalah permusuhan antara kabilah berleluasa.
b. Masyarakat Islam Madinah berjaya membentuk sebuah masyarakat ummah Islamiyah tanpa mengira kaum
dan suku. Kesetiaan kepada kaum tidak lagi wujud dan digantikan dengan ikatan persaudaraan Islam.
Contohnya Nabi berjaya mempersaudarakan orang Ansar dengan Muhajirin.
3. Peperangan :
a. Permusuhan antara suku atau kabilah telah membawa peperangan di kalangan masyarakat Arab Jahiliah.
Peperangan ini dikenali sebagai Ayyamul Arab. Perang balas dendam sering berlarutan. Contohnya Perang Al-
Basus berlarutan selama 40 tahun.
b. Persaudaraan Islam telah berjaya menamatkan permusuhan di kalangan golongan Ansar iaitu suku Aus dan
Khazraj. Sebelum memeluk Islam mereka terlibat dalam peperangan Al-Buath kerana merebut kepimpinan kota
Madinah.Peperangan yang wujud di zaman Islam merupakan satu langkah mempertahankan agama,
masyarakat dan negara Islam daripada ancaman musuh terutama serangan orang Quraisy Mekah dan
pengkhianatan orang Yahudi.
4. Kelas Masyarakat :
a. Masyarakat Jahiliah mementingkan kelas dalam masyarakat. Golongan bangsawan merupakan golongan
tertinggi dan dipandang mulia. Dalam masyarakat Arab Jahiliah amalan perhambaan berlaku secara meluas.
Mereka tidak mempunyai hak ke atas diri sendiri. Mereka dikehendaki berkhidmat kepada tuan mereka.
Perdagangan hamba berlaku secara meluas. Kekejaman ke atas para hamba berlaku sekiranya para hamba
tidak mengikut kehendak mereka.
b. Dalam masyarakat Islam menitik beratkan konsep persamaan taraf.Semua manusia dianggap sama taraf di
sisi Allah. Kemuliaan manusia berdasarkan kepada ketakwaannya kepada Allah. Manusia tidak dibezakan
mengikut kekayaan atau
pangkat mereka.
5. Kedudukan Wanita :
a. Masyarakat Arab Jahiliah memandang rendah kepada golongan wanita. Fungsi mereka hanyalah sebagai alat
kepada kaum lelaki. Mereka dianggap sebagai barang dagangan dan ada di kalangan mereka yang kematian
suami, menjadi rebutan anak-anak lelaki suami mereka. Keadaan ini menyebabkan suku bani Tamim telah
menanam bayi perempuan bagi mengelakkan mereka dipandang rendah.
b. Nabi mengajar masyarakat Islam di Madinah memandang mulia golongan wanita. Mereka perlu dipelihara
maruah dan kebajikan mereka. Kaum wanita memainkan peranan yang sama pentingnya dengan goIongan
lelaki.
6. Akhlak :
a. Masyarakat Arab Jahiliah mengamalkan nilai akhlak yang buruk seperti berzina, melacur, membunuh, minum
arak dan berjudi. Nilai ini telah sebati dengan kehidupan mereka.
b. Islam menekankan akhlak yang mulia.Bermula dengan perjanjian Al-Aqabah I, masyarakat Madinah berjanji
tidak akan menipu, berzina, dan membunuh. Nabi berjaya mengikis segala amalan akhlak yang buruk di
kalangan orang Islam di Madinah.
7. Politik :
a. Sistem politik dan pentadbiran adalah tidak seragam. Kerajaan yang wujud lebih bersifat monarki dan
terletak di bawah kuasa asing seperti Parsi dan Rom. Masyarakat golongan Badwi mengamaIkan sistem politik
kabilah masing-masing. Sementara itu masyarakat kota Mekah menjalankan sistem politik kabilah.
b. Kerajaan Islam Madinah wujud berasakan perlembagaan Madinah. Undangundang utama yang digunakan
ialah Al- Quran. Segala keputusan negara dilakukan melalui konsep syura. Masjid menjadi institusi yang penting
dalam kerajaan Madinah.
8. Nilai-nilai Positif :
a. Dalam masyarakat jahiliah terdapat nilai-nilai positif seperti menghormati tetamu, berpegang teguh kepada
janji, memberi perlindungan kepada Nabi Muhammad s.a.w. seperti yang dilakukan oleh Bani Hashim.
b. Dalam masyarakat Islam nilai-nilai ini diperkukuhkan selaras dengan nilai-nilai Islam.
9. Amalan Ekonomi.
a. Jahiliyah amalkan riba, pencurian dan penipuan. Jua beli berhala adalah ekonomi yang penting dan
menguntungkan.
b. Islam mengharamkan riba dan mewajibkan urusan jual beli. Ada akad dalam urusan jual beli. Barangan yang
diharamkan tidak boleh dijual beli seperti arak,patung berhala, dll.
C. Kesimpulan :
Perbezaan yang ketara, zaman jahiliyah berlandaskan nafsu dan dalam zaman Islam berdasarkan wahyu
daripada Allah s.w.t
[ SOKONG BLOG INI, SILA SIGN BUKU PELAWAT ]
Posted by Cikgu Rashman at 4/15/2009 10:33:00 AM 0 comments
Labels: NOTA TAMADUN ISLAM TEMA 1, SOALAN LATIHAN, SOALAN RAMALAN
Wednesday, 8 April 2009
AGAMA DAN KEPERCAYAAN MASYARAKAT ARAB ZAMAN JAHILIAH

( PELAJAR PRA-U SMKDARY - SILA BUAT LATIHAN INI DAN HANTAR PADA
13/4/2009- ISNIN )
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Bincangkan bentuk agama dan kepercayaan masyarakat Arab pada zaman Jahiliyah.
Pengenalan
1. Zaman sebelum kedatangan Islam dikenali sebagai zaman Jahiliah, iaitu bermula dari tempoh keruntuhan
empangan maarib sehingga zaman sebelum Nabi Muhammad menjadi Rasul.
2. Ciri-ciri masyarakat Jahiliah ini tidak mempunyai nabi dan rasul serta kitab suci sebagai panduan.
3. Nabi Muhammad s.a.w menerima wahyu yang pertama pad 610 M. Perkataan Jahiliah yang bererti bodoh
menepati ciri-ciri masyarakat pada tempoh masa tersebut dalam semua aspek kehidupan.
4. Kepercayaan masyarakat Jahiliah terbahagi kepada 2 iaitu, kepercayaan agama dan kepercayaan adat.
Kepercayaan agama ialah bentuk-bentuk agama yang diamalkan oleh bangsa Arab, sementara kepercayaan
adat lebih merupakan kepercayaan tahyul dan tradisi lama yang diwarisi.
5. Kepercayaan adat tidak mempunyai konsep penyembahan sebaliknya membentuk sebahagian daripada
budaya hidup mereka.
Isi-isi penting ( Buat Rujukan untuk huraian lanjut )
Kepercayaan agama terbahagi dua iaitu Agama Samawi (Agama langit) yang diturunkan oleh Allah melalui nabi-
nabi dan mempunyai kitab, dan agama ardhi (agama ciptaan) yang direka oleh manusia sendiri.
1. Agama Wathani
Majoriti masyarakat Jahiliah menganut agama wathani, iaitu agama sembah berhala yang diperbuat daripada
batu, kayu atau emas. Sesetengah Arab percaya berhala dapat memberikan manafaat dan mudarat,
mempunyai keberkatan dan sebagainya. Terdapat 360 buah berhala disekeliling kaabah. Antara yang popular
ialah Al-Uzza, Al-Manat, dan Al-Hubal.
2. Agama Yahudi
Agama yang dianuti oleh masyarakat Arab sebelum Islam. Agama ini dibawa oleh Nabi Musa serta mempunyai
kitab suci, iaitu kitab Taurat. Walau bagaimanapun golongan Bani Israel telah mengubah kandungan kitab ini
demi kepentingan peribadi sehingga agama ini dianggap syirik kerana menduakan Allah.
3. Agama Nasrani
Agama ini juga telah diselewengkan oleh golongan pendeta agama tersebut. Meskipun Allah telah menurunkan
kitab Injil kepada Nabi Isa, namun penganut agama ini telah mengubah kandungan asalnya. Penganut agama
asal agama Nasrani dikenali dengan gelaran ahli kitab.
4. Agama Majusi
Agama ini juga digelar Zoroaster dan berasal dari Farsi. Mereka menyembah matahari dan api. Pendeta-
pendeta Majusi menyembah matahari 4 kali dalam satu hari. Agama ini banyak mengandungi cerita khayal dan
turut menghalalkan perkahwinan ibu dengan anak serta adik beradik.
5. Agama Hanif
Agama yang diturunkan kepada Nabi Ibrahim. Penganutnya digelar Hunafa”. Agama ini tidak mempunyai kitab
tetapi suhuf. Agama ini mentauhidkan Allah sebagai Tuhan yang Esa. Antara tokoh yang menganut agama ini
ialah Waraqah bin Naufal dan Nabi Muhammad s.a.w sendiri.
6. Agama penyembahan Cekarawala
Mereka menyembah matahari, bulan dan bintang serta beranggapan semua cekarawala merupakan sumber
tenaga dan kekuatan.
7. Agama Penyembahan Makhluk Halus ( Polydemonisme)
Mereka menyembah malaikat, Jin, roh nenek moyang dan sebagainya. Makhluk makhluk ini dianggap
mempunyai kuasa ghaib dan boleh menjadi perantaraan dengan Tuhan, dan menjamin keselamatan mereka.
8. Penyembahan Tuhan Padang Pasir.
Penganutnya digelar Ahl-al-Saf ( ‘ahlil-saf’ ). Mereka percaya bahawa padang pasir wujud tetapi tidak pernah
ditemui. Amalan mereka membawa api pada waktu malam dan berjalan-jalan di tengah padang pasir sambil
menyanyi.
9. Kepercayaan Animisme
Mereka menyembah objek-objek alam sekeliling seperti pokok, mereka percaya air dan pokok merupakan
sumber kehidupan dan padang pasir yang kering sebagai tempat kediaman tuhan yang jahat.
10. Kepercayaan tahyul
Kepercayaan tangkal azimat
a. Roh orang mati menjadi burung.
b. Percaya kepada ahli nujum.
c. Percaya kepada ahli sihir.
d. Percaya kepada binatang yang melintas di tengah-tengah perjalanan- Jika ke kiri membawa kepada
keburukan, manakala ke kanan akan membawa kebaikan.
e. Mengorbankan anak perempuan merupakan perbuatan yang mulia.
f. Mengikat tali pada mana-mana pokok, jika ikatan terlerai sekembalinya suami dari perantauan, ini bermakna
isterinya telah berlaku curang.
Kesimpulan
Masyarakat Jahiliah tidak mempunyai peraturan hidup yang jelas, sebaliknya menurut hawa nafsu semata-
mata.
[ SOKONG BLOG INI, SILA SIGN BUKU PELAWAT ]
Posted by Cikgu Rashman at 4/08/2009 09:42:00 AM 0 comments
Labels: NOTA TAMADUN ISLAM TEMA 1, SOALAN LATIHAN, SOALAN RAMALAN
Sunday, 5 April 2009
CIRI-CIRI JAHILIAH......
Jelaskan Struktur Dan Ciri-Ciri Masyarakat Arab Pada Zaman Jahiliah.
A) Pengenalan :
1. Difinisi jahiliah : bodoh atau sesat.
a. Zaman kegelapan yang tiada kesejahteraan hidup.
b. Masyarakat tidak ada nabi dan kitab suci sebagai petunjuk.
c. Tidak mempunyai peradaban.
d. Tidak berakhlak, angkuh dan bongkak.
e. Tidak boleh membaca dan menulis.
2. Era Jahiliah : selepas keruntuhan Empangan Maarib hingga tahun 610 Masihi, penerimaan wahyu pertama
oleh Nabi Muhammad s.a.w.
B) Isi- isi Penting :
Struktur Masyarakat Arab Jahiliah
Masyarakat Arab Jahiliah terbahagi kepada dua kelompok utama iaitu Badwi dan Hadari. Dalam Masyarakat
Hadari terdapat lima golongan iaitu:
a. Golongan bangswan - ahli perniagaan dan pemerintah tempatan.
b. Golongan agama ( pendeta ) - tukang tilik dan penyair.
c. Golongan hamba.
d. Wanita.
e. Masyarakat awam dan rakyat biasa
Ciri-ciri Masyarakat Arab Jahiliah :
 Aspek agama dan kepercayaan :
Terdapat pelbagai agama dan kepercayaan di Semenanjung Tanah Arab termasuklah Majusi, Nasrani, Yahudi
dan Hanif, Berhala, Animisme dan Tahyul. Kepelbagaian ini berlaku kerana adanya pengaruh asing disamping
menaruh harapan yang tinggi terhadap alam sekitar yang dipercayaan dapat mengawai dan membantu
kehidupan seharian.
Kepercayaan Majusi disebarkan oleh orang Parsi yang menjajah Bahrain, Oman dan Yaman. Masyarakat Arab di
kawasan ini turut memuja api sebagaimana diamalkan oleh Masyarakat Parsi.
Agama Nasrani disebarkan oleh orang-orang Rom yang menjajah Hirah dan Ghassan di utara Semenanjung
Tanah Arab. Mereka mempunyai kitab suci tetapi ajaran yang dibawa oleh Nabi Isa a.s telah dipinda
berdasarkan kefahaman mereka sendiri. Najran merupakan pusat agama ini.
Agama Yahudi disebarkan oleh saudagar-saudagar yang berasal dari Palestine. Penganut asal agama ini ialah
Bani Israeil. Mereka mempunyai kitab suci tetapi ajaran yang dibawa oleh Nabi Musa telah dipinda oleh orang-
orang Yahudi. Mereka membohongi masyarakat Arab, dengan menyatakan agama mereka benar daripada Allah
s.w.t. Agama Yahudi bertapak di Yaman dan Madinah.
Disamping itu terdapat segelintir orang Arab yang menganut ajaran yang dibawa oleh Nabi Ibrahim a.s digelar
Hunafa dan bertempat Makkah. Nabi Ibrahim dan puteranya Nabi Ismail a.s sampai di Makkah lebih awal.
Maka ajaran Hanif mendahului ajaran Yahudi dan Nasrani di Arab.
Penganut agama-agama dari langit iaitu Hanif, Nasrani dan Yahudi dikalangan masyarakat Arab tidak ramai.
Mereka menjalani kehidupan berdasarkan ajaran yang dianuti kecuali penganut Yahudi didapati lebih kejam
terhadap penganut ajaran lain.
Kepercayaan yang paling dominan di kalangan masyarakat Arab ialah penyembahan berhala. Penyembahan
berhala mucul selepas kewafatan Nabi Ismail a.s Masyarakat berkehendakkan perantara bagi menghubungkan
mereka dengan Allah s.w.t. Mereka mencipta berhala-berhala daripada kayu-kayu dan batu dan diletakkan
disekeliling Kaabah. Penyembahan berhala muncul lebih awal dari agama Nasrani dan Yahudi. Masyarakat Arab
menganggap penyembahan berhala adalah amalan nenek moyang mereka yang perlu dipertahankan.
Di samping mempercayai berhala, masyarakat Arab percaya kepada animisme dan tahyul. Objek cakrawala dan
objek di bumi disembah sebagai menandakan pengharapan dan terima kasih ke atas apa yang mereka terima.
Mereka memuja tukang tilik dan percaya tanda-tanda baik dan buruk yang ditunjukan sesuatu objek.
Kepelbagaian dalam agama turut menyumbang kepada amalan-amalan lain yang berbagai rupa termasuk
amalan berpolitik, berekonomi dan bersosial.
Aspek Politik dan pentadbiran :
Tidak terdapat struktur pentadbiran/politik yang tetap dan jelas dikalangan masyarakat Arab di bahagian utara
dan selatan. Hirah dan Ghassan di utara telah dijajah oleh kerajaan Rom dan Yaman di selatan di kuasai oleh
kuasa Rom dan Parsi. Masyarakat Arab di kawasan ini bercelaru dari aspek pentadbiran, mereka tidak mampu
melawan penjajah dan sentiasa kalah. Di bahagian selatan iaitu ketika kerajaan Himyar, anak tempatan diberi
jawatan tetap tetapi statusnya hanya boneka kepada kerajaan Parsi.
Di Makkah, struktur politik masyarakatnya agak jelas. Terdapat Majlis Tindakan ( Darul Nadwah ) oleh jabatan-
jabatan pentadbiran dan ada pemimpin yang bergelar Sheikh. Namun ciri-ciri politiknya mempunyai unsur-
unsur jahiliah. Mereka mengamalkan politik berkabilah yang membawa kepada perebutan kuasa yang hebat.
Suasana pentadbiran menjadi gawat dan tidak tenteram. Berlaku diskriminasi puak, memuja kuasa, bersifat
agresif, pendendam dan ingin menguasai puak-puak lain. Perebutan kuasa antara bani berlaku bagi
mendapatkan kuasa mentadbir Jabatan Haji, perdagangan dan ketenteraman yang amat penting. Di samping
itu ketua-ketua suku terpaksa membentuk majlis ketua-ketua suku iaitu Mala’ tetapi golongan berpengaruh
berjaya mempengaruhi keputusan Mala’ dan menjaga kepentingan kaum yang lemah. Kecelaruan politik
masyarakat Makkah berlaku apabila golongan bangsawan iaitu pentadbir lebih cenderung untuk bergiat aktif
dalam perdagangan untuk mencari kekayaan.
 Aspek Ekonomi :
Perdagangan merupakan kegiatan ekonomi utama masyarakat Arab bandar. Hubungan perdagangan diantara
bandar di Syiria dengan di Yaman di selatan memberi nafas kepada bangsa Arab. Namun akibat penjajahan oleh
Rom ke atas Syria oleh Parsi ke atas Yaman. Perdagangan Arab turut terjejas, saudagar Arab Makkah
menghadapi kesan itu dengan pelbagai cara. Mereka mengeksport perdagangan satu hala dengan suku Badwi
yang menternak binatang. Cara hidup Badwi berpindah randah mendatangkan kesukaran kepada saudagar
Makkah. Suku Badwi sentiasa menyerang saudagar atau kafilah yang melalui kawasan mereka sebagai tanda
tindak balas ataupun untuk memenuhi desakan kebendaan.
Ketika Makkah dipimpin oleh Abdul Manaf, urusan perdagangan diagihkan tugas kepada anak-anaknya. Misi-
misi perdagangan dihantar ke Syiria, Habsyah, Yaman dan Parsi. Barang rempah, permata, emas, sutera dan
lain-lain diimport. Manakala berhala, buah tamar, kulit binatang dan lain-lain dieksport melalui pelabuhan-
pelabuhan. Pada zaman Hashim bin Abdul Manaf ( Moyang Nabi Muhammad s.a.w ) perjanjian perdagangan
dua hala dengan Maharaja Byzantine dan Parsi diwujudkan. Pakatan dagangan juga diwujudkan dengan kabilah
di Yaman dan Syam. Sistem perniagaan bermusim juga diwujudkan bagi meneruskan kegiatan perdagangan.
Musim sejuk pedagang Makkah akan ke Yaman dan pada musim panas mereka akan ke utara ( Syam ).
Pasar-pasar diadakan di Makkah dan sekitarnya. Barangan bijirin, buah-buahan, pakaian, hamba abdi yang
tidak ditebus setelah mereka kalah berperang dan barangan lain dijual di pasar-pasar. Sistem tukar barang
diamalkan. Penipuan dan riba turut berleluasa.
 Aspek Sosial :
Struktur sosial masyarakat Arab agak mudah, terdiri daripada golongan bangsawan dan hamba. Golongan
bangsawan wujud di bandar. Mereka berpuak-puak berdasarkan pertalian darah dan semangat assabiyah amat
tebal. Setiap puaknya melantik seorang sheikh di kalangan mereka dan menjadi ketua bagi kabilah itu. Hamba
pula dibeli untuk dikerah bekerja. Suku Badwi pula hidup berpuak - puak dan ketua puak dipilih di kalangan
anggota yang berpengaruh. Sistem berkabilah ini bermula dari satu keluarga dan kemudiannya bergabung
menjadi keluarga besar disebut bani. Suku Badwi tidak wujud bani kerana kehidupan mereka yang sering
berpindah randah dan mereka percaya semakin kecil sesuatu kelompok semakin kuat masyarakatnya.
Semangat Assabiyyah menyuburkan ciri-ciri jahiliah. Tingkah laku mereka kasar terhadap puak lain. Peperangan
mudah berlaku walaupun disebabkan oleh perkara - perkara kecil. Peperangan dilakukan untuk menguji
kekuatan dan mengejar nama. Pernah berlaku peperangan yang berlangsung lama dan pihak yang kalah akan
ditawan dan dijadikan hamba abdi.
Akhlak yang runtuh dan tingkah laku yang kasar dan menurut peraturan dan undang-undang hawa nafsu
menyebabkan tindakan mereka dilepas tanpa kawalan. Golongan bangsawan menikmati kehidupan mewah
dengan melibatkan kegiatan perjudian, pelacuran dan pembunuhan. Kaum wanita dipandang hina. Bayi
perempuan ditanam hidup-hidup bagi mengelakkan kesempitan hidup atau menanggung malu.
Walaubagaimanapun terdapat keluarga yang menyayangi anak perempuan mereka. Darun Nadwah dijadikan
tempat keramaian bagi mengisytiharkan anak perempuan mereka sebagai perempuan dewasa apabila sampai
tempoh akil baligh.
 Aspek Ilmu Pengetahuan :
Kebanyakkan orang Arab Jahiliah buta huruf. Walaupun terdapat di kalangan mereka saudagar-saudagar atau
pedagang luar lebih maju tetapi pedagang Arab tidak mengambil peluang untuk aktiviti perdagangan yang lebih
menguntungkan. Selain keuntungan mereka mengejar keseronokan.
Kemahiran bersyair dan bersajak hanya digunakan untuk meluahkan perasaan melalui kata-kata yang terhasil
melalui pemikiran yang sepontan. Daya hafalan yang tinggi dan keupayaan berkhutbah hanya melibatkan
perkara-perkara yang berkaitan dengan lampau yang kurang berkualiti ilmiahnya. Di kalangan masyarakat Arab
yang terkenal kerana kebijaksanaan berniaga.
Hanya 17 orang sahaja yang boleh membaca dan menulis. Faktor sikap saling membenci dan sering bertelagah
dan juga berperang menyebabkan ruang untuk menimba ilmu pengetahuan menjadi tertutup. Dengan itu ciri-
ciri kejahilan sangat ketara di kalangan mereka.
 Nilai-nilai Positif Dan Mulia Masyarakat Arab Jahiliah :
Walaupun orang - orang Arab jahiliah digambarkan dengan penuh kejahilan dan kesesatan, namun orang Arab
jahiliah memiliki sifat - sifat positif dan mulia. Mereka amat menghormati tetamu yang datang berkunjung ke
tempatnya. Mereka akan melayan tetamu dengan memberikan jamuan yang hebat. Adakalanya mereka
sanggup berhutang semata - mata ingin menghormarti tetamu yang datang walaupun tetamu itu adalah
musuhnya.
Di samping itu orang Arab amat berpegang teguh kepada janji yang telah dikotakan. Mereka akan menunaikan
janji walaupun melibatkan soal keselamatan nyawa. Orang - orang Arab Jahiliah juga memiliki sifat - sifat positif
yang lain antaranya menghormati dan mentaati pemimpin.
C) Kesimpulan :
Apa-apa sahaja yang berkaitan.

You might also like