You are on page 1of 22

PUSAT PENGAJIAN ILMU PENDIDIKAN

PPK 101
(PENGANTAR PENDIDIKAN KHAS)
SEMESTER 1 ( SESI 2010 – 2011 )

TAJUK TUGASAN :
KANAK-KANAK KEPERLUAN KHAS SINDROM DOWN

DISEDIAKAN OLEH :
AMIRUL HAKIM B. WAHAB (109814)
GHAZALI B. BANYAMIN (109817)

UNTUK PERHATIAN :
DR. MOHD ZURI BIN GHANI

TARIKH PEMBENTANGAN :
18 OGOS 2010

MASA TUTORIAL :
2 PETANG- 3 PETANG
ISI KANDUNGAN:

BIL PERKARA MUKA


SURAT
1 Penghargaan 1

2 Pengenalan 2

3 Definisi 3

4 Punca- punca sindrom down 4-5

5 Jenis sindrom down 6-7

6 Ciri-ciri sindrom down 8-9

7 Perbezaan antara kanak-kanak sindrom down 10-12


dengan kanak-kanak normal
8 Masalah organ bagi sindrom down 13-14

9 Masalah Perkembangan pelajaran 15

10 Rawatan bagi kanak-kanak sindrom down 16-18

11 Rumusan 19

12 Lampiran 20

13 Biblografi 21

Penghargaaan
Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera..

Terlebih dahulu saya ingin mengucap selamat menyambut Ramadan Al-


Mubarak kepada seluruh umat islam khususnya kepada seluruh warga Universiti
Sains Malaysia (USM). Syukur ke hadrat ilahi, dengan limpah kurnia-Nya kertas
kerja ini dapat disempurnakan bagi kursus pengantar Pendidikan Khas (PPK 101).
Matlamat kertas kerja ini dilaksanakan adalh supaya bakal pendidik akan mendalami
aspek keperluan khas murid daripada pelbagai kategori ketidakupayaan
terutamanya kanak-kanak sindrom down.

Setinggi penghargaan diucapkan kepada pihak-pihak yang terlibat


terutamanya kepada Dr. Zuri Bin Ghani selaku pensyarah dan tutor bagi kursus PPK
101 kerana telah banyak memberi kami tunjuk ajar dalam menyiapkan laporan ini.
Ucapan penghargaan ini juga saya tujukan kepada rakan-rakan kursus PPK 101
khususnya rakan-rakan daripada kumpulan tutorial yang sama.

Harapan saya adalah diharapkan kertas kerja ini dapat dimanfaatkan


sepenuhnya oleh kumpulan sasaran seperti pelajar, pihak sekolah, guru-guru
pendidikan khas,ibu bapa serta individu yang terlibat bagi menjalankan intervensi
awal terhadap kanak-kanak sindrom down untuk membantu kanak-kanak ini
menjalani kehidupan dengan lebih baik.

Sekian…..

1
1.0 PENGENALAN

Mungkin ramai yang pernah mendengar perkataan sindrom down namun ramai juga
yang cetek pengetahuan mengenai penyakit ini. Sindrom down bukanlah penyakit
moden atau penyakit ‘orang kaya’ , malah adalah tidak tepat sindrom down itu
dikatakan sebagai penyakit.

Nama sindrom down telah diambil sempena nama seorang doktor British iaitu
Doktor John Langdon Handon Down. Beliau merupakan orang yang pertama
menjelaskan sindrom ini pada tahun 1886.

Di Malaysia, kelahiran bayi sindrom down yang berlaku adalah satu dalam
setiap 660 bayi. Secara perbandingan, kelahiran bayi sindrom down di Amerika
Syarikat hanya berlaku satu dalam setiap 1000 bayi. Hal ini bermakna kelahiran bayi
sindrom down di Malaysia adalah lebih tinggi berbanding Amerika Syarikat.

Sindrom down ini tidak boleh diubat namun ada beberapa kaedah yang dapat
membantu mereka dalam memperkembangkan fizikal ,kogniti,sosial semaksima
yang boleh. Oleh itu kanak-kanak yang mempunyai sindrom down perlu dihantar ke
sekolah yang mempunyai program pendidikan khas seawal yang mungkin agar
dapat membantu mereka berdikari.

2
2.0 SINDROM DOWN

2.1 DEFINISI

Sindrom down ialah kelainan kromosom yang disebabkan oleh ciri-ciri fizikal yang
boleh dikenalpasti dan biasanya disebabkan perkembangan fizikal dan intelektual
yang berkembang secara perlahan. Kromosom pula ialah adalah serat-serat khusus
yang terdapat dalam setiap sel di dalam badan manusia di mana tedapat bahan-
bahan genetik yang menentukan sifat-sifat seseorang.

Kes sindrom down yang paling kerap terjadi adalah disebabkan oleh pertambahan
kromosom 21 iaitu sebanyak 3 kromosom 21 yang menjadikan jumlah kesemuanya
sebanyak 47. Bayi yang normal hanya mempunyai 2 kromosam 21 iaitu menjadikan
jumlah kesemuanya sebanyak 46.

3
2.2 PUNCA-PUNCA SINDROM DOWN

 Faktor Genetik

Kanak-kanak sindrom down mempunyai bilangan kromoson 47 berbanding 46


kromosom pada sel yang normal. Pertambahan kromosom ini disebabkan oleh
proses pembentukan sel yang tidak berlaku dengan sempurna sehingga
menyebabkan berlakunya terlebih sel. Dianggarkan 95% daripada kes sindrom down
adalah disebabkan masalah ini. Terdapat 3 jenis sindrom down yang disebabkan
oleh faktor genetik iaitu Trisomi 21, Mosaicism dan Translokasi Robertsonian.

Faktor keturunan juga turut menyumbang kepada kes sindrom down. Jika
terdapat sejarah kes-kes sindrom down pada pihak keluarga sebelah ibu dan bapa
maka risiko untuk mendapatkan anak sindrom down adalah lebih tinggi.

4
 FAKTOR PERSEKITARAN

1) Ibu mengandung yang berumur 35 tahun ke atas mempunyai risiko


yang lebih tinggi untuk melahirkan anak yang mengalami sindrom
down. Faktor ini disebabkan masalah kelewatan mendirikan rumah
tangga yang berlaku di dunia dan tidak berkecuali kepada Negara kita
sendiri.
2) Jadual di bawah menunjukkan risiko mendapat anak sindrom down
mengikut tahap umur ibu mengandung.

RISIKO SINDROM DOWN


Usia ibu Peluang memiliki bayi dengan sindrom down
20 tahun 1 dalam 1600
25 tahun 1 dalam 1300
30 tahun 1 dalam 1000
35 tahun 1 dalam 365
40 tahun 1 dalam 90
45 tahun 1 dalam 30

3) Ibu yang terdedah kepada kepada radiasi (sinar x) khususnya di


tempat kerja juga mempunyai risiko yang tinggi mendapat anak
sindrom down.
4) Pengambilan dadah juga dapat mengundang kepada kes sindrom
down.

5
2.2 JENIS-JENIS SINDROM DOWN

TRISOMI 21
Trisomi 21 berlaku disebabkan oleh keadaan kegagalan meiosis. Disebabkan
kegagalan ini, gamete (sel sperma atau telur) dihasilkan dengan pertambahan
salinan kromosom 21.kegagalan ini telah menghasilkan gamete yang mempunyai 24
kromosom. Apabila bergabung dengan gamete normal daripada pasangannya maka
embrio kini mempunyai 47 kromosom iaitu lebih satu kromosom berbanding
kromosom yang normal iaitu 46.

Trisomi 21 ini merupakan penyumbang terbesar kepada kes sindrom down


iaitu sebanyak 94% dengan 88% daripadanya disebabkan oleh kegagalan pada
gamete ibu dan 8% disebabkan oleh kecacatan pada gamete bapa.

(Sila rujuk gambar 1 dilampiran bagi melihat kromosom 21 yang berlaku


pertambahan)

6
MOSAICISM
Trisomi 21 biasanya disebabkan sebelum kehamilan dan kesemua sel dalam badan
terjejas. Walaubagaimanapun, apabila sesetengah sel dalam badan adalah normal
dan sesetengah sel mengandungi trimosi 21 maka ia dikenali sebagai sindrom down
jenis Mosaicism. Disini sebahagian sel-sel berpecah dan mempunyai bilangan
kromosom yang sempurna iaitu (46 kromosom) dan sebahagian lagi sel-sel
mempunyai bilangan yang tidak sempurna (47 kromosom). Sel-sel yang sempurna
dan yang tidak terus berlipat ganda dan keadaan bercampuran lalu tejadinya
mosaic.

Hal ini boleh berlaku di mana keadaan(nondisjunction) pada awal


pembahagian sel pada embrio normal mendorong kepada pecahan sel dengan
trisomi 21 atau embrio sindrom down melalui(nondisjunction) dan sesetengah sel
pada embrio kembali kepada aturan kromosom normal.Jenis sindrom down ini
melibatkan 4% daripada kes yang berlaku.

TRANSLOKASI ROBERTSONIAN

Sindrom down jenis ‘Translokasi Robertsonian’ merupakan jenis yang paling kurang
menyumbang kepada kes sindrom down. Ianya hanya melibatkan 2% daripada kes
sindrom down yang berlaku.Sindrom down jenis ini boleh diturunkan oleh ibu atau
bapa. Translokasi robertsonian disebabkan oleh sebahagian kromosom 21 terpecah
dan bahagian yang ketinggalan pula terlekat kepada pasangan kromosom yang lain
dan biasanya pada kromosom 14. Pada kebiasanya 2 daripada 2 daripada kes ini,
ibu bapa bukanlah pembawa dan berkemungkinan mereka untuk melahirkan
seorang lagi anak yang mempunyai sindrom down tidaklah besar daripada ibu bapa.

7
2.3 CIRI-CIRI SINDROM DOWN

Dari segi fizikal

SIFAT PADA MUKA, KEPALA DAN LEHER


Terdapat beberapa perbezaan yang jelas diantara kanak-kanak normal dan
juga kanak-kanak sindrom down.Perbezaan yang paling ketara ialah kanak-kanak
sindrom down mempunyai muka yang sama dalam kalangan mereka. Kenyataan ini
berdasarkan paras muka kanak-kanak sindrom down adalah seakan-akan seperti
orang mongol. Disebabkan keadaan muka yang hampir sama dengan orang mongol,
maka kanak-kanak sindrom down digelar mongoloid. Pangkal hidung kanak-kanak
sindrom down juga mempunyai perbezaan dengan kanak-kanak normal iaitu kemek
atau leper.

Kanak-kanak sindrom down juga mempunyai jarak yang jauh diantara mata
kiri dan kanan. Selain itu mata mereka juga mempunyai kulit yang berlebihan di
sudut dalam. Mata mereka juga kelihatan sepet.

Saiz mulut kanak-kanak sindrom down juga adalah lebih kecil berbanding
kanak-kanak normal.Selain itu juga,mereka mempunyai saiz lidah yang lebih besar.
Ciri-ciri mulut dan lidah di atas menyebabkan kanak-kanak sindrom down selalu
menjelirkan lidah. Pertumbuhan gigi kanak-kanak sindrom down pula adalah lambat
dan tidak teratur berbanding kanak-kanak normal.

Di samping itu,paras telinga kanak-kanak sindrom down adalah lebih


rendah .Kepala mereka juga lebih kecil dan agak leper dari bahagian depan hingga
ke belakang.Selain itu, leher kanak-kanak sindrom down juga lebih pendek dan
lebar.

( sila rujuk gambar 2 di bahagian lampiran bagi melihat ciri-ciri sindrom down yang
melibatkan muka,kepala dan leher )
8

SIFAT PADA TANGAN DAN LENGAN


Selain perbezaan muka, kepala dan leher, kanak-kanak sindrom down juga
mempunyai perbezaan yang ketara pada tangan dan lengan dengan kanak-kanak
normal. Ciri yang paling jelas pada jari kanak-kanak sindrom down adalah mereka
mempunyai jari-jari yang pendek dan jari kelingking yang membengkok ke dalam.
Selain itu, tapak tangan kanak-kanak sindrom down hanya mempunyai satu garis
lurus. Ciri ini dinamakan sebagai ‘simian crease’. Ciri ini amat penting dalam
menentukan sama ada kanak-kanak itu menghidapi sindrom down atau tidak. Di
samping itu, tapak tangan mereka juga adalah lebih lebar berbanding kanak-kanak
nomal.

( Sila rujuk gambar 3 di bahagian lampiran bagi melihat ciri-ciri sindrom pada
bahagian tangan dan lengan )

SIFAT PADA KAKI


Kanak-kanak sindrom down juga mempunyai perbezaan sifat pada kaki dengan
kanak-kanak normal yang lain. Kanak-kanak sindrom down mempunyai kaki yang
agak pendek berbanding kanak-kanak normal. Selain itu, kanak-kanak sindrom
down juga mempunyai jari kaki yang pendek dan jarak ibu jari kaki dan jari kaki
kedua agak jauh terpisah.Di samping itu tapak kaki mereka biasa dalam kedaan
leper.(Sila rujuk gambar 4 di bahagian lampiran bagi melihat cirri-ciri sindrom down
pada bahagian kaki)

SIFAT PADA OTOT


Kebanyakkan kanak-kanak sindrom down mempunyai otok yang lemah atau lembik.
Hal ini telah menyebabkan kanak-kanak sindrom down mudah mendapat
kecederaan berbanding kanak-kanak normal yang lain. Selain itu, kanak-kanak
sidrown down juga mengalami masalah lewat dalam perkembangan motor kasar dan
mempunyai sendi yang longgar. Keadaan ini menyebabkan pergerakan mereka
terbatas dan mereka sukar melakukan pergerakan seperti kanak-kanak normal yang
lain.
9

PERBEZAAN ANTARA KANAK-KANAK SINDROM DOWN


DENGAN KANAK-KANAK NORMAL

DARI SEGI PERTUMBUHAN

Pertumbuhan kanak-kanak sindrom down adalah tidak begitu ketara jika hendak
dibandingkan dengan kanak-kanak normal. Saiz fizikal mereka selalunya lebih besar
dan gempal dari kanak-kanak biasa namun otot-otot mereka kelihatan lembik. Hal ini
menyebabkan mereka kurang aktif yang disebabkan oleh otot-otot mereka yang
tidak kuat seperti kanak-kanak normal yang lain yang aktif pada peringkat ini.

DARI SEGI MENTAL

Pertumbuhan mental kanak-kanak sindrom down agak lambat berbanding kanak-


kanak biasa. Keupayaan untuk memikirkan tentang banyak perkara tidak dapat
mencapai tahap seperti mana pertumbuhan pada kanak-kanak normal.
Pertumbuhan mental mereka juga agak ketinggalan jauh ke belakang dari kanak-
kanak biasa yang sebaya dengan mereka. Hal ini adalah disebabkan oleh kerosakan
saraf-saraf otak yang dialami oleh mereka.

DARI SEGI SOSIAL

Pertumbuhan sosial mereka juga begitu ketara jikalau dibandingkan dengan kanak-
kanak biasa. Mereka agak lambat untuk berinteraksi dengan ahli-ahli bukan keluarga
mereka seperti jiran, rakan sebaya, dan guru. Hal ini disebabkan oleh mereka tidak
pandai untuk menyesuaikan diri dengan persekitaran mereka terutamanya yang
bukan dari keluarga mereka. Kanak-kanak sindrom down juga mempunyai emosi
seperti kanak-kanak lain. Mereka ketawa, menangis, sayangkan sesuatu seperti
kanak-kanak biasa yang lain Cuma bezanya kawalan emosinya tidak seperti kanak-
kanak biasa. Kanak-kanak sindrom down juga kurang mempunyai perasaan malu
dibandingkan dengan kanak-kanak biasa yang sebaya dengannya.

10
DARI SEGI PERKEMBANGAN FIZIKAL

Di dalam perkembangan fizikal kanak-kanak sindrom down, keupayaan mereka


mengangkat, berjalan, berlari, dan melompat tidak sama dengan kanak-kanak biasa.
Kanak-kanak biasa. Kanak-kanak biasa mampu mengangkat benda-benda yang
agak berat tetapi kanak-kanak sindrom down tak mampu melakukannya kerana otot-
otot mereka agak lemah, begitu juga dengan dengan keupayaan mereka berjalan ,
berlari dan melompat.Mereka tidak mampu melakukan melakukan semua itu kerana
masalah pada otot-otot mereka dan kemungkinan masalah pada jantung mereka.

DARI SEGI PEKEMBANGAN KOGNITIF

Kanak-kanak sindrom down ini kurang mempunyai kemahiran menggunakan


bahasa, angka, pemikiran ,penaakulan, pembentukan konsep dan ingatan. Hal ini
disebabkan oleh perkembangan kognitif mereka tidak secepat kanak-kanak biasa,
tahap pemikiran mereka lebih rendah dibandingkan dengan kanak-kanak biasa.

DARI SEGI EMOSI


Kanak-kanak sindrom down tidak beupaya menguasai perasaan serta mengawal
perasaan mereka ketika marah atau cemburu. Mereka kurang mempunyai perasaan
malu dibandingan dengan kanak-kanak biasa. Mereka akan menjerit dan menangis
tanpa segan silu dikhalayak orang ramai jika kemahuan mereka tidak dituruti.
Perasaan segan atau malu kepada lain jantina juga kurang pada kanak-kanak ini,
mereka kurang faham perbezaan peranan lelaki dan perempuan, jadi perasaan malu
kepada lain jantina kurang kepada mereka.

11
DARI SEGI PERKEMBANGAN SOSIAL
Perkembangan sosial kanak-kanak sindrom down ini sangat rendah dibandingkan
dengan kanak-kanak biasa. Mereka tidak dapat membezakan peranan antara lelaki
dan perempuan.Selain itu mereka juga belum faham perbezaan lelaki dan
perempuan walaupun umur mereka dah belasan tahun. Pergaulan mereka dengan
rakan sebaya juga tidak menampakkan kematangan , mereka tidak dapat mengikut
dan mempraktikkan disiplin kumpulan dengan baik seperti kanak-kanak biasa.

DARI SEGI PERSONALITI

Kanak-kanak sindrom down selalunya mempunyai personaliti introvert, mereka


kurang aktif dalam pergaulan. Banyak menyendiri, kurang melakukan aktiviti
kumpulan. Mereka tidak berapa suka dengan orang baru terutamanya yang belum
mereka kenali. Mereka juga sukar diajak berbicara mungkin disebabkan mereka
kurang fasih berbahasa. Mereka juga kurang percayakan diri sendiri, bersifat pemalu
dan kadang-kadang menjadi pendiam.

Walaubagaimanapun,terdapat juga kanak-kanak sindrom down yang bersifat


ekstrovert dan juga ambivert. Mereka yang mempunyai personaliti sebegini biasanya
dipengaruhi oleh faktor persekitaran terutamanya ibu bapa, keluarga, jiran-jiran dan
masyarakat sekeliling. Semua yang berada di sekeliling mereka akan memberi
motivasi kepada kanak-kanak ini supaya lebih berkeyakinan dalam mengharungi
liku-liku hidup bermasyarakatan.

12
MASALAH ORGAN BAGI SINDROM DOWN

MASALAH JANTUNG

Kanak-kanak keperluan khas sindrom down mengalami pelbagai masalah kesihatan


terutamanya masalah yang berkaitan dengan organ dalaman seperti jantung dan
usus. Masalah jantung yang dihadapi ialah jantung berlubang. Masalah jantung
berlubang ini ada beberapa jenis iaitu Ventricular Septec Defect (VSD) iaitu ada
lubang yang kecil di antara jantung kiri dan kanan.

Selain itu, jenis jantung berlubang yang lain adalah Aptrial Septal Defect ( ASD)
dimana ada lubang di antara atria kiri dan kanan. Masalah jantung ini akan
menyebabkan darah tidak dapat mengalir mengikut arahnya kerana darah di
bahagian kiri dapat memasuki di bahagian kanan jantung. Ini memberi kesan yang
sakit kepada jantung kanak- kanak tersebut.

Selain itu, masalah yang di hadapi berkaitan jantung ialah saluran ateriosis
berkekalan ( Patent Ductus Ateriosis / PDA) dan juga masalah jantung berlubang
kebiruan ( cynotic spell) iaitu turut menyebabkan kanak –kanak sindrom down itu
sukar untuk bernafas. Masalah ini perlu dirawat melalui perubatan atau
pembedahan.

13
MASALAH USUS

Masalah usus yang dihidapi ialah kanak - kanak sindrom down biasanya di kesan
semasa bayi lagi. Di antaranya ialah saluran esofogus yang tidak terbuka
(atresia),biasanya dikesan semasa 1 hingga 2 hari di mana bayi mengalami di mana
bayi sukar untuk menelan air liurnya atau dikesan oleh doktor atau jururawat kerana
mereka tidak dapat memasukkan tiub menyedut air perut semasa baru lahir. Saluran
usus kecil duodenum yang tidak terbuka penyepitan yang dinamakan “ Hirshprung
Disease” keadaan ini disebabkan sistem saraf yang tidak normal di bahagian
rektum. Kebiasaannya, bayi akan mengalami masalah ini pada hari kedua atau
seterusnya selepas kelahiran di mana perutnya akan membuncit dan susah untuk
membuang air besar. Selain itu, kanak-kanak ini kemungkinan menghadapi masalah
tiada lubang dubur.

MASALAH HIPOTAIROIDISM DAN KANSER

Masalah Hipotairoidism juga boleh berlaku terhadap kanak-kanak sindrom down


iaitu kanak –kanak kekurangan hormon tairod. Kebarangkalian ia berlaku dalam
10% dari kanak –kanak sindrom down. Hal ini menyebabkan ketidakstabilan di
tulang-tulang kecil bahagian leher yang boleh menyebabkan berlakunya penyakit
lumpuh (ATLANTOAXIAL INSTABILITY).. Sebahagian mereka juga mempunyai
risiko kanser sel darah putih iaitu leukemia.

14
MASALAH PERKEMBANGAN PELAJARAN

Setiap kanak-kanak sindrom down mempunyai perkembangan yang amat


perlahan.Oleh itu, ini menyumbangkan kanak-kanak itu kepada. lambat dari
pelbagai aspek. Terutama dari aspek pembelajaran. Secara keseluruhannya,kanak-
kanak sindrom down mengalami kerencatan akal dan kelewatan perkembangan.
Bagi kanak-kanak ini mereka mempunyai tahap kecerdasan intelektual ( IQ) yang
tidak melebihi 70. Ini menyebabkan mereka tidak dapat berfikir dengan lebih baik.
Pada peringkat awal pembesaran, mereka mengalami masalah kelewatan dalam
semua aspek perkembangan iaitu lambat bercakap,berjalan dan lambat dalam
perkembangan motor halus dan kasar. Contohnya mereka ini lambat dalam berlari
berbanding kanak-kanak biasa. Selain itu, keupayaan motor halus mereka seperti
menulis ,melukis dan lain-lain juga amat lambat berkembang. Namun
perkembangan motor halus dan kasar akan berkembang mengikut tahap umur dan
persekitaran mereka.

Pekembangan kognitif pula, kanak –kanak sindrom down kurang mempunyai


kemahiran dalam menggunakan bahasa ,angka ,pemikiran
,penaalukan,pembentukan konsep serta ingatan. Ini disebabkan perkembangan
mereka tidak sama dengan kanak-kanak biasa. Namun perkembangan sosial
mereka amat menggalakkan kerana kanak-kanak jenis ini sangat periang. Hal ini,
menjadikan mereka amat digemari oleh ahli keluarga mereka.

15
RAWATAN BAGI SINDROM DOWN

Sehingga kini masih belum ada ubat untuk merawat sindrom down. Namun masih
ada beberapa terapi untuk kanak-kanak ataupun orang yang mempunyai sindrom
down bagi perkembangan dari aspek sosial ,kognitif,dan emosi. Antara contohnya
ialah terapi berkuda dan terapi urut.

TERAPI KUDA

Menurut Mc Callum terapi berkuda memiliki tiga faedah utama iaitu


bersukan,pendidikan serta perubatan. Ketiga-tiga perkara tersebut amat diperlukan
dalam pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak sindrom down. Menurut
Chassigne pula menunggang kuda sebagai terapi dapat membantu kanak-kanak ini
dalam membaiki imbangan, menguatkan otot, membentuk kelembutan dan juga ia
dapat mendorong semangat penunggang. Melalui aktiviti ini berkuda ini, kanak-
kanak sindrom down dapat menanam keberanian dan keyakinan kerana mereka
dapat menyentuh dan menunggang .kuda tersebut. Selain itu, ia dapat melatih
kanak-kanak ini mematuhi disiplin kerana untuk menunggang kuda perlu disiplin
yang tinggi dimana kanak-kanak sindrom down mesti mendengar arahan jurulatih
supaya mereka dapat menyesuaikan diri dengan kuda. Tambahan lagi, mereka
dapat pendedahan kepada persekitaran dan masyarakat semasa berada di kawasan
ladang kuda . Hal ini, meningkatkan perkembangan sosial kanak-kanak ini. Terapi ini
juga membina sikap bertanggungjawab dalam diri mereka kerana semasa
menunggang kuda mereka perlu membelai kuda tersebut supaya kuda itu terasa
tidak terancam.
( http://www.slideboom.com/presentations/100230/terapi-kuda-
09)

16
TERAPI AIR

Terapi ini sesuai untuk kanak –kanak sindrom down dalam perkembangan fizikal
dan motor halus dan motor kasarnya. Selain itu otot-otot juga dan otak dapat
dirangsangkan. Hal ini kerana pergerakan di dalam air lebih mudah dan bebas serta
tidak dibebani seperti keperluan alat sokongan yang menghadkan pergerakan.
Melalui aktiviti ini, kanak-kanak sindrom down dapat memperkembangkan sistem
kognitif mereka dimana semasa dalam air mereka perlu menggunakan beberapa
anggota badan ataupun sistem pernafasan dalam satu masa. Oleh itu, mereka dapat
selarikan pergerakan badan dan sistem pernafasan dalam keadaan stabil. Air dapat
memberi ketenangan kepada kanak-kanak sindrom down . Maka, kaedah ini dapat
membantu mereka dalam pengawalan emosi. Selain itu.aktiviti ini, membina
kemahiran sosial mereka juga,di mana mereka terdedah dengan persekitaran luar.

TERAPI CARA KERJA

Terapi ini adalah sejenis pemulihan untuk memperbaiki kualiti hidup seseorang.
Terapi ini tertumpu kepada memperbaiki kebolehan menjalankan aktiviti kehidupan
harian,penjagaan diri dan kemandiri di tempat kerja dan riadah. Terapi ini melibatkan
penilaian kognitif dan persepsi kanak-kanak sindrom down dan kebolehan
menjalankan tugas harian seperti berjalan, mandi, memakai baju dan membuat kerja
rumah. Terapi cara kerja mengembangkan semua aspek di mana mereka perlu
melakukan tugas harian.selalunya terapi ini di ajar di sekolah bagi mata pelajaran
kemahiran hidup.

17
TERAPI URUT

Terapi urut ini dapat meningkatkan kekuatan otot, meningkatkan pembentukan otot
bagi kaki dan tangan hasil daripada stimulasi tekanan. Selain itu, peningkatan aktiviti
fungsi motor halus dan keseluruhan, pergerakan dan koordinasi. Hal ini dapat
mengawal postur badan. Terapi ini boleh dilakukan oleh ibu bapa kerana urutan
yang kerap dapat mempercepatkan perkembangan motor-motor halusnya seperti
memegang,menulis dan sebagainya .Ibu bapa boleh mempelajari urutan in dari
pakar urut. Pakar ini dapat mengajar dengan cara yang betul dalam mengurut
kanak-kanak keperluan sindrom down.

18
LAMPIRAN

GAMBAR 1 GAMBAR 3

GAMBAR 2 GAMBAR 4

19
BIBLOGRAFI

BUKU:

Armstrong, M.L, Caliendo,C.& Roberts, A.E. (2006).Genital Piercing: What is Known


and What People With Genitial Piercing Tell Us. Urologic Nursing,26.

Bertram, L., McQueen, M.B., Mullin,K., Blacker, D.,& Tanzi, R.E (2007). Systematic
Meta-Analyses of Alzheimer Disease Genetic Association Studies:AlzGene
database. Nature Genetic,39.17-23

WEB:

http//ccsgkasai.blogspot.com/2010/01/psikologi-perkembangan-kanak-kanak.html

http//ceritarasahati 2.blogspot.com/2010/06/terapi air-terapi-renang.html

http//oku 1992.blogspot.com/2007/03/urutan –khas-untuk-bagi-sindrom down.html

http//pkbp.smk tengku ampuan intan.edu.my

http//skskppki.blogspot.com/2009 112/terapi-cara-kerja.html

http://www.infosihat.gov.my/penyakit/Kanak-kanak/SindromDown.pdf

http//www.indosian.com/ragam 74254/sekelumit-tentang-down syndrome

http://www.medicinenet.com/down_syndrome/page2.htm#risk

http://www.sabah.org.my/bm/nasihat/artikel_kesihatan/sindrom_down.asp

ms.wikipedia.org/wiki/Sindrom_Down

paramedik.bbfr.net/panduan.../sindrom-down-t5502.htm

www.scribd.com/doc/35941887/Sindrom-Down-Ppt

21

You might also like