You are on page 1of 2

Penggunaan komputer pada masa kini telah menjadi seperti sebahagian dari hidup kita.

Perjalanan dan
tugas seharian menjadi semakin mudah dan tanpa disedari kita semakin bergantung kepada mesin
yang kita panggil komputer ini. Begitu juga dengan tanggungjawab dan beban kerja di pejabat, di
mana maklumat-maklumat boleh dihantar dengan cepat dan pantas serta memudahkan kerja-kerja
pengurusan. Di bidang pendidikan pula, gabungan di antara penggunaan komputer dengan dengan
teknologi 2 telekomunikasi telah menghasilkan apa yang kita kenali sebagai Teknologi Maklumat,
ICT.

Teknologi Maklumat telah berperanan sebagai asas untuk menyimpan maklumat, mengolah
maklumat, menyalur dan mengedarkan maklumat di dalam pelbagai bentuk dan cara. Bahan atau
maklumat tersebut dapat disalurgunakan sama ada di dalam bentuk teks, gambar, grafik, suara,
animasi, dan video, atau gabungan kesemua unsur secara interaktif yang juga dikenali sebagai
Multimedia. Semua bahan dapat disalurgunakandengan menggunakan teknologi terkini, sama ada
dengan rangkaian (networking), intranet dan internet.

Proses pengajaran-pembelajaran dapat dipertingkatkan mutunya dan dipelbagaikan


penyampaian dan penerimaannya melalui beberapa teknik seperti berbantukan komputer
dan perisian, melalui sistem rangkaian (networking), perisian dan pangkalan data atau
maklumat atau melalui sistem internet, perisian dan pangkalan data. Penggunaan alat
bantu mengajar ini dikatakan dapat meningkatkan minat serta meransangkan minda
pelajar di zaman siber ini dan telah dianggap dan diakui sebagai pemangkin proses
pengajaran dan pembelajaran (Kamps, 1994; Slavin, 1995; Jonassen, 1996; Mackenzie &
Jansen, 1998; Heinich et al, 1999).
Penggunaan komputer yang meluas serta perkembangan sains dan teknologi maklumat
hari ini banyak memberikan manfaat kepada paara pensyarah seperti mempelbagaikan
bahan bantu mengajar (BBM), menyediakan Rancangan Pengajaran, merekod dan
menyimpan maklumat pelajar, memproses markah ujian/peperiksaan, membuat semakan
stok dan inventori peralatan/buku/BBM dan banyak lagi. Senario ini telah menimbulkan
implikasi kepada pelaksanaannya di berbagai peringkat.
Pada asasnya, tugas utama seorang pensyarah ialah menyampaikan ilmu pengetahuan,
memperkembangkan kemahiran dan membentuk akhlak di samping tugas-tugas sebagai
perancang, pengurus, fasilitator, pembimbing dan sebagai model untuk diteladani pelajar.
Perubahan dan peralihan sistem pendidikan negara turut sama merubah fungsi dan
peranan pensyarah pada hari ini. Pensyarah bukan sahaja lagi berperanan sebagai
pengajar, pendidik dan pembimbing, malah telah berkembang ke tahap pengsosialisasian,
penggalakan, pengilhaman, penyaluran nilai, penyemaian rasa hormat dan apresiasi
kritikal dalam diri pelajar (Faridah Karim, 1999). Bagi melaksanakan tugas-tugas yang
mencabar ini, pensyarah seharusnya bijak dan kreatif mendidik serta merancang pelbagai
strategi, kaedah dan pendekatan terutamanya dalam melaksanakan amanah yang
dipertanggungjawabkan kepadanya pada sesatu masa itu dengan jayanya.
Dari segi pengajaran, penggunaan teknologi maklumat memerlukan perancangan yang
cekap dan efisien supaya pembelajaran dapat dimaksimumkan kepada setiap orang
pelajar. Teknologi maklumat yang digunakan dalam pengajaran juga dapat memberi
peluang pembelajaran yang lebih dinamis, menarik minat serta meningkatkan ilmu
pengetahuan yang relevan dan berguna kepada pelajar. Pengajaran berintegrasikan
komputer pada hakikatnya adalah melibatkan penggunaan komputer untuk mencapai
objektif pengajaran dan pembelajaran, di samping itu ia turut membawa dimensi baru
dalam budaya mengajar dan budaya belajar di kolej malahan mengikut pandangan Abd.
3
Rahim (2000), beliau berpandangan bahawa pengajaran yang tidak mementingkan
kreativiti di institusi pendidikan akan melahirkan insan yang tandus dengan daya
imaginasi dan idealisme. Perubahan ini akan memberi cabaran kepada pensyarah bagi
menguasai seberapa banyak ilmu dan kemahiran sebagai tuntutan pada hari ini agar dapat
bersaing di peringkat global. Dengan itu, pensyarah pada hari ini harus melengkapkan
diri dengan pelbagai ilmu pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan seiring dengan
keperluan semasa supaya pengalaman yang sedia ada dapat ditingkat, dikemaskini dan
diguna mengikut kesesuaian pelajar dan persekitaran masa kini.
Kelebihan seseorang pensyarah dalam menyepadukan alat teknologi pendidikan seperti
komputer di dalam pengajaran, bukan sahaja dapat menarik minat dan ransangan pelajar
untuk menguasai pelajarannya dengan lebih mudah, malah dapat memotivasikan pelajar
berfikir secara kreatif di samping menambahkan keseronokan kepada pensyarah itu
sendiri dalam proses pendidikan (Budin, Kendall & Lengel, 1986). Penyelidik percaya
bahawa alat teknologi seperti komputer boleh diadaptasikan ke dalam pengajaran dan
sebagai amalan pensyarah hari ini bagi mengatasi masalah beban tugas yang semakin
mencabar itu. Justeru itu, inovasi dalam pendidikan adalah merupakan agenda penting
bagi pensyarah untuk melaksanakannya selaras dengan apa yang terkandung di dalam
misi reformasi pendidikan negara.
Persoalannya kini ialah, walaupun pelaksanaan program komputer dalam pendidikan ini
telah bermula sejak tahun 1998, agenda pendidikan yang dirancangkan ini didapati
kurang berjaya dilaksanakan disebabkan banyak masalah yang timbul berkaitan dengan
prasarana dan juga sikap dan penerimaan para pendidik sendiri (Abd. Rahman,1992;
Fatimah, 1994 ). Walau bagaimanapun, Kolej Matrikulasi Pahang adalah sebuah kolej
Matrikulasi baru yang dilengkapkan dengan segala prasarana ICT seperti komputer meja
untuk setiap orang pensyarah, dewan kuliah dilengkapkan dengan kemudahan projektor
tayangan, kemudahan akses internet yang baik dan kemudahan komputer di bilik bacaan
asrama pelajar serta makmal-makmal komputer.
Dalam kertas kerja ini, penyelidik beranggapan bahawa satu daripada cabaran yang
penting untuk ditinjau ialah kesediaan dan kompetensi pensyarah melaksanakan
teknologi canggih di peringkat Kolej Matrikulasi serta kekangan-kekangan yang wujud
dalam usaha untuk mengaplikasi dan mengintegrasikannya dalam tugas pentadbiran dan
pengajaran.
Tujuan

You might also like