You are on page 1of 9

PENDAHULUAN

Tidak ada satu agama atau ajaran di dunia ini sejak dahulu hingga hari ini yang
dapat menandingi Islam dari segi pengutamaan ilmu pengetahuan. Hal ini dapat
dibuktikan apabila wahyu yang pertama diturunkan kepada Rasulullah yang
menitikberatkan ilmu pengetahuan:

           
           


(Surah al-‘Alaq: 96: 1-5)

Mereka yang berilmu pengetahuan dimuliakan oleh Allah, Malaikat dan manusia
di mana sahaja mereka berada. Hal ini dijelaskan oleh Allah dalam Surah Ali ‘Imran
ayat 18:

          
        

(Surah Ali ‘Imran: 3: 18)


Dalam ayat lain Allah telah berfirman:

        


          
         
  

(Surah al-Mujadalah: 58: 11)

Ayat di atas telah ditafsirkan oleh Ibn Abbas r.a. Beliau menjelaskan kedudukan
mereka yang berilmu pengetahuan dan beriman ialah 700 tingkat tingginya daripada
manusia biasa. Setiap satu tingkat itu pula jaraknya ialah 500 tahun perjalanan.

Justeru itulah setiap umat Islam telah diwajibkan menuntut ilmu. Hal ini
dijelaskan oleh Rasulullah di dalam hadis:
PEMBAHAGIAN ILMU PENGETAHUAN

:Pelbagai pembahagian ilmu yang telah dikemukakan oleh ‘ulama Islam. Contohnya

1. Al-Kindi (786-873H) membahagikan ilmu seperti dalam rajah berikut:

ILMU

TEOTRIKAL PRAKTIKAL
TABII AKHLAK
MATEMATIK SAINS RUMAHTANGGA
METAFIZIK PERANCANGAN BANDAR
2. Al-Farabi (878-950M) membuat pembahagian yang sama dengan yang
dilakukan oleh al-Kindi. Cuma terdapat sedikit penambahan apabila beliau
memasukkan ilmu Fiqh dan ilmu Kalam.

ILMU

TEORITIKAL PRAKTIKAL
TABII AKHLAK
MATEMATIK SAINS RUMAHTANGGA
METAFIZIK PERANCANGAN BANDAR
ILMU KALAM ILMU FIQH

3. Ibnu Sina membuat pembahagian ilmu seperti berikut:

SEBAGAI TUJUAN
TEORITIKAL
ILMU SAINS
MATEMATIK
ILMU KALAM
ABADI
SEBAGAI ALAT
ILMU PRAKTIKAL
AKHLAK
SEMENTARA RUMAH TANGGA
ILMU FIQH
4. Imam al-Ghazali pula membahagikan ilmu seperti berikut:

Bahagian Pertama:

ILMU

MUKASYAFAH MANKULAH

ZAHIR BATIN

IBADAH ADAT MUHLIKAH MUNJIYYAH


Bahagian Kedua:

AL-ALQURAN

AS-SUNNAH
ASAL
IJMAK

SIRAH

FEKAH
CABANG
SYARIAH
HATI

BAHASA
PENDAHULUAN
NAHU

ILMU
PENUTUP AL-QURAN

AKHIRAT
SIFAT ALLAH

DIPEROLEHI DUNIA
AKIDAH PERUBATAN
MATEMATIK
DARURI
KEJURUTERAAN
5. Ibnu Khaldun menggunakan pembahagian seperti berikut:

ILMU

NAQLI 'AQLI
AL-QURAN MATEMATIK
TAFSIR ALGEBRA
HADIS MU'AMALAH
NASIKH DAN MANSUKH FARAIDH
SANAD KEJURUTERAAN
ILMU KALAM SAINS GUNAAN
TASAWWUF DLL PERUBATAN DLL
KESIMPULAN

Walaupun pelbagai istilah yang digunakan oleh ulama’ Islamdalam pembahagian


ilmu, ia sebenarnya dibahagikan kepada dua sahaja, iaitu fardhu ain dan fardhu kifayah.
Ilmu fardhu ain ialah ilmu yang wajib dipelajari oleh setiap umat Islam, lelaki dan wanita,
iaitu ilmu yang berkaitan dengan akidah, syarak dan akhlak. Ilmu fardhu kifayah pula
ialah ilmu yang kewajipan penuntutnya kepada golongan tertentu sahaja. Jika ada
segolongan umat yang mempelajarinya, maka terlepaslah tanggungjawab itu daripada
umat Islam keseluruhannya.

Ilmu fardhu ain berkembang semata-mata berdasarkan al-Quran dan as-Sunnah.


Sedangkan ilmu fardhu kifayah pula juga berdasarkan kepada kedua-dua sumber
tersebut ditambah dengan aakal manusia. Sehingga kini terdapat lebih daripada 300
ilmu yang diperkembangkan oleh manusia daripada al-Quran dan as-Sunnah serta akal
manusia, sama ada ilmu fardhu ain atau ilmu fardhu kifayah.
MUSTAFA HAJI DAUD (1991). TAMADUN ISLAM. BAB LIMA: ILMU PENGETAHUAN.
KUALA LUMPUR. UTUSAN PUBLICATIONS & DISTRIBUTORS SDN. BHD.

You might also like